Top Banner

Click here to load reader

KAEDAH PERBAHASAN SEBAGAI WAHANA PEMBELAJARAN · PDF file dalam usaha menyediakan hujah dan melengkapkan tugasan menulis karangan. Kata kunci: kaedah perbahasan, KBAT, kajian kes,

Dec 04, 2020

ReportDownload

Documents

others

  • 1

    ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 1-12

    Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

    KAEDAH PERBAHASAN SEBAGAI WAHANA PEMBELAJARAN DAN PEMUDAH CARA

    BERASASKAN KBAT DALAM PROSES PENULISAN KARANGAN ARGUMENTATIF (Debate as a Tools for Teaching and Learning Based on Hots in the Process

    of Argumentative Essay Writing)

    MARZNI MOHAMED MOKHTAR*

    Universiti Sains Malaysia

    [email protected]

    ROHIZANI YAAKUB©

    Universiti Sains Malaysia

    [email protected]

    FADZILAH AMZAH

    Universiti Sains Malaysia

    [email protected]

    Dihantar pada:

    21 Julai 2017

    Diterima pada:

    01 November 2017

    Koresponden:

    [email protected]

    Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2017

    Abstrak: Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pembelajaran dan

    pemudah cara (PdPc) di dalam bilik darjah menjadi sebahagian daripada agenda pendidikan

    negara. Peralihan tumpuan ini amat penting dalam memastikan kelestarian sistem

    pendidikan negara menyediakan murid untuk memaksimumkan keupayaan kognitif mereka.

    Persaingan yang amat kompetitif dalam sistem pendidikan global menuntut pada pengamal

    sistem pendidikan perlu mengubah kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam bilik

    darjah untuk merealisasikan agenda pendidikan negara ini. Justeru, kajian in dilangsungkan

    bagi meneliti bagaimana guru melaksanakan Pdp berasaskan KBAT dalam proses

    penulisan karangan argumentatif. Bagi mendapatkan gambaran yang holistik terhadap

    kaedah PdPc yang digunakan oleh guru, kajian ini dilaksanakan dengan menggunakanreka

    bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif. Dua orang peserta kajian dilibatkan secara

    sukarela dan kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah daerah di

    Selangor. Bagi mengumpulkan data yang bermakna daripada kedua-dua peserta kajian,

    temu bual secara mendalam, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan

    dokumen sehingga data-data mencapai tahap ketepuan. Seterusnya, dapatan kajian

    dianalisis untuk membentuk kriteria dan tema bagi meneliti kaedah PdPc berasaskan KBAT

    yang diamalkan oleh kedua-dua peserta kajiandalam proses penulisan karangan

    argumentatif. Dapatan kajian memperlihatkan kaedah perbahasan digunakan sebagai salah

    satu cara melangsungkan PdPc berasaskan KBAT dalam proses penulisan karangan

    argumentatif. Secara keseluruhannya, kaedah perbahasan didapati berupaya menarik minat

    murid dan mencabar keupayaan murid menggunakan kognitif berfikir pada aras tinggi

    dalam usaha menyediakan hujah dan melengkapkan tugasan menulis karangan.

    Kata kunci: kaedah perbahasan, KBAT, kajian kes, karangan argumentatif, wahana Abstract: The application of higher-order thinking skills (HOTS) in the teaching and

    learning process in the classroom is a part of the national education agenda. The shift is

    crucial in ensuring the sustainability of the national education system in maximizing the

    students’ cognitive abilities. The competitiveness in the global education system demands

    the needs of the educators to change the teaching methods and approaches used in the

    classroom for the realization of the country's education agenda. Thus, this study was

    conducted to examine how the teaching and learning process based on HOTS is being

    implemented by the educators in the process of writing the argumentative essay. In order to

    obtain a holistic overview of the methods used by teachers in the teaching and learning

    process, the qualitative case study approach was being employed as the research design of

    this study. Two research participants were involved in this study and the study was

    conducted at a boarding school in a district in the state of Selangor. In order to collect

    meaningful data from both of the research participants, in-depth interviews, observations in

    the classroom and documentations were used. Next, the findings were being analyzed to

    discover the criteria and themes in identifying the HOTS teaching and learning process as

    used by both the research participants in their process of writing an argumentative essay.

    The findings revealed that debating is a method used the debate as a way of implementing

    the use of HOTS teaching and learning process in the writing of an argumentative essay.

    All in all, the debating method has been proved to be able to attract and inspire the students

    to use the higher order thinking skills in constructing their arguments and in completing

    their writing assignments.

    Key words: debate, HOTS, case study, argumentative essay, tools

    mailto:[email protected] mailto:[email protected] mailto:[email protected] mailto:[email protected]

  • 2

    ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 1-12

    PENGENALAN

    Kurikulum pendidikan di Malaysia dilihat menjadi

    tidak seimbang lantaran berlakunya pengabaian

    terhadap potensi perkembangan otak kanan

    (bahasa, sastera, estetika, sukan, kreativiti dan

    bakat seni. Pengabaian ini berlaku akibat daripada

    kecenderungan yang keterlaluan terhadap potensi

    perkembangan otak kiri (akademik yang

    mengandungi aspek analitikal dan logik

    matematik) yang menjadikan kurikulum

    pendidikan menumpukan pada pemberatan fakta

    yang berbentuk abstrak dan sukar untuk dikuasai

    oleh murid (Aminah, 2003). Malah, pedagogi yang

    diamalkan oleh guru didapati berbentuk didaktik

    (berpusatkan guru) berbanding berbentuk tematik

    (berpusatkan murid) yang memerlukan perubahan

    pada amalan guru dengan menerapkan elemen-

    elemen pembelajaran yang menggalakkan murid

    berfikir dan menggunakan maklumat yang boleh

    dikaitkan dengan kehidupan seharian (Aminah,

    2003).

    Perubahan pada amalan pedagogi ini dilihat

    selaras dengan saranan Maimunah (2004) yang

    menjelaskan bahawa amalan berfikir perlu

    dipupuk dalam diri setiap individu secara

    berterusan dan diberi penekanan awal di sekolah

    dan institut pengajian tinggi. Pembudayaan

    kemahiran berfikir dapat dilaksanakan dengan

    adanya sokongan persekitaran yang kondusif bagi

    membuka peluang penerokaan, percubaan, latihan

    dan penambahbaikan dengan lebih luas dan pada

    akhirnya membolehkan keupayaan individu

    digilap berterusan (Abdul Halim, 2016). Antara

    inisiatif dalam membudayakan pemikiran beraras

    tinggi ini adalah dengan adanya penggunaan

    kaedah-kaedah pengajaran dalam kalangan guru

    bagi menghasilkan hasilan murid dapat berfikir

    dengan berkualiti (Jumaliah & Zamri, 2016).

    Selain itu, perubahan amalan pedagogi guru

    juga melibatkan usaha guru menyediakan aktiviti

    berfikir yang dilakukan secara berkumpulan dapat

    menajamkan keupayaan kognitif murid. Hal ini

    dapat dilakukan oleh guru menerusi penyediaan

    pelbagai rancangan, latihan dan alternatif yang

    dibincangkan sehingga murid-murid sendiri dapat

    merasakan kejituan makna yang mendasari sesuatu

    perkara menjadi persoalan. Hasilnya, murid dapat

    berfikir secara bercapah dengan melihat sesuatu

    perkara daripada pelbagai perspektif dan bukan

    hanya menjadi penerima ilmu sahaja sebaliknya

    diajarkan untuk menjadi seseorang yang mencari

    kepelbagaian ilmu.

    TINJAUAN KAJIAN LEPAS

    Aktiviti perbahasan atau debat difahami sebagai

    sebuah perbincangan formal yang memerlukan

    individu berhujah, mengutarakan usul dan

    membuat bidasan secara lisan. Perbincangan

    formal ini memerlukan penglibatan dua pasukan

    yang berhujah atau berdebat tentang sesuatu usul

    yang mana, satu pasukan akan menyokong dan

    satu lagi pasukan akan membangkang usul yang

    telah ditetapkan yang dapat dilakukan sama ada

    dalam bentuk pertandingan atau bukan

    pertandingan (Norhasni, 2014).

    Perbahasan juga diertikan sebagai

    pengucapan sama ada menyokong atau

    membangkang sesuatu pandangan dengan alasan

    yang logik yang disampaikan dengan

    menggunakan idea yang tersusun (Nurhidayu,

    2012). Kemahiran berbahas berupaya menjadikan

    seseorang individu menolak dan menyangkal

    tuduhan, alasan, andaian dan pendapat orang lain.

    Malah, kemahiran berbahas juga didapati mampu

    menjadikan seseorang individu itu mampu

    mengkritik, kebolehan mengemukakan cadangan

    terhadap kes, kelemahan fakta oleh orang lain dan

    perbahasan hipotesis yang dibuat oleh orang lain

    tentang sesuatu perkara (Mohd Azhar, 2001).

    Kemahiran berbahas penting dibudayakan

    sebagai salah satu kaedah pengajaran bagi

    meningkatkan penguasaan kognitif murid. Hal ini

    demikian kerana dalam konteks sistem pendidikan,

    kemahiran berdebat diertikan sebagai penilaian

    guru terhadap kecekapan murid menggunakan

    keupayaan intelektual untuk berhujah dengan

    fakta, bukti dan maklumat yang relevan digunakan

    dalam membuat sesuatu hujah (Mohd Azhar,

    2001).

    Selanjutnya, kemahiran berbahas dapat

    dijadikan sebagai kaedah pengajaran guru

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.