-
K-EKONOMI: ISU DAN CABARAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AWAM
Oleh Mohd Taib B. Mohamed. AMP, PPT*
- ----- - -------- -------------------------------------
Abstract
Much have been said about K-Economy. Economy based on knowledge.
Alvin Toifler in 'Powershift'stressed that knowledge will be the
main asset to determine the competitiveness of a nation. Those who
control knowledge will control the world Given the scenario of
Public Library services in terms of quantity and quality; the low
reading habits and computer literacy amongst Malaysian, the
challenges are enormous for librarians to prepare users for
K-economy. Hence proactive ventures must be taken to have more
public libraries with trained librarians, good collections and to
enchance life long education, contribute to the creation of
knowledge workers, creation of local content data bases to be
consumed by E-Community and Desa Digital and networking amongst
libraries. Perpustakaan Negara Malaysia should playa leadership
role in consolidating all type of library services geared toward
K-economy.
Pengenalan
1.1 Dekad 21 adalah dekad maklumat. Kepimpinan negara telah
membayangkan tekanan kepada aspek maklumat. Sewaktu membentangkan
kertas ketja bertajuk 'Malaysia Melangkah Ke Hadapan' pada 28 hb.
Februari 1991. Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
menyatakan:
''Memandangkan kita berada di zaman maklumat, maka
masyarakatMalaysia, mestilah kaya dari segi maklumatnya, tentulah
bukan satu kebetulan bahawa, pada waktu ini tidak ada negara kaya
dan maju yang miskin maklumatnya dan tidak ada pula negara yang
kaya maklumatnya yang miskin lagi mundur. "
Kertas kerja yang dibentangkan ini telah memberi ransangan untuk
rakyat Malaysia bergerak bersama untuk menjayakan Wawasan 2020
1.2 Sebagai usaha untuk melengkapkan diri menghadapi cabaran
globalisasi, sekali lagi kepimpinan negara mengutarakan agenda
K-Ekonomi. Ungkapan ini telah pertama kali disebut pada 25 Februari
2000 apabila Y.B. Tun Daim Zainuddin membentangkan Belanjawan
Negara untuk tahun 2000. Sewaktu menyampaikan ucap utama di 2nd
Global Knowl-edge Conference di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2000 Y.A.B.
Perdana Menteri Malaysia menggariskan ciri-ciri yang perlu ada di
dalam K-Ekonomi, iaitu:-
';! Pengarah. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
a) Pelaburan dalam pendidikan
b) Brain gain
c) Pembekalan maklumat
Beliau menambah: ''Malaysian must invest in the 'passion' and
capabilities of the people involved in education, from librarians
to professors, as well as lay the foundation far learning at the
primary level"
(NST 9th March 2000)
1.3 K -Ekonomi adalah ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan.
Penasihat Sains Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, YBhg Tan Sri Dr.
Omar Abdul Rahman membezakan ciri -ciri yang terdapat di dalam K
-Ekonomi dengan doktrin yang lain seperti berikut:-
''Mendapatkan ilmu pengetahuan lebih bersepadu dan cepat"
Beliau menambah, cabaran di dalam K -Ekonomi adalah penyediaan
K-Pekerja. K-Pekerja adalah pekerja berilmu yang menjadi pokok
kepada kejayaan K-ekonomi iaitu menjangkaui batasan pekerja mahir
iaitu pekerja yang berdaya inovatif dan pekerja yang tidak segan
mengambil risiko.
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
2. Isu.
2.1 Kajian yang dijalankan oleh Yayasan Jepun dan Perpustakaan
Negara Malaysia pada tahun 1998 bertajuk Report on Survey qf
Libraries in
Malaysia mendapati:-
a) Jumlah kakitangan terlatih yang di perkhidmatan Perpustakaan
Awam di Malaysia, adalah tidak mencukupi
b) Jumlah purata pinjaman bahan bacaan daripada mereka yang
mendaftar sebagai ahli perpustakaan adalah rendah.
c) Peruntukan membeli bahan bacaan masih rendah.
2.2 Kajian ini mirip dan mempunyai kaitan rapat dengan Kajian
Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 yang diusahakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Perpustakaan N egara
Malaysia. Antara lain ianya menyatakan:-
a) Hanya 29% daripada penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan
perpustakaan termasuk perpustakaan sekolah.
b) 87% rakyat Malaysia didapati mengamal tabiat membaca.
2.3 Hakikatnya di dalam tahun 1998 terdapat s~umlah kira-kira
566 buah Perpustakaan Awam beroperasi di Malaysia. Dengan jumlah
yang kecil dan taburan yang tidak menyeluruh serta dibebankan
dengan kekurangan kakitangan terlatih, isu penjanaan minda
masyarakat awam untuk bersedia menghadapi K-ekonomi adalah menjadi
satu cabaran yang getir.
3. Cabaran
3.1 Pendemokrasian ilmu pengetahuan
Prasarana pembacaan awam (perpustakaan awam) masih berkurangan.
Oleh itu, usaha-usaha perlu ditekadkan agar lebih banyak
perpustakaan awam dibina di lokasi yang strategik di seluruh
pelusuk negara. Bukan sahaja jumlah perpustakaan awam perlu
diperbanyakkan, malah pengisian seperti kakitangan terlatih, bahan
bacaan yang lumayan lagi berwibawa dan perkakasan teknologi
maklumat seperti komputer yang mempunyai capaian kepada internet
perlu dibekalkan.
Telah banyak diperkatakan mengenai E-Komuniti dan Desa Digital.
Ianya merupakan usaha untuk merapatkan jurang di antara masyarakat
kaya maklumat dan masyarakat miskin maklumat. Diberi peluang,
perpustakaan awam boleh
berperanan sebagai Agent of Change untuk masyarakat desa bagi
melengkapkan diri menghadapi ancaman globalisasi.
3.2 Pendidikan Sepanjang Hayat
Peranan Perpustakaan Awam di dalam menyedarkan pendidikan
sepanjang hayat melalui penyalinan bahan bacaan dan maklumat perlu
dimantapkan. Richard Crawford di dalam In The Era of Human Capital
menyatakan maju mundurnya sesebuah masyarakat itu akan ditentukan
oleh modal manusia dan ketinggian ilmunya. Oleh itu perpustakaan
awam boleh berperanan untuk melahirkan K-Pekerja dengan menyediakan
bahan bacaan dan segala kemudahan yang mampu menyumbang ke arah
pembentukan K-Pekerja.
Bahan bacaan dan maklumat yang diperolehi oleh perpustakaan awam
perlu mengambil kira keperluan ekonomi semasa dengan pendedahan
untuk melahirkan pekerja mahir, berdaya inovatif dan berani
menghadapi risiko.
3.3 Penjanaan local content
Hasrat pembentukan 'E-Komuniti dan Desa Digital memerlukan
pembentukan pengkalan data tempatan yang boleh diterima oleh semua
lapisan masyarakat dari segi bahasa dan isi kandungnya. Pustakawan
perlu memperlengkapkan diri dengan keupayaan yang tinggi di dalam
bidang teknologi maklumat. Pustakawan perlu berubah daripada
Pustakawan Tradisional kepada Knowledge Prqfessional yang mempunyai
keupayaan di dalam pengurusan ilmu.
Perpustakaan Awam juga boleh berperanan untuk melahirkan
masyarakat yang celik komputer.
3.4 Teknologi Maklumat: Pengkomputeran
Sewaktu membentang Belanjawan 2000 Negara pada 25hb. Februari
2000 Y.B. Tun Daim Zainuddin menyatakan "To facilitate the shift to
K-Economy, we have to increase our workforce equipped with IT
knowledge, particularly in ensuring the success of MSC and
Cyberjaya project".
(Malay Mail 26hb. Februari 20001)
Bukan sahaja diperlukan pembekalan komputer di perpustakaan awam
tetapi pengkomputeran sistem perpustakaan awam dengan perangkaian
di dalam negeri dan di antara negeri perlu dipercepatkan
menggunakan kemudahan Koridor Raya Multimedia. Dengan insentif yang
diberikan oleh kerajaan dan galakkan setiap rumah memiliki komputer
peribadi,
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
4.
-
diharapkan sumber perpustakaan dapat diakses daripada rumah,
Penutup
Kesepaduan di dalam strategi dan penyediaan perkhidmatan
perpustakaan dan maklumat perlu dibuat merentasi birokrasi, Pusat
Sumber Sekolah,
.:li.llm J;j"[~;";(I,~nl
Perpustakaan Awam, Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Khusus
perlu menerima hakikat 'Dunia Tanpa Sempadan' di dalam profesian
kepustakawanan, Perpustakaan Negara Malaysia perlu memainkan
peranan kepimpinan dengan lebih meyakinkan lagi proaktif dalam
pembangunan dan pengukuhan perpustakaan di Malaysia ,
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
-
RUJUKAN
1. The Japan Foundation (1998) Report on survey of libraries in
Malaysia. Kuala Lumpur: Japan Foundation.
2. Perpustakaan Negara Malaysia (1998) ProfilMembaca
RakyatMalaysia 1996. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia.
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia