Top Banner

of 15

Isu-Isu Kekeluargaan

Apr 03, 2018

Download

Documents

iswandiismail
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    1/15

    X PENGENALANSelamat datang ke topik terakhir dalam modul ini yang bertajuk Isu-isu

    Kekeluargaan. Sebelum kita pergi jauh, sedarkah anda bahawa pada suatu ketikadahulu, institusi kekeluargaan adalah satu organisasi kecil dalam komuniti yangdihormati kerana keberkesanannya dalam membentuk individu yang berakhlakdan bermaruah? Komuniti meletakkan harapan kepada institusi kekeluargaanuntuk melahirkan generasi yang mampu berganding bahu dalammembangunkan negara dan mewarisi segala aspek sosial yang baik dalamkehidupan berkelompok manusia.

    Namun, mandat institusi kekeluargaan dilihat kian pudar. Satu demi satu gejalasosial negatif membolosi masyarakat kita kerana institusi kekeluargaan yang

    semakin rapuh. Institusi kekeluargaan yang rapuh boleh membawa kepadakeruntuhan rumah tangga dan pelbagai isu dan masalah lain seperti penderaan.

    Oleh itu, dalam topik ini kita akan mengenal pasti apakah faktor-faktor yangmenyebabkan keruntuhan rumah tangga dan apakah jenis-jenis penderaan yang berlaku. Ini diakhiri oleh penjelasan tentang tiga jenis undang-undangkekeluargaan yang terdapat di Malaysia. Diharapkan anda mendapat manfaatdan ilmu yang berguna daripada Topik 10 dan keseluruhan modul ini. Selamat belajar!

    TT

    oo

    pp

    iik k

    11 00 X

    Isu-isuKekeluargaan

    HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Mengenal pasti tiga faktor utama keruntuhan rumah tangga;2. Mengenal pasti tiga jenis penderaan; dan3. Membezakan tiga jenis undang-undang kekeluargaan di Malaysia.

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    2/15

    TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN W 141

    KERUNTUHAN RUMAH TANGGA

    Isu pertama yang akan kita bincangkan ialahkeruntuhan rumah tangga. Pertama sekali, mari kitapelajari maksudnya. Tahukah anda apakah maksudkeruntuhan rumah tangga?

    Apakah yang dimaksudkan dengan secara sah atau tidak?

    Anda tentu setuju bahawa terdapat banyak aspek yang perlu diteliti dalam isu

    keruntuhan rumah tangga ini. Kehidupan kita pada masa kini jauh berbezadaripada kehidupan masyarakat pada suatu masa dahulu. Kita hidup dalam erakerapuhan sokongan sosial. Kita sendiri memilih untuk keluar daripadalingkungan sosial yang saling sokong menyokong. Misalnya kita kurang berminat untuk hidup dalam keluarga yang luas. Kita lebih cenderung memilihuntuk hidup dalam keluarga nuklear sahaja.

    Oleh kerana itu, kerajaan telah merangka program untuk mewujudkan kembalisemangat saling menyokong di kalangan ahli masyarakat. Contohnya melaluiProgram Kejiranan Mesra. Tahukah anda, apakah faktor-faktor lain yang

    menyumbang kepada isu ini selain daripada ancaman perubahan sosial? Anda boleh merujuk Rajah 10.1 berikut yang memberikan beberapa faktor lain yangturut menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga.

    10.1

    Keruntuhan rumah tangga merujuk kepadakeadaan satu u nit organisasi keluarga yangterlerai daripada ikatan sama ada secara sahatau tidak.

    Keruntuhan yang sah merujuk kepada keruntuhan yang dimeterai olehundang-undang dengan bukti bahawa p asangan berkahwin telah bercerai .

    Keruntuhan yang tidak sah merujuk kepada pasangan yang b erpisah secaratidak rasmi.

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    3/15

    X TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN142

    Rajah 10.1: Tiga faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga

    Mari kita bincangkan ketiga-tiga faktor ini dengan lebih terperinci dalam sub-subtopik berikut.

    10.1.1 Kurang Penghayatan Terhadap KonsepKekeluargaan

    Anda tentu bersetuju bahawa kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak di mana pasangan perlu saling mempercayai, hormat menghormati, bertolak ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa juatanggungjawab. Namun sebagai dua insan yang dilahirkan berbeza, perbezaanakan tetap wujud dan lahir pada bila-bila masa. Hanya berbekalkan ketabahan,

    pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta bertindak balas kepada setiapperubahan mampu mengekalkan perkongsian kasih sayang yang mulia ini.

    Apabila sesuatu keluarga dibina atas dasar cinta mengikut nafsu semata-matadan k urang penghayatan terhadap konsep kekeluargaan , pasangan akan berdepan dengan kejutan kehidupan berkeluarga. Perubahan mendadak sepertipertambahan ahli keluarga, cara hidup serta komitmen akan mempengaruhikeutuhan rumah tangga yang dibina.

    Walaupun pasangan telah menjalani kursus praperkahwinan, ternyata kursustersebut tidak mencukupi untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Malah,kerajaan turut mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat untuk membantu memperkukuhkan institusi keluarga. Kementerian berkenaan telah melaksanakan beberapa program seperti SmartStart yangmempunyai objektif untuk memberi ilmu pengetahuan, membantu pasanganmembuat persiapan dari segi mental dan fizikal serta bersikap positif bagimenempuhi alam perkahwinan. Ia juga merupakan platform atau wadah bagipasangan memahami dan mengenali diri dan pasangan. Di samping itu,kaunseling dan ceramah juga telah diadakan bagi menangani isu berkaitankekeluargaan.

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    4/15

    TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN W 143

    Walau bagaimanapun, segala rentak dan gaya adalah bergantung kepadapasangan yang mengemudikan keluarga tersebut. Tahukah anda terdapatpelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi tertentu

    untuk membantu mengurangkan masalah keruntuhan rumah tangga? Misalnya,program yang dirangka oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan KeluargaNegara yang menjurus kepada isu menghayati peranan keluarga dalammembentuk penduduk yang bukan sahaja sihat dari aspek fizikal tetapi jugamental, emosi, sosial dan rohani.

    10.1.2 Konflik Peranan dan Tanggungjawab

    Faktor kedua yang akan dibincangkan ialah isu k onflik peranan dantanggungjawab . Sedarkah anda bahawa peranan lelaki dan wanita pada masakini jauh berbeza berbanding dengan peranan nenek moyang kita dahulu?Secara umumnya dalam negara yang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga,sejak dahulu lagi lelaki memainkan peranan bagi memastikan ekonomi dansosial keluarga sentiasa sempurna. Oleh kerana itu lelaki perlu bekerja untukmenyara keluarga. Isteri atau ibu pula berperanan menjaga anak danmenguruskan rumah tangga.

    Namun, peranan dan tanggungjawab tradisional ini semakin berubah mengikutperedaran zaman. Pada hari ini, ramai wanita bersama-sama lelaki bekerjamencari rezeki dan membantu menambah ekonomi keluarga. Malah, terdapat juga isteri yang berpendapatan lebih daripada suami mereka.

    Cuba anda lihat Rajah 10.2 berikut. Adakah anda rasa masalah kecil seperti ini boleh membawa kepada keretakan rumah tangga?

    Rajah 10.2: Contoh konflik peranan dan tanggungjawabSumber : www.markstivers.com

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    5/15

    X TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN144

    Jawapannya mungkin boleh. Ini adalah kerana pengagihan tugas dalammenguruskan rumah tangga adalah penting dan perlu dihuraikan dengan jelas.Selalunya wanita mengharapkan suami mereka akan bersama-sama membantu

    menguruskan hal ehwal rumah tangga. Bagi lelaki pula, dia selalu menganggapperanan itu bukannya kebiasaan bagi mereka dan menganggap itu tugas dantanggungjawab isteri. Seterusnya, ini akan menimbulkan masalah dalam rumahtangga tersebut di mana pasangan ini tidak sehaluan dalam menjalankanperanan dan tanggungjawab masing-masing seperti yang berlaku dalam Rajah10.1 tadi.

    Adakalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada memilih untuk menjadisuri rumah tangga atau bekerja. Taraf pendidikan yang dimiliki wanita padamasa kini sudah semakin meningkat dan berkembang. Ini membolehkan mereka

    menjawat pelbagai jawatan profesional. Desakan untuk mencari pendapatanlebih bagi menampung keperluan ekonomi keluarga juga turut mendorongwanita melupakan peranan sebagai ibu di rumah. Ini menyebabkan wanitamudah berasa tertekan kerana mereka perlu menggalas beban tugas di tempatkerja, memainkan peranan dalam membesarkan anak dan perlu menguruskanhal ehwal rumah tangga ketika di rumah.

    Keadaan akan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantudalam urusan rumah tangga. Tekanan boleh menyebabkan hubungan antarapasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, masalah iniakan semakin melarat dan akhirnya pasangan suami isteri akan berpisah danmengakhiri ikatan keluarga mereka.

    10.1.3 Kemiskinan

    Akhir sekali, mari kita lihat faktor ketiga iaitu k emiskinan . Kemiskinan adalahsatu masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakatwalaupun negara tersebut diiktiraf sebagai negara maju. Tahukah anda bagaimana kemiskinan ditafsirkan? Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan di bawah p endapatan garis kemiskinan

    (PGK). PGK bagi penduduk Malaysia adalah seperti dalam Jadual 10.1 berikut.

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    6/15

    TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN W 145

    Jadual 10.1: Pendapatan Garis Kemiskinan Malaysia 2007

    Kawasan Kemiskinan Keseluruhan Kemiskinan Tegar

    PGK Kasar(RM)

    PGK Per Kapita(RM)

    PGK Makanan(RM)

    PGK PerKapita (RM)

    SemenanjungMalaysia

    KeseluruhanBandar

    Luar Bandar

    720740700

    180185160

    430420440

    100100100

    Sabah danLabuan

    KeseluruhanBandarLuar Bandar

    960970940

    200200190

    540540540

    110110110

    SarawakKeseluruhan

    BandarLuar Bandar

    830860810

    190190190

    520530500

    115120110

    Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU)

    Pada masa dahulu, isu kemiskinan dilihat tertumpu di kawasan luar bandarsahaja. Namun, tahukah anda bahawa kemiskinan di bandar turut berlaku?Kemiskinan di bandar berlaku apabila wujud sebilangan masyarakat yang tidaklagi mampu berlumba seiring dengan kemajuan di bandar. Penghijrahan ke bandar sering berlaku atas dasar mencari rezeki dan peluang pekerjaan yanglebih baik. Namun penghijrahan tanpa pendidikan dan kemahiran yangmencukupi akan membataskan impian seseorang untuk mendapat pekerjaan danpendapatan yang lumayan.

    Pendapatan yang tidak mencukupi akan memaksa mereka melakukan kerjasampingan lain. Ini akan menjejaskan kualiti kerja serta kehidupan mereka.Bekerja dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan taraf kesihatan fizikaldan mental terjejas. Mereka turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronikseperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kerana mengabaikan senamandan membiarkan tekanan menghimpit kehidupan mereka.

    Selain itu, desakan kemiskinan yang memaksa ibu bapa melakukan kerjasampingan akan menyebabkan peranan keibubapaan dalam keluarga diabaikan.Keadaan ini akan memburukkan lagi gejala sosial yang negatif dalam kalangan

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    7/15

    X TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN146

    anak-anak. Gejala negatif sosial anak-anak boleh menjadi salah satu puncapasangan bertegang urat dan bermasam muka seperti yang ditunjukkan dalamRajah 10.3 berikut.

    Rajah 10.3: Anak-anak menjadi mangsa akibat keruntuhan rumah tanggaSumber : www.bible.ca

    Apabila ibu bapa menjadi semakin sibuk, mereka tidak lagi mempunyai masaterluang yang boleh diperuntukkan untuk anak-anak mereka seperti bertanyakhabar, bersiar-siar dan bermesra bersama-sama mereka. Malah, kesibukan ini juga membataskan lagi peluang untuk ahli keluarga duduk bersemuka dan berbincang jika berlakunya sesuatu masalah.

    Kemiskinan juga mungkin akan memaksa anak-anak terjerumus ke dalamaktiviti yang kurang sihat seperti perlakuan delinkuen. Mereka mungkinmelakukan kegiatan mencuri atau pecah rumah untuk mendapatkan apa yangdiinginkan tanpa perlu berusaha atau bersusah payah.

    PENDERAANSekarang mari kita beralih pula ke isu penderaan. Anda tentu sedar bahawa

    penderaan adalah satu gejala sosial negatif yang turut melanda masyarakat kita.Penderaan boleh berlaku dalam bentuk fizikal, seksual, ekonomi, mental atauemosi. Penderaan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang serius dan perluditangani kerana penderaan ini akan mempengaruhi keperibadian kanak-kanakapabila mereka dewasa kelak. Selain itu, jika isu ini tidak ditangani dengan bijak,kanak-kanak mungkin akan menganggap perlakuan mendera sebagai perkara biasa dan tidak salah dilakukan. Anggapan begini akan mendorong merekauntuk mengulangi perbuatan mendera ke atas orang lain dan apabila merekamembesar, kadang kala mereka akan menjadi seorang dewasa yang bersifatkasar dan pendendam.

    10.2

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    8/15

    TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN W 147

    Tahukah anda terdapat pelbagai jenis penderaan? Tiga jenis penderaan akandibincangkan sebentar lagi iaitu k eganasan terhadap pasangan , gangguanseksual dan sumbang mahram , dan p enderaan kanak-kanak . Mari kita lihat

    ketiga-tiga isu ini dengan lebih lanjut dalam sub-subtopik berikut.

    10.2.1 Keganasan Terhadap Pasangan

    Tahukah anda keganasan terhadap pasangan juga merupakan satu penderaan?Malah, ia juga bukanlah suatu isu yang baharu. Keganasan ini bukan sahaja akanmenyebabkan kecederaan fizikal malahan juga kecederaan mental. Lebih teruk,ia juga boleh membawa maut. Mangsa bagi isu ini selalunya membabitkanwanita. Keganasan juga tidak mengenal individu, sama ada berpendidikan atau berpangkat tinggi kerana status ini tidak menjamin wanita tersebut tidakdikasari oleh pasangan mereka.

    Tahukah anda apakah faktor yang menyebabkan seseorang menjadi ganasterhadap pasangannya? Terdapat pelbagai faktor semula jadi yang bolehmenyebabkan seseorang menjadi ganas terhadap pasangannya. Namun, terdapat juga faktor luaran yang menyumbang kepada keganasan seperti ketagihan arak,penagihan dadah, judi atau sekadar kerana telah menemui pasangan baru.

    Anda tentu boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan keganasanfizikal.

    Tahukah anda terdapat juga keganasan secara lisan? Tahukah anda apakahmaksudnya?

    Selain itu, terdapat juga keganasan secara seksual. Pernahkah andamendengarnya? Berikut adalah maksud keganasan ini.

    Keganasan seksual ialah perbuatan m emaksa pasangan melakukanhubungan seks dan perlakuan seks yang t idak disukai oleh pasangannya.

    Keganasan lisan ialah m emaki hamun, melabel secara negatif, menjerit,mengkritik atau t idak memberi respons dalam hal yang berkaitan.

    Keganasan fizikal berlaku apabila pasangan d ipukul, ditampar, disepak,dicekik atau d itolak .

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    9/15

    X TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN148

    Keganasan-keganasan seumpama ini boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga dan nilai-nilai moral yang baik. Anak-anak akan turut terjejas dari aspekemosi dan sosial apabila berhadapan dengan isu keganasan ini.

    10.2.2 Gangguan Seksual dan Sumbang Mahram

    Isu kedua dalam penderaan ialah gangguan seksual dan sumbang mahram.Pertama sekali, mari kita pelajari apakah yang dimaksudkan dengan gangguanseksual.

    Apakah bentuk gangguan yang boleh berlaku? Gangguan boleh berlaku dalam bentuk s entuhan fizikal yang t idak diingini , menunjukkan gambar ataumemaksa menonton a ksi lucah , dan juga dengan cara m engeluarkan kata-kata lucah .

    Bagaimana pula dengan sumbang mahram?

    Anda tentu menyedari bahawa gangguan seksual adalah gejala sosial negatif yang bukan sahaja berlaku dalam masyarakat umum tetapi turut berlaku dalamsesebuah keluarga. Kes kanak-kanak dan remaja yang dirogol oleh ahli keluargasendiri bukannya perkara baru dalam masyarakat kita. Gangguan seperti ini boleh menyebabkan keretakan sesebuah keluarga. Anak yang menjadi mangsaakan lari dari rumah.

    Jika mangsa membuat aduan polis dan membawa masalah gangguan ke pihakatasan, pemangsa mungkin akan dihukum. Jika pemangsa adalah suami, makakeluarga akan kehilangan ketua yang sepatutnya menanggung keluarga.Keadaan akan menjadi lebih buruk jika ibu tidak bekerja. Jika pemangsadipenjarakan, secara tidak langsung sebuah keluarga akan diketuai oleh ibutunggal.

    Dilema seumpama ini adakalanya menyebabkan si ibu tidak bertindakwalaupun mengetahui perlakuan sumbang mahram yang berlaku dalam

    Sumbang mahram adalah perbuatan menjalinkan hubungan seksual dengan

    ahli keluarga sendiri .

    Gangguan seksual merujuk kepada apa-apa perlakuan yang berkaitandengan seksual t anpa kebenaran mangsa .

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    10/15

    TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN W 149

    keluarganya. Selain itu, rasa malu dan tidak tahu tempat untuk mengadu akanmenyebabkan masalah sosial ini masih berlaku dalam masyarakat.

    Lebih malang lagi, jika mangsa hamil. Maka, masalah lain pula akan timbul.Keluarga terpaksa menanggung anak yang dilahirkan dan mungkin masa depanmangsa akan terjejas. Pengalaman pahit yang dilalui akan menghantui fizikal,emosi dan mental mangsa, mungkin sepanjang hayatnya. Sangat menyedihkan, bukan?

    10.2.3 Penderaan Kanak-kanak

    Akhir sekali, mari kita lihat isu penderaan kanak-kanak. Kes penderaan ke ataskanak-kanak bukanlah satu perkara yang baru. Kita kerap dikejutkan dengan berita seperti kanak-kanak melecur akibat dicucuh puntung rokok, koma akibatkepalanya dipukul dengan kuat dan lebam akibat dipukul. Ini adalah suatuperbuatan yang tidak bermoral dan berperikemanusiaan.

    Apakah yang boleh anda katakan tentang penderaan?

    Kita tentu sedar bahawa penderaan boleh berlaku dalam pelbagai cara.Penderaan secara fizikal merupakan penderaan yang paling kerap berlaku.Penderaan fizikal boleh berlaku dalam bentuk perlakuan memukul, mencucuhdengan api, menggigit, menampar dan mencekik. Penderaan fizikal mungkin boleh menyebabkan patah, kecacatan mental dan fizikal malah boleh membawamaut.

    Kanak-kanak juga boleh didera secara emosi. Misalnya sentiasa menghalang ataumenidakkan permintaan mereka tanpa berunding. Maka, emosi mereka pun

    akan terganggu apabila mereka sering dijadikan sebagai bahan lawak, ejekanatau bahan ketawa.

    Selain itu, penderaan seksual turut berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.Ini adalah di antara isu masyarakat yang sering berlaku. Penderaan seksual boleh berlaku dalam bentuk rabaan, sentuhan yang tidak diingini, orang dewasamenunjukkan genital kepada kanak-kanak, dan memaksa kanak-kanak melihatgambar lucah atau menonton cerita lucah. Penderaan seksual yang palingmelampau ialah merogol kanak-kanak dan perlakuan sumbang mahram keranapenderaan ini sangat melanggar norma agama dan moral manusia.

    Penderaan kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai l ayanan yang t idak baik terhadap mereka yang di b awah 18 tahun oleh i bu bapa, penjaga, ahlikeluarga atau m asyarakat sekeliling .

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    11/15

    X TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN150

    Tahukah anda bahawa pengabaian terhadap kanak-kanak juga boleh disifatkansebagai satu bentuk penderaan? Apakah yang dimaksudkan dengan pengabaiankanak-kanak?

    Apakah kesan penderaan ke atas kanak-kanak? Anda tentu menyedari bahawapenderaan ke atas kanak-kanak meninggalkan kesan buruk dalam pertumbuhanserta perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial mereka. Mereka mungkin

    akan terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada kekuranganmakanan dan taraf kesihatan yang diabaikan. Jika kanak-kanak adalah mangsapenderaan seksual, mereka akan terdedah kepada risiko kehamilan remaja,mengalami kerosakan organ pembiakan atau dijangkiti penyakit jangkitanseksual. Selain itu, apabila mereka membesar, mereka mungkin akan menjadiindividu yang bersifat berdendam dan pendera.

    UNDANG-UNDANG KEKELUARGAANSebelum kita mengakhiri topik ini dan seterusnya

    modul ini, mari kita pelajari dahulu undang-undangkekeluargaan. Pertama sekali, tahukah anda apakahtujuan undang-undang kekeluargaan ini diwujudkan?

    Undang-undang kekeluargaan bertujuan untukmencegah atau menghindarkan berlakunya perceraian,kelahiran anak tidak sah taraf, dan keluarga berpecah belah. Selain itu, undang-undang kekeluargaan juga bertujuan untuk memastikan kesejahteraan dankestabilan institusi kekeluargaan sentiasa terjaga.

    Walaupun porak peranda dan pecah belah dalam keluarga tidak diingini, iatetap berlaku. Dalam aspek ini undang-undang kekeluargaan akan cubamemulihkan keadaan atau membantu mangsa-mangsa yang terlibat (MimiKamariah Majid, 1992).

    Di Malaysia, undang-undang kekeluargaan memiliki ciri-ciri tertentu berbandingdengan negara-negara lain. Ini disebabkan oleh latar belakang masyarakat kitayang terdiri daripada berbilang kaum, agama, kepercayaan dan budaya.

    Pengabaian kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak t idak diberi makanan,pakaian dan tempat tinggal yang sempurna . Selain itu, aspek k eselamatan keatas mereka juga tidak diambil kira dan t iada rawatan perubatan diberikankepada mereka ketika sakit.

    10.3

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    12/15

    TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN W 151

    Oleh kerana itu, salah satu ciri utama undang-undang kekeluargaan di Malaysiaialah t iada keseragaman antara satu negeri dengan negeri lain. Hanya statuttertentu yang terpakai di Semenanjung Malaysia; manakala di Sabah dan

    Sarawak, mereka mempunyai statut-statut tersendiri.

    Tahukah anda apakah masalah kekeluargaan yang disentuh oleh undang-undang kekeluargaan? Antara masalahnya termasuklah hal berkaitan denganperkahwinan, pembatalan perkahwinan, perceraian, kesahtarafan,pengangkatan, penjagaan, pemberian nafkah dan pembahagian harta.

    Untuk makluman anda, terdapat undang-undang kekeluargaan yang berbezauntuk masyarakat Islam dan bukan Islam, dan juga antara negeri. Terdapat tiga jenis undang-undang kekeluargaan di Malaysia iaitu akta, enakmen dan ordinan

    (Rajah 10.4).

    Rajah 10.4: Undang-undang kekeluargaan

    Kita akan melihat beberapa contoh ordinan, enakmen dan akta yang digunapakai di beberapa negeri dalam sub-subtopik berikut. Mari kita lihat satupersatu.

    10.3.1 Ordinan

    Dua contoh yang akan diberikan adalah ordinan yang digunakan di Sarawakdan Sabah. Administration of Estates Ordinance di Sarawak adalah berkaitanpembahagian harta . Harta si mati hendaklah dibahagi menurut wasiatnya atau

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    13/15

    X TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN152

    menurut undang-undang yang diiktiraf. Sekiranya tidak ada adat yang terpakai,maka undang-undang Inggeris akan digunakan (Mimi Kamariah Majid, 1992).

    Di Sabah pula, Interstate Succession Ordinance 1960 digunakan untuk h artapusaka tidak berwasiat . Ia tidak terpakai kepada harta pusaka mana-mana anaknegeri atau orang Islam.

    10.3.2 Enakmen

    Apakah maksud enakmen?

    Enakmen meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyaiperuntukan yang seakan-akan sama (Mimi Kamariah Majid, 1992). Antaranyaialah E nakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor dan E nakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan . Setiap individu Islam di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri masing-masing.

    10.3.3 Akta

    Sebagai penutup, mari kita pelajari tentang akta. Tahukah anda pada 1 Mac 1982,Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU)telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? Statutini terhad kepada p erkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitansahaja. Pada umumnya, s emua orang bukan Islam tertakluk kepada Akta ini(Mimi Kamariah Majid, 1992). Berikut adalah dua contoh bagi akta di Malaysia.

    Akta Pewarisan 1971(Peruntukan Keluarga) :

    Akta ini terpakai di seluruh Malaysia tetapitidak termasuk harta orang-orang Islam atauanak negeri di Sabah dan Sarawak.

    Akta Perempuan Bersuami1957:

    Akta ini membolehkan seseorang perempuanyang sudah berkahwin dan bersuami layakmemegang harta dan menjual hartanyaseolah-olah dia belum bersuami.

    Enakmen merupakan suatu a kta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan

    tertentu u ndang-undang kekeluargaan Islam mengenai p erkahwinan,perceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengankehidupan berkeluarga.

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    14/15

    TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN W 153

    x Keruntuhan rumah tangga merujuk kepada keadaan satu unit organisasikeluarga yang terlerai daripada ikatan sama ada secara sah atau tidak.

    x Terdapat tiga faktor yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga berlakuiaitu kurang penghayatan terhadap konsep kekeluargaan, konflik peranandan tanggungjawab dan kemiskinan.

    Terdapat tiga jenis penderaan iaitu keganasan terhadap pasangan, gangguanseksual dan sumbang mahram, dan penderaan kanak-kanak.

    Undang-undang kekeluargaan bertujuan untuk membantu dan memulihkankeluarga dan mangsa akibat berlakunya perpecahan dalam sesebuahkeluarga.

    Terdapat tiga jenis undang-undang kekeluargaan di Malaysia iaitu akta,enakmen dan ordinan. Undang-undang ini berbeza antara negeri dan jugaantara masyarakat Islam dan bukan Islam.

    AktaEnakmenGangguan seksualKeganasanKemiskinanKeruntuhan rumah tanggaKonflik peranan dan tanggungjawab

    Konsep kekeluargaanKurang penghayatanOrdinanPenderaanStatutUndang-undang kekeluargaan

    AKTIVITI 10.1

    1. Apakah kesan kemiskinan ke atas kesejahteraan sesebuah keluarga?2. Huraikan bentuk penderaan yang kerap berlaku dalam sesebuah

    keluarga. Apakah pendapat anda tentang peranan kerajaan,masyarakat dan agama bagi mengatasi masalah penderaan?

    3. Bagaimanakah institusi kekeluargaan membentuk generasi yangsihat dari aspek mental, rohani dan sosial?

  • 7/29/2019 Isu-Isu Kekeluargaan

    15/15

    X TOPIK 10 ISU-ISU KEKELUARGAAN154

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul promosi keluarga sihat . Kuala

    Lumpur.

    Mimi Kamariah Majid (1992). Undang-undang keluarga di Malaysia . KualaLumpur: Butterworths Asia.

    [email protected]. (1999). Child abuse defined . Dicapai pada Ogos 15, 2007,dari http://www.yesican.org/defined.html

    [email protected]. (n. d.). Domestic violence . Dicapai pada Ogos 15, 2007,dari http://www.yesican.org/DV/DV03.html