Top Banner
GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR TEKNIKAL MOHAMAD SHUKRI BIN ISMAIL Laporan projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2016
52

i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

Aug 26, 2019

Download

Documents

trannhan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

i

GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

DALAM KALANGAN PELAJAR TEKNIKAL

MOHAMAD SHUKRI BIN ISMAIL

Laporan projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal

(Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2016

Page 2: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

iii

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

MENGASIHANI

Khas buat ayahanda, Hj Ismail Bin Yusof

dan bonda Hjh Salma Bt Mahyudin,

isteri tercinta Norasimah Bt Mohamad Yusak,

serta anak-anak yang dikasihi

Mohamad Muaz,

Muhammad Miqdad dan

Rania Sumayyah,

Perjuangan ke tahap ini berkat doa restu kalian.

Buat rakan-rakan seperjuangan,

serta pensyarah yang sangat berdedikasi, Dr. Yee Mei Heong,

jutaan terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.

Semoga jasa kalian semua diberkati Allah.

Page 3: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

iv

PENGHARGAAN

Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi

dicurahkan kepada hamba-Nya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala

takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada

junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para tabi’in.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya

menyempurnakan projek sarjana ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam menyempurnakan projek ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia Projek Sarjana ini, Dr. Yee Mei

Heong atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang saya

melaksanakan projek ini. Segala bantuan yang dihulurkan amat dihargai dan moga

diberkati Tuhan.

Penghargaan juga ditujukan kepada isteri tercinta dan anak-anak atas kesabaran,

pengorbanan dan sokongan yang diberikan sepanjang saya melaksanakan projek

sarjana ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, jutaan terima kasih diucapkan.

Page 4: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

v

ABSTRAK

Dalam usaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran berfikir dengan lebih

baik dan meningkatkan prestasi akademik mereka, gaya pembelajaran yang

dicenderungi oleh pelajar harus dikenal pasti. Kajian ini adalah bertujuan untuk

menganalisis hubungan dan perbezaan gaya pembelajaran terhadap tahap kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar teknikal. Seramai 307 pelajar

teknikal yang sedang mengikuti program peringkat diploma dari tiga buah politeknik

di Malaysia telah dipilih secara rawak sebagai sampel. Inventori Gaya Pembelajaran

Kolb dan set soal selidik yang diadaptasi dari Rubrics for Specific Task or Situations

Marzano telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan kaedah

tinjauan deskriptif berbentuk kuantitatif dan data yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian SPSS. Hasil dapatan menunjukkan gaya pembelajaran yang

dominan dalam kalangan pelajar teknikal ialah Doer diikuti oleh gaya pembelajaran

Feeler, Watcher dan Thinker. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar menguasai

kemahiran membanding, mengklasifikasi, induksi, deduksi, analisis ralat, pembinaan

sokongan, abstrak dan penganalisisan perspektif, kesemuanya berada pada tahap

sederhana. Analisis ujian kolerasi Cramer V menunjukkan bahawa tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara empat Gaya Pembelajaran Kolb dengan lapan tahap

KBAT Marzano. Selain itu, keputusan analisis ujian MANOVA menunjukkan

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keempat-empat jenis Gaya

Pembelajaran Kolb ke atas kelapan-lapan KBAT Marzano. Oleh itu, dapat

disimpulkan bahawa gaya pembelajaran yang berbeza tidak mempengaruhi tahap

penguasaan KBAT dan pelajar berpeluang menguasai KBAT tanpa mengira gaya

pembelajaran yang dicenderungi.

Page 5: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

vi

ABSTRACT

In order to help students learn thinking skills more effectively and improve their

academic performance, learning styles preferred by students must be identified. The

purpose of this research was to analyze the relationship and difference in learning

styles on the level of higher order thinking skills (HOTS) among diploma technical

students. A total of 307 diploma technical students from three polytechnics in

Malaysia were randomly selected as samples. The Kolb Learning Styles Inventory

and a set of questionnaires adapted from Marzano Rubrics for Specific Task or

Situations were used as research instruments. This is a quantitative research and the

gathered data was analyzed using SPSS software. The findings indicated that the

most dominant learning style among diploma technical students is Doer, followed by

Feeler, Watcher and Thinker. The findings indicated that students perceived they

have moderate level for comparing, classifying, inductive reasoning, deductive

reasoning, analyzing errors, constructing support, abstracting and analyzing

perspectives. The Cramer V analysis showed that there is no relationship between

four types of Kolb’s Learning Styles and the level of eight Marzano HOTS. In

addition, the results of MANOVA test data analysis indicated that there were no

significant differences between the four types of Kolb’s Learning Styles on the eight

of Marzano’s HOTS. Therefore, it is concluded that the different learning styles do

not affect the level of HOTS and students have the opportunity to learn HOTS

regardless of learning style they preferred.

Page 6: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Hipotesis kajian 8

Page 7: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

viii

1.7 Kepentingan kajian 9

1.8 Skop kajian 11

1.9 Batasan kajian 11

1.10 Kerangka konsep 11

1.11 Definisi istilah dan operasi 13

1.12 Rumusan bab 14

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pendidikan Latihan Teknikal

dan Vokasional (TVET) 15

2.3 Politeknik di Malaysia 19

2.4 Kemahiran berfikir 20

2.4.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) 22

2.4.1.1 Taksonomi Bloom 23

2.4.1.2 Taksonomi Anderson dan

Krathwohl 25

2.4.1.3 Taksonomi COGAFF 29

2.5 Model dimensi pembelajaran Marzano 31

2.5.1 KBAT Marzano 34

2.6 Rasional penggunaan KBAT Marzano 39

2.7 KBAT dalam kalangan pelajar teknikal 40

2.8 Kepentingan KBAT 42

2.9 Gaya pembelajaran 43

Page 8: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

ix

2.10 Model-model gaya pembelajaran 45

2.10.1 Model Dunn dan Dunn 44

2.10.2 Model Honey dan Mumford 46

2.10.3 Model Felder Silvermann 48

2.11 Model gaya pembelajaran Kolb 49

2.11.1 Kitaran pembelajaran Kolb 51

2.11.1.1 Pengalaman Konkrit 52

2.11.1.2 Pemerhatian Reflektif 53

2.11.1.3 Pengkonsepsian Abstrak 53

2.11.1.4 Pengujikajian Aktif 54

2.11.2 Empat Jenis Gaya Pembelajaran Kolb 54

2.11.2.1 Doer (Accomodator) 55

2.11.2.2 Watcher (Diverger) 56

2.11.2.3 Thinker (Assimilator) 57

2.11.2.4 Feeler (Converger) 57

2.12 Rasional penggunaan Model Gaya

Pembelajaran Kolb 58

2.13 Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar teknikal 59

2.14 Kepentingan gaya pembelajaran 65

2.15 Rumusan bab 66

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 67

3.1 Pengenalan 67

3.2 Reka bentuk kajian 67

Page 9: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

x

3.3 Populasi dan sampel kajian 68

3.4 Instrumen kajian 70

3.4.1 Bahagian A 71

3.4.2 Bahagian B 71

3.4.3 Bahagian C 71

3.5 Kesahan instrumen 72

3.6 Kebolehpercayaan instrumen 72

3.7 Kajian rintis 73

3.8 Kerangka operasi kajian 73

3.9 Kaedah analisis data 75

3.9.1 Analisis statistik deskriptif 75

3.9.2 Analisis statistik inferensi 76

3.10 Rumusan bab 77

BAB 4 ANALISIS DATA 78

4.1 Pengenalan 78

4.2 Analisis demografi responden 78

4.2.1 Responden mengikut jantina 78

4.2.2 Responden mengikut tempat

tinggal asal 79

4.2.3 Responden mengikut jumlah

pendapatan ibubapa 79

4.2.4 Responden mengikut status

sosial ekonomi (SES) 80

Page 10: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

xi

4.2.5 Responden mengikut semester pengajian 80

4.2.6 Responden mengikut pencapaian

akademik (CGPA) 81

4.3 Analisis dapatan persoalan kajian 1 82

4.4 Analisis dapatan persoalan kajian 2 83

4.5 Analisis dapatan persoalan kajian 3 92

4.6 Analisis dapatan persoalan kajian 4 93

4.7 Rumusan bab 94

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 95

5.1 Pengenalan 95

5.2 Perbincangan 95

5.2.1 Pola gaya pembelajaran 95

5.2.2 Tahap penguasaan KBAT 98

5.2.3 Hubungan dan perbezaan antara

gaya pembelajaran dengan KBAT 100

5.3 Kesimpulan 102

5.4 Cadangan 104

5.4.1 Pelajar 104

5.4.2 Pensyarah 105

5.4.3 Politeknik 106

5.4.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 107

5.4.5 Penyelidik lain yang berminat 107

5.5 Cadangan kajian lanjutan 108

Page 11: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

xii

5.6 Rumusan bab 109

RUJUKAN 110

LAMPIRAN 122

Page 12: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

xiii

SENARAI JADUAL

2.1 Ciri-ciri KB dalam aras Taksonomi Bloom 25

2.2 Ciri-ciri KB dalam aras Taksonomi Anderson

dan Krathwohl 27

2.3 Taksonomi COGAFF 29

2.4 Lapan KBAT Marzano dan definisinya 38

2.5 Pengintegrasian KBAT Marzano di dalam Taksonomi

Bloom 39

2.6 Dimensi gaya pembelajaran Felder Silvermann 48

3.1 Jumlah populasi dan sampel kajian 70

3.2 Instrumen kajian 71

3.3 Bentuk kajian dan kaedah analisis data 75

3.4 Interpretasi julat min bagi tahap KBAT Marzano 76

3.5 Interpretasi Pekali Korelasi Cramer 77

4.1 Taburan responden mengikut jantina 79

4.2 Taburan responden mengikut tempat tinggal asal 79

4.3 Taburan responden mengikut pendapatan ibu bapa 80

4.4 Taburan responden mengikut status sosial ekonomi (SES) 80

4.5 Taburan responden mengikut semester pengajian 81

4.6 Taburan responden mengikut pencapaian akademik (CGPA) 81

4.7 Pola gaya pembelajaran Kolb berdasarkan faktor demografi 83

4.8 Tahap penguasaan KBAT Marzano berdasarkan jantina 85

4.9 Tahap penguasaan KBAT Marzano berdasarkan pencapaian

akademik 88

4.10 Tahap penguasaan KBAT Marzano berdasarkan status

sosial ekonomi 91

4.11 Nilai min KBAT Marzano 92

Page 13: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

xiv

4.12 Hubungan antara gaya pembelajaran Kolb dan KBAT

Marzano 93

4.13 Perbezaan antara gaya pembelajaran Kolb dan KBAT

Marzano 94

Page 14: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konsep kajian 12

2.1 Enam aras pemikiran di dalam Taksonomi Bloom 24

2.2 Enam aras pemikiran di dalam Taksonomi Anderson

dan Krathwohl 26

2.3 Dimensi pembelajaran Marzano 32

2.4 Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn 46

2.5 Tahap-tahap peredaran proses pembelajaran

(Honey dan Mumford) 47

2.6 Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984):

Kaedah bagaimana manusia menerima dan memproses maklumat 50

2.7 Kontinum menerima dan kontinum memproses 51

2.8 Empat peringkat dalam Kitaran Pembelajaran Kolb 52

2.9 Model Gaya Pembelajaran Kolb 55

3.1 Kerangka operasi kajian 74

Page 15: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

xvi

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH

CGPA Cumulative Grade Point Average

COGAFF Cognitive and Affective

DPM Dimensi Pembelajaran Marzano

ETP Program Transformasi Ekonomi

GP Gaya Pembelajaran

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IPT Institut Pengajian Tinggi

KB Kemahiran Berfikir

KBAR Kemahiran Berfikir Aras Rendah

KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KV Kolej Vokasional

MTUN Malaysian Technical University Network

NKEA Bidang Ekonomi Utama Negara

PAV Pendidikan Asas Vokasional

PPPM-PT Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Pendidikan Tinggi

PSTPV Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

SES Status Sosial Ekonomi

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

TVET Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional

UA Universiti Awam

UNDP United Nations Development Plan

UTHM Universiti Tun Hussein Onn

Page 16: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

xvii

SENARAI LAMPIRAN

A Jadual Penentuan Saiz Sampel (Krejcie and Morgan, 1970) 122

B Borang Soal Selidik 124

C Borang Semakan Soal Selidik 125

D Keputusan Analisis Data Kajian Rintis 126

E Surat Kebenaran 129

Page 17: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan tinggi di Malaysia telah berkembang pesat dan semakin kukuh

sejak beberapa dekad lalu. Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, pertambahan

enrolmen pelajar semakin ketara, peningkatan pengiktirafan global kian

menyerlah dalam pelbagai aspek seperti penerbitan, hasil penyelidikan, paten,

dan kualiti institusi, serta pertumbuhan mendadak bilangan pelajar antarabangsa

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Justeru, belia Malaysia perlu

dipersiapkan menerusi sistem pendidikan tinggi dan Institut Pengajian Tinggi

(IPT) yang ditransformasi untuk menghadapi masa depan yang mencabar dan

sentiasa berubah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM-

PT pada 7 April 2015 sebagai satu garis panduan untuk mendepani cabaran-

cabaran terhadap sistem pendidikan tinggi negara. PPPM-PT menggariskan 10

lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Empat lonjakan yang

pertama memfokus pada keberhasilan warga pendidikan tinggi, termasuk pelajar

dalam laluan akademik dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET), komuniti akademik dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti

pembelajaran sepanjang hayat. Enam lonjakan seterusnya memberi tumpuan pada

pemboleh (enablers) ekosistem pendidikan tinggi, merangkumi pembiayaan,

tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan

penyampaian.

Page 18: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

2

Keberhasilan pelajar yang dihasratkan adalah merangkumi kepada

penghasilan graduan holistik, berciri keusahawanan, seimbang, kecemerlangan

bakat, pembelajaran sepanjang hayat dan graduan TVET berkualiti. Sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Negara, para graduan yang dilahirkan diharap

berkualiti dengan memiliki disiplin ilmu yang relevan, akhlak dan penetapan

minda yang sesuai, tingkah laku dan beradab untuk memajukan diri bagi

membolehkan mereka memberikan sumbangan kepada keharmonian dan

kemajuan keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. Kualiti ini

diserlahkan melalui enam atribut utama iaitu etika dan kerohanian, kemahiran

memimpin, identiti nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir, dan

pengetahuan.

Menurut Sulaiman et al. (2011), kemahiran berfikir (KB) merujuk kepada

kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran. KB juga

adalah suatu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep, analisis,

aplikasi, sintaksis dan menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui

pengamatan, pengalaman, refleksi, penaakulan atau komunikasi sebagai suatu

landasan kepada sesuatu tindakan (Ball & Garton, 2005). Justeru, KB diperlukan

oleh seseorang individu itu untuk mengendalikan potensi otak masing-masing.

Penggunaan KB haruslah secara optimum supaya dapat menjana penyelesaian

bagi sesuatu masalah terutamanya masalah-masalah kompleks yang beraras

tinggi.

Penggunaan KB secara optimum melibatkan kemahiran berfikir aras

tinggi (KBAT) seperti kemahiran menganalisis, mensintesis, menilai, mencipta

dan mereka (Anderson et al., 2001). KBAT ditakrifkan sebagai keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan

dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan

berupaya mencipta sesuatu (Lembaga Peperiksaan, 2014). KBAT merujuk

kepada lanjutan penggunaan minda ketika berhadapan dengan cabaran baru

(Rajendran, 2009). Justeru, golongan pelajar masa kini seharusnya

membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam diri mereka

(Caviglioli et al., 2002) supaya dapat menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan dalam kehidupan harian (Rajendran, 2008).

Page 19: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

3

KBAT membolehkan pelajar berupaya melakukan perbandingan,

penilaian, penjustifikasian dan membuat inferensi (Sykes et al., 1997). Proses

transformasi KBAT akan berlaku apabila pelajar menggabungkan fakta dengan

idea menerusi keupayaan mensintesis, mengeneralisasi, menerang, membuat

hipotesis, atau menghasilkan kesimpulan dan interpretasi (Tee, 2012). Proses

memanipulasi maklumat dan idea ini akan membolehkan pelajar menyelesaikan

masalah, menemui pengertian dan memperoleh pemahaman baru dalam

pembelajaran (Anderson et al., 2001). Pengaplikasian KBAT dapat meningkatkan

daya pengamatan seseorang pelajar seterusnya dapat memproses maklumat

baharu untuk menerbitkan pelbagai alternatif, idea, tindakan, penyelesaian dan

rekaan untuk penyelesaian sesuatu masalah (Yee, 2015).

Menurut Mohd & Hassan (2005), tahap pengamatan dan tahap

memproses merupakan dua proses utama dalam pembelajaran kemahiran berfikir.

Walau bagaimanapun, keupayaan dan kecenderungan seseorang individu itu

untuk mengorganisasi dan memproses maklumat adalah berbeza di antara satu

sama lain (Abd. Razak & Azman, 2012). Hal ini adalah kerana sesetengah

individu itu melihat sesuatu maklumat secara konkrit manakala sesetengah

individu pula melihat sesuatu maklumat itu secara abstrak (Yee, 2015). Dalam

persekitaran pembelajaran, kecenderungan melihat maklumat secara konkrit dan

abstrak ini didefinisikan sebagai gaya pembelajaran (Rogers, 2009).

Gaya pembelajaran merujuk kepada cara individu mengumpul,

mengorganisasi dan mengubah data dan maklumat untuk menjadi suatu

maklumat yang berguna (Kolb, 1984). Menurut Dunn & Dunn (1990), gaya

pembelajaran didefinisikan sebagai kaedah atau cara-cara yang unik digunakan

oleh seseorang individu untuk mempelajari dan mengimbas maklumat. Gremli

(1996) menyatakan bahawa gaya pembelajaran melibatkan aspek-aspek

personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan terhadap

garis panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan

terdapatnya kelainan dalam individu. Gaya pembelajaran juga menerangkan

tingkah laku seseorang dalam melakukan tugas pembelajaran (Rassool & Rawaf,

2007).

Menurut Yee (2015), tingkahlaku dalam gaya pembelajaran terdiri dari

dua aspek asas, iaitu gaya pembelajaran kognitif yang menunjukkan cara berfikir

Page 20: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

4

dan strategi pembelajaran yang menunjukkan proses yang digunakan untuk

memberi respon terhadap keperluan aktiviti pembelajaran. Dengan kata lain, gaya

pembelajaran adalah strategi individu yang digunakan dalam menghadapi

persekitaran dan bahan pelajaran. Oleh yang demikian, gaya pembelajaran berkait

rapat dengan kecenderungan pelajar untuk berfikir, berhubung dengan orang lain,

suasana kelas dan aktiviti yang dijalankan (Rogers, 2009).

Oleh kerana gaya pembelajaran berkait rapat dengan kemahiran berfikir,

maka pengaplikasian gaya pembelajaran yang betul adalah penting dalam

kalangan pelajar (Yee, 2015). Hakikatnya, pengaplikasian kekuatan gaya

pembelajaran dalam kalangan pelajar mampu mengembangkan potensi diri serta

berupaya memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik (Abd. Razak &

Azman, 2012; Cano-Garcia & Hughes, 2000; Habib & Azizan, 1997). Dalam

usaha untuk membantu pelajar menerapkan amalan KBAT dan meningkatkan

pencapaian akademik maka gaya pembelajaran yang dicenderungi oleh seseorang

pelajar itu perlu dikenal pasti (Othman & Rahman, 2011).

1.2 Latar belakang masalah

TVET merupakan laluan penting untuk pendidikan vokasional dan pembangunan

kemahiran. Menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) (2013), Malaysia

perlu peningkatan 2.5 kali ganda enrolmen TVET menjelang 2025. Walau

bagaimanapun, penawaran terhadap pekerja TVET tidak mencukupi dalam 10

daripada 12 sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) ketika ini.

Tambahan pula, TVET dianggap kurang menarik berbanding dengan pendidikan

universiti yang konvensional. Ini menyebabkan jumlah pelajar laluan TVET

masih rendah, terutamanya yang berkelayakan tinggi. Justeru, Malaysia perlu

beralih daripada sistem pendidikan tinggi yang hanya menumpu kepada

pendidikan universiti yang konvensional, sebagai satu-satunya laluan kerjaya,

kepada dua laluan berasingan yang mengambilkira TVET.

Lonjakan keempat dalam PPM-PT menggariskan hasrat KPM untuk

menghasilkan graduan TVET yang berkualiti menjelang tahun 2020. Dalam alam

pekerjaan, kualiti dan kuantiti kerja sangat dikehendaki oleh mana-mana majikan.

Menurut Husain & Mustapha (2009), pekerja berpengetahuan atau K-Worker

Page 21: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

5

adalah menjadi keutamaan di kalangan majikan untuk menggerakkan perniagaan

seiring dengan pertumbuhan ekonomi. Pihak majikan melaporkan bahawa

sebahagian graduan kurang menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan

berkomunikasi, serta kemahiran menguasai bahasa terutamanya Bahasa Inggeris

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

Menurut Ariffin et al., (2008), kemahiran berfikir secara kritis yang

merupakan elemen KBAT merupakan kemahiran yang penting dalam semua

profesion. Justeru, pengaplikasian KBAT dalam kalangan pelajar di IPT adalah

perlu untuk menyediakan diri mereka sebelum menempuh alam pekerjaan.

Hakikatnya, kelemahan mengaplikasikan KBAT merupakan punca

mengakibatkan seseorang pelajar menjadi tidak kreatif dalam menyelesaikan

sesuatu permasalahan yang timbul (Yee, 2015). KBAT amat diperlukan dalam

kalangan pelajar untuk membuka jalan dan memberi jalan kepada usaha menjana

idea (Othman & Rahman, 2011). Dengan adanya kemahiran berfikir dalam

sesuatu bidang yang khusus, seseorang dapat membina dan melaksanakan

perancangannya dengan berkesan.

Kajian oleh Yee et al. (2010) yang telah dijalankan ke atas 131 orang

pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM merumuskan bahawa pelajar-pelajar

jarang menggunakan KBAT. Responden juga berpersepsi bahawa tahap

penguasaan KBAT dan pengaplikasian KBAT mereka berada pada tahap rendah.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Yee et al. (2014) ke atas 375 orang pelajar

universiti teknikal di Malaysia mendapati pelajar hanya menguasai 4 KBAT

Marzano dengan penguasaan yang sederhana. Manakala selebihnya iaitu 9 KBAT

lagi berada pada tahap yang rendah.

KBAT perlu diterapkan dalam kalangan pelajar dalam bidang teknik dan

vokasional (McCaslin & Parks, 2002). Pendidikan teknik dan vokasional

membekalkan dunia sebenar dalam konteks pembangunan kognitif dan keperluan

kerjaya semakin bergantung kepada keupayaan kognitif (Tee, 2012). Untuk

menerapkan KBAT dalam diri pelajar, pendidik seharusnya bijak memilih

strategi-strategi untuk menyampaikan ilmu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Strategi-strategi ini adalah berdasarkan gaya pembelajaran pelajar

yang telah dikenal pasti (Claxton & Murrell, 1987) supaya objektif pembelajaran

dapat dicapai.

Page 22: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

6

Kegagalan mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar akan memberi

impak ke atas keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Yee, 2015).

Tambahan pula, pelajar kurang memahami gaya pembelajaran menyebabkan

mereka menghadapi masalah untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran yang

bersesuaian dan berkesan (Ikhasan & Sapar, 2007). Akibatnya, pelajar

memperoleh pencapaian yang tidak memberangsangkan (Rashid, 2007). Masalah

ini wujud kerana kebanyakan pendidik menjalankan sesi pembelajaran

berpusatkan guru yang menyebabkan pelajar kurang terlibat dalam aktiviti dan

proses pembelajaran (Yee, 2015).

Sehubungan dengan itu, gaya pembelajaran merupakan suatu perkara

yang mustahak kepada pelajar. Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen

yang penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik

(Kamaruddin & Mohammad, 2011). Pelajar perlu mengenal pasti gaya

pembelajaran mereka supaya mereka dapat mencungkil potensi dan

memperkembang kemahiran kognitif (Yee et al., 2014). Pendidik pula perlu

membantu pelajar mengenal pasti gaya pembelajaran mereka dengan

menyediakan tugasan atau menggunakan kaedah mengajar yang melibatkan

pelbagai gaya pengajaran (Abu et al., 2007).

Kesimpulannya, gaya pembelajaran dan KBAT perlu dikenal pasti dalam

kalangan pelajar supaya mereka memperoleh suatu persekitaran pembelajaran

yang berkesan (Tapsir et al., 2012). Dalam bidang teknikal, pelajar perlu

menguasai kemahiran selain memahami teori (Felder, 2005) untuk memastikan

graduan mampu mempraktikkan isi pembelajaran dalam alam pekerjaan nanti.

Oleh yang demikian, agak sukar untuk pelajar menguasai kemahiran-kemahiran

tersebut jika proses pembelajaran tidak berkesan. Kebanyakan pelajar

menghadapi masalah dalam meningkatkan prestasi mereka kerana gaya

pembelajaran mereka tidak berpadanan dalam proses pembelajaran mereka

(Rashid, 2007). Justeru, kajian ini adalah untuk mengenal pasti pola gaya

pembelajaran pelajar dan hubungannya dengan tahap penguasaan KBAT dalam

kalangan pelajar teknikal.

Page 23: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

7

1.3 Pernyataan masalah

Menerusi lonjakan keempat di dalam PPPM-PT, KPM berhasrat melahirkan

graduan TVET yang berkualiti. Ini adalah selaras dengan Program Transformasi

Ekonomi (ETP) (2013) yang menyatakan bahawa modal insan yang

berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif harus dibangunkan untuk memacu

ekonomi berasaskan pengetahuan. Justeru, amalan kemahiran berfikir

terutamanya KBAT perlu diterapkan dalam kalangan pelajar di IPT terutamanya

pelajar teknikal. Penguasaan dan pengaplikasian KBAT dalam diri seseorang

pelajar dapat membantu pelajar tersebut menyelesaikan sesuatu masalah dengan

berkesan (Rajendran, 2008). Masalah KBAT dalam kalangan pelajar teknikal di

universiti dikesan oleh Yee et al., (2010) dan tahap penguasaan KBAT pelajar

juga sederhana dan rendah (Yee et al. 2014). Justeru, faktor-faktor yang memberi

kesan terhadap penguasaan KBAT harus dilihat. Salah satu faktor yang dikenal

pasti boleh mempengaruhi tahap KBAT dalam kalangan pelajar teknikal di

universiti adalah gaya pembelajaran (Yee et al., 2014). Sehubungan dengan itu,

penyelidik berpendapat suatu kajian untuk mengenal pasti pola gaya

pembelajaran dengan tahap penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar teknikal

di politeknik perlu dilakukan. Ini kerana, politeknik selaku antara pembekal

utama pelajar ke universiti dan penyelidik ingin melihat sama ada pelajar di

politeknik turut menghadapi masalah KBAT. Selain itu, pola gaya pembelajaran

dalam kalangan pelajar teknikal di politeknik juga dapat dikenal pasti.

Seterusnya, hubungan dan perbezaan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan

KBAT Marzano juga turut akan dikenal pasti.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti pola gaya pembelajaran Kolb dalam kalangan pelajar

teknikal berdasarkan faktor demografi.

Page 24: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

8

2. Mengenal pasti tahap penguasaan KBAT Marzano dalam kalangan pelajar

teknikal berdasarkan faktor demografi.

3. Mengenal pasti hubungan antara pola gaya pembelajaran Kolb dengan

KBAT Marzano dalam kalangan pelajar teknikal.

4. Mengenal pasti perbezaan antara gaya pembelajaran Kolb dengan KBAT

Marzano dalam kalangan pelajar teknikal.

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah pola gaya pembelajaran Kolb dalam kalangan pelajar teknikal

berdasarkan faktor demografi?

2. Apakah tahap penguasaan kemahiran KBAT Marzano dalam kalangan

pelajar teknikal berdasarkan faktor demografi?

3. Adakah terdapat hubungan antara pola gaya pembelajaran Kolb dengan

KBAT Marzano dalam kalangan pelajar teknikal?

4. Adakah terdapat perbezaan antara gaya pembelajaran Kolb dengan KBAT

Marzano dalam kalangan pelajar teknikal?

1.6 Hipotesis kajian

Hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Persoalan kajian 3:

Adakah terdapat hubungan antara pola gaya pembelajaran Kolb dengan KBAT

Marzano dalam kalangan pelajar teknikal?

Page 25: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

9

Ho : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara pola gaya

pembelajaran Kolb dengan KBAT Marzano dalam kalangan pelajar teknikal.

Persoalan kajian 4:

Adakah terdapat perbezaan antara gaya pembelajaran Kolb dengan KBAT

Marzano dalam kalangan pelajar teknikal?

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran Kolb

dengan KBAT Marzano dalam kalangan pelajar teknikal.

1.7 Kepentingan kajian

Hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang

memerlukannya. Antara kepentingan kajian terhadap golongan sasaran

penyelidik adalah:

(i) Pelajar

Inventori Gaya Pembelajaran Kolb (2000) memperjelaskan gaya pembelajaran

pelajar manakala Inventori KBAT Marzano pula mengandungi item-item

berkaitan dengan tahap penguasaan KBAT yang diadaptasi daripada Rubrics for

Specific Task or Situations – Marzano (1993). Hasil kajian ini dapat membantu

pelajar untuk mengesan kekuatan dan kelemahan diri serta memperkembangkan

potensi yang sudah sedia ada. Selain itu, pelajar juga dapat menggunakan

maklumat ini untuk mempelajari kaedah-kaedah pembelajaran yang sesuai dan

berkesan. Dalam pada itu, pelajar dapat membaiki kelemahan diri dalam

mengamati dan memproses sesuatu maklumat. Dengan ini, pelajar dapat

mengasah bakat dan potensi, memilih kerjaya dengan tepat dan berjaya dalam

akademik serta kehidupan.

Page 26: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

10

(ii) Pensyarah

Hasil kajian ini dapat membantu pensyarah mengenal pasti pola gaya

pembelajaran dan tahap KBAT dalam kalangan pelajar. Pensyarah dapat

mengenal pasti perbezaan yang wujud pada setiap pelajar dalam mengamati dan

memproses sesuatu maklumat. Dengan mengetahui gaya pembelajaran pelajar,

pensyarah dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajarnya

kurang berminat dalam belajar disamping menyediakan rancangan pengajaran

yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Selain itu, pensyarah dapat memperbaiki

kaedah pengajarannya supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran dan tahap

penguasaan KBAT pelajar seterusnya meningkatkan prestasi pelajar. Dengan ini,

pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan lancar dan seronok di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

(iii) Politeknik

Maklumat yang diperolehi dapat digunakan sebagai input tambahan untuk

politeknik. Hasil kajian ini membantu pihak pentadbiran politeknik untuk

membina satu garis panduan untuk para pensyarah dalam mengenal pasti

hubungan antara gaya pembelajaran dengan KBAT dalam kalangan pelajar untuk

dijadikan rujukan. Selain itu, maklumat ini dapat membantu proses pembelajaran

pelajar serta melahirkan pelajar yang cemerlang.

(iv) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Maklumat yang diperolehi dapat dijadikan sebagai panduan Kementerian

Pendidikan Malaysia untuk merangka sistem pendidikan untuk politeknik-

politeknik yang terdapat di seluruh Malaysia. Hasil kajian ini juga dapat

membantu untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara dalam

memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh.

Page 27: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

11

1.8 Skop kajian

Responden kajian ini melibatkan pelajar-pelajar teknikal di Politeknik Port

Dickson, Politeknik Melaka dan Politeknik Merlimau. Dua pemboleh ubah utama

yang dikaji dalam kajian ini adalah Gaya Pembelajaran Kolb (1984) dan lapan

KBAT Marzano (1992), iaitu perbandingan (comparing), klasifikasi (classifying),

induksi (induction), deduksi (deduction), analisis ralat (error analysis),

pembinaan sokongan (constructing support), abstrak (abstracting) dan

penganalisisan perspektif (analyzing perspectives).

1.9 Batasan kajian

Populasi sasaran kajian adalah semua pelajar teknikal di politeknik zon selatan

Semenanjung Malaysia. Tiga buah politeknik dalam zon selatan dipilih sebagai

populasi capaian iaitu Politeknik Port Dickson, Politeknik Melaka dan Politeknik

Merlimau. Justeru, dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan sebagai mewakili

keseluruhan populasi pelajar teknikal politeknik di seluruh Malaysia. Selain itu,

populasi sasaran penyelidik juga adalah pelajar-pelajar teknikal politeknik

konvensional sahaja. Penyelidik tidak menjalankan kajian terhadap pelajar

teknikal politeknik premier dan politeknik metro.

1.10 Kerangka konsep

Rajah 1.1 memperihalkan kerangka konsep kajian secara grafik. Model Gaya

Pembelajaran Kolb (1984) dan KBAT Marzano yang dibangunkan oleh Robert

Marzano (1992) digunakan dalam kajian ini. Inventori Gaya Pembelajaran Kolb

(2000) dan Inventori KBAT Marzano (1993) digunakan untuk mengenal pasti

pola gaya pembelajaran dan tahap KBAT Marzano dalam kalangan pelajar

teknikal berdasarkan jantina, semester pengajian, pencapaian akademik dan status

sosioekonomi. Hubungan dan perbezaan antara Gaya Pembelajaran Kolb dengan

tahap KBAT Marzano juga dikenal pasti.

Page 28: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

12

Rajah 1.1 : Kerangka konsep kajian

Pelajar

Gaya Pembelajaran Kolb (1984)

1) Doer

2) Watcher

3) Feeler

4) Thinker

KBAT Marzano (1992)

1) Membanding

2) Mengklasifikasi

3) Induktif

4) Deduktif

5) Analisis Ralat

6) Pembinaaan sokongan

7) Abstrak

8) Menganalisis Perspektif

Pola Gaya Pembelajaran

Pelajar berdasarkan faktor

demografi

Tahap KBAT pelajar

berdasarkan faktor

demografi

Hubungan dan perbezaan antara

Gaya Pembelajaran dengan KBAT

Page 29: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

13

1.11 Definisi istilah dan operasi

Takrifan-takrifan istilah yang diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah-

istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja. Antaranya adalah

seperti:

(i) Pola

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), pola bermaksud corak,

contoh dan model. Dalam konteks kajian ini, pola merujuk kepada corak

taburan gaya pembelajaran Kolb dalam kalangan pelajar teknikal.

(ii) Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut

kecenderungan individu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Dalam

konteks kajian ini, penyelidik mengklasifikasikan gaya pembelajaran

pelajar kepada empat jenis yang dibincangkan dalam Model Gaya

Pembelajaran Kolb (1984), iaitu Doer, Watcher, Thinker dan Feeler.

(iii) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Quellmaz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT

seperti menganalisis, membanding beza, merumus, mentafsir, menilai dan

menjana idea apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan. Lewis

dan Smith (1993) berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu

menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat

penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

yang bukan lazim. Seterusnya Tomei (2005) menyatakan KBAT

melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran

menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang

baharu. Dalam konteks kajian ini, KBAT adalah merujuk kepada KBAT

Marzano (1992) yang merangkumi lapan jenis, iaitu perbandingan

Page 30: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

14

(comparing), klasifikasi (classifying), induksi (induction), deduksi

(deduction), analisis ralat (error analysis), pembinaan sokongan

(constructing support), abstrak (abstracting) dan penganalisisan

perspektif (analyzing perspectives).

(iv) Faktor Demografi

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), faktor demografi bermaksud

kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan,

taburan, kelahiran, kematian dan sebagainya dalam tempoh tertentu.

Dalam konteks kajian ini, faktor demografi merujuk kepada latar

belakang responden kajian dari segi jantina, pencapaian akademik dan

status sosial ekonomi (SES).

(v) Pelajar Teknikal

Program teknikal yang ditawarkan di politeknik adalah seperti

kejuruteraan, teknologi, perdagangan, agroteknologi dan sains pertanian.

Dalam konteks kajian ini, pelajar teknikal merujuk kepada pelajar yang

mengambil program kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal dan

kejuruteraan awam dari tiga buah politeknik iaitu Politeknik Melaka,

Politeknik Merlimau dan Politeknik Port Dickson.

1.12 Rumusan bab

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti hubungan dan perbezaan antara Gaya

Pembelajaran Kolb dengan KBAT Marzano dalam kalangan pelajar teknikal.

Penyelidikan ini adalah berasaskan kepada Model Gaya Pembelajaran Kolb

(1984) dan Model KBAT Marzano (1992).

Page 31: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

15

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, beberapa aspek berkaitan dengan kajian dibincangkan. Aspek-

aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan

latihan teknikal dan vokasional (TVET), politeknik di Malaysia, kemahiran

berfikir, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kepentingan KBAT, dimensi

pembelajaran Marzano, KBAT Marzano, kepentingan KBAT, gaya

pembelajaran, model-model gaya pembelajaran, dan kepentingan gaya

pembelajaran,

2.2 Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Transformasi pendidikan dilihat sebagai agenda utama yang sedang giat

diusahakan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan sistem pendidikan di

Malaysia ke arah yang lebih baik. Salah satunya dengan melakukan transformasi

pendidikan dalam bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ini berasaskan kesedaran bahawa keperluan tenaga kerja mahir adalah salah satu

faktor yang dapat meningkatkan ekonomi negara terutamanya apabila ia

melibatkan penarikan pelabur asing bagi melabur di dalam sektor ekonomi

negara.

TVET merupakan suatu pendekatan pendidikan yang berorientasikan

latihan dan memberi penekanan kepada apa yang perlu dilakukan di tempat kerja

sebagai hasil sama ada untuk memenuhi keperluan kerja atau meningkatkan

perkembangan individu (Rosleh, 2010). Bidang TVET ini memerlukan pendidik

Page 32: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

16

melahirkan produk insan yang seimbang dan dapat berdaya saing di dalam dunia

yang sebenar. Fokus utama TVET ke arah melahirkan modal insan berkemahiran

tinggi perlu ditransformasikan kepada pembangunan insan berminda kelas

pertama (Emat, 2005).

Dalam persekitaran yang merangsang pembangunan minda kelas pertama,

ukuran ilmu dan pencapaian ialah kegigihan, iltizam dan gaya hidup berasaskan

kepentingan nilai ilmu. Di sini, perlunya kepada penambahbaikan, inovasi,

penyelidikan dan reka cipta serta digabungkan dengan unsur-unsur nilai murni

dalam merealisasikan capaian minda kelas pertama yang diinginkan (Hamzah et

al., 2011). Oleh itu, bidang TVET harus diberi perhatian sebagai suatu medium

yang boleh digabungkan dengan unsur-unsur pendidikan dan memberikan kesan

yang lebih baik kepada individu, institusi pendidikan kemahiran malahan dalam

aspek pembangunan negara (Rosleh, 2010).

Bidang TVET perlu melahirkan kumpulan profesional yang berkeupayaan

untuk membimbing serta mendorong kepada perubahan daya pemikiran pelajar.

Proses pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah untuk melengkapkan diri

individu dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat

membantu individu untuk menghadapi dunia pekerjaan dan berjaya dalam

kehidupan. Melalui perubahan dan perkembangan yang berlaku dari semasa ke

semasa, anjakan paradigma dapat dilihat dalam konteks TVET di Malaysia.

Perubahan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan

objektif pendidikan itu sendiri (Othman & Rahman, 2011).

Pelancaran PPPM-PT pada 7 April 2015 yang lalu bakal menjadi

pemangkin kepada transformasi negara untuk bersaing di peringkat global

menerusi aspirasi dan lonjakan yang telah ditetapkan. Kerajaan telah menetapkan

aspirasi yang tinggi, namun mampu dicapai untuk mentransformasikan sistem

pendidikan tinggi. Aspirasi ini terdiri daripada dua aspek, iaitu transformasi

untuk keseluruhan sistem pendidikan yang memfokuskan akses, kualiti,

kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan; dan transformasi untuk setiap pelajar

dengan memfokuskan enam aspek utama iaitu etika dan kerohanian, kemahiran

memimpin, jati diri kebangsaan, kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir, dan

pengetahuan.

Page 33: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

17

Terdapat sepuluh lonjakan membentuk asas bagi Pelan Pembangunan ini.

Empat lonjakan yang pertama memfokuskan keberhasilan bagi pihak

berkepentingan dalam sistem pendidikan, termasuk pelajar dalam laluan

akademik dan Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET), komuniti

akademik, serta rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembelajaran sepanjang

hayat. Enam lonjakan yang lain pula memberikan tumpuan pada ekosistem

pendidikan tinggi, yang merangkumi komponen penting seperti pendanaan, tadbir

urus, inovasi, pengantarabangsaan, pembelajaran dalam talian, dan kaedah

penyampaian. Sepuluh lonjakan ini mampu dicapai secara berperingkat mengikut

tempoh yang telah ditetapkan.

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh menyatakan, melalui 10

lonjakan yang dikenalpasi di dalam PPPM(PT), KPM berhasrat untuk

menghasilkan graduan yang seimbang dan holistik dengan minda keusahawanan,

melahirkan ‘penjana pekerjaan’ dan bukan sahaja ‘pencari pekerjaan’,

meletakkan program berasaskan TVET setaraf dengan program akademik, dan

membudayakan pembelajaran sepanjang hayat di peringkat kebangsaan. Oleh

yang demikian, mahasiswa perlu menukar minda daripada yang berorientasikan

kecemerlangan akademik semata-mata kepada minda kelas pertama yang

seimbang dan holistik dari segi kemahiran dan modal insan.

Matlamat KPM adalah untuk menjadi penyedia utama pendidikan tinggi

TVET, memupuk bakat berkemahiran untuk memenuhi permintaan industri yang

semakin meningkat dan kian berubah, serta menggalakkan pembangunan kerjaya

individu. Justeru, graduan TVET yang akan dihasilkan nanti adalah graduan yang

mempunyai kemahiran insaniah terutamanya KBAT serta diharapkan mampu

memenuhi kehendak industri dan berupaya menjadi modal insan seperti yang

dihasratkan oleh negara. Menurut Husain & Mustapha (2009), pekerja

berpengetahuan atau K-Worker adalah menjadi keutamaan di kalangan majikan

untuk menggerakkan perniagaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi. K-

Worker yang memenuhi kehendak majikan dan sektor perindustrian bukan sahaja

mempunyai kelayakan akademik dan teknikal malahan mempunyai penguasaan

terhadap kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran menyelesaikan masalah,

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, mahir menggunakan teknologi terkini

dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Page 34: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

18

Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10), 2011-2015, menggariskan supaya

bidang Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di arusperdanakan.

Hal ini adalah kerana TVET memainkan peranan yang penting dalam membentuk

tenaga kerja manusia supaya dapat memenuhi pasaran kerja di dalam industri.

Negara telah mengenalpasti bidang TVET sebagai bidang kritikal yang mampu

menjana tenaga kerja mahir kepada industri menjelang tahun 2020. Justeru, Pelan

Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional (PSTPV) telah dilancarkan pada

tahun 2011.

PSTPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspek penting iaitu

program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai

laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan

mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang

dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa

Peningkatan (2014 hingga 2016) clan fasa pemerkasaan (2017 hingga 2020).

Seterusnya pada tahun 2013, KPM telah melancarkan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). PPPM turut

menyokong PSTPV yang dilancarkan dua tahun sebelumnya iaitu transformasi

kepada pendidikan vokasional. Bermula tahun 2013, semua sekolah vokasional

telah dinaiktaraf kepada kolej vokasional dan penstrukturan semula subjek

vokasional di sekolah menengah dilaksanakan iaitu pengenalan kepada

Pendidikan Asas Vokasional (PAV) kepada pelajar –pelajar seawal tingkatan 1.

Selain itu, aliran PTV juga disetarakan dengan aliran persekolahan utama sedia

ada dan dimantapkan dengan aplikasi teknologi serta kaedah pengajar

pembelajaran terkini.

Menerusi PPPM-PT pula, laluan TVET diperkasakan dan direkayasa

untuk membolehkan bidang TVET menjadi pilihan utama setanding dengan

bidang akademik dan akan melahirkan graduan TVET yang berkualiti. Selaras

dengan itu enrolmen dalam TVET perlu ditambah dan kualiti latihan secara

keseluruhannya dipertingkatkan untuk meningkatkan tahap kemahiran tenaga

kerja. Untuk menambahkan enrolmen, persepsi terhadap TVET perlu ditambah

baik dan dapat menarik lebih minat pelajar untuk memasuki bidang tersebut.

Page 35: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

19

2.3 Politeknik di Malaysia

Institusi Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan melahirkan para

lulusan graduan diperingkat separa profesional dalam bidang kejuruteraan,

perdagangan, hospitaliti, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan

perkhidmatan. Politeknik menyediakan laluan alternatif ke arah pendidikan yang

lebih tinggi, seperti ke Universiti Awam (UA) untuk pelajar lepasan menengah

terutamanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan Kolej

Vokasional (KV), lepasan Kolej Komuniti dan lepasan Politeknik sendiri.

Pendidikan peringkat politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui

penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO) di bawah

United Nations Development Plan (UNDP) pada tahun 1969. Pendidikan ini

diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan

pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985 –

1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet

mengenai latihan telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta

menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa

profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Sehingga

tahun 2015, terdapat sebanyak 33 buah Politeknik di seluruh Malaysia. Daripada

33 buah politeknik tersebut sebanyak 3 buah politeknik dikategorikan sebagai

Politeknik Premier, 25 buah Politeknik Konvensional dan 5 buah Politeknik

Metro.

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti

dan mensyaratkan pengambilan pelajar hanya untuk pelajar yang mendapat

keputusan cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menjalankan program

pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.

Program-program yang terdapat pada Politeknik Premier bertujuan melahirkan

graduat yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.

Selain itu, program-program tujahan yang ditawarkan berdasarkan kepada

kekuatan sesebuah politeknik. Kolaborasi dengan industri adalah secara

berterusan dan efektif dan menggalakkan program pengantarabangsaan.

Politeknik Premier juga mempunyai autonomi dalam penawaran program

Page 36: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

20

pengajian dan pemilihan staf serta pelajar dan melibatkan industri secara aktif

dalam setiap program.

Politeknik Konvensional pula merupakan politeknik yang menawarkan

program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan

tinggi. Berbeza dengan Politeknik Premier, kemasukan ke Politeknik

Konvensional lebih longgar dengan syarat pelajar tersebut lulus dalam Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan tiga kepujian dalam matapelajaran elektif

termasuk Matematik di dalam SPM. Politektnik konvensional turut menawarkan

kepelbagaian program pengajian dalam bidang kejuruteraan, teknologi,

perdagangan dan perkhidmatan. Kemudahan fasiliti yang komprehensif turut

disediakan sesuai dengan program yang ditawarkan. Program-program yang

ditawarkan juga turut memperkasakan lepasan SPM untuk peluang pekerjaan dan

pendidikan lanjutan.

Politeknik Metro merupakan politeknik yang memberi fokus kepada

bidang perkhidmatan. Program-program yang ditawarkan berdasarkan keperluan

persekitaran bandar terutama dalam bidang perkhidmatan. Syarat kemasukan ke

Politeknik Metro adalah sama seperti syarat kemasukan ke Politeknik

Konvensional, dan memberi peluang kepada pelajar yang tidak meminati aliran

teknikal untuk melanjutkan pengajian. Selain itu, program pengajian yang

ditawarkan boleh menarik minat dan memenuhi keperluan sosio ekonomi

masyarakat bandar.

2.4 Kemahiran berfikir

Dalam perspektif Islam, berfikir merujuk kepada fungsi akal untuk mengawal

tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan berfungsi dengan baik. Berfikir

juga melibatkan penyusunan operasi-operasi mental yang berlaku dalam minda

atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah

(Mayer, 1983) dan membuat keputusan dalam sesuatu permasalahan (Ruggiero,

2012). Penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan tersebut didasari

oleh maklumat dan pengalaman yang telah sedia ada di dalam kehidupan

seseorang itu. Berfikir juga merupakan proses penggunaan minda untuk mencari

Page 37: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

21

makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea

atau ciptaan dan membuat pertimbangan, seterusnya membuat refleksi dan

metakognitif terhadap proses yang dialami (Mohamad et al., 2009).

Berfikir adalah perbuatan yang munasabah kerana gambaran dalaman

yang ada pada otak menolong manusia merumuskan maklumat yang diterima

daripada persekitaran. Menurut Abdul Hamid (2003), gambaran dalam fikiran

disebut konsep dimana konsep merupakan kategori mental yang

mengelompokkan objek, perkaitan, aktiviti, pengertian mujarab atau kualiti yang

mempunyai sifat yang sama. Konsep mengandungi beberapa contoh yang lebih

kurang sama, misalnya mawar, teratai dan bakawali ialah contoh konsep bunga

manakala marah, gembira dan sedih ialah contoh konsep emosi.

Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir yang dikemukakan oleh

tokoh pemikir tentang maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat tokoh

pemikiran seperti George (1970), Edward de Bono (1976), Mayer (1977),

Chaffee (1988), Vincent Ryan Ruggiero (1984) dan John Barell mengaitkan

kemahiran berfikir dengan proses menggunakan minda untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, kemahiran berfikir boleh

didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau

ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya

membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran

berfikir terdiri daripada dua peringkat pemikiran iaitu kemahiran berfikir aras

rendah (KBAR) dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Schmalz (1973) menegaskan KBAR termasuk kemahiran kognitif

mengingat semula dan kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam

situasi biasa atau konteks yang lazim. Definisi Kementerian Pendidikan

Malaysia pula mengambil kira input daripada pelbagai pakar dan tokoh-tokoh

pemikir tersebut. Oleh itu, KBAT ditakrifkan sebagai keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan

dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan

berupaya mencipta sesuatu (Lembaga Peperiksaan, 2014).

Page 38: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

22

2.4.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditafsirkan sebagai penggunaan potensi

minda untuk menangani cabaran baru (Rajendran, 2008) dan KBAT juga

merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif

dan kritis (Yee et al., 2010). KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi

minda untuk menangani cabaran baru (Onosko & Newmann, 1994). Dalam

situasi ini, seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis, dan

memanipulasikan maklumat. KBAT memerlukan pelajar menilai maklumat

secara kritis, membuat inferens, dan membuat generalisasi. Mereka juga akan

menghasilkan komunikasi asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian ,

mencipta, menyelesaikan masalah yang bukan rutin yang berkaitan kehidupan

seharian, melahirkan pendapat dan idea yang baru, menilai idea, membuat pilihan

dan membuat keputusan.

KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif

(Bloom, 1956) yang memperkenalkan istilah ‘aras pemikiran’ atau levels of

thought processes dalam taksonominya yang dikenali sebagai ‘Taxonomy of

educational objectives : Cognitive domains’. Bloom menyatakan bahawa

pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh

digembelingkan dengan penggunaan objektif pengajaran aras tinggi. Bloom juga

berpendapat kesan daripada guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran

aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif dan kritis. Ini

berlaku kerana guru tidak sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan

objektif pengajaran aras tinggi bagi menjana pemikiran kritis di kalangan pelajar.

Bloom Taxonomy membahagikan pemikiran kepada enam peringkat bermula

dari aras rendah iaitu pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala

pemikiran aras tinggi ialah analisis, sintesis dan penilaian.

Kemahiran berfikir khususnya KBAT amat diperlukan untuk

diintegrasikan dan diterapkan ketika kita berusaha memahami sesuatu maklumat

yang akan digunakan bagi pencetusan idea. Hal ini kerana suatu idea yang kreatif

dan logik tidak dapat dicetuskan melalui pengaplikasian harian terhadap

pengetahuan yang pernah dipelajari. Pemikiran aras tinggi meminta seseorang

individu untuk menggunakan maklumat baru atau pengetahuan sedia ada serta

Page 39: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

23

memanipulasikan maklumat sehingga memperoleh jawapan yang munasabah

bagi situasi baru (Tomei, 2005).

Pemikiran aras tinggi sering digunakan di sekolah dan juga di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT). Penjanaan idea-idea baru juga ditekankan pada peringkat

IPT kerana tugasan ataupun kerja kursus adalah berbentuk lebih kompleks dan

mencabar (Kuh, 2001). Pelajar diberi pelbagai jenis projek akademik dan bukan

akademik yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif.

Hampir kesemua aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah

mempunyai unsur-unsur kemahiran berfikir. Tidak boleh dinafikan bahawa

pelajar menguasai kemahiran berfikir hasil daripada pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran sekolah. Antara berikut merupakan beberapa jenis

model KBAT yang biasa digunakan sebagai rujukan untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran:

2.4.1.1 Taksonomi Bloom

Pada tahun 1956, Profesor Benjamin Bloom yang bertugas di University of

Chicago telah berkongsi pengetahuan beliau yang amat masyhur iaitu “Objektif

Pendidikan Taksonomi” yang kini dikenali sebagai Taksonomi Bloom (Marzano,

2007). Benjamin Bloom telah mengklasifikasikan aras tingkah laku intelektual

yang penting dalam pembelajaran (Bloom, 1956). Menurut Bloom (1956),

terdapat enam aras bagi domain kognitif, bermula dari mengimbas kembali atau

mengenalpasti fakta sebagai aras terendah, meningkat secara lebih kompleks dan

abstrak di dalam aras mental hingga ke aras pemikiran tertinggi yang

diklasifikasikan sebagai aras penilaian.

Taksonomi Bloom terdiri daripada enam aras dalam domain kognitif

pembelajaran yang mampu dipelajari dalam urutan. Pemikiran aras rendah

merupakan pemikiran harian dan mekanisme pengaplikasian pengetahuan sedia

ada seperti mengulangi latihan. Pemikiran aras tinggi pula merujuk kepada

aktiviti yang mencabar pelajar untuk menginterpretasi, menganalisis dan

memanipulasikan maklumat (Bloom, 1956). Taksonomi Bloom berfungsi sebagai

kerangka asas kepada KBAT yang wujud pada masa kini (Marzano, 2001) dan

domain kognitif oleh Bloom membantu menghasilkan satu piawaian dalam

Page 40: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

24

penghasilan KBAT. Taksonomi Bloom juga dianggap mampu memberi

gambaran keseluruhan ke atas KB kerana ia berbentuk pemeringkatan dari segi

kesukaran iaitu bermula dengan aras pengetahuan (KBAR) hingga ke aras

penilaian (KBAT).

Menurut Anderson et al. (2001), model ini merangkumi enam aras

pemikiran iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaian (Rajah 2.1). Aras pengetahuan merupakan aras terendah dalam hasil

pembelajaran melalui domain kognitif. Aras tertinggi pula adalah aras penilaian.

Rajah 2.1 : Enam aras pemikiran di dalam Taksonomi Bloom (1956)

Setiap aras merangkumi setiap satu ciri yang terdahulu dalam urutan dan

dipersembahkan dengan ciri-ciri KB tersendiri seperti dalam Jadual 2.1.

Page 41: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

110

RUJUKAN

Abd. Razak, A. Z. & Azman, N. (2012). Stail Berfikir dan Stail Pembelajaran

Pelajar Jururawat: Satu Kajian Kes di Kolej Jururawat Murni. ASEAN

Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTHLE), 4(1),

14-31.

Abd. Umar, Z. & Senin, Z. (2008). Perkaitan antara Gaya Pembelajaran Pelajar

Dengan Prestasi Matapelajaran Matematik Kejuruteraan. Seminar

Kebangsaan Matematik & Masyarakat.

Abdul Hamid, M. A. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Edisi

Pertama. Skudai, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Hamid, M. A. (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Bentong : PTS

Publications.

Abdul Ghafar, M. N. ( 2003 ). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal selidik Pendidikan.

Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2007). Intervensi Pembangunan Organisasi Pendidikan.

Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abu, B., Md Johan., O., Syed Mansor, S. M. S., & Jaafar, H.

(2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar

universiti di fakulti pendidikan, UTM johor. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis PhD.

Anderson, L. W., Krathwohl, D. R., Airasian, P. W., Cruikshank, K. A., Mayer,

R. E., Pintrich, P. R., Raths, J., Wittrock, M. C. (2001). A Taxonomy for

Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of

Educational Objectives. New York : Longman

Page 42: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

111

Ariffin, S. R., Abdul Majid, R., Haron, Z., Idris, R., Samsuri, S., Hassan, B. &

Abdul Hamid, N. A. (2008). Kemahiran Pemikiran Kritikal dan

Penyelesaian Masalah Pelajar-pelajar Sains di Malaysia. Proceeding of

Science and Mathematics Education Regional Conference 2008.

(SMERec 2008). 15-20

Ball, A. L. & Garton, B. L. (2005). Modeling Higher Order Thinking: The

Alignment Between Objective, Classroom Discourse and Assessments.

Journal of Agricultural Education, 46 (2), 58-69.

Battalio, J. (2009). Success in distance education: do learning styles and multiple

formats matter? The American Journal of Distance Education, 23, 71-87.

Biggs, J. B. (1993). What Do Inventories of Student’s Learning Process Really

Measure? A Practical Review and Clarification. British Journal of

Educational Psychology, 63, 3-19

Bloom, B.S. and Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of Educational Objectives:

The Classification of Educational Goals by a committee of college and

university examiners. Handbook I: Cognitive Domain. NY: Longmans,

Green.

Cano-Garcia, F., & Hughes, E. H. (2000). Learning and thinking styles: An

analysis of their interrelationship and influence on academic achievement.

Educational Psychology, 20(4), 413-430.

Caviglioli, O., Harris, I., & Tindall, B. (2002). Thinking Skills & Eye Q: Visual

Tools for Raising Intelligence. Stafford: Network Educational Press.

Che Abd Razak, N. S. (2008). Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan di

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia: Tesis Sarjana.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik

Penyelidikan: Buku 2. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Chua, Y. P. (2008). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik

Penyelidikan: Analisis Data Skala Ordinal dan Skala Nominal. Buku 3.

Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Page 43: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

112

Chua, Y. P. (2009). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Statistik Penyelidikan

Lanjutan: Ujian Univariat dan Multivariat. Buku 4. Kuala Lumpur:

McGraw-Hill.

Chua, Y. P. (2013). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik

Penyelidikan: Analisis Data Skala Likert Buku 3 (Edisi Kedua). Kuala

Lumpur: McGraw-Hill.

Clark, J. (1995). Coastal Zone Management Handbook. USA : CRC Press.

Claxton, C. S. & Murrell, P.H. (1987). Learning Styles : Implication for

Improving Educational Practices. ASHE-ERIC Higher Education Report

No. 4, 1987. Association for the Study of Higher Education.; ERIC

Clearinghouse on Higher Education, Washington, D.C. Dicapai pada

April, 2015, dari http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED293478.pdf

De Bono, E. (2000). New Thinking for The New Millenium. England: Penguin

Books.

Dewan Bahasa Pustaka (2015). Kamus Online. Kuala Lumpur: Pusat Rujukan

Persuratan Melayu. Dicapai pada 3 April 2015, dari

http://prpm.dbp.gov.my

Dunn, R & Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual

Learning Styles: A Practical Approach. Reston. Virginia: Reston

Publishing

Dunn, R. & Dunn, K. (1994). Teaching Young Children Through Their

Individual Learning Styles. Massachussetts : Prentice Hall

Edington, E. D. & Gardener, C. E. (2001). The Relationship of School Size To

Scores In The Cognitive Domain From The Montana Testing Service

Examination. Journal of Education. 105(3). 288-293.

Emat, Y. (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Selangor : IBS

Buku.

Felder, R. M. & Silverman, L.K. (1988). Learning and Teaching Styles In

Engineering Education. Journal of Engineering Education. Jilid 78(7).

674-681.

Felder, R.M. & Brent, R. (2005). Understanding Student Differences. Journal of

Engineering Education. 94(1), 57-72.

Page 44: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

113

Felder, R.M. & J. Spurlin. (2005). Applications, Reliability and Validity of the

Index of Learning Styles. International Journal Engineering Education,

21(1), 103-112.

Felder, R.M. (1993). Reaching The Second Tier: Learning and Teaching Styles in

College Science Education. J. College Science Teaching, 23(5), 286-290.

Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. (1996). How to design Research in Education 3rd

edition. New York : McGraw-Hill, Inc.

Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. (2006). How to design and evaluate research in

education. Boston, M.A: McGraw-Hill.

Graf, S., Viola, S. R. Leo, T. & Kinshuk. (2007). In-Depth Analysis of the

Felder-Silvermann Learning Style Dimensions. Journal of Research on

Technology in Education. 40(1). 79-89.

Gremli, J. (1996). Tuned in to Learning Styles. Music Educator Journal. Vol

83(4).

Habib, A. R. & Azizan, R. (1997). Hubungan antara Stail Pembelajaran dengan

Pencapaian Matematik dan Sains Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal

Pendidikan, 22, 39-49.

Hamzah, R., Abdul Padzil, S. N. A., & Udin, A., (2011). Pendidikan PTV dalam

membangunkan tenaga manusia berminda kelas pertama. Journal of

Edupress, 1. Pp. 279-286.

Hamzah, R., Othman, W., & Tieu, W. C. (2003). Pola gaya pembelajaran pelajar

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang

mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di pusat pembelajaran

Space Di Universiti Teknologi Malaysia. Seminar Memperkasakan Sistem

Pendidikan, 19-21

Harb, J. N., Terry, R. E., Hurt, P. K. & Williamson, K. J. (1995). Teaching

through the cycle: Application of Learning Style Theory to Engineering

Education at Brigham Young University. Provo, Utah: Brigham Young

University.

Hartman, V.F. (1995). Teaching and Learning Style Preferences: Transitions

through Technology. VCCA Journal 9(2), 18-20. Dicapai dari

http://www.so.cc.va.us/vcca/hart1.htm

Page 45: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

114

Honey, P. & Mumford, A. (1983). Using Your Learning Styles. (Maidenhead:

Peter Honey

Honey, P.& Mumford, A. (1992). The Manual of Learning Style. (2nd

ed.), United

Kingdom: Peter Honey.

Husain, M. Y. & Mustapha. R. (2009). Penilaian Kemahiran Employability

Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Politeknik Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia. Seminar Kebangsaan Pembangunan

Keusahawanan 2009.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan (Edisi Ke-2). Selangor:

McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ihkasan, M. N., & Sapar, H. (2007). Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-

Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti

Tun Hussein Onn. Seminar Penyelidikan Pendidik Institut Perguruan

Batu Lintang Tahun 2007.

Jaes, M. F. (2012). Hubungan antara gaya pembelajaran dan gaya komunikasi

dalam kalangan pelajar kursus trengkas di politeknik. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Projek Sarjana

Jabatan Perancang dan Desa (2015). Kajian Perancangan Fizikal Desa Negara.

Dicapai pada 8 September 2015 dari

http://www.townplan.gov.my/content.php?ID=46

Kamaruddin, M. I. & Mohamad, A. (2011). Kajian Gaya Pembelajaran Dalam

Kalangan Pelajar UTM. Journal of Educational Psychology and

Counselling. Vol (2), Jun 2011, 51-77.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013 – 2025. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi). Kuala Lumpur.

Kolb, A. Y. & Kolb, D. A. (2005). The Kolb Learning Style Inventory-Version 3,

Technical Specifications. Cleveland, OH: Case Western Reserve Univ.

Kolb, D. A. (1984). Experiental Learning: Experience as The Source of Learning

and Development. New Jersey: Prentice Hall.

Kolb, D. A. (1999). The Kolb Learning Style Inventory. Boston, MA: Hay

Resource Direct.

Page 46: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

115

Kolb, D. A. (2000). Facilitator’s Guide to Learning. Boston, MA: Hay Resource

Direct.

Kolb, D. A., Boyatzis, R. E. & Mainemelis, C. (1999). Experiental Learning

Theory: Previous Research and New Directions. Cleveland: Case Western

Reserve University.

Kolb, D. A., Rubin, I. M. & Osland, J. M. (1991). Organizational Behavior: An

Experiental Approach. 5th

ed. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-

Hall.

Kolb, J. W. (1985). Learning Style Inventory. Boston: Mcber.

Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Edisi ke-7). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolmos, A. & Holgaard, J. E. (2008). Learning Styles of Science and

Engineering Students in Problem and Project Based Education.

Proceeding Of European Society for Engineer Education. Aalborg,

Denmark.

Krathwohl, D. R. (1964). Taxonomy of Educational Objectives: The

Classification of Educational Goals. Volume 2. London: Longmans,

Green.

Kuh, G. D. (2001). Assessing What Really Matters To Student Learning: Inside

The National Survey of Student Engagement. Change: The Magazine of

Higher Learning. 33(3). 131-137.

Lembaga Peperiksaan (2007). Perealisasian Item. Kementerian Pelajaran

Malaysia, Kuala Lumpur.

Lembaga Peperiksaan (2014). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Lewis, A. & Smith, D. (1993). Theory into Practice. Defining Higher-Order

Thinking. 32(3), 131–137

Liew, K. (2007). ICT in Education: An Action Learning Approach Using Soft

System Methodology. Jurnal Pendidikan Guru 3: 17-38.

Marzano, R. J. (1992). A Different Kind of Classroom: Teaching with

Dimensions of Learning. Alexandria, VA: ASCD.

Page 47: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

116

Marzano, R. J., Brandt, R. S., Hughes, C. S., Jones, F., Presseisen, B. Z., Rankin,

S. C., & Suhor, C. (1988). Dimensions of thinking: A framework for

curriculum and instruction. Alexandria, VA: ASCD

Marzano, R. J., Pickering, D. J. & McTighe, J. (2001). Classroom Instruction

that Works: Research-based Strategies for Increasing Student

Achievement. Alexandria, VA: ASCD.

Marzano, R. J., Pickering, D. J. & Pollock, J. E., & Whisler, J. S. (1997).

Dimensions Of Learning: Teacher’s Manual.(2nd

Ed). Alexandria, VA:

ASCD.

Marzano, R. J. (2007). The Art and Science of Teaching: A Comprehensive

Framework for Effective Instruction. Alexandria, VA: ASCD.

Mat Zin, N.A., Badioze Zaman, H. & Mohd Noah, S.A. (2009). Penilaian

Perisian Kursus Adaptif Multimedia (A-Maths) Berasaskan Stail

Pembelajaran. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia. 61-78.

Mayer, R. (1983). Thinking, Problem Solving and Cognition. New York: Allyn

Bacon.

McCaslin, N. L. & Parks, D. (2002). Teacher Education in Career and Technical

Education: Background and Policy Implications for the New Millenium.

Ohio: National Dissemination Center for Career and Technical Education.

Md Yunos, J., Yee, M. H., Ariffin, A., Othman, W., Hassan, R., & Tee, T. K.

(2010). Penjanaan Idea Berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bagi

Mata Pelajaran Pendidikan Kejuruteraan. Persidangan Kebangsaan

Pendidikan Kejuruteraan Dan Keusahawanan 2010 (NCEE 2010), 25-26.

Kota Bahru, Kelantan: Universiti Malaysia Terengganu & Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

Mohamad, B., Esa, A. & Junoh, H. (2009) Psikologi Pendidikan Dalam PTV.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mohamed Zakaria, Z. B. (2007). Hubungan gaya pembelajaran dengan

pencapaian akademik: tinjauan dikalangan pelajar-pelajar Sarjana Muda

Pendidikan tahun pertama. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

Page 48: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

117

Mohd. A & Hassan A. (2005). Pemikiran Reka Cipta: Kaedah Mengajar dan

Bahan Latihan Untuk Guru dan Jurulatih. Pahang: PTC Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Jelas, Z., Rahman, S., Baki, R. & Ahmad, J. (2005). Prestasi Akademik

Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan, 31, 93-111.

Mohd Radzi, M. S. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui

Pembelajaran Berasaskan Masalah. Universiti Teknologi Malaysia:

Projek Sarjana.

Mohd. Said, N. (2013). Hubungan Antara Pola Gaya Pembelajaran dan Pola

Gaya Berfikir Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Projek Sarjana

Mok, S. S. (2012). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994). Creating More Thoughtful Learning

Environment. Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers.

Othman, N. & Othaman, S. R. (2004). Gaya Pembelajaran Kolb dalam Mata

Pelajaran Biologi. Jurnal Teknologi, 45-48.

Othman, F. & Rahman, S. (2011). Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Pembentangan Seminar Serantau Ke 5/2011. Indonesia:

Riau.

Platsidou, M. & Metallidou, P. (2009). Validity and Reliability Issues of Two

Learning Style Inventories in a Greek Sample: Kolb’s Learning Style

Inventory and Felder & Solomon’s Index of Learning Styles.

International Journal of Teaching and Learning in Higher Education. 20

(3) 324-335.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Qomariyah, A. (2010). Pengaruh Gaya Belajar Siswa Terhadap Prestasi Belajar

Siswa SMA Negeri I Blega. Universitas Islam Negeri: Tesis Sarjana.

Tidak diterbitkan.

Page 49: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

118

Quellmalz (1985). Needed: Better Methods for Testing Higher-Order Thinking

Skills the Association for Supervision and Curriculum

Development,ASCD .VA ,USA.

Rajendran, N. S. (2008). Teaching & Acquiring Higher-Order Thinking Skills;

Theory & Practice. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Rajendran, N. S (2009). Reconstructing the teaching of higher-order thinking.

Proc of International Conference on Teaching and Learning in Higher

Education 2009 (ICTHLE 2009). Tanjong Malim : Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Rashid, R. (2007). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalam

kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah luar bandar, Sabah .

Universiti Teknologi Malaysia : Tesis PhD.

Rassool, C. H. & Rawaf, S. (2007). Learning Style Preferences of Undergraduate

Nursing Students. Nursing Standard, 21 (32), 35-41.

Rogers, K. M. A. (2009). A Preliminary Investigation and Analysis of Student

Learning Style Preferences in Further and Higher Education. Journal of

Further and Higher Education, 33(1), 13-21.

Rosati, P. (1999). Specific Differences and Similarities In The Learning

Preferences of Engineering Students. Proceedings of the 29th

Frontiers in

Education Conference. San Juan, Puerto Rico: IEEE Xplore. Pp. 12C1/17

– 12C1/22

Rosleh, I. (2010). Transformasi PTV ke arah melahirkan modal insan kelas

pertama. Jurnal Edupress 2010.

Ruggiero, V. R. (2012). Beyond Feelings: A Guide to Critical Thinking. 9th

ed.

New York : McGraw-Hill.

Sabtu, M. F., Yee, M. H., Md Yunos, J., & Tee, T. K. (2011). Gaya pembelajaran

Kolb dan bentuk gaya berfikir Sternberg dalam kalangan pelajar di fakulti

pendidikan teknikal. Prosiding Seminar Pasca Ijazah yang Pertama 2011.

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

Schmalz, R.S. (1973). Categorization of questions that mathematics teachers ask.

Mathematics Teacher, Reston, (pp. 66-67), VA. NCTM.

Page 50: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

119

Starvos, K. F. & Ioannis, A. T. (2009). On The Use of Adaptive Instructional

Images Based on the Sequential-Global Dimension of the Felder-

Silvermann Learning Style Theory. Journal of Interactive Learning

Environment. 17(2), pp 135-150.

Steinberg, W. J. (2008). Statistical Alive!. Thousand Oaks, CA: Sage.

Sulaiman, R., Aziz, M. & Mok, S. S. (2011). Kemahiran Berfikir. Selangor :

Penerbitan Multimedia.

Swindell, B. S. (2006). Differences in the Middle School Classroom: Examining

Learning Styles and Learning Environment of Boys and Girls from

Different Socioeconomic Backgrounds. University of Texas : Thesis Ph.D.

Syed Mohamad, S. J. A. N., (2006). Learning style among multi-ethnics students

in four selected tertiary instituitions in the Klang Valley. Tesis Sarjana.

UPM, Serdang.

Sykes, G., Floden, R. & Wheeler, C. (1997). Improving Teacher Learning in

Thailand : Analysis and Options. Bangkok : The National Educational

Commission.

Talib, O. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tapsir, R., Abdul Rahman, K., Saat, A., Ab Wahab, K., Boon, M. H. A., Ahmad,

S., & Mahmood, S. F. (2012). Assessment of Preferred Learning Styles of

Form Four Students from Various Schools in the State of Selangor and

Federal Territory, Malaysia. Procedia-Social and Behavioral

Sciences, 42, 82-91.

Tee, T. K. (2012). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir dan Peta Minda Buzan

Bagi Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia: Tesis Ph.D.

Tomei, Laurence. (2005). Taxonomy for the technology Domain. Information

Science Publishing. London, United Kingdom.

Unit Perancang Ekonomi (2015). Taburan Peratus Isi Rumah Mengikut Kelas

Pendapatan Malaysia, 1970-2014. Dicapai pada 8 September 2015, dari

http://www.epu.gov.my/documents/10124/f4e160c3-1d2a-4b21-8474-

beb06333750a

Page 51: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

120

Walker, S. E. (2003). Active Learning Strategies to Promote Critical Thinking.

Journal of Athletic Training. 38(3) : 263-267.

Wiersma, W. & Jurs, S. G. (2005). Research Methods in Education : An

Introduction. Boston : Allyn and Bacon.

Yahaya, A., Bonn, Y., Hashim, S., & Wan Hamid, W. Z., (2002). Hubungan di

antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

International Conference on The challenge on Learning and Teaching in

Brave New World. Hatyai City College Thailand and School of Cognitive

and Education, UUM, 14-16 October 2002.

Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., & Sihes, A. J. (2006). Orientasi pembelajaran

di kalangan pelajar pengajian tinggi awam di Malaysia dan implikasi

terhadap pencapaian akademik. International Conference on Learning

and Motivation, City Bayview Hotel, Langkawi, Kedah, 10-12 September

2005.

Yahaya, A., Ghaffar, M. N., Damiri, N. & Ismail, S. (2007). Ciri-ciri personaliti

dalam pemilihan kerjaya pelajar, gaya pembelajaran pelajar dan

hubungannya dengan pencapaian akademik. International Conference on

Learning and Motivation, City Bayview Hotel, Langkawi, Kedah, 10-12

September 2005.

Yahya, A. & Abdul Razak, S. (2010). Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran dan

Kaedah Pengajaran. Skudai, Johor.

Yee, M. H. (2015). Kesan Manual Pengintegrasian Strategi Pembelajaran dan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Terhadap Penjanaan Idea Dalam

Kalangan Pelajar Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Ph.D.

Yee, M. H., Md Yunos, J. Y., Ibrahim, S., Othman, W., & Tee, T. K. (2010). Pola

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano Berdasarkan Dimensi

Menggunakan Pengetahuan Bermakna. World Congress on Teacher

Education for TVET in conjunction with World Teachers Day

Celebration, 5 - 6 10 2010, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yee, M. H., Md. Yunos, J., Osman, N., Ibrahim, S., Tee, T. K. (2010). The

Perception Of Student On Mastering The Level Of Higher Order

Thinking Skills In Technical Education Subjects. In Proceeding The 3rd

Page 52: i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS …eprints.uthm.edu.my/9074/1/Mohamad_Shukri_Ismail.pdf · i GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR

121

Regional Conference On Engineering Education & Research In Higher

Education (RCEE 7& RHEd 2010). Skudai, Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Yee, M. H., Md Yunos, J., Othman, W., Hassan, R., & Tee, T. K. (2010).

Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano Dalam Penjanaan

Idea. Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2-3 August 2010, Shah

Alam.

Yee, M. H., Md. Yunos, J., Osman, N., Ibrahim, S., Tee, T. K. (2011). The needs

analysis of learning higher order thinking skills for generating

ideas. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 59, 197-203.

Yee, M. H., Othman, W., Md Yunos, J., Tee, T. K., Hassan, R., & Mohamad, M.

M. (2011). The Level of Marzano Higher Order Thinking Skills among

Technical Education Students. International Journal of Social Science

and Humanity, 1(2).

Yee, M. H., Md. Yunos, J., Y., Hassan, R. & Mohamad, M. M. (2013). Penilaian

Kualiti Manual Pembelajaran Kendiri Pengintegrasian Gaya Pembelajaran

Kolb Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Marzano. Proceeding of the

International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5

June 2013, Penang, Malaysia.

Yee, M. H., Md. Yunos, J., Othman, W., Hassan, R., Tee, T. K., Mohamad, M.

M. & Kuppusamy, B.(2014). Disparity of Learning Styles and Higher

Order Thinking Skills among Technical Students. Proceeding of World

Congress on Technical and Vocational Education and Training

(WoCTVET 2014.)

Zwanenberg, N., Wilkinson, L. J. & Anderson, A. (2000). Felder and Silverman’s

Index of Learning Styles and Honey and Mumford’s Learning Styles

Questionnaire: how do they compare and do they predict academic

performance?. Journal of Educational Psychology. 20(3). 365-380