Top Banner
Kajian Kes: Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Pembentang: ALIF FARIDZULL BIN MOHAMMAD NAZRI; M20112001061 MOHD AZIZI BIN MOHD BASRI; M20112001060 MOHD MUAZ HANIFI BIN SHAMSUDDIN; M20101000080 NARAYANAN A/L THANNIMALAI; M20102000738 THANGAMANI A/L SINNARAJOO; M20102001171 PPP 6034; PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PENDIDIKAN Dr. Marinah Awang
58

HRM - Case Study Presentation

Dec 16, 2015

Download

Documents

Ahmad Hafizan

BKJ
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • Kajian Kes: Gangguan Seksual Di Tempat KerjaPembentang:ALIF FARIDZULL BIN MOHAMMAD NAZRI; M20112001061MOHD AZIZI BIN MOHD BASRI; M20112001060MOHD MUAZ HANIFI BIN SHAMSUDDIN; M20101000080NARAYANAN A/L THANNIMALAI; M20102000738 THANGAMANI A/L SINNARAJOO; M20102001171PPP 6034; PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PENDIDIKANDr. Marinah Awang

  • TUJUAN PEMBENTANGANMewujudkan pemahaman dan kesedaran warga pendidikan dan pegawai awam terhadap perlakuan gangguan seksual di tempat kerjaMenjadi panduan untuk menentukan kategori dan perlakuan gangguan seksual di tempat kerjaMemberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pegawai awam yang mengalami gangguan seksualMemberi panduan untuk mengendalikan aduanMemberi panduan kepada warga pendidikan dan pegawai awam merangka program pencegahan gangguan seksual

  • Pembentangan KesMitos dan Fakta Mengenai Gangguan SeksualDefinisi & Huraian KesSituasi Tempat Kerja Yang Menpengaruhi Gangguan seksualUndang- Undang Berkaitan Gangguan SeksualKategori Gangguan SeksualFaktor - Faktor Gangguan Seksual Jenis Jenis Gangguan SeksualCadangan Tindakan dan AnalisaKesan Gangguan SeksualProgram Pencegahan kesimpulanPersoalan berkaitan

    KERANGKA PEMBENTANGAN

  • AMARAN : 18SXSLAID SETERUSNYA MUNGKIN AKAN MENGUNDANG RASA KURANG SELESA SESETENGAH PIHAK. NAMUN, IANYA SEMATA-MATA BERTUJUAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

  • Encik Ilham bin Salim bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Terang Malam sejak tahun 2000. Pada suatu pagi Guru Besar memanggilnya.Cikgu Ilham, tolong bawakan Puan Maria Farhana ke hospital, sakit perutnya bertambah kuat. Suaminya masih berkursus di Pangkor kata Guru Besar kepada Encik Ilham. Pada ketika itu semua guru lain sedang sibuk mengajar di kelas masing-masing. Hanya Encik Ilham yang mempunyai kelapangan untuk membawa Puan Maria Farhana ke hospital. Kalau Maria takut nak makan ubat ni, biar saya suapkan, haa..bukalah mulut tu kata Encik Ilham lembut kepada Puan Maria di bilik guru, sekembalinya mereka dari hospital. Sejak itu Encik Ilham semakin berani menggoda, rapat dan intim dengan Puan Maria Farhana. Bukan setakat memikat, malah Encik Ilham sering menghantar pesanan ringkas SMS melalui handset kepada Puan Maria Farhana.

    PEMBENTANGAN KES PILIHAN:

  • (Pertemuan antara Encik Ilham dan Haji Ahmad Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah) Encik Ilham: Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari Tuan Haji untuk kenaikan pangkat dan peluang kepada saya menyandang jawatan baru sebagai Guru Besar. Haji Ahmad Ibrahim: Tahniah ! Semoga di tempat yang baru Encik Ilham akan lebih berjaya dan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Encik Ilham: Namun kalau boleh, saya mohon Tuan Haji tukarkan balik saya ke Daerah Terang Malam. Tidak larat hendak berulang sejauh 200 km setiap hari ke sekolah sekarang di Daerah Manjong.Haji Ahmad Ibrahim: Tapi, Encik Ilham baru sahaja digerakkan ke tempat baru untuk kenaikan pangkat sebagai Guru Besar. Tunggulah, sehingga ada kekosongan tempat di Daerah Terang Malam.

    Encik Ilham: Saya lebih selesa di tempat lama, Sekolah Kebangsaan Terang Malam. Ada sentimental value, sudah rapat sangat dengan guru dan kakitangannya. Lagipun, lebih mudahlah saya menguruskan rawatan penyakit barah isteri saya di Kuala Lumpur. Haji Ahmad Ibrahim: Bersabarlah, mudah-mudahan ada rezeki Encik Ilham nanti.

    PEMBENTANGAN KES PILIHAN:

  • (Perbualan antara Encik Ilham dan Encik Arbain Ali, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah)Encik Arbain Ali:Sejak cikgu Ilham kembali bertugas di sini, pelbagai cerita saya dengar tentang hubungan cikgu dengan Puan Maria Farhana. Pegawai Pelajaran Daerah juga ada bercakap tentang cikgu.Encik Ilham:Bukankah ini hal peribadi saya, mengapa hendak ambil Tahu ! Lagipun isteri saya sudah meninggal dunia dan saya sekarang menduda, suka hati sayalah dengan siapa saya hendak bercinta. Encik Arbain Ali:Tetapi, Puan Maria Farnaha tu masih isteri orang. Suaminya masih lagi sayangkan Puan Maria Farhana. Sebagai Guru Besar sepatutnya kita menjadi role model kepada yang lain. PEMBENTANGAN KES PILIHAN:

  • Encik Ilham: Kalau Maria Farhana tidak berkahwin dengan saya, selagi itulah orang akan bercakap. Sebab itu saya suruh Maria Farhana minta cerai sahaja dari suaminya. Encik Arbain Ali: Astaghfirullah ! cikgu Ilham nak runtuhkan rumahtangga orang lain, berdosa besar tu. Biarlah saya carikan calon lain yang lebih muda dan cantik, tetapi bukannya merampas isteri orang. Encik Ilham: Entahlah cikgu Arbain ! pada mulanya saya cuma kasihan dan simpati kepada Maria Farhana, tetapi lama kelamaan saya jatuh hati dan sukar pulak hendak melupakannya. Encik Arbain Ali: Sudahlah tu, pilih sahajalah orang lain !

    PEMBENTANGAN KES PILIHAN:

  • (Perbualan antara Puan Maria dan Encik Abdul Karim Jamaludin, Guru Besar yang baru)Puan Maria Farhana: Assalamualaikum cikgu, Ini borang pertukaran saya ke Kuala Lumpur. Saya mohon sokongan dari cikgu.Encik Abdul Karim: Mengapa cikgu Maria memohon pertukaran ? Sekolah ini amat memerlukan perkhidmatan dan kepakaran cikgu. Murid tahun enam pula akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Puan Maria Farhana: Saya dan suami sudah buat keputusan untuk berpindah. Bulan Mac lepas kami ada buat laporan polis berhubung gangguan seksual cikgu Ilham terhadap saya. Pihak polis sudah panggil cikgu Ilham dan mengambil keterangan daripadanya. Encik Abdul Karim: Gangguan seksual ? mengapa lewat buat laporan polis ?Puan Maria Farhana: Selama ini saya kebingungan, keliru dan sukar melepaskan diri dari gangguan cikgu Ilham. Pernah ketika saya berkursus di Kedah dulu, cikgu Ilham mengambil cuti dan mengekori saya. Dia juga telah memujuk saya bermalam di hotel penginapannya.

    PEMBENTANGAN KES PILIHAN:

  • Encik Abdul Karim: Walaupun saya baru bertugas di sini, saya dapat menilai prestasi kerja, jasa dan sumbangan cikgu kepada sekolah ini. Pencapaian UPSR khususnya bahasa Inggeris amat cemerlang semasa cikgu berada di sekolah ini. Adakah cikgu Ilham mengganggu lagi ? Puan Maria Farhana : Dia sudah dapat orang baru, cikgu Julie guru prasekolah di sini.Encik Abdul Karim: Cik Julie binti Manja ? sebaya dengan anak cikgu Ilham sendiri.Puan Maria Farhana: Cukuplah cikgu ! sejak berkhidmat di sini dari tahun 1997 saya tidak pernah memohon untuk pertukaran. Tetapi, karenah cikgu Ilham membuatkan saya bercampur-baur sedih, hiba dan marah. Izinkanlah saya pergi, assalamualaikum...

    PEMBENTANGAN KES PILIHAN:

  • ISU ISU YANG TIMBULJenis Gangguan Seksual Yang dihadapi oleh Pn Maria Farhana?Apakah Undang-Undang yang melindungi Pn Maria Farhana dari gangguan seksual?Gangguan Seksual yang dihadapi Pn Maria Farhana dibawah kategori gangguan seksual apa?Apakah Kesan Gangguan Seksual yang mungkin dihadapi oleh Pn Maria Farhana?

  • MITOS DAN FAKTA BERKAITAN GANGGUAN SEKSUALSumber: Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005)

    MITOSFAKTAGangguan seksual jarang berlaku.Gangguan seksual berleluasa. Melibatkan 40% hingga60% pekerja serta pelajar khususnya wanita.Persoalan yang diperbesarkan. Ia berpunca daripada mangsa yang suka berfoya-foya.Merupakan satu bencana. Tiada kaitan dengan berfoya-foya. Mangsa mengalami masalah psikologi dan kesihatan.Mangsa mereka-reka cerita untuk mendapatkan pekerjaan semula. Ada yang sememangnya marah dan dendam dengan pelaku atas sebab-sebab lain.Kurang daripada 1% laporan yang diterima adalah palsu. Mangsa sukar hendak melaporkan kes gangguan seksual kerana ia dikaitkan dengan maruah diri.

  • MITOS DAN FAKTA BERKAITAN GANGGUAN SEKSUALSumber: Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005)

    MITOSFAKTAMangsa yang menjadi punca kerana tarikan paras rupa, pakaian atau tingkahlaku.Mangsa tidak mengira wajah, jenis pekerjaan, jenis pakaian, umur dan tingkahlaku.Sekiranya mangsa membiarkan sahaja gangguan itu, ia akan pergi/hilang dengan sendirinya.Membiarkan sahaja tindak-tanduk pemangsa hakikatnya tidak efektif, pemangsa tidak akan menghentikan perbuatan dengan sendiri.

  • MITOS DAN FAKTA BERKAITAN GANGGUAN SEKSUALSumber: Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005)

    MITOSFAKTAPemangsa dan mangsa tergolong kepada mereka yang tidak berpendidikan.Kedua-duanya (pemangsa dan mangsa) boleh berlaku samada berpendidikan rendah atau berpendidikan tinggi. Spt. KJ, GPK / penyelia, rakan sekerja, PT, PTR, PAR dan bukan pekerja.Mangsa terdiri daripada wanita sahaja.Kedua-dua (pemangsa dan mangsa) boleh terjadi kepada kedua-dua jantina.

  • quid pro quoPrima faxie

    DEFINISI & HURAIAN KES:

  • TEMPAT KERJA YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN UNSUR GANGGUAN SEKSUAL.

    Rasuah SeksualIa melibatkan perbuatan yang membabitkan aktiviti seksual yang dijanjikan ganjaran spt. Kenaikan pangkat/gaji. Ia salah satu jenayah seksual.Paksaan SeksualUnsur ugutan. Mereka yang tidak memenuhi kehendak pelaku akan menerima akibat spt. Tiada kenaikan pangkat, penilaian prestasi kerja (-) sehingga kepada pembuangan kerja.

  • TEMPAT KERJA YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN UNSUR GANGGUAN SEKSUAL.

    Gangguan Berasaskan JantinaIa termasuklah kenyataan-kenyataan yang dibuat @ sikap yang ditujukan bertujuan menjatuhkan maruah seseorang kerana ia seorang wanita.Gangguan Perlakuan

    Ekshibisionisme: Ia mengandungi kata-kata dan tindakan yang mengghairahkan, mempamerkan yang boleh menjatuhkan maruah wanita di tempat kerja. Jenaka lucah sekiranya ia sesuatu yang tidak diingini ataupun lakaran-lakaran lucah, jenaka lucah, bersiul, mengerling @ menjeling.

  • TEMPAT KERJA YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN UNSUR GANGGUAN SEKSUAL.

    Desakan SeksualFrotteurisme: Ia berlaku lebih kerap daripada yang difikirkan kerana ia melibatkan hubungan fizikal spt mengusik, meraba, membelai dan memeluk.Mengintai dan mengintipVoyeurisme: Ia termasuk perlakuan mengintai atau mengintip dengan niat untuk mengganggu atau mendapatkan kepuasan.

  • Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993Perkhidmatan AwamAkta Perhubungan Perusahaan 1967Perkhidmatan AwamBadan BerkanunSektor Swasta, Akta Pekerja 1955Sektor Swasta

    UNDANG-UNDANG BERKAITAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

  • UNDANG-UNDANG BERHUBUNGAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

    AKTA Pekerja 1955 Ia terpakai kepada pekerja di sektor swasra sahajaAkta Perhubungan Perusahaan 1967 ia terpakai kepada pekerja kerajaan dan badan berkanun danpekerja disektor swasta.Gangguan Seksual Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelaluan dan Tatatertib (1993) Ia berkaitan dengan takrif perlakuan gangguan seksual, tindakan majikan, tindakan pengadu dan tindakan ke atas pelaku gangguan seksual

  • Peraturan 4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh-(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

    PERATURAN 4A

  • Peraturan 4A (2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain-(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;

    (b) Tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.PERATURAN 4A(2)Bercerita / jenaka / isyarat yang lucahMenyentuh anggota sensitif badanCONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4A.

  • KERAJAAN MALAYSIA________________________________________PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2005________________________________________GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    TUJUANPekeliling ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.

    LATAR BELAKANGGangguan seksual seperti perbuatan atau pernyataan yang bersifat seksual boleh memberi kesan negatif ke atas semangat pekerja dan prestasi kerja. Gangguan seksual turut menimbulkan suasana persekitaran kerja yang serba salah, menakutkan, berasa terancam dan lain-lain kesan negatif yang menjejaskan suasana perhubungan yang harmoni di tempat kerja. Ia juga dianggap perbuatan yang tidak bermoral dan melanggari batas-batas perhubungan serta nilai peribadi seseorang pegawai.

    Gangguan seksual merupakan salah satu perlakuan yang dilarang mengikutperaturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sekiranya seseorang Pegawai Awam didapati telah melakukan gangguan seksual, Mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam. ..................................................................

  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Selain berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja, ia juga terpakai bagi mengelakkan pekerja daripada menerima pelbagai ancaman di tempat kerja termasuk gangguan seksual.Kod Amalan Bagi Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja (1999) Ia mempunyai 34 Perkara. Ia terpakai untuk menangai masalah gangguan seksual di tempat kerja. Kod Amalan ini adalah panduan praktikal kepada majikan, pekerja, kesatuan dan pihak-pihak berkaitan dalam melindungi maruah diri pekerja tanpa mengira jantina. Matlamatnya memastikan gangguan seksual tidak berlaku.

  • KATEGORI GANGGUAN SEKSUALPercubaan untuk merapati orang lain secara seksual.B. Meminta layanan seksual daripada orang lainC. Ganguan seksual yang mengugutD. Ganguan seksual yang menyinggung atau menghina.

  • KATEGORI GANGGUAN SEKSUALCUBAAN UNTUK MERAPATI ORANG LAIN SECARA SEKSUAL

    SEMUA KATEGORI DAN BENTUK PERLAKUAN GANGGUAN SEKSUAL TERMASUK DALAM PERBUATAN MERAPATI ORANG LAIN SECARA SEKSUALIA BOLEH BERLAKU SEKALI ATAU BERULANG KALI SEHINGGA MENDAPAT REAKSI DARIPADA PENGADU

  • MEMINTA LAYANAN SEKSUAL DARIPADA ORANG LAIN

    BOLEH BERLAKU DALAM KEADAAN PEGAWAI AWAM MEMPUNYAI KUASA ATAU DIANGGAP MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERIKAN SESUATU FAEDAH ATAU GANJARAN TERTENTU KEPADA PENGADU (QUID PRO QUO @ THIS IN RETURN FOR THAT) SEPERTI PENILAIAN PRESTASI YANG BAIK DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN YANG DIJANJIKAN SEKIRANYA PEGAWAI BERSETUJU MEMBERI LAYANAN SEKSUAL KEPADA PEGAWAI AWAM TERSEBUT.

  • 3.GANGGUAN SEKSUAL YANG MENGUGUT

    BOLEH BERLAKU APABILA TERDAPAT ELEMEN UGUTAN CUBAAN UNTUK MERAPATI ORANG LAIN SECARA SEKSUAL ATAU MEMINTA LAYANAN SEKSUAL BAGI MENDAPATKAN FAEDAH TERTENTU.

    PENGADU TIDAK DIJANJIKAN DENGAN FAEDAH-FAEDAH TERTENTU SEBALIKNYA DIUGUT TIDAK AKAN MENDAPAT FAEDAH-FAEDAH SEPERTI PENILAIAN PRESTASI YANG TIDAK CEMERLANG.

  • GANGGUAN SEKSUAL YANG MENYINGGUNG ATAU MENGHINA

    MEMPERLIHATKAN PERLAKUAN SEORANG PEGAWAI AWAM YANG BERSIFAT SEKSUAL TERHADAP ORANG LAIN, DALAM KEADAAN YANG SETELAH MENGAMBIL KIRA SEGALA HAL KEADAAN AKAN MENYEBABKAN SESEORANG YANG WARAS BERASA TERSINGGUNG ATAU TERHINA.

  • CONTOH MERABA ATAU MEMELUK RAKAN SEKERJA YANG LAIN DENGAN SENGAJA DAN PERLAKUAN INI TIDAK DISUKAI OLEH PEGAWAI BERKENAAN.

  • FAKTOR- FAKTOR GANGGUAN SEKSUAL BERLAKU DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • PERLAKUAN, KEADAAN, ATAU PERBUATAN YANG TERGOLONG KEPADA GANGGUAN SEKSUAL

  • PERLAKUAN, KEADAAN ATAU PERBUATAN GANGGUAN SEKSUALGANGGUAN SECARA LISAN

    PENGGUNAAN BAHASA LUCAH SEPERTI PERBUALAN, BERCERITA, BERJENAKA, MEMBUAT BUNYI-BUNYIAN, MEMBERI KRITIKAN, KOMEN, PUJIAN ATAU MENGAJUKAN SOALAN BERUNSUR SEKSUAL KE ATAS PENAMPILAN, PAKAIAN, TINGKAH LAKU, TUBUH BADAN ATAU AKTIVITI SEKSUAL SEHINGGA SESEORANG BERASA TERSINGGUNG, TERHINA ATAU TERUGUT UNTUK BERURUSAN DENGAN PEGAWAI AWAM BERKENAAN.

  • GANGGUAN SECARA ISYARAT

    DIPAMERKAN MELALUI SIKAP ATAU PERLAKUAN PEGAWAI AWAM YANG MEMBERI MAKSUD ATAU GAMBARAN KEINGINAN YANG BERUNSURKAN SEKSUAL SEPERTI MENJELING, MENGGODA, MERENUNG, MENGINTAI, MENJILAT BIBIR ATAU MENGGUNAKAN BAHASA ISYARAT YANG LAIN.

  • GANGGUAN SECARA VISUALPERLAKUAN MENGHANTAR NOTA, E-MEL, SMS, MMS, GAMBAR, POSTER, OBJEK ATAU BAHAN BACAAN YANG BERUNSUR SEKSUAL MELALUI PENGGUNAAN APA JUA PERALATAN MEDIA, ELEKTRONIK ATAU KOMUNIKASI KEPADA PENGADU YANG MENYEBABKAN PENGADU BERASA TERSINGGUNG, TERHINA ATAU TERUGUT.

  • GANGGUAN SECARA FIZIKAL

    PERLAKUAN BERBENTUK SENTUHAN FIZIKAL YANG BERUNSUR SEKSUAL SEPERTI MENDEKATI ORANG LAIN DALAM JARAK YANG TERLALU DEKAT SEHINGGA ORANG TERSEBUT BERASA KURANG SELESA, MEMEGANG, MEMELUK, MENEPUK, MENGGOSOK, MENCUBIT, MENCIUM ATAU MERABA SEHINGGA PENGADU BERASA TERSINGGUNG, TERHINA ATAU TERUGUT.

  • GANGGUAN SECARA PSIKOLOGI

    PERBUATAN CUBA MERAPATI SECARA SEKSUAL, MENDORONG, MENDESAK, MENGUGUT ATAU MEMUJUK RAYU BAGI MEMENUHI KEINGINAN SEKSUAL PEGAWAI AWAM SAMA ADA MELALUI SURAT, TELEFON, E-MEL ATAU SEBARANG BENTUK PERALATAN KOMUNIKASI KEPADA PENGADU YANG MENIMBULKAN TEKANAN EMOSI DAN MENTAL KE ATAS PENGADU ADALAH TERJUMLAH KEPADA GANGGUAN SEKSUAL.

  • PENGECUALIANPERBUATAN SEPERTI PEMBERIAN PUJIAN ATAU PERSALAMAN YANG DISENANGI, PEMBERIAN MEMO ATAU SURAT TAHNIAH KERANA MELAKUKAN TUGAS DENGAN BAIK, PERBINCANGAN SEKSUAL SECARA AKADEMIK DAN RELEVAN KEPADA BIDANG TUGAS PEGAWAI AWAM DAN SEBAGAINYA YANG DILAKUKAN DENGAN SUCI HATI TIDAK TERJUMLAH KEPADA GANGGUAN SEKSUAL.

  • Pematuhan kepada Prosedur Kualiti 04/ Pengurusan Aduan dalam standard MS ISO 9001:2008.Pematuhan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005: Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam

    Cadangan Tindakan & Analisis Penyelesaian:

  • TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SESEORANG SEKIRANYA BERLAKU GANGGUAN SEKSUALA. Tidak mengambil apa-apa tindakanB. Mendapatkan maklumat dan bantuan untuk menyelesaikan kes secara tidak rasmi C. Membuat aduan rasmi kepada Kaunselor Atau Pegawai KaunselorD. Membuat laporan rasmi untuk tujuan tindakan tatatertibE. Membuat laporan polisAduan oleh orang ketigaMenjadi saksi kepada perlakuan seksual dan membuat aduan kepada kaunselor atau pegawai kaunseling atau pihak berkuasa tatatertib atau membuat laporan kepada polis.

  • PELAKU GANGGUAN SEKSUAL Masalah-masalah Dalam Tindakan Kes Gangguan Seksual

  • PERASAAN MALUTAKUT TERDEDAH KEPADA PUBLISITIIMPLIKASI SOSIALIMPLIKASI KEWANGANTIADA PROSIDUR ADUANTIDAK YAKIN KEPADA PROSIDUR SEDIA ADATAKUT AKAN TINDAK BALAS

  • KESAN GANGGUAN SEKSUALKESAN KE ATAS PENGADUKESAN KE ATAS PEGAWAI YANG DISYAKI MENGGANGGUKESAN KE ATASORGANISASIKESAN KE ATAS KERJAYAKESAN KEATAS MASYARAKATKESAN FISIOLOGIKESAN PSIKOLOGI

  • MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PENGADUPENGADU BOLEH MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL DENGAN :Memaklumkan kejadian gangguan seksual kepada Pegawai Awam lain agar mereka dapat memberikan sokongan, meningkatkan kesedaran Pegawai awam lain dari menghadapi gangguan seksual dan mengemukakan aduan sekiarnya mereka pernah mengalami gangguan seksual.

  • MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PENGADUPENGADU BOLEH MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL DENGAN :Mendapatkan bantuan dari aspek psikologi daripada kaunselor, Pegawai Kaunseling atau ahli profesional kesihatan jiwa yang boleh mengendalikan kesan gangguan seksual

  • MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PENGADUPENGADU BOLEH MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL DENGAN :Menghadiri bengkel atau program kemahiran peningkatan kendiri

  • MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL KE ATAS PEGAWAI YANG DISYAKI MENGGANGGU(PYDM)KETUA JABATAN BOLEH MENANGANI KES PYDM DENGAN:Mendaptakan bantuan dari aspek psikologi daripada Kaunselor, Pegawai Kaunseling atau ahli profesional kesihatan jiwaMenghadiri bengkel atau kursus peningkatan kendiri

  • TINDAKAN KETUA JABATAN BAGI MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL KETUA JABATAN HENDAKLAH:Memberi pemahaman dan mewujudkan kesedaran salahlaku gangguan seksual di tempat kerja Mewujud dan memelihara suasana tempat kerja yang kondusif

  • KETUA JABATAN HENDAKLAH:Membantu atau merujuk pegawai awam yang menjadi mangsaMengambil tindakan menurut peraturan yang sedia adaTINDAKAN KETUA JABATAN BAGI MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL

  • Keterangan Bertulis daripada mangsaKeterangan SaksiSalinan Transkrip SMS/ GambarLaporan Pegawai KaunselingKronologi KejadianKenyataan PerkhidmatanLaporan Polis (Tindakan dan Status Semasa)Laporan Siasatan KJSalinan Kad Pengenalan Pegawai

    9 DOKUMEN SOKONGAN BAGI MENENTUKAN PRIMA FACIE KES

  • KJ memberikan sokongan yang tidak sepatutnyaMenentukanSituasi Sebenar Yang BerlakuBukti-bukti Yang Dikemukakan DiraguiSukar Mendrafkan PertuduhanYang KukuhKesilapan teknikal

  • PROGRAM PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJASESI TAKLIMAT KEPADA KETUA JABATAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI AWAM BERHUBUNG:MAKSUD GANGGUAN SEKSUAL MENURUT PERATURAN 4A-PERATURAN PEGAWAI AWAMPERLAKUAN GANGGUAN SEKSUAL TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DI TEMPAT KERJAKETEGASAN KETUA JABATAN DALAM MENGENDALIKAN KES GANGGUAN SEKSUAL

  • PROGRAM PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJASESI TAKLIMAT KEPADA KETUA JABATAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI AWAM BERHUBUNG:MENYEDIAKAN PROSEDUR PENGENDALIAN ADUANMENERANGKAN KESAN NEGATIF KEATAS PEGAWAI AWAM DAN ORGANISASIMEMBERI BANTUAN DAN SOKONGAN KEPADA PEGAWAI AWAM YANG MENGALAMI GANGGUAN SEKSUALTINDAKAN TATATERTIB KEPADA PESALAH

  • PROGRAM PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJAPROGRAM SOKONGAN KEPADA PENJAWAT AWAMCERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM/MURNI, PAMERAN, PEMBELAJARAN, PENJELASAN DAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN, LATIHAN PENGENDALIAN KES DAN SEBAGAINYA

  • MENAHAN PANDANGAN MATA4 ETIKA UTAMA YANG PERLU DIAMALKAN DALAM MENCEGAH GANGGUAN SEKSUALBERTEMU DALAM KEADAAN SERIUS DAN BERTUJUAN BAIKMENGHINDARI BERDUA-DUAAN DENGAN BUKAN MAHRAMELAK JANGKAMASA PERTEMUAN YANG LAMA ANTARA BUKAN MAHRAM

  • Sebarang perbuatan yang ditakrifkanBersifat seksualCubaan mendapatkan / meminta / menghinaMenyebabkan mangsa tersinggung, terhina atau terugut Gangguan seksualLisan, Fizikal, Bertulis, Isyarat dsbTidak terhad kepada waktu dan tempat kerjaTanpa mengira jantinaKesimpulan:Tahun ni awakakan dapat APCSebelum tu... Aku Pekena Cukup-cukupKalau aku tak layan, nanti takut kerjaya terjejas

  • Fikirkan cadangan-cadangan yang boleh membantu mengurangkan masalah pengendalian kes gangguan seksual?Terdapat Ketua Jabatan yang cenderung untuk mengambil langkah untuk menutup kes-kes gangguan seksual. Adakah perkara ini patut? Sila ulaskan kesan-kesan tindakan tersebut.Pada pandangan tuan/puan , apakah program-program atau langkah langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan terjadinya gangguan seksual di premis tuan/puan?

    Persoalan Berkaitan:

  • Marinah Awang (2012). Notes for a lecture on Sexual Harassment, PPP6034. Sultan Idris Education University.Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005: Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.Prosedur Kualiti PK04/ Pengurusan Aduan Dalam MS ISO 9001:2008 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Rujukan

    *Keterangan mangsa- tarikh, masa, tempat, huraian kejadian

    *** Semua salinan dokumen hendaklah disahkan.**