En Mazdan Bin Ali Amaran
En Mazdan Bin Ali Amaran
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ……………..day of……………..2015.
Student’s Declaration:
I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------
(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare
that the work entitled --------------------------------------------------------------------------------------------------
is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other
sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor
has any part been written for me by another person.
___________________ _____________________________
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor’s Declaration:
I -------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that
the work entitled ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as
a *partial/full fulfillment for the conferment of ----------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and
the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: ______________________________ Date: _____________
(Name of the supervisor)
NUR AMIZA BINTI ZAINAL ABIDIN, 37877, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS
ARTS
Persepsi Masyarakat Terhadap Kepentingan Seni Persembahan Kanak-kanak
Nur Amiza Binti Zainal Abidin
(37877)
BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH
Persepsi Masyarakat Terhadap Kepentingan Seni Persembahan Kanak-kanak
HONOURS (ARTS MANAGEMENT)
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said
Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with
the abiding interest and rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for
the purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of
the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS
permission.
Student signature _______________ Supervisor signature: ____________________
( ) ( )
Current Address:
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together
as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
No 4529 Kampung Sungai Bakong, 36000 Teluk Intan, Perak
Projek bertajuk “Persepsi Masyarakat Terhadap Kepentingan Seni Persembahan
Kanak-kanak” telah disediakan oleh Nur Amiza Binti Zainal Abidin dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni )
Diterima untuk diperiksa oleh:
..................................................
Tarikh:........................................
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan yang dipamerkan dalam
Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk
sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi
(IPT) lain.
Yang Benar,
……………….…….....
(NUR AMIZA BINTI ZAINAL ABIDIN)
37877
Program Pengurusan Seni
i
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan dan
kesihatan yang sempurna dalam menyelesaikan kajian untuk Projek Tahun Akhir ini.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mazdan Ali Amaran selaku
pensyarah dan penyelia dalam memberikan bimbingan dan buah fikiran yang sangat
berguna dan bernilai untuk saya menyelesaikan penyelidikan ini. Kesabaran dan
waktu yang diluangkan amat saya hargai dan tidak terbalas.
Tidak ketinggalan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Zainal Abidin
Miskam dan Puan Umi Saadah Mohamad Omar yang telah banyak membantu saya
dalam memberikan sokongan terutama dari segi dana yang diberikan semasa tempoh
penyelidikan ini dijalankan. Sokongan moral dan doa yang diberikan dari kalian
berdua yang jauh di kampung amat saya hargai dan jasa kalian tidak dapat saya
balas. Diharap kejayaan yang bakal tiba sedikit sebanyak dapat membalas jasa
kalian berdua dan keluarga yang lain iaitu kedua abang dan adik serta saudara yang
diingati terima kasih atas komitmen dan sokongan dalam membantu sepanjang
menyelesaikan tugasan ini.
Ribuan terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Kepada responden yang terlibat dalam
memberikan maklum balas dan kerjasama semasa proses pengumpulan maklumat
dijalankan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada para guru di Sekolah Seni
ii
Kuching dalam membantu memberikan maklumat berkaitan penyelidikan yang
dilakukan.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seangkatan yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam memberikan sokongan dan tunjuk ajar. Jasa dan waktu
kalian amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekali lagi, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya
untuk menyelesaikan Penyelidikan Tahun Akhir ini dengan jayanya.
iii
ISI KANDUNGAN Muka surat
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN i
ISI KANDUNGAN iii
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI RAJAH viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Permasalahan Kajian 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.2.1 Kepentingan Seni Persembahan 5
1.2.2 Kanak-kanak 6
1.2.3 Pembangunan Negara 8
1.3 Objektif 9
1.4 Skop Kajian 11
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Kesimpulan 13
iv
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.0 Pendahuluan 15
2.1 Persepsi Masyarakat 15
2.2 Kepentingan Seni Persembahan 18
2.3 Seni dan Kanak-kanak 19
2.4 Pembangunan Negara 21
2.5 Pembangunan Modal Insan 23
2.5.1 Modal Insan dan Ekonomi 25
2.5.2 Modal Insan dan Sosial 26
2.6 Kesimpulan 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 28
3.2 Kaedah pengumpulan Data 28
3.2.1 Sumber Data Primer 29
3.2.1.1 Soal Selidik 29
3.2.1.2 Temubual 30
3.2.1.3 Pemerhatian 30
3.2.2 Sumber Sekunder 31
3.3 Kaedah Analisis Data 32
3.3.1 Kaedah Kuantitatif 32
3.3.2 Kaedah Kualitatif 33
3.4 Persampelan Kajian 34
3.5 Sasaran Responden 34
v
3.6 Lokasi Kajian 35
3.7 Kesimpulan 36
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 37
4.1 Analisa Deskriptif 37
4.2 Analisa Kekerapan 44
4.3 Analisa Taburan Silang (Crosstabulation) 63
4.4 Analisa Kandungan Pendapat Responden 77
4.4 Kesimpulan 83
BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pendahuluan 85
5.1 Cadangan Kajian 86
5.1.1 Cadangan Kepada Pihak Kerajaan atau Pihak 86
Bukan Kerajaan Dalam Mengembangkan Seni
Persembahan Kanak-kanak
5.1.2 Cadangan Kepada Masyarakat 88
5.1.3 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 89
5.2 Kesimpulan 90
RUJUKAN 92
LAMPIRAN 96
vi
ABSTRAK
Kajian ini mengenai persepsi masyarakat terhadap kepentingan seni
persembahan kanak-kanak dalam pembangunan Negara. Objektif kajian adalah
mengenalpasti persepsi masyarakat umum terhadap kepentingan seni persembahan
kanak-kanak dalam pembangunan negara. Kajian ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan pandangan masyarakat dan mentaliti mereka terhadap kepentingan
seni persembahan kanak-kanak. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengetahui
kesan seni persembahan kanak-kanak kepada pembentukan modal insan melalui
pandangan masyarakat umum dalam mengembangkan seni persembahan kanak-
kanak. Menggunakan kaedah gabungan iaitu kuantitatif melalui pengedaran seratus
(100) borang soal selidik kepada masyarakat yang melibatkan kanak-kanak, remaja
dan dewasa daripada kawasan bandar dan luar bandar seterusnya kaedah kualitatif
pula melalui temubual iaitu seramai dua (2) orang pemberi maklumat (informant)
yang melibatkan guru Sekolah Seni Kuching serta pemerhatian juga dilakukan
dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian yang diperolehi daripada persepsi
masyarakat dan pemberi maklumat, membuktikan seni persembahan kanak-kanak
adalah penting dalam pembangunan negara dari pelbagai aspek termasuk modal
insan, ekonomi dan sosial.
vii
ABSTRACT
The research is about public perceptions of the importance of children's
performing arts in nation building. The objective of the study is to identify the
perception of the general public of the importance of the performing arts in child
development. This research aims to get people's views and those of interest mentality
performing arts children. In addition, this study also was to determine the effects of
children's performing arts to the formation of human capital through the eyes of the
general public in developing children's performing arts. Using a combination of
quantitative through the distribution of one hundred (100) questionnaires to the
public involving children, youth and adults from urban and rural areas beyond the
qualitative approach through interviews of a total of two (2) members of informers
that involving teachers Sekolah Seni Kuching and observations were also made in
this investigation. The findings obtained from the public perception and informers,
performing arts prove the child is important in the development of the state of
various aspects including human capital, economic and social.
viii
SENARAI RAJAH
SENARAI RAJAH MUKA SURAT
4.1 Peratusan Taburan Masyarakat Mengikut Jantina 33
4.2 Peratusan Taburan Masyarakat Mengikut Bangsa 34
4.3 Peratusan Taburan Mengikut Kumpulan Umur Masyarakat 35
4.4 Peratusan Taburan Mengikut Taraf pendidikan Masyarakat 36
4.5 Peratusan Taburan Mengikut Status Pekerjaan Masyarakat 37
4.6 Peratusan Taburan Masyarakat Mengikut Negeri 37
4.7 Peratusan Taburan Mengikut Jenis Kawasan 38
Tempat Tinggal Masyarakat
4.8 Kekerapan Pengetahuan Masyarakat Tentang Seni 39
Persembahan Kanak-kanak
4.9 Kekerapan Pengalaman Masyarakat Menonton 40
Seni Persembahan Kanak-kanak
4.10 Peratusan Masyarakat Mengetahui tentang Seni 41
Persembahan Kanak-kanak Mengikut Medium
4.11 Jumlah Kekerapan Jenis Seni Persembahan Yang Ditonton 42
oleh Masyarakat
4.12 Peratusan Pandangan Masyarakat Terhadap Seni 43
Persembahan Kanak-kanak Dapat Menghiburkan atau Tidak
ix
4.13 Peratusan Masyarakat yang Mengetahui Tentang 44
Program Seni Persembahan Kanak-kanak (Permata Seni)
4.14 Pandangan Masyarakat Terhadap Seni Persembahan 45
kanak-kanak dalam Pembangunan Negara
4.15 Peratusan Persepsi Masyarakat Terhadap Jaminan 46
Seni Persembahan kepada Kanak-kanak.
4.16 Peratusan Persepsi Masyarakat Terhadap Tawaran 47
Mengikuti Program Seni Persembahan Kanak-kanak (Permata Seni)
4.17 Peratusan Pandangan Masyarakat Terhadap 48
Kesan Seni Persembahan Kepada
4.18 Peratusan Kepentingan Seni Persembahan 49
kepada Pembangunan Negara
4.19 Peratusan Persepsi Masyarakat Terhadap Kesan 51
Seni Persembahan Kanak-kanak
4.20 Peratusan Persepsi Masyarakat Kanak-kanak 52
Sebagai Aset Pembangunan Negara
4.21 Peratusan Pandangan Masyarakat Terhadap Seni 53
Persembahan Kanak-kanak Sebagai Aset Tarikan Pelabur Luar
4.22 Peratusan Pandangan Masyarakat Terhadap Seni 54
Persembahan Kanak-kanak sebagai Medium Pembelajaran.
4.23 Peratusan Persepsi Masyarakat Terhadap 55
Kanak-kanak Ini Sebagai Pelapis Bidang Kesenian
x
4.24 Peratusan Persepsi Masyarakat Tentang Seni 56
Persembahan Mendorong Kanak-kanak Lebih Pintar
dan Berkeyakinan Tinggi
4.25 Taburan Silang Antara Jantina dan Pengetahuan 57
Masyarakat Terhadap Seni Persembahan Kanak-kanak
4.26 Taburan Silang Antara Jenis Kawasan dengan Pengetahuan 58
Masyarakat Terhadap Seni Persembahan Kanak-kanak.
4.27 Taburan Antara Kumpulan Umur dengan Pengetahuan 60
Masyarakat Tentang Seni Persembahan Kanak-kanak
xi
SENARAI JADUAL
Muka surat
4.1 Kekerapan Masyarakat Yang Menonton 42
4.2 Kekerapan Persepsi Masyarakat Terhadap Sumbangan 52
Seni Persembahan Kanak-kanak Mengikut Aspek
Pembangunan Negara
4.3 Taburan Silang Antara Kumpulan Umur dengan Pengetahuan 59
MasyarakaratTerhadap Seni Persembahan Kanak-kanak
4.4 Jadual Silang Antara Kumpulan Umur dengan Persepsi Masyarakat 61
Terhadap Sumbangan Seni Persembahan kanak-kanak kepada
Pembangunan Negara
4.5 Jadual Silang Antara Kumpulan Umur dengan Persepsi Masyarakat 62
Terhadap Jaminan Seni Persembahan Kepada Kanak-kanak
4.6 Jadual Silang Antara Jenis Kawasan dengan Penerimaan Tawaran 63
Mengikuti Program Kesenian Kanak-kanak Seperti Permata Seni
Jika Diberikan Tawaran
4.7 Jadual Silang Antara Perbezaan Kumpulan Umur dengan 67
Kepentingan Seni Persembahan Kanak-kanak terhadap Aspek
Pembangunan Negara
4.8 Jadual Silang Antara Jenis Kawasan Masyarakat dengan 69
Kepentingan Seni Persembahan Kanak-kanak terhadap Aspek
Pembangunan Negara
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN
DIKN :Dasar Industri Kreatif
KDNK :Keluaran Dalam Negara Kasar
NGO :Non-Government Organisation
PKMA :Pusat Khidmat Maklumat Pelajar
RMK-9 :Rancangan Malaysia Kesembilan
SPSS :Statistical Package for The Social Science
UNCTAD :United Nations Conference Trade and Development
UNIMAS :Universiti Malaysia Sarawak
YAB :Yang Amat Berhormat
1
BAB SATU
PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN
Bab ini menerangkan tentang pengenalan terhadap kajian yang ingin dikaji.
Di dalam bab ini merangkumi permasalahan kajian, latar belakang, objektif kajian,
skop kajian, kepentingan kajian, dan kesimpulan. Selain itu, pengkaji juga ingin
menjelaskan permasalahan kajian mengenai kepentingan seni persembahan kanak-
kanak dalam pembangunan negara dan turut membincangkan mengenai objektif
kajian yang dipilih oleh pengkaji bagi menyatakan tujuan utama pengkaji
melakukan kajian dan merupakan aspek terpenting dalam suatu kajian.
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN
Menurut Sabitha Marican (2005) dalam bukunya yang bertajuk “Kaedah
Penyelidikan Sains Sosial”. Permasalahan kajian ialah penyajian yang jelas tentang
penyataan masalah yang berkaitan dengan pembolehubah yang dikaji. Melalui
Rancangan Malaysia Ke-9, pengkaji mengupas permasalahan kajian melalui
penyataan bekas Perdana Menteri kelima.
Menurut Abdullah Badawi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
menyatakan keupayaan dan keperibadian masyarakat menjadi faktor utama dalam
membangunkan negara . Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara yang
memiliki ‘insfrastruktur kelas pertama’ tetapi ‘pemikiran kelas ketiga’. Kita perlu
penerapan dan pendekatan yang secara menyeluruh terhadap pembangunan modal
2
insan, ia bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai etika, minda
yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.
Pembangunan modal insan juga merupakan antara cabaran yang perlu
dihadapi oleh mana-mana bidang yang ingin dimajukan oleh sesebuah negara.
Industri kreatif merupakan industri yang unik kerana memerlukan modal insan yang
terdiri daripada mereka yang mempunyai minat, bakat dan kebolehan tersendiri. Pada
masa ini, negara masih kekurangan modal insan yang terdiri daripada karyawan seni
dan pekerja berkemahiran tertentu. Selain itu, kebanyakan karyawan memperoleh
kemahiran melalui tacit knowledge. (Dasar Industri Kreatif, 2008)
Melalui penyataan-penyataan itu, dapat dijelaskan bahawa dengan kemajuan
sesebuah negara bukanlah hanya bergantung kepada kemajuan dalam pembangunan
dan teknologi semata namun memerlukan masyarakat yang boleh berfikiran jauh
dan mentaliti yang tinggi, barulah dapat menjamin kemajuan pembangunan negara.
Dengan penyataan itu, pengkaji telah membina dua permasalahan kajian untuk
dijadikan permasalah atau penyebab kepada kajian ini. Penyataan masalah yang
dibina adalah berkaitan perkara berikut:
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan potensi seni
persembahan kanak-kanak oleh masyarakat;
Kepentingan seni persembahan kanak-kanak masih kurang jelas
diketahui umum.
Persepsi terhadap industri kreatif terutama pada produk budaya masih sukar
diterima oleh masyarakat. Memandang produk budaya tidak mempunyai nilai
komersialnya. Masyarakat juga kebanyakannya beranggapan individu yang terlibat
3
dalam bidang kesenian tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Ekonomi kreatif
adalah salah satu segmen yang paling pantas berkembang dalam ekonomi dunia.
Dengan dasar yang jelas industri kreatif boleh mengubah masyarakat dengan cara
menjana pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan eksport.
Ekonomi kreatif juga menghasilkan nilai bukan kewangan, menyumbang
kepada masyarakat ke arah pembangunan lestari serta melabur dalam industri kreatif.
Hal ini bagi menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, nilai diri individu, dan
perpaduan sosial dalam meningkatan kualiti hidup. United Nations Conference on
Trade and Development (UNCTAD)
Peranan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menjalankan tugasan haruslah
menitikberatkan hala tuju sesuatu perkara dan memastikan masyarakat diberi
pendedahan terhadap sesuatu aktiviti kesenian supaya masyarakat mendapat
pendedahan. Pihak kerajaan dan NGO juga perlu memainkan peranan dalam
memberi kesedaran terhadap kepentingan bidang kesenian kepada masyarakat agar
mereka boleh menghargainya.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji tentang persepsi masyarakat terhadap
kepentingan seni persembahan kanak-kanak pada pandangan masyarakat umum.
Dalam kajian ini perkara yang akan diteliti adalah berkaitan dengan seni
persembahan kanak-kanak dalam menyumbang kepada pembangunan negara
terutama dari aspek pembangunan modal insan masyarakat. Melihat kepada faktor
dan potensi seni persembahan kanak-kanak secara keseluruhan. Melibatkan
pandangan masyarakat terhadap seni persembahan dan bidang kesenian negara dalam
4
membantu mengubah mentaliti masyarakat terhadap industri kesenian secara tidak
langsung.
Seterusnya, kajian ini melibatkan masyarakat sekitar lokasi pilihan
penyelidikan yang dibuat. Kejayaan sesebuah Negara dalam industri kreatif
bergantung kepada modal insan iaitu masyarakat dan budaya yang terdapat dalam
negara tersebut. Pengurusan yang baik akan menghasilkan kualiti yang dapat
memberikan suatu impak positif yang besar. Masyarakat adalah penggerak kepada
kemajuan sesuatu bidang, begitu juga bidang kesenian. Kehidupan manusia tidak lari
daripada peraturan tertentu, hal ini sudah pasti melibatkan urusan pengurusan dari
segi diri sendiri, masa dan keluarga. Pengkaji akan membuat pemerhatian kepada
kedua organisasi kesenian dari segi pencapaian dan aktiviti yang mereka jalankan.
Kejayaan seseorang memerlukan satu penyusunan pengurusan yang baik
begitu juga Negara kita. Justeru itu, pengkaji ingin mengetahui peranan Sekolah
Seni Kuching dalam mendidik dan memperkenalkan bidang kesenian iaitu seni
persembahan seterusnya menghasilkan suatu persembahan yang boleh dibanggakan
dan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat terutama kanak-
kanak itu sendiri. Selain itu, dalam industri kesenian terbahagi kepada tiga skop
utama iaitu, multimedia, seni budaya dan warisan. Ketiga-tiga bidang ini
mempunyai peranan dalam membangunkan modal insan dan juga Negara. (Dasar
Industri Kreatif Negara, 2008)
Seni persembahan terletak di bawah skop seni budaya yang merupakan
kesenian yang lahir dari masyarakat yang terdapat di sesuatu kawasan atau negara.
Di Malaysia, terdapat masyarakat berbilang bangsa dan budaya. Setiap bangsa
5
mempunyai budaya masing-masing termasuk seni persembahan. Pada dahulunya
seni persembahan dikaitkan dengan seni untuk hiburan sendiri ataupun sebagai
ritual. Setiap persembahan mempunyai nilai dan keunikannya tersendiri. Namun kini
seni persembahan juga merupakan suatu industri kesenian yang dapat menyumbang
kepada perkembangan negara dan merupakan aset kepada perkembangan ekonomi
negara.
1.2.1 KEPENTINGAN SENI PERSEMBAHAN
Seni merujuk kepada sesuatu yang halus. Seni terbahagi kepada dua iaitu
seni visual yang merupakan aktiviti melukis, mewarna, aktiviti kraf yang
mengaplikasikan teknik menggambar, teknik mereka corak dan rekaan serta teknik
bentuk binaan. Manakala seni persembahan pula merujuk kepada aktiviti muzik,
pantun, sajak, drama, tarian dan pergerakan kreatif. ( Zalina, 2013).
Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam
bentuk hitungan nombor sahaja, malah diperlukan di dalam bidang sastera,
budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti seni persembahan
kanak-kanak mempunyai kepentingan dalam pembangunan modal insan. Seni
persembahan dapat merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dan menjadikan
kanak-kanak itu dapat berdikari dan mempunyai keyakinan tinggi.
Tambahan lagi, seni persembahan telah mula diperkenalkan dan menjadi
mata pelajaran dalam pembelajaran di sekolah. Dapat dilihat kebanyakannya
pendidikan seni ada terdapat di peringkat sekolah rendah seperti tadika dan pra-
persekolahan. Permata Seni merupakan salah satu daripada program di bawah
Permata Negara bertujuan melahirkan modal insan yang berjaya bukan sahaja di
6
dalam bidang kurikulum malahan juga dalam bidang kokurikulum iaitu melibatkan
kemahiran-kemahiran tertentu.
Kanak-kanak merupakan penyambung generasi akan datang yang akan
mencorak negara di masa hadapan. Kepentingan terhadap pembangunan modal insan
seharusnya bermula dari kecil lagi. Justeru itu kerajaan mewujudkan program
sebegini sebagai platfom mencungkil bakat kanak-kanak yang berkebolehan.
Program-program yang dibuat adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
contohnya ahli permata seni seperti Permata Seni Muzik diberikan pendedahan
kepada persembahan bertaraf kebangsaan. Pada waktu yang sama dapat
memperkenalkan kepada masyarakat umum kepada jenis muzik yang bertaraf tinggi.
( Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri)
Lagu-lagu yang dipilih juga adalah gabungan di antara lagu tradisional.
Merupakan kesenian yang merangkumi semua reka bentuk kreativiti manusia yang
diperagakan atau di lakonkan untuk perhatian umum. Mengutamakan penyampaiaan
dengan adanya ciri pentas, pemain dan pengolahan yang tertentu seperti tari,
nyanyian dan muzik serta drama. ( Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri)
Oleh itu, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap perkembangan
permata seni sebagai contoh kepada seni persembahan kanak-kanak yang terdapat di
Malaysia dan sumbangannya terhadap negara.
1.2.1 KANAK-KANAK
Menurut Rosmah dalam buku Aisyah Ali (2012), menyatakan setiap anak
adalah permata negara, menunjukkan betapa pentingnya kanak-kanak kepada
Negara. “Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembangunan modal