Top Banner
KAMERA DSLR Di sediakan oleh: Noor Hayati Bt Mat Yusof Raja Norhayati Bt Raja Sulaiman Rohani Bt Hassan
10

Definisi dslr

May 30, 2015

Download

Documents

Hanie Sham
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Definisi dslr

KAMERA DSLR

Di sediakan oleh:Noor Hayati Bt Mat YusofRaja Norhayati Bt Raja SulaimanRohani Bt Hassan

Page 2: Definisi dslr

DEFINISI KAMERA DSLR

DSLR adalah singkatan dari Digital Single-Lens Reflex. Kamera DSLR ialah kamera digital yang menggunakan tindak balas kanta tunggal secara digital.

Digital Single Lens Reflex (Digital SLR atau DSLR) adalah kamera digital yang menggunakan sistem cermin otomatis dan pentaprisma atau pentamirror untuk meneruskan cahaya dari lensa menuju ke viewfinder.

DSLR adalah ringkasan kepada ‘Digital Single-Lens Reflex’ atau boleh diterjemahkan sebagai ‘Pantulan Lensa Tunggal Digital’. Sistem kamera ini sebenarnya telah wujud sejak zaman kamera analog lagi. Pada ketika itu, ianya dikenali dengan nama kamera SLR.

Page 3: Definisi dslr

PRINSIP KERJA DSLR

Page 4: Definisi dslr

(1) Cahaya yang masuk melalui kanta kamera akan dipaparkan oleh cermin yang dipasang pada

(2) posisi condong 45 darjah (5) dan dipantulkan ke matte focusing screen. (6) Melalui condensing lens dan (7) dipantulkan di dalam pentaprism , (8) gambar objek kemudian akan terus dipaparkan ke kanta mata manusia . ketika kita menekan butang shutter(bidik) maka

cermin (2) akan melipat ke arah panah,(3) focal plane shutter membuka dan kemudian gambar akan dirakam oleh (4) Sensor dan dimasukkan ke processor, gambar kemudian disimpan di media penyimpanan.

Page 5: Definisi dslr

CARA DSLR BERFUNGSI

Page 6: Definisi dslr

kamera DSLR adalah kamera yang berfungsi dengan menggunakan lensa tunggal. Lensa tunggal ini digunakan untuk melihat dan merakam gambar. Sistem ini berbeza dengan sistem kamera TLR contohnya, dimana sistem kamera TLR menggunakan 2 lensa. Satu lensa hanya untuk merakam gambar manakala satu lagi lensa lain digunakan hanya untuk melihat.

Pada kamera DSLR, reflex mirror (cermin pantulan) dan pentaprism (prisma dengan 5 permukaan) digunakan di dalam kamera untuk membalikkan imej yang dihasilkan melalui lensa agar dapat dilihat pada viewfinder. Apabila gambar dirakam, reflex mirror dinaikkan ke atas lalu membenarkan cahaya bergerak terus menuju ke sensor.

Page 7: Definisi dslr

KERATAN RENTAS DSLR

Page 8: Definisi dslr

BAHAGIAN PENTING DALAM KAMERA DSLR

Page 9: Definisi dslr

1) Ketika melihat melalui viewfinder, aperture pada lensa dibuka dengan keluasan maksima walaupun pada ketika itu kita melaraskan aperture pada bukaan kecil. Aperture besar digunakan ketika kita sedang melihat melalui viewfinder bagi membolehkan imej yang dilihat adalah lebih cerah. Imej yang masuk melalui lensa seterusnya dipantulkan oleh reflex mirror menuju ke pentaprism. Pentaprism seterusnya membalikkan lagi imej beberapa kali sehinggalah akhirnya imej dapat dilihat pada viewfinder. Pada ketika ini, sensor kamera tidak menerima cahaya atau imej kerana shutter masih ditutup

Page 10: Definisi dslr

2) Apabila punat ditekan untuk merakam gambar, aperture akan dilaraskan kepada saiz bukaan yang telah kita tetapkan sebelum ini. Dalam masa yang sama, reflex mirror akan dinaikkan ke atas bagi membolehkan cahaya masuk terus menuju ke bahagian belakang kamera sebelum cahaya didedahkan kepada sensor. Setelah reflex mirror ini dinaikkan, kita tidak lagi dapat melihat apa-apa imej melalui viewfinder.

3) Shutter dibuka lalu cahaya akan didedahkan kepada sensor bagi merakam gambar.

4) Setelah shutter dibuka dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan, ia akan ditutup kembali. Setelah itu, reflex mirror akan diturunkan semula, aperture akan dibuka semula ke saiz bukaan maksima dan kita akan dapat melihat semula imej melalui viewfinder.