Top Banner
215

Budaya Ketepatan

Jan 19, 2016

Download

Documents

flexter3
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Budaya Ketepatan
Page 2: Budaya Ketepatan

PENGAMALAN BUDAYA KETEPATAN DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

TRANSFORMASI KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA MAJU

Page 3: Budaya Ketepatan

LOGO AKADEMI KENEGARAAN

Logo berasaskan perkataan Akademi Kenegaraan dalam tulisan Jawi berbentuk sekuntum Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan yang indah dan terdapat di merata tempat sesuai dengan peranannya menyebarluaskan ilmu berkaitan kenegaraan Malaysia secara menarik dan mudah difahami masyarakat berbilang bangsa dan agama. Warna merah melambangkan keberanian Akademi Kenegaraan dalam menyampaikan maklumat yang benar berkaitan dengan kenegaraan. Pada tangkai Bunga tersebut terdapat perkataan Biro Tatanegara dalam tulisan Jawi sesuai dengan kedudukan Akademi Kenegaraan yang terletak di bawah Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Tulisan jawi tersebut berwarna biru yang melambangkan cita-cita dan usaha menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat. Empat belas titik kuning pula melambangkan institusi Raja Berpelembagaan yang didokongi semua rakyat di empat belas buah negeri di Malaysia.

Page 4: Budaya Ketepatan

PENGAMALAN BUDAYA KETEPATAN DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

TRANSFORMASI KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA MAJU

Nik Azis Nik PaUniversiti Malaya

Akademi Kenegaraan BTNJabatan Perdana Menteri

2012

Page 5: Budaya Ketepatan

Hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh disiar-terbitkan semua dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun, termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada Penerbit dan pemilik hakcipta.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nik Azis Nik Papengamalan budaya ketepatan dalam gagasan 1Malaysia : transformasi ke arah pembentukan negara maju / Nik Azis Nik Pa.ISBN 978-983-41482-3-21. Malaysia-Social policy. 2. Malaysia-Politics and government. I. Judul.320.9595

Reka letak olehSahib Graphic

No. 13a Jalan Lengkongan Brunei,55100 Kuala Lumpur

Diterbitkan olehAKADEMI KENEGARAAN BTN

Jabatan Perdana Menteri Putrajaya

Dicetak olehPERCETAKAN NUR NIAGA SDN BHD (156113-U)

No. 55 Jalan 6/2 Taman Industri Selesa Jaya,43300 Seri Kembangan, Selangor Selangor Darul Ehsan

Page 6: Budaya Ketepatan

v

Kandungan

Muka surat

Kata-Kata Aluan Perdana Menteri Malaysia viiPrakata ixPenghargaan xiiiMukaddimah 1Makna Ketepatan 4Budaya Ketepatan 8

Peranan Nilai 10Pengetahuan dan Pemahaman 22Teori dan Metafora Pintar Cerdas 38Model Hierarki Nilai Utama 52Nilai dalam Gagasan 1Malaysia 56Peranan Ilmu 60Ancaman Sekularisme 70Program Transformasi 78

Amalan Khusus 84Menepati Masa 84Menepati Kepercayaan Agama 93Menepati Pengetahuan 125Menepati Akhlak 132Menepati Tugas 150Menepati Kehidupan Berkualiti 154Menepati Kepemimpinan Berhikmah 167

Langkah Ke Hadapan 178Rujukan 187Indeks 193Biodata Penulis 199

Page 7: Budaya Ketepatan
Page 8: Budaya Ketepatan

vii

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT sebab buku yang dihasilkan ini telah berada di tangan anda dan bertambahlah satu lagi khazanah pemikiran yang sangat berharga untuk tatapan masyarakat umum. Saya sangat menghargai usaha gigih yang dilakukan Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa yang turut sama membantu menjelaskan lagi Gagasan 1Malaysia kepada rakyat dalam konteks yang lebih terperinci. Buku ini ternyata telah menghuraikan gagasan tersebut dengan lebih mendalam, khususnya dari segi ilmiah bagi memudahkan lagi pemahaman rakyat.

Sebagai sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju menjelang 2020, rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya progresif. Salah satu budaya progresif yang perlu diberi perhatian ialah budaya ketepatan, iaitu satu aspek penting dalam Gagasan 1Malaysia. Antara unsur penting dalam budaya ketepatan termasuklah unsur ketepatan akhlak, janji, masa, membuat keputusan, dan pengetahuan. Melalui buku ini, penulis telah menghuraikan dengan panjang lebar dan terperinci konsep budaya ketepatan dan unsur penting yang membentuk budaya tersebut.

Kita percaya bahawa pemahaman dan pengamalan budaya ketepatan merupakan satu usaha kritis ke arah membentuk satu sistem nilai yang baik untuk semua. Pembentukan nilai yang kukuh menuntut perubahan menyeluruh dalam pembangunan diri dan masyarakat agar ia menjadi budaya hidup yang berlandaskan kepada Al-Quran dan sunnah. Semua ini akan

Kata-Kata AluanPerdana Menteri Malaysia

Page 9: Budaya Ketepatan

viii

meningkatkan nilai peradaban dan ketamadunan budaya sesuai dengan taraf sebuah negara maju.

Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa atas usaha beliau yang meng-huraikan kepentingan Gagasan 1Malaysia dan mendukungnya dengan hujah ilmiah yang bernas. Harapan saya agar selepas ini lebih ramai ilmuwan, cendekiawan dan ahli profesional lain tampil memberi sumbangan konstruktif dalam pelbagai aspek yang berkaitan Gagasan 1Malaysia kepada masyarakat. Semoga dengan kehadiran buku ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat dan Gagasan 1Malaysia mampu membuka dimensi berfikir yang baru demi manfaat manusia sejagat, khususnya ke arah pembentukan negara maju.

Sekian, terima kasih.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Page 10: Budaya Ketepatan

ix

PRAKATA

Penulisan buku ini adalah susulan kepada buku, “1Malaysia: Menjana negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020” yang diterbitkan oleh Centre for Glocal Concerns pada tahun 2011. Buku tersebut merupakan satu usaha ilmiah bagi menjelaskan idea yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia. Refleksi secara retrospektif terhadap buku itu menyedarkan penulis tentang peri pentingnya pemahaman yang meluas dan mendalam tentang Gagasan 1Malaysia secara am dan budaya ketepatan secara khusus dengan berlandaskan perspektif bersepadu.

Hakikatnya, perbincangan tentang Gagasan 1Malaysia dan budaya ketepatan akan menjadi lebih bermakna jikalau kita melakukan tiga perkara asas: (a) mengambil kira perspektif yang menyeluruh tentang asas falsafah, psikologi, sosiologi, ekonomi, dan politik bagi pembentukan, pengembangan, dan penghayatan Gagasan 1Malaysia dan budaya ketepatan; proses pembuatan keputusan dalam gagasan dan budaya tersebut; visi dan matlamat gagasan dan budaya tersebut; dan pelan pembangunan dan tindakan bagi merealisasikan gagasan dan budaya tersebut, (b) membebaskan kepercayaan, pemikiran, perasaan, pergaulan, dan perbuatan daripada cengkaman dan manipulasi sekularisme dan relativisme dalam memahami, mengembangkan, mempertahankan, dan menghayati gagasan dan budaya tersebut, dan (c) mengambil manfaat dan iktibar daripada pengalaman individu, masyarakat, bangsa, budaya, dan negara lain yang tidak bertentangan dengan kebenaran.

Dewasa ini, perbincangan yang dibuat oleh ahli ekonomi, budayawan, politik, pentadbir, dan pendidik Barat dan penyokong mereka tentang pembangunan dan pembentukan negara maju adalah cukup dinamik, tetapi sayangnya kedinamikan tersebut hanya berkisar dalam domain sekular dan materialisme. Kebanyakan mereka mengetepikan aspek metafizik dan tanpa

Page 11: Budaya Ketepatan

x

bimbingan ilmu diwahyukan, pandangan mereka tidak mampu untuk menangani kepincangan fikiran rasional dan pengalaman empiris manusia. Seperkara yang jelas ialah perbincangan ilmiah, kajian saintifik, dan kehidupan beragama merupakan satu keseluruhan yang tidak boleh dipisahkan.

Ajaran agama tidak boleh dipisahkan untuk membimbing kehidupan persendirian peribadi semata-mata. Malah, agama yang benar merupakan sumber kekuatan, inspirasi, dan bimbingan untuk semua kegiatan manusia. Agama yang benar membekalkan asas akhlak, adab, ekonomi, pendidikan, dan politik bagi semua manusia. Tanpa asas tersebut, kegiatan manusia tidak lebih daripada suatu yang keliru dan bercelaru, selain tidak membawa sebarang makna kecuali kelalaian dan kekosongan jiwa. Justeru, usaha harus diperhebat untuk mewujudkan dan memperluaskan suasana yang sesuai supaya bimbingan agama dapat memperkayakan dan meningkatkan kualiti perbincangan, penyelidikan, dan pengembangan gagasan dan amalan tentang negara maju dan bahagia.

Buku ini mengandungi 5 bahagian utama. Bahagian 1 membincangkan seting dan realiti bagi pembangunan negara dan cabaran yang harus dihadapi untuk mewujudkan negara yang maju dan bahagia. Turut dibincangkan ialah Gagasan 1Malaysia dan konsep budaya ketepatan. Bahagian 2 pula menganalisis makna ketepatan dan menyenaraikan tiga puluh konteks atau makna bagi perkataan tepat. Turut disenaraikan ialah istilah yang bersinonim dan berantonim dengan perkataan tepat. Seterusnya, Bahagian 3 menyenaraikan sepuluh komponen utama bagi budaya ketepatan dan menjelaskan lapan faktor kritis yang mewarnai budaya ketepatan, iaitu faktor nilai, pengetahuan, pintar cerdas, hierarki nilai, nilai eksplisit dalam Gagasan 1Malaysia, ilmu, sekularisme, dan program transformasi. Bahagian 4 pula membincangkan tujuh aktiviti khusus bagi budaya ketepatan, iaitu menepati masa, menepati kepercayaan agama, menepati pengetahuan, menepati akhlak, menepati tugas, menepati kehidupan berkualiti, dan

Page 12: Budaya Ketepatan

xi

menepati kepemimpinan berhikmah. Akhir sekali, Bahagian 5 membincangkan langkah ke hadapan bagi pengamalan budaya ketepatan ke arah pembentukan negara maju dan bahagia.

Secara keseluruhan, buku ini membincangkan lima perkara tentang pengamalan budaya ketepatan dalam Gagasan 1Malaysia ke arah pembentukan negara yang aman, makmur, maju, dan dirahmati Allah: (a) pengetahuan linguistik dan fakta tentang pembangunan negara dan budaya ketepatan, (b) pengetahuan konseptual tentang budaya ketepatan, (c) pengetahuan strategik tentang pengamalan budaya ketepatan, (d) pengetahuan etika tentang pengamalan budaya ketepatan, dan (e) pengetahuan rohani tentang pengamalan budaya ketepatan. Penulis menggunakan idea tentang kelima-lima perkara ini sebagai acuan dan landasan bagi pembentukan konsepsi dan pelaksanaan tindakan bersepadu tentang pengalaman budaya ketepatan dalam Gagasan 1Malaysia. Pada dasarnya, pengamalan budaya ketepatan yang bermanfaat dan berkesan hanya dapat dicapai apabila kita berjaya melaksanakan tuntutan dan keperluan utama yang berkaitan dengan lima perkara yang dinyatakan. Analogi pokok digunakan untuk menggambarkan proses pengamalan yang efektif.

Buku ini merupakan satu sumbangan bagi transformasi yang bermakna dalam pengamalan budaya ketepatan dalam Gagasan 1Malaysia ke arah pembentukan negara maju dan bahagia. Menjadi harapan penulis agar perbincangan dan saranan dalam buku ini sedikit sebanyak memberi impak positif terhadap tekad dan komitmen para pembaca untuk merealisasikan wawasan yang berdaya maju itu. Semoga usaha menghasilkan buku ini diberkati Allah.

Walhamdulillahi Rabbil-alamin

Nik Azis Nik PaUniversiti Malaya12 November 2012

Page 13: Budaya Ketepatan

xii

Page 14: Budaya Ketepatan

xiii

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para ilmuwan yang telah bergabung fikiran di bawah kepimpinan Dato’ Shahlan Ismail, Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menghasilkan buku, “1Malaysia: Menjana negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020” demi menyahut cabaran YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk memperbanyakkan penulisan yang relevan tentang Gagasan 1Malaysia. Susulan penerbitan buku tersebut, usaha telah dan sedang dibuat untuk menjelaskan dengan lebih terperinci setiap fokus utama buku tersebut. Ini selaras dengan cadangan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk mengembangkan lagi penulisan ilmiah bagi membangunkan negara Malaysia yang aman makmur serta dirahmati dan diredai Allah berlandaskan konsep dan prinsip baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah melancarkan Gagasan 1Malaysia pada 3 April 2009 dan memberi sokongan padu kepada tafsiran konstruktif tentang gagasan tersebut; Dato’ Shahlan Ismail yang telah menyediakan infrastruktur intelektual bagi penghasilan buku ini; YM Datuk Raja Arif Raja Ali, Ketua Pengarah BTN dan YBhg Dr. Hanafi Harun, Timbalan Ketua Pengarah BTN serta kakitangan BTN dan Akademi Kenegaraan yang telah memudahkan penyelenggaraan dan penerbitan buku ini. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Negara yang maju dan bahagia tidak dapat dicapai melalui kejayaan kebendaan semata-mata, tetapi dengan memenuhi setiap tuntutan agama, ilmu, dan peradaban, dan dengan mencapai tahap budaya yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh masyarakat yang bertamadun tinggi. Sejarah menunjukkan dengan jelas bahawa hanya daripada

Page 15: Budaya Ketepatan

xiv

bimbingan Allah manusia mendapat kekuatan dalaman untuk berenang melawan arus keruntuhan akhlak dan menahan diri daripada tarikan budaya negatif, mengetepikan kehendak yang mementingkan diri sendiri, dan meneruskan usaha pembangunan diri, masyarakat, bangsa, dan negara yang sebenar. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua insan yang berusaha untuk memahami dan memenuhi tuntutan ini.

Semoga kehadiran buku ini mentafsirkan secara ilmiah satu unsur Gagasan 1Malaysia mampu mendorong kita untuk berfikir, bertindak, dan bekerja dalam cara yang lebih produktif daripada sebelumnya demi kebahagiaan dan kesejahteraan manusia sejagat. Saya yakin bahawa kita akan menganalisis, mengawasi, dan menilai pegangan, konsepsi, dan amalan kita tentang transformasi ke arah pembentukan negara Malaysia yang maju dan bahagia dengan fikiran terbuka dan hati yang ikhlas. Dalam zaman tatkala sempadan negara dilanda arus globalisasi, setiap satu daripada kita harus menggabungkan kekuatan dan kepakaran berlandaskan ajaran agama untuk membangunkan negara kita. Agama yang benar dapat memupuk dan meningkatkan kerohanian insan dan serentak membina asas ke arah pembangunan negara yang maju dan bahagia. Jutaan tahniah kepada warganegara yang membayangkan masa depan yang cemerlang dan gemilang bagi Malaysia dan komited dan istiqamah dalam merealisasikan cita-cita tersebut.

Page 16: Budaya Ketepatan

1

MUKADDIMAH

Kecemerlangan dalam aspek pembangunan insan, peradaban, pencapaian ekonomi, infrastruktur teknologi, dan standard kehidupan menjadi impian semua negara di dunia. Perbincangan yang bermakna tentang pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya menjaga, memartabatkan, dan memperkasakan agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan tidak dapat dibuat secara berasing daripada fenomena sosiobudaya seperti perpaduan nasional dan pembangunan manusia. Pada asasnya, pembentukan negara maju membabitkan bagaimana kita memilih untuk menjalani kehidupan kita, dengan kesedaran bahawa setiap perkara yang kita lakukan akan mendatangkan natijah kepada kira-kira 30 juta orang yang hidup bersama kita di negara ini dan 7 bilion orang yang hidup di dunia, serta kepada berbilion-bilion lagi yang akan mengikuti kita pada abad akan datang. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, perpaduan negara penting bagi mencapai cita-cita nasional, termasuk cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan bahagia, bukan sekadar sebuah negara maju (developed nation) mengikut acuan Barat. Malah, sejarah tamadun manusia menunjukkan bahawa perpaduan nasional penting bagi pembentukan suasana politik yang stabil yang merupakan satu pemangkin kritikal bagi aktiviti pembangunan negara.

Sejarah tamadun manusia juga menunjukkan bahawa perpaduan nasional tidak dapat dicapai dalam satu tempoh yang pendek, tetapi memerlukan usaha berterusan dari satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Di Malaysia, pengutaraan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (1Malaysia, People First, Performance Now) sebagai tambahan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah untuk memantapkan lagi usaha merealisasikan perpaduan

Page 17: Budaya Ketepatan

2

nasional ke arah pembentukan negara maju yang bahagia. Pemahaman tentang perkaitan antara pengamalan budaya progresif dan nilai aspirasi yang mendasari Gagasan 1Malaysia dengan perpaduan nasional adalah kritikal jikalau kita ingin memperluaskan pembangunan manusia (human development) dan kegembiraan insani (human happiness) bagi generasi kini dan generasi masa depan dalam usaha membentuk sebuah negara maju dan bahagia menurut acuan kita sendiri.

Kemajuan membanggakan dalam pembangunan manusia dan kegembiraan insani yang dicapai oleh Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini seperti yang terpapar dalam Human Development Report 2011 (United Nations Development Programme, 2011) dan World Happiness Report 2012 (Helliwell, Layard, & Sachs, 2012) sukar untuk diteruskan tanpa langkah global yang jelas, berani, dan berhikmah untuk mengurangkan pengamalan budaya bercelaru, gaya hidup hedonisme, dan nilai sekularisme dan liberalisme dalam masyarakat. Pada masa ini, Malaysia berada di tempat ke-61 daripada 187 buah negara yang terlibat dalam laporan pembangunan manusia, dan di tempat ke-51 daripada 156 buah negara yang terlibat dalam laporan kegembiraan dunia. Penyediaan peluang dan pilihan kepada semua rakyat negara ini untuk mengamalkan budaya progresif dan nilai murni, termasuk nilai aspirasi merupakan matlamat utama Gagasan 1Malaysia, perpaduan nasional, pembangunan manusia, dan pembentukan negara maju dan bahagia. Kita mempunyai tanggungjawab bersama dan imperatif moral terhadap semua rakyat negara ini untuk memastikan apa yang berlaku pada hari ini tidak menjadi musuh dan penghalang kepada apa yang akan berlaku pada masa hadapan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dan bahagia.

Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang bertumpu kepada usaha untuk membentuk, mengembangkan, mengukuhkan, dan mempertahankan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang

Page 18: Budaya Ketepatan

3

kaum dan agama adalah berasaskan beberapa prinsip, nilai, cara berfikir, cara bertindak, dan budaya progresif, yang mana satu daripadanya ialah budaya ketepatan. Istilah kebudayaan merujuk seluruh cara hidup manusia yang merangkumi adat resam, pegangan, cara bertindak, berfikir, berkelakuan, dan berperasaan serta segala hasil kegiatan dan penciptaan manusia yang berbentuk kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat. Oleh itu, budaya merupakan amalan bermasyarakat yang merangkumi cara berfikir, bertindak, berkelakuan, berpakaian, berbahasa, beribadat, beriadah, berkomunikasi, berkahwin, bekerja, dan kegiatan ekonomi, teknikal, pendidikan, politik, perniagaan, kesusasteraan, saintifik, sukan, kesenian, dan muzik.

Kebudayaan boleh dikelaskan sebagai budaya benda (tangible) dan budaya bukan benda (intangible) yang dihasilkan oleh manusia, tetapi ia bukan terdiri daripada benda yang terbentuk secara semula jadi. Misalnya, tali air dan bangunan pencakar langit adalah unsur budaya, manakala sungai dan gunung pula tidak dianggap sebagai unsur budaya. Kebudayaan membabitkan sistem nilai yang dimiliki dan dikongsi bersama, emosi, kepercayaan, sikap, minat, dan pemikiran yang mempengaruhi persepsi, konsepsi, dan tingkah laku manusia. Sebagai cara hidup, kebudayaan mengandungi unsur seperti kepercayaan, pemikiran, bahasa, sains, teknologi, seni, kegiatan sosial, adab, nilai, etika, norma, dan barang-barang buatan manusia (artifak).

Ungkapan budaya ketepatan merujuk keseluruhan corak hidup sesuatu masyarakat yang membabitkan hal ketepatan. Antara lain, ia melibatkan kepercayaan, pengetahuan, perasaan, pengalaman, perbuatan, nilai, sikap, tabiat, adab, adat, amalan harian, dan benda yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia tentang ketepatan. Secara mudah, budaya ketepatan boleh dianggap sebagai corak hidup manusia bermasyarakat tentang ketepatan. Corak hidup tersebut menjadi identiti bagi anggota sesuatu masyarakat dan membezakannya daripada

Page 19: Budaya Ketepatan

4

corak hidup masyarakat yang lain. Misalnya, budaya ketepatan bagi masyarakat Melayu menjadi satu aspek penting bagi pengenalan, identiti, akal budi, atau jati diri bangsa Melayu. Begitu juga dengan budaya ketepatan bagi bangsa Cina, India, Kadazan, Iban, Arab, Jepun, atau Korea menjadi identiti bangsa yang mendukungnya.

Budaya ketepatan mengandungi benda dan bukan benda yang tidak terkira banyaknya. Misalnya, benda fizikal di dalam alam sekitar seperti barang makanan, minuman, pakaian, peralatan, perumahan, pengangkutan, pembinaan, perniagaan, pertanian, perhiasan, dan rekreasi yang merupakan ciptaan manusia adalah sebahagiannya terdiri daripada budaya benda yang berkaitan dengan ketepatan. Unsur bukan benda yang membabitkan budaya ketepatan pula termasuklah kepercayaan, pengetahuan, perasaan, perbuatan, bahasa, nilai, norma, seni suara, komunikasi, peraturan, perundangan, corak organisasi, amalan pentadbiran, dan pengurusan ekonomi dalam masyarakat. Sesuatu bangsa atau masyarakat dikenali daripada aspek amalan budaya ketepatan mereka dalam perkara seperti menepati masa, moral, janji, timbangan, ukuran, pengetahuan, kepercayaan, komunikasi, dan tugas. Misalnya, dalam kehidupan manusia, kita dapat menemui individu atau kaum yang terkenal dengan tabiat berjanji sahaja yang banyak dibuat, tetapi tidak ditepati, ibarat kata orang tua-tua, “murah di mulut, mahal di timbangan”. Begitu juga, kita dapat menemui bangsa yang terkenal dengan tabiat menepati masa, ibarat kata peribahasa, “masa itu emas” dalam mana kereta api yang tiba selepas satu minit sahaja daripada masa yang dijadualkan sudah dianggap “lewat”.

MAKNA KETEPATAN

Perkataan tepat, dalam bahasa Inggeris, precise, berasal daripada perkataan Latin, praecidere. Perkataan ini terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu prae yang bermaksud “sebelum” atau “di hadapan” dan caedere yang bermaksud

Page 20: Budaya Ketepatan

5

“untuk memisahkan, memotong, atau meringkaskan”. Dengan kata lain, perkataan praecidere bermaksud “untuk memotong, memangkas, memisahkan, memutuskan, memendekkan, atau menyingkirkan di hadapan bagi tujuan kejituan, kelicinan, atau kelancaran”. Dalam kehidupan seharian, perkataan tepat digunakan dalam pelbagai konteks yang berbeza dan kadang kala mempunyai makna yang berlainan. Berikut adalah sebahagian konteks dan makna bagi perkataan tersebut (Nik Azis, 2010):

• Adat istiadat, kelakuan, pengendalian, upacara: Teliti dan terperinci, cermat dan beradab, berhati-hati dan tertib.

• Amalan, jawapan, tingkah laku: Betul, sesuai benar, wajar, sebagaimana yang sepatutnya, kena pada tempatnya, pasti, sah.

• Amaun, jumlah, kuantiti: Khusus dan betul-betul, sebagaimana semestinya, tidak berlebihan atau berkurangan, tetap dan tertentu.

• Arahan, tujuan: Khusus, jelas dan pasti, tidak menyimpang daripada sasarannya, sesuai dengan yang sebenarnya, tidak menyeleweng, sebagaimana semestinya,

• Artikulasi, sebutan, percakapan, pertuturan, ungkapan: Jelas dan betul, sebagaimana sepatutnya, sesuai dengan yang seharusnya, terang dan nyata, pasti.

• Bahasa, prosa: Ditakrifkan dengan jelas; dinyatakan secara khusus dan terperinci, diterjemahkan dengan jelas, jitu, dan amat teliti.

• Belaan, penjagaan, pengawasan, peliharaan, kawalan: Rapi, kemas, teliti, berhati-hati, cermat, berawas-awas.

• Bunyi, suara: Betul dan berbeza daripada yang lain, khusus dan jelas.

Page 21: Budaya Ketepatan

6

• Catatan, dokumentasi, rakaman, rekod, tulisan: Betul-betul, sebagaimana yang sepatutnya, jelas dan betul, khusus dan terang, terperinci dan sebenar, kata-demi-kata.

• Idea, imej, perwakilan, penyataan: Betul-betul akur dengan fakta atau kebenaran, suatu yang benar.

• Instrumen, skala: Khusus dan jitu, amat terperinci, amat jelas dan halus.

• Janji: Betul-betul menunaikan, memenuhi, berpegang teguh.

• Kedudukan, tempat: Betul-betul, khusus dan nyata, jelas dan pasti.

• Kerja, tugas: Mematuhi syarat atau piawai, amat teliti dan cermat, mengikut peraturan, keakuran, keselarasan atau kecocokan, teliti dan prihatin, amat cermat dan teliti.

• Komunikasi: Disebut dengan nyata, diperkatakan dengan pasti, diumumkan dengan jelas dan teliti, dilaporkan secara boleh dipercayai, sah, benar, dan terperinci.

• Makna: Khusus dan jelas, terang dan nyata, pasti dan tertentu.

• Pakaian: Satu-satunya dan tidak ada yang lain, sebagaimana yang sepatutnya.

• Pemikiran: Jelas dan pasti, tidak bercelaru, khusus dan teliti.

• Pendapat, kritikan: Terang dan pasti, jelas dan khusus, mempunyai batasan tertentu, sesuai dan patut, kena benar, betul.

• Pengklasifikasian: Sesuai dan patut, terlalu teliti.

• Penjelasan: Terlalu teliti, jelas dan pasti, khusus dan terang, elok dan baik.

Page 22: Budaya Ketepatan

7

• Pengukuran, timbangan: Tidak berlebihan atau berkurangan, sebenarnya, tidak berselisih sedikit pun, tidak menyimpang daripada nilai sebenar, betul-betul jitu.

• Peraturan: Sesuai dan patut, sepatutnya, betul, jelas dan pasti, tidak samar-samar, tidak menimbulkan rasa sangsi.

• Perkataan: Kena benar, sesuai dan cocok, betul, padan benar.

• Produk: Mematuhi syarat atau piawai, mengikut peraturan, keakuran, keselarasan atau kecocokan.

• Maklumat, laporan: Jelas dan terperinci, terang dan pasti, begitu teliti.

• Ramalan, tekaan: Tidak bersalahan lagi, betul dan cocok.

• Terjemahan: Jelas dan teliti, jitu dan pasti, betul dan cocok, terang dan cermat.

• Tindakan, pelaksanaan, persembahan: Jitu, cermat, amat teliti, tidak ada variasi, seragam atau kesaksamaan, tidak ada kelainan, tidak berubah-ubah, kena pada tempatnya dan masanya, sebagaimana sepatutnya.

• Waktu, masa: Jelas dan pasti, sepatutnya, betul-betul, sebenarnya.

Terdapat banyak istilah yang bersinonim dengan perkataan tepat. Begitu juga halnya dengan kata lawan atau antonim. Berikut adalah sebahagian contoh istilah yang bersinonim dengan perkataan tepat: Akur, amat terperinci, awas, begitu teliti, benar-benar, betul-betul, boleh dipercayai, cermat, cocok, jelas, jitu, halus, hati-hati, kata-demi-kata, kemas, kena benar, ketat, khusus, konkrit, konsisten, lurus, mutlak, nyata, pasti, patut, penghargaan, perhatian penuh, patuh, rapi, sah, sesuai, teliti, terang, teratur, terhad, terperinci, tertentu,

Page 23: Budaya Ketepatan

8

terlalu tertib, tetap, dan tulen. Seterusnya, sebahagian istilah yang berantonim atau berlawanan dengan perkataan tepat adalah seperti yang berikut: Bengkok, bercelaru, berkurangan atau berlebihan, bersahaja, boleh dipersoalkan, cincai, cuai, curiga, dusta, dibuat-buat, gopoh-gapah, goyah, goyang, kabur, kacau-bilau, kasar, keliru, keruh, khilaf, kurang hati-hati, kusut, lalai, leka, longgar, menyeleweng, menyimpang, mungkir, palsu, pudar, ragu-ragu, relatif, salah, samar-samar, sangsi, sembarangan, salah, sesat, silap, syak, tak tentu, terpesong, tidak boleh dipercayai, tidak dapat dipastikan, tidak ditetapkan, tidak benar, tidak cerah, tidak jelas, tidak jernih, tidak sopan, tidak terbatas, tidak terang, tidak terhad, tidak akur, tidak sah, dan umum.

BUDAYA KETEPATAN

Budaya ketepatan membabitkan corak kehidupan yang memberi keutamaan kepada amalan yang baik seperti menepati kepercayaan agama, pengetahuan, masa, akhlak, janji, jiwa merdeka, timbangan, ukuran, kehidupan berkualiti, kepemimpinan berhikmah, komunikasi berkesan, dan tugas (lihat Rajah 1). Pelaksanaan amalan ini dalam konteks pembudayaan ilmu dan penghayatan nilai yang berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dapat membantu manusia untuk membentuk dan mengembangkan peradaban yang tinggi dan tamadun yang unggul. Kehidupan manusia zaman silam dan kini yang memperlihatkan kegemilangan sesuatu umat dalam bidang tertentu boleh dijadikan teladan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Setiap amalan yang menyumbang kepada pembentukan dan pengembangan budaya ketepatan mempunyai ciri, hakikat, tuntutan, dan unsur yang tertentu, ibarat kata orang tua-tua, “adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung”. Kegagalan untuk memberi perhatian kepada perkara ini boleh melahirkan amalan negatif (mazmumah), bukan amalan positif (mazmumah)

Page 24: Budaya Ketepatan

9

yang diharapkan. Misalnya, satu amalan yang berlawanan dengan menepati masa ialah melengahkan masa, manakala satu amalan yang berlawanan dengan menetapi janji pula ialah mungkir janji. Begitu juga, satu amalan yang berlawanan dengan menepati kepercayaan agama ialah memesongkan kepercayaan agama, manakala satu amalan yang berlawanan dengan menepati pengetahuan pula ialah kecelaruan pengetahuan. Seterusnya, satu amalan yang bertentangan dengan menepati adab dan akhlak (keutuhan adab dan akhlak) ialah kelunturan, kelonggaran, kelemahan, atau keruntuhan adab dan akhlak. Satu amalan yang bertentangan dengan menepati tugas pula ialah mengabaikan, tidak mengendahkan, mensia-siakan, tidak mempedulikan, mencuaikan, tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian, atau membiarkan sahaja tugas.

Rajah 1. Beberapa komponen utama budaya ketepatan

Keupayaan individu atau masyarakat untuk membentuk, mengembangkan, mengukuhkan, memurnikan, atau mempertahankan sesuatu amalan yang berkaitan dengan budaya ketepatan banyak bergantung pada sistem nilai dan keilmuan yang dimiliki. Secara kasar, nilai boleh dianggap sebagai perwakilan dalaman tentang keperluan sejagat manusia, iaitu keperluan hayat, keperluan interaksi sosial, dan tuntutan institusi sosial terhadap individu. Satu cabaran terhadap usaha untuk mengembangkan budaya ketepatan ialah penentuan tentang cara yang berkesan untuk mengenal pasti nilai dan sistem nilai yang dimiliki oleh individu dalam cara yang dapat

Page 25: Budaya Ketepatan

10

menggambarkan realiti penglibatan mereka dalam tingkah laku membuat pilihan nilai semasa mengamalkan budaya tersebut. Pengetahuan tentang sistem nilai adalah penting sebab pengetahuan tersebut dapat membantu kita untuk memahami daya motivasi yang mendorong kepercayaan, sikap, dan perlakuan individu.

Peranan Nilai

Istilah nilai merujuk konsepsi atau kepercayaan yang mana individu komited terhadapnya dan yang memandu tingkah laku mereka (those conceptions or beliefs to which individuals are committed and which guide their behaviors). Definisi ini, yang mengaitkan nilai dengan pengetahuan (konsepsi) dan pegangan (kepercayaan) seseorang individu, adalah berlandaskan andaian kerohanian-kelakuan (spiritual-behavioral) bahawa nilai memberitahu persepsi dan tindakan individu dengan berperanan sebagai pemandu bagi tingkah laku mereka dan membekalkan justifikasi bagi tingkah laku yang diharapkan oleh masyarakat. Seterusnya, agama dan kerohanian dianggap memainkan peranan yang penting dalam perbincangan tentang nilai. Pandangan ini berbeza dengan budaya Barat moden yang tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek metafizik dan sedikit sekali perbincangan yang signifikan dibuat tentang tempat dan fungsi agama dan kerohanian dalam kehidupan manusia yang berpendidikan. Sollod (1992) merumuskan bahawa fenomena seperti itu membawa kepada pandangan yang sempit, terpisah, dan sekular tentang pengalaman dan kehidupan manusia.

Nilai tidak dapat diperhatikan secara langsung; hanya inferens boleh dibuat tentangnya daripada tingkah laku, percakapan, atau jawapan yang diberikan oleh seseorang individu kepada soalan yang tertentu. Apabila sesuatu nilai dibentuk oleh individu, ia menjadi sebahagian sistem nilai yang tersusun dan individu yang terlibat akan menentukan tahap prioriti bagi nilai itu berbanding dengan nilai-nilai lain yang dimiliki olehnya. Nilai berbeza daripada sikap. Misalnya,

Page 26: Budaya Ketepatan

11

nilai membabitkan sesuatu konsepsi atau kepercayaan yang menjangkaui benda tertentu, sedangkan sikap membabitkan konsepsi atau kepercayaan tentang benda, perkara, corak tingkah laku, perasaan, atau keadaan yang khusus.

Dalam sistem afektif, nilai merujuk komitmen, pegangan, atau kecenderungan mendalam seseorang individu. Nilai mendorong individu untuk membuat pilihan jangka panjang dan prioriti jangka pendek. Seterusnya, nilai mempunyai kestabilan yang tinggi merentasi masa, cenderung untuk dianggap sebagai suatu yang terhad daripada segi bilangan, dan boleh distrukturkan untuk membentuk sistem nilai. Sikap pula merujuk orientasi atau kecenderungan ke arah satu himpunan perasaan emosi tertentu (positif atau negatif) dalam konteks yang khusus. Sikap mempunyai kestabilan sederhana yang membabitkan pengimbangan interaksi unsur afektif dengan unsur kognitif. Ringkasnya, nilai lebih stabil dan mengambil tempat yang lebih penting daripada sikap. Oleh itu, nilai menjadi penentu bagi sikap dan kelakuan manusia, dan membekalkan pemahaman yang lebih stabil dan berorientasi dalaman tentang lagak dan tingkah laku manusia.

Ungkapan sistem nilai merujuk satu himpunan nilai dan ukuran yang koheren dan konsisten yang diamalkan, digunakan, atau dikembangkan oleh individu, organisasi, atau masyarakat sebagai standard kepada kecenderungan tingkah laku dalam semua keadaan bagi mencapai integriti ideologi, etika, atau moral. Sistem nilai atau hierarki nilai berfungsi sebagai satu rancangan umum dalam membuat keputusan dan mengatasi konflik. Individu dan masyarakat boleh dibandingkan antara satu sama lain bukan berasaskan satu nilai khusus sahaja, tetapi turut berasaskan prioriti nilai yang dimiliki. Lazimnya, manusia menggunakan nilai yang dibentuk dalam konteks agama, budaya, atau masyarakat yang tertentu sebagai piawai dalam menentukan sama ada mereka mempunyai moral dan kecekapan yang sama seperti orang lain; memandu pembawaan diri, perwatakan, atau pemaparan diri mereka kepada orang

Page 27: Budaya Ketepatan

12

lain; dan membantu mereka menjustifikasikan kepercayaan, sikap, dan tingkah laku mereka, yang mana jikalau tidak dilakukan akan membuat perkara tersebut tidak dapat diterima secara peribadi atau sosial.

Sistem nilai yang tertakrif dengan jelas membentuk kod moral. Sistem nilai boleh berbentuk sistem nilai peribadi atau sistem nilai masyarakat. Sesetengah sistem nilai masyarakat diwakilkan oleh kod undang-undang. Pada asasnya, sistem nilai masyarakat merujuk mod tingkah laku yang diterima dan himpunan norma, tujuan, dan nilai yang mengikat sesuatu masyarakat yang berperanan sebagai rangka rujukan bagi anggota masyarakat tersebut dalam membuat keputusan dan membentuk kehidupan yang bermakna. Sistem nilai, bukan sesuatu nilai tunggal, membekalkan pemahaman yang lebih lengkap dan mendalam tentang daya motivasi yang mendorong kepercayaan, sikap, dan kelakuan individu, termasuk kelakuannya dalam mengamalkan budaya ketepatan. Impak nilai terhadap sikap dan kelakuan individu dalam mengamalkan budaya ketepatan boleh ditaksirkan dengan lebih berkesan dan lebih dipercayai jikalau kita mempunyai maklumat tentang keseluruhan sistem nilai yang dimiliki oleh individu tersebut, bukan maklumat tentang sesuatu nilai utama sahaja.

Dalam kehidupan seharian, manusia membuat pertimbangan tertentu tentang kepentingan, kebergunaan, kemanfaatan, kebaikan, atau nilai sesuatu kepercayaan, buah fikiran, perasaan, perbuatan, dan benda. Menghargai sesuatu perkara bermakna kita menganggap perkara itu mempunyai nilai yang tertentu. Nilai yang kita miliki mempengaruhi keputusan, perbuatan, perasaan, pegangan, pilihan, dan tindakan kita. Misalnya, jikalau kita menganggap menepati janji sebagai suatu perkara yang sangat bernilai, maka kita akan memberi keutamaan kepada perkara tersebut dalam kehidupan seharian kita. Ringkasnya, sistem nilai peribadi membekalkan struktur dan tujuan bagi membantu individu untuk membuat penentuan tentang perkara yang penting dan bermakna kepada mereka.

Page 28: Budaya Ketepatan

13

Sistem nilai tersebut membantu mereka untuk menyatakan kecenderungan, perwatakan, dan pendirian mereka.

Dalam budaya ketepatan, perkara yang ditekankan termasuklah kehidupan yang baik, beradab, bersopan santun, berakhlak tinggi, berdisiplin, berprioriti, berpandukan prinsip yang betul, kemas, dan terancang, bukan kehidupan yang bebas nilai, gopoh-gapah, sembarangan, dan bertumpu kepada perkara yang remeh dan tidak penting. Kehidupan seperti ini amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain apabila kita berurusan dengan mereka. Sebaliknya, kehidupan yang dicirikan oleh amalan negatif seperti kekaburan kepercayaan, kecelaruan pengetahuan, penipuan dalam timbangan atau ukuran, mungkir janji, membuang masa, makan suap, dan mengabaikan tugas akan menyulitkan pembentukan masyarakat yang berdaya maju dan bersatu padu. Begitu juga, perbuatan membesar-besarkan perkara yang kecil, seperti kata orang tua-tua, “air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan” boleh mencairkan usaha perpaduan negara.

Nilai dan sistem nilai boleh dibentuk dan dikembangkan dalam acuan yang berbeza seperti liberalisme, sekularisme, relativisme moral, humanisme sekular, dan ajaran agama. Secara kasar, liberalisme merujuk faham yang membincangkan nilai dengan menggunakan akal fikiran yang bebas dan hanya menerima doktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran semata-mata, manakala sekularisme pula merujuk faham yang memisahkan urusan dunia dari urusan agama dan ajaran agama hanya digunakan untuk mengurus hubungan peribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia dan hal duniawi termasuk perbincangan tentang nilai diurus dengan berlandaskan persetujuan masyarakat. Seterusnya, relativisme moral merujuk faham yang menganggap nilai sebagai suatu yang relatif dan bergantung pada cita rasa masyarakat, manakala humanisme sekular pula merujuk faham yang mengagungkan nilai kemanusiaan, menganggap manusia sebagai pusat atau piawai bagi semua perkara, dan mengetepikan akidah dan ajaran agama.

Page 29: Budaya Ketepatan

14

Akhir sekali, ajaran agama, terutamanya agama Islam, menganggap nilai sebagai suatu yang ditentukan oleh Tuhan, bersifat mutlak, objektif, dan berkembang di atas satu nilai asas yang khusus, iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah, dan nilai lain dianggap tidak bermakna jikalau nilai asas tersebut diketepikan sebab tanpa nilai asas itu, semua nilai lain adalah prasangkaan (surah al-A’naam 6:106, 115-117) dan kehendak hawa nafsu semata-mata (surah al-Mu’minuun 23:71). Bagi orang bukan Islam, nilai asas boleh terdiri daripada pelbagai perkara bergantung pada kepercayaan mereka seperti Kristian, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddhis, Sikh, animis, agnostik, ateis, liberalis, skeptis, dan sekularis. Semenjak zaman pembaharuan (Renaissance) yang bermula sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17 di Barat, usaha yang meluas telah dijalankan untuk memarginalkan agama dan menganggapnya sebagai musuh demokrasi, nilai kemanusiaan, dan hak asasi manusia. Pelbagai faham telah dimajukan untuk mengurangkan, mencairkan, memesongkan, atau menghalang penggunaan agama sebagai acuan bagi pembentukan dan pengembangan nilai moral. Misalnya, pendukung liberalisme agama menegaskan bahawa agama perlu dibentuk semula supaya agama tersebut bebas dan merdeka daripada cengkaman doktrin, teks, dan tradisi yang dianggap sudah jumud dan tidak sesuai lagi dengan semangat zaman moden.

Pendukung pluralisme agama pula berusaha meleburkan doktrin dan nilai agama ke dalam arus pemikiran modenisasi dan globalisasi. Misalnya, mereka mentafsir semula konsep asas dalam syariah Islam dengan menggunakan pendekatan Barat moden, khususnya, pendekatan sosial-sejarah Barat. Tujuan mereka adalah untuk menyebarkan pandangan bahawa kebenaran setiap agama adalah relatif, tidak ada kebenaran mutlak yang boleh dicapai, dan tidak ada agama yang boleh mendakwa bahawa ia merupakan satu-satunya ajaran asasi yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Satu implikasi pandangan tersebut ialah setiap pengikut agama tidak boleh mendakwa bahawa agama dan

Page 30: Budaya Ketepatan

15

sistem nilai yang dikembangkan oleh agamanya semata-mata yang benar sedangkan yang lain adalah salah.

Islam menolak gagasan yang dimajukan oleh liberalisme dan pluralisme agama. Menurut perspektif Islam, ajaran yang terkandung dalam al-Quran merupakan kebenaran yang mutlak, bukan kebenaran nisbi (surah Fusssilat 41:41-42). Seterusnya, Islam menolak dakwaan bahawa semua agama boleh diletakkan dalam satu keluarga besar, yakni keluarga pencinta jalan menuju kebenaran. Menurut al-Quran, Islam, iaitu agama yang berdasarkan wahyu al-Quran dan syariat Nabi Muhammad, merupakan satu-satunya jalan menuju kebenaran (surah Ali-‘Imraan 3:19-20, 31-32, 85). Penganut agama lain pula mempunyai pendirian mereka masing-masing.

Agama Islam datang dalam pusingan nubuwwah terakhir dalam sejarah umat manusia, yang selepasnya tidak ada lagi nubuwwah atau kerasulan. Dengan kedatangan syariah yang dibawa oleh nabi Muhammad, maka terbatal dan mansuhlah ajaran para nabi dan rasul yang terdahulu. Pernyataan ini disebut sebagai prinsip pemansuhan pegangan agama lain selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad. Ini kerana Islam datang sebagai saksi ke atas semua ajaran di dunia, dan nabi Muhammad pula datang sebagai saksi ke atas umat ini.

Dengan kata lain, syariah yang dibawa oleh nabi Muhammad memansuhkan semua syariah nabi dan rasul yang terdahulu. Hal ini disebabkan syariah yang terkandung dalam kitab yang didakwa sebagai kitab wahyu terdahulu tidak lagi dapat dipertahankan kesahihannya (surah al-Baqarah 2:75; surah an-Nisaa’ 4:46; surah al-Maa’idah 5: 13, 41), dan syariah seseorang rasul terdahulu adalah untuk zamannya sahaja dan tidak sesuai dengan keperluan dan perkembangan zaman lain. Para nabi dan rasul adalah Muslimin yang membawa Islam untuk zaman mereka (surah Ali-‘Imraan 3:67-68). Setiap rasul terdahulu diutus untuk umat dan waktu tertentu. Syariat seseorang rasul terdahulu memberi panduan kepada manusia pada zamannya

Page 31: Budaya Ketepatan

16

sahaja. Setelah turunnya al-Quran, maka mansuhlah ajaran agama terdahulu dan ajaran al-Quran adalah lengkap, sejagat (universal), dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seperti akidah, ibadat, akhlak, dan perundangan.

Allah mengutus nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul terakhir. Agama Islam yang dibawanya adalah penyempurnaan kepada ajaran Islam yang diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelumnya (surah al-Maa’idah 5:3). Syariat nabi terdahulu terpakai untuk waktu atau zaman tertentu sahaja dan sesiapa yang ingin menjadi Muslim harus mengikut syariat terakhir yang telah disempurnakan oleh nabi Muhammad dan meninggalkan ajaran kitab agama mereka (surah an-Nisaa’ 4:47). Nabi Muhammad diperintah untuk berdakwah kepada ahli Kitab agar mereka menerima Islam sebagai syarat untuk menjadi Muslim (surah Ali-‘Imraan 3:64; surah al-Maa’idah 5:15-19). Ringkasnya, Allah menjadikan al-Quran sebagai penjaga kebenaran agama (muhaiminan ‘alaih) sebab terdapat pelbagai penyelewengan dan penyimpangan dalam agama ahli Kitab, dan tidak ada ajaran tauhid yang benar kecuali Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad. Terdapat banyak dalil daripada al-Quran yang menegaskan tentang kekufuran penganut agama lain (surah al-Maa’idah 5:72-75; surah at-Taubah 9: 30-33).

Berhubung dengan keselamatan (salvation), agama Islam menegaskan bahawa orang yang selamat terdiri daripada pengikut nabi Muhammad, pengikut autentik para nabi lain pada zaman nubuwwah mereka masing-masing, ahli fatrah yang tidak ada nabi pada zamannya (surah al-Israa’ 17:15), manusia yang hidup antara zaman dua nabi (surah al-Maa’idah 5:19), dan manusia yang tidak sampai seruan agama Islam (Muhammad ‘Uthman, 2010a). Sebaliknya, pandangan bahawa semua agama merupakan jalan yang sama-sama sah untuk mencapai kebenaran yang sama; semua agama mempunyai ritual yang berbeza, tetapi melibatkan kebenaran yang sama sah; atau setiap agama menyatakan bahagian tertentu yang penting bagi sebuah kebenaran ditolak dengan jelas oleh al-Quran.

Page 32: Budaya Ketepatan

17

Bagi orang Islam, perbuatan mengetepikan suatu yang telah ditetapkan oleh Allah dianggap sebagai menderhakai Allah dan Rasul-Nya (surah al-Ahzab 33:36). Dalam melakukan sesuatu perkara berdasarkan nilai tertentu, cara dan matlamat perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Menurut perspektif Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Misalnya, kita tidak boleh mencampur adukan akidah dan ibadah umat Islam dengan akidah dan ibadah penganut agama lain bagi mencapai sesuatu matlamat seperti mengembangkan toleransi agama. Dalam urusan akidah dan ibadah, orang Islam perlu bersikap eksklusif, bukan inklusif atau menerima pluralisme agama. Misalnya, mereka tidak boleh terlibat dalam acara keagamaan di rumah ibadat agama lain sebab perbuatan tersebut boleh mencairkan kebencian terhadap kekufuran, menggambarkan pengiktirafan terhadap kebatilan, memberi sumbangan kepada penyebaran kesesatan, dan meleburkan garis pemisah antara akidah Islam dengan akidah agama lain. Alasan yang diberikan bagi penglibatan tersebut seperti toleransi agama (religious tolerance), kepelbagaian agama (religious plurality), dialog antara agama (interfaith dialogues), atau perpaduan nasional (national intergration) tidak boleh diterima.

Kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing bukan bermaksud kita perlu mengiktiraf bahawa agama lain adalah benar, menganggap bahawa semua agama adalah setara dan sama benar, atau terlibat dalam usaha mengembangkan agama lain. Al-Quran menjelaskan bahawa Allah menjadikan manusia pelbagai bangsa dan kaum supaya mereka berkenal-kenalan antara satu sama lain, bukan menyuruh supaya saling memasukkan agama masing-masing ke dalam satu bakul yang sama (surah al-Hujuraat 49:13). Kemajmukan (al-tanawwu’iyyah) dan pluralisme (al-ta’addudiyyah) adalah dua konsep yang berbeza. Begitu juga, perpaduan nasional yang dianjurkan oleh Gagasan 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, dengan satu kaum menerima keunikan kaum lain agar semua rakyat dapat hidup dalam keadaan saling menghormati

Page 33: Budaya Ketepatan

18

dan bekerjasama, bukan menekankan supaya mencampur adukan akidah dan ibadah umat Islam dengan akidah dan ibadah penganut agama lain.

Al-Quran menggariskan hubungan yang sangat jelas dan terperinci antara orang Islam dengan orang bukan Islam, baik dalam urusan agama mahupun urusan pergaulan sosial. Misalnya, dalam urusan agama, perkara seperti akidah, akhlak, keimanan, dan ibadah adalah mulia dan suci. Perkara tersebut tidak boleh dicampur aduk dan dikompromikan (surah al-Kaafiruun 109:1-6; surah Ali-‘Imraan 3:19, 85). Seterusnya, walaupun orang Islam tidak boleh memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam (surah al-Baqarah 2:256), tetapi mereka disuruh untuk berdakwah, yakni mengajak umat lain memeluk Islam dengan cara berhikmah (surah an-Nahl 16:125). Kebebasan beragama dan kegiatan berdakwah kepada orang bukan Islam adalah dua perkara yang berbeza. Seterusnya, dalam hubungan dengan ahli Kitab, apabila al-Quran sebagai kitab terakhir diturunkan dan syariat nabi Muhammad dilengkapkan, maka syariat terdahulu dimansuhkan (nasikh) dan Allah memerintahkan nabi Muhammad untuk menjalankan hukum al-Quran di tengah-tengah kaum ahli Kitab (surah al-Maa’idah 5: 48-49). Bagi urusan pergaulan sosial pula, orang Islam disuruh berlaku adil dan berbuat baik kepada penganut agama lain bagi menjaga dan memakmurkan bumi ini (surah al-Mumtahanah 60:8-9).

Dalam konteks Gagasan 1Malaysia, orang Islam boleh menghormati nilai baik yang terdapat dalam sistem kepercayaan lain, tetapi bagi penganut agama Islam, agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam semata-mata, yakni Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad, dijelaskan dalam al-Quran, al-Sunnah, dan ijama’, dan dibincangkan secara berpanjangan dalam wacana arus perdana umat Islam, bukan Islam yang ditafsirkan oleh pendukung liberalisme agama atau pluralisme agama (Muhammad ‘Uthman, 2010a). Di Malaysia, Islam adalah agama persekutuan, tetapi sistem kepercayaan lain boleh diamalkan

Page 34: Budaya Ketepatan

19

dalam keadaan aman. Misalnya, orang Islam boleh menerima kehadiran penganut agama lain yang yakin dengan kebenaran agama mereka, beramal dengan baik, tidak mengganggu atau memudaratkan orang lain, dan mematuhi undang-undang negara ini. Kita boleh hidup secara aman dengan mereka dan boleh bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui bersama (commonality). Penerimaan kewujudan penganut agama lain bukan bermakna kita menerima agama mereka sebagai agama yang benar. Perspektif Islam menganjurkan pendekatan menggunakan ilmu dan kebenaran untuk mempertimbangkan peristiwa dan sejarah, bukan sebaliknya.

Seterusnya, perlu dinyatakan bahawa walaupun kita menghargai sesuatu perkara, tidak semestinya amalan kita tentang perkara tersebut boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Misalnya, jikalau kita menghargai suatu perkara yang bercanggah dengan ajaran agama atau prinsip kebenaran, maka kita akan menemui kegagalan dan mengalami kekecewaan sebab kita mendasarkan kehidupan kita pada ilusi dan hawa nafsu. Orang yang betul-betul kaya dan berjaya bukan sekadar kaya harta, tetapi kaya kesihatan, akhlak, fikiran, jiwa, dan rohani. Di belakang setiap kehidupan yang betul-betul berjaya adalah prinsip akhlak, fikiran, jiwa, kepercayaan, dan kesihatan yang teguh yang membentuk dan memandunya (Covey, 2004).

Pada umumnya, nilai boleh dibahagi kepada beberapa bentuk seperti nilai etika seperti baik, buruk, betul, salah, dibenarkan, tidak dibenarkan, berakhlak, tidak berakhlak, beradab, dan biadab; nilai estetika seperti cantik, hodoh, menarik, membosankan, seimbang, dan tak seimbang; dan doktrin seperti agama, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, perniagaan, politik, dan undang-undang. Sebarang amalan atau perkara yang dianggap penting atau berharga akan diberi keutamaan. Justeru, untuk membolehkan individu mengamalkan atau terus mengamalkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan budaya ketepatan, terlebih dahulu mereka perlu memahami dan menentukan nilai terhadap perkara tersebut seperti amat

Page 35: Budaya Ketepatan

20

penting atau tidak berharga langsung. Seterusnya, oleh sebab banyak perkara mungkin dihargai oleh seseorang individu, maka sesetengah perkara akan lebih dihargai daripada perkara lain. Dengan kata lain, terdapat hierarki atau prioriti nilai yang tertentu.

Nilai mempunyai potensi untuk membantu seseorang membentuk penjelasan yang meyakinkan tentang tingkah laku manusia sebab nilai berfungsi sebagai piawai atau kriteria bagi kelakuan individu dan agak stabil merentasi masa. Oleh itu, konsep nilai dan sistem nilai telah digunakan sebagai penelah (predictor) tingkah laku pengguna, tingkah laku organisasi, tingkah laku beragama, sumbangan amal jariah, penggunaan media massa, ketagihan dadah, ketagihan rokok, ketagihan arak, kecenderungan politik, dan perbezaan merentasi budaya. Sebenarnya, konsep nilai sudah lama dicadangkan sebagai satu cara untuk memahami motivasi yang mendasari tingkah laku pengguna. Walau bagaimanapun, oleh sebab manusia memiliki lebih daripada satu nilai dan nilai-nilai tersebut mempunyai tahap kerelevanan yang berbeza dalam menentukan motivasi bagi setiap individu, maka adalah lebih sesuai untuk membuat pertimbangan dan perbandingan antara individu atau kumpulan individu berdasarkan satu himpunan nilai, bukan satu nilai tunggal yang dianggap paling penting oleh seseorang individu.

Pada asasnya, jarang sekali keadaan yang dialami dalam kehidupan seharian diaktifkan oleh satu nilai sahaja atau tingkah laku individu dipandu oleh satu dan hanya satu nilai dalam satu tempoh yang panjang (Rokeach, 1973). Malah, kebanyakan keadaan dalam kehidupan manusia melibatkan konflik antara beberapa nilai seperti konflik antara usaha untuk mendapatkan kesempurnaan diri dengan usaha untuk mendapatkan keseronokan hedonistik yang perlu ditangani mengikut prioriti nilai peribadi atau sistem nilai yang dimiliki. Namun begitu, satu perkara yang jelas ialah nilai adalah suatu yang dibina, bukan suatu yang diserapkan oleh individu dan

Page 36: Budaya Ketepatan

21

kemudiannya disusun secara hierarki ke dalam satu sistem nilai yang digunakan oleh individu tersebut sebagai rancangan umum dalam membuat keputusan dan mengatasi konflik. Justeru, satu langkah awal dalam pengembangan budaya ketepatan adalah untuk mengenal pasti sistem atau hierarki nilai yang mendasari dan mendorong tingkah laku manusia dalam membudayakan prinsip ketepatan dalam hidup mereka, bukan mengenal pasti satu atau dua nilai penting sahaja. Dalam konteks ini, model hierarki nilai umum yang dianjurkan oleh perspektif bersepadu mempunyai kebaikan yang tertentu, khususnya dalam membantu kita memahami asal usul, ciri, hakikat, hierarki, dan jenis nilai.

Nilai dan sistem nilai tidak wujud secara tersendiri dalam diri manusia. Sebaliknya, sistem tersebut merupakan satu komponen bagi sistem afektif yang dimiliki oleh individu. Komponen lain dalam sistem afektif termasuklah emosi, sikap, moral, etika, dan motivasi. Komponen-komponen ini berinteraksi dan saling berkait antara satu sama lain. Sistem nilai atau sistem afektif adalah sangat kompleks. Sistem tersebut dibentuk dan dikembangkan oleh individu melalui tahap yang tertentu merentasi masa. Sistem-sistem itu secara bersama-sama mempengaruhi amalan budaya ketepatan. Sebagai tambahan, sistem afektif turut berinteraksi dan saling berkait dengan sistem kognitif yang menjadi tempat bagi proses berfikir seperti kognisi, pembuatan keputusan, pemprosesan maklumat, penaakulan, penganalisisan, pengawasan, penilaian, penyelesaian masalah, persepsi, pertimbangan, perwakilan, refleksi, abstraksi, penghujahan, pembentukan justifikasi, penjelasan, perbandingan, dan pemahaman (lihat Rajah 2).

Ringkasnya, kita perlu membentuk konsepsi yang menyeluruh, seimbang, dan bersepadu tentang saling hubungan antara sistem nilai, budaya ilmu, dan budaya ketepatan dalam usaha memperkukuhkan perpaduan negara bagi membina sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Tanpa konsepsi seperti itu, kita mudah terpengaruh dengan pendekatan pintas

Page 37: Budaya Ketepatan

22

yang mementingkan slogan dan pesta semata-mata. Negara maju dan sejahtera tidak boleh dibina berlandaskan ilusi dan angan-angan.

PROSES

Pembentukan: Nilai dibentuk dan dikembangkan dalam domain kognitif

Fungsian: Nilai beroperasi dan berfungsi dalam domain afektif

Perolehan makna: Nilai memperoleh makna dalam domain kalbu

Manifestasi: Nilai memanifestasikan diri dalam domain tingkah laku, perwatakan, atau akhlak

Akal

Jiwa

Kalbu

Kebahagiaanduniawi dan

ukhrawi

Jasmani

Iman dan ilmu

Iman dan ilmu

Iman dan ilmu

Amal soleh

JALAN DESTINASILOKASI

Rajah 2 Kerangka konseptual bagi pengembangan nilai

Pengetahuan dan Pemahaman

Istilah memahami merujuk mengetahui, memiliki idea, mempunyai pengetahuan, memaklumi, menanggapi, memafhumi, atau mengerti akan andaian, asal usul, batasan, ciri, erti, faedah, fungsi, hakikat, implikasi, keadaan, kebaikan, kegunaan, kepentingan, kualiti, kuantiti, maksud, perwakilan, skop, status, tanda, atau taraf sesuatu perkara. Memahami tidak dapat diperoleh melalui peniruan, pemindahan, penerapan, atau penyerapan, tetapi perlu dibina atau dijana oleh individu berdasarkan persepsi, konsepsi, dan tafsiran mereka tentang

Page 38: Budaya Ketepatan

23

perkara yang dialami. Subjektiviti sesama individu atau kecocokan interpretasi dalam kalangan individu pula boleh dibentuk melalui interaksi sosial. Ungkapan subjektiviti sesama individu merujuk keadaan dalam mana setiap peserta dalam interaksi sosial yang sedang berlaku merasa bahawa orang lain yang terlibat dalam interaksi tersebut berfikir sama seperti cara dia berfikir. Dengan kata lain, subjektiviti sesama individu melibatkan dakwaan bahawa setiap peserta tidak mempunyai sebarang alasan untuk menganggap peserta lain berfikir dalam cara yang berbeza daripadanya, bukan dakwaan tentang keserupaan atau kesepadanan fikiran seorang individu dengan individu yang lain.

Pemahaman tidak boleh dibina daripada cebisan pengetahuan yang diterima daripada persekitaran, tetapi pembinaannya membabitkan proses rekursif, dalam mana blok binaan bagi sesuatu pemahaman terdiri daripada hasil aktiviti pembinaan yang terdahulu. Pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu tidak menggambarkan dunia sebenar, tetapi berkaitan dengan cara individu tersebut berkembang dalam proses mentafsirkan dunia yang dialami olehnya. Dengan kata lain, mengetahui adalah satu proses yang adaptif, aktif, individual, peribadi, dan berasaskan pengetahuan yang dibina sebelumnya. Namun begitu, interaksi sosial merupakan satu faktor penting bagi proses mengetahui. Terdapat perbezaan antara pandangan bersepadu dan pandangan realisme tentang pengetahuan dan proses mengetahui (lihat Rajah 3).

Page 39: Budaya Ketepatan

24

Bersepadu Pengetahuan adalah relatif, subjektif, bergantung pada pengalaman individu, berubah dan berkembang, berdaya maju jikalau ia didapati mencukupi dalam konteks pembinaannya.

Falsafah Ilmu melibatkan kehadiran makna dalam diri individu atau membawa diri memperoleh makna sehingga diri tersebut sampai kepada makna.

Realisme Pengetahuan adalah mutlak, objektif, terpisah dan bebas daripada pengalaman individu, mewakili realiti luaran yang boleh diketahui, stabil, agak kekal, benar jikalau ia menggambarkan realiti luaran.

Rajah 3. Perbezaan antara pandangan realisme dan falsafah bersepadu tentang konsep pengetahuan

Menurut perspektif bersepadu, pada peringkat awal lagi imej individu berfikir dalam konteks sosial dianggap sebagai satu perkara penting dalam sebarang perbincangan tentang proses mengetahui. Namun begitu, aktiviti kolektif, bahasa, interaksi sosial, dan masyarakat (orang lain dalam dunia yang kita alami) tidak dianggap sebagai perkara siap terbina yang diberikan secara ontologi, perkara yang mendahului sebarang penglibatan individu di dalamnya, atau perkara yang wujud sebagai realiti luaran yang bebas, a priori, dan terpisah daripada pengalaman subjektif seseorang individu. Dalam proses mengetahui, keperluan individu untuk membuat akomodasi kepada makna dan amalan yang wujud secara a priori dalam sesebuah masyarakat tidak timbul sama sekali. Ini kerana makna sosial, amalan sosial, dan masyarakat dianggap sebagai fenomena yang harus diperjelaskan oleh setiap individu berdasarkan pengalamannya. Realiti ontologi berbeza daripada realiti yang dialami oleh individu, dan manusia hanya dapat mengetahui beberapa perkara tentang metafizik melalui ajaran agama (ilmu diwahyukan).

Istilah pengetahuan merujuk idea, gagasan, gambaran, konsepsi, matlamat, pandangan, pendapat, tanggapan, skim

Page 40: Budaya Ketepatan

25

bagi operasi mental, atau struktur mental yang dibentuk oleh individu yang berfikir, dan perkara itu berdaya maju dalam julat pengalaman semasa individu tersebut. Dengan kata lain, pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu terdiri daripada rangkaian perkara dan hubungan yang menjadi tempat bergantung bagi individu tersebut dalam menjalani kehidupan seharian, dan dia percaya bahawa orang lain juga bergantung pada perkara yang sama. Pengetahuan boleh dibina oleh seseorang individu dalam domain deria dan konseptual tentang perkara yang dialaminya tanpa merujuk realiti ontologi. Dalam penilaian akhir, apa yang penting ialah perkara yang dibina mestilah berfungsi, koheren, konsisten, berdaya maju, dan tidak melibatkan percanggahan.

Ringkasnya, pengetahuan milik seseorang individu tidak menggambarkan realiti ontologi yang objektif, tetapi secara eksklusif terdiri daripada penyusunan dan organisasi dunia yang dialami olehnya. Dalam hal ini, konsep kebenaran, iaitu suatu yang dianggap berpadanan dengan realiti luaran (realiti ontologi) digantikan dengan konsep daya maju, iaitu sesuatu yang dianggap mencukupi, memenuhi peranan, atau memenuhi matlamat pembentukannya. Tanpa berpandukan ajaran agama, fikiran rasional semata-mata tidak dapat mengetahui perkara yang benar atau salah dengan pasti. Hanya ilmu dapat menerangi liku-liku kehidupan manusia dan membantu mereka melepasi kekangan kecelaruan fikiran, keraguan pegangan, kekosongan jiwa, keruntuhan akhlak, dan kerakusan hawa nafsu. Ringkasnya, pengetahuan, yakni suatu yang dibina oleh individu berdasarkan pengalaman empiris dan pemikiran rasional semata-mata, bersifat relatif, manakala ilmu, yakni ketibaan makna tentang sesuatu ke dalam diri seseorang atau ketibaan diri seseorang pada makna bagi sesuatu perkara (Syed Muhammad Naquib, 1995), pula bersifat mutlak.

Istilah pengetahuan berbeza daripada istilah data, maklumat, dan ilmu. Misalnya, data merujuk perwakilan perkara yang tertentu seperti fakta, konsep, atau arahan dalam

Page 41: Budaya Ketepatan

26

bentuk formal yang sesuai bagi komunikasi, interpretasi, atau pemprosesan oleh manusia atau mesin. Data terhasil daripada proses merekodkan benda atau peristiwa yang diperhatikan dan diukur secara khusus. Dengan kata lain, data adalah bahan mentah yang ditransformasikan kepada maklumat oleh aktiviti pemprosesan data. Maklumat pula merujuk data yang disusun dan distrukturkan dalam bentuk yang tertentu.

Seterusnya, pengetahuan terdiri daripada maklumat yang telah diproses, disusun, dikelaskan, diolah, dan dirumuskan dalam cara tertentu oleh seseorang individu supaya perkara itu dapat difahami dan digunakan dengan baik. Dengan kata lain, seseorang individu menjana, memperoleh, menganalisis, mensintesiskan, memanipulasi, dan menstrukturkan maklumat bagi membentuk pengetahuan. Sesuatu pengetahuan baru tidak bersifat beku dan tetap, tetapi akan berubah dan berkembang melalui mekanisme adaptasi dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan lain melalui mekanisme organisasi. Proses yang bertanggungjawab terhadap kedua-dua mekanisme ini ialah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi adalah satu proses mental yang digunakan oleh manusia untuk mengintegrasikan pengalaman baru ke dalam struktur pengetahuan sedia ada, manakala akomodasi pula membabitkan proses pembinaan pengetahuan baru atau pengubahsuaian pengetahuan sedia ada bagi mengatasi kekangan dalam persekitaran yang dialami. Asimilasi bertanggungjawab terhadap pertumbuhan (perubahan kuantitatif) sesuatu pengetahuan, manakala akomodasi pula bertanggungjawab terhadap perkembangan (perubahan kualitatif) sesuatu pengetahuan. Seterusnya, proses yang mengimbangi asimilasi dan akomodasi ialah keseimbangan (Nik Azis, 1999b). Secara kasar, keseimbangan membabitkan penstrukturan semula pemikiran bagi mengatasi gangguan dan ia membolehkan pembentukan pengetahuan yang lebih kompleks. Akhir sekali, ilmu merujuk pengetahuan yang ditransformasikan ke dalam bentuk yang lebih dinamik, padu, dan saling berhubungan

Page 42: Budaya Ketepatan

27

yang membolehkan individu mengetahui dan memahami makna, kepentingan, dan kedudukan yang sebenar bagi sesuatu perkara.

Konsep skim diperkenalkan untuk memberi satu penjelasan tentang cara manusia membina pengetahuan (Piaget, 1994; von Glasersfeld, 1980). Misalnya, skim mempunyai tiga bahagian. Pertama, terdapat situasi yang dialami oleh seseorang individu, yakni satu situasi diaktifkan atau diasimilasikan seperti yang dipersepsi atau dikonsepsikan oleh individu yang terlibat. Bahagian pertama ini dibentuk melalui asimilasi. Namun begitu, struktur kognitif yang terlibat dalam asimilasi tersebut tidak dianggap sebagai suatu struktur yang wujud dalam bentuk yang menyeluruh sebagai satu objek yang terdapat dalam fikiran individu. Sebaliknya, andaian yang dibuat ialah operasi yang terlibat dalam aktiviti yang lalu digunakan untuk membina satu templat pengecaman yang digunakan dalam pembentukan situasi yang sedang dialami, yang mana situasi itu mungkin pernah dialami sebelum ini. Dalam konteks yang jelas, templat pengecaman dikenali sebagai struktur pengasimilasian (lihat Nik Azis, 1999b, h.174). Kedua, tindakan, aktiviti, atau prosedur khusus dikaitkan oleh individu terlibat dengan situasi yang diaktifkan atau diasimilasikan. Ketiga, hasil bagi tindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh individu yang terlibat.

Analisis terhadap bahagian yang membentuk sesuatu skim membuka ruang kepada pengkaji untuk meneliti perkara yang berlaku sebelum sesuatu tindakan dapat diperhatikan. Seterusnya, ia membuka ruang kepada kemungkinan bahawa tindakan bagi sesuatu skim bukan berbentuk tindakan motor deria, tetapi berbentuk tindakan dalaman yang dilakukan dengan melibatkan petunjuk motor deria secara paling minimum sahaja. Akhirnya, ia membuka ruang kepada pengkaji untuk meneliti hasil tindakan sesuatu skim dan bagaimana hasil tersebut menamatkan penggunaan sesuatu skim itu oleh individu yang terlibat.

Page 43: Budaya Ketepatan

28

Perlu dinyatakan bahawa situasi bagi sesuatu skim (bahagian pertama sesuatu skim) terdiri daripada situasi yang dialami, iaitu situasi yang dipersepsi atau dikonsepsikan oleh seseorang individu, bukan situasi yang dipersepsi atau dikonsepsikan oleh pengkaji. Dengan kata lain, situasi yang dianggap oleh seseorang pengkaji (pemerhati) sebagai rangsangan atau pencetus bagi sesuatu skim hanya akan menjadi rangsangan atau pencetus bagi individu yang terlibat (subjek kajian) jikalau perkara itu dianggap signifikan olehnya. Seterusnya, sesuatu perkara menjadi signifikan hanya bila terdapat struktur kognitif yang membenarkan perkara itu diasimilasikan, yakni suatu struktur yang boleh mengintegrasikan rangsangan tertentu, tetapi pada masa yang sama, mencetuskan respons yang khusus.

Sebagai tambahan, skim baru boleh dibentuk melalui akomodasi terhadap skim yang sedia ada. Misalnya, skim pecahan boleh dianggap sebagai skim yang mengambil tempat (supersede) skim membilang nombor yang terdahulu (Steffe & Olive, 2010). Jikalau suatu skim mengambil tempat skim yang lain, ini tidak bermakna bahawa skim lama digantikan (replace) dengan skim yang baru. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa skim baru dapat menyelesaikan masalah yang boleh diselesaikan oleh skim lama, tetapi dalam cara yang lebih baik, dan ia juga dapat menyelesaikan masalah baru yang tidak dapat diselesaikan oleh skim lama. Inti sari penjelasan ringkas ini ialah setiap manusia perlu membina pengetahuan tentang sesuatu perkara berdasarkan pengalaman sendiri dan pembinaan tersebut melibatkan proses asimilasi dan akomodasi, bukan proses penyerapan, peniruan, hafalan, pemindahan, penanaman, atau penyemaian. Dengan kata lain, pembelajaran bukan satu fenomena rangsangan-gerak balas seperti yang disuarakan oleh pendukung behaviourisme atau fenomena rangsangan-organisma-gerak balas seperti yang disuarakan oleh pendukung teori pemprosesan maklumat. Pembelajaran melibatkan pengaturan diri (self-regulation) dan pembinaan skim tindakan dan operasi (yang mana secara gabungan akan

Page 44: Budaya Ketepatan

29

membentuk struktur kognitif) melalui penglibatan aktif, refleksi, dan abstraksi.

Menurut perspektif bersepadu, hubungan nilai dengan unsur lain seperti pengetahuan dan akhlak sukar untuk fahami tanpa terlebih dahulu memahami hakikat manusia. Secara ringkas, manusia terbentuk daripada unsur rohani yang bersifat ghaib dan unsur jasmani yang bersifat nyata. Roh dan jasad saling berinteraksi untuk membentuk hakikat manusia. Dengan percantuman itu, diri manusia bersifat tiga dimensi, iaitu dimensi jasmani (kebendaan), kognitif (psikologi), dan rohani (munazzah). Namun begitu, manusia merupakan realiti kerohanian dalam puncak hakikat kemanusiaannya. Untuk mengembangkan hakikat manusia, roh menjalankan beberapa tugas yang tertentu. Sebutan khas seperti kalbu, akal, jiwa, dan ruh menandakan fungsi roh pada tahap kewujudan yang berbeza. Setiap sebutan ini mempunyai dua pengertian. Pengertian pertama merujuk dimensi kebendaan atau aspek jasmani, manakala pengertian kedua merujuk dimensi bukan kebendaan atau aspek rohani. Jadual 1 memaparkan rumusan fungsi roh manusia.

Dari segi jasmani, fungsi kalbu merujuk fungsi yang dijalankan oleh organ hati. Dari segi rohani pula, kalbu merupakan tempat menerima makna tentang sesuatu objek pengetahuan dari Allah. Ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu adalah menerusi proses intuisi yang berlaku dalam kalbu. Intuisi mempunyai tingkat-tingkat yang tertentu selaras dengan berbagai-bagai martabat manusia. Pada tingkat rendah, intuisi dicapai melalui persediaan pemikiran rasional dan pengalaman empiris sahaja. Intuisi tingkat rendah membabitkan aspek khusus bagi hakikat sesuatu realiti dan bukan membabitkan aspek yang menyeluruh. Dalam konteks ini, intuisi dikenali sebagai kecerdasan, dan makna bagi sesuatu objek pengetahuan diperoleh melalui kaedah pembuktian rasional dan empiris.

Page 45: Budaya Ketepatan

30

Pada tahap kesedaran manusia yang biasa, intuisi berkaitan dengan peristiwa, fenomena, atau perkara dalam alam nyata. Misalnya, intuisi membolehkan ahli sains atau ahli fikir untuk membentuk sesuatu prinsip atau hukum bagi menjelaskan suatu fenomena dalam alam nyata. Intuisi yang berlaku adalah berlandaskan latar belakang latihan, disiplin diri, perkembangan daya fikir, perkembangan daya pengalaman, dan masalah khusus yang dihadapi oleh ahli sains atau ahli fikir tersebut. Masalah yang dihadapi itu tidak dapat dijelaskan maknanya dengan menggunakan kaedah pendalilan melalui fikiran dan akal semata-mata. Istilah “perjelaskan makna” merujuk mentafsir dan mensistemkan suatu fenomena alam nyata yang diteliti ke dalam penarafan yang logik dan menyusunnya ke dalam satu cara bertindak yang menunjukkan hukum alam semesta yang membolehkan ahli sains atau ahli fikir memahaminya. Hujahan itu bukan sekadar membabitkan fikiran dan akal, tetapi membabitkan juga kalbu, yang merupakan tempat berlakunya intuisi, iaitu proses pencapaian atau penerimaan makna dari Tuhan (Syed Muhammad Naquib, 1995).

Jadual 1Rumusan Fungsi Roh Manusia

Fungsi Aspek Kebendaan Aspek Kerohanian

Kalbu Organ hati * Terlibat dalam proses menerima hidayah, makna, intuisi, dan ilham dari Allah. * Menjadi pusat kesedaran diri. * Merupakan tempat bagi kognisi dan persepsi kerohanian.

Akal Organ otak * Terlibat dalam proses persepsi, konsepsi, pemahaman, pembinaan pengetahuan, pemikiran, penaakulan, kognisi, refleksi. * Merupakan tempat bagi persepsi dan kognisi rasional

Jiwa Personaliti, * Mengurus tubuh-badan. perwatakan, * Secara am, mencerminkan sifat manusia aktiviti hidup secara keseluruhan. * Secara khusus, menjadi pusat hawa nafsu atau daya dorongan kehaiwanan.

Page 46: Budaya Ketepatan

31

Ruh Nyawa yang * Entiti abstrak yang memiliki unsur menentukan ketuhanan. hidup mati jasad * Identiti istimewa yang membezakan manusia dengan hidupan lain.

Makna atau pemahaman mendalam tentang sesuatu fenomena dalam alam nyata hanya tercapai melalui intuisi sebab intuisilah yang mencantumkan apa yang ditanggapi oleh proses pendalilan rasional dan pengalaman empiris secara terpisah yang tidak dapat disepadukan untuk memperoleh makna. Namun begitu, intuisi hanya membawa kepada pemahaman tentang satu aspek realiti alam semesta dan bukan pemahaman yang menyeluruh. Fikiran ialah satu dari kerja yang dilakukan oleh fakulti akal dan hasil kerja berfikir yang melibatkan pertimbangan, pemutusan, perbandingan, pembezaan, persamaan, dan penjelasan untuk membentuk pemahaman dan mencapai makna tentang sesuatu perkara dengan menggunakan dalil dari pengalaman empiris, hujahan rasional, intuisi atau ilham, dan khabar (laporan) yang benar.

Pada tingkat tinggi pula, intuisi dikenali sebagai ilham dan ia dicapai oleh para nabi dan orang yang dekat dengan Allah. Melalui ilham, Allah memberi pendedahan yang langsung terhadap hakikat atau ciri sesuatu realiti secara menyeluruh. Ilham membabitkan penanggapan secara langsung terhadap realiti diri, alam sekeliling, nilai sesuatu perkara, realiti agama, dan kewujudan seluruhnya yang bersifat munazzah (transenden). Namun ilham tidak datang kepada setiap orang, tetapi kepada orang yang telah membuat persiapan kognitif, afektif, dan rohani yang rapi dan menjalani kehidupan berlandaskan ajaran agama dengan penuh keimanan, kepatuhan, kebaktian, keikhlasan, ketakwaan, khusyuk, dan tawaduk kepada Allah. Selain dari tempat menerima makna, kalbu juga merupakan pusat atau lokus bagi kesedaran diri. Keimanan, keinsafan, dan kesedaran tentang kekuasaan Allah hanya berlaku dalam kalbu. Segala perbuatan yang dilakukan oleh anggota badan

Page 47: Budaya Ketepatan

32

merupakan manifestasi daripada apa yang tersimpan dalam kalbu. Menurut perspektif Islam, kalbu menjadi bercahaya apabila manusia sentiasa berzikir kepada Allah. Konsep zikir merujuk proses merenung sesuatu bagi tujuan mengingatinya. Konsep in menggambarkan hubungan yang akrab antara insan dengan Pencipta. Amalan berzikir secara berterusan hanya dapat dilakukan oleh orang yang bertakwa kepada Allah. Jadi, takwa berfungsi sebagai paksi bagi pelaksanaan zikir yang berterusan. Zikir pula merupakan mekanisme utama bagi memperoleh ilham daripada Allah. Melalui ilham, manusia dapat mencapai kejayaan yang besar, iaitu memperoleh ilmu kerohanian dan hikmah daripada Allah.

Orang yang memperoleh ilmu kerohanian dan mencapai penghampiran dengan Allah pada tahap tertinggi, yakni dalam musyahadah dan penyaksian rohaniah (spirutual witnessing) diberi pendedahan yang langsung terhadap hakikat sesuatu perkara secara menyeluruh. Pengalaman tersebut melepasi tahap akal, mental, dan pengalaman empiris yang biasa serta melampaui peringkat biasa, yakni tahap kemampuan orang biasa. Tiga prasyarat bagi mengalami pendedahan langsung ialah kekuatan akidah (memiliki keimanan dan ketakwaan yang teguh kepada Allah), kekuatan ibadah (melaksanakan suruhan dan larangan Allah dengan sebaik-baiknya), dan kekuatan ilmu (membuat persediaan keilmuan dan budaya ilmu yang rapi). Melalui pendedahan langsung di peringkat munazzah, seseorang individu memperoleh pemahaman yang mendalam, menyeluruh, dan bermakna tentang perkara tertentu yang diperhatikan. Idea tentang pemahaman di peringkat biasa dan munazzah yang dimajukan oleh perspektif Islam adalah berbeza dengan gagasan yang dimajukan oleh pendukung pluralisme agama tentang kebenaran agama di peringkat eksoterik dan esoterik yang dipisahkan oleh garis mengufuk. Dalam hal ilmu pengetahuan, perspektif Islam membincangkan tentang hierarki ilmu dan aras pemahaman, manakala dalam hal akidah dan kebenaran agama pula, perspektif Islam menegaskan bahawa hanya terdapat satu garis menegak (al-Sirat al-Mustaqim) yang

Page 48: Budaya Ketepatan

33

memisahkan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman kepada Allah Yang Maha Esa.

Dari sudut jasmani, fungsi akal merujuk fungsi yang dijalankan oleh organ otak. Dari sudut rohani pula, akal bertanggungjawab terhadap proses kognisi, persepsi, konsepsi, pemahaman, penaakulan, dan pembinaan pengetahuan. Dalam fakulti akal, terdapat satu proses penting yang dikenali sebagai fikir. Konsep fikir merujuk aktiviti renungan, refleksi, atau penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Melalui fikir, roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan. Pemerolehan makna atau ketibaan roh kepada makna tentang sesuatu perkara pula membabitkan proses intuisi atau ilham yang berlaku dalam kalbu. Dalam konteks ini, hubungan antara akal dan kalbu dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina pengetahuan, manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan pengetahuan menjadi ilmu melalui proses intuisi atau ilham. Makna yang diperoleh melalui proses intuisi mempunyai skop yang terbatas, manakala makna yang diperoleh melalui proses ilham pula mempunyai skop yang meluas dan mendalam.

Pada hakikatnya, kemampuan akal untuk mengetahui dan memahami adalah amat terbatas. Malah, akal tidak mampu memahami dan mengetahui ilmu Allah kecuali dengan kehendak Allah. Untuk mengetahui dan mengamati fenomena alam, akal menggunakan khidmat lima fakulti yang terdapat dalam deria dalaman. Misalnya, akal menggunakan maklumat yang dikumpulkan dan diproses oleh fakulti deria dalaman untuk membina pengetahuan. Selepas itu, proses intuisi atau ilham dalam kalbu bertindak mengembangkan pengetahuan menjadi ilmu (lihat Rajah 4).

Page 49: Budaya Ketepatan

34

Rajah 4. Hubungan antara deria dalaman, akal, dan kalbu

Seterusnya, dari sudut jasmani, jiwa merujuk tabiat, perwatakan, gaya hidup, pembawaan, dan personaliti manusia. Dari sudut rohani pula, jiwa merujuk diri manusia secara menyeluruh. Jiwa memfokuskan desakan unsur syahwat dan unsur marah serta menguruskan pergerakan tubuh. Jiwa mengandungi daya kehaiwanan dan daya intelektual. Kedua-dua daya ini bertentangan antara satu sama lain. Apabila jiwa dikuasai oleh daya intelektual, ia menjadi tenang dan terhindar daripada kekeliruan dan kepalsuan. Sebaliknya, apabila jiwa manusia dipengaruhi daya kehaiwanan (hawa nafsu), ia menjadi tidak tenang dan lalai untuk mentaati perintah Allah. Akhir sekali, dari sudut jasmani, ruh merujuk nyawa yang menentukan hayat manusia. Dari segi rohani pula, ruh merupakan entiti abstrak yang memiliki unsur ketuhanan. Ruh wujud dalam dimensi munazzah. Ia menentukan hakikat dan identiti manusia. Keempat-empat fakulti roh yang dibincangkan sebenarnya merupakan roh itu sendiri, yang memanifestasikan

Page 50: Budaya Ketepatan

35

dirinya dalam cara yang berbeza-beza mengikut keadaan dan keperluan tertentu.

Pemahaman tentang hakikat manusia memerlukan kita untuk memahami ciri roh dan fungsi roh. Dari sudut pembentukan, roh manusia mempunyai dua ciri asas, iaitu ciri asal dan ciri semula jadi. Ciri asal membabitkan keadaan roh semasa ia dicipta. Misalnya, roh manusia dicipta oleh Allah dalam alam roh, mempunyai asal yang sama dengan asal malaikat, mempunyai sifat yang termasuk dalam urusan ketuhanan, merindui kehidupan di sisi Allah, dan cenderung kepada kebaikan. Pada permulaan kejadian di alam roh, satu perjanjian telah dibuat oleh semua roh dengan Tuhan. Dalam perjanjian itu, setiap roh mengakui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa. Roh sudah memiliki beberapa pengetahuan kerohanian sebelum ia bercantum dengan jasad. Antara pengetahuan itu termasuklah mengenali Allah sebagai Tuhan dan Pencipta dan mengenali diri sendiri.

Ciri semula jadi pula merupakan keadaan roh selepas ia bercantum dengan jasad. Terdapat empat unsur yang menentukan ciri semula jadi manusia, iaitu unsur syahwat, unsur marah, unsur kesyaitanan, dan unsur ketuhanan. Setiap unsur ini mempengaruhi pembentukan personaliti manusia, dan mereka berkembang secara berperingkat-peringkat selepas manusia dilahirkan. Unsur syahwat adalah alat bagi roh untuk menjalani kehidupan duniawi. Misalnya, manusia perlu memuaskan keperluan fisiologi untuk meneruskan kehidupan. Unsur syahwat terbit dari sifat kehaiwanan. Unsur ini bertanggungjawab terhadap tabiat kehaiwanan yang ada pada diri manusia. Matlamat utama unsur syahwat adalah memuaskan keperluan fisiologi. Jikalau dikawal dengan baik, keinginan syahwat dapat memberi beberapa kebaikan kepada manusia. Dalam konteks ini, Islam menganjurkan adab tertentu bagi mengembangkan kekuatan syahwat yang bermanfaat. Misalnya, untuk mengembangkan sifat baik peribadi, Islam menganjurkan adab membersihkan diri (taharah), makan,

Page 51: Budaya Ketepatan

36

minum, tidur, berehat, beriadah, berkahwin, bekerja, menjaga kesihatan badan, dan membelanjakan harta.

Unsur marah pula terbit daripada sifat kekerasan, kebuasan, dan kebengisan. Matlamat utama unsur marah ialah untuk memuaskan keperluan keselamatan. Keinginan yang terbit dari mekanisme pendorong yang dikuasai oleh unsur syahwat dan unsur marah dikenali sebagai hawa nafsu atau nafsu syahwat. Seterusnya, unsur kesyaitanan adalah unsur yang terbit selepas manusia berupaya menggunakan akal untuk mengenali dan membezakan kebenaran dari kebatilan. Unsur kesyaitanan merujuk kebolehan manusia menggunakan kecerdasan yang ada untuk memikirkan cara, strategi, dan tipu daya bagi melaksanakan pelbagai bentuk kejahatan demi memenuhi dorongan unsur syahwat dan unsur marah. Akhir sekali, unsur ketuhanan sudah ada dalam roh manusia semenjak mula kejadiannya lagi. Namun begitu, unsur ini mula berfungsi dengan jelas selepas roh bercantum dengan jasad. Unsur ketuhanan melahirkan sifat seperti suka kepada pujian, kekuasaan, ingin tahu, kreatif, pencapaian hasrat diri, mengetahui, dan memahami. Jikalau mekanisme pendorong dikuasai unsur ketuhanan tanpa bimbingan pemikiran rasional dan syariah Islam, maka manusia akan memaparkan tingkah laku yang negatif dan merosakkan.

Menurut perspektif bersepadu, akhlak manusia terbentuk berlandaskan empat kekuatan, iaitu kekuatan ilmu, kekuatan syahwat, kekuatan marah, dan kekuatan keadilan. Kekuatan ilmu dibentuk melalui pengembangan unsur ketuhanan. Pengembangan unsur ketuhanan pula membabitkan pemuasan keperluan asas seperti keperluan rohani, tazkiyah, pencapaian diri, emosi, sosial, dan keselamatan. Kekuatan syahwat pula terbentuk melalui pengembangan unsur syahwat dengan berlandaskan pemikiran rasional dan syariah Islam. Pengembangan unsur syahwat membabitkan pemuasan keperluan fisiologi. Seterusnya, kekuatan marah dibentuk melalui pengembangan unsur marah. Pengembangan unsur

Page 52: Budaya Ketepatan

37

marah pula membabitkan pemuasan keperluan keselamatan. Akhir sekali, kekuatan keadilan dibentuk melalui pengembangan unsur syahwat, marah, dan ketuhanan di bawah kawalan akal dan syariah Islam. Pengembangan unsur-unsur tersebut membabitkan pemuasan keperluan fisiologi dan psikologi. Ringkasnya, asas bagi akhlak yang mulia ialah empat sifat teras, iaitu bijaksana, adil, berani, dan suci peribadi (lihat Jadual 2).

Al-Ghazali (1990) telah mengemukakan satu model pembangunan dan penjernihan diri yang menyeluruh dan bersepadu (lihat Borang Penilaian Penjernihan Jiwa). Model yang berpaksikan syariah Islam itu menjelaskan cara untuk menyucikan diri melalui pembinaan empat kekuatan asas, iaitu kekuatan ibadah, kekuatan adab seharian, kekuatan menjauhi perkara yang membinasakan, dan kekuatan melakukan perbuatan yang menyelamatkan. Model penjernihan jiwa anjuran al-Ghazali membekalkan satu mekanisme yang dinamik bagi menilai penghayatan individu tentang unsur-unsur asas yang menjadi landasan bagi budaya ketepatan.

Jadual 2Hubungan Antara Keperluan Asas Dengan Akhlak Insan

Unsur Keperluan Kekuatan Asas Sifat Mulia

Syahwat Fisiologi Kekuatan syahwat Baik budi pekertiMarah Keselamatan Kekuatan marah BeraniKetuhanan Emosi dan sosial Kekuatan ilmu Bijaksana Pencapaian kendiri Tazkiyah RohaniGabungan Fisiologi Kekuatan keadilan Adilsyahwat, Psikologimarah, danketuhanandi bawah kawalan akal dansyarakKesyaitanan Tiada Kekuatan kesyaitanan Tiada

Page 53: Budaya Ketepatan

38

Seterusnya, istilah kefahaman merujuk keupayaan atau kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu perkara, manakala istilah pemahaman merujuk perihal memahami, apa yang difahami oleh seseorang individu tentang sesuatu perkara, atau sejauh mana sesuatu perkara difahami oleh seseorang individu. Oleh sebab pengetahuan bersifat kontekstual, relatif, subjektif, tidak mempunyai struktur mutlak, terdiri daripada hasil pembinaan aktif yang dilakukan oleh seseorang individu, dan digunakan dalam interaksi sosial, maka apa yang kita tahu dan faham adalah semata-mata terdiri daripada tafsiran kita tentang perkara yang kita alami, bukan perwakilan sebenar tentang realiti yang wujud secara a priori di luar fikiran kita. Hanya Tuhan memiliki pengetahuan tentang realiti yang sebenar. Oleh itu, sebarang nilai yang dibentuk oleh fikiran manusia berdasarkan cita rasa masyarakat semata-mata adalah relatif; sebaliknya, nilai yang dianjurkan oleh agama tentang baik buruk atau halal haram sesuatu perkara adalah bersifat mutlak. Nilai yang berasaskan ajaran Islam atau tidak bercanggah dengan ajaran tersebut disebut sebagai nilai murni. Perlu ditegaskan bahawa nilai mutlak tidak sama dengan nilai relatif. Misalnya, perkara yang dianggap keji oleh agama akan kekal sebagai perkara keji merentasi masa; sebaliknya nilai ciptaan manusia boleh berubah dari semasa ke semasa selaras dengan cita rasa masyarakat.

Teori dan Metafora Pintar Cerdas

Dewasa ini, terdapat pelbagai pandangan yang berbeza tentang konsep pintar cerdas. Pada asasnya, setiap definisi pintar cerdas mempunyai hubungan yang rapat dengan falsafah dan nilai hidup yang dimiliki oleh ahli pendidik yang mengemukakan definisi tersebut. Berikut adalah beberapa pandangan umum tentang pintar cerdas: (a) prestasi semasa: kebolehan semasa yang dimiliki oleh seseorang individu; (b) potensi prestasi: potensi keupayaan seseorang individu untuk melaksanakan sesuatu tugas pada masa hadapan; (c) darjah kecerdasan: pencapaian individu dalam ujian kecerdasan tertentu seperti Skala Kecerdasan Stanford-

Page 54: Budaya Ketepatan

39

Binet; (d) tahap perkembangan: kecepatan seseorang kanak-kanak memasuki sesuatu peringkat perkembangan kognitif; dan (e) penyesuaian diri: kebolehan individu untuk memperoleh manfaat daripada pengalaman baru.

Oleh kerana pintar cerdas adalah satu konsep abstrak yang tidak mempunyai perwakilan konkrit, bukan seperti konsep kereta atau rumah, maka ahli pendidikan telah menganjurkan beberapa teori dan metafora yang berbeza untuk menjelaskan konsep tersebut. Istilah teori merujuk satu himpunan pernyataan atau proposisi umum yang konsisten secara dalaman yang boleh digunakan untuk menjelaskan, meramalkan, atau mengawal satu kelas fenomena. Pada umumnya, teori tentang pintar cerdas boleh dibahagi kepada tujuh kategori seperti yang berikut (Nik Azis, 1999a):

• Teori berorientasikan sifat kognitif: Mengaitkan pintar cerdas dengan sifat psikologi yang khusus dan stabil. Ia berlandaskan pendekatan psikomoterik yang mentakrifkan pintar cerdas sebagai prestasi individu dalam ujian kecerdasan tertentu seperti Skala Kecerdasan Binet-Simon yang dimajukan oleh Binet dan Simon (1916).

• Teori berorientasikan faktor mental: Mengaitkan pintar cerdas dengan pemboleh ubah terpendam yang asas, yang menjelaskan perbezaan dalam kalangan manusia. Dua contoh teori ini ialah teori dwifaktor anjuran Spearman (1927) dan model struktur intelek anjuran Guilford (1988).

• Teori berorientasikan pemprosesan maklumat: Mengaitkan pintar cerdas dengan proses yang digunakan oleh individu untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah tertentu. Dua contoh teori ini ialah teori tiga serangkai tentang kecerdasan manusia (triarchic theory of human intelligence) anjuran Sternberg (1995) dan teori kecerdasan yang berjaya (successful intelligence) anjuran Sternberg (2005).

Page 55: Budaya Ketepatan

40

• Teori berorientasikan asas biologi: Mengaitkan pintar cerdas dengan fungsi organ otak dan operasi sistem saraf pusat dari segi fisiologi. Terdapat tiga pendekatan yang popular, iaitu pendekatan neuropsikologi, pendekatan elektrofisiologi, dan pendekatan pengaliran darah. Satu contoh teori ini ialah teori kecerdasan pelbagai (multiple intelligences theory) yang dimajukan oleh Gardner (1999). Teori kecerdasan pelbagai juga berlandaskan budaya, di samping berlandaskan asas biologi.

• Teori berorientasikan perkembangan kognitif: Mengaitkan pintar cerdas dengan kognisi dan perkembangan kognitif. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi pintar cerdas, iaitu kematangan fizikal, pengalaman aktif, interaksi sosial, dan keseimbangan. Dua contoh teori ini ialah teori perkembangan kanak-kanak yang dimajukan oleh Piaget (1950) dan teori mengetahui (konstruktivisme radikal) yang dianjurkan von Glasersfeld (1995).

• Teori berorientasikan interaksi sosial: Mengaitkan pintar cerdas dengan sosialisasi yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau budaya. Dua contoh teori ini ialah teori pembelajaran sosial anjuran Bandura (1977) dan teori perkembangan sosial anjuran Vygotsky (1978).

• Teori berorientasikan perkembangan bersepadu: Mengaitkan pintar cerdas dengan perkembangan fizikal, mental, dan rohani secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan ajaran agama. Dua contoh teori ini ialah teori psikologi jiwa manusia yang dimajukan oleh Syed Muhammad Naquib (1995) dan teori penjernihan jiwa anjuran al-Ghazali (1992).

Secara keseluruhan, enam daripada tujuh teori pintar cerdas yang dinyatakan adalah berlandaskan gagasan sekularisme yang dibentuk dalam budaya Barat moden yang mengetepikan peranan Tuhan dan ajaran agama dalam

Page 56: Budaya Ketepatan

41

perbincangan dan pengembangan daya pintar cerdas. Istilah metafora pula merujuk cara yang tidak konvensional untuk menjelaskan atau mewakilkan sesuatu benda, peristiwa, atau keadaan sebagai benda, peristiwa, atau keadaan yang lain. Pada umumnya, metafora tentang kecerdasan atau pintar cerdas boleh dikelaskan kepada empat kategori asas, yang mana tiga kategori yang awal dibentuk dalam budaya Barat moden yang sekular (lihat Rajah 5).

Setiap metafora pintar cerdas melihat kognisi dan mental manusia dalam cara yang berbeza, dan oleh itu, mempunyai implikasi yang berbeza terhadap cara untuk menentukan daya pintar cerdas. Pada masa kini, kebanyakan ujian kecerdasan adalah berasaskan metafora geografi, tetapi fenomena ini merupakan kebetulan sejarah sahaja dan bukan disebabkan oleh keperluan logik atau psikologi. Berikut adalah penjelasan ringkas tentang metafora tersebut:

Metafora geografi Sebagai entiti dalaman Metafora biologi

Metafora epistemologi Metafora Sebagai entiti luaran Metafora sosiologiPintarCerdas Metafora antropologi

Sebagai entiti dalaman Metafora sistem dan luaran

Sebagai entiti bersepadu Metafora bersepadu

Rajah 5. Beberapa metafora pintar cerdas

Metafora geografi• : Teori kecerdasan berorientasikan sifat kognitif dan faktor mental digunakan untuk menggambarkan kecerdasan atau fikiran manusia sebagai peta geografi. Ujian kecerdasan yang popular seperti Skala Kecerdasan Stanford-Binet, Skala

Page 57: Budaya Ketepatan

42

Kecerdasan Wechsler, Matriks Progresif Raven, Ujian Perbendaharaan Kata Gambar Peabody, dan Ujian Kecerdasan Adil Budaya Cattell didominasikan oleh metafora geografi.

Metafora komputer• : Teori kecerdasan berorientasikan pemprosesan maklumat digunakan untuk menggambarkan kecerdasan atau fikiran manusia sebagai program komputer. Perkara utama yang diberi perhatian termasuklah kebolehan meta kognitif dan penyelesaian masalah.

Metafora biologi: • Teori kecerdasan berorientasikan asas biologi digunakan untuk menggambarkan kecerdasan atau fikiran manusia dari sudut fungsi biologi, fisiologi, empiris, dan secara menyeluruh (ipso facto) menolak unsur metafizik. Tiga pendekatan yang digunakan ialah pendekatan neuropsikologi, elektrofisiologi, dan pengaliran darah.

Metafora epistemologi:• Teori kecerdasan berorientasikan perkembangan kognitif digunakan untuk menggambarkan kecerdasan sebagai proses adaptasi yang daya maju (viability). Perkara yang diberi perhatian termasuklah asal usul dan perkembangan pengetahuan (epistemologi genetik) dan pemikiran reflektif.

Metafora sosiologi• : Teori kecerdasan berorientasikan perkembangan sosial digunakan untuk menggambarkan kecerdasan dari sudut sosialisasi, khususnya persoalan bagaimana proses sosialisasi mempengaruhi perkembangan kecerdasan dalam konteks budaya yang tertentu.

Metafora antropologi• : Kecerdasan digambarkan dari sudut pengaruh kebudayaan terhadap kognisi dan tumpu diberikan kepada tugas kognitif yang relevan dari sudut kebudayaan.

Page 58: Budaya Ketepatan

43

Metafora sistem• : Kecerdasan digambarkan sebagai satu himpunan konsepsi dan andaian yang berbeza, yang digabungkan untuk membentuk satu perspektif yang lebih meluas. Penekanan diberi kepada hubungan antara produktiviti dalam ujian kecerdasan dengan produktiviti dalam kehidupan seharian.

Metafora bersepadu• : Kecerdasan digambarkan sebagai gabungan perkembangan unsur fizikal (jasad) yang bersifat sementara dan unsur rohani yang bersifat kekal dengan berlandaskan ajaran agama, dalam mana manusia yang pintar cerdas ialah manusia yang memenuhi tuntutan akidah, adab, ibadat, ilmu, akhlak, dan syariah dengan cemerlang.

Tujuh daripada lapan metafora di atas memberikan cebisan gambaran tentang konsep pintar cerdas dalam acuan Barat moden. Metafora tersebut mengandungi beberapa idea yang menarik, tetapi tidak memberi ruang kepada peranan Allah dalam hal yang melibatkan pintar cerdas. Pandangan seperti itu ditolak oleh Islam, yang mana Islam membincangkan konsep pintar cerdas secara menyeluruh dengan berpusatkan Tuhan (teosentrik), bukan antroposentrik (berpusatkan manusia) atau eksistentialisme (berpusatkan pengalaman kewujudan). Misalnya, menurut perspektif Islam, roh manusia mempunyai potensi tulen atau kesanggupan terpendam (fitrah) yang terkandung dalam unsur ketuhanan (surah ar-Ruum 30:30). Unsur tersebut mengandungi beberapa sifat Allah yang diberikan kepada manusia dalam bentuk dan daya yang amat terbatas (surah al-Israa’ 17;70; surah ar-Rahmaan 55:4)). Ciri pintar cerdas yang dipunyai oleh individu saling berkaitan dengan penghakikian dan pengembangan potensi kekuatan semula jadi yang ada pada dirinya (surah at-Tiin 95:4-6).

Selepas masa kelahiran, setiap individu menghakikikan dan mengembangkan potensi intelek yang dimilikinya dengan membina pengetahuan yang khusus dalam pelbagai bidang kehidupan mengikut usaha, minat, dan pengalaman sendiri.

Page 59: Budaya Ketepatan

44

Penghakikian dan pengembangan potensi pintar cerdas dijalankan oleh dua daya dalam roh rasional, iaitu intelek praktikal dan intelek kontemplatif. Kedua-dua intelek ini sebenarnya merupakan dua fungsi akal manusia dan melibatkan proses berfikir, iaitu aktiviti renungan (refleksi) atau penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Secara khusus, fikir adalah satu fungsi akal, tetapi fikir yang dipimpin oleh kebenaran yang terkandung dalam ilmu wahyu dikenali sebagai furqan. Segala pengetahuan yang dibina oleh manusia melalui fikir semata-mata, bukan melalui furqan adalah tidak lebih daripada prasangkaan. Prasangkaan (zann) itu pula menjadi sumber kepada kekeliruan antara kebenaran dan kepalsuan (surah Yunus 10:36).

Dewasa ini, terdapat beberapa bidang pintar cerdas yang mendapat perhatian masyarakat seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logik dan matematik, kecerdasan ruang, kecerdasan sosial, kecerdasan emosi, kecerdasan muzik, kecerdasan tubuh dan kinestetik, kecerdasan seni, kecerdasan rohani, kecerdasan moral, kebolehan intelek umum, bakat dan akademik khusus, pemikiran kreatif dan inovatif, dan kecerdasan kepemimpinan. Menurut perspektif Islam, seluruh isi alam termasuk daya pintar cerdas yang ada pada diri manusia adalah milik mutlak Allah (surah al-Maa’idah 5:17). Daya tersebut diberi kepada manusia sebagai amanah dan konsep pemilikan daya pintar cerdas oleh seseorang individu hanya sebagai perlanjutan daripada pemilikan mutlak Allah. Oleh itu, setiap individu perlu menggunakan daya pintar cerdas dengan sewajarnya. Malah, daya pintar cerdas boleh dianggap sebagai satu bentuk ujian yang diadakan oleh Allah untuk menentukan tahap keimanan dan ketakwaan manusia. Misalnya, Allah menguji orang yang pintar cerdas atau ulul-albab dengan daya kepintarannya, supaya terbit rasa syukur dan berterima kasih daripada orang tersebut terhadap pemberian Allah. Begitu juga, Allah menguji orang yang kurang pintar dalam sesuatu bidang kehidupan dengan kekurangan daya kepintarannya, supaya terbit rasa sabar dan tabah untuk terus menguasai kemahiran dan menuntut ilmu.

Page 60: Budaya Ketepatan

45

Menurut perspektif Islam, manusia akan mencapai kebahagiaan hidup sekiranya mereka berjaya menghadapi ujian Allah (surah al-Ankabuut 29: 2-7). Dalam ujian tersebut, Allah menjadi penguji, manusia menjadi pengambil ujian, kehidupan di dunia menjadi medan ujian, umur manusia menjadi tempoh masa ujian, dan setiap perbuatan individu menjadi soalan ujian (surah al-Mulk 67:2). Semakin tinggi keimanan dan keilmuan manusia, maka semakin hebat ujian Allah terhadap mereka. Manusia yang berjaya menghadapi ujian Allah akan diberi ganjaran syurga (surah al-Baqarah 2:214; surah Ali-‘Imraan 3:142; surah al-Hajj 22:23-24), manakala manusia yang gagal pula akan diberi balasan neraka (surah al-A’raaf 7:179; surah al-Hajj 22:19-22).

Pada asasnya, setiap manusia mempunyai potensi kekuatan semula jadi (fitrah) untuk bertumbuh dan berkembang menjadi insan yang mulia. Ungkapan perkembangan pintar cerdas merujuk aktiviti penghakikian kekuatan semula jadi manusia daripada bentuk potensi tulen kepada bentuk kewujudan yang sebenar. Oleh sebab potensi tulen tidak boleh bertukar menjadi kewujudan sebenar dengan sendiri, penghakikian intelek manusia dari bentuk kesanggupan terpendam kepada bentuk kesanggupan sebenar mengimplikasikan kewujudan intelek luar yang sentiasa melakukan tindakan dan tanggungjawab mentransformasikan potensi tulen menjadi kenyataan. Intelek luar itu ialah Allah Yang Maha Esa dan Maha Pencipta.

Allah s.w.t. mentransformasikan intelek bahan menjadi pengetahuan yang tertentu selaras dengan usaha dan ikhtiar yang dilakukan oleh setiap individu. Seterusnya, pengetahuan yang dimiliki oleh individu pula ditransformasikan menjadi ilmu apabila Allah mengisi pengetahuan tersebut dengan makna tertentu. Walau bagaimanapun, manusia perlu melakukan aktiviti yang tertentu untuk membolehkan mereka memperoleh makna tentang sesuatu perkara sebab makna tidak tiba kepada diri mereka secara sembarangan. Menurut perspektif Islam, terdapat pelbagai sumber pengetahuan seperti pengalaman

Page 61: Budaya Ketepatan

46

empiris, akal fikiran yang sihat, berita yang benar, dan intuisi. Dari sudut penghakikian dan hierarki perkembangan, daya pintar cerdas boleh dibahagi kepada tiga tahap seperti berikut:

Tahap potensi tulen• : Semua manusia bersifat pintar cerdas sebab mereka dilahirkan dengan potensi kekuatan semula jadi untuk tumbuh dan berkembang menjadi insan yang mulia. Namun begitu, keupayaan pintar cerdas tidak sama antara individu dengan individu yang lain bergantung pada kemuliaan roh individu tersebut.

Tahap pengetahuan• : Manusia yang pintar cerdas ialah manusia yang berjaya menguasai kemahiran dan membina pengetahuan yang canggih dalam satu atau beberapa bidang kehidupan. Himpunan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu akan mempengaruhi tingkah laku individu tersebut. Walau bagaimanapun, tingkah laku yang dikawal oleh pengetahuan tidak dianggap sebagai amal soleh sebab pengetahuan tidak mengandungi kebenaran dan hikmah. Sebaliknya, pengetahuan hanya mampu membekalkan kecerdasan, kepandaian, dan kebolehan yang tertentu sahaja.

Tahap ilmu• : Manusia yang pintar cerdas dalam pengertian yang sebenar ialah manusia yang berjaya melaksanakan tugas keinsanan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Pelaksanaan kedua-dua tugas ini adalah berlandaskan kekuatan iman dan ilmu. Apabila kalbu dan jiwa insan dihidupkan dengan cahaya keimanan, akal disuburkan dengan cahaya keilmuan, dan daya syahwat dan daya marah dikawal oleh kekuatan keadilan, maka barulah segala tingkah laku manusia dianggap sebagai amal soleh. Inilah puncak penghakikian dan pengembangan potensi intelek manusia.

Page 62: Budaya Ketepatan

47

Menurut perspektif Islam, penghakikian potensi pintar cerdas harus berorientasikan amal soleh. Tujuan penghakikian tersebut ialah untuk membina kekuatan akidah dan kekuatan ilmu dalam diri manusia. Malah, Sayid Sabiq (1978) menjelaskan bahawa setiap individu Muslim perlu menguasai tujuh kekuatan utama bagi membina semula peradaban Islam, iaitu kekuatan akidah, kekuatan ilmu, kekuatan akhlak, kekuatan ekonomi, kekuatan ikatan masyarakat, kekuatan susunan perdamaian, dan kekuatan jihad. Secara analogi, kekuatan akidah boleh dianggap sebagai akar pokok, kekuatan ilmu sebagai batang pokok, kekuatan pintar cerdas sebagai dahan pokok, dan tingkah laku manusia sebagai buah dari pokok tersebut. Tanpa pelaksanaan amal yang soleh, sesuatu pohon tidak akan menghasilkan buah yang berfaedah dan ini bererti wujudnya kerenggangan antara manusia dengan Allah.

Menurut perspektif Islam, ilmu bukan merupakan matlamat akhir, tetapi ia merupakan satu alat penting untuk mencapai matlamat akhir dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi, iaitu kebahagiaan (surah al-Baqarah 2:201; surah al-Qasas 28:77). Ilmu tanpa amal soleh boleh disifatkan sebagai ketidakwarasan, manakala amal tanpa ilmu pula boleh disifatkan sebagai kesesatan. Penghakikian potensi pintar cerdas sepatutnya memberi tumpuan kepada ilmu untuk penghayatan, bukan ilmu untuk ilmu atau ilmu untuk utiliti semata-mata. Untuk mengukuhkan pemahaman tentang individu pintar cerdas, al-Quran memerihalkan ciri individu ulul-albab sebagai contoh manusia pintar cerdas dan individu yang lalai sebagai contoh manusia tidak pintar cerdas:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal (ulul-albab). (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula

Page 63: Budaya Ketepatan

48

memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka (surah Ali-‘Imraan 3:190-191).

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai (surah al-A’raaf 7:179).

Untuk mencapai kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi, manusia perlu menghakikikan dan mengembangkan potensi diri mereka dengan membina pengetahuan yang canggih dan berguna serta mengerjakan amalan yang baik (soleh). Antara lain, amalan yang baik membabitkan pelaksanaan empat tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada diri sendiri, tanggungjawab kepada masyarakat, dan tanggungjawab kepada alam sekitar dengan berlandaskan ajaran Islam. Ringkasnya, pengembangan daya pintar cerdas yang dimajukan oleh perspektif Islam (perspektif bersepadu) membabitkan tiga proses: (a) proses pemahaman dan kesedaran: memahami dan menyedari bahawa daya pintar cerdas dalam bentuk potensi tulen (fitrah) merupakan nikmat yang diberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah dan mereka akan ditanya tentang cara mereka menggunakan amanah tersebut, (b) proses penghakikian dan pengembangan: menghakiki dan mengembangkan potensi pintar cerdas melalui pembinaan pengetahuan yang berguna dalam pelbagai bidang kehidupan dan pemerolehan makna bagi pengetahuan tersebut yang akan mentransformasikan pengetahuan kepada ilmu, dan (c) proses

Page 64: Budaya Ketepatan

49

penghayatan: mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam kehidupan seharian dengan berpandukan ajaran Islam, khususnya dalam melaksanakan empat tanggungjawab asas berlandaskan kekuatan akidah. Rajah 6 memaparkan satu model bagi penghakikian dan pengembangan potensi pintar cerdas.

FAKTORDALAMAN

FAKTORLUARAN

DOMAIN POTENSI

BIDANG KERJAYA

Warisan bakaKematangan diri Perwatakan, Jiwa

Sikap, MinatNasib diri, Tabiat

PersekitaranMasyarakat

BudayaDemografiGeografiPeristiwa

Globalisasi

Intelektual Kerohanian Kreativiti

Emosi, Sosial Kepemimpinan

Kesenian Lain-lain

PendidikanPerniagaanPengurusanPerubatan

PerundanganSains, teknologi

Lain

Pembelajaran/Latihan/Amalan/Pelaziman

Rajah 6. Model penghakikian potensi pintar cerdas

Penghakikian dan pengembangan potensi pintar cerdas membabitkan tiga dimensi asas, iaitu dimensi unsur yang terdiri daripada pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia seperti unsur fizikal, kognitif, sosial, emosi, akhlak, dan rohani; dimensi tujuan yang membabitkan aspek perkembangan, penjernihan, pencegahan, dan pengukuhan; dan dimensi kaedah yang melibatkan beberapa pendekatan seperti pembelajaran, latihan, dan pelaziman. Pada asasnya, faktor utama yang menyebabkan manusia gagal untuk mencapai kejayaan dalam

Page 65: Budaya Ketepatan

50

kehidupan mereka ialah kejahilan tentang diri mereka sendiri sehingga mereka rela menjadi hamba kepada daya negatif (hawa nafsu) yang terdapat dalam diri mereka. Tanpa pemahaman yang baik tentang kekuatan diri sendiri, pelbagai fungsi yang dilakukan oleh roh yang dibaluti jasad, dan peranan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad, manusia akan terus-menerus menjadi hamba kepada kehendak hawa nafsu. Dalam proses mengembangkan potensi pintar cerdas pula, kegagalan untuk mencapai sesuatu objektif tidak membuat seseorang itu gagal kecuali ia berhenti melaksanakan tanggungjawab hidupnya. Satu hakikat tentang pintar cerdas ialah potensi tersebut hanya dapat dikembangkan ke tahap yang maksimum melalui usaha yang bersungguh-sungguh (hasil titik peluh dan keringat), komitmen yang tinggi dalam mencapai matlamat hidup, beradab dalam mengamalkan budaya ketepatan, dan ketakwaan dalam setiap tindakan. Thomas Edison (lihat Owen, Froman, & Moscow, 1981, hlm. 285) memberi satu pandangan menarik tentang pintar cerdas: Pintar cerdas terdiri daripada 1 peratus inspirasi dan 99 peratus keringat.

Al-Quran mengaitkan pintar cerdas dengan konsep ulul-albab. Istilah albab ialah kata jamak bagi perkataan lubb yang bermaksud akal atau inti pati sesuatu perkara. Apabila akal dibersihkan daripada pengaruh hawa nafsu dan unsur khayalan, ia disebut sebagai lubb. Ringkasnya, ungkapan ulul-albab mempunyai beberapa makna seperti yang berikut:

• Orang yang mempunyai akal yang unggul, menggunakan akal dengan sebaik-baiknya, berfikir secara rasional, dan membuat refleksi secara mendalam.

• Orang yang mempunyai akal yang sempurna dan suci serta memahami sesuatu perkara dan hakikatnya dengan jelas.

• Orang yang memahami, memikirkan, dan mendalami makna sesuatu perkara.

Page 66: Budaya Ketepatan

51

• Orang yang memiliki pemikiran dan pemahaman yang benar dan mendalam (men of understanding atau the ones endued with understanding).

• Orang yang berfikir dan memiliki sikap yang terbit daripada jiwa yang tidak dihinggapi penyakit penyelewengan, iaitu suatu sikap yang dimiliki oleh mereka yang mempunyai pemahaman yang mendalam tentang agama dan menerima tanpa ragu-ragu bahawa seluruh isi al-Quran datang dari Allah semata-mata.

• Orang yang memiliki akal yang suci dan murni, tetapi tetap memerlukan ketakwaan kepada Allah sebab ketakwaanlah yang akan membawanya kepada kejayaan dan keberuntungan yang hakiki dan abadi (al-falaah).

• Orang yang memiliki akal yang murni, berusaha memahami kitab yang tertulis (wahyu, al-Quran) dan kitab yang terbuka (alam semesta), dan menganggap alam ini sebagai tanda-tanda Allah, yang merupakan pendedahan daripada Kebijaksanaan dan Kekuasaan Allah yang tidak terbatas.

Pada hakikatnya, pengamalan budaya ketepatan dengan berkesan hanya dapat dilakukan oleh individu ulul-albab. Untuk melahirkan individu seperti itu, sistem pendidikan harus menggunakan pendekatan bersepadu yang mementingkan kecemerlangan ilmu agama dan ilmu sains, kecemerlangan adab dan akhlak, kemurnian iman dan takwa kepada Allah, dan keterampilan profesional dan teknikal. Individu ulul-albab ialah individu yang sarat akhlak mulia, sarat ilmu agama, dan sarat ilmu keduniaan. Dalam aspek pemerolehan, mereka mengamalkan prinsip kecemerlangan (the quest for Islamic-based excellence), manakala dalam aspek penggunaan pula mereka mengamalkan prinsip kesederhanaan (the quest for Islamic-based moderation) atau al-wasatiyyah yang sejati, yang semuanya

Page 67: Budaya Ketepatan

52

berpaksikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Yang Maha Esa. Perkara yang ditekankan ialah pencapaian tahap kecemerlangan yang seimbang atau ringkasnya, kecemerlangan Islamik yang melibatkan unsur seperti ketekunan dan kemahiran (al-itqaan), ketepatan dan kesempurnaan (al-ihsaan), dan keunggulan (al-tafawwuq), bukan kecemerlangan sekular. Melalui penghayatan kedua-dua prinsip ini secara bersepadu, sebarang bentuk ekstremisme seperti kecenderungan untuk melampaui batas intelektualisme, spiritualisme, dan materialisme dapat dihindari.

Model Hierarki Nilai Umum

Ungkapan hierarki nilai merujuk susunan atau kedudukan tinggi rendah nilai dalam sesuatu sistem nilai yang dimiliki oleh individu berdasarkan pertimbangan yang dibuat olehnya. Pertimbangan itu boleh berasaskan ajaran agama atau fikiran rasional semata-mata. Dari sudut hierarki berdasarkan ajaran agama, nilai umum yang dimiliki oleh manusia boleh dikelaskan kepada empat kategori, iaitu nilai asas, nilai teras, nilai utama, dan nilai kembangan. Nilai asas berkaitan dengan pegangan hidup, manakala nilai teras pula berkaitan dengan keperluan hidup. Seterusnya, nilai utama berkaitan dengan perwatakan diri, manakala nilai kembangan pula berkaitan dengan pembangunan diri. Contoh nilai asas ialah beragama (beriman dan bertakwa kepada Tuhan), ateisme, sekularisme, animisme, dan agnostik (lihat Rajah 7). Di Malaysia, beriman atau beragama merupakan nilai asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Page 68: Budaya Ketepatan

53

Kategori Nilai Nilai Hayati Nilai Hindari

Kembangan Amalan berprestasi tinggi Amalan berprestasi rendah Berbudi bahasa Biadab, kasar dalam pembawaan Keadilan sosial Ketidakadilan sosial Kehidupan berintegriti Kehidupan kacau-bilau Menepati masa Melengahkan masa Menepati timbangan Mengurangkan timbangan Menepati janji Mungkir janji Nikmat berinovasi Benci pembaharuan, fikiran beku Membudayakan ilmu Membudayakan taklid buta Seronok bekerja Bosan bekerja, dan lain-lain Penyampai yang benar Penyampai yang palsu

Utama Amanah Pecah amanah Bersih Rasuah, khianat Benar Palsu, tipu, tiruan Hormat Kurang sopan, pandang rendah Ikhlas Niat jahat, kotor hati, berselindung Integriti Tak jujur, tak utuh, pincang Menerima Menolak, menyingkir, menyisih Rendah hati Sombong, takabbur, angkuh, riyak Setia Belot, derhaka, berpaling hati Sederhana Ekstrem, keterlaluan, melampau Syukur Takbur, sombong Tabah Mudah mengalah, tidak teguh hati Toleransi Tertutup kepada perbezaan Tekun Main-main, malas, dan lain-lain

Teras Adil Zalim, berat sebelah, kejam Bijaksana Prasangka, waswas, kejahilan Berani Pengecut, cepat marah Baik peribadi Buruk perangai, pengotor, gelojoh

Asas Beriman, beragama Kufur, syirik, fasik, ateis, agnostik

Rajah 7. Model hierarki nilai umum menurut perspektif bersepadu

Nilai teras pula terdiri daripada empat nilai, iaitu baik peribadi, keberanian, kebijaksanaan, dan keadilan. Nilai baik peribadi dibentuk dan dikembangkan melalui pemuasan keperluan hayat, manakala nilai keberanian pula dibentuk dan dikembangkan melalui pemuasan keperluan keselamatan. Seterusnya, nilai kebijaksanaan dibentuk dan dikembangkan

Page 69: Budaya Ketepatan

54

melalui pemuasan keperluan emosi, sosial, pencapaian diri, penyucian diri, dan rohani; manakala nilai keadilan pula dibentuk dan dikembangkan melalui pemuasan keperluan hayat dan keperluan psikologi. Aktiviti pemuasan yang menghasilkan nilai teras yang positif atau hayati adalah aktiviti yang berasaskan atau selaras dengan ajaran agama, manakala aktiviti pemuasan yang menghasilkan nilai teras yang negatif atau hindari pula adalah aktiviti yang tidak berasaskan atau bercanggah dengan ajaran agama.

Seterusnya, nilai utama adalah banyak sekali seperti amanah, bersih, ikhlas, jujur, kemas, menerima, hormat-menghormati, baik hati, rendah hati, sabar, sederhana, setia, sopan, syukur, tabah, dan tekun. Begitu juga, nilai kembangan adalah banyak sekali seperti keadilan sosial, berhikmah dalam membuat keputusan, kerjasama kreatif, keseronokan bekerja, kebijaksanaan berhemat, kehidupan berintegriti, kematangan tindakan, kenikmatan berinovasi, berbudi bahasa, memahami dahulu, menepati masa, menunaikan janji, mendahulukan perkara utama, dan menepati timbangan.

Berdasarkan model hierarki nilai umum, sebarang nilai yang ditentukan oleh akal fikiran individu semata-mata atau berdasarkan cita rasa masyarakat dianggap sebagai nilai relatif. Sebaliknya, nilai yang ditentukan oleh Tuhan seperti yang dinyatakan dalam ilmu yang diwahyukan dianggap sebagai nilai mutlak. Sebagai perbandingan, pendukung falsafah pragmatisme dan psikologi konstruktivisme menganggap semua nilai adalah relatif, selalu berubah-ubah, dan tidak pernah mutlak. Mereka beranggapan bahawa manusia bebas untuk membentuk dan mengubah sebarang nilai dengan berasaskan fikiran rasional semata-mata. Pendukung sekularisme pula berusaha untuk membentuk sistem nilai sendiri dalam mana urusan dunia dipisahkan daripada urusan agama, dan agama hanya digunakan untuk mengatur hubungan manusia secara peribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan manusia dengan manusia diatur dengan berdasarkan kesepakatan sosial

Page 70: Budaya Ketepatan

55

semata-mata. Mereka berusaha mempengaruhi manusia agar menerima sistem nilai sekular sebagai suatu yang bersifat mutlak dan mutakhir. Pandangan pendukung pragmatisme, konstruktivisme, dan sekularisme tentang nilai adalah bercanggah dengan pandangan Islam.

Bagi orang Islam, model hierarki nilai umum mempunyai pengertian yang meluas dan mendalam. Misalnya, Syariah Islam telah menetapkan hukum wajib, sunat, makruh, haram, dan mubah (harus) bagi perkara dalam kehidupan manusia. Nilai yang baik dan buruk adalah berkaitan dengan hukum ini. Misalnya, perkara yang halal adalah baik, manakala perkara yang haram pula adalah buruk. Perkara halal dan haram diterangkan dengan jelas dalam al-Quran dan al-Sunah. Perkara yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik akan kekal baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Begitu juga, perkara yang dianggap buruk akan kekal buruk untuk selama-lamanya. Pengecualian mungkin berlaku dalam situasi kecemasan yang kritikal sahaja. Empat hukum yang pertama dan nilai-nilai yang berkaitan dengannya adalah mutlak sifatnya. Hanya perkara yang tergolong dalam kategori harus atau mubah mempunyai nilai yang bersifat relatif. Mubah adalah perkara yang tiada dosa jikalau ditinggalkan dan tiada pahala jikalau dilakukan. Namun begitu, melalui niat yang baik, perkara yang mubah seperti makan dan minum boleh ditransformasikan menjadi ketaatan dan ibadah kepada Allah. Misalnya, siapa yang makan dan minum dengan niat untuk menguatkan badan bagi melaksanakan kewajipan kepada Allah, maka perbuatan itu menjadi ibadah.

Menurut Islam, nilai-nilai fundamental yang membentuk akhlak insan adalah bersifat mutlak. Nilai tersebut tidak berubah mengikut peredaran zaman dan pertukaran tempat. Ia tidak hanya baik pada masa lalu, tetapi baik untuk masa kini dan masa akan datang. Hukum Islam menetapkan sama ada sesuatu perkara boleh atau tidak boleh dilakukan, mesti dilakukan atau mesti dijauhkan. Untuk membimbing manusia

Page 71: Budaya Ketepatan

56

memahami dan menghayati hukum dan nilai yang berkaitan dengannya, Rasulullah diutus sebagai model akhlak yang mulia dan contoh ikutan yang terbaik (surah al-Qalam 68: 4; surah al-Ahzaab 33: 21; surah al-Fath 48:29). Baginda telah merealisasikan ajaran Islam dalam kehidupannya dengan sempurna sehingga baginda dikatakan sebagai al-Quran yang hidup (the living Quran). Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad meriwayatkan bahawa ketika Saidatina Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah, beliau menjawab: Akhlak Rasulullah adalah al-Quran.

Nilai dalam Gagasan 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia mengandungi nilai eksplisit (tersurat) dan nilai implisit (tersirat) yang tertentu. Misalnya, nilai yang dinyatakan secara langsung dalam Gagasan 1Malaysia ialah satu nilai teras, tujuh nilai utama, dan enam nilai kembangan (lihat Jadual 3). Nilai-nilai itu diberi nama khas untuk memaparkan fungsi mereka dalam pengembangan dan penghayatan Gagasan 1Malaysia. Misalnya, nilai penerimaan dan keadilan sosial disebut sebagai teras perpaduan, iaitu komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama; nilai hormat-menghormati, rendah hati (tawaduk), kesederhanaan, dan berbudi bahasa disebut sebagai nilai murni, iaitu nilai yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia; dan nilai budaya berprestasi, budaya ketepatan, budaya ilmu, budaya inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan, dan kebijaksanaan disebut sebagai nilai aspirasi, iaitu nilai yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai.

Page 72: Budaya Ketepatan

57

Jadual 3 Pengelasan Nilai Yang Tersurat Dalam Gagasan 1Malaysia Berdasarkan Model Hierarki Nilai Umum

Nilai Tersurat DalamGagasan 1Malaysia

Nama Khas YangMenandakan Fungsi

Pengelasan MengikutModel Hierarki Nilai Umum

Penerimaan Teras perpaduan Nilai utama

Keadilan sosial Teras perpaduan Nilai kembangan

Hormat-menghormati Nilai murni Nilai utama

Rendah hati (tawaduk) Nilai murni Nilai utama

Kesederhanaan Nilai murni Nilai utama

Berbudi bahasa Nilai murni Nilai kembangan

Budaya berprestasi tinggi Nilai aspirasi Nilai kembangan

Budaya inovasi Nilai aspirasi Nilai kembangan

Budaya ketepatan Nilai aspirasi Nilai kembangan

Budaya ilmu Nilai aspirasi Nilai kembangan

Kebijaksanaan Nilai aspirasi Nilai teras

Kesetiaan Nilai aspirasi Nilai utama

Ketabahan Nilai aspirasi Nilai utama

Integriti Nilai aspirasi Nilai utama

Nilai asas pula tidak dinyatakan secara langsung, tetapi terkandung dalam Gagasan 1Malaysia secara implisit atau tidak langsung. Misalnya, keimanan atau keagamaan (nilai asas) tersirat dalam prinsip kenegaraan, iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, yang dianggap oleh Gagasan 1Malaysia sebagai satu daripada tiga teras perpaduan. Dua teras perpaduan yang lain ialah penerimaan dan keadilan sosial.

Satu perkara yang jelas ialah nilai yang kita miliki akan mencorakkan perwatakan dan personaliti kita. Oleh itu, jikalau kita tidak menyedari atau mengetepikan nilai yang kita miliki, maka kita mungkin akan membuat keputusan atau pertimbangan berdasarkan dorongan hawa nafsu atau keseronokan serta-merta (hedonisme), bukan berdasarkan penaakulan yang kukuh dan pembuatan keputusan yang penuh bertanggungjawab. Ringkasnya, nilai yang dimiliki oleh individu

Page 73: Budaya Ketepatan

58

mempengaruhi setiap aspek kehidupan mereka, termasuk tingkah laku peribadi dan perlakuan di tempat kerja, interaksi dengan ahli keluarga dan anggota masyarakat, proses membuat keputusan dan pertimbangan, dan arah haluan yang diambil dalam kehidupan. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengetahui dan memahami perkara yang kita hargai. Sebagai tambahan, kita tidak boleh mengguna pakai satu himpunan nilai bagi diri sendiri dan himpunan nilai yang berbeza untuk orang lain sebab perbuatan dwistandard seperti ini akhirnya akan membuat kita menjadi keliru tentang nilai yang sebenar dan hilang integriti diri.

Secara analogi, sistem nilai boleh digambarkan sebagai tapak bagi sebuah bangunan atau sistem akar bagi sebatang pokok (lihat Rajah 8). Bangunan atau pokok itu hanya kukuh dari segi struktur sekiranya ia mempunyai tapak atau sistem akar yang teguh (surah Ibrahim 14:24-26). Dalam sistem akar bagi sesuatu pokok, kekuatan akidah (nilai asas) berfungsi sebagai akar tunjang. Tiang bangunan atau batang bagi pokok tersebut terdiri daripada budaya ilmu, manakala dahan-dahan pokok tersebut pula terdiri daripada budaya ulul-albab (pintar cerdas). Empat dahan utama ialah tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada diri sendiri, tanggungjawab kepada masyarakat, dan tanggungjawab kepada alam sekitar. Seterusnya, daun-daun pokok tersebut terdiri daripada budaya ketepatan, manakala buah bagi pokok tersebut pula terdiri daripada tingkah laku manusia yang terhasil daripada pengamalan budaya ketepatan.

Berdasarkan analogi pokok, pengamalan budaya ketepatan boleh dikelaskan kepada empat kategori utama selaras dengan empat tanggungjawab asas manusia. Dalam konteks ini, terdapat empat persoalan asas: Apakah amalan ketepatan yang penting bagi pelaksanaan tanggungjawab kepada Allah dengan berkesan? Apakah amalan ketepatan yang penting bagi pelaksanaan tanggungjawab kepada diri sendiri dengan berkesan? Apakah amalan ketepatan yang

Page 74: Budaya Ketepatan

59

penting bagi pelaksanaan tanggungjawab kepada masyarakat dengan berkesan? Apakah amalan ketepatan yang penting bagi pelaksanaan tanggungjawab kepada alam sekitar dengan berkesan? Pada asasnya, sebahagian besar amalan ketepatan diperlukan bagi melaksanakan setiap tanggungjawab asas dengan berkesan. Seterusnya, selepas mengenal pasti satu himpunan nilai yang jelas bagi budaya ketepatan, kita perlu memikirkan cara untuk membentuk, menghayati, mempertahankan, dan memperkukuhkan nilai tersebut. Budaya ketepatan akan gagal dan musnah jikalau tidak ada tindakan pelaksanaan yang konkrit, padu, dan berterusan. Misalnya, jikalau anggota masyarakat tidak melakukan tindakan yang khusus, tidak kira apa nilai yang dipegang, masih tidak membawa sebarang perubahan.

Budaya Ketepatan

Budaya Ulul Albab

Budaya Ilmu

Sistem Nilai

Kekuatan Akidah

Rajah 8. Analogi pokok bagi amalan ketepatan

Page 75: Budaya Ketepatan

60

Budaya ketepatan dibentuk melalui tindakan, aktiviti, dan kerja yang dilakukan secara berterusan. Dalam konteks ini, kualiti dan kuantiti tindakan adalah penting. Misalnya, tindakan secara konvensional mungkin akan menghasilkan penambahbaikan secara bertokok (incremental) sahaja, manakala tindakan secara kreatif dan inovatif pula akan menghasilkan penambahbaikan secara anjakan berganda (quantum leap). Oleh itu, dalam merealisasikan budaya ketepatan, idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka. Dalam beberapa kes, kita perlu berfikir dan bertindak di luar kotak kebiasaan (Najib, 2010). Walaupun cara untuk melaksanakan ibadat khusus tertutup kepada pembaharuan, tetapi pelaksanaan ibadat umum sentiasa terbuka kepada inovasi dan pembaharuan yang bermanfaat dan selaras dengan ajaran agama. Misalnya, dalam dunia yang berubah dengan begitu cepat, kita mesti bersedia untuk berubah atau menghadapi risiko untuk ditinggalkan dalam persaingan global yang sengit. Dalam hal ini, inovasi dalam urusan duniawi seperti inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pendidikan, inovasi pengangkutan, inovasi pengurusan, inovasi penyelidikan, dan inovasi jaringan keselamatan siber adalah sangat penting. Ringkasnya, kita mesti berani dan komited untuk melakukan perubahan dan pembaharuan yang selaras dengan ajaran agama.

Peranan Ilmu

Amalan ketepatan bergantung pada budaya ilmu dan budaya ulul-albab, di samping pergantungan pada penghayatan nilai. Istilah ilmu merujuk ketibaan makna tentang sesuatu perkara ke dalam diri individu atau ketibaan individu kepada makna tentang sesuatu perkara (Syed Muhammad Naquib, 1995). Dalam konteks ini, proses pembinaan ilmu bukan sekadar membabitkan penglibatan aktif, refleksi, dan abstraksi, tetapi turut melibatkan penghayatan dan hidayat daripada Tuhan. Antara lain, terdapat tiga produk yang berbeza, tetapi saling berkaitan antara satu sama lain bagi kegiatan pembinaan ilmu atau pembelajaran, iaitu maklumat, pengetahuan, dan ilmu.

Page 76: Budaya Ketepatan

61

Istilah makna pula merujuk pengenalan tentang tempat yang tepat bagi sesuatu perkara di dalam sesebuah sistem. Keadaan ini tercapai apabila saling hubungan antara sesuatu perkara dengan perkara lain dalam sistem tersebut dapat difahami dengan jelas (Wan Mohd Nor, 2006). Mengenali dan memahami tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara merupakan proses asas bagi pembinaan ilmu. Keadilan pula akan wujud apabila manusia mempunyai keupayaan untuk mengenali dan mengakui kedudukan yang sebenar bagi sesuatu perkara dan kerelaan mereka untuk memainkan peranan berdasarkan pengenalan dan pengakuan tersebut.

Pada asasnya, terdapat beberapa sumber bagi pembinaan pengetahuan dan ilmu. Sumber tersebut dapat dikelaskan kepada lima jenis, iaitu pancaindera (pengalaman empiris), akal (pemikiran rasional), intuisi, ilham, dan wahyu (ajaran agama). Dua sumber yang awal tergolong dalam domain fizik, manakala tiga sumber yang akhir pula tergolong dalam domain metafizik. Benda fizikal dapat diketahui melalui pengalaman empiris, konsep abstrak dapat dibentuk melalui pemikiran rasional, pemahaman mendalam tentang sesuatu fenomena dalam alam nyata dapat dicapai melalui intuisi, pendedahan langsung tentang hakikat sesuatu perkara dapat dicapai melalui ilham, dan panduan hidup yang lengkap, mutlak, dan abadi dapat diketahui melalui ajaran agama. Sumber-sumber ini boleh disusun dalam bentuk hierarki yang tertentu berdasarkan keupayaannya atau sumbangannya dalam membantu manusia untuk mengetahui kebenaran, dalam mana sumber pengalaman empiris menduduki tempat yang paling bawah, diikuti oleh pemikiran rasional, intuisi, ilham, dan wahyu (lihat Jadual 4).

Page 77: Budaya Ketepatan

62

Jadual 4Lima Sumber Bagi Pembinaan Ilmu Pengetahuan

Jenis Sumber Huraian Ringkas Tentang Fungsi

Pancaindera Membantu manusia mengetahui benda fizikal dalam alam nyata atau dalam persekitaran yang dialami secara empirikal

Akal rasional Membantu manusia membentuk pengetahuan dan membuat keputusan, penaakulan, pertimbangan, dan penilaian

Intuisi Membantu manusia memahami secara mendalam tetapi tidak menyeluruh tentang sesuatu fenomena dalam alam nyata

Ilham Membantu manusia mendapat pendedahan langsung tentang hakikat atau ciri sesuatu realiti secara menyeluruh

Wahyu Membantu manusia mengetahui cara hidup yang lengkap, sempurna, padu, dan menyeluruh

Dengan kata lain, sumber wahyu atau ajaran agama menduduki tempat yang paling tinggi (martabat tertinggi) berbanding dengan sumber lain dalam membantu manusia untuk mengetahui kebenaran. Inilah apa yang disebut sebagai hierarki dalam sumber pengetahuan dan ilmu yang tersusun secara menegak. Antara lain, penyusunan secara menegak ini memaparkan tiga ciri utama, iaitu martabat, kepaduan, dan saling hubungan antara satu sumber dengan sumber yang lain. Martabat merujuk tingkat kepentingan sesuatu sumber pengetahuan dan ilmu, manakala kepaduan pula merujuk saling lengkap melengkapi antara pelbagai sumber. Perkara yang diperoleh melalui sumber metafizik saling lengkap melengkapi perkara yang diperoleh melalui sumber fizik. Namun begitu, jikalau terdapat percanggahan antara perkara yang diperoleh melalui sumber wahyu dengan perkara yang diperoleh melalui sumber lain, maka perkara daripada sumber wahyulah yang

Page 78: Budaya Ketepatan

63

diguna pakai sebab martabat atau kedudukannya adalah paling tinggi. Seterusnya, ungkapan saling hubungan merujuk perkara yang diperoleh daripada sumber metafizik saling berhubungan dengan perkara yang diperoleh melalui sumber fizik. Misalnya, ilmu agama (ilmu naqli) saling berhubungan dengan ilmu sains (ilmu aqli) sebab semua ilmu berasal atau datang daripada Allah, dan yang berbeza hanyalah martabat dan cara manusia memperoleh ilmu tersebut.

Pembinaan dan peniruan adalah dua proses yang berbeza. Pembinaan pengetahuan melibatkan proses akomodasi, iaitu pengubahsuaian beberapa pengetahuan sedia ada atau pembentukan pengetahuan baru melalui pemikiran reflektif bagi mengatasi sesuatu gangguan, sedangkan peniruan sesuatu perkara melibatkan proses mengikuti perbuatan, perkataan, gaya, atau cara orang lain tanpa perlu berfikir secara mendalam. Pembinaan pengetahuan melibatkan pemahaman, sedangkan peniruan hanya melibatkan tindakan mengulangi sesuatu perkara. Peniruan secara membuta tuli pula berkait rapat dengan taklid secara melulu, iaitu percaya bulat-bulat kata orang lain tanpa berfikir, tanpa membuat inkuiri, atau tanpa usul periksa terlebih dahulu. Perbuatan seperti ini boleh melemahkan pembudayaan ilmu.

Menurut perspektif bersepadu, peranan guru bukan untuk menyiarkan atau memindahkan pengetahuan, tetapi untuk menyediakan peluang dan memberi galakan kepada murid untuk membina pengetahuan, mempertingkatkan pemahaman, dan memperoleh makna tentang perkara tertentu (lihat Rajah 9). Dengan kata lain, guru mempunyai peranan yang berbeza seperti mu’addib (mengembangkan adab dan akhlak), mu’allim (menyampaikan maklumat dan membantu pengembangan pengetahuan), mudarris (mengajar mata pelajaran tertentu), murabbi (membantu penghayatan ilmu), dan mursyid (memberi tunjuk ajar dalam bidang kerohanian), bergantung pada konteks pengajaran dan pembelajaran (Nik Azis, 2007a). Namun, biar apa pun peranan yang dimainkan

Page 79: Budaya Ketepatan

64

oleh guru, satu perkara yang penting ialah guru perlu prihatin dan memberi perhatian kepada pengetahuan yang dimiliki oleh murid, strategi pengaturan diri dan pemikiran reflektif yang digunakan oleh murid, dan menyedari kepentingan konteks sosial dalam pembelajaran atau perolehan makna. Sebarang tindak tanduk yang berkeras untuk menggunakan satu strategi pengajaran atau pembelajaran dalam semua konteks pendidikan adalah sifat ahli pendidik yang terasing, kaku, tidak fleksibel, dan tidak konstruktif. Objektif pembelajaran seperti membina ilmu, menjana pengetahuan, memproses maklumat, mengumpul data, menguasai kemahiran, dan mengingati fakta mempunyai hubungan berlingkar antara satu sama, bukan hubungan bersebab tanpa arah.

Bagi amalan ketepatan dalam konteks budaya ilmu, satu perkara penting yang ingin ditekankan ialah keperluan fikiran dan sikap masyarakat untuk berubah atau bergerak ke arah situasi kehidupan yang lebih berdaya maju dan berkualiti tinggi dalam mengamalkan prinsip ketepatan. Misalnya, setiap kerja yang dilakukan sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap piawaian antarabangsa sehingga menjadi contoh amalan terbaik bagi masyarakat lain, dan bukan menjadi bahan gelak ketawa bagi mereka (Nik Azis, 2007b). Dalam dunia yang berubah dengan pesat, penggunaan budaya kerja, budaya berfikir, dan budaya pengurusan masa yang silam tidak memadai untuk menempuhi gelombang perubahan masa kini. Kita perlu membentuk corak pemikiran dan gaya pengurusan baru, menguasai kemahiran baru yang terbit daripada pemikiran baru, dan menggunakan teknologi dan peralatan baru. Jikalau kita tersekat dalam cara berfikir dan bertindak yang sedia ada, kemungkinan besar kita akan dilanda oleh fenomena keterbelakangan yang diselubungi oleh krisis fikiran dan kemelut tindakan.

Page 80: Budaya Ketepatan

65

Mursyid(membantu

perkembanganrohani)

Mudaris(mengajar mata

pelajaran yang khusus)

Mu’allim(menyampai maklumat

kognitif)

Murrabi(membantu

penghayatan ilmu dan perkembangan jiwa)

Mu’addib(mengembangkan adab,

akhlak, dan nilai)

Rajah 9. Peranan guru dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran

Kewujudan realiti, demografi, ekonomi, teknologi, dan cabaran baru menuntut kita untuk mengubah dan meningkatkan kualiti budaya kerja dan budaya berfikir bagi menyesuaikan dengan keadaan baru. Kita tidak boleh terus menerus mengamalkan budaya kerja dan berfikir pada tahap lama dan terikat dengan pendekatan dan metodologi silam serta berpuas hati dengan apa yang ada. Sesetengah masyarakat dan negara lain telah jauh maju ke hadapan dalam budaya ketepatan, sedangkan kita mungkin belum bersedia untuk melakukan perubahan yang menyeluruh. Dalam Human Development Report 2011, Malaysia berada di kedudukan ke-61 daripada 187 buah negara yang tersenarai dalam laporan tersebut. Perubahan dalam pemeringkatan dari tahun 2006 ke tahun 2011 menunjukkan bahawa pencapaian mutlak Indeks Pembangunan Manusia bagi Malaysia telah naik dua kedudukan. Antara lain, laporan tersebut menunjukkan bahawa pembangunan manusia yang merangkumi amalan ketepatan adalah satu proses yang kompleks dan berpanjangan, dalam mana penambahbaikannya tidak berlaku secara automatik, tetapi memerlukan semangat politik yang kental, kepemimpinan yang berani, komitmen yang berterusan, sikap yang proaktif, dan tindakan yang menyeluruh. Seterusnya, terdapat pelbagai

Page 81: Budaya Ketepatan

66

pendekatan yang berbeza bagi mencapai pembangunan manusia, dan tidak ada satu model atau preskripsi yang seragam bagi memperoleh kejayaan. Namun begitu, satu perkara yang jelas ialah kita perlu melakukan perubahan dan pembangunan yang berterusan bagi meningkatkan kualiti hidup kita dan tidak boleh menanti satu fenomena yang tragis atau mala petaka barulah hendak berubah. Perubahan dan pembangunan yang dilakukan pula mestilah bersifat menyeluruh dan bersepadu. Mengambil petua orang tua-tua, “apabila seluruh pakaian sudah koyak-rabak, tampalan beberapa bahagian kecil tidak lagi mencukupi”.

Satu hujah yang mungkin diberikan ialah mengapa kita perlu berubah sedangkan ajaran Islam adalah lengkap, sempurna, dan tidak berubah sebagaimana yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Hujah atau justifikasi seperti ini adalah silap sebab walaupun Islam tidak berubah dan bersifat mutlak seperti yang dinyatakan, tetapi konsepsi, pentafsiran, dan pemahaman manusia tentang ajaran Islam adalah bersifat relatif dan memerlukan pengolahan kontemporari dan semasa selaras dengan tuntutan dan keperluan zaman. Perkara yang perlu dijaga ialah pentafsiran tersebut mestilah berasaskan, selaras, atau tidak melanggar prinsip syariah dan doktrin Islam yang bersifat tetap seperti yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Sebagai kitab panduan sepanjang zaman, al-Quran menetapkan parameter minimum dan maksimum bagi tingkah laku manusia. Orang Islam disuruh melakukan segala aktiviti hidup mereka dalam ruang lingkup parameter tersebut. Dalam ruang lingkup yang luas ini, manusia diberi kebebasan dan galakan untuk mengembangkan, memajukan, memantapkan, mengubah, dan memodenkan kegiatan yang berkaitan dengan kehidupan duniawi, asalkan tidak bertentangan dengan prinsip syariah dan doktrin Islam. Mereka juga boleh mentafsirkan dan menjelaskan prinsip syariah dan doktrin Islam. Perkara yang dituntut ialah pengislaman setiap aktiviti yang dilakukan

Page 82: Budaya Ketepatan

67

dan pengembangan adab, etika, dan nilai Islam dalam aktiviti tersebut.

Bagi orang Islam, makna yang sebenar bagi sesuatu perkara hanya dapat diperoleh apabila sesuatu pentafsiran atau pemahaman diasaskan atau diselaraskan dengan ajaran, prinsip, dan panduan yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah, yang merupakan sistem rujukan mutlak. Berdasarkan sistem tersebut, disiplin rohani, fikiran, perasaan, dan perbuatan yang membolehkan individu atau masyarakat mengenali dan meletakkan perkara dalam kehidupan mereka pada tempat yang sebenar sehingga terbentuknya keamanan, keadilan, keharmonian, kesejahteraan, dan kebahagiaan dalam diri, masyarakat, dan negara disebut sebagai adab (Syed Muhammad Naquib, 1995).

Kata lawan bagi beradab ialah biadab, manakala keadaan dan tingkat kemajuan dan perkembangan dalam kehidupan kebendaan dan bukan kebendaan bagi sesuatu bangsa, masyarakat, atau negara pula disebut sebagai peradaban atau tamadun. Adab menggambarkan kebijaksanaan dan keadilan, manakala kebiadaban pula menggambarkan kezaliman, kebodohan, dan kejahilan. Budaya ketepatan merupakan satu faktor penting bagi pembentukan peradaban yang tinggi dan tamadun yang unggul. Dalam konteks ini, perpaduan nasional sukar untuk dicapai jikalau budaya ketepatan dianggap sebagai suatu yang remeh. Ini kerana budaya ketepatan adalah satu faktor penting dalam usaha mencapai kehidupan yang berkualiti tinggi, dan kualiti kehidupan pula merupakan satu faktor penting dalam mencapai perpaduan nasional yang berpanjangan. Perlu dinyatakan bahawa peningkatan pendapatan dianggap perlu tetapi tidak mencukupi untuk menentukan kemajuan, kesejahteraan, dan kebahagiaan hidup manusia (Nik Azis, 2007c). Misalnya, tidak ada gunanya pendapatan yang tinggi jikalau kita tidak mampu meluangkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan keluarga (Najib, 2010) dan menjalankan ibadat khusus dengan sempurna. Ringkasnya,

Page 83: Budaya Ketepatan

68

pendapatan yang tinggi adalah satu faktor penting daripada banyak faktor yang membentuk kehidupan yang berdaya maju, sejahtera, dan bahagia.

Sesuatu umat, negara, atau tamadun akan landa oleh pelbagai masalah yang serius seperti keterbelakangan dan kemunduran apabila mereka mengalami kehilangan adab, kekeliruan ilmu, kecelaruan fikiran, dan kelahiran pemimpin yang tidak layak bagi sesuatu tugas (Syed Muhammad Naquib, 1995). Dalam situasi seperti ini, budaya ketepatan turut dipinggirkan. Ringkasnya, budaya ketepatan menjadi lebih mudah untuk dihayati sekiranya kita memiliki ilmu yang mendalam tentang perkara yang hendak diamalkan. Tanpa pengetahuan kontekstual, linguistik, konseptual, prosedur, strategik, etika, dan rohani yang relevan, kita mungkin melakukan sesuatu yang betul di dalam satu bahagian budaya ketepatan semasa kita leka melakukan sesuatu yang salah di dalam bahagian yang lain.

Tingkah laku kita dalam mengamalkan sesuatu unsur budaya ketepatan boleh diletakkan atas satu kontinum dalam mana pada satu hujung ialah amalan yang positif, manakala pada hujung yang satu lagi pula ialah amalan negatif (lihat Rajah 10). Penghayatan nilai dan pembudayaan ilmu dapat membantu kita untuk bergerak daripada kedudukan negatif kepada kedudukan positif.

Contoh: Janji

Mungkir Janji Menepati Janji (Amalan Negatif) (Amalan Positif)

Rajah 10. Kedudukan amalan menepati janji di atas satu garis kontinum

Perlu diingatkan bahawa sesuatu cara hidup yang baru seperti menepati janji, komunikasi berkesan, menepati masa, menepati timbangan, atau menepati tugas tidak akan menjadi

Page 84: Budaya Ketepatan

69

tabiat begitu sahaja sebab mereka bukan amalan murahan. Kita mestilah sanggup untuk mengorbankan tenaga, sumber, dan kepakaran dan ia hanya diperoleh melalui usaha yang gigih, ketabahan, kesabaran, dan ketekunan. Cara yang tidak berprinsip atau tidak bermoral pula akan menggagalkan usaha kita.

Seterusnya, kaedah terbaik untuk mempelajari sesuatu komponen budaya ketepatan bukanlah dengan memikirkan perkara tersebut secara mendalam semata-mata, tetapi dengan melakukannya secara berdisiplin. Melalui usaha yang gigih dan berterusan untuk mengamalkan budaya ketepatan, kita akan memahami kedudukan kita dalam hal yang melibatkan amalan ketepatan dan perkara sebenar yang membentuk diri kita. Zaman menanti nasi disajikan ke lutut dan zaman bercakap secara retorik semata-mata sudah berlalu. Begitu juga, tabiat hangat-hangat tahi ayam dan amalan melepaskan batuk di tangga hendaklah diketepikan. Tabiat baru tentang sesuatu perkara yang melibatkan prinsip ketepatan hanya dapat dibentuk jikalau kita memiliki pegangan, pengetahuan, sikap, dan kemahiran yang baru.

Ringkasnya, untuk memahami sesuatu perkara tentang budaya ketepatan, tetapi tidak melakukan seperti apa yang difahami atau tidak berminat untuk melaksanakannya adalah pada hakikatnya sama dengan tidak memahaminya. Kepercayaan, pengetahuan, dan perbuatan perlu disepadukan. Sekiranya kita gagal untuk menyedari konsep kesepaduan ini, maka kegagalan tersebut akan mengurangkan keupayaan kita untuk membentuk budaya ketepatan. Oleh itu, jangan jadi “yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam”. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tenggelam dalam alam khayalan, menganggap bahawa kita hidup dalam situasi yang bersifat utopia atau serba sempurna, dan membiarkan kehidupan kita didominasi oleh pengaruh sekularisme dan proses sekularisasi.

Page 85: Budaya Ketepatan

70

Inti sari perbincangan di atas ialah pegangan, pemahaman, dan pelaksanaan budaya ketepatan berkait rapat antara satu sama lain dalam erti kata mereka saling pengaruh mempengaruhi dan saling tentu menentukan, dan ketiga-tiga perkara tersebut perlu dikembangkan secara seimbang, menyeluruh, dan sepadu antara kehidupan duniawi dengan kehidupan ukhrawi. Budaya hati (culture of the heart), budaya kepala (culture of the head), dan budaya tangan (culture of the hand) merupakan tiga komponen penting bagi budaya ketepatan (precision culture). Setiap kerja yang dilakukan dalam ketiga-tiga budaya ini perlu mencapai tahap piawaian yang tinggi sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Pembentukan kaedah pengukuran prestasi yang jelas, telus, dan padu adalah sangat penting bagi mencapai matlamat ini.

Ancaman Sekularisme

Istilah sekularisme terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu sekular dan isme. Perkataan “isme” bermaksud faham, pendirian, atau kepercayaan; manakala perkataan sekular pula berasal daripada perkataan Inggeris Zaman Pertengahan, iaitu secular, daripada perkataan Inggeris-Perancis, iaitu seculer, daripada perkataan Latin Zaman Akhir, iaitu saecularis yang bermaksud hal duniawi, dan daripada perkataan Latin, iaitu saeculum yang bermaksud generasi atau zaman. Oleh itu, daripada asal usul perkataan, sekularisme bermaksud faham yang bertumpu kepada perkara atau fenomena pada masa kini di sini, dalam mana “masa kini” bererti masa sekarang atau masa hidup, bukan masa akhirat atau masa lepas mati; dan “di sini” pula bermaksud di dunia ini, bukan di alam lain. Dengan kata lain, sekularisme membabitkan persoalan bila (waktu) dan di mana (lokasi).

Ringkasnya, istilah sekularisme merujuk faham yang menolak atau memisahkan agama daripada kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, perniagaan, moral, dan pendidikan. Faham ini menganggap urusan keagamaan,

Page 86: Budaya Ketepatan

71

keimanan, ketakwaan, atau ketuhanan tidak perlu dicampurkan dengan urusan negara, politik, pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan. Pendukung sekularisme berpendapat bahawa agama adalah hal peribadi yang tidak ada kaitan dengan hal awam seperti urusan negara dan urusan pendidikan. Secara kasar, pendapat ini boleh digambarkan sebagai “urusan kaisar serahkan saja kepada kaisar, dan urusan Tuhan serahkan kepada Tuhan”. Sekularisme melibatkan pembebasan manusia daripada kawalan agama dan metafizik terhadap pemikiran, penaakulan, dan bahasa mereka. Melalui pendirian bahawa kehidupan duniawi tidak ada hubungan dengan kehidupan beragama, dan nilai keagamaan perlu ditolak daripada kehidupan sosial, pendukung sekularisme menyempitkan ruang lingkup agama. Perbuatan menyempit ruang lingkup agama atau mengamalkan sebahagian ajaran agama, bukan keseluruhannya dicela dengan keras oleh Allah (surah al-Baqarah 2:85), dan orang yang beriman disuruh untuk menerima dan mengamalkan ajaran agama secara menyeluruh (surah al-Baqarah 2:208).

Sekularisme membabitkan beberapa perkara asas: (a) tempat, iaitu alam nyata, alam kebendaan, atau di dunia ini sahaja, bukan alam ghaib, alam kerohanian, atau alam akhirat; (b) waktu, iaitu masa kini, sekarang, atau kehidupan di dunia, bukan masa akan datang atau kehidupan di akhirat; dan (c) sumber pertimbangan, iaitu fikiran rasional dan pengalaman empiris, bukan gabungan ajaran agama, fikiran rasional, dan pengalaman empiris; (d) nilai, iaitu nilai kebendaan yang berpusatkan manusia, bukan nilai keagamaan yang berpusatkan Tuhan; dan (e) orientasi, iaitu keduniaan dan kebendaan, bukan keagamaan dan kerohanian. Dengan kata lain, sekularisme merujuk faham atau pendirian yang bertumpu kepada kehidupan duniawi semata-mata dan menolak nilai keagamaan dalam kehidupan sosial dan politik. Ia mengubah perhatian manusia daripada hidup sebelum dan selepas mati kepada hidup sebelum mati dalam alam kebendaan semata-mata. Fokusnya adalah kepada urusan duniawi yang bebas

Page 87: Budaya Ketepatan

72

daripada ajaran agama, dalam mana nilai keluhuran keagamaan digantikan dengan nilai kemajuan kebendaan.

Sekularisasi berlaku dalam fikiran manusia dan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Proses sekularisasi membabitkan perkembangan pembebasan dalam mana produk akhir ialah relativisme, yakni semua perkara berubah mengikut masa dan tempat, termasuk sistem nilai dan standard peribadi atau masyarakat. Menurut Syed Muhammad Naquib (1978), sekularisasi mengandungi tiga komponen utama: penyahpesonaan alam (disenchantment of nature), penyahsucian politik (desacralization of politics), dan penyahtahbisan nilai (deconsecration of values). Ungkapan penyahpesonaan alam merujuk proses membebaskan alam daripada implikasi keagamaan atau mengosongkan alam daripada makna kerohanian sehingga Tuhan terpisah daripada alam dan segala kandungannya, termasuk insan. Akibatnya, manusia mungkin tidak lagi menganggap alam sebagai suatu yang dicipta oleh Tuhan. Pandangan ini membenarkan dan memberi kuasa kepada manusia untuk bertindak dengan bebas terhadap alam mengikut kehendak hawa nafsu masing-masing dan mengeksploitasikan khazanah alam mengikut rancangan dan kemahuan diri. Ungkapan penyahsucian politik pula merujuk proses menghapuskan pengesahtarafan autoriti dan kuasa politik berdasarkan ajaran agama atau menyingkirkan pengesahan kekuasaan dan kewibawaan politik dengan berpandukan sumber agama dan kerohanian. Akibatnya, konsep khalifah Allah di muka bumi dan konsep pemerintahan, pengawasan, dan pengawalan manusia oleh autoriti keagamaan disingkirkan dari arena politik. Khalifah atau wakil Allah ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi dengan berpandukan syariah dan peraturan Allah supaya kehidupan manusia menjadi teratur, bermanfaat, produktif, konstruktif, dan mempunyai tujuan murni untuk memperoleh keredaan Allah (surah al-Baqarah 2:30). Akhir sekali, ungkapan penyahtahbisan nilai merujuk proses mentafsirkan sebarang sistem nilai, termasuk agama, sebagai

Page 88: Budaya Ketepatan

73

sistem yang bersifat sementara, berubah-ubah, dan relatif; dan menyingkirkan nilai keagamaan daripada kehidupan manusia.

Akibat proses sekularisasi, dualisme menjadi ciri utama bagi paradigma dan sistem nilai dalam kehidupan sekular. Dualisme berlaku apabila dua perkara dilihat sebagai bertentangan, terpisah, dan tidak dapat dicantumkan secara harmoni. Misalnya, urusan agama dipisahkan daripada urusan dunia, kerohanian dipisahkan daripada kebendaan, wahyu dipisahkan daripada akal, tradisional dipisahkan daripada kontemporari, duniawi dipisahkan daripada ukhrawi, dan perkara peribadi atau persendirian dipisahkan daripada perkara awam atau sivil. Akibatnya, individu dan masyarakat sekular membentuk sikap tidak percaya dan tidak peduli kepada agama (disenchantment and indifference toward religion) dan mereka berpegang sepenuhnya kepada akal rasional dan pengalaman empiris dalam menghuraikan segala persoalan hidup sehingga terbentuk satu keadaan yang disebut sebagai pendewaan manusia.

Pada hakikatnya, sekularisme adalah satu faham yang bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, bahkan menentang Islam. Misalnya, ajaran Islam menganjurkan prinsip akidah, ibadah, akhlak, nilai, dan undang-undang yang ditetapkan sendiri oleh Tuhan, sedangkan cara hidup yang dianjurkan oleh sekularisme pula ditetapkan sepenuhnya oleh fikiran manusia. Sekularisme yang menganjurkan amalan tidak bersepadu yang menolak ajaran agama boleh menyesatkan manusia. Misalnya, peminggiran ajaran agama dalam kehidupan manusia membuat realiti dan kebenaran yang dibentuk oleh fikiran rasional semata-mata dicirikan dengan kerelatifan dan ketidakpastian.

Seterusnya, akibat ketidakpercayaan terhadap ajaran agama dan peminggiran unsur metafizik, segala persepsi dan konsepsi manusia tentang alam, realiti, kehidupan, pengetahuan, pembangunan, kemajuan, dan perubahan menjadi sekular

Page 89: Budaya Ketepatan

74

dan materialistik. Misalnya, pandangan bahawa perbuatan manusia dihakimi sekali sahaja semasa hidup di dunia membuat manusia sekular berusaha mencari keseronokan hawa nafsu dan kesenangan kebendaan sebanyak mungkin serta membentuk sikap keterlaluan dalam menikmati kehidupan duniawi. Sikap dan tingkah laku seperti ini digambarkan sebagai “mendewakan manusia dan memanusiakan Tuhan (man is deified and God is humanized)”. Tujuan utama sekularisme ialah supaya agama tidak campur tangan dalam urusan keduniaan. Untuk mencapai tujuan ini, sekularisme menganjurkan gagasan pembebasan alam daripada unsur keagamaan. Segala perkara yang bersifat transenden atau metafizik diketepikan dan perhatian hanya diberi kepada perkara yang bersifat keduniaan dan kekinian. Melalui tindakan seperti ini, sekularisme membuat manusia menjadi tuhan, bukan menjadi wakil Allah di bumi. Konsep “manusia sebagai tuhan di bumi” berbeza dengan konsep “manusia sebagai wakil Allah di bumi”. Misalnya, sebagai tuhan di bumi, manusia mentadbir, mengurus, dan membangunkan bumi ini mengikut peraturan ciptaan sendiri (rekaan manusia), sedangkan sebagai wakil Allah di bumi, manusia mentadbir, mengurus, memakmurkan, dan membangunkan bumi berdasarkan syariah dan peraturan ciptaan Allah (surah Faatir 35:39; surah Saad 39:26). Tugas sebagai khalifah Allah di bumi adalah satu amanah (tugas yang diserahkan oleh Allah kepada manusia untuk dilaksanakan dengan berpandukan prinsip dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah) dan manusia akan disoal tentang cara mereka memenuhi amanah tersebut pada hari akhirat, sedangkan idea manusia sebagai tuhan di bumi yang dimajukan oleh sekularisme adalah bebas daripada sebarang nilai keagamaan termasuk nilai amanah.

Ringkasnya, pandangan Islam bertentangan dengan pandangan sekularisme. Menurut Islam, Allah mencipta, menguasai, dan mengawal seluruh alam; mengetahui semua perkara yang ada atau berlaku dalam alam ini dan mengatur setiap kejadian; dan mengutus para rasul dan nabi serta menurunkan kitab suci (wahyu) bagi membimbing manusia

Page 90: Budaya Ketepatan

75

kepada kebaikan, mengeluarkan mereka daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya kebenaran, dan memimpin mereka untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Manusia perlu melaksanakan hubungan mencancang dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan mengufuk dengan manusia (hablumminannas) dengan berpandukan ajaran agama. Kaedah epistemologi Islam pula menekankan hierarki ilmu dan hierarki sumber ilmu yang meletakkan wahyu sebagai sumber utama. Melalui sumber tersebut, manusia dapat mengetahui perkara yang benar dan pasti. Dari sudut ontologi pula, manusia yang terbentuk daripada unsur rohani dan jasmani harus menjalani kehidupan sementara di dunia ini bagi mendapat bekalan untuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Oleh itu, perubahan, pertumbuhan, pembangunan, dan kemajuan merujuk perkara atau usaha yang dilakukan oleh individu dan masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan juga merujuk diri insan dan cara untuk seseorang insan kembali kepada sifat asalnya (fitrah) dan agama Islam. Setiap manusia mempunyai potensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembang menjadi insan yang baik. Namun begitu, tanpa bimbingan dan hidayah daripada Allah, manusia akan dihanyutkan oleh arus hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Dalam keadaan hati (al-qalb) yang gelap dan tercemar, potensi semula jadi atau potensi intelek sukar untuk berkembang dengan baik. Walaupun manusia bersifat fitrah (mulia dan bersih), tingkah laku mereka yang gagal mematuhi suruhan dan larangan Allah akan menyebabkan mereka terkeluar daripada aturan ketentuan fitrah. Oleh itu, amal soleh adalah sangat penting. Amal soleh menggambarkan daya intelek yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian dengan berasaskan cara yang betul dan niat yang ikhlas. Ungkapan keikhlasan niat merujuk niat yang tulus ikhlas untuk melakukan sesuatu bagi memperoleh keredaan Allah semata-mata. Dalam konteks ini, iman (kekuatan akidah) dan ilmu (kekuatan ilmu) merupakan faktor penentu dalam pelaksanaan amal yang soleh. Ringkasnya, iman, ilmu, dan amal mempunyai saling hubungan yang sangat

Page 91: Budaya Ketepatan

76

rapat. Hubungan ini boleh digambarkan dengan menggunakan metafora pokok, dalam mana akar pokok itu terbentuk daripada kekuatan akidah; batang, dahan, dan daun pokok itu terbentuk daripada kekuatan ilmu; dan buah pokok itu terbentuk daripada kekuatan amal soleh (lihat surah Ibrahim 14:24-26). Dalam al-Quran, Allah mendorong manusia untuk mengerjakan amal soleh atau amal kebajikan dengan sebaik-baiknya:

Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau perempuan, sedang ia beriman (tetap beriman hingga akhir hayatnya), maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik (di dunia ini); dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka (di akhirat nanti) dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan (surah An-Nahl 16:97).

Perlu ditekankan bahawa Islam tidak menolak pembangunan dan kemajuan kebendaan, tetapi menolak kecenderungan sekularisme untuk menjadikan akal rasional dan pengalaman empiris semata-mata sebagai kayu pengukur dalam menentukan betul salah, benar batil, baik buruk, halal haram, dan maju mundur sesuatu usaha pembangunan. Secara khusus, kemajuan membabitkan suatu arah yang jelas, pasti, dan selaras dengan tujuan terakhir yang hendak dicapai dalam kehidupan ini, bukan arah tuju yang masih kabur dan tujuan yang selaras dengan perkara yang belum muktamad (Syed Muhammad Naquib, 1992). Istilah daya maju pula merujuk tindakan atau perkara yang membolehkan individu atau masyarakat untuk mencapai matlamat tertentu dalam pelbagai konteks tindakan atau perkara tersebut dilakukan, yang selaras dengan tujuan terakhir yang hendak dicapai dalam kehidupan ini, iaitu pengabdian diri kepada Allah (surah Al-Dhariyaat 51:56). Pada hakikatnya, pengabdian diri kepada Allah hanya dapat dicapai melalui pematuhan segala suruhan dan larang Allah. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan keadaan orang yang berjaya memenuhi tuntutan pengabdian diri kepada Allah:

Page 92: Budaya Ketepatan

77

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dalam keadaan kamu reda dan diredai. Masuklah kamu dalam pengabdian Ku (kumpulan hamba Ku yang berbahagia), dan masuklah ke dalam syurga Ku (surah al-Fajr: 89: 27-30).

(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengintai Allah, hati menjadi tenteram. Orang yang beriman dan beramal soleh beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya (surah ar-Ra’d 13: 28-29).

Menurut Islam, manusia dicipta oleh Allah dengan satu tujuan, iaitu beribadah kepada Allah. Istilah ibadah mempunyai pengertian yang amat luas dan menyeluruh, bukan sekadar pelaksanaan amalan ritual. Misalnya, ibadah membabitkan perendahan diri, ketundukan, kepatuhan, dan ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya melalui hati, jiwa, akal, lisan, dan perbuatan. Rasa takut, mengharap, cinta, syukur, dan tawakal adalah contoh ibadah hati dan jiwa; fikir, refleksi, penaakulan, analisis, sintesis, perbandingan, penilaian, dan abstraksi yang selaras dengan ajaran Islam adalah contoh ibadah akal; tasbih, tahlil, memberi syarahan, memberi salam, dan memberi ucapan yang selaras dengan ajaran Islam adalah contoh ibadah lisan; dan solat, zakat, haji, dan memberi bantuan adalah contoh ibadah perbuatan.

Dengan kata lain, konsep ibadah meliputi segala usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ini termasuklah usaha untuk memakmurkan bumi, membangunkan keluarga, memperteguh akhlak, menghasilkan karya, dan membudayakan amalan ketepatan. Dalam melaksanakan usaha ini, kata-kata Sayidina Ali wajar diberi perhatian, “Kebenaran yang tidak bersistem

Page 93: Budaya Ketepatan

78

boleh dikalahkan oleh kepalsuan yang bersistem”. Dengan kata lain, kebenaran adalah satu daripada dua perkara penting bagi mencapai kejayaan, manakala perkara yang satu lagi ialah berdisiplin, bersistem, beradab, dan kemas dalam menjalankan setiap tugas. Membuat kerja secara sembarangan, “asal jadi”, “asal ada”, “asal buat kerja”, atau “lepas batuk di tangga” adalah contoh kerja yang kurang berdisiplin.

Sebagai kesimpulan, sekularisme bukan satu faham yang bersifat neutral terhadap ajaran agama dan ancaman sekularisme tidak boleh dipandang remeh. Konsepsi sekularisme tentang manusia, kemajuan, pembangunan, dan kesejahteraan boleh menyesatkan dan merosakkan kehidupan insan. Penyingkiran agama daripada politik bererti mengetepikan nilai keagamaan, membuang unsur keimanan dan ketakwaan, menolak unsur kebaikan, dan membiarkan pembangunan dikawal oleh akal dan hawa nafsu semata-mata. Tanpa bimbingan agama, kehidupan manusia akan dilanda oleh arus kerelatifan, prasangka, dan ketidakpastian. Baik buruk, halal haram, dan benar batil menjadi perkara relatif dan subjektif yang bergantung sepenuhnya pada keinginan individu dan cita rasa masyarakat.

Program Transformasi

Bagi memastikan setiap kerja berorientasikan keberhasilan dan prestasi yang tinggi, idea petunjuk prestasi utama (KPI), bidang keberhasilan utama (KRA), bidang keberhasilan utama menteri (MKRA), dan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) telah dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya, KPI bertumpu kepada impak, bukannya input; hasil dan bukannya output; dan memastikan sesuatu usaha memberi nilai untuk wang. Enam NKRA jangka pendek yang telah dikenal pasti ialah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar, dan memperbaiki pengangkutan awam bandar.

Page 94: Budaya Ketepatan

79

Dari sudut budaya ketepatan, enam bidang NKRA bertumpu kepada beberapa amalan ketepatan seperti bidang mengurangkan jenayah dan membanteras rasuah bertumpu kepada amalan menepati adab, akhlak, dan kehidupan berkualiti; bidang mempertingkatkan pencapaian pendidikan bertumpu kepada amalan menepati kepercayaan, pengetahuan, dan kehidupan berkualiti; bidang mempertingkatkan taraf isi rumah berpendapatan rendah bertumpu kepada amalan menepati kehidupan berkualiti; dan bidang mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan memperbaiki pengangkutan awam bandar bertumpu kepada amalan menepati masa, komunikasi, dan kehidupan berkualiti (lihat Rajah 11).

Bidang NKRA Amalan Ketepatan

Mengurangkan jenayah Menepati adab, akhlak, kehidupan berkualiti

Membanteras rasuah Menepati adab, akhlak, kehidupan berkualiti

Mempertingkatkan pencapaian pendidikan

Menepati pengetahuan, kepercayaan, kehidupan berkualiti

Mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah

Menepati kehidupan berkualiti

Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar

Menepati masa, komunikasi, kehidupan berkualiti

Memperbaiki pengangkutan awam awam bandar

Menepati masa, komunikasi, kehidupan berkualiti

Rajah 11. Hubungan antara bidang NKRA dan amalan budaya ketepatan

Bagi menghadapi cabaran yang menghalang pencapaian Wawasan 2020, pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berdasar kepada prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah dilancarkan. GTP mempunyai dua

Page 95: Budaya Ketepatan

80

matlamat utama, iaitu untuk merubah kerajaan ke arah yang lebih berkesan, responsif, akauntabiliti, dan telus; dan untuk melonjakkan semua peringkat masyarakat ke tahap yang lebih maju, bersatu padu, selamat, dan adil dengan kualiti kehidupan yang lebih tinggi (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Melalui GTP, kerajaan komited untuk meningkatkan kualiti khidmat awam dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Satu persepsi yang hendak dikembangkan ialah kerajaan bukan sekadar membuat omongan dan janji-janji kosong, tetapi mengotai apa yang dijanjikan, menjuarai kebajikan, dan tidak akan berhenti melakukan pembaharuan selagi rakyat tidak mengalami dan menikmatinya sendiri (Najib, 2010).

Prinsip 1Malaysia yang mendasari GTP bertumpu kepada konsep keadilan untuk semua kaum, dengan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan tetap dilaksanakan, manakala prinsip Rakyat Didahulukan pula bermaksud tumpuan akan diberikan kepada bidang yang sangat diperlukan oleh rakyat. Seterusnya, prinsip Pencapaian Diutamakan bermaksud bertumpu akan diberi kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan bagi menyampaikan hasil pembangunan negara dan kehidupan berkualiti kepada rakyat dengan cepat. Perkara yang paling penting ialah keberhasilan dapat dinikmati oleh semua rakyat. Selaras dengan prinsip ini, kerajaan akan melakukan perubahan, pembaharuan, dan pembangunan yang penting demi mendatangkan hasil yang pantas, banyak, besar, dan bermanfaat kepada rakyat. Contoh usaha pembaharuan ialah menggalakkan penyertaan rakyat dengan mendapatkan input mereka sebelum membuat keputusan; meningkatkan produktiviti sebanyak yang mungkin daripada sumber sedia ada, sebelum membuat permintaan sumber tambahan, dengan mengurangkan ketirisan; mengoptimumkan taraf perkhidmatan serta menggunakan pendekatan inovatif telah dicadangkan bagi mempertingkatkan kebolehan kerajaan dalam menyampaikan sasaran jangka pendek dan jangka panjang; menetapkan aspirasi tinggi dan teguh, bersesuaian dengan taraf antarabangsa; dan memantau

Page 96: Budaya Ketepatan

81

dan menguruskan penyampaian keberhasilan yang benar-benar membawa perubahan, bukan setakat input dan output semata-mata (Jabatan Perdana Menteri, 2010).

Program Transformasi Kerajaan yang terbahagi kepada tiga fasa, iaitu Fasa 1 (2010-2012), Fasa 2 (2012-2015), dan Fasa 3 (2015-2020), telah memperincikan objektif, keberhasilan, dan himpunan tindakan permulaan dalam NKRA dan MKRA. Seiring dengan GTP, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) turut dilancarkan (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Satu metafora telah dikemukakan untuk menggambarkan hubungan antara perkara yang dibincangkan, dalam mana aspirasi negara seperti yang dinyatakan oleh Wawasan 2020, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri boleh diibaratkan sebagai sebuah rumah yang didiami oleh rakyat berbilang kaum, bahasa, dan agama; Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah bumbung bagi semua rakyat Malaysia untuk berteduh; Program Transformasi Kerajaan adalah tiang asas yang pertama bagi rumah tersebut; Model Ekonomi Baru pula adalah tiang asas yang kedua; dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas adalah lantai bagi rumah itu (Najib, 2010).

Dalam bidang pencapaian pendidikan, walaupun Malaysia memaparkan kejayaan yang membanggakan dalam sistem pendidikannya dalam tempoh 50 tahun yang lalu, tetapi keberhasilan pendidikan Malaysia masa kini masih ketinggalan berbanding dengan negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, Jepun, Hungary, England, dan Australia (Mullis, Martin, & Foy, 2008). Yang membimbangkan, dapatan kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2007 atau ringkasnya TIMSS 2007 menunjukkan bahawa skor purata pencapaian murid Tingkatan Dua di Malaysia telah menurun secara signifikan berbanding dengan skor purata pencapaian murid Tingkatan Dua di Malaysia dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003. Secara khusus, skor purata pencapaian murid Tingkatan Dua di Malaysia menurun 34 mata untuk

Page 97: Budaya Ketepatan

82

mata pelajaran matematik dan 40 mata untuk mata pelajaran sains bagi tahun 2007 berbanding dengan skor purata pencapaian bagi tahun 2003. Satu perkara yang jelas ialah jurang perbezaan keberhasilan antara murid-murid di Malaysia terus meluas, misalnya, kira-kira 20% daripada mereka gagal untuk mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi mata pelajaran matematik dan sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5% hingga 7% sahaja pada tahun 2003. Penurunan skor purata pada tahun 2007 adalah signifikan dan terbesar dalam kalangan 59 buah negara yang mengambil bahagian dalam kajian pencapaian matematik dan sains antarabangsa bagi murid Gred 8 atau Tingkatan Dua. Keputusan dalam Programme for International Students Assessment (PISA) 2009 juga tidak memberangsangkan sebab kedudukan Malaysia adalah dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Secara khusus, hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal untuk mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala dalam Bacaan pula ialah 44%, dan dalam Sains ialah 43%.

TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran tersebut mengukur prestasi murid Tahun Empat dan Tingkatan Dua dalam aspek pengetahuan kandungan dan proses pemikiran. PISA pula diselaraskan oleh OECD (Organizations for Economic Co-operation and Development) dan bertumpu kepada keupayaan murid berumur 15 tahun untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Kegagalan sebahagian murid Malaysia untuk mencapai tahap kemahiran minimum dalam kedua-dua pentaksiran antarabangsa memerlukan perhatian yang serius, sebab kualiti pendidikan mempengaruhi mutu tenaga kerja yang dihasilkan. Dalam konteks ini, pengembangan nilai dalam pendidikan matematik merupakan satu faktor penting bagi meningkatkan pencapaian pendidikan. Antara lain, untuk menangani masalah seperti yang dinyatakan, Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan pada

Page 98: Budaya Ketepatan

83

September 2012. Dalam pelan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti 11 anjakan yang dianggap perlu bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh rakyat Malaysia. Satu daripada anjakan tersebut, iaitu Anjakan 3 bertumpu kepada usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Satu pendekatan yang dicadangkan bagi mencapai hasrat ini ialah pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta elemen Sivik. Sayangnya, satu kaedah penting bagi pengembangan nilai, tetapi mungkin terlepas pandangan oleh Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan ialah pengembangan nilai melalui setiap mata pelajaran sekolah (selain daripada dua mata pelajaran yang dinyatakan). Misalnya, mata pelajaran Matematik dan Sains merupakan dua konteks atau seting yang penting bagi pengembangan nilai. Nilai yang boleh dikembangkan dalam bilik darjah matematik/sains termasuklah nilai pendidikan umum yang bertumpu kepada pembentukan akhlak yang mulia, nilai pendidikan matematik/sains yang bertumpu kepada pembentukan pengajaran dan pembelajaran matematik/sains yang cemerlang, dan nilai matematik/sains yang bertumpu kepada pembentukan ilmu pengetahuan matematik/sains yang cemerlang (Nik Azis, 2009).

Kita mahu semua anak kita mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi fizikal, emosi, sosial, intelek, dan rohani, termasuk potensi matematik dan sains, ke tahap yang optimum. Melalui proses pengembangan nilai yang bersepadu, pendidikan matematik bukan sekadar dapat membantu pembinaan kekuatan fikiran, tetapi turut memberi sumbangan kepada pembinaan kekuatan fizikal, emosi, sosial, dan rohani. Untuk membentuk sebuah negara maju berpendapatan tinggi, setiap rakyat Malaysia perlu memanfaatkan segala ilmu pengetahuan serta daya inovasi dan kreativiti yang ada, termasuk kekuatan matematik, bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Sebaik-baiknya, setiap saat, sen, dan kalori yang kita guna adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Page 99: Budaya Ketepatan

84

AMALAN KHUSUS

Budaya ketepatan mengandungi pelbagai amalan merentasi kehidupan manusia seperti menepati adab, akhlak, belanjawan, janji, kepercayaan agama, komunikasi berkesan, masa, matlamat, moral, norma, pengetahuan, piawaian, sasaran, timbangan, tugas, dan ukuran. Berikut adalah huraian ringkas tentang tujuh amalan tersebut.

Menepati Masa

Dalam usaha mencapai kemajuan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara, menepati masa adalah satu amalan yang perlu dimiliki, dikembangkan, dan dibiasakan oleh setiap individu. Amalan ini menggambarkan bahawa seseorang individu menghargai masa. Penggunaan masa secara maksimum memerlukan pengurusan yang cekap dan disiplin diri yang tinggi. Matlamat utama pengurusan masa adalah untuk melakukan lebih banyak perkara yang diingini dalam sesuatu masa, di samping perkara yang harus dilakukan. Secara khusus, pengurusan masa merujuk kawalan secara sedar dan sistematik terhadap jumlah masa yang digunakan dalam menjalankan kerja bagi memaksimumkan kecekapan peribadi, iaitu kebolehan untuk membuat, mendapat, mencapai, dan menyiapkan lebih banyak kerja dalam masa yang ditetapkan. Sebagai tambahan, kita juga perlu berusaha untuk mengurangkan apa saja yang boleh menghalang kita daripada membuat lebih banyak kerja dengan lebih pantas. Ringkasnya, pengurusan masa boleh dianggap sebagai seni pengurusan kendiri, dalam mana kita berusaha untuk memaksimumkan penggunaan masa bagi menjalankan aktiviti yang bermanfaat.

Masa adalah satu komoditi yang terhad, tidak boleh disimpan seperti arang batu, dan tidak akan kembali lagi apabila ia telah berlalu. Kita hanya mempunyai jumlah masa yang tertentu, iaitu 24 jam, 1,440 minit, atau 86,400 saat dalam sehari untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Begitu juga,

Page 100: Budaya Ketepatan

85

kita semua mempunyai 168 jam dalam setiap minggu, tidak lebih dan tidak kurang. Setiap detik yang kita guna untuk melakukan aktiviti yang sia-sia dianggap sebagai satu pembaziran dan ia merupakan satu detik yang ditolak daripada jumlah masa yang diperuntukkan kepada kita.

Oleh itu, berlalunya masa tanpa aktiviti yang bermanfaat adalah satu kerugian. Kita tidak boleh mengatakan bahawa kita tidak mempunyai cukup masa. Kita diberikan jumlah jam yang sama setiap hari seperti yang diberikan kepada nabi Muhammad, Sayidina Abu Bakr, Saidatina Khadijah, dan Saidatina Aisyah. Kejayaan seseorang tidak berkait dengan pemilikan lebih banyak atau lebih sedikit masa daripada orang lain. Sebaliknya, kejayaan dalam kehidupan peribadi dan profesional adalah hasil daripada cara kita menggunakan masa yang ada pada kita. Kejayaan tersebut berkait rapat dengan kecekapan kita untuk menguruskan dan menggunakan masa dengan berkesan. Kita tidak sepatutnya melambatkan perkara yang boleh diselesaikan dalam saat ini ke saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, atau tahun yang berikutnya. Kesegeraan melaksanakan kerja dan kepantasan membuat keputusan perlu diamalkan oleh setiap orang. Prinsip kepantasan berfikir dan bertindak boleh dikembangkan melalui perubahan aliran pemikiran dan kaedah bekerja yang memberi keutamaan kepada kreativiti, inovasi, dan pembaharuan. Dalam beberapa kes, kita perlu berfikir di luar kotak dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif, dan konstruktif di luar kelaziman bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab kita.

Pada hakikatnya, pengurusan masa bukanlah mengenai aktiviti “menguruskan” masa secara konkrit, fizikal, atau literal, tetapi mengenai penentuan, perancangan, dan pengurusan prioriti bagi aktiviti harian dan penggunaan masa dalam kehidupan berdasarkan prioriti tersebut. Kita tidak boleh menguruskan masa, tetapi menguruskan peristiwa dan aktiviti kehidupan kita dalam hubungannya dengan masa. Dengan kata lain, pengurusan masa melibatkan proses bertanya secara

Page 101: Budaya Ketepatan

86

berterusan tentang apakah perkara yang lebih penting dalam kehidupan, dan menyusun prioriti untuk mencerminkan setiap pilihan. Ia membabitkan pengembangan proses dan penggunaan alat tertentu bagi meningkatkan keefisienan dan produktiviti. Dalam pengurusan masa, kita meneroka kaedah terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat dan mengoptimumkan penggunaan masa bagi merealisasikan prinsip nilai untuk wang (value for money).

Pada asasnya, cara kita menggunakan masa banyak bergantung pada kecekapan dan kebijaksanaan yang kita peroleh melalui penganalisisan, perancangan, penilaian, pengawasan, dan kawalan kendiri. Dalam konteks pengurusan masa, kepantasan dan produktiviti adalah dua perkara yang berbeza. Adalah tidak berfaedah untuk bekerja dengan pantas jikalau kerja tersebut gagal untuk mencapai sasaran yang diinginkan. Perkara yang diperlukan ialah bekerja dengan pantas, efisien, dan produktif. Masa, walaupun jauh berbeza daripada emas, titanium, atau wang, tetapi mempunyai satu ciri yang sama, iaitu ia merupakan komoditi yang sangat berharga. Oleh itu, masa perlu dijaga dengan rapi dan digunakan dengan berhemah. Kita perlu belajar menguruskan masa mengikut jam biologi kita dengan menjadualkan tugas utama mengikut masa puncak, iaitu waktu dalam mana tenaga dan daya penumpuan kita berada pada tahap yang paling tinggi.

Pengurusan masa melibatkan analisis terhadap cara kita menggunakan masa dan menentukan prioriti bagi kerja yang berbeza. Sebagai satu langkah dalam usaha menepati masa, kita harus bertanya: Apakah nilai yang mencirikan orang yang kita ingin jadi? Berdasarkan hierarki nilai, apakah perkara yang paling penting atau berharga bagi kita? Darjah nilai yang kita beri kepada masa akan mempengaruhi dan mendorong pilihan dan tindakan kita. Misalnya, jikalau kita menganggap masa sebagai satu komoditi yang sangat berharga, maka kita akan bertindak dengan berhati-hati untuk mengelakkan pembaziran masa.

Page 102: Budaya Ketepatan

87

Sebagai satu renungan, sepanjang 70 tahun kita menjalani kehidupan di kawasan metropolitan, kita mungkin menggunakan masa 5 bulan mencari benda yang kita salah letak, 6 bulan menanti lampu isyarat bertukar kepada warna hijau, 7 bulan membuka mel dan e-mel remeh, 2 tahun menjawab telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), 2 tahun menanti perkara tertentu dan terlekat dalam kesesakan lalu lintas, 2 tahun bergosip dan berbual kosong, 3 tahun memandu kereta, 3.5 tahun mendengar muzik dan menonton televisyen, 6 tahun mengambil makanan dan minuman, 7 tahun berada dalam bilik air, dan 23 tahun berada di tempat tidur. Oleh itu, 50 tahun daripada umur kita digunakan untuk aktiviti ini. Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa semua manusia berada dalam kerugian apabila mereka tidak menggunakan masa hidup mereka dengan sebaik-baiknya, yakni dengan mengisi umur mereka dengan perbuatan yang baik.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran (surah al-’Asr 103:1-3).

Berhubung dengan masa, aktiviti manusia boleh dikelaskan kepada empat jenis, iaitu aktiviti yang penting dan perlu disegerakan; aktiviti yang penting, tetapi tidak perlu disegerakan; aktiviti yang tidak penting, tetapi perlu disegerakan; dan aktiviti yang tidak penting dan tidak perlu disegerakan (Covey, Merrill, & Merrill, 1994). Dalam menjalani kehidupan, kita sepatutnya mendahulukan aktiviti yang penting dan segera berbanding dengan aktiviti yang tidak penting dan tidak segera (lihat Rajah 12). Tindakan sebaliknya boleh dianggap sebagai satu penipuan kendiri. Selalunya, semakin penting sesuatu perkara, maka ia semakin kurang diperlukan dengan segera, sebaliknya semakin segera sesuatu perkara diperlukan, maka ia semakin kurang penting.

Page 103: Budaya Ketepatan

88

Kita perlu membezakan aktiviti yang perlu disegerakan seperti krisis, masalah terdesak, dan projek yang didorong oleh tarikh akhir dengan aktiviti yang penting seperti pencegahan, pembinaan rangkaian hubungan dan perkongsian bijak, dan pengembangan nilai. Bukan semua aktiviti yang perlu disegerakan adalah aktiviti penting. Kita tidak boleh membiarkan aktiviti segera mendominasi kehidupan kita. Sepatutnya kita mengurangkan masa untuk aktiviti yang tidak penting supaya kita dapat menambahkan masa untuk aktiviti penting tetapi tidak perlu dilakukan dengan segera.

1

Segera danpenting

(buat sekarang)

2

Penting tetapitidak segera(tentukan bila hendak buat)

4

Segera tetapi tidak penting

(menugaskan kerja dan kuasa

3

Tidak penting,tidak segera(mengetepikan)

Rendah

PENTING

RendahTinggiSEGERA

Rajah 12. Empat kategori aktiviti manusia menurut Covey, Merrill, dan Merill (1994)

Sesuatu himpunan aktiviti yang kita lakukan boleh disusun semula untuk memberi prioriti kepada aktiviti yang sangat penting. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja dengan pantas dan berkesan (lihat Rajah 13). Ini termasuklah perancangan temu janji yang canggih, jadual perancangan masa kerja, penentuan matlamat dengan jelas, penentuan prioriti, pembinaan senarai perkara yang mesti dibuat, penugasan kerja dan pembentukan pasukan pembantu yang cekap, pengutamaan perkara penting,

Page 104: Budaya Ketepatan

89

penggunaan buku log, penguasaan kecekapan menguruskan maklumat, penguasaan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis, berhenti berlengah-lengah, penggunaan teknologi digital, dan penggunaan alat perancangan peribadi seperti Pembantu Digital Peribadi (Personal Digital Assistant), diari poket, kalender, program komputer, carta dinding, buku catatan, dan kad indeks.

Pada asasnya, menepati masa terhasil daripada ketinggian peribadi, rasa hormat kepada orang lain, dan kecekapan yang tinggi dalam pengurusan masa. Misalnya, jikalau kita lewat tiba untuk temu janji sebab kita tidak merancang penggunaan masa, maka kita sebenarnya tidak ada maruah diri dan tidak menghormati orang lain. Kelemahan dalam pengurusan masa boleh mengakibatkan keletihan, kepenatan, kelesuan otot, kemuraman, angin tidak baik, perangai tidak menentu, tindakan secara reaktif, perasaan bahawa orang lain mengawal masa kita, dan lebih kerap jatuh sakit. Dalam bidang perniagaan, banyak proses mempunyai sekatan yang berkaitan dengan masa, termasuk tempoh pelaksanaan aktiviti dan sub proses yang terbatas dan tarikh akhir yang mutlak bagi menyiapkan sesuatu aktiviti dan sub proses. Oleh itu, keputusan pantas perlu dibuat terutamanya yang melibatkan sebut harga, pembayaran kerja, kontrak, tender, pemberian lesen, dan kelulusan urus niaga.

Penugasan Kerja

KETEPATANMASA

Penggunaan Alat Teknologi

Perancangan Temu janji

Penentuan Prioriti

Kemahiran Berkomunikasi

Jadual Perancangan Masa Kerja

Penetapan Matlamat

Utamakan Perkara Penting

Rajah 13. Beberapa cara untuk mempertingkatkan amalan menepati masa

Page 105: Budaya Ketepatan

90

Sesungguhnya, setiap ringgit dan sen yang kita guna hendaklah mendapat pulangan nilai paling maksimum, baik nilai kerohanian mahupun nilai kebendaan. Kita perlu sentiasa menyoal cara kita berfikir dan bertindak, “Adakah terdapat cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan optimum bagi sesuatu sumber yang kita gunakan?” Penjimatan atau penggunaan berhemat perlu dijadikan sebagai fokus dalam melaksanakan sesuatu kerja. Kita perlu sentiasa mencari kaedah pelaksanaan yang berkesan dalam mana dengan jumlah kos yang sama kita berupaya untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik daripada sebelumnya. Dalam konteks ini, kita perlu menjauhi amalan, “belum bergigi, sudah hendak menggigit” dan “belum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah berlunjur”. Orang yang bersenang-senang sebelum tercapai sesuatu matlamat merupakan contoh orang yang tidak menepati masa dan tidak menepati tugas.

Biasanya, pelanggaran masa meningkatkan kos bagi proses peniagaan sebab mereka membawa kepada beberapa bentuk pengendalian luar biasa. Oleh itu, sesuatu sistem pengurusan masa dan aliran kerja sepatutnya membekalkan maklumat penting tentang aktiviti atau proses yang perlu dilakukan, tempoh bagi melakukan perkara tersebut, dan kekangan masa. Pada asasnya, keberkesanan pengurusan masa bergantung pada ciri aliran kerja, kehalusan penjelasan yang dibuat tentang aliran kerja, dan kewujudan punca luaran bagi peristiwa relevan yang berkaitan dengan masa. Satu strategi bagi membantu ahli perniagaan menghubungkan tindakan hari ini dengan matlamat hari esok ialah pembinaan kad skor yang seimbang.

Ringkasnya, pengurusan dan peruntukan masa yang lemah boleh meningkatkan tekanan kerja, merosakkan prestasi, dan mengurangkan kepuasan kerja. Dari satu segi, pengurusan masa dengan berkesan boleh mengurangkan tekanan kerja, yang boleh membuat pekerja menjadi lebih sihat, efisien, dan berpuas hati; yang akhirnya boleh membuat organisasi menjadi

Page 106: Budaya Ketepatan

91

lebih berkesan (Schuler, 1979). Dari segi yang lain pula, tingkah laku pengurusan masa mungkin tidak berkait secara langsung dengan hasil kerja, tetapi mempengaruhi persepsi pekerja tentang kawalannya terhadap masa (Macan, 1994). Misalnya, tingkah laku pengurusan masa boleh membantu pekerja untuk membentuk persepsi bahawa dia mempunyai kawalan terhadap masa dan persepsi inilah yang mempengaruhi hasil kerja. Dengan kata lain, tingkah laku pengurusan masa itu sendiri mungkin tidak mempengaruhi hasil kerja seseorang pekerja secara langsung, tetapi mempengaruhi persepsi pekerja tersebut tentang kawalannya terhadap masa, dan persepsi inilah yang mempengaruhi hasil kerja secara langsung.

Sebagai tambahan, apabila organisasi perniagaan di seluruh dunia mula membuat transformasi yang menyeluruh bagi meningkatkan daya saing dengan berasaskan maklumat, kecekapan mereka untuk memanfaatkan aset bukan benda (intangible asset) menjadi lebih penting daripada kecekapan mereka untuk melabur dan mengurus aset fizikal dan kebendaan (Kaplan & Norton, 1996). Dengan kata lain, kehadiran era teknologi maklumat dan komunikasi membuka lembaran dan dimensi baru dalam budaya pengurusan dan ketepatan masa.

Dalam era globalisasi, maklumat, teknologi digital, dan komunikasi menjadi semakin cepat dan banyak keputusan perlu dibuat dengan pantas. Oleh itu, perbuatan melengah-lengahkan keputusan akan menyebabkan kehilangan peluang yang berharga. Pengurusan masa dengan berkesan boleh membantu kita untuk meningkatkan kawalan terhadap aktiviti harian, produktiviti kerja, keseimbangan antara kerja dan riadah, dan amalan proaktif dalam mencegah atau mengatasi masalah. Namun begitu, perancangan waktu tanpa komitmen dan disiplin untuk pelaksanaan tidak banyak memberi manfaat. Tanpa kekuatan untuk pelaksanaan, perancangan waktu menjadi perkara yang kosong. Perancangan bagi menepati masa tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga perancangan itu, melalui penggunaan dan pelaksanaan yang berkesan, menjadi

Page 107: Budaya Ketepatan

92

sebahagian tabiat hidup kita. Ringkasnya, pelaksanaan adalah jambatan yang menyambungkan aspirasi dengan hasil.

Dalam konteks menepati masa, terdapat amalan yang positif dan negatif. Contoh amalan positif ialah menyediakan jadual perancangan kerja yang jelas, menetapkan tarikh yang khusus bagi menyiapkan kerja, menentukan prioriti dan menyegerakan tugas, dan menguasai kecekapan teknikal serta membentuk pengetahuan konseptual yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Amalan yang negatif pula termasuklah tidak peka kepada pembaziran masa, suka berbual kosong, tidak menyediakan senarai kerja mengikut prioriti, bermesyuarat tanpa agenda yang jelas, takut menggunakan teknologi digital, dan suka melayani perkara remeh.

Tiga kategori utama bagi pembaziran masa ialah berlengah-lengah, tidak dapat membuat keputusan dengan pantas, dan melencong daripada tugas yang diberikan, manakala tiga kategori utama bagi penggunaan masa secara berhemah pula ialah menentukan prioriti bagi tugas, menyediakan jadual kerja yang jelas, dan menugaskan kerja dan kuasa dengan bijaksana. Ungkapan “berlengah-lengah” (procrastination) bermaksud menunda atau menangguhkan kerja yang sepatutnya dilakukan sekarang. Satu cara untuk mengatasi perbuatan melengah-lengahkan kerja ialah kita perlu mengenal pasti sebab atau punca perbuatan tersebut dan berusaha untuk mengatasinya dengan penuh komitmen.

Punca tipikal bagi perbuatan melengah-lengahkan kerja termasuklah menanti mod yang sesuai, menanti masa yang sesuai, tidak mempunyai matlamat yang jelas tentang kerja, menganggar kurang kesukaran untuk melaksanakan kerja, menganggar kurang masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja, tidak jelas tentang piawai atau petunjuk prestasi utama (KPI) bagi hasil kerja, merasa orang lain mempunyai tanggungjawab utama terhadap kerja, dan kerja tidak mempunyai spesifikasi yang jelas. Dalam menjalankan kerja,

Page 108: Budaya Ketepatan

93

kita seharusnya selalu mengingati petua orang tua-tua, “kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan”.

Pada asasnya, prinsip menepati masa mengimplikasikan bahawa kita jangan membuang masa tak tentu fasal sebab kita akan hilang peluang keemasan, dan sepatutnya peluang itu diisi dengan pembentukan tabiat “tepat pada masa”. Ingatlah kata orang tua-tua, “masa lagi rebunglah hendak di lentur, jangan nantikan sampai menjadi aur” dan “masa kecil teranja-anja, sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak.

Menepati Kepercayaan Agama

Istilah kepercayaan merujuk keyakinan, kepastian, pengakuan, dan penerimaan sebagai benar sesuatu perkara, manakala ungkapan menepati kepercayaan agama pula bermaksud melakukan amalan dan tindakan yang betul-betul berasaskan kepercayaan atau pegangan agama yang kukuh. Untuk menjadi insan yang baik, seseorang individu perlu memahami pegangan agamanya, membuat pengakuan tentang pegangan tersebut secara lisan, membenarkannya di dalam hati, dan menterjemahkannya dalam tindakan dan amalan harian. Kepercayaan tersebut tidak hanya tersemat dalam kalbu, fikiran, dan jiwa, tetapi disertakan dengan ketaatan dan kepatuhan terhadap apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama. Menepati kepercayaan juga membabitkan penjagaan dan kawalan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan pegangan agama seperti melakukan perkara jahat, keji, mungkar, mencaci, menghina, menipu, menyeleweng, hiburan melampaui batas, kehidupan bebas nilai, hedonisme, dan kegiatan budaya kuning.

Bagi orang Islam, menepati kepercayaan bermakna mengamalkan ajaran Islam dengan tepat, menyeluruh, bersepadu, dan sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan dengan berasaskan prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Mereka menjadikan Islam sebagai satu dan hanya satu

Page 109: Budaya Ketepatan

94

cara hidup di sepanjang hayat mereka. Dengan kata lain, keimanan dan ketakwaan kepada Allah dijadikan sebagai nilai, pegangan, dan panduan asas, dan seluruh kegiatan hidup adalah berpaksikan nilai dan pegangan tersebut.

Secara khusus, istilah beriman bermaksud membuat pengakuan dengan lisan, membenarkannya dalam hati, dan menterjemahkannya dalam amalan dan tindakan, manakala istilah ketakwaan pula bermaksud melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah dengan sempurna tanpa memilih tempat dan keadaan. Sebagai tambahan, menepati kepercayaan juga bermaksud seseorang Muslim yakin sepenuhnya dan tidak merasa ragu-ragu tentang kebenaran ajaran Islam dan kerelevanannya sebagai petunjuk dan panduan hidup manusia di sepanjang zaman.

Keteguhan iman dan takwa kepada Allah atau pelaksanaan prinsip menepati kepercayaan dengan sepenuhnya akan menghasilkan individu, keluarga, masyarakat, budaya, dan kehidupan yang berakhlak tinggi. Kemajuan sesebuah masyarakat atau negara akan tercapai dengan berkembangnya akhlak mulia yang tidak dicemari oleh nilai bebas lepas, liberalisme, hedonisme, sekularisme, dan ateisme. Kualiti keimanan dan ketakwaan boleh diperkukuhkan melalui penghayatan budaya ilmu, keikhlasan beramal soleh, pengukuhan akidah, penghayatan nilai dan akhlak mulia, dan pengurangan pengaruh budaya yang melalaikan.

Seterusnya, untuk meningkatkan perpaduan negara dan membina peradaban yang unggul, keimanan dan ketakwaan kepada Allah atau prinsip menepati kepercayaan tidak boleh disempitkan kepada kegiatan ritual dan upacara keagamaan semata-mata, tetapi perlu direalisasikan dalam setiap amalan dan tindakan yang dilakukan. Satu punca kemunduran sebahagian umat Islam adalah pemahaman yang sempit tentang tuntutan agama. Sebenarnya, ruang lingkup ajaran Islam adalah sangat luas. Antara lain, Islam memberi tumpuan kepada peningkatan

Page 110: Budaya Ketepatan

95

kualiti dalam semua aktiviti yang dilakukan oleh umatnya. Islam menyuruh manusia berusaha dengan gigih untuk membina ilmu pengetahuan yang sofistikated dan menguasai kemahiran yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Dalam hal ini, prinsip kecemerlangan perlu dibezakan dengan prinsip kesederhanaan (Nik Azis, 2002).

Dalam konteks bekerja, belajar, beribadah, menjalankan tugas, membuat inovasi, budaya fikir, dan menghasilkan sesuatu perkara, Islam menganjurkan prinsip kecemerlangan dan kesempurnaan (lihat Rajah 14). Prinsip ini mengimplikasikan bahawa manusia mestilah rajin, kuat, gigih, tekun, sabar, berdisiplin, bijak, dedikasi, berpandangan jauh, tidak mudah mengalah, bersemangat tinggi, jujur, kreatif, inovatif, dan berakhlak mulia dalam menjalankan sesuatu tugas. Mereka mestilah sanggup berkorban, cekal menghadapi kesulitan, mementingkan kualiti, berdaya kreatif, tidak mudah putus asas, mementingkan inovasi dan produktiviti, dan mempunyai inisiatif sendiri bagi mencapai tahap kesempurnaan dalam sebarang tugas yang dilakukan.

Prinsip Hidup

Kecemerlangandan Kesempurnaan

Fokus kepada aspek penghasilan. Ia membabitkan pelbagai aktiviti seperti bekerja, belajar, beribadat memimpin, mengurus, menyelesaikan masalah, mengajar, mencipta idea, memberi kerjasama, membuat pertimbangan, mengeluarkan produk.

Kesederhanaandan Kesopanan

Fokus kepada aspek penggunaan. Ia membabitkan pelbagai aktiviti seperti makan, minum, berpakaian, berhias, bercakap, berbelanja, memberi mas kahwin, dan mengadakan majlis perkahwinan.

Rajah 14. Perbezaan antara prinsip kecemerlangan dengan prinsip kesederhanaan

Page 111: Budaya Ketepatan

96

Sebaliknya, dalam konteks menggunakan atau menikmati perkara yang baik seperti makanan, minuman, pakaian, dan perhiasan, Islam menganjurkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dan kesopanan. Kesederhanaan merujuk tindakan dan amalan yang berpatutan, pertengahan, dan seimbang, iaitu tindakan yang bebas daripada sebarang sifat berlebih-lebihan (pembaziran, bermegah-megah) atau sifat kekurangan (kebakhilan, sangat berkira-kira). Berikut adalah satu daripada penjelasan yang terdapat dalam al-Quran tentang ciri penggunaan:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); sebab sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas (surah al-Maa’idah 5:87).

Ringkasnya, prinsip kecemerlangan beroperasi dalam konteks penghasilan, manakala prinsip kesederhanaan pula beroperasi dalam konteks penggunaan. Namun begitu, kedua-dua prinsip ini hanya bermakna jikalau mereka difahami, dikonsepsikan, dilaksanakan, dan dihayati dengan berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebagai tambahan, adalah satu kesilapan untuk menyamakan kebahagiaan dengan kemewahan. Selalunya, suatu yang dilihat sebagai kebahagiaan yang lahir daripada kemewahan material adalah tidak kekal. Memang benar, orang yang memiliki kemewahan material mempunyai banyak pilihan dan kebebasan dalam kehidupan mereka, tetapi tanpa kekuatan pegangan agama dan kecerdasan kerohanian, kehidupan mereka menjadi keliru dan tidak menentu. Ada antara mereka yang hidup hanya untuk masa ini dan mencari kepuasan segera. Perbuatan menggadai prinsip menepati kepercayaan dan berpaut kepada ilusi hanya akan membawa kesengsaraan kepada diri sendiri. Kecerdasan kerohanian merupakan perkara yang mendorong manusia untuk mencari makna dalam kehidupan seharian

Page 112: Budaya Ketepatan

97

dan mewujudkan hubungan yang kukuh dengan Tuhan yang mencipta mereka melalui pelaksanaan empat tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada Tuhan, tanggungjawab kepada diri sendiri, tanggungjawab kepada masyarakat, dan tanggungjawab kepada alam sekitar, yang semuanya berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Kebelakangan ini, budaya menepati kepercayaan agama diancam oleh kecelaruan pemikiran yang ditimbulkan oleh pluralisme agama (religious pluralism). Ungkapan pluralisme agama bermaksud faham yang menganggap semua agama adalah sama, semuanya membawa kepada keselamatan (salvation) atau syurga, semuanya merupakan jalan menuju kebenaran, tidak ada agama yang lebih benar daripada agama lain, semuanya merupakan penyataan tentang kepercayaan kepada Tuhan yang sama, dan semuanya menandakan suatu realiti tunggal yang transenden, bukan suatu pandangan tentang kemajmukan agama atau terdapat beberapa agama yang berbeza dalam sesebuah negara. Misalnya, Kimball (2008), seorang pendukung pluralisme agama, menyatakan bahawa satu ciri agama yang jahat adalah agama yang mendakwa bahawa ia memiliki kebenaran yang mutlak.

Secara khusus, terdapat beberapa definisi yang berbeza dalam literatur tentang ungkapan pluralisme agama. Sebahagian definisi itu merupakan salah faham yang jelas, manakala beberapa yang lain pula mungkin disengajakan bagi menutupi tujuan yang menyimpang daripada kebenaran (Syed Muhammad Naquib, 2007). Misalnya, ada penulis yang mendefinisikan pluralisme agama sebagai pengiktirafan terhadap kepelbagaian agama (religious diversity) atau kewujudan pelbagai agama dalam sesebuah negara, manakala yang lain pula mendefinisikannya sebagai kegiatan dialog antara agama (interfaith dialogues), ruang awam dalam mana penganut pelbagai agama bertemu dan berinteraksi bagi memahami antara satu sama lain, atau komitmen untuk berbincang, memberi pandangan, dan mendengar pandangan penganut agama

Page 113: Budaya Ketepatan

98

lain. Seterusnya, ada penulis yang mendefinisikan pluralisme agama sebagai penerimaan kebenaran agama lain, manakala yang lain pula menggangapnya sebagai toleransi beragama (religious tolerance), yakni kesanggupan atau kebolehan untuk menunjukkan toleransi terhadap kewujudan pandangan atau perlakuan penganut agama lain yang tidak dipersetujui, tidak disukai, atau berbeza daripada pendirian agama yang dianuti. Sebagai tambahan, ada penulis yang mendefinisikan pluralisme agama sebagai kerelatifan atau kenisbian ajaran agama, manakala yang lain pula menganggapnya sebagai pandangan bahawa semua agama membawa kepada keselamatan.

Biar apa pun definisi yang diberikan, apabila diteliti secara mendalam, ungkapan pluralisme agama yang digunakan dalam wacana sosiologi, teologi, dan falsafah pada zaman moden merujuk faham atau pengakuan tentang kebenaran sama rata bagi semua agama dan tidak ada agama yang lebih baik daripada yang lain, sebab semua agama dikatakan berasal dari Tuhan yang sama. Ungkapan tersebut menggambarkan pandangan bahawa agama seseorang bukanlah satu-satunya atau secara eksklusif menjadi sumber kebenaran baginya sebab kebenaran dianggap turut terkandung dalam agama lain. Misalnya, Hick (2004), seorang pendukung pluralisme agama, menegaskan bahawa semua agama besar adalah sama sah sebab mereka hanya merupakan bentuk respons manusia yang berbeza terhadap suatu realiti transenden yang satu dan sama. Oleh itu, semua agama merupakan manifestasi yang autentik tentang yang sebenar; semua agama adalah sama secara relatif; dan tidak ada satu pun agama yang berhak mendakwa dirinya sebagai satu-satunya kebenaran atau satu-satunya jalan menuju keselamatan. Kepelbagaian agama diibaratkan sebagai jari-jari roda yang banyak, namun semuanya menuju kepada pusat roda yang mewakilkan hakikat yang kekal.

Pendukung pluralisme agama menggambarkan agama sebagai jalan-jalan menuju ke puncak gunung yang sama atau aliran sungai yang sama-sama menuju ke laut yang luas. Oleh

Page 114: Budaya Ketepatan

99

itu semua agama dianggap benar pada tahap rohani, walaupun pada zahirnya terdapat perbezaan dalam bentuk upacara keagamaan dan tingkat atau kadar kedalaman pengamalan sesuatu agama tentang jalan menuju kebenaran. Secara khusus terdapat dua aspek bagi pandangan ini: (a) Secara analogi, Tuhan boleh diibaratkan sebagai berada di puncak gunung sementara semua agama mengalir ke bawah dari puncak tersebut; dan (b) semua agama naik dari bawah ke atas, yang akhirnya akan bertemu di puncak gunung tersebut. Ungkapan kepelbagaian agama (religious plurality), dialog antara agama, dan toleransi beragama pula kerap kali digunakan sebagai gimik atau daya tarikan bagi menutupi maksud sebenar supaya pluralisme agama lebih mesra dan mudah untuk disebarluaskan dalam kalangan umat Islam.

Pada umumnya, pendukung pluralisme agama menganjurkan beberapa pandangan seperti berikut: (a) satu agama berbeza dengan agama lain pada tahap luaran (eksoterik) semata-mata, tetapi sama secara relatif pada tahap dalaman (esoterik), hakiki, atau transenden sebab mereka dikatakan terbit dari sumber yang sama, iaitu Yang Mutlak atau Yang Satu; (b) semua agama merupakan jalan yang sama-sama sah untuk mencapai kebenaran yang sama atau ringkasnya, satu Tuhan banyak jalan; (c) penganut sesuatu agama tidak boleh mendakwa bahawa hanya agamanya sahaja yang benar sedangkan agama lain adalah salah atau ringkasnya eksklusivisme agama tidak boleh diterima; (d) penganut semua agama berada dalam perlumbaan untuk melakukan kebaikan dan mencapai ketinggian moral. Mereka berada di atas platform yang sama dalam menghadap Tuhan, penyertaan mereka adalah sah, dan mereka mendapat peluang yang sama untuk memasuki syurga; (e) penganut sesuatu agama harus memandang sama pada agama lain dan penganutnya, memasukkan semua agama dalam satu kerangka atau keluarga besar, dan menerima semua agama sebagai benar, atau ringkasnya pluralisme diterima secara menyeluruh; dan (f) setiap agama adalah relatif, terbatas, tidak sempurna, dan merupakan satu proses pencarian berterusan terhadap

Page 115: Budaya Ketepatan

100

kebenaran. Dengan kata lain, penganut sesuatu agama dianggap setara dengan penganut agama lain, semua agama adalah agama yang baik dan benar, dan tidak ada agama yang boleh mendakwa bahawa ia mempunyai kebenaran yang lebih sah dan tinggi daripada agama lain.

Di bawah prinsip persamaan dan kesetaraan anjuran pluralisme agama, perbezaan antara iman dan kufur, tauhid dan syirik, kebenaran dan kebatilan, makruf dan mungkar adalah tidak relevan. Malah pendukung pluralisme agama berpendapat bahawa perbezaan seperti itu perlu dihapuskan agar penganut sesuatu agama tidak lagi menganggap agama lain sebagai agama yang salah, sesat, dan terpesong daripada jalan menuju keselamatan. Sebagai kesimpulan, pluralisme agama yang dibincangkan dalam buku ini merujuk satu faham yang menganggap bahawa semua agama adalah jalan berbeza-beza yang sama-sama sah menuju Tuhan yang sama, biar siapa pun Tuhan atau apa pun nama dan sifat-Nya, atau merujuk satu faham yang menganggap bahawa agama adalah persepsi dan konsepsi manusia yang relatif terhadap Tuhan yang mutlak. Yang dimaksudkan dengan relatif ialah semua agama tidak sempurna, tidak muktamad, terbatas, tidak mutlak, dan merupakan satu proses pencarian kebenaran oleh manusia. Oleh sebab kerelatifan ini, penganut sesuatu agama tidak boleh mendakwa bahawa agamanya lebih benar atau lebih baik daripada agama lain, atau mendakwa bahawa agamanya sahaja yang benar. Motto pendukung pluralisme agama ialah, “Pada dasarnya, semua agama adalah sama, mereka terdiri daripada jalan berbeza yang membawa kepada tujuan yang sama”. Gagasan pluralisme merupakan pengembangan kepada inklusivisme dan penolakan terhadap eksklusivisme agama. Istilah eksklusivisme merujuk pandangan bahawa agama yang dianuti merupakan satu-satunya agama yang benar, manakala agama lain pula adalah palsu. Istilah inklusivisme pula merujuk pandangan bahawa agama yang dianuti merupakan agama yang benar, tetapi kebenaran juga mungkin terdapat pada agama lain. Seterusnya, istilah pluralisme merujuk pandangan

Page 116: Budaya Ketepatan

101

bahawa semua agama merupakan jalan yang sama-sama sah menuju Tuhan.

Secara khusus, pluralisme agama mengandungi sekurang-kurangnya empat aliran yang khusus, iaitu humanisme sekular, kesatuan transenden agama-agama (transendent unity of religions), sinkritisme agama, dan teologi global (global theology). Humanisme sekular membabitkan satu sistem etika yang berpusatkan manusia dalam mana nilai kemanusiaan seperti kasih sayang, toleransi, dan kehormatan dibincangkan tanpa berpandukan ajaran agama. Oleh sebab setiap manusia menjadi standard dan ukuran bagi segala sesuatu, tidak ada kebenaran objektif atau mutlak. Aliran ini adalah berasaskan relativisme agama.

Kesatuan transenden agama-agama pula membabitkan pandangan bahawa agama terdiri daripada dua realiti atau hakikat, iaitu realiti eksoterik (lahiriah) dan realiti esoterik (batiniah). Kedua-dua realiti ini dipisahkan oleh satu garis mengufuk dalam mana realiti lahiriah berada di bawah garis, manakala realiti batiniah pula berada di atas garis pemisah tersebut. Pendukung aliran ini menganggap bahawa walaupun setiap agama berbeza dengan agama lain dari segi lahiriah, tetapi secara batiniah atau pada tahap transenden dan esoterik semua agama menuju kepada Tuhan yang sama. Dengan kata lain, pendukung aliran kesatuan agama-agama berpendapat bahawa pada tahap eksoterik, realiti agama berbeza antara satu sama lain dan tidak mempunyai kebenaran yang mutlak, manakala pada tahap esoterik pula, semua pemahaman tentang ajaran agama akan bertemu di satu titik kesatuan yang munazzah (transenden) yang merujuk Tuhan yang Mutlak.

Ringkasnya, pendukung kesatuan transenden agama-agama berpendapat bahawa kebenaran lebih tinggi (higher truths) yakni kebenaran pada tahap esoterik mengatasi kebenaran rendah atau amalan zahir semata-mata (mere practices) dan semua amalan adalah berpusatkan kebenaran yang satu (singular truth). Kesatuan transenden agama-agama yang membabitkan protes

Page 117: Budaya Ketepatan

102

terhadap arus globalisasi dikenali juga sebagai sophia perenis atau hikmah abadi. Aliran ini berlandaskan falsafah perenial (perennial philosophy) yang menolak dakwaan tentang kebenaran yang eksklusif oleh pelbagai agama. Pendukung falsafah ini berpendapat bahawa semua agama adalah benar sebab mereka berasal daripada sumber yang satu. Kebenaran itu pula bukan berada dalam agama semata-mata, tetapi juga dimiliki oleh ahli falsafah. Seterusnya, mereka menerima kewujudan Tuhan dan bersikap tidak berpihak (non-sektarian), tetapi tidak mempunyai sebarang agenda untuk mendukung agama yang mereka anuti sebab bagi mereka semua agama hanyalah warna-warna yang berpunca daripada sumber yang tidak berwarna.

Seterusnya, sinkritisme agama (religious syncretism) membabitkan perbuatan menggabungkan atau mencampur aduk beberapa ajaran agama yang berbeza bagi mencari keserasian dan keseimbangan. Ia boleh melibatkan sekurang-kurangnya dua perbuatan yang berbeza: (a) perbuatan membawa masuk prinsip dan amalan yang datang dari agama lain ke dalam agama sendiri, meskipun perkara itu bertentangan dengan ajaran agama sendiri; dan (b) perbuatan terus mengamalkan budaya atau beberapa amalan agama yang dahulu meskipun perkara itu bertentangan dengan agama yang baru dianuti sebab telah sebati dengan budaya atau amalan itu sejak turun temurun. Seterusnya, penglibatan diri dalam upacara keagamaan dan ibadah agama lain, menghadirinya dengan kerelaan hati dan penuh kebanggaan, dan mengiakan upacara tersebut dianggap selaras dengan sinkritisme agama.

Akhir sekali, teologi global membabitkan usaha untuk mengubah, merombak, atau meleburkan nilai dan doktrin agama agar selaras dengan pemikiran modenisasi dan globalisasi. Satu cara untuk mencapai matlamat ini ialah dengan memberi makna baru kepada konsep asas dalam sesuatu agama dengan berlandaskan pengetahuan Barat moden. Tujuan asas aliran ini adalah untuk menghapuskan sifat eksklusif agama dalam mana penganut sesuatu agama menganggap agama mereka

Page 118: Budaya Ketepatan

103

sahaja yang benar dan semua agama lain adalah salah. Melalui proses pembentukan semula makna bagi konsep asas yang kritikal, pendukung teologi global ingin merealisasikan prinsip pluralisme agama yang menyatakan bahawa agama lain juga merupakan jalan yang sama-sama sah untuk menuju kebenaran yang sama atau memperoleh keselamatan.

Islam menolak pluralisme agama yang menegaskan bahawa semua agama adalah benar dan sama sahaja pada tahap transenden (munazzah) dan esoterik. Menurut perspektif Islam, agama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. dan diturunkan kepada manusia semenjak nabi Adam sehingga nabi Muhammad adalah satu sahaja, iaitu Islam (surah Ali-’Imraan 3: 84-85). Semua nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah menyeru kepada agama yang satu dan setelah nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, maka agama itu menjadi lengkap dan dinamakan Islam secara rasmi oleh Allah sendiri (Surah Ali-’Imraan 3: 19-20, 31-32; surah al-Maa’idah 5:3). Semua perkara dari aspek sistem kepercayaan, sistem ibadah, sistem nilai, sistem kekeluargaan, hingga kepada sistem akhlak telah disempurnakan sejak awal lagi dalam bentuk yang syumul dan mutlak tanpa memerlukan penyemakan semula, pembentukan semula, dan penambahan.

Seterusnya, menurut perspektif Islam, tidak ada garis mengufuk yang memisahkan tahap luaran (zahir) dengan tahap dalaman (batin) dalam kegiatan beragama. Yang ada hanya garis menegak yang disebut sebagai al-Sirat al-Mustaqim (jalan yang lurus) dalam mana manusia yang terpesong darinya digolongkan sebagai manusia yang sesat. Menurut Syed Muhammad Naquib (2007), faham kesatuan transenden agama-agama yang menegaskan bahawa semua agama adalah sama pada tahap esoterik dan transenden, dan hanya memanifestasikan sebagai agama yang berbeza pada tahap eksoterik adalah mengelirukan. Misalnya, jikalau kesatuan tersebut bermaksud persamaan antara agama-agama pada tahap transenden semata-mata, maka setiap agama tidak lengkap dan tidak mencapai tujuan

Page 119: Budaya Ketepatan

104

pada tahap zahir atau biasa. Keadaan ini mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah.

Sebaliknya, jikalau kesatuan itu bermaksud persamaan secara menyeluruh, maka Tuhan bagi semua agama pada kedua-dua tahap zahir (fizikal) dan batin (rohani) sepatutnya disebut sebagai Tuhan dan Penguasa yang Mutlak, tidak ada sebarang sekutu, lawan, dan entiti lain yang menyerupai-Nya. Bagaimanapun, pendukung faham transenden agama-agama menganggap bahawa fenomena ini hanya dapat dirasai oleh individu yang berada pada tahap transenden, manakala orang biasa yakni orang yang berada dalam keadaan martabat diri pada tahap fizikal pula hanya mengalami entiti berbeza-beza yang dianggap sebagai tuhan. Keadaan ini mengimplikasikan bahawa faham tersebut merujuk kesatuan pengalaman yang dirasai oleh individu pada tahap transenden, bukan kesatuan agama. Ini bermakna pada peringkat biasa, agama tidak dapat mencapai tujuannya sebab seluruh manusia tidak mungkin dapat berada dalam keadaan martabat diri pada tahap transenden. Keadaan ini mustahil bagi agama yang diturunkan oleh Allah.

Perspektif Islam menolak idea tentang persamaan dan perbezaan pada kedua-dua tahap eksoterik dan esoterik sebab manusia yang terdiri daripada unsur jasad dan roh menjalani kehidupan dalam alam nyata, bukan alam transenden; dan pengalaman fizikal dan rohani pula tidak bercanggah antara satu sama lain sebab jasad dan roh tidak bertentangan antara satu sama lain. Sebenarnya, agama Islam menggabungkan aspek zahir dan batin. Oleh itu, adalah satu keganjilan untuk menganggap kebenaran yang mutlak hanya berlaku pada tahap rohani dan metafizik, sedangkan agama Islam merupakan cara hidup yang lengkap dan menyeluruh bagi mencapai kebahagiaan pada kedua-dua tahap jasmani dan rohani.

Sebagai tambahan, hakikat tauhid, konsep keesaan, atau ketunggalan Tuhan dalam Islam adalah unik, berbeza, dan tidak diiktiraf oleh agama lain. Hakikat tersebut bukan sekadar

Page 120: Budaya Ketepatan

105

menekankan keesaan Tuhan, tetapi juga penekanan kepada Allah yang mempunyai zat yang berbeza daripada segala sesuatu dan penuh dengan sifat kesempurnaan dan kekuasaan. Al-Quran menghuraikan konsep tauhid dengan menggunakan ayat muhkamat yang mempunyai makna yang jelas dan tidak terbuka kepada pentafsiran (ta’wil) yang subjektif. Peranan semua nabi dan rasul bermula dari nabi Adam hingga nabi Muhammad adalah untuk mengajak manusia menyembah Allah Yang Maha Esa (surah al-Anbiyaa’ 21:25). Al-Quran menentang keras orang yang menyekutukan Allah, yakni menganggap Allah itu dua atau lebih, baik melalui pegangan, pemikiran, perasaan, mahupun perlakuan. Misalnya, al-Quran menegaskan bahawa menyekutukan atau mensyirikkan Allah merupakan satu kezaliman (surah Luqman 31:13) dan dosa yang besar, dan orang yang melakukan perbuatan itu diharamkan syurga (surah an-Nisaa’ 4:116; surah al-Maa’idah 5:72). Berdasarkan konsep tauhid, mustahil bagi agama Islam untuk menerima kebenaran agama lain. Malah, al-Quran melarang orang Islam menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai pelindung mereka (surah al-Maa’idah 5:51). Ringkasnya, tidak mungkin pemahaman tentang Tuhan yang Maha Esa sama benar dengan pemahaman tentang Tuhan yang pelbagai, Tuhan yang bersatu dengan makhluk dan menyerupai makhluk yang diciptanya sendiri, atau Tuhan yang diwakilkan oleh benda tertentu ciptaan manusia (surah al-A’raaf 7:191-198).

Pluralisme agama dan kepelbagaian agama adalah dua konsep yang berbeza. Islam tidak menolak kepelbagaian atau kemajmukan agama yakni terdapat pelbagai agama di dunia dan Allah mencipta manusia berbilang kaum, bangsa, dan bahasa (surah al-Hujuraat 49:13). Namun begitu, kepelbagaian agama bukan bermaksud Allah-lah yang menciptakan semua agama yang wujud di dunia. Pada hakikatnya, Allah mencipta satu agama sahaja, iaitu Islam, manakala agama lain pula dicipta oleh fikiran manusia sama ada melalui penyelewengan agama yang benar mahu pun pembentukan agama baru (surah al-Baqarah 2:79; surah Ali-’Imraan 3:78; surah al-Maa’idah 5:13,

Page 121: Budaya Ketepatan

106

48). Oleh itu, dakwaan yang dibuat oleh pendukung pluralisme agama bahawa semua agama adalah benar sebab mereka dicipta oleh Tuhan yang sama tidak boleh diterima oleh penganut Islam (surah al-Bayyinah 98:6).

Dalam konteks kepelbagaian agama, Islam menyuruh umatnya memahami antara satu sama lain dan bersikap hormat menghormati tanpa menggadaikan prinsip akidah Islam. Oleh kerana kepelbagaian agama adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, manusia harus belajar untuk memahami antara satu sama lain, berdialog dalam suasana yang harmoni dan baik, bersetuju untuk tidak bersetuju, dan sanggup berbincang bagi mengelakkan permusuhan (surah an-Nahl 16:125). Menurut perspektif Islam, aktiviti dialog antara agama adalah satu medium dakwah untuk menyampaikan risalah Islam kepada orang bukan Islam dan sekaligus mengajak mereka menerima Islam dengan hati yang terbuka. Dalam ayat 64 surah Ali-‘Imraan, Allah menjelaskan prinsip berdialog dengan ahli Kitab, iaitu menyeru mereka balik ke pangkal jalan dan tidak menyekutukan Allah.

Penolakan terhadap pluralisme agama bukan bererti Islam memusuhi penganut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Pada hakikatnya, Islam menyuruh umatnya berbuat baik kepada semua orang yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam (surah al-Mumtahanah 60: 8-9). Malah, Islam menyuruh umatnya berlaku adil sesama manusia (surah al-Maa’idah 5:8). Seterusnya, penolakan terhadap pluralisme agama bukan bererti Islam memusuhi toleransi beragama. Pluralisme agama dan toleransi beragama adalah dua konsep yang berbeza. Islam menerima toleransi beragama, tetapi tidak menganggap bahawa semua agama adalah sama. Dengan kata lain, Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh penganut agama lain. Perlu ditegaskan bahawa pluralisme agama bukanlah sekadar toleransi, tetapi melibatkan penekanan kepada prinsip kesamaan dan kesetaraan dalam

Page 122: Budaya Ketepatan

107

semua hal termasuk agama. Misalnya, pendukung pluralisme agama berpendapat bahawa tidak ada agama yang paling baik (superior) dan tidak ada agama yang paling buruk. Pandangan ini tidak boleh diterima oleh orang Islam sebab identiti dan komitmen mereka adalah terletak pada keimanan tentang kebenaran yang tunggal dan mutlak bagi agama mereka (surah al-Israa’ 17:81; surah al-Ahzab 33:40; surah al-Baqarah 2:143).

Seterusnya, dakwaan pendukung pluralisme agama bahawa semua agama adalah sah dan autentik tidak mungkin tercapai tanpa terlebih dahulu menerima gagasan relativisme dan reduksionisme agama yakni kebenaran sesuatu agama adalah relatif dan identiti agama boleh diperturunkan kepada unsur peribadi dalam acuan sekular semata-mata. Islam sebagai ad-din yang menyeluruh, lengkap, dan sempurna, tidak menerima pandangan relativisme dan reduksionisme agama. Secara kasar, relativisme agama merujuk faham bahawa kebenaran ajaran agama, nilai, dan moral adalah berdasarkan perbandingan atau saling berkaitan dengan sesuatu yang lain, tidak mutlak, dan mungkin berbeza antara individu atau kebudayaan. Reduksionisme pula merujuk faham bahawa perkara, idea, fenomena, atau sistem yang kompleks boleh difahami melalui komponen atau juzuk yang kurang kompleks, khususnya, komponen yang boleh dilihat dan diukur. Misalnya, pendukung reduksionisme berpendapat bahawa aktiviti rohani atau mental boleh diperturunkan kepada aktiviti fizikal.

Berhubung dengan ruang lingkup toleransi, orang Islam ditegah untuk berkompromi dengan orang bukan Islam dalam perkara yang melibatkan akidah, ibadah, tauhid, dan keimanan. Namun begitu, mereka disuruh untuk bertoleransi dan mengamalkan sikap hidup bersama dengan penganut agama lain dalam sesebuah masyarakat, dalam mana penganut agama tersebut mengamalkan ajaran agama masing-masing, kecuali apabila berlaku pengkhianatan terhadap mereka (Muhammad ‘Uthman, 2010b). Penyelesaian Islam terhadap kepelbagaian agama adalah dengan mengakui perbezaan

Page 123: Budaya Ketepatan

108

dan identiti agama masing-masing (surah al-Kaafirun 109:1-6; surah Ali-’Imraan 3:64), bukan melalui penerimaan gagasan pluralisme agama. Dalam soal akidah, prinsip yang dimajukan oleh perspektif Islam tentang hubungan antara agama Islam dengan agama lain ialah prinsip perbezaan, bukan prinsip persamaan. Berdasarkan prinsip ini, apa yang disembah oleh orang Islam dianggap berbeza dengan apa yang disembah oleh penganut agama lain, agama lain diakui kewujudannya dan penganut agama tersebut bebas untuk mengamalkan agama masing-masing, dan kerjasama antara penganut pelbagai agama boleh dilakukan dalam perkara yang ada persamaan antara mereka.

Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman (surah al-Baqarah 2:256), tetapi terikat dengan peraturan atau tanggungjawab tertentu seperti mereka tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan Islam itu sendiri dan umatnya, menimbulkan kemarahan orang Islam, menghina tokoh Islam, melakukan perkara yang mencetuskan huru-hara dalam masyarakat, dan menyebarkan fitnah terhadap Islam dan umatnya. Dengan kata lain, orang bukan Islam boleh mengamalkan adat istiadat dan cara hidup mereka selagi mana tidak menimbulkan perkara yang tidak sihat dalam masyarakat umum. Islam menolak pandangan yang dianjurkan oleh pendukung pluralisme agama tentang kebebasan beragama yang meliputi kebebasan memilih agama, kebebasan untuk tidak beragama, kebebasan untuk bertukar agama, kebebasan untuk menyebar agama, kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama, dan kebebasan untuk berkahwin dengan orang berbeza agama.

Agama bukan fesyen budaya yang boleh dibuang sesuka hati. Kebebasan beragama yang ditawarkan oleh Islam tertakluk kepada penyusunan sistem dan tanggungjawab yang tertentu. Misalnya, kebebasan dalam Islam membabitkan pemberian hak kebebasan dan keadilan, dan pada masa

Page 124: Budaya Ketepatan

109

yang sama, penyediaan sistem hidup yang dapat mengawal manusia daripada terjebak dengan kezaliman dan kerosakan pada diri sendiri dan masyarakat. Dengan kata lain, dalam kebebasan ada pengawalan yang berasaskan tanggungjawab bagi setiap orang Islam. Misalnya, manusia mempunyai empat tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada diri sendiri, Tuhan, masyarakat, dan alam sekitar. Dua contoh tanggungjawab kepada diri sendiri ialah setiap orang Islam tidak boleh membunuh diri dan tidak boleh murtad atau keluar daripada agamanya, manakala contoh tanggungjawab kepada masyarakat pula ialah setiap orang Islam tidak boleh melakukan kezaliman dan penindasan. Orang Islam juga tidak boleh menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka selama mana mereka tidak mengganggu keselamatan dan keimanan orang Islam. Mereka ada hak untuk berpegang dengan apa yang mereka yakini. Perbezaan agama tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Orang Islam boleh bekerjasama dengan penganut agama lain dalam menghapuskan kezaliman dan kerosakan di muka bumi. Walau bagaimanapun, mereka dilarang untuk bekerjasama dalam aspek akidah, ibadah, dan keagamaan (surah al-Kaafirun 109:1-6; surah Yunus 10:41) dan bekerjasama dengan orang yang menzahirkan permusuhan terhadap Islam.

Pada hakikatnya, tidak ada kebebasan mutlak bagi manusia dan setiap orang terikat dengan peraturan dan tanggungjawab yang tertentu. Kebebasan bukan lesen untuk melakukan kezaliman dan kefasadan. Misalnya, kebebasan tidak boleh disalahgunakan sehingga menimbulkan permusuhan, perpecahan, penindasan, penipuan, kesesatan, kebinasaan, keburukan, dan kerosakan dalam masyarakat. Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk menerima Islam secara kekerasan, tanpa kesedaran dari lubuk hati mereka. Perlu dinyatakan bahawa walaupun orang Islam tidak dibenarkan untuk melakukan paksaan tersebut, tetapi adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menyeru dan mengajak penganut agama lain kepada Islam dengan hikmah, nasihat

Page 125: Budaya Ketepatan

110

yang baik, dan perdebatan yang baik (mujadalah hasanah) (surah al-Nahl 16:125; surah al-Ghaasyiyah 88:21-22). Usaha berdakwah kepada orang bukan Islam supaya mereka menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya, dan paksaan terhadap orang bukan Islam untuk memeluk Islam adalah dua perkara yang berbeza atau ringkasnya dakwah berbeza dengan paksaan agama.

Seterusnya, pelaksanaan hukum murtad kepada orang Islam yang keluar daripada agamanya, memeluk agama lain, dan tidak mahu kembali kepada Islam selepas murtad dan konsep tidak ada paksaan dalam agama adalah dua perkara yang berbeza. Menurut perspektif Islam, tidak ada paksaan dalam agama bermaksud orang Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Mereka bebas untuk membuat pilihan berdasarkan pemikiran mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, apabila seseorang individu telah memeluk Islam, maka dia tertakluk kepada syariah, peraturan, dan undang-undang Islam, termasuk larangan murtad daripada agama Islam. Dengan kata lain, perspektif Islam tidak menganggap kebebasan beragama turut membabitkan kebebasan untuk murtad bagi orang Islam (Muhammad ‘Uthman, 2010b). Dalam hal ini, orang Islam tidak boleh menerima tafsiran yang dibuat oleh pengamal budaya atau pendukung falsafah Barat moden tentang konsep kebebasan manusia dan kebebasan beragama jikalau tafsiran itu bertentangan dengan al-Qu’ran dan al-Sunnah. Menurut perspektif Islam, kebebasan beragama, kebebasan hati nurani (freedom of conscience), kebebasan media, kebebasan bersuara, dan kebebasan berpolitik (demokrasi) harus tunduk kepada akidah dan syariah Islam (Muhammad ‘Uthman, 2011).

Syariah Islam merujuk panduan dan undang-undang ciptaan Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pada umumnya, syariah Islam mencakupi tiga bidang ilmu, iaitu ilmu akidah, ilmu fikah, dan ilmu tasawuf. Sumber bagi syariah Islam pula terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sumber

Page 126: Budaya Ketepatan

111

utama (al-Quran dan al-Sunnah), sumber sekunder (ijmak dan qiyas), dan sumber tambahan (istihsan, istislah, urf, dan ijtihad). Syariah Islam mengandungi unsur tetap (tidak berubah) dan unsur boleh berubah. Misalnya, prinsip tentang kepercayaan Islam, prinsip halal dan haram, dan piawai akhlak membentuk sebahagian unsur yang tidak berubah, manakala perkara yang berkaitan dengan pembangunan sains dan teknologi pula membentuk sebahagian unsur yang boleh berubah. Menurut Muhammad ‘Uthman (2010b), jikalau pendapat yang mengatakan bahawa syariah Islam tidak tertulis pada batu dan ia mengalami evolusi yang dinamik difahami seperti di atas, maka ia tidak menimbulkan masalah. Sebaliknya, jikalau pemahaman itu melibatkan perubahan seperti menghalalkan perkahwinan sesama jantina dan membolehkan wanita Islam untuk berkahwin dengan lelaki bukan Islam, maka ia tidak dibolehkan.

Perlu dinyatakan bahawa syariah Islam mengatasi segala gagasan atau peraturan hidup yang dibentuk berdasarkan pemikiran atau pengalaman manusia semata-mata walaupun perkara itu mungkin diterima pada peringkat antarabangsa (surah al-An’aam 6:114-116). Setiap orang Islam tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ada dalam Islam. Jikalau mereka melakukan kesilapan dan penyelewengan, mereka akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam. Seterusnya, Islam mempunyai maruah, kehebatan, dan peraturan sendiri dan apabila perkara itu dicabul, maka pencabul harus dihukum berdasarkan undang-undang Islam. Misalnya, perbuatan keluar dari Islam akan mencemarkan nama baik Islam. Oleh itu, bagi menjaga, memartabatkan, dan memperkasakan nama baik Islam, orang yang murtad akan menerima hukuman yang setimpal.

Dakwaan pendukung pluralisme agama bahawa semua agama merupakan jalan-jalan berbeza menuju kepada Yang Satu ditolak oleh Islam. Menurut perspektif Islam, penyembahan berhala, penyembahan Tuhan yang dikatakan mempunyai

Page 127: Budaya Ketepatan

112

anak seperti Isa atau Uzair, penyembahan api, penyembahan Tuhan bukan secara tauhid, dan penyembahan sebarang kuasa ghaib yang kabur bukan penyembahan Yang Satu (surah Maryam 19:88-93). Islam mempunyai konsep yang tersendiri tentang Yang Satu seperti yang dinyatakan oleh al-Quran dan al-Sunnah (Muhammad ‘Uthman, 2010b). Sifat Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa yang diperjelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah tidak sama dengan sifat Tuhan yang dinyatakan dalam doktrin agama lain, tradisi falsafah Yunani dan Hellenistik, falsafah Barat moden, tradisi sains dan teknologi, mistisisme Barat, dan mistisisme Timur. Berhubung dengan penentuan tentang siapa Dia Yang Satu, al-Quran berfungsi sebagai pemutus yang mutlak dan muktamad (surah al-Maaidah 5:48), bukan fikiran atau pengalaman manusia. Ajaran Islam pula adalah murni dan suci. Ia tidak boleh dicampur adukan dengan ajaran agama lain (surah at-Taubah 9:28). Seterusnya, agama Islam adalah menyeluruh, lengkap, dan sempurna (surah al-Maa’idah 5:3). Oleh itu, ia tidak memerlukan ajaran agama lain untuk melengkapkannya. Menurut perspektif Islam, agama lain tidak diterima dan tidak dianggap sah (surah Ali-‘Imraan 3:85) dan Allah hanya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang sah disisi-Nya (surah Ali-‘Imraan 3:19). Orang Islam pula adalah sebaik-baik umat sebab keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah dan mereka menjadi saksi ke atas umat manusia sebagaimana nabi Muhammad s.a.w. menjadi saksi ke atas mereka (surah al-Baqarah 2:143; surah al-Hajj 22:78).

Islam menolak dakwaan pendukung pluralisme agama bahawa penganut sebarang agama yang berbuat baik akan selamat dan memasuki syurga. Menurut perspektif Islam, orang yang beriman dan bertakwa hanyalah orang yang percaya kepada risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w., percaya kepada rukun iman, percaya kepada rukun Islam, dan beramal mengikut ajaran yang terkandung risalah tersebut. Hanya mereka sahaja yang akan masuk syurga, manakala yang lainnya akan masuk neraka (surah Ali-‘Imraan 3:116-117; surah at-Taubah 9:53-54; surah al-Bayyinah 6-8). Akidah orang

Page 128: Budaya Ketepatan

113

Islam dan kepercayaan penganut agama lain seperti Ahli Kitab adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Misalnya, kepercayaan majoriti orang Nasrani gagal untuk memenuhi tiga kriteria tauhid: (a) mereka menyembah Isa al-Masih (keyakian tentang tuhan yang menjelma dalam bentuk manusia), bukan menyembah Allah; (b) mereka mensyirikkan Allah dengan berpegang kepada konsep tiga serangkai (trinity), yakni tuhan wujud dalam tiga entiti, iaitu bapa, anak, dan roh kudus; dan (c) mereka mentaati para rahib mereka dalam perkara halal dan haram, bukan mematuhi syariat Islam. Kepercayaan seperti ini ditolak oleh Islam dengan jelas dan tegas (surah al-Maa’idah 5:72-75; surah at-Taubah 9:30-34; surah al-Ikhlas 112:1-4). Ringkasnya, agama Islam dan agama lain tidak mungkin dapat disatukan seperti yang didakwa oleh pendukung pluralisme agama. Menurut perspektif Islam, agama yang selain daripada Islam adalah agama yang batil (surah Luqman 30:30) dan mustahil bagi agama yang benar dapat disatukan dengan agama yang batil.

Perlu dinyatakan bahawa agama Islam dan Gereja Kristian Katolik mempunyai pandangan yang berbeza tentang tuhan. Misalnya, menurut perspektif Islam, Tuhan adalah Allah Yang Maha Esa dan nabi Isa anak Maryam adalah seorang rasul (surah al-Maa’idah 5:75), manakala Gereja Kristian Katolik pula mempercayai satu tuhan terdiri daripada tiga entiti (triniti), iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus. Mereka mendakwa bahawa tuhan terdiri daripada Isa si Tuhan Anak, yakni Tuhan Bapa dan Isa si Tuhan Anak adalah satu, dengan cara Tuhan Bapa menjelma (incarnate) dalam bentuk manusia Isa si Tuhan Anak melalui Roh Kudus (Wan Adli, 2011). Gereja Kristian Katolik tidak mempercayai bahawa Allah Yang Maha Esa dan nabi Isa anak Maryam sebagai dua entiti yang berbeza. Pada asasnya, pendirian orang Islam tentang hal ini ialah semua manusia bertanggungjawab memilih kepercayaan masing-masing (yakni tidak ada paksaan dalam agama), tetapi orang Islam dilarang untuk bersetuju, membenarkan, atau mengatakan boleh terhadap pelbagai tafsiran berbeza tentang

Page 129: Budaya Ketepatan

114

Tuhan yang patut disembah demi menjaga, memartabatkan, dan memperkasakan agama. Malah, orang Islam disuruh untuk menyebarkan seruan bahawa tiada sembahan selain Allah dan mengatakan bahawa Allah itu Maha Esa (surah al-Maa’idah 5:73).

Islam mempunyai pandangan dan konsep yang jelas, tegas, dan terperinci tentang urusan agama dan pergaulan sosial. Al-Quran dan al-Sunnah tidak terikat dengan kategori atau faham seperti eksklusivisme, inklusivisme, pluralisme, liberalisme, reduksionisme, dan relativisme agama dalam menjelaskan ajaran Islam. Hubungan antara penganut agama Islam dengan penganut agama lain dalam aspek akidah dan pergaulan sosial telah dinyatakan secara eksplisit. Misalnya, keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah perkara asas dan mulia. Oleh itu, perkara tersebut tidak boleh dicampur aduk dan tidak boleh dikompromikan (surah al-Kaafirun 109: 1-6; surah Ali-‘Imraan 3:19, 85). Seterusnya, meskipun Islam menegaskan bahawa agama tidak dapat dipaksakan (surah al-Baqarah 2:256), tetapi orang Islam disuruh untuk berdakwah dan mengajak umat lain memeluk Islam dengan bijaksana, bukan melalui putar belit (surah Ali-‘Imraan 3:20, 64; surah an-Nahl 16:125), dan penganut Islam pula perlu menjalani kehidupan mereka dengan berlandaskan peraturan yang ditetapkan oleh syariah Islam. Dalam aspek pergaulan sosial, orang Islam disuruh berlaku adil, bekerjasama, dan berbuat baik kepada penganut agama lain demi keamanan hidup (surah al-Mumtahanah 60:8-9). Orang Islam dilarang untuk memaki apa yang disembah oleh penganut agama lain walaupun dengan cara yang bersopan santun (surah al-An’aam 6:108). Bahkan seorang anak yang beragama Islam masih perlu menghormati ibu bapanya yang bukan beragama Islam. Begitu juga halnya dengan jiran tetangga yang berbeza agama.

Ringkasnya, orang Islam tidak boleh berkompromi dengan orang bukan Islam dalam hal keagamaan, keimanan, teologi (akidah), ibadah, dan metafizik. Namun begitu, mereka

Page 130: Budaya Ketepatan

115

tidak dilarang untuk berkomunikasi, berdialog, dan bekerjasama dengan penganut agama lain dalam aspek kehidupan sosial bagi menjaga dan memakmurkan bumi ini. Dalam konteks ini, kompromi tentang hal keagamaan seperti yang dianjurkan oleh pendukung pluralisme agama tidak dapat diterima. Malah, gagasan yang dimajukan sekularisme, pluralisme agama, dan liberalisme atau ringkasnya SIPILIS bercanggah dengan ajaran Islam dalam aliran arus perdana seperti yang dijelaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah dan dihuraikan oleh ahlissunnah wal-jamaah. Orang Islam mesti berdiri teguh dengan bimbingan al-Quran dan al-Sunnah dan memberi penyaksian dalam hubungan dengan umat lain apabila mereka terpesong dari jalan yang lurus dan benar. Dalam konteks ini, orang Islam yang mendukung pluralisme agama tidak lagi menjadi saksi, tetapi menjadi pengikut ajaran yang terdiri daripada prasangka dan rekaan hawa nafsu semata-mata (surah al-Mu’minun 23:71). Menurut perspektif Islam, orang seperti itu mengkhianati atau derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka berada dalam kesesatan yang nyata (surah al-Ahzaab 33:36). Perlu dinyatakan bahawa agama yang diredai Allah hanyalah Islam (surah Ali-‘Imraan 3:19) dan sesiapa yang mencari agama selain Islam adalah tergolong dalam orang yang rugi dan agama yang mereka cari sekali-kali tidak diterima oleh Allah (surah Ali-‘Imraan 3:85).

Sebagai tambahan, teori yang dimajukan oleh pendukung pluralisme agama sebagai satu usaha untuk mempromosikan faham tersebut, iaitu permusuhan antara masyarakat beragama berkait rapat dengan isu eksklusivisme dan inklusivisme yang diperjuangkan oleh penganut agama yang berbeza tidak dapat diterima. Dalam Islam, peperangan terhadap musuh hanya diizinkan bagi menegakkan keadilan dan kebenaran, yakni apabila orang Islam ditindas, diserang, dizalimi, dan harta mereka dirampas, sedangkan dalam keadaan biasa, mereka disuruh untuk bekerjasama sesama manusia bagi menjaga dan memakmurkan bumi ini (surah al-Mumtahanah 60:8-9; surah al-Qashash 28: 77). Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan

Page 131: Budaya Ketepatan

116

permusuhan sesama masyarakat beragama berpunca daripada faktor politik, sosial, ekonomi, atau ideologi, bukan faktor teologi sesuatu agama. Perbezaan antara ideologi dan teologi dapat dilihat apabila Zionisme dibezakan dengan agama Yahudi; dan Zionisme, bukan agama Yahudi bertanggungjawab terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam di Palestin, walaupun perbuatan itu berselindung di belakang nama agama (Khalif Muammar, 2006). Ringkasnya, pluralisme agama bukanlah jawapan kepada masalah permusuhan antara masyarakat beragama. Ini kerana punca utama masalah tersebut adalah faktor manusia, bukan faktor teologi. Pada hakikatnya, masalah itu menggambarkan kegagalan manusia untuk memahami realiti kewujudan bangsa dan agama yang berbeza di dunia dan menangani perbezaan tersebut dengan semangat kekitaan, kebaikan bersama, dan kepentingan umum disebabkan oleh pemikiran mereka dilanda oleh kecelaruan yang berpunca pengaruh sekularisme, liberalisme, relativisme, materialisme, dan individualisme serta ketandusan rohani dan kepincangan amalan yang tidak menepati kepercayaan agama.

Memang benar Allah menjadikan manusia berbilang kaum supaya mereka kenal-mengenal antara satu sama lain (surah al-Hujuraat 49:13), tetapi di hujung ayat tersebut, Allah menjelaskan bahawa orang yang paling mulia dalam kalangan manusia ialah mereka yang paling bertakwa, yakni paling mematuhi suruhan dan larangan Allah. Seterusnya, manusia diberi keupayaan untuk berfikir dan kebebasan untuk membuat pilihan tentang agama yang hendak dianuti sebagai ujian tentang keimanan mereka kepada Allah. Setiap manusia bertanggungjawab atas nasibnya sendiri (surah ar-Ra’d 13:11). Penerimaan kewujudan pelbagai agama di dunia bukan bermaksud penerimaan kebenaran agama tersebut. Dua perkara ini amat berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, dakwaan yang dibuat oleh pendukung pluralisme agama bahawa penerimaan kewujudan pelbagai agama dan pengakuan tentang kebenaran agama tersebut adalah perkara yang sama merupakan satu falasi yang ketara (surah al-Mu’minun 23:71; surah Ali-‘Imraan 3:19).

Page 132: Budaya Ketepatan

117

Menurut perspektif Islam, pluralisme agama adalah satu faham yang sesat dan destruktif. Faham itu cuba menafikan kebenaran mutlak agama Islam atau paling tidak meletakkan kebenaran Islam sebagai salah satu kebenaran relatif bersama-sama agama lain (Mohd Farid, 2010). Allah melaknati orang-orang seperti pendukung pluralisme agama yang ingin menjadikan jalan Allah bengkok dan terpesong (surah al-A’raaf 7:44-45) dan mendustakan ayat Allah (surah al-A’raaf 7: 37). Dewasa ini, terdapat pendukung faham tersebut yang memutar-belitkan tafsiran ayat al-Quran untuk mencapai tujuan mereka. Misalnya, mereka menyalahtafsirkan kalimah sawa (surah Ali-‘Imraan 3:64) sebagai mengimplikasikan persamaan antara agama Islam dengan agama Ahli Kitab (agama-agama samawi) dalam pengertian pengikut agama samawi berada pada satu platform yang sama dalam menghadap Tuhan. Sebenarnya, amat jelas bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah itu adalah tauhid sebab semua nabi menyeru kepada tauhid. Oleh sebab Ahli Kitab menolak seruan untuk mentauhidkan Allah, misalnya mereka telah menyekutukan Allah dengan tuhan ciptaan mereka sendiri, maka kesamaan platform itu tidak wujud (Khalif Muammar, 2006). Malah apabila al-Quran diturunkan, maka terputuslah kebenaran agama lain sebab ajaran al-Quran menjaga kebenaran agama dan merupakan satu-satunya ajaran yang benar. Terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan dengan jelas dan tegas tentang kekufuran penganut agama lain, termasuk Ahli Kitab (surah al-Maa’idah 5: 72-75; surah at-Taubah 9: 29-33).

Tauhid adalah satu konsep asas dalam akidah Islam yang terbahagi kepada tiga aspek: (a) tauhid uluhiyah: Keesaan dan keunikan yang eksklusif tentang Allah sebagai satu-satunya Ilah (sembahan) yang berhak disembah dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang melibatkan perbuatan meyakini tentang keesaan Allah, menerima syariat yang ditetapkan oleh Allah, dan beribadat, menyembah, dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah (surah al-Mu’minun 23:117; surah al-Anbiyaa’ 21:25); (b) tauhid rububiyah: Keesaan dan keunikan eksklusif tentang

Page 133: Budaya Ketepatan

118

Allah sebagai Rabb, yang melibatkan perbuatan menyakini bahawa Allah Yang maha Esa adalah satu-satunya Pemilik, Pencipta, Pengurus, dan Penguasa alam semesta termasuk manusia sendiri (surah az-Zumar 39:62; surah al-A’raaf 7:54); dan (c) tauhid nama dan sifat (asma wa sifat): Keesaan dan keunikan eksklusif Allah dalam nama dan atribut, yang melibatkan perbuatan menyakini bahawa Allah mempunyai nama-nama (asma’) yang paling baik sesuai dengan keagungan-Nya dan memiliki segala sifat yang tinggi dan sempurna pada zat, nama, sifat, dan perbuatan-Nya serta bersifat Maha Suci yang bebas dari segala kekurangan (surah asy-Syura 42:11; surah al-A’raaf 7:180). Tauhid rububiyah adalah syarat perlu, bukan syarat mencukupi bagi mencapai iman dan Islam. Ini kerana terdapat orang musyrik yang mengakui tauhid tersebut (surah Yunus 10: 31; surah az-Zukhruf 43:87). Sebaliknya, apabila seseorang mengakui Allah sebagai Ilah (surah an-Naas 114:1-3; surah an-Nahl 16:36), yakni satu-satunya sembahan yang dipatuhi (tauhid uluhiyah), dia juga mesti menerima dan mengakui Allah sebagai Rabb (surah al-An’aam 6:17-18, 164), yakni Allah adalah satu-satunya Pemilik, Pencipta, dan Penguasa seluruh alam semesta (tauhid rububiyah). Ringkasnya, konsep tauhid merujuk keyakinan bahawa Allah adalah bersifat Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam rububiyah (ketuhanan), ibadah dan penyembahan (uluhiyah), dan nama dan sifat (asma’ wa sifat).

Dewasa ini, terdapat pendukung pluralisme agama yang mengaku diri mereka sebagai orang Islam, tetapi memutar-belitkan tafsiran ayat al-Quran (lihat Jadual 5) dan berusaha menghancurkan Islam yang merupakan acuan, celupan, atau sibghah Allah (surah al-Baqarah 2:138). Strategi yang mereka guna termasuklah membungkus dakwaan mereka dengan gagasan dan jenama berbau Islam seperti pluralisme Islam (Islamic pluralism), Islam liberal, dan kebenaran transenden (trancendental truth) atau slogan popular seperti hak asasi manusia dan kebebasan bersuara bagi mengelirukan umat Islam. Misalnya, mereka mentafsirkan ayat 19 surah Ali-‘Imraan berdasarkan fikiran mereka semata-mata sebagai bermaksud sebarang

Page 134: Budaya Ketepatan

119

agama yang membabitkan idea penyerahan diri kepada Tuhan layak dipanggil agama Islam secara umum. Tafsiran seperti ini sekali-kali tidak dapat diterima. Menurut perspektif Islam, ayat tersebut menyatakan bahawa agama Islam merupakan agama yang diredai dan diterima di sisi Allah, dan Islam yang dimaksudkan merujuk kata nama khusus bagi agama yang diturunkan oleh Allah kepada semua nabi dan rasul, dan akhirnya disempurnakan oleh nabi Muhammad (surah asy-Syura 42:13).

Jadual 5Contoh Ayat Al-Quran disalahtafsirkan oleh Pendukung Pluralisme Agama

Ayat Al-Quran Salah Tafsir

Ayat 62 surah al-Baqarah (2)Ayat 69 surah al-Maa’idah (5)

Menggunakan ayat-ayat ini untuk menyokong pandanganbahawa janji keselamatan di akhirat diberi sama rata kepada semua pengikut agama.

Ayat 19 dan 85 surah Ali-‘Imraan (3) Menggunakan ayat-ayat ini untuk menyokong pandangan bahawa identiti Muslim diluaskan kepada semua manusiayang menyerah diri kepada tuhan, dengan semuanya dianggap sebagai Muslim secara literal.

Ayat 48 surah al-Maa’idah (5) Menggunakan ayat ini untuk menyokong pandangan bahawasyariah nabi-nabi terdahulu itu kekal sah dan terpakai sampaibila-bila. Ini kerana pelbagai syariah nabi-nabi tidakbercanggah antara satu sama lain.

Ayat 40 surah al-Hajj (22) Menggunakan ayat ini untuk menyokong pandangan bahawaAl-Quran mengakui kebenaran agama lain.

Page 135: Budaya Ketepatan

120

Ayat 48 surah al-Maa’idah (5) Menggunakan ayat ini untuk menyokong pandangan bahawa perbezaan agama merupakan cara Allah mengajar manusia berlumba-lumba menuju kebaikan. Ringkasnya, satu Tuhan,tetapi pelbagai jalan berbeza yang sah.

Ayat 64 surah Ali-‘Imraan (3) Menggunakan ayat ini untuk menyokong pandangan bahawaterdapat satu platform persamaan antara agama samawi. Justeru, ahli Kitab juga adalah penganut agama yang benar.

Ayat 110 surah al-Israa’ (17) Menggunakan ayat ini untuk menyokong pandangan bahawanama-nama Tuhan bagi agama selain Islam juga diakui sebagai sah oleh al-Quran.

Agama Islam adalah satu-satunya agama yang berasaskan

cara hidup yang lengkap dan menyeluruh (syumul) yang diajar dan disempurnakan oleh nabi Muhammad. Setelah turunnya al-Quran, maka mansuhlah, terhapus, dan terbatal semua sistem kepercayaan lain (surah al-Maa’idah 5:49). Ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah universal, sah, dan benar sampai akhir zaman. Pada asasnya pendukung pluralisme agama menggunakan kaedah hermeneutik, kontekstual, dan liberal untuk mentafsirkan ayat al-Quran, dan mereka mengetepikan keadaan atau sebab turunnya sesuatu ayat (asbabun nuzul), pendekatan bahasa, hubungan antara ayat-ayat tertentu (al-tanasub bayn al-ayat), pendapat mufasir klasik, dan kaedah tafsir dan ta’wil.

Ringkasnya, pandangan yang mengatakan bahawa sebarang agama yang melibatkan penyerahan diri kepada Tuhan layak dipanggil agama Islam secara umum, tanpa sebarang syarat adalah bukan pendirian al-Quran. Menurut

Page 136: Budaya Ketepatan

121

perspektif Islam, agama sebenar seperti yang diperjelaskan oleh al-Quran ialah agama para nabi dan rasul (anbia). Semuanya adalah benar dan sah untuk pusingan zaman nubuwwah mereka. Walau bagaimanapun, dengan datangnya pusingan nubuwwah, wahyu al-Quran, dan shariat nabi Muhammad, maka semua shariat yang terdahulu di atasi oleh syariat Baginda dan yang lain itu tidak lagi sah (surah al-Maa’idah 5:68). Nabi Muhammad diutus oleh Allah sebagai penutup para nabi dan rasul (khatam anbia) dan Baginda menjelaskan tentang kebenaran dan kesahihan ajaran para nabi dan rasul terdahulu untuk zaman mereka masing-masing. Setiap rasul membawa Islam untuk umat pada zamannya. Namun begitu, dengan turunnya wahyu al-Quran dan syariat nabi Muhammad atau kedatangan Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad, maka pegangan agama terdahulu dimansuhkan.

Kita perlu berhati-hati dalam menjalani kehidupan beragama dan berusaha dengan gigih untuk memerangi pluralisme agama sampai ke akar umbi sebab ia boleh merosak prinsip tauhid dan menghancurkan budaya menepati kepercayaan agama. Dewasa ini, pluralisme agama datang kepada umat Islam dalam bentuk yang halus dengan membawa imej bahawa faham itu merupakan faham Islam yang lebih moden, global, antarabangsa, dan progresif, dan sebahagian penyebarnya pula terdiri daripada individu yang berpengaruh dan berpendidikan tinggi. Oleh itu, terdapat kemungkinan seseorang akan terjerumus secara perlahan-lahan ke dalam pluralisme agama tanpa disedari. Misalnya, dewasa ini terdapat kecenderungan sesetengah individu dan kumpulan dalam kalangan orang Islam untuk memberi pujian dan sanjungan kepada tokoh yang menjuarai pluralisme agama dan Islam liberal (Yusri, 2010) dan melupai bahawa sebenarnya mereka itu adalah penyebar ajaran sesat dan penderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dalam usaha mengelirukan umat Islam tentang ajaran Islam yang sebenar, pendukung pluralisme agama turut

Page 137: Budaya Ketepatan

122

menggunakan pendekatan atomistik (selektif) dan penyetaraan dua pernyataan yang bertentangan. Misalnya, mereka mengambil satu dua dalil atau peristiwa dalam Islam tanpa melihatnya sebagai sebahagian daripada keseluruhan dan kesatuan ajaran Islam untuk memperkenalkan dan menjustifikasikan sesuatu idea yang asing dalam Islam (Khalif Muammar, 2006). Begitu juga, mereka cuba menyamakan perbuatan yang baik dengan perbuatan yang benar. Menurut perspektif Islam, kedua-dua perkara ini tidak semestinya sama. Misalnya, walaupun penganut agama lain berusaha untuk melakukan kebaikan dan mengamalkan moral yang baik, tetapi perbuatan mereka tidak dianggap benar dan tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada mereka pada hari akhirat (surah Ibrahim 14:18).

Berdasarkan perbincangan di atas, timbul satu persoalan, “Adakah Gagasan 1Malaysia tergolong dalam pluralisme agama, khususnya sinkritisme teologi?”. Pada asasnya, gagasan tersebut menekankan kesatuan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama menjadi warganegara Malaysia, bukan pandangan bahawa semua agama yang wujud di Malaysia adalah benar dan menuju kepada Tuhan yang sama. Dari sudut pegangan agama, Gagasan 1Malaysia menggunakan prinsip perbezaan, “Bagi kamu agama kamu, bagi ku agama ku” dalam acuan Islam sebagai acuan atau agama rasmi negara dan penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama mereka, bukan prinsip persamaan (kesetaraan), “Satu Tuhan banyak jalan”. Dengan kata lain, Gagasan 1Malaysia berusaha untuk memupuk perpaduan atau menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama di bawah payung perpaduan nasional, bukan mencampur aduk pelbagai agama, akidah, dan urusan ibadah di bawah payung kesatuan dan kesetaraan agama. Dalam konteks ini, upacara keagamaan dan majlis rasmi sesuatu agama yang melibatkan aspek akidah dan ibadah harus dibezakan dengan majlis keraian dan sambutan kegembiraan yang melibatkan aspek sosial atau politik. Penglibatan dalam aktiviti yang mencampur aduk akidah dan ibadah pelbagai agama boleh memesongkan orang Islam dari ajaran Islam yang

Page 138: Budaya Ketepatan

123

sebenar dan mencemari kesucian dan ketulenan ajaran Islam itu sendiri.

Perpaduan yang dikehendaki dalam Gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi anjuran pluralisme agama dalam mana perbezaan antara agama-agama dilenyapkan dan digantikan dengan kesetaraan antara pelbagai agama dan memasukkan semua agama dalam satu kerangka atau keluarga yang besar. Sebaliknya, Gagasan 1Malaysia mengiktiraf kepelbagai agama, memberi kebebasan kepada penganut sesuatu agama untuk mengamalkan ajaran agama mereka, dan menekankan kerjasama antara penganut pelbagai agama untuk menjaga dan memakmurkan bumi Malaysia dalam usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju dan bahagia seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Untuk mencapai hasrat tersebut, Gagasan 1Malaysia menekankan pengamalan budaya yang progresif dan nilai aspirasi yang tertentu seperti budaya menepati kepercayaan agama, bukan budaya penerimaan dan pengakuan akan kebenaran yang sama rata bagi semua agama.

Ringkasnya, Gagasan 1Malaysia sebagai satu gagasan pembangunan negara dan faham kesatuan transenden agama-agama sebagai satu gagasan teologi adalah dua perkara yang berbeza. Bahkan perbuatan mencampur aduk akidah, ibadah, dan amalan keagamaan bagi pelbagai agama yang terdapat di negara ini boleh membuat Gagasan 1Malaysia menjadi keliru dan bercelaru. Menurut perspektif Islam, perbuatan mencampur aduk akidah dan ibadah umat Islam dengan akidah dan ibadah penganut agama lain adalah dilarang. Pelaksanaan Gagasan 1Malaysia menuntut agar setiap warganegara bersifat jujur, ikhlas, dan benar tentang perkara yang melibatkan akidah dan ibadah. Misalnya, bagi orang Islam, kebenaran adalah agama Islam, manakala menurut perspektif penganut agama lain, kebenaran adalah agama yang mereka anuti (surah al-Kaafirun 109: 1-6). Namun begitu, perbezaan pandangan tentang kebenaran bukan menjadi alasan untuk tidak bekerjasama

Page 139: Budaya Ketepatan

124

dalam menyuburkan perpaduan dan membina negara maju yang bahagia.

Sebagai rumusan, ungkapan menepati kepercayaan agama merujuk usaha menterjemahkan dan mengaplikasikan ajaran agama dengan penuh pemahaman, komitmen, dan kesempurnaan dalam kehidupan seharian. Sebagai tambahan, setiap individu perlu membentuk akhlak yang mulia, menegakkan keadilan sesama manusia, mendalami ilmu tentang ajaran agama, dan menjauhi amalan yang keji bagi memperkukuhkan pegagan agama atau iman dan takwa kepada Allah. Adil merujuk sesuatu yang berada dalam keadaan yang seimbang, saksama, dan harmonis dalam alam sekitar dan dalam seluruh kewujudan. Keadilan pula terbentuk apabila manusia mempunyai keupayaan untuk mengenali dan mengakui kedudukan yang sebenar bagi sesuatu perkara dan kerelaan mereka untuk memainkan peranan atau menjalani kehidupan berdasarkan pengenalan dan pengakuan tersebut (Syed Muhammad Naquib, 1995).

Seterusnya, setiap individu perlu prihatin terhadap perkara yang boleh melemahkan iman dan takwa seperti kurang ilmu, kurang kecekapan, kurang amal soleh, kurang berfikir tentang perkara yang boleh memperkukuhkan atau meruntuhkan iman, berterusan melakukan maksiat, terpengaruh dengan budaya hedonisme, kabur tentang perkara halal dan haram, terpengaruh dengan faham kebebasan akal yang terlepas daripada bimbingan agama, terpedaya dengan faham kebebasan sains dan teknologi daripada kawalan etika dan agama, terperangkap dengan tarikan konsumerisme atau sekularisme, dan kurang integriti, iaitu kegagalan untuk menunaikan janji yang dibuat kepada diri sendiri dan kepada orang lain.

Satu implikasi daripada prinsip “menepati kepercayaan” adalah pemahaman dan penghayatan agama yang betul, padu, dan tepat serta penghayatan nilai murni dan akhlak yang mulia oleh setiap individu merupakan satu strategi penting dalam

Page 140: Budaya Ketepatan

125

membentuk, meningkatkan, dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Sebagai tambahan, kita tidak boleh mempercayai kata orang yang belum tentu benar salahnya, khabar yang belum pasti sah tidaknya, propaganda, dan perkara karut (tahayul). Perbuatan bertaklid buta, hanya menurut sahaja, atau hanya mengikut sahaja kata orang tanpa usul periksa terlebih dahulu boleh menyulitkan proses perpaduan antara kaum berbilang bangsa dan agama. Mengingati kata orang tua-tua, “percaya pada anak, buta mata sebelah; percaya pada orang lain, buta mata kedua-duanya”; dan “percaya kepada orang baik-baik sedikit pun ada juga aniayanya dan jikalau percaya kepada orang jahat, apatah lagi”. Kita tidak boleh terlalu mengharapkan kepada orang lain untuk mengerjakan sesuatu tugas yang kritikal seperti menentukan kebenaran sesuatu khabar, tetapi kita sendiri perlu memeriksa dan menelitinya dengan halusi.

Menepati Pengetahuan

Istilah pengetahuan merujuk suatu idea yang dibina oleh pemikiran individu secara aktif bagi memenuhi matlamat yang tertentu, bukan suatu komoditi yang diterima atau diserapkan secara pasif daripada persekitaran luar sama ada melalui persepsi yang teliti atau melalui komunikasi berbahasa. Dalam konteks ini, kognisi atau proses mental berperanan dalam mengorganisasikan pengalaman individu, bukan dalam menemui atau mewakilkan realiti ontologi yang objektif (Nik Azis, 1999b). Ungkapan mengetahui sesuatu perkara pula membabitkan proses adaptasi kelolaan sendiri dan ia diubahsuai secara berterusan berdasarkan perkara baru yang dialami. Oleh itu, mengetahui sesuatu perkara bermaksud mengetahui cara untuk membuat atau membentuk perkara tersebut.

Seseorang individu dianggap mengetahui sesuatu perkara hanya apabila dia dapat menerangkan komponen yang membentuk perkara tersebut dengan jelas. Seterusnya, ungkapan menepati pengetahuan bermaksud melakukan amalan dan

Page 141: Budaya Ketepatan

126

tindakan yang betul-betul berasaskan pengetahuan yang jelas dan benar, bukan berasaskan khayalan, keraguan, kekaburan, ketidakpastian, kesamaran, atau prasangka. Sebarang amalan atau tindakan yang berasaskan sangkaan tanpa ilmu atau pengetahuan yang sebenar boleh menyesatkan diri sendiri dan melemahkan usaha perpaduan. Satu soalan yang timbul ialah, bagaimanakah cara untuk menepati pengetahuan bagi sesuatu tugas atau kerja?

Pada asasnya, setiap tugas atau kerja mempunyai bidang, matlamat, skop, prosedur, spesifikasi, piawaian, kemahiran, sasaran, dan produk yang tertentu. Setiap pekerja perlu mengetahui perkara ini secara mendalam dan berusaha dengan gigih untuk melaksanakan atau mencapainya dengan berkesan. Seterusnya, oleh sebab perkara ini boleh berubah dari semasa ke semasa, setiap pekerja perlu prihatin terhadap perubahan dan pembaharuan dengan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Pekerja yang produktif ialah pekerja yang berwawasan, berfikiran besar, berfikiran baru, berfikiran terbuka, berfikiran jauh ke hadapan, dan sentiasa mengembangkan daya intelektual, inovasi, kreativiti, dan kerjasama.

Budaya menepati pengetahuan menuntut kita meningkatkan kesedaran, memperluaskan pemahaman, dan mengambil alih kawalan terhadap corak pemikiran kita, pandangan kita terhadap dunia, komitmen kita terhadap kerja, dan kepercayaan kita tentang apa yang patut dan perlu dilakukan daripada pengaruh luar atau asing. Apa sahaja yang mengeruhkan matlamat kita; mengelirukan kepercayaan kita; mencelarukan fikiran kita; menghalang kita daripada menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan, diri sendiri, masyarakat, dan alam sekitar; meningkatkan kekuatan hawa nafsu sehingga mengatasi kekuatan fikiran rasional dan pegangan agama, adalah perkara negatif bagi kita biar bagaimana baik rupanya kepada kita. Perkara tersebut perlu diatasi dengan bijaksana. Seterusnya, kita perlu menjauhi amalan tahu sedikit tetapi cakap besar, cakap panjang meleret-leret tetapi isinya

Page 142: Budaya Ketepatan

127

tidak berapa, dan cakap besar tetapi kerja satu pun tidak dapat dibuatnya.

Dalam usaha merealisasikan prinsip menepati pengetahuan, seseorang individu perlu memiliki pengetahuan yang berguna. Antara lain, pengetahuan tersebut boleh dikelaskan kepada lapan jenis berdasarkan peranan mereka dalam pelaksanaan sesuatu tugas (lihat Rajah 15): Pengetahuan kontekstual (keadaan, kedudukan konteks, latar belakang, lokasi, seting, atau suasana sesuatu perkara atau masalah), pengetahuan fakta dan linguistik (unsur asas seperti terminologi, perbendaharaan kata, simbol, bahasa, fakta), pengetahuan konseptual (saling hubungan antara unsur-unsur asas yang membentuk sesuatu konsep, kategori, prinsip, model), pengetahuan prosedur (tata cara dan operasi bagi menjalankan sesuatu tugas), pengetahuan strategik (kaedah umum, heuristik, atau strategi dalam membuat keputusan, pertimbangan, penilaian, dan menjana alternatif; cara untuk menyusun, mentafsirkan, menstrukturkan, menganalisis maklumat), pengetahuan etika (norma, nilai, adab, akhlak), pengetahuan meta kognitif (kesedaran, kawalan, penilaian, penganalisisan, pengawasan pemikiran sendiri), dan pengetahuan rohani (pegangan, kebijaksanaan, kepastian, keyakinan, kebenaran).

Pada umumnya, pengetahuan yang diperlukan untuk mengamalkan prinsip menepati pengetahuan dengan berkesan membabitkan gabungan pengetahuan aqli (sains dan teknologi) dan pengetahuan naqli (agama). Seterusnya, kejayaan seseorang individu dalam mengamalkan prinsip menepati pengetahuan bukan terjana daripada satu tindakan tunggal semata-mata, tetapi terjana daripada urutan tindakan yang konsisten dan koheren merentasi masa. Sesuatu tabiat yang baik hanya terbentuk melalui gabungan kepercayaan, pengetahuan, kemahiran, kemahuan bertindak, sikap, dan motivasi yang kukuh dan relevan. Manusia yang mementingkan nafsu dan akal, tetapi mengetepikan tuntutan jiwa, rohani, dan agama tidak dapat merealisasikan prinsip menepati pengetahuan

Page 143: Budaya Ketepatan

128

dengan berkesan sebab “manusia yang tak berhati” mudah sesat dan menyesatkan orang lain. Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup hanya dapat dicapai dengan memenuhi setiap tuntutan ilmu dan peradaban yang unggul.

Rajah 15. Jenis pengetahuan yang terkandung dalam amalan menepati pengetahuan

Dalam usaha memenuhi tuntutan di atas, perolehan pelbagai jenis ilmu fardu ‘ain (ilmu agama) dan fardu kifayah (ilmu sains dan teknologi) secara meluas dan mendalam, dan menggunakan ilmu tersebut dengan penuh tanggungjawab adalah amat penting. Objek perolehan terdiri daripada beberapa perkara seperti fakta dan kemahiran, data dan maklumat, pengetahuan, dan ilmu, dalam masa setiap perkara ini mempunyai tingkat-tingkat kewujudan yang tertentu. Fakta dan kemahiran dapat diperoleh atau dikuasai melalui penglibatan aktif seperti latihan, latih tubi, dan hafalan, manakala data dan maklumat pula dapat diperoleh melalui proses penglibatan aktif dan refleksi. Seterusnya, pengetahuan diperoleh atau dijana melalui penglibatan aktif, refleksi, dan abstraksi, manakala ilmu pula dapat diperoleh melalui penglibatan aktif, refleksi, abstraksi, penghayatan, dan pengadaptasian atau penyesuaian dengan prinsip yang terkandung dalam sistem rujukan mutlak (lihat Jadual 8). Perlu dinyatakan bahawa fakta dan kemahiran merupakan bahan mentah bagi aktiviti pemprosesan maklumat, manakala maklumat yang telah diproses pula merupakan bahan mentah aktiviti pembinaan pengetahuan. Seterusnya,

Page 144: Budaya Ketepatan

129

pengetahuan yang khusus adalah bahan mentah bagi aktiviti pembentukan ilmu. Inilah yang apa disebut sebagai hierarki dalam objek yang membentuk ilmu atau ringkasnya, hierarki ilmu, dalam mana objek-objek keilmuan tersusun secara menegak.

Satu amalan negatif bagi budaya menepati pengetahuan ialah perbuatan taklid buta dan ketaasuban melulu. Istilah taklid buta merujuk hanya menurut, meniru, atau meneladani orang lain; menurut dan mengikut sahaja kata orang lain; berpegang sahaja pada pendapat orang lain; atau percaya bulat-bulat kata orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu; manakala istilah taasub melulu pula merujuk berpegang secara keterlaluan kepada sesuatu pendapat dan berusaha mempertahankannya tanpa dalil, alasan, atau keterangan yang menjadi bukti yang jelas tentang kebenaran pendapat tersebut. Dalam sejarah peradaban Islam, fenomena inilah yang mula-mula menyebabkan berlakunya kemerosotan intelektual yang dahsyat dalam peradaban tersebut. Kemerosotan intelektual itu pula diikuti dengan kehilangan kepemimpinan intelektual, yang akhirnya membawa kepada kemerosotan kekuatan politik umat Islam (Qaradawi, 1988). Dalam keadaan tertekan dan terhimpit, sebahagian manusia cenderung untuk mengamalkan mekanisme bela diri, iaitu mereka menyalahkan orang lain bagi kelemahan dan kepincangan diri sendiri.

Orang yang bertaklid ialah orang yang menerima sebarang maklumat atau berita secara pasif dan membuta tuli serta menurut perintah atau suruhan tanpa usul periksa dan tanpa pemahaman yang jelas. Mereka juga tidak berminat untuk membuat penjanaan baru atau menghasilkan inovasi dan pembaharuan yang bermanfaat dalam urusan duniawi. Malah, mereka seakan-akan menganggap bahawa semangat inovasi, mencipta, meneroka, dan berfikir secara kreatif dalam domain perkara yang boleh berubah sebagai suatu yang merugikan dalam era globalisasi dan teknologi digital. Akibatnya, ruang dan jalan untuk membuat penerokaan dan penghasilan idea

Page 145: Budaya Ketepatan

130

baru menjadi sempit. Tingkah laku seperti ini mempunyai kesan yang buruk terhadap pembentukan masyarakat yang berdaya maju.

Jadual 8Perkara Yang Membentuk Perolehan Ilmu

Objek Yang HendakDiperoleh

Proses Perolehan Matlamat dan Hasil Perolehan Yang Diharapkan

Ilmu Penglibatan aktif, refleksi,abstraksi, penghayatan,pengadaptasian

Pembinaan ilmu bagi pembangunan diri, pengembangan nilai, pembentukan akhlak, pembudayaan ilmu

Pengetahuan Penglibatan aktif, refleksi,abstraksi

Penjanaan pengetahuan yangsofistikated dan berfaedah

Data dan maklumat Penglibatan aktif, refleksi Pemprosesan data dan maklumat dengan berkesan

Fakta dan kemahiran Penglibatan aktifyang tinggi

Penguasaan fakta dan kemahiran

Pemikiran bertaklid boleh melahirkan satu bentuk gaya hidup yang bersifat fatalistik, iaitu percaya bahawa segala sesuatu itu ditentukan oleh nasib semata-mata. Untuk maju, kita perlu membebaskan diri daripada tabiat bertaklid, iaitu dengan menjalankan aktiviti belajar sepanjang hayat. Tujuannya adalah untuk memahami dan menghayati sebarang perkara bermanfaat yang berkaitan dengan pembangunan diri dan negara. Ilmu merupakan sumber yang dapat mengilhamkan buah fikiran yang segar dan dinamik. Pemahaman yang lebih baik tentang dasar-dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan boleh membantu peningkatan yang dramatik dan signifikan dalam usaha mengembangkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sebaliknya, prasangka, iaitu konjektur perolehan yang berasaskan spekulasi subjektif semata-mata boleh menutup jalan ke arah kebenaran dan menyulitkan usaha untuk

Page 146: Budaya Ketepatan

131

mengembangkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang diinginkan. Amalan negatif yang lain bagi budaya menepati pengetahuan termasuklah menyekat pemikiran baru, memperkecilkan usaha inovasi, mempertahankan kedudukan sedia ada secara membuta tuli, takut menghadapi cabaran intelektual, jahil dan tidak mengakui akan kejahilannya, tidak bersedia untuk mempelajari perkara baru, malas berusaha untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan bagi pembangunan diri, tidak mempunyai inisiatif sendiri, mudah putus asa, tidak peduli terhadap teguran dan nasihat, dan tidak menggalakkan percambahan fikiran dan aktiviti kreatif.

Ringkasnya, budaya menepati pengetahuan meng-implikasikan bahawa pendekatan masa silam yang sepi tidak mencukupi untuk membantu kita membangunkan sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Kita perlu berfikiran baru, menguasai kemahiran baru, dan menggunakan peralatan yang baru. Malah cabaran ekonomi, pendidikan, perniagaan, perundangan, sosial, dan politik yang baru memerlukan tindakan dan tabiat baru. Oleh sebab cabaran baru ini bukan sahaja akan terus wujud, tetapi akan berkembang pada masa akan datang, budaya ketepatan pengetahuan menjadi semakin diperlukan. Dalam konteks ini, ilmu pengetahuan merupakan asas kepada kejayaan kita menangani cabaran baru.

Ilmu pengetahuan boleh diibaratkan sebagai lampu yang menerangi kehidupan manusia dan petunjuk dalam usaha mencapai kejayaan. Orang yang jahil ialah orang yang tidak memiliki lampu atau memiliki lampu yang malap dan ini membuat mereka hidup dalam kegelapan atau kekaburan. Bagi orang Islam, kejayaan Gagasan 1Malaysia banyak bergantung pada kesediaan mereka untuk berubah selari dengan tuntutan Islam yang sebenar. Kekeliruan kepercayaan dan kecelaruan fikiran boleh menggagalkan usaha mereka. Perpaduan yang sebenar dalam kalangan rakyat Malaysia hanya dapat dibina berasaskan nilai keimanan, ketakwaan, keilmuan, dan keagamaan. Kemantapan pengembangan nilai-nilai ini akan

Page 147: Budaya Ketepatan

132

menghasilkan budaya, pegangan, dan akhlak hidup yang tinggi. Kita perlu sentiasa berusaha untuk mengetahui dan kita mengetahui bila kita tidak tahu; bukan kita berusaha untuk mengetahui dan kita tidak mengetahui bila kita tidak tahu. Fenomena kemudian boleh meletakkan kita dalam keadaan tahu sedikit tetapi bercakap besar.

Menepati Akhlak

Istilah akhlak berasal daripada perkataan Arab “akhlaq”, iaitu kata jamak bagi istilah “khuluq” yang bermaksud keadaan jiwa yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan dan tingkah laku tanpa pertimbangan yang terperinci, penelitian yang mendalam, atau pemikiran yang panjang, sebab tindakan dan tingkah laku tersebut sudah menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka. Sebaliknya, tindakan, kecenderungan, atau tingkah laku yang jarang dilakukan, tingkah laku yang tidak berterusan, atau tingkah laku yang tidak menjadi kebiasaan bukan merupakan contoh akhlak.

Dengan kata lain, akhlak berkaitan dengan ciri ketekalan sesuatu keadaan dalam jiwa manusia yang daripadanya terbentuk tingkah laku yang konsisten dan berterusan yang dilakukan secara automatik atau spontan. Sebarang tindakan atau tingkah laku yang terbentuk daripada proses berfikir dan membuat pertimbangan yang lama tidak dianggap sebagai akhlak. Misalnya, seseorang membuat penelitian yang mendalam dan berfikir dengan lama sebelum memberi sumbangan kepada mangsa letupan gunung berapi yang sangat memerlukan bantuan belum boleh dianggap sebagai orang yang mempunyai akhlak yang pemurah. Sesuatu tindakan atau perbuatan perlu memenuhi dua kriteria bagi membolehkannya dianggap sebagai terjemahan, gambaran, atau kesan akhlak: (a) perbuatan yang dilakukan secara tetap, konsisten, dan berterusan sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan, dan (b) perbuatan yang lahir daripada dorongan dalaman, bukan suatu yang dipaksa atau dibuat-buat sahaja. Perlu dinyatakan bahawa

Page 148: Budaya Ketepatan

133

walaupun akhlak boleh dikenal pasti melalui kelakuan tetap yang menjadi kebiasaan, tetapi ketiadaan kelakuan tertentu yang menjadi kebiasaan bukan bererti seseorang itu tidak mempunyai akhlak. Seseorang individu mungkin memiliki ciri akhlak yang khusus, tetapi ciri itu tidak dipaparkan atau diterjemahkan ke dalam bentuk tingkah laku yang spesifik sebab individu tersebut tidak mempunyai alasan, peluang, atau keupayaan untuk berbuat demikian. Misalnya, seorang yang sangat miskin tidak mempunyai apa-apa untuk didermakan kepada mangsa tsunami walaupun dia bersifat pemurah. Kita tidak boleh menganggap orang itu kedekut semata-mata sebab dia tidak memberi sebarang bantuan. Kita perlu mengenal pasti alasan bagi tindakan dan tingkah laku seseorang sebelum membuat sebarang keputusan tentang akhlaknya.

Manusia akan melakukan tindakan dan perbuatan yang mencerminkan ciri tetap dalam jiwa mereka. Tindakan atau perbuatan tersebut boleh jadi baik atau buruk. Manusia bergantung pada norma masyarakat, adat resam, tatasusila komuniti, kebiasaan kumpulan sosial, cita rasa masyarakat, atau ajaran agama untuk menilai baik buruk sesuatu tingkah laku. Biar apa pun, jikalau ciri jiwa menimbulkan perlakuan yang baik dan terpuji berdasarkan pertimbangan agama dan fikiran rasional, maka perlakuan tersebut dinamakan akhlak yang mulia atau luhur (akhlak mahmudah). Sebaliknya, jikalau ciri jiwa menimbulkan perlakuan yang keji dan terkutuk berdasarkan pertimbangan agama dan fikiran rasional, maka perlakuan itu dinamakan akhlak yang buruk atau tercela (akhlak mazmumah). Akhlak tidak dapat dibentuk atau dikembangkan kecuali melalui proses yang berkekalan, berpanjangan, koheren, konsisten, dan berterusan.

Akhlak menggambarkan keadaan jiwa seseorang insan. Oleh sebab jiwa yang suci dan bersih terbentuk di atas tapak keimanan dan ketakwaan kepada Allah, maka kekuatan keimanan dan ketakwaan kepada Allah menjadi perkara utama dalam perkembangan dan penyempurnaan akhlak. Dalam

Page 149: Budaya Ketepatan

134

melaksanakan tanggungjawab asas, akhlak boleh dibahagi kepada empat komponen, iaitu akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap diri sendiri, akhlak terhadap orang lain (ibu bapa, anak, suami atau isteri, keluarga, jiran, kawan, guru, orang tua, masyarakat, bangsa, negara, umat), dan akhlak terhadap alam sekitar. Misalnya, akhlak terhadap Allah termasuklah beribadat, berzikir, berdoa, bertawakal, dan bertawaduk kepada Allah semata-mata, manakala akhlak terhadap diri sendiri pula termasuklah belajar sepanjang hayat, berfikiran terbuka, sabar, syukur, tekun, kemas dalam pembawaan, gigih berusaha, dan berpandangan jauh.

Manusia terbentuk daripada gabungan unsur rohani yang bersifat ghaib dan unsur jasmani yang bersifat nyata. Ini bukan bererti manusia mempunyai dua hakikat yang saling bertentangan antara satu sama lain (dualisme), tetapi satu hakikat (realiti) yang mempunyai dua aspek, iaitu zahir (jasmaniah) dan batin (rohaniah). Dalam kehidupan duniawi, setiap roh diberikan jasad sebagai alat untuk membentuk hakikat kemanusiaan. Untuk mengembangkan hakikat ini, roh menjalankan beberapa tugas yang tertentu. Sebutan khas seperti kalbu, akal, jiwa, dan ruh digunakan untuk menandakan fungsi roh pada tahap kewujudan yang berbeza. Setiap sebutan ini mempunyai dua pengertian atau dimensi, iaitu dimensi kebendaan atau aspek fizikal, dan dimensi bukan kebendaan atau aspek kerohanian (lihat Jadual 9).

Dari sudut jasmani, jiwa merujuk tabiat dan perwatakan manusia, manakala dari sudut rohani pula, jiwa merujuk hakikat manusia secara menyeluruh. Jiwa mengandungi daya kehaiwanan (nafsu syahwat) dan daya intelek yang berkonflik secara berterusan. Apabila jiwa manusia dikuasai sepenuhnya oleh daya intelek, ia menjadi tenang dan terhindar daripada kekeliruan, kegelisahan, dan kepalsuan. Jiwa seperti ini dikenali sebagai jiwa yang tenteram (jiwa mutmainnah). Sebaliknya, apabila jiwa manusia dipengaruhi oleh daya kehaiwanan (hawa nafsu) sehingga ia berada dalam keadaan yang gelisah, bertukar-

Page 150: Budaya Ketepatan

135

tukar, dan berubah-ubah antara keadaan sedar diri untuk mematuhi ajaran agama dengan keadaan lalai diri (ghafala) untuk mentaati perintah Tuhan, maka jiwa ini dikenali sebagai jiwa yang mencela diri sendiri (jiwa lawwamah). Jiwa ini sedar tentang yang mana betul dan yang mana salah, berkeinginan untuk melawan tarikan hawa nafsu, dan menyesali perbuatan maksiatnya, tetapi ia belum stabil dan tetap dalam keimanan yang kukuh. Jiwa ini mencela atau menempelak dirinya apabila melakukan kesalahan, tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk meninggalkan perbuatan yang melanggar ajaran agama.

Jadual 9Lima Fungsi Roh Manusia

Fungsi Aspek Kebendaan Aspek Kerohanian

Kalbu(al-qalb)

Organ hati Terlibat dalam proses menerima hidayah, intuisi, ilham, pembentukan ilmu; menjadi pusat kesedaran diri; tempatmenerima makna; tempat suara hati.

Akal(al-‘aql)

Organ otak Terlibat dalam proses persepsi, konsepsi, pemahaman, penaakulan, pemikiran, pembinaan pengetahuan, penilaian,pertimbangan, pengawasan, dan pembuatan keputusan.

Jiwa(al-nafs)

Personalitidan tabiat

Mengurus tubuh badan; mencerminkan hakikat manusia secara menyeluruh; menjadi pusat nafsu dan daya kehaiwanan.

Ruh(al-ruh)

Nyawa yangmenandakanhidup mati jasad

Identiti istimewa atau entiti abstrak yang membezakan manusia dengan haiwan dan tumbuhan.

Page 151: Budaya Ketepatan

136

Akhir sekali, jiwa yang dikuasai sepenuhnya oleh daya kehaiwanan sehingga menggerakkannya untuk menjadi buas, tamak, sombong, egois, dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memuaskan nafsu syahwat dikenali sebagai jiwa yang menyuruh berbuat jahat (jiwa ammarah bi su’). Ringkasnya, hakikat jiwa manusia boleh digambarkan sebagai pergerakan di atas satu garis kontinum (lihat Rajah 16). Maju mundur seseorang insan dalam perkembangan jiwanya bergantung pada keadaan sama ada kekuatan akal rasional menguasai dirinya yang memajukan dan mengutuhkan akhlaknya atau kekuatan nafsu syahwat menguasai dirinya yang memundurkan atau meruntuhkan akhlaknya.

Hakikat Jiwa: Jiwa Yang Menyuruh Jiwa Yang Mencela Jiwa Yang Tenteram Berbuat Jahat Diri Sendiri

Rajah 16. Kedudukan hakikat jiwa manusia di atas satu garis kontinum

Konsep akhlak mencakupi konsep moral dan etika. Istilah moral berasal daripada perkataan Latin, iaitu moralis yang bermaksud budi pekerti, perwatakan, atau adat resam, manakala istilah etika pula berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud adat, tabiat, atau keadaan normal bagi manusia (Nik Azis, 2008). Biasanya, istilah etika merujuk amalan atau kelakuan tertentu, sedangkan istilah etika pula merujuk rasional menyeluruh atau satu himpunan prinsip yang menyokong atau tidak menyokong amalan tersebut.

Dengan kata lain, moral merujuk tindakan yang khusus, manakala etika pula merujuk taakulan dan alasan yang mendasari tindakan tersebut. Konsep akhlak pula merujuk seluruh aspek kehidupan manusia seperti cara berfikir, cara bertindak, aktiviti harian, sikap, watak, tabiat, gaya hidup, minat, emosi, pegangan hidup, dan cara pembawaan diri dalam pergaulan sesama manusia (Nik Azis, 2009). Akhlak

Page 152: Budaya Ketepatan

137

meliputi dimensi rohani dalam bentuk akidah dan kejiwaan, dan dimensi zahir atau fizikal dalam bentuk tindakan, perangai, dan watak. Dengan kata lain, akhlak bermaksud keperibadian, perwatakan, personaliti, pembawaan diri, gaya hidup, budi pekerti, dan perilaku yang telah menjadi tabiat kebiasaan yang tidak memerlukan seseorang untuk berfikir panjang bagi melakukannya. Konsep akhlak mempunyai pengertian yang lebih menyeluruh dan mendalam daripada konsep moral dan etika dalam erti kata segala tindakan dan operasi yang membentuk akhlak yang baik mempunyai satu dan hanya satu tujuan utama, iaitu untuk mendapat keredaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat pujian, pengiktirafan, insentif, balasan, atau sokongan daripada manusia.

Ringkasnya, konsep akhlak berbeza daripada konsep moral dan etika dari sudut skop dan piawai ukuran baik buruk yang digunakan. Misalnya, dari sudut skop, akhlak meliputi domain rohani, kognitif, afektif, dan fizikal (dimensi fizikal dan metafizik), sedangkan moral dan etika banyak bertumpu kepada domain kognitif, afektif, dan jasmani (dimensi fizikal dan kebendaan) sahaja. Dari sudut piawai ukuran baik buruk pula, standard, kayu ukur, atau rujukan bagi menilai baik buruk akhlak ialah ajaran agama (struktur rujukan mutlak), sedangkan piawai bagi menentukan baik buruk moral dan etika pula ialah adat, tatasusila, dan kebiasaan yang diterima masyarakat; fikiran rasional; kesepakatan pandangan kumpulan individu; atau cita rasa masyarakat. Jikalau masyarakat menganggap sesuatu perbuatan itu baik, maka baik pulalah nilai perbuatan tersebut. Oleh itu, standard ukuran atau nilai akhlak adalah mutlak, abadi, dan sejagat, sedangkan standard ukuran atau nilai moral dan etika pula adalah relatif, sementara, dan setempat.

Akhlak adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Dalam satu hadis riwayat Bukhari, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Akhlak yang mulia atau baik (husnul khuluq) terbentuk apabila seluruh kehidupan

Page 153: Budaya Ketepatan

138

individu berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan, manakala akhlak yang buruk (su’ul khuluq) pula terbentuk apabila individu melanggar ajaran agama. Terdapat empat blok asas bagi pembentukan akhlak manusia, iaitu unsur syahwat, unsur marah, unsur kesyaitanan, dan unsur ketuhanan (Nik Azis, 1999a). Sekiranya tiga dari blok ini, iaitu unsur syahwat, unsur marah, dan unsur kesyaitanan berkembang menjadi unsur yang dominan, maka manusia tidak akan berjaya untuk membentuk akhlak yang mulia. Sebaliknya, jikalau perkembangan tiga blok asas, iaitu unsur syahwat, marah, dan ketuhanan dikawal dengan rapi menerusi daya fikiran rasional dan keimanan kepada Allah, maka manusia akan berjaya untuk membentuk akhlak yang tinggi. Dengan kata lain, akhlak yang mulia hanya terbentuk melalui pelaksanaan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Berdasarkan perbincangan di atas, ungkapan “menepati akhlak” merujuk pembentukan dan pengembangan akhlak yang mulia melalui gabungan aktiviti utama seperti disiplin diri yang tinggi, amal yang soleh, sikap yang positif, watak yang baik, gaya hidup yang kemas, fikiran yang terbuka, emosi yang matang, akidah yang kukuh, perilaku yang bersopan santun, pergaulan yang beradab, dan pengetahuan yang mendalam. Al-Ghazali (1990) menganjurkan model bersepadu yang boleh digunakan untuk mengembangkan budaya menepati akhlak (lihat Rajah 17). Dalam model tersebut, setiap individu dikehendaki untuk membina, mengembangkan, mempertahankan, dan memperkukuhkan empat kekuatan asas, iaitu kekuatan ibadat, kekuatan adab seharian, kekuatan menjauhi perkara yang membinasakan, dan kekuatan melakukan perkara yang menyelamatkan. Setiap kekuatan asas mengandungi sepuluh aktiviti kritikal.

Page 154: Budaya Ketepatan

139

Rajah 17. Model bersepadu bagi pengembangan budaya menepati akhlak

Secara khusus, kekuatan ibadat diperoleh melalui pelaksanaan sepuluh aktiviti, iaitu membina kekuatan pengetahuan, membina kekuatan akidah, mengamalkan aktiviti bersuci diri (taharah), mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, melakukan puasa, menunaikan haji, membaca al-Quran, membaca doa dan zikir, dan melakukan ibadat malam dan wirid. Kekuatan adab seharian pula diperoleh melalui pengembangan adab makan dan minum; adab perkahwinan; adab bekerja dan berusaha; pengetahuan tentang perkara halal dan haram; adab pergaulan sosial; adab mengasingkan diri; adab melancong; adab mendengar muzik; adab menggalakkan kebaikan, mencegah kemungkaran, dan menggalakkan jihad; dan pemahaman tentang adab dan akhlak kehidupan Rasulullah.

Seterusnya, kekuatan menjauhi perkara yang membinasakan diperoleh melalui usaha menjauhi diri daripada perbuatan tidak memahami hakikat insan; cuai dalam usaha melatih dan membiasakan diri untuk membentuk akhlak yang mulia; terperangkap dengan tarikan syahwat perut dan syahwat jantina; buruk percakapan; lekas marah, dendam, dan dengki; mencintai dunia; kikir dan tamak harta; mencintai pangkat dan riyak; takbur, angkuh, dan besar diri; dan mudah terpedaya, lalai, dan lupa. Akhir sekali, kekuatan melakukan perkara yang menyelamatkan diperoleh melalui usaha melakukan taubat; sabar dan syukur; takut dan berharap kepada Allah; hidup

Page 155: Budaya Ketepatan

140

sederhana; tawakal kepada Allah; lembut hati, murah hati, tangan terbuka, rendah hati, baik hati, dan belas kasihan; benar, ikhlas, dan niat baik; menilai keadaan diri pada masa lalu dan masa kini; memikirkan keadaan diri pada masa akan datang; dan mengingati mati. Borang Penilaian Penjernihan Jiwa boleh membantu kita untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita dalam menepati akhlak yang mulia.

BORANG PENILAIAN KEJERNIHAN JIWA

Page 156: Budaya Ketepatan

141

Page 157: Budaya Ketepatan

142

Page 158: Budaya Ketepatan

143

Page 159: Budaya Ketepatan

144

Prinsip menepati akhlak menuntut kita untuk menjalankan setiap empat puluh aktiviti di atas dengan berkesan, tanpa berlengah-lengah sebab masa yang berlalu tidak ada gantinya (Nik Azis, 2002). Satu falsafah bekerja yang baik ialah, “Jikalau anda berada pada waktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jikalau anda berada pada waktu pagi, jangan tunggu sampai petang”. Ringkasnya, kita perlu menggunakan peluang masa sihat sebelum datang sakit, peluang masa lapang sebelum datang masa sibuk, peluang masa muda sebelum datang tua, dan peluang masa hidup sebelum tiba maut untuk melakukan amal dan bakti yang boleh menambahkan pahala dan kebajikan. Pada hakikatnya, mati tidak memilih umur, bangsa, darjat, dan keturunan.

Page 160: Budaya Ketepatan

145

Satu unsur penting bagi amalan ketepatan akhlak ialah integriti. Perkataan integriti berasal daripada perkataan Latin, integritas yang bermaksud keseluruhan, kesempurnaan, daripada perkataan integer yang bermaksud tidak terjejas, seluruh, atau sepenuhnya. Berdasarkan asas usul perkataan, perkataan integriti bermaksud kualiti atau berada dalam keadaan yang lengkap, menyeluruh, sempurna, tidak terputus, tidak berbelah bahagi, jujur, ikhlas, lurus, berprinsip moral yang kukuh, dan tetap pendirian. Pada asasnya, perkataan integriti mempunyai beberapa makna dan perkataan sinonim seperti sempurna, lengkap, menyeluruh, ikhlas, jujur, adil, menepati janji, menepati masa, bermaruah, dihormati, tidak makan suap, berprinsip, berdisiplin, beretika, beradab, tidak teragak-agak, dan teguh pendirian.

Integriti menggambarkan tindakan, nilai, kaedah, ukuran, prinsip, matlamat, jangkaan, dan hasil yang konsisten. Dari sudut etika, integriti merujuk keadaan diri yang padu dan sempurna, yang terbit daripada sifat jujur, konsisten, tulus ikhlas, boleh dipercayai, boleh diharapkan, lurus hati, terus terang, bermaruah, bersopan santun, kemas, teguh, utuh, dan benar dalam tindakan dan pembawaan. Lawan integriti ialah munafik, berpura-pura, tidak boleh dipercayai, tidak boleh diharap, mungkir janji, dusta, khianat, penipu, mudah menyeleweng, tidak bertanggungjawab, makan suap, dan tidak jujur. Mengambil petua orang tua-tua, “adalah lebih baik untuk mempunyai musuh yang mengotakan kata-kata daripada rakan yang tidak mengotakan kata-kata”. Orang yang berintegriti ialah orang yang memiliki sistem nilai dan kepercayaan yang kukuh, berpegang teguh dan melakukan tindakan yang konsisten dengan sistem nilai dan kepercayaan tersebut, tidak goyah dalam menghadapi pengaruh luar, dan mempunyai pendirian yang teguh, jelas, dan konsisten tentang bagaimana seseorang perlu menjalani kehidupan dan mempercayai sesuatu perkara. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan perkara yang perlu dilakukan oleh manusia:

Page 161: Budaya Ketepatan

146

Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (surah ar-Ruum 30:30). Seterusnya, orang yang berintegriti adalah orang yang

berkembang menjadi insan yang mana pegangan, fikiran, perasaan, percakapan, dan tindakannya adalah kongruen dan secocok dengan prinsip etika yang kukuh, dan oleh itu, tidak bercanggah antara satu sama lain. Orang yang berintegriti mengamalkan prinsip “kata itu kota”, iaitu perkara yang dijanjikan itu akan ditepati dan tidak tinggal di mulut sahaja. Malah, orang yang berintegriti dilihat sebagai orang yang pantas bertindak dan membuat keputusan. Dia tidak melengahkan apa yang dia mampu buat hari ini ke hari esok atau lusa. Bak kata orang tua-tua, “belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah pergi”.

Satu cara untuk menentukan tahap integriti bagi individu adalah dengan menentukan setakat mana mereka melakukan tindakan, perbuatan, dan menjalani kehidupan duniawi berdasarkan nilai, kepercayaan, dan prinsip yang mereka mendakwa memilikinya. Integriti dibentuk, dikembangkan, dan diperkukuhkan melalui kekuatan kepercayaan (aqidah), kekuatan ilmu, kekuatan budi pekerti (akhlak), kekuatan ikatan masyarakat (persaudaraan, keadilan sosial), kekuatan susunan perdamaian (ekonomi, kehidupan berkualiti), dan kekuatan perjuangan (jiwa merdeka, pertahanan, pemuliharaan alam sekitar). Individu yang berintegriti ialah individu yang mempunyai komitmen asas kepada kebenaran, keikhlasan, membudayakan kejujuran, berusaha memahami perkara yang dialami, dan gigih membentuk akhlak yang mulia. Mereka memahami dengan jelas perbezaan antara meritokrasi dan budaya cemerlang dengan mediokriti dan budaya cincai.

Page 162: Budaya Ketepatan

147

Dalam usaha mengembangkan kekuatan integriti dan akhlak yang baik, kita tidak boleh membiarkan daya kehaiwanan atau hawa nafsu menguasai diri kita tanpa menjadi seperti haiwan atau lebih teruk dari itu; bersikap tidak mengambil peduli akan perkara halal dan haram tanpa menjadi manusia yang hidup dalam kesesatan dan kekejian; dan bermain dengan kekufuran, kemunafikan, kezaliman, penyelewengan, dan kemaksiatan tanpa melemahkan atau menghilangkan daya keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Suara hati atau hati nurani (self conscience) yang dipengaruhi oleh hawa nafsu akan menjadi lemas dan mudah dipesongkan, manakala suara hati yang dibimbing oleh keimanan dan ketakwaan kepada Allah pula akan menjadi kuat dan sukar untuk dipesongkan. Suara hati yang bersih mempunyai potensi tanpa batasan untuk membantu manusia mengetepikan dorongan sekularisme dan hedonisme, berkembang ke setiap arah, dan meneroka kehidupan yang bermakna. Al-Quran menjelaskan bahawa baik buruk sesuatu perkara ditentukan oleh Allah, bukan sekadar pandangan peribadi atau cita rasa masyarakat:

Katakanlah (wahai Muhammad), “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hati mu. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu berjaya” (surah al-Maa’idah 5:100).

Suara hati yang diterangi cahaya keimanan dan ketakwaan kepada Allah dapat memberikan ketenangan kepada jiwa, panduan dan kebijaksanaan kepada akal, dan kebebasan daripada pengabdian diri kepada manusia atau benda dan memberikan kemerdekaan yang hakiki kepada rohani untuk mempertahankan integriti diri. Tidak ada jalan pintas untuk membentuk akhlak yang mulia. Peraturan menuai digunakan dalam mana kita hanya menuai apa yang kita tanam. Jikalau kita menanam perkara yang dilarang oleh agama dalam kehidupan seharian, maka kita akan menuai akhlak yang buruk dan keji.

Page 163: Budaya Ketepatan

148

Kata orang, tanam lalang takkan tumbuh padi. Malah, tanaman padi sekalipun jikalau tidak dijaga dengan rapi belum tentu akan mengeluarkan hasil yang diharapkan. Dengan kata lain, terdapat banyak proses yang perlu dilalui dan kerja yang perlu dilakukan antara aktiviti permulaan (tanam) dengan aktiviti akhir (tuai). Kita tidak boleh mengambil jalan pintas dengan mengharapkan hasilnya sahaja selepas menanam sesuatu tanpa memperhatikan proses yang mesti dilalui dan kerja yang perlu dilakukan sebelum mencapai kejayaan.

Malah, jikalau perkara yang kita lakukan hari ini sama dengan perkara yang kita lakukan semalam, maka kita dianggap sebagai orang yang tidak memperbaharui kehidupan. Sebenarnya, jikalau kita merasa terikat dengan keadaan sedia ada dan tidak berusaha untuk melangkah ke hadapan, maka kita akan dilanda oleh fenomena keterbelakangan dengan berlalunya masa. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan secara menyeluruh, kita perlu keluar daripada perangkap atau kepompong paradigma untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu, selesa dengan apa yang kita miliki, dan berharap agar dunia mengikut rentak kita. Satu perkara yang patut menjadi harapan kita ialah kehidupan hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam dan kehidupan pada masa depan akan lebih baik lagi dari hari ini. Namun begitu, keadaan lebih baik yang kita harapkan pada masa depan tidak dapat dicapai dengan kualiti kerja yang sama seperti kualiti kerja hari ini. Segala apa yang kita harapkan tidak akan terjelma dan menjadi realiti tanpa cara berfikir, cara bertindak, dan cara pelaksanaan yang pantas, kemas, dan berkesan. Dalam konteks ini, apabila kita merasa diri kita tidak mampu lagi untuk berubah dan melakukan penambahbaikan dalam persaingan global yang sengit, bermakna kita akan ketinggalan dan keterbelakang, yang sekali gus akan terlepas peluang untuk mencipta sejarah dan menjadi penyumbang kepada pembinaan peradaban yang unggul.

Dalam usaha membudayakan amalan menepati akhlak, peperangan terbesar berlaku dalam jiwa kita. Jikalau kita

Page 164: Budaya Ketepatan

149

memenangi peperangan menentang hawa nafsu dan daya kehaiwanan, mengatasi keinginan untuk berkuasa secara mutlak, menangani dorongan untuk mengabdikan diri kepada selain Allah dalam erti kata yang luas (pangkat, harta, kuasa, kehormatan, wang ringgit, kenderaan, kedudukan, kemewahan duniawi), dan menyelesaikan isu berkonflik yang menyekat cahaya keimanan daripada tumbuh dan mekar dalam jiwa, kita akan berasa tenang dan yakin diri. Keadaan ini akan mendorong kita untuk meningkatkan usaha pembaharuan sahsiah, transformasi diri, kebaikan, dan kebajikan yang membawa kepada pembentukan akhlak yang menjuarai kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Dalam usaha menepati akhlak, pendapatan yang tinggi, harta yang banyak, kawan yang ramai, atau pangkat yang besar tidak ada faedahnya jikalau kita tidak berpeluang menggunakan masa yang berkualiti untuk bersama dengan Tuhan dan keluarga serta menikmati keindahan alam semesta. Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah jikalau terhakis nilai agama dan akhlak yang mendasari kehidupan yang berkualiti tinggi. Apa yang penting ialah keseimbangan antara peningkatan pendapatan dengan peningkatan kualiti kehidupan. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan satu panduan bagi merealisasikan prinsip menepati akhlak:

Dan carilah daripada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada mu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian mu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti mana Allah telah berbuat baik kepada mu, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan (surah al-Qasas 28:77).

Ringkasnya, prinsip menepati akhlak menuntut kita untuk mencapai kejayaan di alam menegak (vertical) melalui

Page 165: Budaya Ketepatan

150

pelaksanaan aktiviti ibadat khusus (solat, puasa, zakat, haji, dan lain-lain) dengan sempurna dan kejayaan di alam mendatar (horizontal) melalui pelaksanaan aktiviti ibadat umum (ekonomi, perniagaan, politik, sosial, perubatan, pendidikan, dan lain-lain) dengan cemerlang. Kita perlu menjauhkan diri daripada dilanda oleh fenomena, “kita memiliki harta untuk hidup, tetapi tidak memiliki tujuan untuk meneruskan kehidupan; kita memiliki cara, tetapi tidak memiliki makna”. Jikalau kita mengejar kekayaan duniawi semata-mata, maka kita sebenarnya mengejar suatu yang fana dan sementara yang akhirnya membuat jiwa kita menjadi kosong daripada bimbingan Allah. Sesungguhnya, kita memerlukan nilai dan makna dalam setiap langkah hidup kita.

Menepati Tugas

Istilah tugas merujuk sesuatu kerja yang perlu dilakukan, sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan, usaha yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu, atau urusan yang ditentukan sebagai tanggungjawab. Setiap kerja mempunyai kandungan kerja (job contents) yang terdiri daripada nama kerja, aktiviti atau tugas yang perlu dilakukan, tanggungjawab ke arah prestasi kerja yang berkesan, keadaan kerja yang menyatakan bahaya dan tekanan khusus, persekitaran sosial di tempat kerja, tahap pengawasan dan penyeliaan yang diberikan dan diterima, hubungan dengan kerja lain secara melintang, menegak, dan pepenjuru; keperluan kerja (job requirements) atau spesifikasi kerja (job specifications) yang terdiri daripada kelayakan, pengetahuan, kemahiran, dan perwatakan yang diperlukan untuk melakukan kerja dengan berkesan; konteks kerja (job contexts) yang terdiri daripada hubungan kuasa dan tanggungjawab, darjah autonomi, tanggungjawab belanjawan, dan keperluan fizikal; dan prosedur kerja (job procedures) yang terdiri daripada prosedur bagi menjalankan sesuatu kerja dengan berkesan, objektif kerja, standard prestasi, kriteria penilaian, cara prestasi kerja diukur, dan jenis kerja yang dinilai. Ungkapan “menepati tugas” pula merujuk usaha untuk

Page 166: Budaya Ketepatan

151

menjalankan kerja dengan berkesan dan memastikan sesuatu kerja mencapai tahap pencapaian yang terbaik (lihat Rajah 18). Perkara yang diutamakan ialah prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian sesuatu kerja. Lawan menepati tugas ialah kerja sambil lewa, kerja gopoh-gapah, kerja tidak beretika, kerja tidak ikut peraturan, mengamalkan tabiat “hanya menunggu arahan”, dan sikap tidak mahu berubah ke arah usaha yang lebih produktif bahkan terlalu bergantung dan mengharapkan belas kasihan dan bantuan orang lain, ibarat binatang umang-umang, di mana sarang udang di situ tempat menumpang.

Pada umumnya, terdapat pelbagai strategi untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu kerja seperti menetapkan matlamat kerja dengan jelas dan berusaha sedaya-upaya untuk mencapai matlamat tersebut, menetapkan prioriti dan mengurus masa untuk memenuhi tempoh kerja, mengatasi kekangan dalaman semasa melaksanakan agenda tindakan, menyusun tugasan dan aktiviti harian dengan berkesan, mencari pilihan dan strategi yang lebih baik, bekerja dalam pasukan, dan mencegah kehabisan tenaga (burnout). Biasanya, pencapaian yang tinggi dalam sesuatu kerja membabitkan pencapaian sebuah pasukan yang bersatu, komited, dan memberi sumbangan bersinergi dengan penuh bersemangat, bukan pencapaian individu semata-mata. Mengambil petua orang tua-tua, “kerja yang dibuat seorang sahaja tentulah berasa berat, tetapi kalau dibuat bersama-sama akan menjadi ringan”.

Rajah 18. Aktiviti utama bagi pengembangan budaya menepati tugas

Page 167: Budaya Ketepatan

152

Etika kerja adalah satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan dan keberhasilan sesuatu kerja. Kemahiran teknikal, konsepsi intelektual, dan pegangan peribadi yang mendasari etika kerja tidak diperoleh daripada warisan baka (nature) atau unsur persekitaran (nurture), tetapi perlu dibina dan dikembangkan oleh setiap individu berdasarkan pengalamannya melalui kerja keras dan dedikasi yang tinggi. Istilah warisan baka merujuk unsur genetik atau genotip yang dibawa oleh individu daripada masa lahir hingga ke akhir hayat. Ia membabitkan kecenderungan dan keupayaan individu yang ditentukan secara biologi dan perkara itu berkembang sendiri di sepanjang hayat. Sebaliknya, unsur persekitaran merujuk pelbagai faktor persekitaran atau luaran yang mana seseorang individu terdedah kepadanya daripada masa lahir hingga ke akhir hayat. Faktor persekitaran melibatkan pelbagai dimensi seperti persekitaran fizikal, emosi, sosial, intelektual, dan kerohanian.

Tabiat kerja seseorang individu dicorakkan oleh interaksi antara faktor warisan baka dan persekitaran dalam konteks fenomena yang dialami oleh individu tersebut. Terdapat beberapa tabiat kerja yang berkesan seperti menepati masa dan kehadiran yang baik, menjaga kebersihan tempat kerja, menerima arahan dengan baik, bekerja dalam pasukan dengan berkesan dan penuh bersinergi, bekerja dengan mengingat matlamat, memahami destinasi dengan jelas, memahami erti kerja kuat, mengakui kesilapan dan sentiasa belajar daripada kesalahan, memaparkan kecenderungan yang positif dan sikap yang optimistik terhadap kerja, sedia membantu orang lain dan berkongsi pengalaman, selalu mengemukakan idea konstruktif dan mencari strategi baru bagi menyelesaikan masalah, memanfaatkan peluang latihan dan program pendidikan dengan berkesan, memaksimumkan penggunaan sebarang sumber bagi mencapai matlamat kerja, mahir berkomunikasi secara lisan, cekap menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru, dan sentiasa mengembangkan atau memperbaharui kekuatan fizikal, emosi, sosial, mental, dan rohani.

Page 168: Budaya Ketepatan

153

Sebaliknya, tabiat kerja yang tidak berkesan membabitkan perkara seperti perbuatan tidak hadir atau ponteng kerja, lewat datang kerja, menggunakan masa kerja untuk menjalankan urusan peribadi, gagal bekerja dengan orang lain dengan berkesan, mengambil masa rehat yang lama, kurang kemahiran berkomunikasi, selalu berbual melalui telefon semasa bekerja, selalu menggunakan masa kerja untuk melayari Internet, bersikap negatif dan pesimistik, suka membangkang, dicengkam sindrom “ini bukan dalam skop atau bidang kerja saya”, suka mengumpat dan memfitnah rakan sekerja, membazir atau tidak cekap menguruskan masa, malas berusaha dan suka berlengah-lengah, pengotor dan selekeh dalam pembawaan, suka membuat janji palsu, khianat dalam menjalankan tugas, suka mengampu dan menunjuk-nunjuk, mementingkan diri sendiri, bersikap materialistik, dan buta hati. Dalam al-Quran, Allah menggambarkan keadaan orang yang buta hati:

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut (benda-benda yang telah dibinasakan oleh Allah dengan sebab kezaliman pemiliknya), mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi jikalau mereka mengembara pun tidak juga berguna) sebab keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada (surah al-Hajj 22:46).

Ringkasnya, kerja mesti dibuat dengan teratur, hati-hati, dan sedaya upaya dalam mana sabar menjadi penghilang penat dan tekun menjadi pembawa dekat. Ingatlah pesan orang tua-tua, kerja menemui kegagalan kerana kurang hati-hati, ibarat rosak tapai kerana ragi, rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku, dan rosak kerja kerana gopoh-gapah. Kita perlu menentukan prioriti dalam kerja kita dan mengelakkan

Page 169: Budaya Ketepatan

154

kerja yang patut kemudian didahulukan, dan yang patut dahulu dikemudiankan. Seterusnya, seseorang pekerja perlu menerima pujian, nasihat, teguran, dan kecaman orang atasan, rakan sekerja, atau orang bawahan dengan fikiran yang terbuka, ibarat kata orang tua-tua, “lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan”. Misalnya, sesuatu nasihat hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, manakala kecaman dan kritikan pula janganlah ditolak mentah-mentah.

Menepati Kehidupan Berkualiti

Manusia adalah aset terpenting bagi sesebuah negara dan manusia yang berupaya untuk memberi sumbangan yang besar kepada negara adalah manusia yang menjalani kehidupan yang berkualiti. Kejayaan sesebuah negara atau kesejahteraan seseorang individu pula tidak boleh dipertimbangkan berdasar kepada wang atau harta kekayaan semata-mata. Walaupun pendapatan adalah penting, tetapi kita juga perlu mempertimbangkan sama ada seseorang itu dapat menjalani kehidupan yang panjang dan sihat, mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan, dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan pengetahuan dan bakat mereka bagi menentukan arah haluan dan destinasi hidup mereka masing-masing (United Nations Development Programme, 2010). Manusia yang menjalani kehidupan berkualiti adalah mereka yang menikmati kehidupan yang panjang, sihat, dan kreatif; mencapai matlamat lain yang dianggap berharga; melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan keadilan sosial, kekekalan, dan hak asasi manusia; dan mereka dapat berjalan di atas muka bumi dengan rasa penuh yakin diri, tidak malu, dan tidak rasa terhina.

Laporan Pembangunan Manusia 2011 yang dikeluarkan oleh United Nations Development Programme (2011) memaparkan beberapa maklumat yang menarik tentang realiti, pencapaian, dan status pembangunan manusia di seluruh dunia. Misalnya, Malaysia tergolong dalam kategori negara

Page 170: Budaya Ketepatan

155

yang mengalami pembangunan manusia yang tinggi dan berada pada anak tangga ke-61 daripada 187 buah negara yang diteliti. Negara lain yang tergolong dalam kategori yang sama (tahap pemeringkatan mereka ditandakan dengan nombor dalam kurungan) adalah seperti Arab Saudi (56), Kuwait (63), Kazakhstan (68), Iran (88), Turkey (88), dan Tunisia (94). Sebagai perbandingan, negara yang tergolong dalam kategori negara yang mengalami pembangunan manusia yang sangat tinggi pula adalah seperti Normay (1), Australia (2), Belanda (3), Amerika Syarikat (4), New Zealand (5), Kanada (6), Jepan (12), Singapura (26), United Kingdom (28), United Arab Emirates (30), Brunei (33), Qatar (37), dan Bahrain (47). Sebaliknya, negara yang tergolong dalam kategori negara yang mengalami pembangunan manusia yang rendah adalah seperti Chad (183), Burundi (185), Niger (186), dan Republik Demokratik Congo (187). Berdasarkan laporan ini, Malaysia telah mencapai tahap pembangunan manusia yang membanggakan, tetapi masih terdapat banyak ruang bagi mempertingkatkan lagi kualiti pembangunan manusia untuk membolehkan negara ini bergerak ke hadapan untuk memasuki kategori negara yang mengalami pembangunan manusia yang sangat tinggi (lihat Jadual 10).

Page 171: Budaya Ketepatan

156

Jadual 10Beberapa Maklumat tentang Indeks Pembangunan Manusia bagi Tahun 2011

Tahap Pemeringkatan

Nilai IndeksPembangunanManusia (HDI)

JangkaanHayat SemasaLahir

Purata TahunPersekolahan

JangkaanTahun Persekolahan

Pendapatan KasarNasional Per Kapita

Nilai HDIBukanPendapatan

1 Norway 0.943 81.1 12.6 17.3 47,557 0.975

2 Australia 0.929 81.9 12.0 18.0 34,431 0.979

4 United States 0.910 78.5 12.4 16.0 43,017 0.931

12 Japan 0.901 83.4 11.6 15.1 32,295 0.940

26 Singapore 0.866 81.1 8.8 14.4 52,569 0.851

28 United Kingdom 0.803 80.2 9.3 16.1 33,296 0.879

33 Brunei 0.838 78.0 8.6 14.1 45,753 0.819

56 Saudi Arabia 0.770 73.9 7.8 13.7 23,274 0.765

61 Malaysia 0.761 74.2 9.5 12.6 13,685 0.790

103 Thailand 0.682 74.1 6.6 12.3 7,694 0.714

112 Philippines 0.644 68.7 8.9 11.9 3,478 0.725

124 Indonesia 0.617 69.4 5.8 13.2 3,716 0.674

187 Congo 0.286 48.4 3.5 8.2 280 0.399

Dipetik daripada Human Development Report 2011 oleh United Nations Development Programme

Kehidupan berkualiti bukan sekadar membabitkan kesihatan, pendidikan, dan pendapatan, tetapi ia membabitkan penglibatan individu secara aktif dalam memperkukuhkan pembangunan diri, kebebasan ekonomi dan politik, keadilan sosial, perpaduan, keharmonian sosial, kekekalan, pemberian kuasa. Konsep kekekalan, yang bermaksud memperluaskan pilihan dan peluang bagi generasi masa kini tanpa mengekang pilihan dan peluang untuk generasi akan datang, dapat memastikan kesamaan merentasi generasi, manakala konsep pemberian kuasa pula merujuk peningkatan kebolehan seseorang individu atau kumpulan individu untuk melibatkan diri, mencorakkan, membawa perubahan, dan mendapat manfaat daripada proses politik dan pembangunan yang lain dalam keluarga, masyarakat, dan negara. Dengan kata lain, kehidupan berkualiti adalah satu konsep pelbagai dimensi.

Page 172: Budaya Ketepatan

157

Istilah kehidupan berkualiti merujuk kehidupan yang tinggi mutunya dalam semua aspek seperti penghayatan agama, pembangunan diri, keutuhan akhlak, akses dan kebebasan untuk mendapat pendidikan, kesihatan diri, kesejahteraan diri, kehidupan berkeluarga, taraf hidup, pendapatan, pekerjaan memuaskan, penggunaan material dan bukan material, penyertaan sosial, penyertaan ekonomi, penyertaan politik, keselamatan awam, pembudayaan, perumahan, pengangkutan, dan akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Tinggi atau rendahnya kualiti hidup manusia bergantung pada kemampuan mereka untuk menyembah dan beribadat kepada Allah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang memakmurkan, membangunkan, memperbaiki keadaan, dan memelihara muka bumi daripada sebarang perbuatan yang merosakkan.

Manusia mempunyai dua peranan, iaitu manusia sebagai hamba Allah dan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Dengan kata lain, manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah dan manusia diberi amanah untuk membangunkan bumi dalam erti menghasilkan manfaat daripada khazanah bumi dan memaparkan keindahannya. Sebagai khalifah Allah, manusia mempunyai misi ketamadunan, iaitu memakmurkan bumi sesuai dengan petunjuk dan nilai ketuhanan. Untuk melaksanakan misi ini dengan berkesan, manusia memerlukan petunjuk Allah dalam bentuk ilmu agama dan cahaya ilham, ilmu sains yang membabitkan pengetahuan sistematik tentang alam fizikal atau alam kebendaan yang dibina melalui pemerhatian dan eksperimen, ilmu kejuruteraan yang membabitkan penggunaan pengetahuan saintifik untuk menghasilkan produk, dan ilmu teknologi yang membabitkan perkembangan dan penggunaan alat, mesin, bahan, dan proses untuk membantu menyelesaikan masalah manusia. Pola dan orientasi manusia Muslim dalam menjalani kehidupan adalah kepada pengabdian diri kepada Allah dan pembaktian diri kepada sesama manusia. Kualiti kehidupan mereka ditentukan oleh kualiti amal mereka dalam aspek pengabdian diri kepada

Page 173: Budaya Ketepatan

158

Allah dan kualiti pelaksanaan mandat mengimarahkan bumi sesuai dengan petunjuk dan nilai ketuhanan. Bagi orang Islam, implikasi konsep “kehidupan berkualiti” tidak lain adalah komitmen manusia Muslim untuk menyejahterakan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara, dan manusia sejagat, sesuai dengan tugas Rasulullah dan agama Islam itu sendiri, iaitu untuk membawa rahmat kepada warga alam seluruhnya (surah al-Anbiyaa 21:107). Rahmat yang dibawa oleh Rasulullah terkandung dalam ajaran, suruhan, dan larangan Allah dalam pakej yang tidak boleh dipisahkan dan diasingkan. Ringkasnya, satu persoalan kritikal yang dihadapi oleh manusia Muslim dalam merealisasikan kehidupan berkualiti ialah, “Apakah perkara yang dapat membantu mereka untuk melaksanakan tugas pengabdian diri kepada Allah dan tugas pembaktian diri sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan cemerlang?”.

Usaha memakmurkan atau mengimarahkan bumi merangkumi tanggungjawab membangunkan keluarga dan masyarakat yang sejahtera serta memperkukuhkan kehidupan bertamadun tinggi (lihat surah Hud 11:61). Kesejahteraan hidup meliputi aspek kebendaan, kerohanian, keperibadian, kemasyarakatan, keilmuan, dan kesihatan. Dengan kata lain, kehidupan berkualiti adalah keadaan hidup yang tinggi kualitinya dalam aspek menjaga, memartabatkan, dan memperkasakan agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan. Setiap insan mempunyai tanggungjawab kepada Allah, diri sendiri, orang lain (keluarga, jiran, masyarakat, bangsa, negara, ummah), dan alam sekitar. Oleh itu, satu komponen penting bagi kehidupan berkualiti ialah pembangunan diri secara seimbang, menyeluruh, dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek, dan rohani dengan berlandaskan prinsip hidup yang dipaparkan dalam Rajah 14. Natijah akhir hidup yang berkualiti ialah keredaan Allah yang membolehkan manusia mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Konsep kebahagiaan bukan sekadar merujuk kesihatan tubuh badan, keselamatan fizikal, kelegaan emosi, keteguhan

Page 174: Budaya Ketepatan

159

ikatan sosial, atau kejelasan fikiran, tetapi lebih melibatkan keadaan hati (kalbu) manusia seperti kedamaian, keselamatan, ketenangan, dan kesejahteraan hati hasil daripada kepastian, keimanan, dan keyakinan tentang kebenaran yang abadi dan muktamad serta pelaksanaan tindakan dan tingkah laku yang selaras dengan keyakinan tersebut (Syed Muhammad Naquib, 1992). Dengan kata lain, kebahagiaan merujuk apa yang kekal dalam diri manusia; difahami oleh hati manusia; memberikan kedamaian, keselamatan, dan kesejahteraan kepada hati dan jiwa manusia; membentuk keadaan yang adil dalam kehidupan manusia; dan melibatkan ilmu yang memandu kepercayaan (keyakinan diri) manusia tentang hakikat terakhir yang mutlak, mengetahui tempat yang tepat dan betul bagi sesuatu perkara dalam alam ini, dan mengetahui hubungan yang betul antara manusia dengan Tuhan. Konsep kebahagiaan sering kali disalahtafsirkan oleh manusia. Misalnya, orang sakit menyangka kebahagiaan terletak pada kesihatan, orang miskin menyangka kebahagiaan terletak pada harta kekayaan, pekerja bawahan menyangka kebahagiaan terletak pada kedudukan, rakyat menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan, orang biasa menyangka kebahagiaan terletak pada populariti, dan anak muda menyangka kebahagiaan terletak pada kecantikan rupa paras. Sangkaan ini adalah meleset sebab kebahagiaan tidak terletak pada ciri jasmani atau akal fikiran insan. Sebaliknya, kebahagiaan melibatkan keadaan hati atau kalbu yang dipenuhi dengan kepastian, keyakinan, atau keimanan, dan tingkah laku yang secocok dengan keyakinan tersebut. Dalam Islam, puncak kebahagiaan ialah apabila manusia dapat mengenal Allah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak agama (lihat surah al’-Ankabut 29:69). Rajah 19 memaparkan aspek, unsur, dan kekuatan asas yang membentuk kebahagiaan hidup.

Page 175: Budaya Ketepatan

160

Kepastian dan keyakinan Kekuatan akidah diri tentang kebenaranKebahagiaan yang muktamad dan Kekuatan ilmuHidup abadi Pelaksanaan aktiviti Aktiviti ibadat dan pembangunan diri hidup yang selaras dengan kepastian dan Aktiviti adab dan akhlak keyakinan diri Aktiviti ekonomi dan teknologi

Aktiviti perpaduan dan kerjasama

Aktiviti perdamaian dan keadilan sosial

Aktiviti keluarga dan masyarakat

Aktiviti ijtihad dan jihad

Aktiviti inovasi dan kreativiti

Aktiviti pengurusan dan politik

Rajah 19. Aspek, kekuatan, dan aktiviti asas yang membentuk kebahagiaan hidup

Pembangunan manusia, yang merupakan mekanisme penting bagi mencapai kehidupan yang berkualiti, membabitkan pengekalan amalan yang positif dan produktif merentasi masa, peningkatan peluang untuk melaksanakan agenda hidup yang dirancang, pertarungan menangani proses yang membuat manusia jatuh miskin, dan peperangan mengatasi proses yang mendasari penindasan, perpecahan, kezaliman, dan ketidakadilan berstruktur. Prinsip asas seperti keimanan, ketakwaan, keadilan, kesaksamaan, kekekalan, memberi kuasa, kefleksibelan, dan menghormati hak asasi manusia merupakan kunci bagi pembangunan manusia. Pada hakikatnya, pembangunan manusia dan kehidupan berkualiti tidak datang bergolek di atas roda yang canggih. Sebaliknya, mereka datang melalui usaha yang tidak mengenal penat dan kerja yang berterusan. Tanpa kerja keras, masa menjadi rakan kepada daya sosial yang beku dan kaku. Konsep pembangunan manusia

Page 176: Budaya Ketepatan

161

dan kehidupan berkualiti menggambarkan usaha manusia dan masyarakat untuk mengubah cara mereka bertindak, berfikir, dan bekerja.

Konsep kehidupan berkualiti boleh dibincangkan daripada pelbagai perspektif yang berbeza seperti perspektif Islam, sekularisme, dan humanisme. Setiap perspektif mempunyai pandangan yang tersendiri tentang tujuan hidup, takrif kualiti hidup, cara untuk menentukan kualiti hidup, aspek kualiti hidup yang diukur, petunjuk atau indeks kualiti hidup, dan natijah akhir kualiti hidup. Dalam bab ini, kualiti hidup dibincangkan daripada perspektif Islam atau perspektif bersepadu yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Istilah bersepadu merujuk penggabungjalinan, percantuman, dan pengadunan yang membentuk kesatuan yang utuh antara pelbagai unsur, idea, atau perkara yang menjurus ke arah mengesakan Allah, Tuhan seluruh alam dan tidak menyekutukan-Nya. Dalam konteks ini, sebarang bentuk kemajuan, hasil kreativiti, dan hasil inovasi yang dicapai oleh manusia dalam kehidupan mereka semuanya dikembalikan kepada Kebesaran dan Keagungan Tuhan. Istilah sejagat pula merujuk suatu yang tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, sebaliknya suatu yang meliputi semuanya atau seluruhnya, tanpa dibatasi oleh sempadan politik, sosial, budaya, bangsa, bahasa, demografi, ataupun sempadan geografi.

Dalam membincangkan kehidupan berkualiti, perspektif bersepadu menolak gagasan pluralisme agama (kesatuan agama) dan liberalisme dalam Islam. Ungkapan pluralisme agama merujuk fahaman yang menegaskan bahawa semua agama di dunia ini adalah sama berdasarkan pemerhatian bahawa semua agama mempercayai kewujudan tuhan dan menganjurkan kebaikan; semua pemeluk agama akan masuk syurga dan hidup di dalamnya secara berdampingan; semua agama adalah benar, dalam mana semuanya menuju kepada tuhan yang sama, dan yang berbeza hanyalah cara untuk sampai kepada tuhan

Page 177: Budaya Ketepatan

162

tersebut; setiap pemeluk sesuatu agama tidak boleh mendakwa bahawa agamanya yang paling benar atau agamanya sahaja yang benar, sedangkan agama lain adalah palsu. Pendukung pluralisme agama mendakwa bahawa agama yang berbeza memiliki tingkat kebenaran yang sama secara logik dan persejarahan, dan adanya kepelbagaian kebenaran yang sama-sama sah dalam kepelbagaian dan keragaman agama.

Ungkapan liberalisme dalam konteks agama Islam pula merujuk fahaman yang mentafsirkan nas-nas Islam (al-Quran dan Sunah Rasulullah) dengan menggunakan akal fikiran yang bebas semata-mata, tanpa merujuk buku-buku tafsir muktabar, dan hanya menerima doktrin Islam yang sesuai dengan akal fikiran; menganggap Islam sebagai suatu agama yang boleh dirasionalkan dengan bebas dan sesuka hati mengikut keperluan dan tuntutan hidup manusia pada sesuatu masa; menolak autoriti dalam beragama sebab agama dianggap sebagai suatu yang terhasil daripada perkembangan pemikiran manusia; menganggap kebenaran Islam sebagai suatu yang relatif sebab kebenaran itu dibentuk oleh fikiran rasional seseorang individu atau kumpulan individu dalam konteks tertentu, dan sebarang produk pemikiran manusia (buatan dan rekaan manusia) tidak bebas daripada kesalahan dan kelemahan; memperjuangkan prinsip kebebasan dan kerasionalan yang menyeluruh tanpa sebarang batasan dalam mentafsirkan nas-nas Islam; menuntut supaya setiap individu diberi kebebasan mutlak dalam kehidupan sosial, yakni kebebasan yang tidak terikat kepada pemikiran Islam bahkan melampaui batasan Syariah Islam itu sendiri dalam memberi pandangan tentang sesuatu; dan menganggap hukum dan peraturan yang terkandung dalam al-Quran dan Sunah Rasulullah hanya sesuai untuk masyarakat Arab abad ke-7 sahaja, manakala masyarakat masa lain pula tidak wajar mempraktikkan hukum dan peraturan tersebut tanpa mengambil kira konteks penurunan ayat atau penyampaian sesuatu hadis. Pendukung liberalisme dalam Islam memberi penekanan kepada kebebasan kepada siapa sahaja untuk memberi pandangan tentang sebarang permasalahan agama

Page 178: Budaya Ketepatan

163

dan menganjurkan metodologi yang menolak autoriti agama dan menegaskan bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak dan tidak boleh dimiliki oleh pihak tertentu lalu menafikan hak orang lain.

Sebagai perbandingan, perspektif bersepadu menganjur-kan pandangan bahawa agama dan kebenaran yang diperkatakan oleh setiap agama adalah berbeza antara satu sama lain, meskipun terdapat beberapa persamaan antara pelbagai agama, khususnya dalam perkara yang membabitkan ciri dan nilai moral yang umum. Seterusnya, walaupun perspektif bersepadu mengakui tentang adanya agama yang pelbagai, tetapi ia tidak bererti adanya persamaan kesahihan kebenaran semua agama (Wan Mohd Nor, 2006). Bagi manusia Muslim, mereka percaya bahawa Islam adalah agama wahyu yang sempurna dan umat Islam adalah umat yang terbaik. Islam menganjurkan prinsip kebebasan dan keterbukaan yang berasaskan wahyu, dalam mana konsep kebebasan mutlak dianggap bertentangan dengan Islam yang mengehadkan kebebasan dengan berasaskan prinsip Syariah Islam. Islam tidak mengetepikan kebebasan, keterbukaan, dan penggunaan akal fikiran yang rasional, tetapi menganjurkan penggunaan akal fikiran secara optimum, kebebasan berfikir, dan keterbukaan fikiran dalam kerangka yang dibenarkan oleh Syariah Islam. Ringkasnya, Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh berbeza dengan pluralisme agama dan liberalisme. Sebagai tambahan, Islam hanyalah satu, tetapi terdapat pelbagai tafsiran tentang ajaran Islam, yang mana ada yang betul dan ada yang salah. Tafsiran yang benar tentang Islam hanya boleh dilakukan oleh orang yang memiliki ilmu yang mendalam tentang ajaran Islam, tamadun Islam, dan realiti pertumbuhan, pembangunan, perubahan, dan kemajuan hidup manusia.

Menurut perspektif bersepadu, agama adalah asas utama bagi menentukan kualiti hidup. Misalnya, Islam adalah cara hidup yang sempurna, menyeluruh, bersepadu, dan sejagat, baik yang berkaitan dengan pandangan tentang sesuatu perkara,

Page 179: Budaya Ketepatan

164

pegangan hidup, ibadat, halal dan haram, nilai, adab, dan akhlak mahupun yang berkaitan dengan sistem ekonomi, pendidikan, pentadbiran, perundangan, keadilan, kemasyarakatan, dan kebudayaan. Tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Dalam al-Quran (surah al-Maa’idah 5:3), Allah menjelaskan bahawa Islam adalah cara hidup yang sempurna dan sesuai untuk semua keadaan, masa, dan tempat. Islam tidak membenarkan pemisahan antara urusan agama dengan urusan duniawi seperti politik, pendidikan, pentadbiran, perundangan, dan ekonomi. Dalam Islam, terkandung prinsip dan sistem yang meliputi seluruh kehidupan manusia seperti prinsip dan sistem akidah (kepercayaan), ibadat, adab dan akhlak, perhubungan dan transaksi antara manusia (muamalat), berkahwin dan berkeluarga (munakahat), perundangan (syariah), kemasyarakatan, politik, pentadbiran, dan pendidikan. Justeru, pandangan yang dimajukan oleh sekularisme, iaitu “politik suku agama suku” tidak dapat diterima.

Dewasa ini, pelbagai petunjuk telah digunakan untuk menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup. Petunjuk tersebut boleh dikumpulkan dalam bidang tertentu seperti pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan, komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan berkeluarga, penyertaan sosial, keselamatan dan ketenteraman awam, kebudayaan, dan rekreasi (Unit Perancangan Ekonomi, 2005). Walaupun bidang yang diberi tumpuan adalah agak meluas, tetapi penggunaan pendekatan kuantitatif atau pengukuran empiris untuk menentukan kualiti hidup membuat perkara yang sukar untuk dikuantifikasi atau diukur tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Misalnya, penghayatan agama, pembangunan insan, keharmonian masyarakat, keadilan sosial, perpaduan nasional, dan kestabilan politik memerlukan kedua-dua penilaian kualitatif dan kuantitatif, bukan penilaian kuantitatif semata-mata. Ringkasnya, indeks kualiti hidup harus mencakupi pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi agama, akhlak, ekonomi, pendidikan, perpaduan, perundangan, kemasyarakatan, kesihatan, keluarga, keselamatan awam,

Page 180: Budaya Ketepatan

165

kebudayaan, sains dan teknologi, pembangunan diri, sumber tenaga, perkhidmatan awam, rekreasi, mahupun alam sekitar dan infrastruktur asas (contoh, jalan raya, bekalan elektrik dan air). Bidang-bidang ini pula mempunyai hierarki tertentu berdasarkan kepentingan, keutamaan, dan kemanfaatannya.

Berdasarkan perbincangan di atas, ungkapan menepati kehidupan berkualiti merujuk aktiviti yang dilakukan dalam pelbagai aspek kehidupan bagi mempertingkatkan kualiti, prestasi, dan kecemerlangannya melebihi tahap normal. Rajah 20 memaparkan bidang kehidupan utama bagi sebarang kegiatan untuk menepati kehidupan yang berkualiti. Penambahbaikan dalam kehidupan tidak berlaku secara automatik, sebaliknya ia memerlukan kejelasan matlamat, kemahuan untuk berubah, kehendak politik, keberanian kepemimpinan, dan komitmen yang berterusan.

Lazimnya, kualiti hidup manusia mengalami kemerosotan disebabkan oleh faktor seperti kekacauan sosial, pergolakan politik, kelemahan institusi, konflik budaya, keruntuhan akhlak, kegelapan rohani, kecelaruan adab, kecairan nilai agama, kepincangan dalam pengurusan ekonomi, kesaksamaan struktur, dan ketidakkekalan persekitaran. Kecemerlangan dalam pembangunan ekonomi dan kemajuan teknologi tidak mencukupi untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Tanpa kekuatan keimanan, keteguhan agama, dan keutuhan akhlak, manusia akan hidup secara tersisih daripada Pencipta dan tidak memiliki apa-apa untuk menyelamatkan diri mereka daripada lemas dalam pandangan hidup kebendaan dan cengkaman hawa nafsu. Dengan kata lain, sebarang pegangan, pemikiran, perasaan, atau perbuatan yang boleh mengancam usaha untuk menjaga, memartabatkan, dan memperkasakan agama, akal, nyawa, harta, dan keturunan dianggap sebagai perkara yang berpotensi untuk menjejaskan amalan menepati kehidupan berkualiti.

Page 181: Budaya Ketepatan

166

Rajah 20. Bidang utama bagi pengembangan budaya menepati kehidupan berkualiti

Sejarah hidup manusia menunjukkan bahawa walaupun pembangunan ekonomi adalah penting, tetapi perkara yang lebih penting ialah penggunaan kekuatan kebendaan untuk membuat kehidupan kita menjadi lebih panjang, sihat, produktif, bermakna, dan lebih tinggi pengabdian diri kepada Allah. Kita tidak boleh hidup seperti musang, hidup tak serupa orang, atau hidup tanpa aturan. Kita juga tidak boleh merasa selesa dengan kehidupan yang melarat, miskin, serba susah, dan terhengit-hengit bagai rumput di tengah jalan, mati segan hidup tak mahu. Sebaliknya, kita perlu menjalani kehidupan secara konstruktif dan produktif, ibarat hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa dan berfaedah. Ingatlah kata orang tua-tua, gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Apabila kita mati, kita mahu meninggalkan nama dan jasa yang baik seperti kata pepatah, “mati badan di kandung tanah, nama beredar ke mana-mana”. Walaupun badan kita sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang jua. Perkara ini

Page 182: Budaya Ketepatan

167

tercapai bukan melalui kejayaan ekonomi semata-mata, tetapi dengan memenuhi setiap tuntutan keilmuan dan peradaban, mencintai keamanan dan perpaduan, menghormati maruah insan, mempertingkatkan semangat keadilan yang luhur, menghayati ajaran agama secara menyeluruh dan mendalam, mengembangkan adab dan akhlak yang utuh, dan mencapai tahap kebudayaan yang unggul.

Menepati Kepemimpinan Berhikmah

Pada umumnya, ungkapan kepemimpinan berhikmah merujuk keupayaan dan kecekapan seseorang pemimpin untuk melakukan perkara yang perlu dalam cara yang betul, pada masa yang betul, dan di tempat yang betul serta mempertimbangkan segala urusan dengan timbangan yang tepat dan mendapatkan kesudahan yang cemerlang bagi segala urusan dan pengarahan. Secara khusus, terdapat tiga konsep asas yang membentuk ungkapan tersebut, iaitu pemimpin, kepemimpinan, dan hikmah. Istilah pemimpin merujuk seseorang yang mempunyai pengikut; seseorang yang berperanan sebagai kepala, ketua, penghulu, pengurus, penggerak, pelopor, pemerintah, penguasa, pemandu, pemberi petunjuk, pemberi inspirasi, pendorong, atau pembimbing orang lain; atau seseorang yang mempengaruhi kumpulan manusia ke arah mencapai matlamat bersama.

Dengan kata lain, pemimpin (leader) ialah orang yang memimpin, iaitu orang yang memiliki kebolehan dan kecekapan sehingga dia berupaya mempengaruhi orang lain untuk bersama-sama melakukan aktiviti tertentu bagi mencapai tujuan yang khusus atau mengarah organisasi dalam cara yang membuatnya menjadi lebih koheren dan padu. Istilah kepemimpinan (leadership) pula merujuk keupayaan, kebolehan, kekuatan diri, tindak tanduk, tahap pengaruh, pencapaian, dan kecekapan seseorang individu sebagai pemimpin. Kepemimpinan melibatkan ciri khusus yang dimiliki oleh pemimpin, dalam mana ciri tersebut berkaitan dengan proses mempengaruhi orang lain; mengenal pasti potensi dan nilai yang ada pada orang lain dengan jelas

Page 183: Budaya Ketepatan

168

sehingga mereka dapat meneliti sendiri dan membentuk kepekaan yang tinggi terhadap potensi dan nilai yang wujud di dalam diri mereka; dan mewujudkan peluang bagi membantu mereka untuk mengembangkan, memperkukuhkan, memanifestasikan, dan menggunakan nilai dan potensi mereka secara optimum.

Seterusnya, istilah hikmah merujuk keadaan diri insan yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dengan kebatilan dalam segala perbuatan yang tergolong dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah terhasil daripada pemahaman, perolehan makna, adab, akhlak, nilai, dan tindak tanduk yang tepat. Hikmah bertapak dalam kalbu dan Allah menghidupkan hati (kalbu) manusia dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang tandus dengan titisan air hujan. Hikmah juga membabitkan segala perkara yang menghalang manusia daripada kebodohan dan mencegah mereka daripada kekejian. Ringkasnya, hikmah membabitkan kemampuan meletakkan segala urusan di tempatnya yang sebenar dan mempertimbangkannya dengan pertimbangan yang tepat, serta mendapatkan kesudahan yang baik bagi segala urusan dan pengarahan. Orang yang diberi hikmah oleh Allah adalah orang yang mendapat kebajikan yang banyak (surah al-Baqarah 2:269).

Manusia harus berusaha untuk memperoleh hikmah melalui cara seperti membina ilmu yang bermanfaat, memahami agama dan mengamalkannya, mengambil faedah daripada perjalanan umur dan pengalaman hidup, berdamping dengan para ulama, mengambil pelajaran daripada kesalahan dan kekeliruan supaya tidak digigit ular daripada satu lubang sebanyak dua kali atau tertipu beberapa kali, sentiasa berwaspada dan berhati-hati supaya tidak terjerumus dalam kesalahan, berusaha meletakkan segala perkara pada tempatnya yang sebenar, dan berusaha membuat pertimbangan yang tepat tentang sesuatu perkara atau keadaan melalui pemahaman tentang fenomena sebab dan akibat. Orang yang tidak mengambil manfaat

Page 184: Budaya Ketepatan

169

daripada pengalaman dan tidak belajar daripada perjalanan waktu dianggap sebagai orang yang bodoh.

Keadaan hidup yang berhikmah disebut sebagai keadilan, manakala tindakan kognitif yang digunakan untuk merealisasikan keadaan berhikmah atau keadaan hidup yang melibatkan kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian pula disebut sebagai adab. Oleh itu, kehilangan adab menggambarkan kehilangan keadilan dan tanpa adab, manusia akan hilang penghalang kebodohan dan pencegah keburukan. Ringkasnya, hikmah membabitkan keadaan diri manusia yang memahami ajaran agama, mengenal kebenaran dan mengamalkannya, meletakkan sesuatu pada tempat yang sewajarnya, sederhana dalam aspek penggunaan dan cemerlang dalam aspek penghasilan, dan berusaha mengaitkan sebab dengan akibat yang relevan dengan komposisi bahan fizikal dan fungsi jirim, dan yang relevan dengan hukum alam semula jadi (sunah Allah) dan peraturan yang diwahyukan tentang alam dan segala kandungannya.

Berdasarkan perbincangan di atas, ungkapan menepati kepemimpinan berhikmah merujuk segala tindak tanduk yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan individu untuk menjadi pemimpin yang mengetahui kedudukan atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian, dan bertindak selaras dengan pengetahuan tersebut. Fungsi manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi seharusnya membayangkan sifat kebesaran Allah seperti kebijaksanaan, kearifan, atau berhikmah dalam segala tindak tanduk mereka. Kekuatan kebendaan dan kekuatan keilmuan sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan manusia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah dengan berkesan. Ia perlu diperlengkap dengan hikmah atau kebijaksanaan. Daya kepemimpinan berhikmah membabitkan kebolehan khusus yang harus dibina oleh setiap individu, bukan suatu yang dipindahkan daripada seseorang kepada orang lain.

Page 185: Budaya Ketepatan

170

Menurut Islam, pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang menjalankan tugas memimpin berlandaskan pemahaman dan komitmen bahawa masa depan individu, masyarakat, dan umat Islam adalah Islam; dan tanpa Islam, individu, masyarakat, dan umat Islam tidak akan mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Dalam konteks ini, perubahan, pembangunan, pembaharuan, transformasi, dan kemajuan dalam proses memimpin merujuk pengembalian kepada ajaran dan keadaan Islam yang sejati. Sebarang usaha untuk memisahkan Islam daripada proses memimpin merupakan satu tindakan yang menyeleweng.

Pokoknya, seluruh usaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi perlu memenuhi dua syarat, iaitu mempunyai tujuan (niat) yang baik dan cara pelaksanaan (contohnya, cara bertindak, berfikir, bekerja, mengurus) yang betul. Syariah Islam menetapkan empat panduan asas bagi melaksanakan sesuatu kegiatan, iaitu tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan diri atau merosakkan muka bumi; tidak membabitkan pembaziran dan pemborosan; mengutamakan kebersihan, kesucian, dan penyucian (tazkiyah); dan menjauhi perkara haram dan subahat. Ilmu fardu ‘ain dan ilmu fardu kifayah sangat penting bagi menepati kepemimpinan berhikmah. Kedua-dua ilmu ini perlu disepadukan untuk mengelak daripada berlakunya kecelaruan fikiran dan kehilangan adab. Satu tanggungjawab penting seseorang pemimpin adalah untuk mengimarahkan atau memakmurkan bumi. Persoalannya, bagaimana mereka dapat melaksanakan tugas pengimarahan bumi dengan berkesan jikalau mereka hidup dalam keadaan yang jahil, miskin, daif, mundur, pasif, lemah, mengharapkan belas kasihan orang lain, bermusuhan sesama sendiri, dan mementingkan akhirat sahaja?

Islam tidak menolak pemodenan dan pembangunan dalam kehidupan manusia, tetapi menolak pemodenan dan pembangunan yang menghasilkan kemajuan kebendaan

Page 186: Budaya Ketepatan

171

yang hebat seiring dengan penghasilan keruntuhan akhlak, pencemaran alam sekitar, dan kemusnahan nilai hidup yang teruk. Menurut Islam, pemodenan dan pembangunan kehidupan duniawi mesti membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan ukhrawi. Pandangan hidup ini diungkap dalam kata-kata, “kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat”. Pandangan ini menolak orang Islam yang mengamal-kan prinsip, “Biarlah orang lain berusaha untuk memperoleh kejayaan kebendaan dan kecemerlangan duniawi, asalkan orang Islam mencapai kebahagiaan akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah”. Pokoknya, tugas untuk mengimarahkan dunia tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan jikalau masyarakat Islam mengamalkan prinsip atau perspektif sempit ini.

Pada umumnya, terdapat perkara-perkara asas yang boleh membantu manusia untuk mengamalkan budaya menepati kepemimpinan berhikmah seperti memahami dan menghayati ajaran agama secara menyeluruh dan mendalam; mengenal kebenaran dan mengamalkannya; mengembangkan peribadi dan akhlak yang utuh; meletakkan segala perkara sesuai dan tepat dengan kedudukannya; mengamalkan sikap sederhana dalam aspek penggunaan dan cemerlang dalam aspek penghasilan; belajar daripada kesalahan dan mengambil manfaat daripada pengalaman; berwaspada supaya tidak terpedaya atau tertipu beberapa kali; mempertingkatkan keyakinan diri dan perasaan rendah hati (tawaduk); mengawal hawa nafsu; mempertingkatkan ketabahan diri dalam menghadapi cabaran; kemas dalam tindakan dan fikiran; keprihatinan terhadap keperluan orang bawahan; menjadi model atau contoh kepada orang bawahan tentang adab, akhlak, akauntabiliti, integriti, kecekapan, keintelektualan, komitmen, ketelusan, dan kepantasan dalam menjalankan kerja; mengembangkan budaya yang berorientasikan pencapaian; mempertingkatkan kecekapan berkomunikasi dan perhubungan yang tinggi; menetapkan arah haluan, wawasan, dan matlamat bersama yang dinyatakan dengan jelas dan diberi tumpuan yang sepenuhnya; mempertingkatkan keupayaan

Page 187: Budaya Ketepatan

172

organisasi melalui pembentukan pasukan pekerja yang dinamik, pengurusan perubahan dengan berkesan, pelaksanaan operasi kerja yang sempurna; penyejajaran matlamat dengan sistem untuk mencapai hasil yang optimum; dan mempertingkatkan kebolehan untuk menggerakkan komitmen individu, berkongsi kuasa, penugasan kerja, dan memberi kuasa.

Ingatlah kata orang tua-tua, kita boleh membeli kudrat seseorang, tetapi tidak boleh membeli hati mereka; kita boleh membeli tangan mereka, tetapi tidak boleh membeli kecenderungan mereka; kita boleh memiliki tubuh mereka, tetapi tidak boleh memiliki fikiran mereka. Walaupun orang lemah boleh diletakkan di bawah kuasa orang kuat, tetapi hati, perasaan, dan fikiran mereka bebas lepas. Begitu juga, kita hanya boleh memerhati tingkah laku manusia, tetapi perasaan hati mereka tidak dapat diperhatikan, ibarat kata pepatah, “Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya.

Ringkasnya, setiap manusia mempunyai kebebasan atau kuasa untuk memilih. Kuasa untuk memilih ini bermakna manusia bukan sekadar menjadi hasil kepada pengalaman lalu mereka atau warisan baka mereka. Manusia boleh menentukan sendiri arah haluan hidup mereka dan mengubah masa depan mereka melalui pilihan yang mereka buat. Dengan menggunakan anugerah ini secara bijaksana, manusia boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka dan kualiti kepemimpinan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam konteks ini, kita perlu membezakan faktor yang boleh mempengaruhi hidup kita dengan faktor yang menentukan hidup kita. Misalnya, warisan baka dan suasana alam sekitar boleh mempengaruhi kita, tetapi mereka tidak menentukan kita. Setiap individu menentukan sendiri keadaan hidupnya, dengan izin Allah, melalui pilihan yang ia buat dan amalan ia yang lakukan. Oleh itu, jikalau kita telah menyerahkan kehidupan masa kini kita kepada perkara yang silam, kita tidak semestinya menyerahkan masa depan kita kepada perkara masa silam.

Page 188: Budaya Ketepatan

173

Menurut Covey (2004), terdapat satu ruang antara rangsangan dan tindakan yang kita lakukan. Dalam ruang ini, terletak kebebasan dan kuasa kita untuk memilih tindakan kita. Seterusnya, dalam pilihan tersebut, terletak peluang bagi kita untuk meningkatkan kualiti hidup kita. Hakikatnya, kita adalah hasil daripada pilihan dan tindakan yang kita lakukan. Oleh itu, setiap pemimpin perlu membuat pilihan yang betul dan tepat sebab kualiti kepemimpinan manusia yang bebas tidak pernah meningkat secara tidak sengaja, tetapi dipertingkatkan melalui pilihan dan tindakan yang mereka buat. Rajah 21 memaparkan beberapa perkara yang boleh membantu kita untuk mengembangkan budaya menepati kepemimpinan berhikmah.

Pada asasnya, terdapat dua konsep yang berkaitan dengan pemimpin, iaitu kepemimpinan dan kepimpinan. Kepemimpinan merujuk keupayaan seseorang sebagai pemimpin, iaitu ciri khusus yang dimiliki oleh seseorang pemimpin, manakala kepimpinan pula merujuk keupayaan memimpin, iaitu ciri khusus bagi perbuatan memimpin yang dilakukan oleh seseorang pemimpin. Secara kasar, kedua-dua kepemimpinan dan kepimpinan membabitkan keupayaan untuk menterjemahkan idea, konsep, dan wawasan menjadi realiti. Pemimpin yang berhikmah menunjukkan contoh yang baik; mengenal pasti dan menetapkan arah haluan yang hendak dituju; membangunkan dan menyejajarkan struktur, sistem, dan proses dengan arah haluan yang ditetapkan; memberi tumpuan kepada hasil selepas menentukan strategi dan kaedah pelaksanaan yang digunakan adalah tepat dan berkesan; menggerakkan komitmen individu dan membentuk keupayaan organisasi untuk mengeluarkan hasil yang optimum; membangunkan dan mempertahankan budaya berfikir, bertindak, dan bekerja yang berorientasikan pencapaian yang cemerlang; dan berusaha dengan gigih untuk meletakkan segala perkara pada tempat yang betul. Sebaliknya, kepimpinan atau perbuatan memimpin yang tidak berdisiplin dan tidak komited untuk menyiapkan sesuatu tugas dalam tempoh yang ditetapkan adalah tidak berhikmah.

Page 189: Budaya Ketepatan

174

Tanpa keupayaan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan, kepimpinan menjadi hambar dan tidak bersemangat. Ringkasnya, pelaksanaan berfungsi sebagai jambatan yang menyabungkan aspirasi dengan hasil.

Rajah 21. Unsur utama bagi pengembangan budaya menepati kepemimpinan berhikmah

Lazimnya, terdapat jurang yang besar antara agenda tindakan yang disediakan dengan perkara yang dilaksanakan. Banyak perkara yang dirancang gagal untuk dilaksanakan dengan berkesan. Idea yang kreatif, prinsip yang inovatif, dan strategi yang konstruktif tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga mereka menjadi sebahagian tabiat atau akhlak individu dan masyarakat melalui pelaksanaan dan penghayatan

Page 190: Budaya Ketepatan

175

yang berkesan dan berterusan. Jurang pelaksanaan menjadi penghalang utama kepada pengembangan budaya menepati kepemimpinan berhikmah. Terdapat beberapa faktor yang memberi sumbangan kepada jurang pelaksanaan (Covey, 2004; Syed Muhammad Naquib, 1995):

• Keimanan dan ketakwaan: Orang bawahan atau pekerja tidak memiliki keimanan dan ketakwaan yang kukuh. Keadaan ini membuat mereka mudah pecah amanah, menyeleweng, dan mengelak daripada tanggungjawab.

• Keilmuan: Orang bawahan atau pekerja tidak memiliki ilmu yang perlu dan mencukupi. Kejahilan menghalang mereka daripada melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan.

• Kejelasan: Orang bawahan atau pekerja tidak mengetahui dengan jelas prioriti dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi atau negara.

• Komitmen: Orang bawahan tidak terlibat atau mengikuti perbincangan tentang matlamat yang hendak dicapai. Tanpa sebarang pemberian kuasa, mereka tidak komited dan tidak yakin dengan matlamat yang ditetapkan.

• Terjemahan: Orang bawahan tidak diajar tentang cara untuk menterjemahkan idea kepada tindakan tertentu. Akibatnya, mereka tidak mengetahui perkara yang mereka perlu lakukan secara peribadi untuk membantu organisasi atau negara mencapai matlamat yang ditetapkan.

• Pengupayaan: Orang bawahan tidak mempunyai infrastruktur, sistem, atau kemudahan sokongan yang sesuai untuk membantu mereka melakukan kerja dengan berkesan.

• Sinergi: Orang bawahan tidak memiliki kecekapan untuk bekerjasama antara satu sama lain atau tidak

Page 191: Budaya Ketepatan

176

mempunyai hubungan dan perpaduan yang baik antara mereka.

• Akauntabiliti: Orang bawahan tidak selalu berakauntabiliti antara satu sama lain.

• Integriti: Orang bawahan bekerja dalam persekitaran yang tidak mementingkan integriti.

Setiap pemimpin harus sedar bahawa terdapat perbuatan seperti makan suap dan mementingkan diri sendiri yang boleh meningkatkan jurang pelaksanaan. Apabila kejujuran, amanah, integriti, akauntabiliti dianggap sebagai perkara remeh, memimpin akan menjadi kerja yang sukar untuk dilaksanakan dengan berkesan. Selain makan suap, pemimpin yang berhikmah menjauhkan diri daripada pelbagai jenis makan yang lain seperti makan ampu, makan angkat, makan bara, makan besar, makan darah, makan dua, makan curi, makan hak, makan janji, makan kawan, makan keringat orang, makan masak mentah, makan riba, makan tidur, dan makan tipu. Kepimpinan tanpa kekuatan kerohanian yang berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah akan hanya menimbulkan kerosakan dan kesesatan yang berterusan. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa orang yang buta tidak sama dengan orang yang celik, keadaan gelap gelita tidak sama dengan cahaya yang terang benderang, suasana teduh tidak sama dengan suasana panas, dan orang yang hidup tidak sama dengan orang yang mati (surah Fatir 35:19-21). Hanya orang yang jahil, lalai, lupa, dan sesat sahaja yang gagal untuk membezakan yang baik dengan yang buruk, halal dengan haram, betul dengan salah, dan keimanan dengan kekufuran. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan keadaan dan balasan kepada orang yang ingkar petunjuk-Nya:

Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam

Page 192: Budaya Ketepatan

177

keadaan yang buta. Ia berkata: “Wahai Tuhan ku, mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dulunya adalah seorang yang dapat melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepada mu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal (surah Taha 20: 124-127). Pada hakikatnya, tanpa kekuatan akhlak, keteguhan

agama, dan keutuhan adab, segala kekayaan, kekuatan kebendaan, kemajuan saintifik, dan kecanggihan teknologi akan disalahgunakan oleh pemimpin untuk mencapai matlamat yang selaras dengan dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Dalam keadaan ini, kehidupan manusiawi menjadi lebih teruk daripada kehidupan haiwani (surah al-A’raaf 7:179). Adab adalah kesempurnaan akhlak seseorang, yang lahir daripada kualiti ilmu yang dimiliki dan sistem nilai yang diamalkan. Adab diwarnai oleh pendidikan yang diikuti, ilmu yang dibina, kebijaksanaan yang diperoleh, dan perkara yang dilakukan secara berulang kali oleh seseorang individu bagi mendapat keredaan Allah. Inti pati daripada budaya menepati kepemimpinan berhikmah ialah bagaimana pemimpin membentuk, mempertahankan, memperkukuhkan, dan mengembangkan adab, nilai, etika, tabiat, dan amalan yang baik dan efektif di dalam semua aspek tugas atau kehidupan individu dan organisasi baik secara fizikal, afektif, kognitif, atau kerohanian. Sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang paling berfaedah kepada orang lain. Dalam satu hadis riwayat Muslim, Rasulullah menegaskan bahawa, “Siapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam, maka ia mendapat pahala dan pahala orang yang mengikut perbuatannya hingga hari kiamat; dan siapa yang memberi contoh kejahatan, maka

Page 193: Budaya Ketepatan

178

ia mendapat dosa dan dosa orang yang mengikut perbuatannya hingga hari kiamat”.

Pemimpin yang berhikmah ialah pemimpin yang berjaya menerangkan kepada orang bawahan tentang nilai dan potensi mereka sehingga mereka dapat meneliti dan membangunkan diri mereka. Dalam keadaan yang terbangun, individu akan menyedari perbezaan antara apa yang mereka sedang lakukan dengan apa yang mereka mampu dan perlu lakukan demi kecemerlangan diri, organisasi, masyarakat, dan negara. Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab asas untuk mengimarahkan diri, keluarga, organisasi, masyarakat, negara, dan dunia. Dalam menjalankan tugas memimpin, kita wajar mengingati pesan Rasulullah dalam satu hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi, “Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik”. Sebagai kesimpulan, hikmah dalam konteks kepimpinan dan kepemimpinan merujuk penggunaan kepercayaan, suara hati, pemahaman, pemikiran, penaakulan, perasaan, tindak tanduk, sikap, komunikasi, pentadbiran, pengurusan, pertimbangan, hubungan, rangkaian, penjelasan, penugasan, pengawasan, perancangan, pelaksanaan, pemilihan, pengaruh, pemberian kuasa, penugasan kerja, pembudayaan, penilaian, peralatan, teknologi, konsepsi, strategi, proses, prosedur, sistem, dan struktur dengan tepat, betul, benar, efisien, dan efektif untuk menjalankan tugas memimpin dengan berkesan.

LANGKAH KE HADAPAN

Dalam membudayakan prinsip ketepatan, kita mungkin berdepan dengan satu persoalan, “Apakah tanda kejayaan bagi produk budaya ketepatan?”. Produk utama budaya ketepatan ialah manusia baru yang boleh digambarkan sebagai bukan laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku; bukan laksana lembu kasi, galak saja tiada melawan; dan bukan laksana

Page 194: Budaya Ketepatan

179

bunga dedap, sungguh merah berbau tidak; tetapi laksana intan (manikam), jikalau terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. Ini kerana manusia tersebut menepati masa, janji, kepercayaan, pengetahuan, timbangan, ukuran, komunikasi, dan tugas. Dalam menjalankan tugas, dia memberi keutamaan kepada pembentukan budaya kerja yang berorientasikan produk yang cemerlang, kreatif, inovatif, menepati sasaran, menepati belanjawan, menepati masa, dan menepati piawaian antarabangsa. Kualiti dan penjaminan kualiti pula dijadikan asas dan agenda terpenting bagi kerja yang dilakukan. Ringkasnya, jikalau ada keikhlasan, kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesungguhan, persefahaman, perkongsian, dan ketepatan dalam amalan dan tindakan kita, fajar peradaban baru bagi negara kita akan menjelma dengan izin Allah.

Pembudayaan amalan ketepatan memerlukan kita untuk melakukan islah dan pembangunan diri dan masyarakat secara menyeluruh dan bersepadu. Perkataan islah merujuk usaha memperbaiki, membaharui, dan merubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik, betul, tepat, berdaya maju, dan sesuai melalui jalan yang baik dan damai (surah Al-A’raaf 7: 35; Al-Araaf 7:170; Al-Maa’idah 5:39; Hud 11:88). Bagi orang Islam, islah dan pembangunan tidak dapat dilakukan dengan berkesan tanpa benar-benar yakin bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah yang tidak mengandungi sebarang keraguan; memahami dan menghayati pandangan Islam tentang islah dan pembangunan; membentuk visi dan misi islah dan pembangunan yang selaras dengan visi dan misi al-Quran; membina pemahaman yang hakiki tentang alam, manusia, dan kehidupan; menangani isu-isu pembangunan mengikut ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah secara kolektif; dan menangani fenomena sebahagian masyarakat Islam ketinggalan daripada arus positif zaman moden secara menyeluruh dan berterusan. Dalam konteks ini, kita boleh mengambil perkara daripada budaya lain jikalau perkara itu tidak bercanggah dengan ajaran agama kita dan dapat memberi manfaat dan kekuatan baru

Page 195: Budaya Ketepatan

180

kepada masyarakat kita. Perkara yang dilarang ialah sebarang usaha untuk mereformasi agama Islam dengan berdasarkan pengalaman dan kaedah keagamaan Barat.

Islam adalah ad-din yang lengkap dan sempurna (surah al-Maa’idah 5:3; surah Ali-‘Imraan 3:19; surah an-Nahl 16:89) yang diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui perantaraan Rasulullah. Islam tidak memerlukan islah dan pembangunan, tetapi yang memerlukan islah dan pembangunan ialah manusia Muslim. Misalnya, mereka perlu meningkatkan pemahaman mereka tentang ajaran Islam, membersihkan diri daripada sifat negatif, dan melengkapkan diri dengan sifat positif.

Dalam usaha mempertingkatkan perpaduan nasional, manusialah yang paling penting. Banyak perkara bergantung pada fikiran dan tindakan mereka. Apakah erti perpaduan nasional? Mengapakah perpaduan penting bagi sesebuah masyarakat atau negara? Apakah perkara yang paling penting dalam membina, mengembangkan, memperkukuhkan, dan mempertahankan perpaduan nasional? Untuk menangani persoalan seperti ini, cara kita berfikir dan bertindak harus dicirikan oleh komitmen yang berterusan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, bukan kesenangan kehidupan di dunia sahaja atau kejayaan kehidupan di akhirat semata-mata.

Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, kita harus menerima perbezaan yang sedia wujud antara kita dan melebarkan persefahaman, kerjasama, permuafakatan, dan penerimaan tentang perkara yang kita mempunyai kepentingan bersama seperti keamanan, kedamaian, keharmonian, dan kemajuan. Untuk mencapai matlamat ini, setiap orang daripada kita harus membangunkan diri, mengembangkan nilai positif, mengamalkan budaya konstruktif seperti budaya ketepatan, memanfaatkan segala ilmu pengetahuan, dan memperkukuhkan semangat untuk menangani perkara yang boleh meruntuhkan perpaduan nasional dalam abad ke-21. Setiap orang daripada

Page 196: Budaya Ketepatan

181

kita bukan sahaja perlu menjadi pemimpin yang berwibawa, tetapi juga menjadi insan yang bertanggungjawab dan berbakti ke arah mencapai keamanan diri, masyarakat, negara, dan dunia. Masa depan negara terletak pada kebijaksanaan rakyatnya. Selagi panji kedamaian, keadilan sosial, maruah insan, dan saling pergantungan berkibar megah di bumi Malaysia, sempadan antara kaum dan agama pasti dapat dilangkaui untuk membuka laluan ke arah masyarakat yang bersatu padu. Melalui usaha yang gigih dan beradab, kuntum-kuntum kecemerlangan duniawi dan kebahagiaan ukhrawi akan dapat berkembang mekar dalam masyarakat ini.

Kejahilan, kebodohan, kebebalan, kezaliman, dan keterlampauan boleh melunturkan atau meruntuhkan perpaduan negara dan menyulitkan pembentukan negara yang maju dan bahagia. Oleh itu, penyediaan iklim yang dapat menyemarakkan pembudayaan ilmu, pengembangan daya pintar cerdas, dan penghayatan nilai adalah sangat penting. Dalam konteks ini, sistem pendidikan, kurikulum pendidikan, dan golongan akademik memainkan peranan yang kritis. Misalnya, kurikulum pendidikan tidak boleh bersifat sekular, sempit, dan bertumpu kepada kepentingan ekonomi, komersialisasi, utiliti, teknologi, perdagangan, dan industri semata-mata. Begitu juga, ahli akademik dan pemimpin institusi pendidikan perlu memiliki ilmu yang mendalam, adab yang tinggi, dan integriti yang teguh. Biasanya, manusia berpecah-belah dan bermusuhan antara satu sama lain disebabkan beberapa faktor seperti kekeliruan dan kesilapan dalam mentafsirkan makna ilmu pengetahuan dan pengamalannya; kehilangan adab, keadilan, dan kebijaksanaan; dan kemunculan pemimpin yang tidak layak memikul tanggungjawab dalam pelbagai lapangan kehidupan beragama dan masyarakat (Syed Muhammad Naquib, 1995).

Menurut al-Buti (2005), keadaan pemikiran yang kosong daripada pemahaman yang hakiki tentang alam, manusia, dan kehidupan atau kekeliruan dan kesilapan dalam memahami

Page 197: Budaya Ketepatan

182

secara hakiki akan perkara dasar ini disebabkan oleh tugas untuk menjelaskan perkara tersebut diberi kepada mereka yang tidak berwibawa, melampau, dan tidak mempunyai kebijaksanaan menjadi punca utama bagi perpecahan umat Islam. Justeru, untuk memberi sumbangan yang konstruktif bagi menangani perkara seperti ini, kurikulum pendidikan harus mengimbangi tumpuan kepada pembangunan insan seperti pembentukan ilmu, adab, akhlak, dan nilai dengan tumpuan kepada pembangunan kebendaan seperti perkembangan ekonomi, perdagangan, teknologi, dan industri. Seterusnya, ahli akademik dan pemimpin institusi pendidikan harus dilantik berdasarkan kriteria seperti keimanan, keilmuan, kewibawaan, amanah, keberanian, keadilan, dan integriti. Dalam dunia yang penuh mencabar, kita harus berusaha ke arah pendidikan yang baru, iaitu pendidikan yang mementingkan kecemerlangan bersepadu yang menggabungkan kemajuan kebendaan dengan kemajuan kerohanian, bukan kecemerlangan sekular atau kecemerlangan tanpa ruh (excellence without a soul) yang hanya mementingkan kecemerlangan ilmiah dan teknikal yang bersifat utilitarian dan bebas nilai agama. Misalnya, menurut Lewis (2006), keghairahan membuta tuli (ala pak pandir atau pak Kaduk) untuk memasuki sistem pemeringkatan (ranking) antarabangsa bagi universiti awam tanpa mengambil kira misi bangsa, negara, dan umat boleh membawa universiti tersebut ke dalam perangkap kecemerlangan tanpa ruh. Tidak ada gunanya menang sorak jikalau maruah bangsa dan misi umat tergadai. Kita harus meletakkan kebergunaan pemeringkatan antarabangsa di tempat yang sebenar dan tidak melakukan apa saja demi memperoleh status yang tinggi semata-mata. Tanggungjawab membentuk pendidikan yang dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada perpaduan negara dan pembentukan negara maju dan bahagia terletak di atas bahu kita semua.

Ringkasnya, sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi memerlukan ajaran agama untuk memulihkan kecelaruan fikiran, kekosongan jiwa, penyakit barah komersialisasi, dan

Page 198: Budaya Ketepatan

183

menebus kembali kewarasan tindakan. Sayidina Umar ibn al-Khattab pernah memberi peringatan yang berikut selaras dengan ayat 4 hingga 6 surah at-Tiin:

Kita dahulu adalah sehina-hina manusia, lalu Allah muliakan kita dengan Islam. Andainya (selepas ini) kita mencari kemuliaan dari selain Islam nescaya Allah akan menjadikan kita hina kembali!

Jauh daripada memurnikan dan menjernihkan, gagasan pendidikan sekular hanya akan menyemarakkan api keterasingan dan kekalutan. Kegagalan kita untuk menangani isu-isu sekular besar kemungkinan akan mencetus suatu kecelaruan yang mungkin sukar untuk dikawal, dan bibit harapan untuk melihat sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang bermakna mungkin akan tenggelam oleh asap sekularisme yang membunuh harapan. Sebaliknya, dalam sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah, kekuatan keagamaan akan mengembangkan kerohanian insan dan serentak membentuk asas ke arah pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang bermakna. Pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang bermakna pula akan memberi sumbangan positif kepada pengamalan budaya ketepatan demi perpaduan nasional dan pembentukan negara yang maju dan bahagia berasaskan acuan kita sendiri.

Satu tugas penting yang kita hadapi sekarang adalah untuk mengembangkan sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam dunia pendidikan yang sedang dipengaruhi oleh behaviourisme yang mementingkan tingkah laku yang boleh diukur sahaja, konstruktivisme yang mementingkan kebenaran yang relatif, sekularisme yang mementingkan kehidupan hari ini dalam alam kebendaan sahaja, liberalisme yang mementingkan penggunaan akal fikiran yang bebas dan hanya menerima ajaran agama yang sesuai dengan akal

Page 199: Budaya Ketepatan

184

fikiran semata-mata, dan komersialisasi yang mementingkan kehendak pasaran semata-mata (the religion of the market). Marilah kita sama-sama membayangkan masa depan yang cemerlang bagi pengamalan budaya ketepatan di negara kita dengan melaksanakan sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang memberi tumpuan kepada usaha untuk mengembangkan dan memperkasa budaya ketepatan dalam diri setiap pelajar dan pengajar. Nilai pendidikan dan budaya bawaan Islam dapat membangunkan insan dan masyarakat yang mementingkan ilmu, keadilan, prestasi cemerlang, dan penghayatan nilai terpuji. Kemajuan, kesejahteraan, dan kebahagiaan masyarakat dan negara banyak bergantung pada budaya ilmu dan budaya ulul-albab (pintar cerdas) yang dikembangkan oleh sistem pendidikan sekolah dan pendidikan tinggi yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, beradab tinggi, dan memiliki ilmu agama dan ilmu sains yang meluas dan mendalam, bukan sekadar melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang ekonomi, sains, dan teknologi.

Pendukung perspektif Islam dan pendukung perspektif sekular dan liberal mempunyai pandangan yang berbeza tentang konsep kemajuan. Bagi sekularis dan liberalis, kemajuan hanya dapat dicapai melalui sumbangan sains, teknologi, pemikiran saintifik, dan kebebasan politik, ekonomi, dan pendidikan daripada pengaruh doktrin agama. Sebaliknya, menurut perspektif Islam, kemajuan terkandung dalam konsep al-falaah yang bermaksud memperoleh kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Ia melibatkan proses kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dalam setiap aspek kehidupan. Dalam konteks ini, individu atau umat yang terbaik terdiri daripada mereka yang merealisasikan misi “menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang berbuat perkara yang jahat (amar makruf nahi mungkar)” dengan berlandaskan akidah tauhid yang utuh (surah Ali-Imraan 3:104, 110; surah at-Taubah 9:71). Sistem pendidikan yang berkualiti tinggi ialah sistem yang memberi tumpuan yang seimbang kepada pembangunan adab, akhlak, dan kerohanian serta pembangunan ekonomi, sains, dan teknologi. Tujuan

Page 200: Budaya Ketepatan

185

pendidikan pula ialah untuk melahirkan insan yang baik, yang menyembah Allah Yang Maha Esa semata-mata (surah adz-Dzaariyaat 51:56), menjalani kehidupan duniawi menurut syariah Islam, dan mematuhi segala suruhan dan larangan Allah.

Model pembangunan yang ditekankan ialah model yang menyatukan kecemerlangan intelektual, teknikal, akhlak, adab, keimanan dan ketakwaan kepada Allah, ekonomi, teknologi, dan saintifik dengan memberi tempat yang sewajarnya kepada dimensi kerohanian, adab, dan akhlak sebagai teras kemajuan hakiki manusia. Model tersebut tidak mengecilkan dimensi pengetahuan dunia dan kecemerlangan kebendaan, tetapi meletakkan perkara tersebut pada tempat yang sewajarnya. Misalnya, ilmu sains dipelajari dengan berlandaskan pandangan alam tauhid, manakala ilmu agama pula dipelajari dengan menggunakan kaedah yang menggabungkan pendekatan tradisional dengan penemuan sains tulen yang berguna dan tidak bercanggah dengan sistem nilai, norma tauhid, dan syariah Islam serta memanfaatkan kemudahan teknologi terkini. Fokus model pembangunan tersebut adalah untuk melahirkan insan ulul-albab dalam semua aspek kehidupan. Ini kerana hanya insan ulul-albab merupakan manusia yang paling layak mendapat hikmah daripada Allah.

Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya (ulul-albab) (surah al-Baqarah 2:269).

Konsep kebahagiaan pula merujuk kedamaian, keselamatan, dan kesejahteraan kalbu (hati) dan jiwa insan disebabkan ia

Page 201: Budaya Ketepatan

186

mengetahui tempat yang benar dan betul bagi segala yang diciptakan oleh Allah sehingga ia menuju kepada pengenalan dan pengiktirafan Allah dalam aturan wujud dan kewujudan, dan mengetahui hubungan yang betul antara insan dengan Pencipta. Keadaan itu disebut sebagai adil dan ia terbentuk apabila insan memperoleh ilmu. Dengan kata lain, keadilan merujuk suatu keadaan yang harmoni dalam mana setiap satunya berada di tempat yang betul dan sesuai. Kebijaksanaan pula merujuk ilmu yang diberikan oleh Allah yang membolehkan seseorang individu untuk meletakkan sesuatu pada tempat yang sesuai sehingga berlakunya keadilan (Syed Muhammad Naquib, 1995). Dalam konteks pembangunan negara, istilah negara bahagia merujuk negara yang mana rakyatnya memiliki kepastian dan keyakinan tentang kebenaran yang muktamad dan mereka menjalani kehidupan seharian selaras dengan kepastian atau keyakinan tersebut. Rakyat sedemikian rupa dilahirkan melalui proses pembangunan insan. Dalam pembangunan tersebut, aspek kerohanian dianggap sebagai teras, manakala aspek lain seperti ekonomi, saintifik, teknologi, teknikal, perniagaan, emosi, dan sosial dianggap sebagai cabang kepada teras tersebut. Dari sudut pengamalan budaya ketepatan bagi pembentukan negara maju dan bahagia, ayat-ayat berikut memberi panduan yang membawa seribu makna kepada usaha pembangunan insan dan pembentukan peradaban yang cemerlang:

Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran (surah al-Asr 103:1-3).

Page 202: Budaya Ketepatan

187

RUJUKAN

Al-Buti, M. S. R. (2005). Islam Hadhari dalam pembangunan insan. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.

Al-Ghazali (1990). Bimbingan mu’minin. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Al-Ghazali (1992). Ihya’ Ulumiddin (Jilid 1- 4). Singapura: Pustaka Nasional.

Bandura, A. (1977). Social learning theory. New York: General Learning Press.

Binet, A., & Simon, T. (1916). The development of intelligence in children. Baltimore, MD: Williams & Wilkins.

Covey, S. R. (2004). The 8th habit: from effectiveness to greatness. London: Simon & Schuster UK Ltd.

Covey, S. R., Merrill, A. R., & Merrill, R. R. (1994). First things first. New York: Simon & Schuster Inc.

Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. New York: Basic Books.

Guilford, J. P. (1988). Some changes in the structure-of-the intellect model. Educational and Psychological Measurement, 48, 1-4.

Helliwell, J., Layard, R., & Sachs, J. (2012). (Eds.), World Happiness Report. New York: The Earth Institute, Columbia University.

Hick, J. (2004). The fifth dimension: An exploration of the spiritual realm (Rev. ed.). Oxford, England: Oneworld Publication.

Page 203: Budaya Ketepatan

188

Jabatan Perdana Menteri (2010). Program transformasi kerajaan: Pelan hala tuju. Putrajaya: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.

Kaplan, R. S. & Norton, D. P. (1996). Using the balanced scorecard as a strategic management system. Harvard Business Review, 74(1), 75-85.

Khalif Muammar, A. H. (2006). Atas nama kebenaran: Tanggapan kritis terhadap wacana Islam liberal. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.

Kimball, C. (2008). When religion becomes evil: Five warning signs. New York: HarperCollins Publishers.

Lewis, H. R. (2006). Excellence without a soul: How a great university forgot education. New York: Public Affairs Press.

Macan, T. H. (1994). Time management: Test of a process model. Journal of Applied Psychology, 79(3), 381-391.

Mohd Farid, M. S. (2010, Mei). Akidah Islam dan faham pluralisme agama. Kertas kerja dibentangkan di Wacana Faham Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor.

Muhammad ‘Uthman, E. (2010a, Disember). Beberapa isu dalam pluralisme agama:Satu pengamatan ringkas. Kertas kerja dibentangkan di Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Muhammad ‘Uthman, E. (2010b, Disember). Pluralisme agama: Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam. Kertas kerja dibentangkan di Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Page 204: Budaya Ketepatan

189

Muhammad ‘Uthman, E. (2011, Januari). Bahaya pluralisme agama kepada umat Islam. Makalah diedarkan di Wacana Isu-isu Semasa Akidah, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu.

Mullis, I. V., Martin, M. O., Foy, P. (with Olson, J. F., Preuschoff, C., Erberber, E., Arora, A., & Galis, J. ). (2008). TIMSS 2007 international mathematics report: Findings from IEA’s trends in mathematics and science study at the fourth and eight grades. Chestnut Hill, MA: TIMSS & PIRLS International Study Center, Boston College.

Najib, R. (2010). Transformasi minda: Memeta wawasan melaksanakan amanah. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Nik Azis, N. P. (1999a). Potensi intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Azis, N. P. (1999b). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Azis, N. P. (2002). Keluarga berdaya maju. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Azis, N. P. (2007a). Pemerkasaan Pendidikan Islam berasaskan pengalaman lima dekad merdeka. Dalam Nik Azis, N. P. (Ed.), Pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab (h.1-90). Putrajaya: yayasan Islam Hadhari.

Nik Azis, N. P. (2007b). Konsep amalan masjid terbaik. Dalam Abdul Hamid, O. (Ed.). Islam Hadhari: Kekuatan masjid dalam menjana masyarakat gemilang (h. 93-179). Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.

Page 205: Budaya Ketepatan

190

Nik Azis, N. P. (2007c). Harapan dan cabaran dalam pembangunan manusia. Dalam A. M. Saiddan K. Salekan (Ed.). Pembangunan insan: Aspirasi dan realiti (h. 31-99). Kajang: Kolej Dar al-Hikmah.

Nik Azis, N. P. (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Azis, N. P. (2009). Nilai dan etika dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Azis, N. P. (2010). Budaya ketepatan dan pembinaan jati diri 1Malaysia. Dalam I. Shahlan (Ed.). 1Malaysia: Menjana negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020 (h. 107-129). Kuala Lumpur: Penerbit Ilham Baru.

Owen, S., Froman, R., & Moscow, H. (181). Educational psychology. Boston: Little, Brown and Company.

Piaget, J. (1950). The psychology of intelligence. London: Routledge and Kegan Paul.

Piaget, J. (1994). Development and learning. Dalam R. E. Ripple & V. N. Rockcastle (Eds.), Piaget rediscovered: a report of a conference on cognitive studies and curriculum development (h. 7-19). Ithaca, NY: Cornell University Press.

Qaradawi, Y. (1988). Ijtihad dan kehidupan. Shah Alam: yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Rokeach, M. (1973). The nature of human values. New York: Free Press.

Schuler, R. S. (1979). Managing stress means managing time. Personnel Journal, 58, 851-854.

Sollod, R. N. (1992, March 18). Point of view. The Chronicle of Higher Education, 3, 60.

Page 206: Budaya Ketepatan

191

Spearman, C. 91927). The abilities of man. New York: Macmillan.

Steffe, L. P. & Olive, J. (2010). Children’s fractional knowledge. New York: Springer.

Sternberg, R. J. (1995). A triarchic approach to giftedness. Storrs, CT: The National Research Center on the Gifted and Talented, University of Connecticut.

Sternberg, R. J. (2005). The theory of successful intelligence. Interamerican Journal of Psychology, 39(2), 189-202.

Sayid Sabiq. (1978). Unsur-unsur kekuatan dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Syed Muhammad Naquib, A. (1978). Islam and secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Syed Muhammad Naquib, A. (1992). Tujuan dan objektif Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib, A. (1995). Prolegomena to the metaphysics of Islam. KualaLumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Syed Muhammad Naquib, A. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Teresi, D. (2003). Lost discoveries: The ancient roots of modern science—from the Babylonians to the Maya. New York: Simon & Schuster.

Unit Perancangan Ekonomi (2005). Kualiti hidup Malaysia 2004. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.

Page 207: Budaya Ketepatan

192

United Nations Development Programme (2010). The real wealth of nations: Pathways to human development. New York: Palgrave Macmillan.

United Nations Development Programme (2011). Human Development Report 2011. Sustainability and equity: A better future for all. New York: UNDP.

Von Glasersfeld, E. (1980). The concept of equilibration in a constructivist theory of knowledge. Dalam F. Benseler, P. M. Hejl, & W. K. K. Kock (Eds.), Autopoisis, comunication, and society (h. 75-85). Franfurt, West Germany: Campus Verlag.

Von Glasersfeld, E. (1995). Radical constructivism: A way of knowing and learning. London: The Falmer Press.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind and society: The development of higher mental processess. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Wan Adli, W. R. (2011, Julai). Pandangan sunni terhadap beberapa isu dalam pluralisme agama. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Memperkasa Akidah Umat Islam. Selayang, Selangor.

Wan Mohd Nor, W. D. (2006). Masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusri, M. (2010, Disember). Ancaman pluralisme agama di Malaysia: Satu tinjauan awal. Kertas kerja dibentangkan di Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Page 208: Budaya Ketepatan

193

INDEKS

Acuan 1-2, 13-14, 21, 43, 81, 107, 118, 122, 131, 183

Adab 3, 9, 35, 37, 43, 51, 63, 65, 67-68, 79, 84, 127, 138-139, 160, 164-165, 167-171, 177, 181-182, 184-185

Agama islam 14-16, 18, 75, 104-105, 108, 110, 112-114, 117, 119-120, 123, 158, 162, 180

Agama persekutuan 18Ahli fatrah 16Ajaran al-quran 16, 117, 179Akal 1, 4, 13, 22, 29-34, 36-37, 44,

46, 50-51, 54, 61-62, 73, 76-78, 124, 127, 134-136, 147, 158-159, 162-163, 165, 183, 185

Akhlak 8-9, 16, 18-19, 22, 25, 29, 36-37, 43, 47, 49, 51, 55-56, 63, 65, 73, 77, 79, 83-84, 94, 103, 111, 124, 127, 130, 132-134, 136-140, 144-149, 157, 160, 164-165, 167-168, 171, 174, 177-178, 182, 184-185

Akhlak manusia 36, 138Akhlak mazmumah 133Akhlak terhadap allah 134Akomodasi 24, 26, 28, 63Aktiviti manusia 87-88Albab 44, 47, 50-51, 58-60, 184-185Al-falaah 51, 184Al-ihsaan 52Al-itqaan 52Al-qalb 75, 135Al-sirat al-mustaqim 32, 103Al-wasatiyyah 51Amalan negatif 8, 13, 68, 129, 131Amalan positif 8, 68, 92Amal soleh 22, 46-47, 75-76, 124Amanah 44, 48, 53-54, 74, 85, 157,

175-176, 182, 189

Analogi pokok 58-59Anjakan berganda 60Antonim 7Antroposentrik 43Aset bukan benda 91Asimilasi 26-28, 123Ayat muhkamat 105

Bahan mentah 26, 128-129Beriman 33, 52-53, 71, 76-77, 87,

94, 96, 112, 177, 186Bersepadu 21, 23-24, 29, 36-37,

40-41, 43, 48, 51-53, 63, 66, 73, 83, 93, 138-139, 158, 161, 163, 179, 182

Bidang keberhasilan utama 78Blok binaan 23Budaya benda 3-4Budaya hati 70Budaya kepala 70Budaya ketepatan 3-4, 8-9, 12-13,

19, 21, 37, 50-51, 56-60, 65, 67-70, 79, 84, 131, 178, 180, 183-184, 186, 190

Budaya progresif 2-3Budaya tangan 70Buta hati 153

Cara 3, 9, 17-18, 20, 23, 26-28, 30, 35-37, 41, 48, 56, 59-60, 62-64, 68-69, 73-75, 85-86, 89-90, 92, 94, 102, 104, 108, 113-114, 120, 125-127, 136, 146, 148, 150, 161, 163-164, 167-168, 170, 175, 180

Ciri semula jadi 35Cita-cita nasional 1Commonality 19

Darjah kecerdasan 38Data 25-26, 64, 128, 130

Page 209: Budaya Ketepatan

194

Daya kehaiwanan 34, 134, 136, 147, 149

Daya maju 25, 42, 76Dialog antara agama 17, 97, 99,

106Dimensi kaedah 49Dimensi rohani 137Dimensi tujuan 49Dimensi unsur 49

Eksklusivisme 99-100, 114-115Eksoterik 32, 99, 101, 103-104Esoterik 32, 99, 101, 103-104Ethos 136Etika kerja 152

Falsafah perenial 102Fardu ‘ain 128, 170Fardu kifayah 128, 170Fesyen budaya 108Fikir 30, 33, 44, 77, 95Fikiran 12-13, 19, 23, 25, 27, 30-31,

38, 41-42, 46, 52-54, 64, 67-68, 71-73, 83, 93, 105, 112, 118, 126, 130-131, 133, 137-138, 146-147, 154, 159, 162-163, 170-172, 180, 182-184

Fitrah 43, 45, 48, 75, 146, 169Fungsi akal 33, 44Fungsi roh manusia 29-30, 135Furqan 44

Gagasan 1malaysia 1-2, 17-18, 56-57, 81, 122-123, 131

Garis menegak 32, 103

Hablumminallah 75Hablumminannas 75Hakikat manusia 29, 35, 134Hawa nafsu 14, 19, 25, 30, 34, 36,

50, 57, 72, 74-75, 78, 115, 126, 134-135, 147, 149, 165, 171, 177

Hedonisme 2, 57, 93-94, 124, 147

Hierarki ilmu 32, 75, 129Hierarki nilai 11, 21, 52-55, 57, 86Hikmah 32, 46, 102, 109, 167-169,

178, 185, 190Human development report 2, 65,

156, 192Humanisme sekular 13, 101Husnul khuluq 137

Ibadah 17-18, 32, 37, 55, 73, 77, 102-103, 107, 109, 114, 118, 122-123

Ilham 30-33, 61-62, 135, 157, 190Ilmu 8, 19, 21-22, 24-26, 32-33,

36-37, 43-49, 51, 53-54, 56-65, 68, 75-76, 83, 94-95, 110, 124, 126, 128-131, 135, 146, 157, 159-160, 163, 168, 170, 175, 177, 180-182, 184-186, 191

Ilmu kerohanian 32Ilmu pengetahuan 32, 49, 62, 83,

95, 131, 180-181Indeks pembangunan manusia 65,

156Inklusivisme 100, 114-115Integriti 11, 53, 56-58, 124, 145-

147, 171, 176, 181-182Intelek bahan 45Interaksi sosial 9, 23-24, 38, 40Interfaith dialogues 17, 97Intuisi 29-31, 33, 46, 61-62, 135

Jiwa 8, 19, 22, 25, 29-30, 34, 37, 40, 46, 49, 51, 65, 77, 93, 127, 132-136, 140, 146-150, 159, 182, 185

Jiwa ammarah bi su’ 136Jiwa lawwamah 135Jiwa mutmainnah 134

Kaedah terbaik 69, 86Kalbu 22, 29-34, 46, 93, 134-135,

159, 168, 185Kalimah sawa 117

Page 210: Budaya Ketepatan

195

Kandungan kerja 150Keadaan hati 75, 159Keadilan 36-37, 46, 53-54, 56-57,

61, 67, 80, 108, 115, 124, 146, 154, 156, 160, 164, 167, 169, 181-182, 184, 186

Kebahagiaan 14, 22, 45, 47-48, 67, 75, 77, 83, 95-96, 104, 128, 149, 158-160, 165, 171, 180-181, 184-185

Kebahagiaan hidup 45, 48, 67, 75, 77, 83, 128, 158-160, 165, 180

Kebebasan 17-18, 66, 96, 108-110, 116, 118, 123-124, 147, 154, 156-157, 162-163, 172-173, 184

Kebebasan beragama 18, 108, 110Kebebasan hati nurani 110Kebebasan mutlak 109, 162-163Kebenaran 6, 14-16, 19, 25, 32, 36,

44, 46, 61-62, 73, 75, 77-78, 87, 94, 97-105, 107, 115-119, 121, 123, 125, 127, 129-130, 146, 159-160, 162-163, 168-169, 171, 183, 186, 188

Kebenaran agama 16, 19, 32, 98, 105, 116-117, 119

Kebenaran nisbi 15Kebenaran transenden 118Keberhasilan pendidikan malay-

sia 81Kebudayaan 3, 42, 107, 164-165,

167Kecemerlangan sekular 52, 182Kecemerlangan tanpa ruh 182Kecerdasan 29, 36, 38-44, 46, 96Kecerdasan kerohanian 96Kefahaman 38Kehabisan tenaga 151Kehidupan berkualiti 8, 79-80, 146,

154, 156-158, 160-161, 165-166Keikhlasan niat 75Kekekalan 154, 156, 160Kekuatan adab seharian 37, 138-

139

Kekuatan akidah 32, 47, 49, 58-59, 75-76, 139, 160

Kekuatan ibadah 32, 37Kekuatan ilmu 32, 36-37, 47, 75-76,

146, 160Kemajmukan 17, 97, 105Kemajuan 2, 8, 13, 67, 72-73, 75-

76, 78, 84, 94, 161, 163, 165, 170, 177, 180, 182, 184-185

Kemampuan akal 33Kemerosotan intelektual 129Kenisbian ajaran agama 98Kepelbagaian agama 17, 97-99,

105-107Kepemimpinan 8, 44, 49, 65, 129,

165, 167, 169-175, 177-178Kepemimpinan berhikmah 8, 167,

169-171, 173-175, 177Kepercayaan 3-4, 8-14, 18-19,

69-70, 79, 84, 93-94, 96-97, 103, 111, 113, 116, 120-121, 123-124, 126-127, 131, 145-146, 159, 164, 178-179

Keperluan kerja 150Keperluan keselamatan 36-37, 53Kepimpinan 173-174, 176, 178Kesatuan transenden agama 101,

103, 123Kesederhanaan 51, 56-57, 95-96Keseimbangan 26, 40, 91, 102, 149Kesejahteraan 67, 78, 128, 154,

157-159, 164, 184-185Keselamatan 14, 16, 36-37, 53, 60,

97-98, 100, 103, 109, 119, 157-159, 164, 185

Keseronokan hedonistik 20Ketakwaan 8, 14, 31-32, 44, 50-52,

71, 78, 93-94, 96-97, 112, 114, 131, 133, 138, 147, 160-161, 175-176, 183, 185

Keunggulan 52Konflik 11, 20-21, 165Konsep nilai 20

Page 211: Budaya Ketepatan

196

Konteks kerja 150

Lalai 8, 34, 47-48, 135, 139, 176Liberalisme 2, 13-15, 18, 94, 114-

116, 161-163, 183

Mahmudah 133Makna 4-6, 22, 24-25, 27, 29-31,

33, 45, 48, 50, 60-61, 63-64, 67, 72, 96, 102-103, 105, 135, 145, 150, 168, 181, 186

Manusia 1-4, 8-17, 20-21, 24-36, 38-50, 52, 54-55, 58, 61-63, 65-67, 71-78, 84, 87-88, 94-96, 98, 100-101, 103-106, 109-113, 115-116, 118-120, 124, 127-129, 131-138, 145-147, 154-173, 178-181, 183, 185-186, 190

Masa 2, 4, 7-9, 11, 13, 20-21, 28, 38, 41, 43, 45, 53-55, 64, 67-68, 70-72, 79, 81, 84-93, 96, 108, 127-128, 131, 140, 144-145, 148-149, 151-153, 156, 160, 162, 164, 167, 170, 172, 179, 181, 184, 186

Matlamat 2, 17, 24-25, 35-36, 47, 50, 70, 76, 80, 84, 86, 88-90, 92, 102, 125-126, 130, 145, 151-152, 154, 165, 167, 171-172, 175, 177, 180

Menepati akhlak 132, 138-140, 144, 148-149

Menepati kehidupan berkualiti 79, 154, 165-166

Menepati kepercayaan 8-9, 79, 93-94, 96-97, 116, 121, 123-124

Menepati kepercayaan agama 8-9, 93, 97, 116, 121, 123-124

Menepati pengetahuan 9, 79, 125-129, 131

Metafora 38-39, 41-43, 76, 81Metafora bersepadu 41, 43Metafora biologi 41-42Metafora geografi 41-42

Metafora pintar cerdas 38, 41Metafora pokok 76Model bersepadu 138-139Model hierarki nilai 21, 52-55, 57Moral 2, 4, 11-14, 21, 44, 70, 83-84,

99, 107, 122, 136-137, 145, 163Mu’addib 63, 65Mu’allim 63, 65Mudarris 63Muhaiminan ‘alaih 16Munazzah 29, 31-32, 34, 101, 103Murabbi 63Murtad 109-111Muslimin 15

Negara bahagia 186Negara maju 1-2, 21-22, 81, 83,

123-124, 131, 182, 186Nilai 2-4, 7-15, 17-22, 29, 31, 38,

52-60, 65, 67-68, 71-74, 78, 82-83, 86, 88, 90-91, 93-94, 101-103, 107, 123-124, 127, 130-131, 137, 145-146, 149-150, 156-158, 163-165, 167-168, 171, 174, 177-178, 180-182, 184-185, 190

Nilai asas 14, 52, 57-58Nilai eksplisit 56Nilai fundamental 55Nilai hayati 53Nilai hindari 53Nilai implisit 56Nilai kembangan 52, 54, 56-57Nilai murni 2, 38, 56-57, 124Nilai mutlak 38, 54Nilai penerimaan 56Nilai relatif 38, 54Nilai teras 52-54, 56-57Nilai utama 12, 52, 54, 56-57Nubuwwah 15-16, 121

Parameter minimum 66Pelanggaran masa 90Pemahaman 2, 11-12, 21-23, 30-

33, 35, 38, 47-48, 50-51, 61, 63,

Page 212: Budaya Ketepatan

197

66-67, 70, 94, 101, 105, 111, 124, 126, 129-130, 135, 139, 168, 170, 178-181

Pembangunan manusia 1-2, 65-66, 154-156, 160, 190

Pembantu digital peribadi 89Pembaziran masa 86, 92Pembelajaran 28, 40, 49, 60, 63-64,

83, 126Pemberian kuasa 156, 175, 178Pemikiran bertaklid 130Pemimpin 68, 167, 169-170, 173,

176-178, 181-182Pencapaian diutamakan 1-2, 79-81Pendekatan pintas 21Penelah 20Pengabdian diri 76, 147, 157-158,

166Pengaturan diri 28, 64Pengetahuan 3-4, 8-10, 13, 22-30,

32-33, 35, 38, 42-46, 48-49, 60-64, 68-69, 73, 79, 82-84, 92, 95, 102, 125-131, 135, 138-139, 150, 154, 157, 169, 179-181, 185

Pengetahuan fakta 127Pengetahuan kontekstual 68, 127Pengetahuan prosedur 127Penghakikian potensi pintar cer-

das 47, 49Pengurusan masa 64, 84-86, 89-91Penyahpesonaan alam 72Penyahsucian politik 72Penyahtahbisan nilai 72Penyaksian rohaniah 32Penyesuaian diri 39Penyingkiran agama 78Pergaulan sosial 18, 114, 139Perjelaskan makna 30Perkembangan pintar cerdas 45Perolehan ilmu 130Perpaduan nasional 1-2, 17, 67,

122, 164, 180, 183Perpaduan negara 1, 13, 21, 94,

181-182

Perspektif bersepadu 21, 24, 29, 36, 48, 53, 63, 161, 163

Pintar cerdas 38-41, 43-50, 58, 181, 184

Pisa 82Pluralisme 14-15, 17-18, 32, 97-101,

103, 105-108, 111-123, 161-163, 188-189, 192

Pluralisme agama 14-15, 17-18, 32, 97-101, 103, 105-108, 111-113, 115-123, 161-163, 188-189, 192

Potensi intelek 43, 46, 75, 189Potensi prestasi 38Potensi tulen 43, 45-46, 48Prasangka 53, 78, 115, 126, 130Prestasi semasa 38Prinsip akhlak 19Prinsip hidup 158Prinsip kecemerlangan 51, 95-96Prinsip kesederhanaan 51, 95-96Prinsip malaysia 79-80Prinsip nilai untuk wang 86Prinsip pemansuhan 15Prinsip perbezaan 108, 122Procrastination 92Program transformasi kerajaan 79,

81, 188Proses pemahaman 48

Quantum leap 60

Realisme 23-24Realiti batiniah 101Realiti kerohanian 29Realiti ontologi 24-25, 125Relativisme agama 101, 107, 114Relativisme moral 13Religious plurality 17, 99Roh 29-30, 33-36, 43-44, 46, 50,

104, 113, 134-135Ruh 29, 31, 34, 134-135, 182Rukun negara 1, 52, 57

Page 213: Budaya Ketepatan

198

Saling hubungan 21, 61-63, 75, 127Salvation 16, 97Sejarah tamadun manusia 1Sekularisasi 69, 72-73Sekularisme 2, 13, 40, 52, 54-55,

69-71, 73-74, 76, 78, 94, 115-116, 124, 147, 161, 164, 183

Sibghah allah 118Sikap 3, 10-12, 17, 21, 49, 51, 64-

65, 69, 73-74, 107, 127, 136, 138, 151-152, 171, 178

Sinkritisme agama 101-102Sipilis 115Sistem nilai 3, 9-13, 15, 20-21, 52,

54-55, 58-59, 72-73, 103, 145, 177, 185

Sistem nilai peribadi 12Skim 24, 27-28Skim pecahan 28Struktur kognitif 27-29Suara hati 135, 147, 178Subjektiviti sesama individu 23Sumber metafizik 62-63Sumber wahyu 62Su’ul khuluq 138

Taasub melulu 129Tabiat kerja 152-153Tahap ilmu 46Tahap pengetahuan 46Tahap perkembangan 39Tahap potensi tulen 46Taklid buta 53, 129Tauhid 16, 100, 104-105, 107, 112-

113, 117-118, 121, 184-185Tauhid nama dan sifat 118Tauhid rububiyah 117-118

Tawakal 77, 140Tazkiyah 36-37, 170Templat pengecaman 27Teologi global 101-103Teori 28, 38-42, 115Teori kecerdasan 39-42Teori kecerdasan pelbagai 40Teori mengetahui 40Teosentrik 43Tepat 4-5, 7-8, 61, 93, 124, 159,

167-168, 171, 173, 178-179Tiga entiti 113Tiga serangkai 39, 113Timss 81-82, 189Toleransi agama 17Transformasi 78-79, 81, 91, 149,

170, 188-189Triniti 113Tugas 4, 6, 8-9, 13, 29, 38, 42, 46,

68, 74, 78, 84, 86, 90, 92, 95, 125-127, 134, 150-151, 153, 158, 170-171, 173-175, 177-179, 182-183

Ujian allah 45Ulul-albab 44, 47, 50-51, 58, 60,

184-185Unsur kesyaitanan 35-36, 138Unsur ketuhanan 34-36, 43, 138Unsur syahwat 34-37, 138

Yang satu 68, 78, 98-99, 101-103, 111-112

Zaman pembaharuan 14Zann 44Zikir 32, 139Zionisme 116

Page 214: Budaya Ketepatan

199

BIODATA PENULIS

Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah seorang profesor dalam bidang pendidikan matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Presiden Pengasas Persatuan Pendidikan Matematik Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah; Sekolah Menengah Dato’ Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah; dan Sultan Ismail College, Kota Baharu. Seterusnya, beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda (BSc) dan Sarjana (MSc) dari Northern Illinois University dan ijazah Doktor Pendidikan (Ed.D) dari University of Georgia, Amerika Syarikat dalam bidang pendidikan matematik.

Disertasi kedoktoran beliau yang berjudul Children’s Fractional Schemes bertumpu kepada pengenalpastian pengetahuan pecahan yang dimiliki oleh murid sekolah rendah. Sebahagian hasil kajian tersebut dihuraikan dua buah buku beliau, iaitu “Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM: Agenda Tindakan (1992)” dan “Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM: Perkembangan Profesional (1996)” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Profesor Dr. Nik Azis adalah mantan Dekan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya; dan mantan Ketua, Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains, Universiti Malaya. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah, Perancangan Korporat, Universiti Malaya; dan Pengarah, Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, Kajang, Selangor. Dalam bidang penulisan pula, antara lainnya, Profesor Dr. Nik Azis telah menghasilkan buku “Wawasan Pembangunan Negara (1994)” dan dianugerahkan the Malaysian Linguistic Award bagi usaha tersebut; buku “Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan Matematik (1999)” dan menerima the Malaysian Mathematical Science Society Book Award, Anugerah Penerbitan Ilmiah 2000, dan Anugerah Citra Pendeta 2000 bagi usaha tersebut; buku

Page 215: Budaya Ketepatan

200

“Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik (2008)” dan dianugerahkan the University of Malaya 2009 Excellence Award for Book dan the PESAMA 2009 Book Award bagi usaha tersebut; dan buku “Nilai dan Etika dalam Pendidikan Matematik (2009)” dan menerima the University of Malaya 2010 Excellence Award for Book dan the PESAMA 2010 Book Award bagi usaha tersebut. Beliau juga telah menerima Anugerah Akademik Negara 2009 melalui penulisan buku, “Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik (2008)”.

Profesor Dr. Nik Azis telah dianugerahkan the Fulbright Award pada tahun 1993 untuk menjalankan kajian pasca kedoktoran di College of Education, University of Georgia tentang cara untuk mentransformasikan pendidikan matematik bagi murid sekolah menengah. Dalam buku, “Potensi Intelek (1999)” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau menjelaskan hasil kajian tersebut bagi mengembangkan potensi pintar cerdas. Buku tersebut merupakan pengembangan kepada bukunya, “Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas: Teori dan Praktik (1990)” yang diterbitkan oleh Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.

Profesor Dr. Nik Azis juga bergiat aktif dalam pembangunan keluarga dan dalam buku, “Islam dan Perancang Keluarga (1986)”, beliau menjelaskan cara untuk merancang keluarga yang produktif berdasarkan pendekatan Islam, manakala dalam buku, “Keluarga Berdaya Maju (2002)” pula, beliau menjelaskan cara untuk membina keluarga dinamik dalam alaf baru. Seterusnya dalam menangani fenomena sosial, beliau telah menghasilkan buku “Islam dan Rokok (1985)” yang menjelaskan pandangan Islam tentang tabiat merokok dan menganjurkan model bagi mengatasi tabiat tersebut.