Top Banner
BMP 3093 Seminar Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
35

BMP 3093 Week5

Dec 31, 2015

Download

Documents

mosazusm

POWER POINT
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BMP 3093 Week5

BMP 3093

Seminar Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu.

Page 2: BMP 3093 Week5

W e l e a dAplikasi Komputer dlm BM

• Aplikasi komputer dalam Bahasa Melayu adalah pembelajaran dan pengajaran yang mengintegrasikan objek media seperti teks, grafik, video, animasi, dan bunyi untuk mewakili dan menyampaikan maklumat.

• Ianya mempunyai potensi sebagai penyambung utamaobjektif pembelajaran dalam kurikulum yang ditetapkan kepada konteks dunia sebenar, mengintegrasikan kepelbagaian kurikulum yang pelbagai, menyokong pelajar dalam membuat keputusan dan melaksanakan kerjasama antara mereka.

Page 3: BMP 3093 Week5

W e l e a dSeminar/Bengkel/Pameran

Keperluan Mengadakan seminar/ bengkel/ pameran berasaskan TMK bagi guru-guru Bahasa Melayu• Mendedahkan guru kepada inovasi dan perubahan dalam p&p Bahasa

Melayu• Penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu

mengajar berasaskan TMK dan penggunaan perisian yang sedia terbina ataupun yang dibina sendiri oleh guru mengikut kredibiliti masing-masing mengikut sukatan pelajaran bahasa Melayu

• Mendedahkan guru kepada amalan penggunaan teknologi dengan menggunakan gabungan antara komputer, pakej perisian, sistem talian dan kemudahan internet.

• Membantu guru BM untuk mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik dalam pengajaran BM.

Page 4: BMP 3093 Week5

W e l e a dSeminar/Bengkel/Pameran

Terdapat pelbagai isu yang boleh dibincangkan dalam seminar/bengkel/pameran seperti:

• Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

• Penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar sekolah

• Pembinaan modul berasaskan TMK untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

• Bengkel penguasaan teknologi kepada guru-guru Bahasa Melayu

• Pameran hasil teknologi oleh guru-guru Bahasa Melayu

Page 5: BMP 3093 Week5

W e l e a dSeminar

• Seminar mengikut Kamus Dewan bermaksud perjumpaan utk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yg ahli dlm hal itu.

• Seminar Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu boleh ditakrifkan sebagai pendedahan dan perjumpaan guru-guru Bahasa Melayu dengan pakar-pakar yang mampu memperluaskan pengetahuan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan TMK.

Page 6: BMP 3093 Week5

W e l e a dSeminar

• Dalam seminar penggunaan komputer atau aplikasi TMK dalam Bahasa Melayu guru-guru boleh didedahkan dengan:Alatan dan teknologi TMK terkini yang boleh digunakan

dalam p&p Bahasa MelayuKaedah penggunaan TMK dalam p&p secara berkesanKemudahan sedia ada di sekolah yang boleh

dioptimakan dalam pengajaran Bahasa MelayuBagaimana menggunakan pengetahuan TMK murid-

murid dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Page 7: BMP 3093 Week5

W e l e a dBengkel

• Bengkel untuk meningkatkan kemahiran TMK guru-guru perlu diadakan secara berkala untuk memastikan pengetahuan guru adalah selari dengan pengetahuan murid-murid yang boleh digelar “Digital Natives”.

• “Digital Natives” bermaksud murid-murid dilahirkan dan diperkenalkan dengan penggunaan teknologi sejak dari awal usia mereka.

• Contoh seminar/bengkel/pameran yang boleh diadakan:Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu– Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat mengikut penggunaan yang sesuai– Memilih cakera padat dan isikandungan yang sesuai pembelajaran bahasa Melayu– Menggunakan cakera padat secara efektif dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Page 8: BMP 3093 Week5

W e l e a dBengkel

Perbincangan:Sila nyatakan bengkel-bengkel yang boleh diadakan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru BM dalam penggunaan komputer dan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran:

1. Penyenggaraan Komputer2. Pembinaan BBM menggunakan komputer/aplikasi internet3. Pembinaan blog4. Penggunaan Excel (atau Microsoft Office)5. Penggunaan Movie maker

Page 9: BMP 3093 Week5

W e l e a dPameran

BIL PERKARA HURAIAN

1Pameran tetap Pameran yang dijalankan tanpa

melakukan perpindahan tempat

2 Pameran TemporerPemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan

3 Pameran KelilingPameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya. Jenis-jenis pameran termasuklah:

Page 10: BMP 3093 Week5

W e l e a dPameran

Contoh pameran yang boleh dilakukan

Page 11: BMP 3093 Week5

W e l e a dKertas Kerja Seminar

Dalam melakukan seminar yang berfokuskan teknologi, beberapa prosedur perlu dilakukan bagi menjamin kelancaran seminar yang akan diadakan. Kertas kerja perlu disediakan. Proses penyediaan kertas kerja melibatkan:

– Perancangan seminar secara terperinci– Persembahan perisian dan kaedah pengajaran berbantu

komputer– Maklum balas pembangunan perisian dan kaedah pengajaran

berbantu komputer– Penilaian Perisian dan kaedah pengajaran berbantu komputer

Page 12: BMP 3093 Week5

W e l e a dPerancangan Seminar

Dalam perancangan sesuatu seminar beberapa pertimbangan perlu dilakukan dan perancangan yang teliti

TujuanLatarbelakang SeminarObjektifRasional

Page 13: BMP 3093 Week5

W e l e a dTujuan Program/Seminar

Pertanyaan yang perlu diselidik sebelum program/seminar dijalankan:• Apakah tujuan program/seminar dijalankan? • Apakah yang ingin dicapai?• Apakah yang perlu dimasukkan dalam program/seminar

tersebut?• Siapakah yang akan menghadiri program/seminar dan

mengapa?• Bilakah ianya akan diadakan?• Apakah yang akan ditonjolkan dalam program seminar

tersebut

Page 14: BMP 3093 Week5

W e l e a dLatarbelakang Seminar

• Dalam perancangan seminar/bengkel latarbelakang seminar perlu dinyatakan dengan jelas. Nyatakan latar belakang seminarl / forum. Kekerapan diadakan. Jawatankuasa penganjur (siapa yang akan

menganjurkan)Nyatakan justifikasi mengapa seminar / bengkel /

Pameran tersebut perlu dianjurkan.

Page 15: BMP 3093 Week5

W e l e a dObjektif Seminar

Soalan-soalan di bawah akan membantu dalam menentukan objektif seminar yang akan diadakan:

Apakah yang akan dicapai oleh peserta setelah menghadiri seminar/bengkel/pameran yang akan diadakan?

Apakah yang ingin ditonjolkan dalam seminar/bengkel/pameran ini? Apakah kemahiran/pengetahuan sedia ada yang perlu ada sebelum menghadiri

seminar/bengkel/pameran ini?in Adakah kemahiran/pengetahuan sedia ada perlu dinyatakan lebih awal? Siapakah yang akan menghadiri seminar/bengkel/pameran ini? Adakah terdapat limitasi dari segi fizikal atau kognitif peserta yang perltu diberi

pertimbangan? Apakah tahap kemahiran komputer dan TMK bagi peserta-peserta seminar/bengkel/pameran ini?

Setelah menjawab soalan-soalan di atas objektif perlaksanaan seminar bolehlah ditentukan.

Page 16: BMP 3093 Week5

W e l e a dRasional

• Sila berikan rasional kenapa pentingnya seminar/bengkel/pameran tersebut diadakan dengan menjelaskan manfaat / faedah-faedah yang akan diperolehi oleh peserta daripada penganjuran seminar/bengkel/pameran tersebut.

• Rasional mestilah berpandukan keperluan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Page 17: BMP 3093 Week5

W e l e a d

Perlaksanaan Seminar/Bengkel/Pameran

• Dalam perlaksanaan seminar/bengkel/pameran berasaskan teknologi/komputer adalah digalakkan ianya dilakukan berasaskan model rekabentuk pengajaran yang telah dipelajari.

• Penggunaan model rekabentuk pengajaran dapat membantu menyusun dan mengukuhkan perlaksanan seminar/bengkel/pameran tersebut.

Page 18: BMP 3093 Week5

W e l e a d

Struktur Seminar berasaskan Model Rekabentuk Pengajaran

Terdapat pelbagai model rekabentuk pengajaran yang boleh digunakan sebagai asas dalam perancangan dan perlaksanaan seminar. Contoh model rekabentuk pengajaran yang boleh digunakan adalah:

Model Sistem Dick & Carey (1978-2007)Model Morrison, Ross, and Kemp (2007)Model Pengurusan Projek Greer (1992)

Page 19: BMP 3093 Week5

W e l e a dModel Sistem Dick & Carey

• Salah satu model yang biasanya digunakan sebagai asas pembangunan seminar berasaskan aplikasi komputer adalah Dick & Carey System Approach

• Model pendekatan sistem menggabungkan 10 bahagian yang saling berkaitan, bergantung antara satu sama lain, dan menawarkan maklum balas antara satu sama lain bagi mencapai matlamat yang diingini.

• Model Dick & Carey digunakan untuk merancang, merekabentuk, melaksana, dan menilai pengajaran atau sesuatu sistem/perisian yang digunapakai.

Page 20: BMP 3093 Week5

W e l e a dModel Sistem Dick & Carey

Setiap langkah dalam model ini sangat jelas maksud dan tujuannya sehingga bagi perancang pemula sangat sesuai sebagai dasar untuk mempelajari model yang lain.

Sistem yang terdapat pada Dick and Carey sangat ringkas, namun isinya padat dan jelas dari satu urutan ke urutan berikutnya.

Dalam perancangan seminar, model ini boleh diadaptasi supaya perjalanan seminar akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Page 21: BMP 3093 Week5

W e l e a dModel Sistem Dick & Carey

Page 22: BMP 3093 Week5

W e l e a dFasa Model Dick & Carey

Contoh perlaksanaan seminar/pameran berasaskan perisian: Menentukan Matlamat Perisian. Analisa Matlamat Perisian Analisa Penggunaan dan Konteks Merumuskan tujuan Performansi Menulis Objektif Perlaksanaan Membina kaedah Penilaian Membina strategi persembahan perisian Membina dan memilih ahan aplikasi Merekabentuk dan menjalankan penilaian formatif Mengkaji semula perlaksanaan Merekabentuk dan melaksanakan penilaian sumatif

Page 23: BMP 3093 Week5

W e l e a dAliran Kerja Model Dick & Carey

• Fasa 1: Menentukan Matlamat Perisian

Page 24: BMP 3093 Week5

W e l e a dAliran Kerja Model Dick & Carey

• Fasa 2: Analisa Matlamat Perisian

Page 25: BMP 3093 Week5

W e l e a dAliran Kerja Model Dick & Carey

• Fasa 3: Analisa Pengguna dan Konteks

Page 26: BMP 3093 Week5

W e l e a dAliran Kerja Model Dick & Carey

• Fasa 4: Menulis Objektif Perlaksanaan

Page 27: BMP 3093 Week5

W e l e a dAliran Kerja Model Dick & Carey

• Fasa 5: Membina Kaedah Penilaian

Page 28: BMP 3093 Week5

W e l e a dAliran Kerja Model Dick & Carey

• Fasa 6: Membina Strategi Persembahan Perisian

Page 29: BMP 3093 Week5

W e l e a d

• Fasa 7: Membina dan Memilih Bahan Aplikasi

Page 30: BMP 3093 Week5

W e l e a d

• Fasa 8: Merekabentuk dan Menjalankan Penilaian Formatif

Page 31: BMP 3093 Week5

W e l e a d

• Fasa 9: Mengkaji semula perlaksanaan

Page 32: BMP 3093 Week5

W e l e a d

• Fasa 10: Merekabentuk dan Melakukan Penilaian Sumatif

Oleh sebab penilaian sumatif tidak melibatkan penciptaaan arahan (biasanya), komponen ini sering dianggap sebagai proses yang berasingan daripada proses reka bentuk. Penilaian ini menentukan nilai keseluruhan arahan.

Page 33: BMP 3093 Week5

W e l e a dModel Sistem Dick & Carey

• Penggunaan model Dick and Carey dalam pengembangan suatu pembangunan sistem/perisian dan pengendalian sesuatu seminar dimaksudkan agar: Pada awal proses pengendalian, tujuan dan objektif dapat

dikenalpasti berdasarkan analisis keperluan dan analisis pangkal yang berkaitan dengan sistem/perisian yang dibina.

Mengenalpasti strategi penggunaan dan pengendalian yang sesuai dengan adanya pertautan antara tiap komponen khususnya strategi pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dikehendaki melalui seminar yang dijalankan

Mengenalpasti dan menerangkan langkah–langkah yang perlu dilakukan dalam melakukan perlaksanaan seminar.

Page 34: BMP 3093 Week5

W e l e a dKesimpulan

• Perlaksanaan seminar/bengkel/pameran berasaskan TMK bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah sangat penting bagi memperkembangkan penggunaan teknologi dalam Bahasa Melayu setanding dengan matapelajaran lain.

• Seminar/bengkel/pameran ini juga mampu memberikan pendedahan yang meluas kepada guru-guru dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi terkini.

Page 35: BMP 3093 Week5

Terima Kasih

Presented byDr. Azidah|Dr. Amelia|Dr. Rozniza| En. Jihadi