uzik berasal dari perkataan Yunani"Mousike"dan perkataan
Latin"Muzica"
Muzik juga berasal daripada perkataan "Muses" iaitu gelaran bagi
9 orang anak perempuan Zues (Tuhan/Dewa Yunani ). Mereka dikenali
sebagai kumpulan muzik yang pandai menyanyi dan bermain
muzik.Charles Darwin :muzik bermula daripada peniruan manusia
terhadap bunyi-bunyi binatang seperti siulan burung dan
sebagainya.
Muzik dalam dunia Arab dikenali sebagai"Handasah as-Sawt"yang
bermaksud seni bunyi secara estetik.
Hukum Muzik
Pendapat Yang Mengharamkan Muzik
MuhammadNasaruddin Al-Albaniy dan Ibnu Al-Qayyim
Al-Jauziyyahberpendapat hukum muzik dan nyanyian adalah haram
berdasarkan :
Firman Allah ( surah Luqman : 6 ) : Maksudnya :"Dan ada di
antara manusia yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna
untuk menyesatkan ( manusia ) dan agama Allah tanpa pengetahuan dan
ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan,
merekalah orang yang beroleh azab yang menghina."Golongan ulama
yang mengharamkan muzik dan nyanyian mentafsirkan maksud"perkataan
yang tidak berguna"seperti ayat di atas sebagai perkataan yang
membawa manuisa lalai iaitu melalui muzik dan nyanyian.
Keempat-empat 4 mazhabAhli Sunnah Waljamaah juga mengharamkan
muzik dan nyanyian.Imam Malik bin AnasMengharamkan lagu dan orang
yang mendengarnya. Beliau menambah bahawa penyanyi dan pendengarnya
adalah orang-orang fasiq.
Imam SyafieLagu adalah "Laghasun" iaitu perkataan yang tidak
berguna yang dibenci dan sama dengan kebatilan. Menurut beliau
lagi, muzik, lagu dan nyanyian hukumnya haram.
Imam Abu HanifahFatwanya lebih keras berkata bahawa muzik, lagu,
nyanyian termasuk dosa yang harus ditinggalkan dan dijauhi dan
diwajibkan segera bertaubat darinya. Para murid beliau pula
berpendapat mendengar lagu adalah fasiq dan menikmatinya adalah
kufur.
Imam Ahmad Bin HanbalSecara tegas mengharamkan semua jenis
lagwan berupa lagu, nyanyian atau permainan alat-alat muzik.
Disarankan apabila melihat permainan seperti drum, gitar dan
sebagainya harus dipecahkan dan dimusnahkan jika terlihat.
Pendapat Yang Mengharuskan Muzik
Al-Ghazali, Ibnu Hazm dan Yusuf Al-Qaradhawimengharuskan muzik
dan nyanyian. Mereka menggunakan hujah dan penafsiran yang berbeza
terhadap dalil yang digunakan oleh golongan ulama yang mengharamkan
muzik.
Ibnu Hazmmenafsirkan bahawa" perkataan yang tidak berguna "yang
tidak dimaksudkan dalam surah Luqman ayat 6 adalah kata-kata yang
kasar, mencela, mencerca atau memaki dan bukannya nyanyian. Beliau
menyebutkan, orang yang menikmati muzik atau nyanyian hingga leka,
membawa kepada maksiat dan untuk melakukan maksiat, hukumnya tetap
berdosa. Namun jika muzik atau mendengar lagu diniatkan untuk
mendapat ketenangan dan membantu ke arah ketaatan kepada Allah maka
hukumnya harus. Ringkasnya ia bergantung pada niat.
Namun bukanlah semata-mata niat yang mengharuskan hukum muzik
dan nyanyian sebaliknya muzik dan nyanyian tertakluk pada
batasan-batasan syara' seperti : Pergaulan (lelaki dan wanita harus
diasingkan, tidak boleh berlaku percampuran) Aurat penyanyi
(penyanyi tidak boleh mempertontonkan pakaian dan perhiasan yang
melampau)
Pendengar (penyanyi wanita hanya untuk didengar oleh wanita
sahaja dan di tempat yang tertutup) Wang ringgit (Jika duit
dikeluarkan semata-mata untuk mendengar lagu dan melihat penyanyi
tanpa membawa kepada kebaikan, maka jatuh hukum membazir, kerana
harta yang diberikan oleh Allah tidak disalurkan ke jalan
diredhaNyai, ini sama seperti menonton wayang dan memasuki pusat
hiburan seperti Funfair dan pusat game.
lirik lagu (tidak melalaikan seperti, kisah cinta antara dua
manusia yang melampau)
Muzik dan nyanyian bukan untuk nilai komersial semata-mata iaitu
hanya untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan soal dakwah
islam melalui seni muzikApa yang tersenarai dia atas masih tidak
cukup untuk mengharuskan muzik, masih banyat yang perlu
dipatuhi.
Kaedah fiqhmenyebutkan"al-ash fi al-ashya' al-ibahahertinya,
asal setiap sesuatu adalah harus hukumnya. Hujah ini juga digunakan
oleh para ulama untuk mengharuskan muzik dan nyanyian. Maksudnya,
selagi tiada nas yang jelas mengharamkan muzik dan nyanyian, maka
hukumnya harus.
Yusuf al-qaradhawiUlama kontemporari yang turut membicarakan
serta menulis tentang muzik dan nyanyian. Berpendapat bahawa hukum
muzik dan nyanyian bergantung kepada lirik dan keadaan sama ada ia
melekakan atau tidak. Haram muzik terletak jika kita membawanya
kepada maksiat dan melalaikan,tetapi jika muzik tidak membawa kesan
buruk dan boleh membawa kepada semangat dan kecintaan kepada Allah
maka hukumnya harus.
Pendapat-pendapat yang mengharuskan muzik dan nyanyian juga
bersandarkan beberapa hadith :
Daripada Aisyah r.a bahawa dia pernah menghantar pengantin
perempuan ke tempat lelaki dari seorang Ansar. Maka Nabi s.a.w
bersabda kepadanya :Hai Aisyah, apakah mereka disertai dengan
hiburan/nyanyian, kerana sesungguhnya orang-orang Ansar itu memang
suka mengadakan nyanyian.(Hadis Bukhari)Daripada Aisyah r.a
bahawaRasulullah telah masuk ke biliknya dan pada waktu itu ada dua
orang jariah menyanyikan lagu bu'ath, Baginda terus berbaring dan
memalingkan mukanya. Ketika itu Saidina Abu Bakar r.a telah masuk,
lalu Abu Bakar menengking kedua jariah itu maka Rasulullah s.a.w
pun membuka kelubung wajahnya sambil berkata : Biarkanlah mereka
itu menyanyi. Selepas itu Abu Bakar keluar dan kedua jariah itu pun
keluar."( Hadis Muslim )Ibnu Masud menyebutkan: Nyanyian
menumbuhkan kemunafikan dalam hati seperti air menumbuhkan tanaman.
Ini dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya dan dikatakan shahih isnadnya
oleh Syaikh Al Albani dalam Tahrim alath Tharb (halaman 145-148),
ucapan seperti ini juga dikeluarkan oleh Asy Syabi dengan sanad
yang hasan.
Dalam Al Muntaqa halaman 306, Ibnul Jauzi menyebutkan pula bahwa
Ibnu Masud berkata: Jika seseorang menaiki kendaraan tanpa menyebut
nama Allah, syaitan akan ikut menyertainya dan berkata,
bernyanyilah kamu! Dan apabila dia tidak mampu memperindahkannya,
syaitan berkata lagi: Berangan-anganlah kamu (mengkhayal).
(Dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam Al Mushannaf 10/397 sanadnya
shahih).
Pada halaman yang sama beliau sebutkan pula keterangan Ibnu Umar
ketika melewati sekelompok orang yang berihram dan ada seseorang
yang bernyanyi, dia berkata: Beliau berkata: Ketahuilah, Allah
tidak mendengarkanmu! Dan ketika melewati seorang budak perempuan
bernyanyi, ia berkata: Jika syaitan membiarkan seseorang, tentu
benar-benar dia tinggalkan budak ini.
Dalam kitab yang sama beliau (Ibnul Jauzi) melanjutkan: Al Qasim
bin Muhammad bin Abi Bakr ditanya tentang nyanyian. Ia menjawab:
Saya melarangmu dari nyanyian dan membencinya untukmu. Orang itu
bertanya: Apakah nyanyian itu haram? Al Qasim menukas: Wahai anak
saudaraku, jika Allah memisahkan al haq (kebenaran) dan al bathil
(kebathilan) pada hari kiamat, maka di manakah nyanyian itu
berada?
Ibnu Abbas juga pernah ditanya demikian dan balik bertanya:
Bagaimana pendapatmu jika al haq dan al bathil datang beriringan
pada hari kiamat, maka bersama siapakah al ghina (nyanyian) itu? Si
penanya menjawab: Tentu saja bersama al bathil. Kemudian Ibnu Abbas
berkata: (Benar) pergilah! Engkau telah memberikan fatwa (yang
tepat) untuk dirimu. Dan Ibnul Qayyim menerangkan bahawa jawaban
Ibnu Abbas ini berkenaan dengan nyanyian orang Arab yang bebas dan
bersih dari pujian-pujian dan penyebutan terhadap minuman keras
atau hal-hal yang memabukkan, zina, homoseks, atau lesbian, juga
tidak mengandung ungkapan mengenai bentuk dan rupa wanita yang
bukan mahram dan bebas pula dari iringan muzik, baik yang sederhana
sekalipun, seperti ketukan-ketukan ranting, tepukan tangan, dan
sebagainya.
Dan tentunya jawaban beliau ini akan lebih keras dan tegas
seandainya beliau melihat kenyataan yang ada sekarang ini.
Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid mengomentari jawaban ini dan
menyatakan bahwa jawapan ini (jawapan Al Qasim dan Ibnu Abbas)
adalah jawaban bijak dan sangat tepat. (Lihat Muntaqa Nafis halaman
306).
Ibnu Baththah Al Ukbari (ketika ditanya tentang mendengarkan
nyanyian) berkata: Saya melarangnya, saya beritahukan padanya
bahawa mendengarkan nyanyian itu diingkari oleh ulama dan dianggap
baik oleh orang-orang tolol. Yang melakukannya adalah orang-orang
sufi yang dinamai para oleh muhaqqiq sebagai orang-orang Jabriyah.
Mereka adalah orang-orang yang rendah kemahuannya, senang
mengadakan bidah, menonjol-nonjolkan kezuhudan, . (Muntaqa Nafis
halaman 308)
Asy Syabi mengatakan bahwa orang-orang yang bernyanyi dan yang
(mengundang) penyanyi untuk dirinya pantas untuk dilaknat.
(Dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya, lihat Kasyful Qina halaman 91 dan
Muntaqa Nafis min Talbis Iblis halaman 306).
Fudhail bin Iyadl mengatakan bahwa al ghina (nyanyian) adalah
mantera zina. (Kasyful Qina halaman 90 dan Mawaridul Aman halaman
318).
Dalam kitab yang sama (halaman 318), disebutkan pula nasihat
Yazid Ibnul Walid kepada pemuka-pemuka Bani Umayah: Wahai Bani
Umayah, hati-hatilah kamu terhadap al ghina, sebab ia mengurangi
rasa malu, menghancurkan kehormatan dan harga diri, dan menjadi
pengganti bagi khamr, sehingga pelakunya akan berbuat sebagaimana
orang yang mabuk khamr berbuat. Oleh karena itu, kalau kamu merasa
tidak dapat tidak (mesti) bernyanyi juga, jauhilah perempuan,
karena nyanyian itu mengajak kepada perzinaan.
Adl Dlahhak menegaskan: Nyanyian itu menyebabkan kerusakan bagi
hati dan mendatangkan murka Allah. (Muntaqa Nafis halaman 307).
Dalam kitab yang sama, Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada
guru-guru anaknya: Hendaklah yang pertama kau tanamkan dalam
pendidikan akhlaknya adalah benci pada alat-alat muzik, karena
awalnya (permainan musik itu) adalah dari syaitan dan kesudahannya
adalah kemurkaan Ar Rahman Azza wa Jalla.
Imam Abu Bakar Ath Thurthusi dalam khutbah (kata pengantar)
kitabnya, Tahrimus Sima, menyebutkan:
[ oleh karena itu saya pun ingin menjelaskan yang haq dan
mengungkap syubhat-syubhat yang bathil dengan hujjah dari Al Quran
dan As Sunnah. Akan saya mulai dengan perkataan para ulama yang
berhak mengeluarkan fatwa ke seluruh penjuru dunia agar orang-orang
yang selama ini secara terang-terangan menampakkan kemaksiatan
(bernyanyi dan bermain musik) sadar bahwa mereka telah teramat jauh
menyimpang dari jalan kaum Mukminin. Allah taala berfirman:
Dan siapa yang menentang Rasul setelah jelas bagi mereka
petunjuk serta mengikuti jalan yang bukan jalannya kaum Mukminin,
Kami biarkan dia memilih apa yang diingini nafsunya dan Kami
masukkan dia ke jahanam sedangkan jahanam itu adalah sejelek-jelek
tempat kembali. ( An Nisa: 115) ]
Selanjutnya beliau (Imam Ath Thurthusi) menyebutkan bahwa Imam
Malik melarang adanya nyanyian dan mendengarkannya. Menurut Imam
Malik, apabila seseorang membeli budak wanita dan ternyata ia
penyanyi, hendaklah segera dikembalikan, sebab hal itu merupakan
aib. Ketika beliau ditanya tentang adanya rukhshah (keringanan)
yang dilakukan (sebagian) penduduk Madinah, beliau menjawab: Yang
melakukannya (bernyanyi dan bermain muzik) di kalangan kami adalah
orang-orang fasik.
Imam Abu Hanifah dan Ahli Bashrah maupun Kufah, seperti Sufyan
Ats Tsauri, Hammad, Ibrahim An Nakhai, Asy Syabi, dan lain-lain
membenci al ghina dan menggolongkannya sebagai suatu dosa dan hal
ini tidak diperselisihkan di kalangan mereka. Madzhab Imam Hanafi
ini termasuk madzhab yang sangat keras dan pendapatnya paling tegas
dalam perkara ini. Hal ini ditunjukkan pula oleh shahabat-shahabat
beliau yang menyatakan haramnya mendengarkan alat-alat musik,
walaupun hanya ketukan sepotong ranting. Mereka menyebutnya sebagai
kemaksiatan, mendorong kepada kefasikan, dan ditolak
persaksiannya.
Intisari perkataan mereka adalah: Sesungguhnya mendengar
nyanyian dan muzik adalah kefasikan dan bersenang-senang
menikmatinya adalah kekufuran. Inilah perkataan mereka meskipun
dengan meriwayatkan hadits-hadits yang tidak tepat apabila
dinisbatkan (disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa
Sallam.
Mereka (ulama madzhab Hanafi) juga menyeru agar seseorang
berusaha dengan sungguh-sungguh untuk tidak mendengarkan jika
melewatinya atau jika bunyi muzik itu kebetulan berada di rumah
tetangganya. Hal ini pernah dilakukan Abu Yusuf ketika mendengar
ada yang bernyanyi dan bermain musik di sebuah rumah, beliau
berkata: Masuklah dan tidak perlu izin, karena mencegah kemungkaran
adalah fardlu (wajib). Maka jika tidak boleh masuk tanpa izin,
terhalanglah bagi manusia menegakkan kewajiban ini.
Kemudian Imam Ath Thurthusi melanjutkan pula keterangannya bahwa
Imam Syafii dalam kitab Al Qadla, Al Umm (6/214) menegaskan
sesungguhnya al ghina adalah permainan yang dibenci dan menyerupai
kebathilan bahkan merupakan sesuatu yang mengada-ada. Siapa yang
terus-menerus (sering) bernyanyi maka ia adalah orang dungu dan
ditolak persaksiannya.
Para shahabat Imam Syafii yang betul-betul memahami ucapan dan
istinbath (pengambilan kesimpulan dari dalil), madzhab beliau
dengan tegas menyatakan haramnya nyanyian dan musik dan mereka
mengingkari orang-orang yang menyandarkan kepada beliau (Imam
Syafii) mengenai penghalalannya. Di antara mereka adalah Qadly Abu
Thayyib Ath Thabari, Syaikh Abi Ishaq, dan Ibnu Shabbagh. Demikian
pernyataan Imam Ath Thurthusi rahimahullah. (Mawaridul Aman Muntaqa
min Ighatsati Lahfan halaman 301).
Ibnul Qayyim menyebutkan bahwa Imam Ibnu Shalah dalam fatwanya
menyatakan:
Adapun yang perlu diketahui dalam permasalahan ini adalah bahwa
sesungguhnya duf (rebana), alat musik tiup, dan nyanyian-nyanyian,
jika terkumpul (dilakukan/dimainkan secara bersamaan) maka
mendengarkannya haram, demikian pendapat para imam madzhab dan
ulama-ulama Muslimin lainnya. Dan tidak ada keterangan yang dapat
dipercaya dari seseorang yang ucapannya diikuti (jadi pegangan)
dalam ijma maupun ikhtilaf bahwa ia (Imam Syafii) membolehkan
keduanya (nyanyian dan muzik).
Adapun persaksian yang dapat diterima beritanya dari
shahabat-shahabat beliau adalah dalam permasalahan bagaimana hukum
masing-masingnya bila berdiri sendiri, terompet sendiri, duff
sendiri? Maka siapa saja yang tidak memiliki kemampuan mendapatkan
keterangan rinci tentang hal ini dan tidak memperhatikannya dengan
teliti, bisa jadi akan meyakini adanya perselisihan di kalangan
ulama madzhab Syafii dalam mendengar seluruh alat-alat musik ini.
Hal ini adalah kekeliruan yang nyata dan oleh sebab itu, hendaknya
ia mendatangkan dalil-dalil syari dan logis. Sebab tidaklah semua
perselisihan itu melegakan dan bisa jadi pegangan. Maka siapa saja
yang meneliti adanya perselisihan ulama dalam suatu persoalan dan
mengambil keringanan (rukhshah) dari pendapat-pendapat mereka,
berarti ia terjerumus dalam perbuatan zindiq atau bahkan hampir
menjadi zindiq. (Mawaridul Aman 303)
Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid Al Atsari hafidhahullah
mengomentari pernyataan Ibnul Qayyim ini dengan menukil riwayat Al
Khalal (dalam Al Amru bil Maruf) dari Sulaiman At Taimy yang
mengatakan: Kalau kamu mengambil setiap keringanan (rukhshah) dari
seorang alim atau kekeliruannya, berarti telah terkumpul pada
dirimu seluruh kejahatan. (Lihat Mawaridul Aman halaman 303)
Diriwayatkan dari Imam Syafii secara mutawatir bahwa beliau
berkata: Saya tinggalkan di Baghdad sesuatu yang diada-adakan oleh
orang-orang zindiq, mereka menamakannya at taghbir dan menghalangi
manusia --dengannya-- dari Al Quran. (Juzuttiba As Sunan Wajtinabil
Bida oleh Dliya Al Maqdisi dalam Mawaridul Aman halaman 304)
Ditambahkan pula oleh Abu Manshur Al Azhari (seorang imam ahli
lughah dan adab bermadzhab Syafii, wafat tahun 370 H): Mereka
menamakan suara yang mereka perindah dengan syair-syair dalam
berdzikrullah ini dengan taghbir, seakan-akan mereka bernyanyi
ketika mengucapkannya dengan irama yang indah, kemudian mereka
menari-nari lalu menamakannya mughbirah. (Talbis Iblis halaman 230
dalam Kasyful Qina halaman 54)
Maka kalaulah seperti ini ucapan beliau terhadap at taghbir
dengan illahnya (alasan) karena menghalangi manusia dari Al Quran,
--padahal at taghbir itu berisi syair-syair yang mendorong untuk
zuhud (tidak butuh) terhadap dunia, para penyanyi mendendangkannya
sementara hadirin mengetuk-ngetuk sesuatu atau dengan mendecakkan
mulut sesuai irama lagu--, maka bagaimana pula ucapan beliau
apabila mendengar nyanyian yang ada di jaman ini, at taghbir bagi
beliau bagai buih di lautan dan meliputi berbagai kejelekan bahkan
mencakup segala perkara yang diharamkan?!
Adapun madzhab Imam Ahmad sebagaimana dikatakan Abdullah,
puteranya: Saya bertanya pada ayahku tentang al ghina menumbuhkan
kemunafikan dalam hati, ini tidaklah mengherankan aku. (Lihat
Mawaridul Aman 305).
Pada kesempatan lain, beliau berkata: Saya membencinya. Nyanyian
itu adalah bidah yang diada-adakan. Jangan bermajlis dengan mereka
(penyanyi). (Talbis Iblis halaman 228 dalam Kasyful Qina halaman
52).
Ibnul Jauzi menerangkan: Sesungguhnya nyanyian itu mengeluarkan
manusia dari sikap lurus dan merubah akalnya. Maksudnya, jika
seseorang bernyanyi (bermain musik), berarti ia telah melakukan
sesuatu yang membuktikan jeleknya kesehatan akalnya, misalnya
menggoyang-goyangkan kepalanya, bertepuk tangan,
menghentak-hentakkan kaki ke tanah. Dan ini tidak berbeda dengan
perbuatan orang-orang yang kurang akalnya, bahkan sangat jelas
bahwa nyanyian mendorong sekali ke arah itu, bahkan perbuatannya
itu seperti perbuatan pemabuk. Oleh sebab itu, pantas kalau
larangan keras ditujukan terhadap nyanyian. (Muntaqa Nafis 307)
Ibnul Qayyim pun menjelaskan dalam Mawaridul Aman halaman
320-322: Sesungguhnya ucapan Ibnu Masud yang telah disebutkan tadi
menunjukkan dalamnya pemahaman shahabat tentang keadaan hati,
amalan-amalannya, sekaligus jelinya mereka terhadap penyakit hati
dan obat-obatnya. Dan sungguh, mereka adalah suatu kaum yang
merupakan doktor-doktor hati, mereka mengobati penyakit-penyakit
hati dengan obat terbesar dan paling ampuh.
Beliau melanjutkan: Ketahuilah bahwa nyanyian bagaikan angin
panas yang mempunyai pengaruh amat kuat dalam menebarkan
bibit-bibit kemunafikan. Dan kemunafikan tersebut akan tumbuh dalam
hati bagaikan tumbuhnya tanaman dengan air.
Inti pernyataan ini adalah nyanyian itu melalaikan hati dan
menghalanginya dari Al Quran dalam upaya pemahaman serta
pengamalannya. Kerana sesungguhnya Al Quran dan al ghina tidak akan
bersatu dalam sebuah hati, selamanya. Ya, karena keduanya memiliki
berbagai perbedaan yang menyolok dan sangat bertolak belakang. Al
Quran mencegah kita untuk memperturutkan hawa nafsu, menganjurkan
kita menjaga kehormatan dan harga diri sebagai hamba Allah dan
khalifah-Nya yang mulia, juga mengajak kita menjauhi
dorongan-dorongan (syahwat) dan keinginan hawa nafsu serta berbagai
sebab kesesatan lainnya. Al Quran juga melarang kita mengikuti dan
meniru langkah-langkah syaithan. Sedangkan al ghina mengajak kita
pada kebalikan dari yang diperintahkan dan dicegah oleh Al Quran.
Bahkan al ghina memperindah pandangan kita terhadap syahwat dan
hawa nafsu, mempengaruhi yang tersembunyi sekalipun dan
menggerakkannya kepada seluruh kejelekan serta mendorongnya untuk
menuju kepada hal-hal yang (dianggap) menyenangkan.
Oleh karena itu, ketika melihat seorang yang memiliki kedudukan
terhormat, kewibawaan, dan kecermelangan akal, serta keindahan iman
dan keagungan Islam, dan manisnya Al Quran akan tetapi ia senang
mendengarkan nyanyian dan cenderung kepadanya, berkuranglah akalnya
dan rasa malu dalam dirinya pun mulai menipis, wibawanya lenyap,
bahkan kecermelangan akalnya telah pula menjauhinya,.
Akibatnya syaitan bergembira menyambut keadaan ini. Imannya pun
mengeluh dan mengadukannya kepada Allah Azza wa Jalla dan akhirnya
Al Quran menjadi sesuatu yang berat baginya. Lalu ia (iman itu)
berdoa kepada Rabbnya: Ya Rabbku, jangan Kau kumpulkan aku dengan
musuh-Mu dalam hati (dada) yang sama.
Akhirnya, ia akan menganggap baik hal-hal yang dianggapnya jelek
sebelum ia mendengarkan nyanyian dan membuka sendiri rahasia yang
pernah dia sembunyikan. Setelah itu ia pun mulai berpindah dari
keadaan dirinya yang semula penuh dengan kewibawaan dan ketenangan
menjadi orang yang banyak bicara dan berdusta, menggoyang-goyangkan
kepala, bahu, menghentakkan kakinya ke bumi, mengetuk-ngetuk
kepala, melompat-lompat dan berputar-putar bagai keledai, bertepuk
tangan seperti perempuan, bahkan kadang merintih bagai orang yang
sangat berduka atau berteriak layaknya orang gila.
Sebagian orang-orang arif berkata: Mendengar nyanyian mewariskan
kemunafikan pada suatu kaum, dusta, kekafiran, dan kebodohan.
Warisan yang paling besar pengaruhnya akibat nyanyian adalah
rasa rindu (asyik) terhadap bayangan (gambaran khayal), menganggap
baik segala kekejian, dan apabila ini terus berlanjut, akan
menyebabkan Al Quran menjadi berat di hati, bahkan menimbulkan rasa
benci apabila mendengarnya secara khusus.
Oleh sebab itu, jika hal yang seperti ini bukan kemunafikan,
apalagi yang dikatakan hakikat kemunafikan itu? Demikian keterangan
Ibnul Qayyim rahimahullah.
Adapun rahasia penting tentang hakikat kemunafikan adalah
perbedaan atau perselisihan yang nyata antara lahir dan bathin.
(Mawaridul Aman halaman 322).
Penyanyi maupun yang mendengarkannya berada di antara dua
kemungkinan. Bisa jadi dia akan membuka kedoknya berbuat
terang-terangan sehingga jadilah ia orang yang durhaka. Atau di
samping bernyanyi, ia juga menampakkan ibadahnya, akibatnya jadilah
ia seorang yang munafik.
Dalam hal terakhir ini, ia menampakkan rasa cintanya kepada
Allah dan kampung akhirat, sementara hatinya mendidih oleh gelegak
syahwat, kecintaan terhadap perkara yang dibenci oleh Allah dan
Rasul-Nya, yaitu suara alat-alat musik dan permainan-permainan
lainnya, serta hal-hal yang diserukan oleh nyanyian. Hatinya pun
penuh dengan kejelekan itu dan kosong atau sepi dari rasa cinta
terhadap apa yang dicintai Allah dan Rasul-nya. Inilah intinya
nifak.
Juga seperti yang telah kita sepakati bahwa iman adalah
keyakinan, perkataan, dan perbuatan. Tentunya perkataan dan
perbuatan yang haq (taat). Padahal iman itu hanya tumbuh di atas
dzikrullah dan tilawatil Quran, sedangkan nifak sebaliknya. Ia
merupakan perkataan yang bathil dan amalan-amalan sesat dan tumbuh
di atas al ghina.
Salah satu ciri kemunafikan adalah kurangnya zikrullah, malas
dan enggan menegakkan shalat, kalaupun shalat mematuk-matuk seperti
burung makan jagung, sangat sedikitnya zikirnya kepada Allah.
Perhatikan firman Allah mengenai orang-orang munafik ini:
Jika mereka menegakkan shalat mereka menegakkannya dalam keadaan
malas, mereka ingin pujian dan perhatian manusia dan tidak
mengingat Allah kecuali sedikit. (QS. An Nisa: 142).
Ibnul Qayyim meneruskan: Seandainya mereka yang memiliki
bashirah memperhatikan dan membandingkan keadaan orang-orang yang
bergelut dengan nyanyian dan mereka yang senantiasa menyibukkan
diri dengan zikrullah, nyatalah baginya betapa dalamnya pengetahuan
dan pemahaman para shahabat terhadap hati dan penyakit-penyakit
serta pengubatannya. (Demikian penjelasan Ibnul Qayyim rahimahullah
dalam Mawaridul Aman 322-323).
" Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari
perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab
yang pedih" (Surah An-Nur: 63).
Khilaf[sunting|sunting sumber]Dalam Islam,kebolehan berlagu
merupakan suatu perkara yang sering menjadikhilafdikalangan
paraalim ulamadanImam-imamsehinggalah sekarang.MenurutAl-Qadi(Qadi)
Abu Thaiyyib Ath-Tabrani mengutarakan beberapa pendapat dariImam
Asy-Syafie,Imam Malik,Imam Abu Hanifah,Sufyandan segolongan Ulama
lain, bahawasanya mendengar lagu dan seumpanya (cth: membuat lagu
,menyanyi lagu dan sebagainya) adalahharam.
Dalamkitabatau buku bertajuk Abadul Qadha,Imam Asy-Syafie ada
mengatakan, "Sesungguhnya menyanyi itu makruh dan siapa yang
membiasakannya beerti bodoh dan harus ditolak kesaksiannya."
Abu Taiyyib pula mengatakan: "Mendengarkan nyanyian dari wanita
yang bukan muhrim tidak boleh menurut pendapat ulama Syafie, baik
samaada penyanyi itu terbuka atau tertutup auratnya dengan Hijab
sekalipun(dalam hijab),baik mereka telah merdeka atau budak-budak
lagi.Dia(Abu Thaiyyib) mengatakan bahawa telah berkata Imam
Syafie,"Pemilik jariah (kanak-kanak permpuan),bila dia mengumpulkan
manusia untuk diperdengarkan nyanyiannya,maka mereka adalah bodoh
dan harus ditolak kesaksiannya.Dia berkata juga:" Diceritakan dari
Asy-syafie,beliau tidak suka bermain loteri.Beliau berkata,"Itu
dibuat oleh orang-orang Zindiq supaya melupakan Al-Quran."
Juga Imam Syafie mengatakan,"Menurut Hadis Rasullullah,permainan
muzik lebihmakruh(perkara dibenci Allah lebih hampir kepada haram
namun belum haram) daripada permainan lainnya.Dan aku(Imam
Syafie)tidak suka pula catur.Bahkan aku tidak suka setiap
(permainan) yang dipermainkan manusia kerana permainan bukanlah
sifat orang yang punya agama dan harga diri"
Adapun Imam Malik melarang nyanyian,"Menurut hadis
Rasullullah,permainan muzik lebih makruh daripada permainan
lainnya.Beliau(Imam Malik)mengatakan ,"Bila seseorang membeli
jariah yang ternyata seorang biduan (seniman muzik),seeloknya dia
mengembalikannya saja.Ini pendapat kebanyakan
ulamaMadinahkecualiIbrahim Bin Sad sahaja.Sedangkan menurut Imam
Abu Hanifah ,beliau tidak menyukai nyanyian,bahkan mendengar
nyanyian dari perempuan dan wanita itu adalah termasuk
dosa.Demikian pula semua ulama Kufah seperti Sufyan
ats-Tsauri,Hammad,Ibrahim dan Asy-Syabi dan lain-lain.Ini semua
telah dinukilkan oleh Abu Thaiyyib Ath-Thabrani.
Akan tetapiAbu Thalib Al-Makiyyitelah menukilkan dari sekelompok
ulama bahawa mendengarkan nyayian dan lagu itu adalah harus
saja.Kata beliau,:"Sekelompok sahabat Rasullallah seperti Abdullah
bin Jaafar,Abdullah bin Zubair, Mughirah bi Syubah,Muawiyahdan
lain-lain juga mendengarkannya(lagu dan nyanyian)Bahkan perkara itu
turut dilakukan oleh Salafuz Soleh Baik dari kalangan sahabat
Rasullullah(Muhammad s.a.w) mahupun tabie yang baik serta para
ulama Hijjaz Makkah(Mekah),memperdengarkan pada hari-hari kebesaran
Islam tertentu seperti hari Thasriq).(11,12,13 Zulhijjah).
Tambahan pula,penduduk Madinah seperti penduduk Makkah,suka
memperdengarkan lagu ataupun nyanyian sehingga sekarang.Sehingga
didengarkan kisah bahawa Abu Marwan Al-Qadi juga menyediakan tempat
tontonan khas untk penonton di majlis nyanyian.Bahkan
Atha'mempunyai 2 orang jariah suka menyanyi dan didengari oleh
saudara-saudara Atha'.Kata Abu Talib Al-Malikiyyi,"Pernah
ditanyakan kepada Abu Hassan Bin Salim,:"Bagaimanakah engkau boleh
menganggap dosa mendngarkan nyanyian,sedangkan
Al-Junid,Sirri-As-Siqthi dan Zun Nuun juga
mendengarkannya?"Kemudian dia (Abu Hassan Bin Salim)
berkata,:"Bagaimana boleh ku anggap berdosa mendengarkan
nyanyian,sedangkan orang yang lebih baik dariku juga membolehkan
dan mendengarkannya(nyanyian atau lagu).Bahkan Abdullah Bin Jaafar
Ath-Thaiyyari juga mendengarkannya.Hanya saja aku larang
adalahlaghwun(permainannya yakni alat muzik) dalam
mendengarkannya(nyayian).
Turut disini dikhabarkan,dirawikan oleh Yahya Bin Muaz,dia
berkata,"Kami kehilangan 3 hal,dimana kami tidak melihatnya
bertambah melainkan sedikit kecantikan wajah bersama,apabila
dipelihara kecantikan ucapan,apabila menepati janji." Dalam sebuah
kitab,diceritakan bahawa Harts Al-Muhasibi,seeorang ahliSufi,juga
membolehkan nyanyian.
Abu Talib Al-Malikiyyi juga mengatakan,"Ibnu Mujahidtidak mahu
menghadiri undangan kecuali di situ terdapatnya nyanyian."
Harts Al-muhassibi juga mengatakan,"Suatu ketika kami dalam
undangan resepsi bersama Abu Qasim Bin Mani,Abu Bakar Bin Daud,dan
Ibnu Mujahid.Kemudian keluar seorang biduan(penyanyi).Lalu Ibnu
Mujahid memberikan arahan kepada Ibnu Mani agar(memastikan)Ibnu
Daud turut mendengar."
Ibnu Daud mengatakan,"Ayahku bercerita kepada ku dari Ahmad Bin
Hambal,bahawa beliau (Ahmad) adalah daripada nyanyian(penyanyi)
demikian juga bapaku.Dan aku mengikuti bapaku." Abu Qassim bin Mani
mengatakan,:"Adapun abangku,Ahmad Bin Mani bercerita padaku dari
Salleh Bin Ahmad bahawasanya bapanya mendengarkan ucapan dari Ibnul
Khabazah.Maka Mujahid berkata kepada Ibnu Daud,"Tinggalkan aku.kamu
dari bapamu."Dan dia berkata kepada Ibnu Bin Mani,"Tinggalkan
aku.Kamu dari abangmu.(Mujahid berkata)Apa hendak kau katakan wahai
Abu Bakar Bin Daud tentang orang yang melagukan sebait syair?Apakah
ia haram?Ibnu Daud menjawab ,"tidak.""Jika suaranya sedap,apakah
haram mendendangkan lagu?"tidak juga.""Jika
melagukannya,memanjang,dan memendekannya apakah haram?"Tidak pernah
aku mendukung satu syaitan.Bagaimana aku mendukung 2syaitan."
Abu Talib Al-Malikiyyi juga mengatakan,"Abu Hassan
Al-Asqalani,yang temasuk dalam parawaliitujuga mendengarkan
lagu.Bahkan beliau turut mengarang sebuah kitab yang menolak bahawa
mendengarkan lagu juga adalah haram temasuk dalam
kemungkaran.Demikian juga sesetengah pendapat ulama lain."
Diceritakan oleh salah seorang sheikh,dia berkata,:"Aku melihat
Abu Abbas Al-Khadir as,maka aku bertanya padanya,"Bagaimanakah
pendapat kamu tentang nyanyian yang menjadi persengketaan para
ulama?"Dia menjawab:"Lagu adalah nyanyian sesuatu yang dapat
menjerat(menggodakan)kecuali terhadap para ulama."
Juga diceritakan dari Mimsyad Ad-Dainuri,dia berkata,"Aku
melihat NabiMuhammadSAW dalam mimpi.Aku bertanya,"Wahai
Rasullullah,apakah engkau melarangi berlagu?Baginda menjawab,"Aku
tidak melarangnya.Akan tetapi katakan pada mereka,hendaklah
nyanyian itu dimulai dengan Al-Quran dan ditutup dengan Al-Quran
pula."
Diceritakan dari Tahir Bin Bilal Al-Hamdani Al-Waraq,seorang
yang termasuk dalam golongan Ulama besar (Ulama Muktabar)dia
berkata,"Aku sedang berbaring di tepi pantai.Suatu hari,aku melihat
sekelompok orang dimana salah seorang dari mereka bernyanyi.Aku
melarangi (perbuatan mereka)dalam hatiku.Di sebuah Masjid aku
berkata bahawa mereka itu suka bernyanyi.Kemudian pada malam hari
itu,aku bermimpi melihat Nabi Muhammad SAW meletakkan tangannya
pada dadanya sambil mendengarkan Abu Bakar berlagu.Kemudian
menoleh(Tahir)kepada Rasullullah dan berkata,"Ini hak dengan
hak."Atau saya mengatakan,"Ini hak dari hak."Aku ragu dalam hal
ini."
Al-Junaid mengatakan,Rahmat akan turun pada kelompok ini dalam
tiga tempat.Ketika berzikir.Kerana mereka tidak bercakap kecuali
dalam maqam orang-orangSiddiq(kerana sering menyebut orang-orang
baik).Dan ketika mendengarkan (lagu)kerana mereka mendengarkan
dengan ada serta menyaksikan kebenaran.
Dari Ibnu Juraij,dia suka mengajak orang mendengarkan lagu.Maka
ditanyakan kepadanya,"Apakah pada hari Kiamat,hal ini termasuk
dalam kebaikan atau keburukan?"Dia menjawab,"Ini tidak termasuk
dalam kebaikan mahupun keburukan. Kerana ini hanya menyerupai
permainan.AllahSWT telah berfirman:
Allah tiada menyeksamu tentang sumpahmu yang tiada dengan
sengaja....
(Surah Al-Baqarah:225)
Demikianlah pendapat ulama. Yang penting seseorang itu perlulah
mencari jalan kebenaran dan mempertimbangkan sesuatu mengikut halal
dan haram apabila melakukannya.
==Kesimpulan==[sunting|sunting sumberHukum Fiqh Semasa Tentang
Hiburan
Apakah Hukum Bernyanyi/Mendengar Lagu dan Muzik?
>>Sebahagian mereka yang berkata HARAM:(Sheikh Albani,Ibnu
Qayyim dll)
-Kaedah Fiqh:" " iaitu menghalang perkara yang harus kerana
bimbang membawa kepada Haram.
-Dalilnya: "dan diantara manusia ada orang mempergunakan
percakapan kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa
ilmu dan menjadikannya ejek-ejekan,mereka itu memperoleh azab yang
menghinakan"(Luqman:ayat 6)
-Mengfokuskan pada kalimah ini:" " yang membawa maksud
Percakapan Kosong.Ibnu Mas'ud,Ibnu 'Abbas dan Ibnu Umar menyatakan
kesohihan maknanya ialah Nyanyian.
~Lalu Ibnu Hazim membidas makna tersebut dengan berkata:"tiada
lah hujah akan perkara ini atas beberapa sebab iaitu:-tiadanya
hujah yang disandarkan pada Rasulullah-berlaku perselisihan makna
dalam kalangan sahabat dan tabi'in-nas yang dikemukan itu
membatalkan hujah mereka kerana perlakuan ini disifatkan sebagai
kekafiran tanpa khilaf(dipersetujui ulama2) kerana mempermainkan
agama Allah."
~Imam Ghazali menyokong bidasan(dakwaan) Ibnu Hazim,katanya:"ada
pun yang mempergunakan (percakapan kosong/nyanyian) terhadap agama
sebagai bahan gantian unutk menyesatkan manusia dari jalan
Allah(agama Allah),sungguh ianya HARAM lagi dicela walaupun ia
membaca Al-Quran tapi (bertujuan) menyesatkan manusia dari agama
Allah,maka ianya juga HARAM."
>>Sebahagian mereka yang berkata Harus/membenarkan:
(Syaukani,Sheikh Yusof Al-Qardawi,Imam Ghazali dll)
-Kaedah Fiqh:" " iaitu hukum asal sesuatu perkara
harus.-Dalillnya: "dan yang menghalalkan segala yang baik bagi
mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka dan
membebaskan beban2 dan belenggu2 yang ada pada
mereka"(Al-A'raf:ayat 157)
-Mengfokus pada Kalimah ini:" " yang membawa maksud Segala Yang
Baik.Menurut Syaukani:"telah dijelaskan oleh Ibnu Abdul Salam dalam
( ):maksud pada ayat ini ialah Keseronokan/Keenakan"
dan dikuatkan dengan ayat ini: "Mereka menanyakan kepadamu:
"Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan
bagimu yang baik-baik"
Sudah Menjadi Lumrah Kehidupan,Manusia Perlukan Hiburan,lalu
islam datang mengislahkannya dengan meletakkan beberapa syarat dan
batas dalam hiburan,antaranya ialah:
1) selamat dari perkara yang bercanggah dengan syariat2) selamat
dari unsur perbalahan dan godaan syahwat3) tidak berkait dengan
perkara2 haram dari setiap sudut baik muziknya,alatnya dan
liriknya4) tidak berlebih2an dan melampau-lampau5)tidak membawa
kepada berlakunya fitnah
-Semoga Bermanfaat-
rujukan dari kitab: karangan Sheikh Dr. Yusof
Al-Qardawi.PANDANGAN ULAMA TERHADAP MUZIK Berbalik kepada soalan
asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan
dalam Islam? Al Ghazali menjelaskan (Ihya' Ulumiddin, vol2, pg
271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang
alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi
yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan
suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan
dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.
Menurut Prof Louis Lamya' menyentuh perspektif hukum hudud Islam,
jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza
mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan,
Bakhurah alSa'ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh
dipotong tangannya. Imam Syafi'iy dalam al Umm menjelaskan
seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak
boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang
memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan
hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi
undang-undang Islam. Kesimpulan dan tarjih: 1. Menurut Fatwa
Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan
dan maksiat 2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara'
tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd
zaman, makan, dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang baik dan lunak
di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan
dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah
ditegah. 3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa
berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa. Muzik Dan Nyanyian
(At-Taghanni Dan Al-Ghina) Muzik bererti nada yang disusun
sedemikian rupa sehingga mengandungi irama, lagu, dan keharmonian
(terutama menggunakan alat-alat yang dapat menghasilkan bunyi).
Muzik ialah seni menyusun suara atau bunyi. Dari pengertian ini
terlihat bahawa muzik tidak terbatas pada penyusunan suara yang
indah saja tetapi juga pada penyusunan bunyi-bunyian. Adapun nyanyi
bererti mengeluarkan suara bernada, berlagu, baik dengan lirik
maupun tidak. Baik muzik mahupun nyanyi, keduanya hanya merupakan
salah satu naluri universal kemanusiaan yang wajar. Unsur umum bagi
muzik dalam berbagai kebudayaan adalah irama. Hukum Muzik dan
Nyanyian Ulama Fiqh berbeza pendapat mengenai hukum muzik
(At-Taghanni - dalam istilah Fiqh) dan nyanyi (Al-Ghina). Ada yang
membolehkannya dan ada pula yang melarangnya. Beberapa ulama
membolehkan penggunaan alat-alat muzik dan nyanyian seperti Daud
Az-Zahiri (pendiri Mazhab Az-Zahiri) dan Imam Malik (pendiri Mazhab
Maliki). Meskipun begitu, mereka masih mengajukan syarat atau
ketentuan-ketentuan agar muzik dan nyanyian tersebut dibolehkan.
Syarat-syarat yang dimaksud adalah sebagai berikut. Kandungan
dan/atau pesan yang terkandung dalam rangkap-rangkap nyanyian tidak
bertentangan dengan ajaran agama Islam, seperti bisikan ungkapan
yang mendorong seseorang berbuat maksiat. Perlaksanaannya tidak
menyimpang dari ketentuan-ketentuan agama. Masing-masing kelompok
ulama mengajukan hujah yang mendukung pendapat mereka. Muhammad bin
Ali Asy-Syaukani (tokoh Fiqh dan hadis dari Yaman) menjelaskan
banyak di antara ulama Fiqh berpendapat bahawa hukum menyanyi dan
alat muzik adalah haram, sedangkan ulama Madinah dan ulama Mazhab
Az-Zahiri membolehkannya. Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf
bin Abdullah Al-Fairuzabadi Asy-Syirazi (393 H/1003 M - 476
H/1083M; salah seorang tokoh Fiqh Mazhab Asy-Syafii) tidak melarang
muzik secara keseluruhan. Muzik boleh digunakan dalam pesta
berkhatan. Sedangkan muzik yang akan membangkitkan nafsu dan
digunakan di luar kedua macam pesta tersebut hukumnya haram. Adapun
nyanyi dibolehkan jika dengan tujuan untuk memacu (mempercepat
jalannya) unta yang sedang berjalan. Imam Al-Ghazali (tokoh
terkemuka dari Mazhab Asy-Syafii) berpendapat bahawa banyak nas
syara yang menunjukkan kebolehan menyanyi, menari, memukul rebana
yang diiringi dengan gerakan-gerakan yang menggunakan alat-alat
perang, seperti senjata dan perisai pada hari-hari raya. Hal ini
menurut Imam al-Ghazali, dapat dikiaskan dengan hari-hari gembira
lainnya seperti dalam acara berkhatan1. Akan tetapi, muzik dan
nyanyian itu banyak macamnya, di antaranya muzik dan nyanyian yang
akan menimbulkan fitnah (hal-hal yang tidak baik, seperti dilakukan
dengan cara-cara yang merangsangkan, suara yang menggoda dan
syair-syair yang porno). Muzik dan nyanyian semacam ini dilarang.
Muzik dan nyanyian yang tidak dilarang (dibolehkan) adalah yang
tidak mengandung unsur negatif tersebut. Lebih jauh lagi Imam
Al-Ghazali mengutip salah satu pendapat Imam Asy-Syafii (pendiri
Mazhab Asy-Syafii) yang mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya
tidak ada di antara ulama Hijaz yang membenci mendengarkan muzik
dan nyanyian, kecuali nyanyian yang di dalam syairnya terdapat
ungkapan yang tidak baik, seperti ungkapan-ungkapan porno yang
dapat membangkitkan nafsu berahi. Ulama Fiqh dari Mazhab Hanafi
hanya melarang (mengharamkan) nyanyian yang di dalamnya terdapat
kata-kata (ungkapan-ungkapan) yang tidak sopan yang dilarang oleh
agama; misalnya menyebut dan mengungkap sifat-sifat kelelakian
seorang pria. Adapun nyanyian yang bebas dari syair-syair tidak
sopan tersebut, seperti nyanyian yang memuat pujian terhadap
keindahan alam, hukumnya boleh (halal). Penggunaan Alat Muzik Ulama
Mazhab Maliki berpendapat bahawa alat-alat muzik yang disiapkan
untuk perayaan pesta perkahwinan boleh digunakan dalam acara
perkahwinan tersebut. Namun demikian, ada di antara ulama Mazhab
Maliki berpendapat bahawa muzik boleh digunakan dalam setiap acara
gembira. Adapun mengenai nyanyian yang dibolehkan adalah nyanyian
yang mengandung syair yang baik, yakni yang bebas dari ungkapan
yang dilarang agama2. Tiada perselisihan antara Ahli Madinah
mengenai keharusan Al-Ud, sejenis alat muzik bertali seperti gambus
dan gitar3. Ulama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa tidak halal
menggunakan alat-alat muzik seperti gambus, seruling, gendang, baik
dalam acara pesta perkahwinan maupun acara-acara lainnya.
Seandainya ada acara walimah yang di dalamnya digunakan alat-alat
muzik, maka tidak wajib memenuhi undangan pesta tersebut. Adapun
menyanyi dengan memerdukan suara hukumnya boleh4. Perbahasan
Mengenai Dalil-dalil Dalil-dalil Yang Membolehkan Ulama yang
membolehkan menggunakan alat muzik dan nyanyian mengajukan beberapa
dalil untuk memper-kuat pe-ndapat mereka. Dalil-dalil dimaksud
antara lain sebagai be-rikut. 1. Surah Luq-man, ayat 19 yang
bermak-sud; ...dan lunakkanlah suaramu. Sesungguh-nya seburuk-buruk
suara ialah suara keledai Imam Al-Ghazali memahami ayat ini melalui
Mafhum Mukhalafah-nya, sehingga Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa
Allah taala memuji suara yang baik. Dengan demikian, tidak
terlarang mendengarkan nyanyian yang baik. 2. Hadis Rasulullah
s.a.w yang bermaksud; Aisyah Bte Abu Bakar berkata: Pada suatu hari
Rasulullah s.a.w masuk ke tempat-ku. Di saat itu ada dua gadis di
sampingku yang sedang menyanyi-kan lagu Hari Buats (kisah suatu
peperangan di benteng Buats). Saya melihat Rasulullah S.A.W
berbaring sambil memalingkan mukanya.Ketika itu Abu Bakar As-Siddiq
datang dan marah kepadaku. Kata Abu Bakar Di rumah Rasulullah s.a.w
ada seruling setan? Mendengar ucapan Abu Bakar tersebut Rasulullah
s.a.w bersabda Ya Abu Bakar! Biarkanlah keduanya menyanyi,
sesungguhnya bagi setiap kaum ada ulang tahunnya dan hari ini
adalah ulang tahun kita (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 3. Hadis
Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Aisyah pernah mengahwinkan seorang
wanita dengan seorang laki-laki Ansar. Ketika itu Rasulullah s.a.w
bersabda kepadanya Wahai Aisyah, tidak adakah kalian mempunyai
hiburan (nyanyian) sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan
(nyanyian) (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal) 4.
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Hadis yang menceritakan
bahawa dua orang wanita mendendangkan lagu yang isinya mengenang
para pahlawan yang gugur dalam peristiwa Perang Badr (17 Ramadan
2H) sambil memukul gendang. Di antara syairnya berbunyi, Dan kami
mempunyai nabi yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari
(Riwayat Ahmad bin Hanbal). Dalil-dalil Yang Melarang Ulama yang
melarang menggunakan alat muzik dan nyanyian antara lain adalah
Ibnu Al-Jauzi (tokoh hadis Mazhab Hanbali), Imam Al-Qurtubi dan
Muhammad bin Ali Asy-Syaukani. Mereka mengajukan beberapa dalil
sebagai hujah untuk mendukung pendapat mereka. Dalil-dalil yang
mereka gunakan antara lain sebagai berikut. 1. Firman Allah taala
dalam surah Al-Isra, ayat 64 yang bermaksud; Dan hasunglah siapa
yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu (suaramu -
saut)... Dalam terjemahan Al-Quran Departemen Agama Indonesia kata
Saut bererti ajakan. Menurut Mujahid (w.104 H, salah seorang
Tabiin), kata Saut (suara) bererti nyanyian. Ertinya syaitan
menggunakan nyanyian sebagai salah satu jalan untuk menyelewengkan
manusia. Maka sebab itu nyanyian dilarang. 2. Firman Allah taala
dalam surah An-Najm, ayat 59-61 yang ertinya; Maka apakah kamu
merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu menertawakan dan
tidak menangis? Sedangkan kamu melengahkan(nya). Ibnu Abbas
mengertikan kata Samidun (dalam terjemahan Al-Quran Departemen
Agama Indonesia diartikan melengah-kan[nya]) dengan makna bernyanyi
(dalam keadaan bernyanyi-nyanyi). Pendapat ini didukung oleh
Mujahid dan Ikrimah bin Abu Jahal (w. 105 H). 3. Firman Allah taala
dalam surah Luqman; ayat 6 yang ertinya; Dan di antara manusia
(ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk
menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan
menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi
azab yang menghinakan. Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w, di
antaranya Ibnu Abbas dan Ibnu Masud, dan tabiin seperti Mujahid,
Qatadah bin Diamah As-Sadusi Al-Basri (w.118H) dan Ibrahim
An-Nakhai (w.177H) serta sebahagian ahli tafsir seperti Ibnu Katsir
(w.774H) menafsirkan kata Lahwa Al-Hadis (perkataan yang tidak
berguna) dalam ayat di atas dengan makna nyanyian atau menyewakan
jasa biduanita. 4. Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
...Tetapi saya melarang dua macam suara, yakni suara (tangisan)
orang yang ditimpa musibah yang disertai dengan mancakar muka dan
merobek-robek baju, dan suara dari orang-orang yang sedang menyanyi
dengan menggunakan seruling syaitan (bunyi seruling yang
membisingkan) (Riwayat At-Tirmizi). Ungkapan ini dikemukakan
Rasulullah s.a.w dengan suara yang tinggi (marah) sehingga seruling
yang ditiup itu dikatakan sebagai seruling setan. 5. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Pada umat ini akan terjadi bencana
tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan. Mendengar ungkapan
Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: Ya
bilakah ia akan terjadi. Rasulullah s.a.w menjawab Apabila
biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khabar telah muncul di
tengah-tengah masyarakat (Riwayat At-Tirmizi) 6. Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud; Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamar,
judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram. (Riwayat
Al-Bukhari) 7. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Sesungguhnya
akan terdapat dalam umatku orang-orang yang menghalalkan zina,
sutera, khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya
haram. (Riwayat Al-Bukhari)5 Ulama Fiqh yang membolehkan muzik dan
nyanyian mengajukan sanggahan terhadap dalil-dalil dan pemahaman
yang dikemukakan oleh kelompok ulama yang melarang muzik dan
nyanyian. Pemahaman kelompok yang melarang kedua hiburan tersebut
terhadap dalil yang mereka ajukan dibantah oleh ulama yang
membolehkan kedua hal tersebut. Terhadap pembatasan makna kata Saut
yang terdapat dalam surah Al-Isra, ayat 64 dengan erti nyanyian,
menurut Ibnu Katsir di dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim bahawa
sekalipun secara bahasa kata Saut merupakan kata yang mengandung
arti kiasan. Sebab, pada umumnya manusia tidak dapat mendengar
suara iblis (Iblis dan Syaitan). Manusia hanya dapat merasakan
bisikan-bisikan iblis yang mengajak kepada sikap durhaka kepada
Allah taala. Menurut Muhammad Quraish Shihab (ahli tafsir
kontemporeri dari Indonesia) merupakan pembatasan yang tidak
mempunyai dasar. Kalaupun pembatasan tersebut diterima dan kata
saut diertikan dengan makna nyanyian, maka nyanyian yang dimaksud
adalah nyanyian yang didendangkan oleh syaitan sebagaimana yan
ditunjuk oleh bunyi ayat tersebut dan di saat ada nyanyian yang
didendangkan oleh bukan setan, maka belum tentu termasuk yang
dikecam oleh ayat tersebut. Seperti halnya pemahaman terhadap surah
al-Isra, ayat 64, pemahaman terhadap surah Luqman, ayat 6 dibantah
oleh kelompok yang membolehkan muzik dan nyanyian. Menurut mereka
kata-kata Lahwa Al-Hadis tidak dapat diertikan dengan nyanyian.
Muhammad Quraish Shihab menjelaskan, seandainya kata tersebut
memang diertikan nyanyian, maka yang dikecam oleh Allah taala
melalui ayat tersebut adalah kata-kata dimaksud digunakan sebagai
alat untuk menyesatkan manusia. Jadi, bukan terletak pada nyanyian
atau bukan nyanyian. Memang dapat difahami jika nyanyian yang
mengandung kata-kata yang tidak sejalan dengan ajaran Islam harus
ditolak. Ibnu Hazm mengatakan: Apabila Ibnu Abbas dan Ibnu Masud
menafsirkan kata lahwa al-hadis dengan makna nyanyian, maka
sesungguhnya teks ayat itu sendiri-dalam hal ini Li Yudillan Sabil
Allah (untuk menyesatkan dari jalan Allah) telah menentang
penafsiran tersebut. Sebab, demikian Ibnu Hazm, Lahwa Al-Hadis yang
dimaksud dalam ayat tersebut adalah lahwa al-hadis yang jika
dilakukan akan mengakibatkan kekafiran bagi pelakunya. Misalnya,
seorang membeli mushaf dengan tujuan untuk menyesatkan orang lain
dan memperolok-olok serta mempermainkannya, maka tentu yang
bersangkutan akan tergolong orang-orang yang kafir dan Lahwa
Al-Hadis semacam inilah yang dikecam oleh ayat tersebut. Adapun
Lahwa Al-Hadis yang tidak bermaksud menyesatkan orang lain dan
memperolok-olok, tetapi untuk menghibur diri tentu tidak dikecam
oleh ayat tersebut. Artinya, ayat itu tidak ditujukan kepada
orang-orang yang menghibur diri tanpa bermaksud menyesatkan manusia
lainnya dari ajaran Allah taala. Adapun orang yang tidak melalaikan
kewajiban agamanya sekalipun dia sibuk menyanyi, orang dimaksud
tetap sebagai orang yang baik (muhsin). Demikian juga halnya dengan
An-Najm, ayat 59-61 yang didalamnya terdapat kata Samidun yang oleh
ulama yang melarang muzik dan nyanyian diertikan sebagai dalam
keadaan menyanyi-nyanyi. Menurut Quraish Shihab, erti tersebut
tidak disepakati oleh ulama tafsir, kerana kata tersebut sekalipun
digunakan oleh suku Humyar (suku bangsa Arab) dalam erti menyanyi,
tetapi di dalam kamus-kamus bahasa Arab seperti Mujam Al-Maqayis Fi
Al-Lugah dijelaskan bahawa akar kata Samidun adalah samada yang
maknanya berkisar pada berjalan bersungguh-sungguh tanpa menoleh ke
kiri dan ke kanan, atau secara majaz (kiasan) dapat diertikan
serius atau tidak mengindahkan selain apa yang dihadapinya. Dengan
demikian, lanjut Quraish, kata samidun, sebagai yang dikatakan oleh
Ibnu Katsir, dalam ayat tersebut dapat diertikan orang yang lengah
(Ghafilun). Terhadap dalil yang berupa hadis Nabi s.a.w juga
dikritik oleh ulama yang membolehkan muzik dan nyanyian. Menurut
Ibnu Hazm, hadis-hadis yang dikemukakan sebagai dalil untuk
mengharamkan muzik dan nyanyian adalah hadis-hadis yang tidak dapat
dipertanggungjawabkan, semuanya Maudu(hadis rekaan) atau Maqtu
(sanadnya terputus). Hadis Abu Amir atau Abu Malik Al-Asyjari:
Sesungguhnya akan terdapat dalam jajaran umatku orang-orang yang
menghalalkan zina, sutera, khamar, judi, dan muzik; semua yang
memabukkan hukumnya haram. (Riwayat Al-Bukhari) misalnya, dari segi
sanadnya adalah Hadis Munqati, sebab ada perawi yang tidak
disebutkan, yakni antara Imam Al-Bukhari dan Hisyam. Akan tetapi,
anggapan atau penilaian ini dibantah oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
Menurut Ibnu Hajar, hadis tersebut berdasarkan syarat (kategori)
Imam Al-Bukhari yang terkenal sebagai hadis yang bersambung (tidak
terputus mata rantai) sanadnya. Matan (teks hadis) tersebut
menjelaskan bahawa azab diturunkan kerana mereka menghalalkan zina,
minuman keras, menghalalkan sutera dan membolehkan tampilnya
biduanita di depan forum yang bercampur laki-laki dan perempuan
serta menghalalkan penggunaan alat muzik di luar batas-batas yang
dibenarkan agama. Jadi bukan nyanyian yang mengakibatkan turunnya
azab tersebut. Berkata Al-Fakihani: Aku tidak ketahui dalam kitab
Allah dan tidak pula dalam Sunnah satu hadits sahih yang jelas
dalam pengharaman alat hiburan. Sesungguhnya semuanya hanya
bersifat umum dan bukan dalil Qat`ii.6 Dr Wahbah Az-Zuhaili
berpendapat: Sesungguhnya lagu-lagu patriotik atau yang mendorong
pada kebaikan atau jihad (perjuangan), tiada halangan (haram) bagi
nya dengan syarat tiada percampuran bebas dan menutup aurat wanita
kecuali muka dan tapak tangan. Adapun lagu-lagu yang mendorong pada
kejahatan, tidak syak akan pengharamannya, hatta di kalangan mereka
yang mengharuskan nyanyian, khususnya kemunkaran di radio dan tv
yang banyak terdapat di zaman kita hari ini. Tidak syak lagi bahawa
meninggalkan dari mendengar (muzik & nyanyian) di zaman ini
lebih baik kerana terdapat syubhat di dalamnya. Orang-orang beriman
sentiasa menjauhi syubhat sebagaimana yang dinyatakan oleh hadits
sahih. Sesiapa yang meniggalkan syubhat, ia telah memelihara agama
dan maruahnya. Sesiapa yang berjalan-jalan di tepi-tepi kawasan
larangan, ditakuti ia akan termasuk di dalamnya........
Copy and WIN :http://bit.ly/copynwinalah satu ulama yang
memiliki perhatian dan minat besar terhadap kesenian adalah
Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (W 1111). Dalammagnun opusnya,
Ihya ulumuddin,al-Ghazali menyisahkan satu bab khusus pembahasan
soal kesenian, khususnya seni suara dan musik. Al-Ghazali
mengumpulkan, menganalisis, serta memberikan kritik dan penilaian
terhadap pendapat dan komentar para ulama tentang musik
Dalam menghukumi musik, kata al-Gazali, para ulama berbeda
pendapat. Sejumlah ulama seperti Qadi Abu Tayyib al-Tabari, Syafii,
Malik, Abu Hanifah, Sufyan dan lainnya menyatakan bahwa musik
hukumnya haram. Seperti kata Imam Syafii, Menyanyi hukumnya makruh
dan menyerupai kebatilan. Barang siapa sering bernyanyi maka
tergolongsafeh(orang bodoh). Karena itu, syahadah-nya
(kesaksiannya) ditolak.
Bahkan, kata al-Syafii, memukul-mukul(al-taqtaqah)dengan tongkat
hukumnya makruh. Permainan seperti itu biasa dilakukan orang-orang
zindiq, hingga mereka lupa membaca al-Quran. Al-Syafii mengutip
sebuah hadits yang mengatakan bahwa permainan dadu adalah salah
satu jenis permainan yang paling dimakruhkan dibanding
permainan-permainan yang lain. Dan saya, tegas al-Syafii, sangat
membenci permainan catur. Bahkan semua jenis permainan. Sebab
permainan bukanlah aktivitas ahli agama dan orang-orang yang
memiliki harga diri(muruah). [1]
Begitu juga dengan Imam Malik. Guru al-Syafii ini melarang keras
musik. Menurutnya, Jika seseorang membeli budak perempuan, dan
ternyata budak tersebut seorang penyanyi, maka pembeli berhak untuk
mengembalikan budak tersebut (karena termasuk cacat). Pendapat Imam
Malik ini kemudian diikuti oleh mayoritas ulama Madinah kecuali
Ibnu Said. [2]
Hal senada diungkapkan Abu Hanifah yang mengatakan bahwa musik
hukumnya makruh, dan mendengarkannya termasuk perbuatan dosa.
Pendapat Abu Hanifah ini didukung oleh sebagian besar ulama Kufah,
seperti Sofyan al-Tsauri, Himad, Ibrahim, Syubi dan ulama lainnya.
Pendapat-pendapat di atas dinukil dari Al-Qadi Abu Tayyib
al-Tabari.[3]
Adapun pendapat ulama yang memperbolehkan mendengarkan musik
datang dari Abu Thalib al-Makki. Menurut Abu Thalib, para sahabat
Nabi SAW, seperti Abdullah bin Jafar, Abdullah bi Zubair, Mughirah
bin Syubah, Muawiyah dan sahabat Nabi lainnya suka mendengarkan
musik. Menurutnya, mendengarkan musik atau nyanyian hampir sudah
mentradisi dikalangan ulama salaf ataupun para tabiin. Bahkan, kata
Abu Thalib, ketika dia berada di Makkah, pada saat peringatan
hari-hari besar, orang-orang Hijaz merayakannya dengan pagelaran
musik. [4]
Tradisi seperti itu juga dilakukan oleh orang-orang Madinah.
Seperti yang diakui sendiri oleh Abu Thalib bahwa dia pernah
melihat Qadi Marwan memerintahkan budak perempuannya untuk
bernyanyi di hadapan orang-orang sufi. Al-Ata juga memiliki dua
budak wanita yang keduanya pandai bernyanyi dan sering dipentaskan
di depan saudara-saudaranya.
Suatu ketika Abi Hasan bin Salim ditanya Abi Thalib, Mengapa
engkau melarang mendengarkan musik, sementara al-Junaedi, Sirri
Al-Saqati dan Dzunnun al-Misri senang mendengarkan musik? Hasan bin
Salim menjawab, Saya tidak pernah melarang orang mendengarkan
musik, sebagaimana halnya orang-orang yang lebih baik dariku. Aku
hanya melarang bermain dan bersenda gurau dalam mendengarkan musik.
[5]
Antara bentuk dan isi
Menurut al-Ghazali, baik al-Quran maupun al-Hadits, tidak
satupun yang secara vulgar menghukumi musik. Memang, ada sebuah
hadis yang menyebutkan larangan menggunakan alat musik tertentu,
semisal seruling dan gitar [6].
Namun, sebagaimana yang dikatakan al-Ghazali, larangan tersebut
tidak ditunjukkan pada alat musiknya (seruling atau gitar),
melainkan disebabkan karena sesuatu yang lain(amrun kharij).Di
awal-awal Islam, kata al-Ghazali, kedua alat musik tersebut lebih
dekat dimainkan di tempat-tempat maksiat, sebagai musik pengiring
pesta minuman keras.
Orang Islam tidak boleh meniru gaya hidup seperti itu. Nabi SAW
sudah mewanti-wanti dengan mengatakan:Man tsyabbaha biqaumin fahuwa
minhum(barangsiapa meniru gaya hidup suatu kaum maka ia termasuk
bagian dari kaum itu).
Di samping itu, musik juga dianggap membuat lalai mengingat
Tuhan, menggoda kita berbuat kemaksiatan, bertolak-belakang dengan
prinsip ketakwaan, dst [7]. Penilaian seperti itu mayoritas muncul
dari ulama-ulama fiqh yang lebih menitik beratkan pada aspek
legal-formal.
Berbeda dengan ulama tasawuf yang tidak terlalu terganggu bahkan
banyak menggunakan musik sebagai media untuk mendekatkan diri
kepada Tuhan. Contohnya musik pengiring tarian mawlawiyyah yang
sering dimainkan sufi besar Jalaluddin Rumi.
Memang, sejak awal seringkali terjadi ketegangan antara
(pandangan) fiqh dan tasawuf. Yang pertama lebih menitik beratkan
pada aspek legal-formal dengan berpegang kuat pada teks-teks agama
(al-Quran dan al-Hadits). Sementara yang kedua lebih menitik
beratkan pada substansinya dengan berpijak pada realitas
kongkrit.
Menurut al-Ghazali, mendengarkan musik atau nyanyian tidak
berbeda dengan mendengarkan perkataan atau bunyi-bunyian yang
bersumber dari makhluk hidup atau benda mati. Setiap lagu memiliki
pesan yang ingin disampaikan. Jika pesan itu baik dan mengandung
nilai-nilai keagamaan, maka tidak jauh berbeda seperti mendengar
ceramah/nasihat-nasihat keagamaan. Juga sebaliknya.
Dalam kaidah fiqh dikenal sebuah kaidah:al-ashlu baquu ma kana
ala ma kana(hukum asal sesuatu bergantung pada permulaannya).
Artinya, ketika sesuatu tidak ada hukumnya di dalam al-Quran maupun
al-Hadis, maka sesuatu itu dikembalikan pada asalnya, yaitu
halal(al-ashlu huwa al-hillu).
Atau dalam kaidah yang lain disebutkan:Al-ashlu fil muamalah
al-ibahah illa ma dalla dalilun ala tahrimiha(hukum asal di dalam
muamalah adalah halal kecuali terdapat dalil yang melarangnya).
Musik masuk dalam kategori muamalah, bebeda dengan ibadah yang
kedudukannya tidak bisa ditawar lagi.
Musik Islam dan non-Islami
Sekarang ini muncul penilaian di sebagian kalangan masyarakat
yang mengidentifikasi musik dan lagu tertentu sebagai Islami dan
non Islami. Asalkan lirik lagunya dibumbui nama-nama Tuhan, maka
disebut Islami.
Bahkan cenderung menyamakan Arabisasi dengan Islamisasi.
Semisal, musik/lagu yang beraroma padang pasir (gambus/berbahasa
Arab) dianggap musik Islam sementara lainnya dicap bukan dari
Islam.
Penilaian tersebut tidak hanya keliru, melainkan menyebabkan
kita tercerabut dari akar kebudayaan kita sendiri. Keislaman bukan
terletak pada bentuk dan penampilan (ekspresi) melainkan
substansinya.
Juga muncul keinginan sebagian orang yang ingin menundukkan
kesenian di bawah agama dengan memasukkan pesan-pesan keagamaan ke
dalam kesenian tertentu. Contohnya dengan menaburi lirik-lirik lagu
dengan pesan-pesan keagamaan.
Menurut Abdurrahman Wahid, hal ini disebabkan adanya ketimpangan
relasi kuasa antar keduanya. Agama mencoba menundukkan kebudayaan
melalui proses legitimasi. Proses ini berfungsi melakukan
penyaringan terhadap hal-hal yang sesuai atau bertentangan dengan
agama. Dengan ini, yang diperbolehkan adalah yang memperoleh
legitimasi, sementara yang lain tidak [8].
Sebetulnya, tidak tepat menghadap-hadapkan antara agama dan
kesenian (termasuk musik). Keduanya memiliki independensi
masing-masing. Terkadang hubungan keduanya bersifat
mutualis-simbiosis. Juga tidak jarang keduanya saling serang dan
menyerang. Dalam kehidupan, itu pasti terjadi, dan tidak perlu
disesalkan. Tinggal bagaimana menempatkan keduanya pada proporsi
masing-masing secara adil, bebas, dan merdeka. Wallahu alam bi
sawab.
Pada Dasarnya Semua Hal DibolehkanDalam Islam, pada dasarnya
semua hal dan manfaat yang Allah ciptakan adalah untuk kepentingan
manusia. Oleh kerana itu, semuanya dibolehkan. Tidak ada yang haram
kecuali apa yang dilarang dalam nas iaitu Al-Quran dan
as-Sunnah.Para ulama menetapkan prinsip pembolehan ini berdasarkan
ayat al-Quran yang jelas. Diantaranya :Dia-lah Allah, yang
menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu (QS: 2:29)Berlainan
dengan ibadah. Tidak diwajibkan ibadah kecuali Allah telah
perintahkan seperti solat dan zakat.Menyangkut rutin harian kita,
prinsip yang berlaku adalah kebebasan kecuali apa-apa yang telah
Allah larang. Ini termasuk dalam hal jual beli, makan minum,
belajar maupun hiburan.Bermain gitar (alat muzik)Secara dasarnya
hukum bermain gitar ataupun alat muzik lain adalah harus selagi
tidak melanggar syariat Islam yang dapat mengubah hukum dari halal
kepada haram.Dr. Yusuf Qaradhawi berkata dalam bukunyaDisini saya
ingin menegaskan bahwa prinsip dasar pembolehan tidak hanya
terbatas pada hal atau benda, tapi termasuk seluruh kegiatan dan
tingkahlaku manusia yang tidak berhubungan dengan ibadah.(Buku
Halal dan Haram)Kegiatan dan tingkahlaku yang dimaksudkan adalah
kebiasaan atau urusan sehari-hari seperti bersukan, belajar dan
juga berhibur.Terdapat beberapa pandangan terhadap hal ini. Ada
yang menghalalkan dan juga yang mengharamkan dalam hal memainkan
alat muzik.sepertiIbnu ShalahdalamMuqaddimah Ulumul Hadits,Imam
an-NawawidalamAl-Irsyad,Imam Ibnu KatsirdalamIkhtishar Ulumul
Hadits,Imam Ibnu HajardalamTaghliqul Taliq,Ibnu
HazmdalamAl-Muhalla,as-SakhawydalamFathul
Mugits,ash-ShananidalamTanqihul AfkardanTaudlihul AfkarjugaSyaikh
al-Islam Ibnu TaimiyahdanImam Ibnul Qayyimdan masih banyak lagi. Di
sini penulis cenderung dengan pendapatSyaikh Nashiruddin
al-Albaniyang setuju dengan pandanganIbnu
HazmdalamAl-Muhalla.Syaikh Nashiruddin Al-Albani,dalamDhaif al-Adab
al-Mufrad(hal. 14-16) berpendapat hadits yang mengharamkan
alat-alat musik adalahMunqathi(terputus sanad)Imam Ibnu Hazmdalam
kitabnyaAl-Muhalla, juz VI, hal. 59 mengatakan:Jika belum ada
perincian dari Allah SWT maupun Rasul-Nya tentang sesuatu yang kita
perbincangkan di sini [dalam hal ini adalah nyanyian dan memainkan
alat-alat musik], maka telah terbukti bahwa ia halal atau boleh
secara mutlak. (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi,Seni Dalam Pandangan
Islam, hal. 57).Maka, memainkan alat muzik apa pun , hukumnya
adalah harusHalal dan haram berhiburSabda baginda rasulullah
:Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam
kitab (Al-Quran) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan
oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka
ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian(hadith hasan
riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).Hukum memainkan alat
muzik (contoh gitar) atau berhibur dapat tergantung pada beberapa
pertimbangan iaitu:1.Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan
dibuat2.Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada
pendengarnya3.Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebut4.Cara
perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan itu5.Keadaan waktu
muzik atau hiburan itu dilakukanNiat dan tujuan sesuatu Muzik atau
hiburan dibuatSeperti sabda RasulullahSesungguhnya setiap amal itu
dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa
yang diniatkan(Muttafaqun Alaih)Dalam soal bermain alat muzik, ia
terdapat 2 bahagian iaitu bermain dengan niat dan tujuan atau
bermain tanpa niat dan tujuan. Bermaintanpa tujuan dan niat,
seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan
manusia seperti dalam keadaan kegembiraan dan semangat, kesedihan
dan duka. Dalam hal bermain dengan tujuan dan niat, ini dilihat
dari baik buruk niatnya, berniat untuk menghilangkan jemu, ingin
mendatangkan semangat (yang tidak melalaikan) atau berniat untuk
mencari kemewahan dunia, keglamouran dan kepopularan.Kesan sesuatu
muzik atau hiburan itu kepada pendengarnyaFirman Allah,Dan Dia
menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)"(Surah Al-Araf,
ayat 157).Demikian juga denganmuzik atau hiburan, boleh atau tidak
dengan melihat kesannya terhadap umat (pendengar) apakah ia membawa
kebaikan atau kerusakan.Dalam soal ini, apakah ia membawa kesan
positif, memberi peringatan atau kesan negative, melalaikan
sehingga membazir masa dan melupakan perkara penting yang lain.Isi
Kandungan muzik atau hiburan tersebutFirman Allah swt :
Jauhilah kamu akan najis (kekotoran) iaitu dari berhala (syirik)
dan perkataan keji (bohong, palsu dan kotor)(Surah Al-Hajj :
30).Isi muzik atau hiburan juga terkait dalam soal boleh atau tidak
pada hal ini. Adakah yang diisi itu dengan kata-kata kotor dan
lucah serta keji, atau dalam muzik apa yang dialunkan itu sesuatu
alunan yang membawa maksud yang tidak baik atau pemujaan.Cara
perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan ituBoleh atau
tidaknya juga ditentukan oleh cara melaksanakan suatu hiburan itu.
Melaksanakan suatu hiburan dengan sopan santun, budi pekerti, aurat
terjaga dan lelaki dan perempuan berasingan. Atau melaksanakan
suatu hiburan dengan menggerakan badan yang mengiurkan,
terlompat-lompat, terbuka aurat dan percampuran lelaki dan
perempuan.Secara hikmah dan faedah dari Firman Allah,"Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya ..."(An Nur: 30)"Katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..."(An Nur:
31)Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukanWaktu melakukan
atau melaksanakan juga menentukan boleh atau tidak bermain alat
music dan berhibur ini. Apakah waktu pelaksaan itu semasa ada
kematian, kelahiran, waktu ibadah, perkahwinan dan hari raya
seperti hadis ini:"Daripada Aisyah Radhiallahu anha bahawa Abu
Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak
perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (Idul
Adha), ketika itu Nabi Shallallahu alaihi wasallam menutup wajah
Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak
perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam membuka
wajahnya dan bersabda:"Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari
ini adalah Hari Raya."(Hadis Shahih Muttafaq Alaih)HaramJika
memainkan alat muzik atau menghiburkan, dengan niat dan tujuannya
untuk mendapat nama, popular dan glamour, untuk mendapat pujian
dari orang ramai dan dipandang tinggi, hukumnya haram. Sekalipun
menghiburkan dengan nasyid, tetapi mempunyai niat yang salah dan
buruk, ia menjadiharam.Hiburan yang melalaikan pendengar, melupakan
tanggungjawabnya sebagai hamba-NYA, sebagai anak dan sebagai
pelajar, mengkhayalkan diri sehingga membazir masa, hukum hiburan
ituharam. Pedulilah samada yang membawa hiburan itu kumpulan
nasyid, jika kumpulan nasyid ini menghiburkan pendengar dengan
membawa lagu kekasih, tetapi ia mengkhayalkan para pendengar
terutama wanita dengan tergedik-gedik berangan mahukan lelaki,
hiburan itu menjadiharam. Walau kumpulan My Chemical Romance
menyampaikan lagu My Mother dengan membawa mesej untuk sayangi ibu
dan memberi kesan yang baik pada pendengar, ia dapat menjadi
halal.Isi lirik lagu yang dinyanyikan, kata- kata yang keluar
ketika memainkan alat muzik seperti kata-kata kasar dan lucah serta
keji, penuh dengan maksud yang bercanggah dari syariat Islam. Maka
hukumnya menjadiharam. Apabila melaksanakan permainan alat muzik,
nyanyian dan hiburan ini, ia disertakan sekali dengan tari menari,
joget tehenjut-henjut, gerakan badan yang mengiur dan
mengghairahkan, pakaian yang tidak cukup kain serta tiada batasan
pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka hiburan iniharam. Sama
juga jika berhibur pada waktu yang membawa kepada fitnah, seperti
waktu kematian atau waktu solat yang dapat menyebabkan
tertinggalnya solat itu, hukumnya adalahharam.Untuk lebih detail
dan jelas dan ingin lebih tahu pendapat-pendapat lain tentang
pengharaman hiburan boleh bacadi siniKesimpulanPengharaman muzik
dan hiburan ini disebabkan faktor melalaikan, melalaikan dari
memperingati Allah, terleka terhadap suruhan Nya dan terlupa
tanggungjawab sebagai hamba. Hiburan ini adalah salah satu agent
lupa bagi diri manusia ini yang sememangnya sering terlupa.
Sepertihakikat realitinya hari ini semua muzik membawa keburukan
dan kelalaian dan kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang
penyanyi boleh merosakkan pelbagai generasi dengan hanya bermodal
satu atau dua buah lagu sahaja.Hiburan adalah sesuatu yang bermula
dari titik tolak HARUS atau keizinan umum syarak yang tidak boleh
diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.Hiburan adalah hak
inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi
tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah
lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua
menyebut pada hari berkenaan:Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam
agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama
yang lurus lagi mudah (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh
al-Albani).Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan
menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar
Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.Namun, sudah pasti
di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara.
Hiburan juga adaDisiplindanBatasannya.Seorang muslim hendaklah
melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin
tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak
gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap
orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu
keluasan syarak dalam hal ini.Di samping tidak wajar hidup ini
disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang
sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan
dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai
tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan
maksiat kepada Allah.Semuanya datang dari Allah, ambillah yang baik
dan jauhkan lah dari yang buruk. Sila tegur dan betulkan jika ada
silap. Wallahualam.Muzik diharuskan dalam Islam dengan syarat ia
tidak mengandungi perkara-perkara yang haram seperti senikata lucah
dan unsur-unsur pemujaan dan cara ia dipersembahkan sehingga
melalaikan. Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi'ii (asasi) di
sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu
bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam
tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima
oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat.
Ulama' Fiqh ' terdahulu membenarkan muzik apabila mempunyai
konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji,
perkahwinan dan juga perayaan. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang
dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan
alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan.
Malangnya industri muzik seperti juga bidang-bidang lain, ia
diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap
Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu
diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati,
unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan
melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus
kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik
Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau
seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang
bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam
Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa
manusia.
Kembali kepada persoalan apakah Hukum mendengar lagu atau
konsert K-POP... Di sini saya berpendapat Hukumnya adalah Haram
sekiranya Artis K-POP:
* Mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan mahram...*
Memperdengarkan lirik yang berunsur lucah, yang merangsang syahwat,
yang menarik rangsangan di antara bukan mahram untuk melakukan
maksiat, berpelukan, perzinaan dan sebagainya...* Haram juga
sekiranya konsert atau nyanyian tersebut melalaikan pendengar
sehingga meninggalkan ibadah fardhu atau terganggu tumpuannya
ketika melakukan ibadah Fardhu.* Juga Haram sekiranya terdapat
aktiviti permujaan kepada mana-mana makhluk, berhala dan
sebagainya... Maka dengan itu sekiranya artis K-POP itu menjadi
pemujaan atau kegilaan kepada remaja-remaja maka wajarlah artis itu
ditegah daripada memasuki Malaysia dan digantikan dengan Ustaz
Azhar Idrus...Harap dapat membantu Saudari Haifa Aida...
Untuk Makluman saudari, mendengar dan meminati lagu K-POP boleh
membawa kepada peribadi, sahsiah diri dan akhlak yang kurang
baik... Maka saya sarankan saudari beralih kepada lagu-lagu Nasyid
semasa yang juga mempunyai muzik dan lirik yang indah yang dapat
membantu saudari dalam membina peribadi, sahsiah dan juga akhlak
yang lebih baik atau sekurang-kurangnya dapat meningkatkan motivasi
saudari untuk menjadi insan yang lebih baikSeni Dan Hiburan Dalam
Islam -
Dengan nama Allah yang Maha Peyayang dan Maha Pengasihani.
Alhamdulillah , segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT Tuhan
semestta alam. Ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar
NAbi Muhammad SAW. , ahli keluarga baginda , sahabat sahabat
Baginda, dan para pengikut yang terus berjuang di atas landasan
kebenaran hingga ke hari akhirat.
Sebagaimana yang kita tahu bahawa zaman sekarang seni dan
hiburan semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita sekarang
sama ada tua mahupun remaja dan juga tidak ketinggalan dalam
kalangan kanak-kanak. Isu ini semakin hangat diperkatakan bagi
golongan sekarang.
Untuk pengetahuan semua isu ini bukanlah perkara yang baru dalam
kalangan masyarakat umat Islam kerana isu ini telah lama
diperdebatkan di zaman umat Islam terdahulu. Islam telah
menghidupkan cita rasa keindahan dan mengukuhkan seni keindahan ,
tetapi dengna syarat-syarat yang tertentu yang membawa permasalahan
dan tidak mendatangkan kerosakan.
Selain itu, Islam juga telah menghidupkan berbagai jenis seni
sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuannya dan sekaligus membezakan
dari perkembangan ilmu pengatahuan yang lain, seperti seni khath
dan seni ukir sebagaimana yang kita dapati di masjid, rumah,
pedang, kerusi dan lalin-lain.
Sebagai contoh, seni sastera yang terdapat dalam masyarakat
bangsa arab dimana meraka sangat arif dalam hal ini, termasuklah
dalam hal ilmu pengetahuan yang diambil dari bangsa lain. Al-Quran
sebagai contoh yang terbaik bagi seni sastera yang tertinggi, sebab
membaca dan memperdengarkan kepada orang yang berakal dan berfikir
menjadi makanan jiwa dan perasaan yang tidak ada tolok
bandingannya. Ini kerana ianya bukan sekadar ditinjau dari segi
aspek isi dan kandungan melainkan dari segi cara penyampaian, cara
bacaan yang baik dan lunak untuk diperdengarkan dan menyenangkan
hati.
Tidak diragukan lagi bahawa masalah seni adalah masalah yang
sangat penting kerana perhubungan dengan naluri dan perasaan dan
idealisme peribadi dengan berbagai alat yang sangat berkesan , sama
ada yang boleh didengar mahupun dibaca. Seni merupakan media untuk
mencapai suatu tujuan yang status hukumnya seiring dengan tujuan
itu sendiri. Jika digunakan dalam urusan halal dan jika digunakan
untuk urusan haram hukumnya haram.
Sememangnya kita tahu bahawa Seni dan Hiburan terbahagi kepada
banyak bahagian tetapi saya akan lebih kepada bahagian dari segi
nyanyian dan muzik. Pada zaman ini nyanyian dan muzik amat popular
dalam kalangan masyarakat pada zaman sekarang. Isu ini ssemakin
meluas dan hangat diperkatakan walau dimana saja sama ada di kedai
runcit mahupun di kedai-kedai makan di tepi jalan. Isui ini sering
menjadi perhatian bagi media cetak dan media elektronik.
Sebagaimana yang kita tahu setiap rumah akan ada sebuah
televisyen atau radio. Dan seseorang itu akan nampak ganjil jika
tidak memiliki sebuah daripada mereka. Dan ini boleh dikatakan
WAJIB bagi setiap rumah sama ada glongan kaya mahupun golongan
sederhana. Ianya telah menjadi peralatan asas bagi setiap rumah.
Ini tidak menjadi masalah sangat bagi masyarakat sekarang untuk
terjerumus ke dalam kancah sosial.
Untuk pengetahuan semua untuk merasai keindahan itu kita
terdapat pelbagai cara ada yang dapat dilihat oleh mata, ada yang
dapat didengar oleh telinga, dan ada yang dapat dirasai oleh
pancaindera-pancaindera yang lain. Tapi saya lebih terjerumus ke
arah keindahan yang dapat didengaratau kita juga boleh kata sebagai
lagu atau nyanyian.
Dimana kita tahu bidang nyanyian telah banyak dipersoalkan dalam
Islam. Sebagai contoh, Bagaimana hukum Islam mengenai lagu dan
muzik??Dan kita tahu bahawa banyak pendapat yang berbeza telah
diberikan oleh para ulama tentang isu mengenai lagu dan muzik.
Antara pendapat yang diberikan oleh para ulama ialah:
Sebahagian kaum muslimin menyatakan nyanyian dan muzik adalah
halal jika dan merupakan kenikmatan hidup yang diperbolehkan oleh
Allah SWT
Sebahagian lagi menyatakan nyanyian itu seruling syaitan dan
perkataan yang tidak berguna itu boleh menghalangi dari zikrullah
dan solat. Seperti contoh, jika yang menyanyi itu adalah seorang
perempuan atau wanita kerana suara seorang wanita adalah aurat bagi
seorang lelaki yang bukan muhrim kepadanya.
Sebahagian ini pula, tidak pasti dengan atua bersikap ragu-ragu
terhadap sikap kedua-dua diatas.
Selain persoalan itu terdapat banyak lagi persoalan yang
diajukan oleh kaum muslimin. Salah satu soalannya ialah Apakah
nyanyian boleh dimainkan dimainkan dengan muzik ataupun
tidak?????Persoalan ini telah menjadi isu perdebatan yang hangat
dan perbincangan yang panjang lebar dalam kalangan para ulama Islam
sejak pertumbuhan Islam. Mereka telah bersepakat untu7k
mengharamkan segala bentuk nyanyian yang mengandungi perkataan yang
kotor, fasiq dan mendorong seseorang untuk melakukan maksiat.
Tetapi nyanyian itu pada dasarnya hanya dari segi perkataan.
Jika perkataan itu disusun dengan baik maka ianya akan menjadi
baik
Jika perkataan itu disusun ddengan buruk maka ianya akan menjadi
buruk
Jika perkataan itu disusun dengan haram maka ianya akan menjadi
haram
TERDAPAT DALIL ORANG-ORANG YANG MENGHARAMKAN LAGU(NYANYIAN) DAN
BANTAHAN DARI ULAMA-ULAMA
Terdapat beberapa dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian
diterima iaitu :
Golongan yang mengharamkan nyanyian mengunakan dalil dengan
hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Masud dan Ibnu Abbas
bahawa mereka mengharamkan nyanyian berdasarkan firman Allah
SWT:
Dan di anatara manusia(ada) orang yang mempergunakan perkataan
yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah SWT
tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah SWT itu olok-olok.
Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan (Luqman:6)
Dari orang-orang yang mengharamkan nyanyian adalah firman Allah
SWT dalam memuji orang orang yang beriman. Firman Allah SWT
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak
bermanfaat,
Mereka berpaling daripada(Al-Qashash:55)
Ini termasuklah Al-Laghwu(perkataan yang tidak berguna), maka
wajib kita menghindarinya. Terdapat 3 golongan iaitu:
1.Golongan yang mendengar nyanyian untuk membantu dirinya
melakukan maksiat kepada Allah SWT maka dia seorang yang fasiq.
2.Golongan yang mendengar nyanyian dengan niat yang baik untuk
menghiburkan diri dan untuk memperkuatkan ketaatannya kepada Allah
SWT , maka orang itu dikatakan membuat kebaikan dan termasuk dalam
kebenaran.
3.Golongan yang tidak berniat apa-apa sama ada kebaikan mahupun
kejahatan orang ini termasuk dalam golongan lagha(sia-sia).
Dalil dengan hadith dari Siti Aisyah sesungguhnya Allah SWT
mengharamkan qainah(penyanyi perempuan), menjualnya, memakan
hasilnya dan mengajarinya.
Jawapannya ialah:
1.Yang dimakskudkan dengan qainah ialah hamba perempuan yang
menyanyi di hadapan lelaki dalam majlis dikhuatirkan boleh
menimbulkan fitnah. Apabila menimbulkan fitnah ia akan menjadi
haram.
Golongan yang mengharamkan nyanyian ke atas wanita dengan alasan
yang tidak munasabah iaitu suara wanita adalah aurat , padahal
perkara tersebut tidak mempunyai dalil, dan tidak pula yang mirip
dengan dalil dari agama Allah bahawa suara wanita itu salah satu
aurat.
Kemungkinan semua nash-nash yang dijadikan dalil diatas mungkin
shahih tetapi tidak sharih (jelas) dan tidak ad asaut pun yang
sampai kepada Rasulullah untuk mengatakan nyanyian itu haram.
DALIL-DALIL ULAMA YANG MEMPERBOLEHKAN NYANYIAN
Terdapat juga dalil yang memperbolehkan nyanyian seperti
berikut:
Ditinjau dari segi nash-nash.
-agama memiliki toleransi dan agama yang bersih serta mudah.
- menunjukkan Islam agama yang tidak memaksa umatnya, serta
kemudahan yang diberikan dan menunjukkan toleransi kepada
kaum
non-muslim.
- penting memelihara tradisi suatu kaum yang berbeza-beza
dan
mempunyai pelbagai ragam.
Ditinjau dari segi roh Islam dan kaedah-kaedah
- tidak mempunyai masalah jika hanya untuk dinikmati oleh jiwa
dan dianggap baik oleh akal dan fitrah serta disenangi oleh telinga
untuk didengari.
- muzik dan suara yang indah itu merupakan naluri manusia dan
fitrah yang melekat pada mereka. : Seperti contoh:bayi dalam buaian
akan tenang apabila mendengar suara ibunya dan mengalihkan
perhatian dari tangisan. Para ibu apabila mendodoikan anak akan
mengundangkan lagu untuk anak-anaknya.
-untuk menghiburkan hati yang dalam keadaan yang gundah-gulana
dan untuk mengubat hati yang berada dalam keletihan dad kebosanan
tetapi dengan keadaan yang tidak berlebihan.
GOLONGAN-GOLONGAN YANG MEMBOLEHKAN NYANYIAN
Telah kita sebutkan nash-nash Islam dan kaedah-kaedah yang
membolehkan nyanyian walaupun bercanggah pendapat. Ustaz Syaukani
berkata:
Ahlul Madinah dan ulama yang bersependapat dengan , mereka dari
kalangan Zhahiriyah serta jamaah dari kaum sufi berpendapat bahawa
menyanyi itu diperbolehkan, meskipun dengan gitar dan biola
Selain itu Ustaz Manshur menceritakan mengenai mendengar lagu,
bahawa sesungguhnya Abdullah bin Jafar tidak memandang nyanyian itu
terlarang. Bahkan ia sering mengubah lagu untuk hamba-hambanya
perempuannya lau mendengarkan nyanyian mereka dengan alat
muzik.
Tambahan pula, Imam Ar-Rauyani menceritakan dari Al-Qaffal,
bahawa sesungguhnya mazhabnya Imam Malik bin Ana situ
memperbolehkan menyanyi menggunakan alat muzik, demikian juga Ustaz
Mansur Al-Faurani juga menceritakan dari Imam Malik tentang
bolehnya mempergunakan gitar.
Mereka semua mengatakan halalnya mendengar lagu menggunakan
alat-alat muzik. Tidak ada salahnya jika menggunakakn alat muzik
untuk menyedapkan lagi lagu yang dikumandangkan. Terdapat banyak
lagi golongan yang tidak dinyatakan
BATASAN DAN PENSYARATAN YANG HARUS DIPELIHARA
Walaupun telah banyak kita pelajari tetapi kita juga hendaklah
tahu mengenai batasan-batasan dan syarat yang dikenakan supaya
tidak terpesong kea rah yang lain. Syarat-syarat ini hendaklah
dijaga dalam mendengarkan lagu, antaranya ialah:
Tegaskan bahawa semua lagu itu tidak diperbolehkan. Ini
bermaksud tema atau isinya mestilah atau harus sesuai dengan adab
dan ajaran dalam Islam.
Contoh :menyanyi dengan kata-kata Abu Nawas:
Sudahlah mencela diriku; Kerana celaan itu meerangsang
permusuhan. Sembuhkanlah aku dengan ubat; Yang dahulu dikenal
sebagai penyakit.
Ini kerana merupakan tasykik(keraguan)terhadap dasar-dasar
keimanan
-lagu-lagu yang dilarang seperti menyanjungi orang-orang
zalim para thaghut , dan orang-orang fasiq yang telah melakukan
penderitaan kepada umat Islam.
-lagu-lagu yang menyanjungi orang yang bermata keranjang dan
hidung belang sama ada lelaki atau wanita.
katakanlah wahai lelaki yang beriman, hendaklah mereka
memelihara pandangannya (An-Nur:30)
katakanlah wahai wanita yang beriman :hendaklah mereka menahan
pandangannya (An-Nur:31)
Penampilan dan gaya juuga perlu dijaga. Apabila mengalunkan
suara unttuk menyakitkan hati seseorang ini akan mengalihkan
nyanyian tersebut menjadi haram, syubhat atau makruh. Sesungguhnya
Al-Quran telah memberikan wasiat kepada para isteri Rasulullah
SAW:
janganlah kamu tunduk(melunakkan)dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya
(Al Ahzab:32)
Lagu-lagu tidak boleh disertai dengan perbuatan haram minum
arak, menampakkan aurat tanpa ada pensyaratan dan batas.
Nyanyian juga tidak boleh berlebihan sebagaimana barang-barang
yang diperbolehkan.
-terutama menyentuh hati dan perasaan. Dimana berbicara
tentang
cinta dan kerinduan.
-seimbangkan antara keperluan dunia dengan agama serta hak
sosial.
-agama telah mengharamkan ghuluw (berlebihan)dan pemborosan
di
dalam segala hal , sekalipun dalam beribadah.
-kita hendaklah membahagikan waktu dengan adil dengan 3
perkara:
@adil dan seimbang
@Allah SWT akan menanyai setiap insane tentang umur
untuk apa dihabiskan
@tentang masa muda untuk apa dipergunakan
Jika lagu yyang dimainkan membangkitkan syahwat hendaklah kita
menjauhinya dan menutup semua pintu di mana angin fitnah dapat
menghembus ke dalam hati, agama dan akhlak.
MENGAPA ULAMABERSIKAP KERAS DALAM MASALAH LAGU
Ulama akan bersikap keras apabila ianya membabitkan alat muzik..
Ini kerana beberapa alasan.
Mengambil sikap berhati-hati , bukan mengambil yang lebih
mudah.
Tertarik dengan Hadith-Hadith dhaif dan palsu.
Keadaan lagu yang sedap mendominasi
-kebanyakan lagu pada zaman ini lebih terjerumus kearah yang
menyimpang dan keluar dari batasan.
NYANYIAN DALAM BERBENTUK MAKSIAT
Menjadi sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan
kalangan elit atau masyarakat yang glamour yang tenggelam dalam
duniawi, mengabaikan solat, serta mengikuti syahwat dam
bercampur-aduk lagu dengan kemaksiatan.
Tambahan pula dengan permainan gadis-gadis cantik sehingga
mendengar lagu dalam keadaan seperti ini dapat menimbulkan
perbuatan yang memalukan dan kefasiqan terhadap perintah Allah
SWT.
BEBERAPA FAKTOR YANG MENGUBAH HUKUM MENDENGAR NYANYIAN DARI
MUBAH MENJADI HARAM
Faktor yang ada pada penyanyi. -contoh:seorang wanita tidak
halal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila
memperdengarkannya, sehingga haramnya di sini kerana takut fitnah
bukannya lagu itu sendiri.
Faktor yang ada pada alat muzik. -jika alat yang digunakan
termasuk dalam perkara haram seperti lelaki yang menyerupai wanita.
Contohnya seruling, sejenis gitar dan gendang. Alat tersebut adalah
dilarang.
Faktor yang ada pada isi lagu. -seperti perkataan yang mencaci
dan kata-kata kotor, atau kata-kata dusta terhadap Allah SWT dan
Rasul-Nya.
Faktor yang ada pendengar. -ini selalunya terjadi kepada
golongan remaja iaitu apabila remaja mendengar nyanyian dengan
nafsu syahwat maka nyanyian itu adalah haram.
Faktor kewangan -apabila kita mempunyai wang yang banyak , maka
kita akan menyalahgunakan wang tersebut. Kerana itulah kewangan
juga salah satu factor yang menjadi masalah.
Apa yang menyebabkan seruling dan gitar menjadi haram ialah
terdapat 3 alasan:
1.kerana ia boleh mendorong seseorang untuk minum khamar.
2.alat-alat muzik tersebut bagi orang yang mendekatkan jangka
waktunya dengan khamar.
3. berkumpul dengan muzik sudah menjadi kebiasaan bagi
orang-orang Fasiq, maka kita dilarang untuk menyerupai dengan
mereka.
Saya akhiri juadah yang saya bentangkan dengan apa yang
sebenarnya dimaksudkan dengan perkataan haram. Sesiapa yang
mengucapkan perkataan haram dengan lantang maka dia seharusnya
takut denga Allah SWT kerana perkataan haram amat berisiko tinggi
dan salah mengucapkannnya akan menerima hukuman yang teramat berat
dari Allah SWT.
Jika masalah haramdiketahui dengan nash yang tetap dan tegas
atau ijma yang disepakati. jika tidak demikian maka pintu maaf dan
kemudahan menjadi longgar, padahal para salafus solleh adalah suri
teladan yang teramat baik. Jdi janganlah kita mempermainkan
perkataan haram sesuka hati untuk menyatakan hukum. Oleh itu kita
hendaklah memahami apa yang diharuskan dalam Islam dam apa yang
tidak diharusskan dalam Islam. Janganlah kita seesuka hati
menyatakan hokum yang tidak shahih dan tidak mempunyai akar umbi
yang betul.
Oleh itu untuk seni dan hiburan tidak salah dari segi agama
tetapi perlulah mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh agama
untuk kesenangan umat Islam hhuga pada masa hadapan. Jadi kita
hendaklah sama-sama membangunkan Islam.
DUNIA HIBURAN NEGARA INI SESAK DENGAN HIBURAN YANG MELALAIKAN!
Setujukah anda? Kita dihidang dan dilambakkan dengan hiburan di
sana sini, siang dan malam - di kaca telivisyen; di peti radio; di
kertas akhbar, buku dan majalah; di alam maya internet; di pentas;
dan seanika tempat lagi ! Hebat sungguh dan akibatnya terdapat
kalangan umat Muslim yang menjadi lalai terhadap kewajipan dan
tanggungjawab terhadap Allah swt.
Apa yang terpapar sekarang ini lambakan hidangan hiburan ini
telah menggalakkan budaya berseronok-seronok. Berhibur dan
berseronok-seronok tanpa mengira waktu dan taraf hubungan. Lelaki
wanita bukan muhrim bergaul bebas. Kesudahannya, berlaku
keterlanjuran dan hubungan perzinaan. Tidak hairanlah kalau kita
sering disajikan dengan berita-berita anak luar nikah, buang bayi
dan bunuh bayi.
Hukum Muzik &Nyanyian
Nyanyian dalam IslamNyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari
cabang seni yang utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah
dan unik jika dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang
sedia maklum, Islam merupakan agama yang indah dan Allah sendiri
sebagai pencipta alam semesta ini turut dikenali dengan sifatnya
yang Maha Cantik dan juga menyukai kecantikan dan juga
keindahan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan
sebaik-baiknya(As-Sajdah:7)Berdasarkan maksud firman di atas, jelas
membuktikan bahawa Allah itu sendiri menciptakan setiap kejadian
dengansebaik-baiknya (sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan
dengan sifat Allah yang maha indah dan menyukai keindahan.
Hukum NyanyianUlama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian
menurut syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam
menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama
menetapkan hukum nyanyian dan muzikadalah haram manakala sesetengah
lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang mengharuskannya.
Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian masing-masing
berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang dibawa dari
ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.
Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan MuzikSeperti sedia maklum
terdapat sebahagian u