Top Banner
ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 Buku kenang Yasmin Ahmad > KETIKA hayatnya masih ada, Allahyarham Yasmin Ahmad seorang yang disayangi ramai dan ketiadaannya paling dirasai mereka yang pernah bekerja dengannya, bukan sahaja kerana profesionalisme malah sifat keibuan yang dimilikinya. lihat muka 2 ‘Usah pinggir pelakon senior’ -Noorkhiriah muka 9 Aktor India pertama di muka depan Time Nurul Syuhada Letak Jawatan TV3 muka 10 Mahu dalami ilmu agama ISNIN 10 SEPTEMBER 2012 SEMENANJUNG RM1.20 SABAH/SARAWAK RM1.40 BIL 308 www.bzara.com.my
7

Assignment Typography

Mar 28, 2016

Download

Documents

Nur Zawani

Zawani Zainal
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Assignment Typography

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

Buku kenang Yasmin Ahmad

> KETIKA hayatnya masih ada, Allahyarham Yasmin Ahmad seorang yang disayangi ramai dan ketiadaannya paling dirasai mereka yang pernah bekerja dengannya, bukan sahaja kerana profesionalisme malah sifat keibuan yang dimilikinya. lihat muka 2

‘Usah pinggir pelakon senior’-Noorkhiriahmuka 9

Aktor India pertama di muka depan Time

Nurul Syuhada Letak Jawatan

TV3 muka 10

Mahu dalami ilmu agama

ISNIN 10 SEPTEMBER 2012 SEMENANJUNG RM1.20 SABAH/SARAWAK RM1.40 BIL 308 www.bzara.com.my

Page 2: Assignment Typography

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

Oleh Zaidi [email protected]

Vokalis Peterpan masih disokong peminat

walaupun dibenciTANGGAL 24 Mac lalu pasti terpahat kenan-gan manis buat penu-lis kerana berpeluang menemubual vokalis Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya, Nazriel Irham di dalam Penjara Kebon Waru, Bandung. Namun, misi dan perte-muan yang diatur pihak Universal Music Malaysia dan PT Musica Studio’s, Indonesia, agak berbeza

dan mencabar.

Pertemuan empat mata bersama Ariel itu turut dihadiri lima peminat bertuahnya dari Jakarta dan Bandung yang di-pilih kedua-dua syarikat rakaman berkenaan dibenarkan pihak pen-gurusan penjara, namun tetap bersyarat. Kumpu-lan wartawan Malaysia juga perlu ëmenyamarí sebagai peminat Ariel.

Kehidupan dalam sini memang agak membo-sankan. Tiga bulan perta-ma saya sendiri tak dapat menafikan betapa sukar untuk membiasakan diri. Lama kelamaan saya semakin OK... cuma ta-

biat merokok saya lebih teruk daripada sebelum saya berada di dalam ini. - Ariel

Bererti dalam tempoh hampir sejam bersama Ariel dalam sebuah bilik kreatif di penjara berke-naan, sesi borak atau lebih tepat temubual itu dijalankan tanpa sebarang buku nota, pen, kamera atau apa saja alat rakaman, selain tiada langsung soalan berbaur peribadi.

Sebaliknya, daya in-gatan kuat amat diper-lukan ketika itu. Apatah lagi selesai pertemuan itu, rakan media harus

bertungkus lumus me-nyiapkan berita untuk dihantar ke Kuala Lum-pur. Terdahulu, kedatan-gan kami disambut baik Ariel yang masih kekal kacakdan tenang wa-jahnya, sambil sesekali tersenyum.

Rambutnya yang kembali panjang turut digayakan dengan cekak. Cuma, barisan giginya sudah kekuningan dek terlalu kuat merokok selepas hampir dua tahun menghadap jeriji besi dan dinding batu, selain dikelilingi tembok batu. Mesranya bukan main dan setiap persoalan yang diajukan disambut

baik.

Kehidupan dalam sini memang agak membo-sankan. Tiga bulan perta-ma saya sendiri tak dapat menafikan betapa sukar untuk membiasakan diri. Lama kelamaan saya se-makin OK... cuma tabiat merokok saya lebih teruk daripada sebelum saya berada di dalam ini,î kata Ariel sambil meminta izin untuk menyalakan api rokok ketika pertemuan itu berlangsung.

Sepanjang pertemuan, niat di hati mahu juga memberanikan diri mengajukan soalan peribadi membabitkan dirinya dengan Luna Maya. Khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah putus, selain masing-masing dikatakan sudah ber-temu pengganti. Namun, ia terus tersekat selain mengenang dan meng-hormati permintaan penganjur.

Di Indonesia kisah ko-nonnya cinta mereka sudah terkandas di ten-gah jalan turut didorongi kisah Luna pernah dilihat mesra dengan seorang pemilik kafe di kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Luna dan lelaki itu di-katakan asyik memadu kasih dengan suasana

cukup romantis disulami senda tawa, manakala lelaki berkenaan turut di-katakan menggenggam erat tangan Luna.

Spekulasi perpisahan mereka turut dikatakan berpunca dengan Luna yang sudah tidak lagi melawat Ariel di rumah tahanan seperti ke-biasaan. Ariel pula di-katakan beralih arah kepada Momo dengan kekerapan vokalis kum-pulan Geisha itu mela-watnya di penjara.

Menurut pihak PT Musica Studioís yang diajukan persoalan itu, mereka menidakkan bahawa hubungan Ariel dan Luna sudah putus di tengah jalan. Cuma kurang pasti tahap kesahihannya atau ia tidak lebih daripada sekadar jawapan selamat atau cover line Ariel atau Luna.

Kisah perpisahan mer-eka terus menjadi tanda tanya kerana ia turut ditepis khabar konon-nya Ariel dan Luna sudah bernikah dalam penjara. Lagu nyanyian solo terba-ru ciptaan Ariel berjudul Dara dikatakan didedika-sikan khas buat Luna.

Ariel makin glamor?Oleh Nor Akmar [email protected]

KETIKA hayatnya masih ada, Allahyarham Yas-

min Ahmad seorang yang di-sayangi ramai dan ketiadaan-nya paling dirasai mereka yang pernah bekerja den-gannya, bukan sahaja kerana profesionalisme malah sifat keibuan yang dimilikinya.

Walaupun Yasmin sudah kembali ke alam baqa hampir empat tahun lalu, rakan-rakannya masih mengingati setiap patah kata-katanya dan selalu berasakan seolah-olah dia masih hidup. Kini sebagai mengenang segala pengorbanan, jasa dan kebaikannya, bekas majikannya iaitu agensi pengiklanan terkemuka, Leo Burnett menerbitkan buku

diberi nama Yasmin How You Know? yang memuat-kan petikan kata-katanya yang kelakar dan memberi semangat yang pernah dilafazkan kepada rakan sekerja, kenalan rapat, ke-luarga dan pelakon yang pernah bekerja dengannya.

Buku itu sedang dijual di rangkaian kedai buku Bor-ders dan Yasmin How You Know? akan diperkenalkan kepada umum pada hari ini, jam 10 pagi di Berjaya University College of Hos-pitality, tingkat 11, West West Wing, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Menurut wakil Bor-ders, Liza Ramli, jualan

buku berharga RM35 itu adalah untuk tujuan amal mengisi dana Yayasan

Kanak-Kanak Yasmin Ah-mad (Mercy Malaysia).Jelasnya, walaupun buku itu diterbitkan dalam ba-hasa Inggeris, tetapi ia mu-dah dibaca kerana ia hanya

mengandungi petikan yang ringkas den-gan ilustrasi yang men-arik. Terdapat juga gam-bar Yasmin dan keluarg-anya dalam buku itu.

“Borders dan Leo Burnett ti-dak mengam-bil sebarang keuntungan daripada pen-jualan buku

itu. Apa yang penting, kami

mahu Yasmin sentiasa diin-gati ramai kerana dia seorang yang sangat istimewa. Dek kerana keistimewaannya itu, kami mahu menjadi-kan majlis ini juga istimewa

dengan mengadakan tay-angan filem arahannya.

“Kepada mereka yang be-lum kesempatan untuk

menonton filemnya sebelum ini atau ingin mengemba-likan nostalgia bersamanya, datanglah beramai-ramai ke majlis ini. Kami juga akan menjemput pelakon yang pernah membintangi filem-nya untuk datang menonton bersama peminat,” katanya.

Tayangan filem itu akan dia-dakan hari dan esok mulai jam 1 petang di mana setiap hari tiga filemnya akan di-tayangkan. Untuk acara hari ini, selepas majlis perkenalan buku itu selesai, orang ramai bermesra dengan pelakon undangan dan selepas itu bo-leh terus menonton wayang.

Filem yang ditayangkan hari ini, Rabun (jam 1 pet-ang), diikuti oleh Sepet (3 petang ) dan Gubra (5 pet-

Kata p e r s e t u j u a n sudah diberi

dan lagu juga sudah terse-dia. Kini hanya menunggu kontrak ditandatangani.

Jika perancangan berjalan lancar, album projek khas Datuk Siti Nurhaliza dengan syarikat rakaman Indonesia, Virgo, akan berada di pasa-ran seberang selewatlewat-nya pada hujung tahun. Ber-cakap kepada HIP menerusi telefon, semalam, Siti begitu teruja apabila bercakap men-genai buah tangan terbaru kerana secara tidak langsung ia menjadi penawar rindu buat peminat di republik berkenaan kepadanya. Sebaik saja berumah tangga dan terbabit dalam perni-agaan SimplySiti, ramai pe-minat di Indonesia sangka Siti tidak lagi aktif menyanyi.

Siti sering mendapat per-tanyaan sebegitu daripada peminat di sana. Jadi, den-gan kehadiran album ini, Siti harap mereka akan gem-bira dan bersedia meneri-ma kehadirannya sebagai pengubat kerinduan, kata Siti mengenai album yang

dibiayai sepenuhnya oleh syarikat rakaman berkenaan.

Sempena kehadiran album itu nanti, Siti juga akan terbabit dengan siri pro-mosi termasuk mengada-kan konsert untuk pemu-janya di negara berkenaan.

Konsert ialah antara perka-ra yang tercatat dalam kontrak, selain meng-hadiri sesi fotografi serta sidang media mempro-mosikan album berkenaan. Siti memang tak sabar un-tuk kembali mewarnai du-nia nyanyian di sana, kat-anya yang akan masuk ke studio pada bila-bila masa saja.

Album serumpun

Sambil menyifatkannya seb-agai karya penuh bermakna, Siti, 33, berkata, album yang belum berjudul itu ialah produk serumpun. Ia bukan saja menampilkan kom-poser Indonesia, tetapi turut mendapat kerjasama dari-pada komposer tanah air.

Setakat ini ada beberapa komposer Indonesia yang

sudah memberikan lagunya kepada Siti. Antaranya bekas vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir, dan juga Dewiq. Sebelum ini pun Siti pernah bekerjasama dengan Dewiq. Siti juga ada minta lagu daripada Melly.

Selain itu, Siti turut menyum-bangkan sebuah lagu dalam album ini. Ia sudah pun siap dan memandangkan Siti mencipta lagu berentak moderate itu menerusi hum-ming, Siti serahkan kepada Aubrey Suwito untuk mem-buat susunan muziknya, kata Siti yang muncul dengan single berjudul Muara Hati, lagu duetnya bersama Hafiz.

Meskipun pernah melahirkan hasrat menghasilkan album solo selepas pembikinan album Inggerisnya, sekitar tahun lalu, hasrat itu terpak-sa ditangguhkan seketika.

Memandangkan projek al-bum khas ini sudah berjalan, jadi nampak gayanya Siti ter-paksa mendahulukan album ini. Lagipun album ini juga bakal dipasarkan di Malay-sia. Buat masa ini kami masih

mencari pengedar sesuai. Siti tak mahu nanti, jika Siti teruskan juga penghasilan album solo di Malaysia, pe-minat akan keliru, jelasnya.

Sementara itu, biarpun kon-sert Siti di Dewan Filhar-monik Petronas (DFP), yang dijadualkan berlangsung ta-hun depan masih samar-sa-mar, khabarnya sebuah lagi konsert membabitkannya akan dianjurkan November ini. Jika tiada aral melintang,

kata Siti, konsert itu akan di-adakan di Kuantan, Pahang.

Konsert selama sejam itu akan menyaksikan Siti me-

n y a m p a i -kan lagu popular Siti. M a k l u m a t l e n g k a p m e n g e n a i k o n s e r t itu akan di jelask an dalam si-dang media khas nanti, k a t a n y a .

Penawar rindu Siti

Buku kenang Yasmin Ahmad

Suatu ketika dahulu allahyarham Yasmin Ahmad banyak berjasa dalam dunia pengiklanan.

Page 3: Assignment Typography

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

Oleh Husni Abdul Hamid | [email protected]

Noorkhiriah bidas stesen TV yang lebih utamakan pelakon baru dalam

drama.

Sudah lama situasi itu diperha-tikan cuma pelakon berkarakter, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 36, enggan memperbesarkan isu yang semakin menghimpit pela-kon senior sepertinya.

Noorkhiriah yang mesra disapa Noor, bimbang jika luahan hat-inya itu disalahertikan seolah-olah dia tidak bersyukur dengan apa yang diperolehnya selepas lebih sedekad mengabdikan diri dalam dunia lakonan.Namun semakin lama dipen-dam, luka itu bertambah dalam membuatkan anak kelahiran Raub, Pahang itu tidak mampu lagi memendamnya.

Dua trofi Anugerah Skrin, selain mempertahankan trofi Artis Ko-medi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama tiga tahun berturut-turut bagaikan bukan jaminan untuk Noorkhiriah menikmati kemanisan sebagai pelakon.

ìBahang itu lebih terasa apabila sentiasa diberikan watak ham-pir sama dan pernah dibawa, membuatkan saya tertanya-tanya apakah masih ada tempat untuk pelakon senior di kaca televisyen?

Orang mungkin tidak faham, malah pasti ada yang menud-

ing jari menuduh saya tidak bersyukur. Tetapi sebagai pelakon, saya perlu mencabar diri untuk mencari ses-uatu yang baru dan meninggalkan impak.

Malangnya ruang itu semakin sempit untuk pelakon senior apabi-la produksi televisyen mengutamakan wa-jah baru, sedangkan pelbagai genre drama diterbitkan untuk menguji kredibiliti pelakon.

Maaf jika saya ber-kasar tetapi saya dapat rasakan, stesen televisyen lebih men-gutamakan wajah popular dan komersial tetapi apabila ber-lakon keras seperti

kayu. Situasi itu ada ketika buat saya terasa hati,î katanya.

Bukan menidakkan ruang untuk diteroka bakat baru tetapi kata Noorkhiriah, usah kerana ter-lalu mengejar jumlah tontonan kredibiliti pelakon diletakkan pada tempat kedua.

‘Usah pinggir pelakon senior’

Susunan Zul Husni Abdul Hamid Cetak Emel Kawan

TIADA lagi filem aksi buat

Jackie Chan, malah Chinese Zodiac yang juga produksi ke-100 dibintanginya men-jadi produksi aksi terakhir yang dijayakannya.ìIa adalah filem adalah filem aksi terakhir lakonan saya,î kata aktor berusia 58 ta-hun itu pada sidang media yang diadakan di Cannes, baru-baru ini. ìSaya sering bertanya kepada diri, berapa lama lagi mampu bertahan? Saya bukan lagi muda. Saya sudah terlalu letih,î kat-anya disulami tawa, menter-jemahkan peribadinya yang mesra dan mudah didekati.

Saya belum bersara. Cuma

ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawar-kan saya watak dalam filem muzikal. - JackySelain faktor usia, superstar antarabangsa yang sering melakonkan sendiri aksi lasak dalam filem yang dibintanginya juga mempu-nyai sebab lain mengapa dia mengambil keputusan itu.

Katanya, pengisian keter-laluan terutama di layar kaca dan perak mengubah dunia menjadi kejam lantas mem-buat dirinya tersepit dan terperangkap dalam dilema.ìSaya menyukai filem aksi tetapi saya membenci kega-nasan. Dunia hari ini men-jadi terlalu ganas,î katanya berharap keputusan itu akan

memperluaskan jenama Jackie Chan dengan meng-galas watak lebih serius dan dramatik.

Sedikit demi sedikit, kata pelakon kelahiran Hong Kong itu, penonton akan lebih mengenali siapa Jackie Chan yang sebenar. Saya tidak mahu cuma dike-nali sebagai pelakon filem aksi, saya ingin khalayak melihat saya sebagai aktor sebenar. Saya mahu menjadi Robert De Niro Asia.Saya ingin keluar daripada imej yang selama ini melekat kuat dalam diri saya. Sejak 10 tahun lalu saya cuba mem-pelbagaikan lakonan sep-erti The Karate Kid, di mana saya selesa membawakan watak sebagai orang tua.Saya mahu audiens men-genali saya bukan sekadar menerusi watak aksi dan ko-medi kerana saya juga boleh berlakon,î katanya.

Popular dengan kepakaran-nya menggabungkan seni mempertahankan diri dan komedi slapstik, Chan ketika ini memegang rekod dalam Guinness Book of World Records sebagai pelakon paling banyak melakonkan aksi.

Memulakan karier lakonan sebagai pelakon lagak ngeri dalam filem Bruce Lee, Fist Of Fury (1972) dan Enter The Dragon (1973), Chan ber-kata, keinginannya itu bukan bermakna dia ingin berun-dur daripada dunia lakonan. Saya belum bersara. Cuma

ini filem aksi terakhir saya tetapi saya masih lagi mahu berlakon. Saya berharap lebih ramai pengarah akan mendekati dan menawar-kan saya watak dalam filem muzikal.Barangkali ramai yang sudah lupa, saya juga seorang penyanyi yang baik. Malah saya juga berharap dapat beraksi dalam filem sains fiksyen atau cinta,î katanya.

Chan tidak menafikan pada usianya sekarang, dia perlu lebih berhati-hati dan me-mikirkan risiko yang ter-paksa ditanggung setiap kali melakonkan aksi lasak yang mengancam nyawanya. Saya terlalu banyak mengalami kecederaan, membuatkan saya perlu lebih berhati-hati jika ingin meneruskan kerjaya sebagai pelakon,î katanya.

Chan dalam autobiografi, I Am Jackie Chan mengakui pernah berdepan pelb-agai kecederaan termasuk pendarahan otak yang ham-pir meragut nyawanya ketika membintangi Armor Of God.Dia juga hampir kehilangan penglihatan ketika beraksi di set Drunken Master, malah hidungnya pernah tiga kali patah ketika berlakon dalam tiga filem berbeza.Dike-nali sebagai seorang yang sederhana, malah sering melemparkan senyuman, Chan mengakui, dia tidak akan bertolak ansur den-gan pelakon yang berlagak diva ketika di lokasi peng-gambaran.Siapapun mereka

katanya, apabila di lokasi dia akan melayani semua yang terbabit sama rata tanpa mengira kedudukan.

Saya tidak peduli seba-gus manapun seseorang pelakon itu. Memang saya menyenangi pelakon yang punya bakat tetapi person-aliti itu lebih penting. Bukan hanya di depan, personaliti di belakang kamera juga memainkan peranan pent-ing. Saya tidak suka pelakon yang mempunyai nama besar, memberikan persem-bahan terbaik tetapi di be-lakang meminta bukan-bu-kan.Saya benci orang seperti ini. Saya sama seperti orang lain, tiada perbezaan. Saya tetap akan makan semeja dengan semua orang di lokasi, semua kena bersama,î katanya.

Galak anak berlakonKETIKA tayangan perdana filem aksi komedi, Double Trouble, Jackie Chan hadir memberikan sokongan ke-pada anaknya, Jaycee Chan atau Fong Cho Ming yang buat kali pertama beker-jasama dengan pengarah baru Taiwan, Chang Hsun-Wei.Mengulas mengenai anaknya, Chan berkata, dia sering memikirkan pelbagai kekurangan dan kelema-han yang dimiliki Cho Ming namun kebelakangan ini, persepsi negatif itu mula beransur pergi.Ramai menjerit dan mema-rahi saya kerana di mata mereka, Cho Ming be-rada di atas landasan yang betul. Saya masih teringat bagaimana Will Smith me-layani anaknya ketika peng-

Filem aksi terakhir Jackie Chan

Page 4: Assignment Typography

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

Aamir Khan menghiasi muka depan majalah

Time.

Bintang terkemuka India, Aamir Khan, berjaya men-jadi pelakon lelaki pertama negara itu yang menghiasi muka depan majalah ter-sohor, Time, kerana usah-anya menangani isu sosial menerusi program televisy-ennya, Satyamev Jayate.

Rancangan yang baru saja tamat siarannya itu me-nyaksikan Khan memilih beberapa masalah sosial dan

menawarkan penyelesaian-nya menerusi perbincangan dan perdebatan. Dengan

pencapaian berkenaan, Khan me-letakkan dirinya sebaris den-gan pelakon Bollywood yang pernah menjadi penghias muka de-pan majalah terkenal berkenaan, iaitu Parveen Babi dan

Aishwarya Rai Bachchan.

Khan tampil di muka depan bagi keluaran terbaru ma-jalah itu.

Program kesedaran sos-ial, Satyamev Jayate, yang disiarkan selama 13 minggu menyaksikan aktor terbabit membincangkan isu yang membelenggu masyara-kat India. Selain mendapat pujian dan rating yang bagus, aktor berkenaan juga terpaksa berdepan dengan kemarahan sesetengah kelompok masyarakat dan persatuan.

Rancangan televisyennya itu berjaya menyelesaikan

beberapa isu membabit-kan kes pembunuhan janin perempuan, pembukaan kedai ubat generik di negeri Maharashtra, yang diikuti beberapa negeri lain, serta beberapa isu lain. Pelakon itu turut menemui Perdana Menteri India, Dr Manmo-han Singh, dalam usahanya membincangkan isu pem-bersihan longkang oleh manusia.

Selain Khan, Parveen Babi dan Aishwarya Rai Bach-chan, rakyat India lain yang pernah ditampilkan di muka depan majalah itu termasuk-lah Rajiv Gandhi, Narendra Modi, Indira Gandhi, Sachin Tendulkar, Sania Mirza dan

Oleh Zaidi Mohamad | [email protected]

Selepas bertunang, Diana dan Farid azam tambah pengetahuan

jadi suami isteriMengenalin-ya sejak usia 16 tahun lagi, tetapi kini Diana Danielle sudah besar panjang.

Anak dara kesayangan Nor-siah Ramli ini sudah bergelar tunangan kepada cinta hat-inya yang juga pelakon dan pengarah, Farid Kamil, sejak 2 September lalu. Usianya bakal menginjak 21 tahun pada 22 November

ini serentak dengan tarikh tayangan filem Sembunyi arahan Kabir Bhatia yang juga membabitkan lakonan-nya.

Perancangan selepas seta-hun mengikat tali pertunan-gan, pelakon berdarah cam-puran itu akan melangkah ke fasa seterusnya bergelar isteri.Pertemuan dengannya Rabu lalu sejurus majlis pelan-caran filem serta rumah terbuka anjuran Grand Bril-liance, Diana berkongsi isi hatinya dengan B*POP.. Pada awal bicara, Diana terlebih

dulu bersuara dan bijak menyusun bicara mengenai majlis pertunangan yang berlangsung secara tertutup

di kediaman keluarganya di Damansara.Bukan bermaksud mahu

berahsia dengan peminat mahupun rakan media, Di-ana dan Farid, 31, ada alasan sendiri untuk tidak menghe-

bahkannya.

Sedikit privasiLagipun ia hanyalah majlis pertunangan dan bukannya majlis nikah. Jadi kami rasa lebih afdal untuk mengadakannya dengan sedikit privasi serta membabitkan keluarga dan kenalan terdekat saja,î katanya mengharapkan pengertian.

DARIPADA kalangan 13 lagu dimuat-kan, album Overexposed ada lima lagu sesuai dilayan. Lagu Beauti-

ful Goodbye, Payphone (menampilkan Wiz

Khalifa) dan Moves Like Jagger bersama Christina Aguilera mengatasi lagu-lagu lain dalam album ke-empat kumpulan pop rock Amerika Syarikat ini.

Berdasarkan kritikan antarabangsa, album menerima pelbagai reaksi, ada menyukai 100% dan ada hanya memberi 3/5. Ada mengatakan ini al-bum terunggul dihasilkan oleh Adam Levine dan rakan-rakannya dan tidak kurang mengatakan, hala tuju album Overexposed sebagai tidak membantu mencapai kejayaan komer-sil berbanding tiga album

sebelum ini. Album Overexposed boleh dipuji dari segi kualiti kejelasan bunyi tetapi ‘musically’ kurang menyeronokkan bagi peminat me-

nyukai lagu-lagu tipikal Maroon 5. Lagu One More Night ada elemen rock pop reggae moden, tetapi kurang dinamik, bunyi gitar bass tidak ‘addicted’, muzik berulang-ulang dan bunyi dram mesin tiada ‘feel’ .

Dari segi korus, lagu Daylight paling menon-jol sekalipun keyboard berbunyi seperti ‘ting-tang, ting-tang’ saja.

Apapun mengenainya, album Overexposed sesuai untuk peminat meminati lagu-lagu pop rock yang tidak bising atau laju. Jika suka rentak ala-disko tetapi ada melodi, tetapkan trek CD kepada lagu Lucky Strike dan The Man Who Never Lied.

Secara keseluruhan, album ini tiada lirik lagu, jadi perlu pasang telinga untuk memahami apa disebut Adam, berkisar mengenai cerita hidup Hollywood, kesetiaan kepada kekasih dan kisah dua hati. Apa lagi, cari rakan yang boleh memberi pandangan kedua! Mahu dalami ilmu agama

Aktor India pertama di muka depan Time Maroon5 buat perubahan

Kalau disuruh buat pilihan antara Juliana Evans dan Siti Saleha, pasti akan ter-menung lama untuk membuat keputu-san. Kedua-duanya memang cantik, hot dan gorgeous sesangat. Beruntunglah sesiapa yang bakal memiliki hati mereka berdua.

Jangan lupa dapatkan majalah EH! keluaran September 2012 untuk membaca tentang Ju-liana Evans dan Siti Saleha. Agak menarik topik Hentikan Melabel Selebriti yang terpampang di kulit depan majalah ini. Agak-agaknya apa yang dibincangkan oleh mereka berdua?

Page 5: Assignment Typography

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

Oleh Zul Husni Abdul Hamid [email protected]

“SEBAGAI manusia kita tidak pernah tahu bila pengakhir hidup ini, jadi

saya rendahkan diri dengan memohon maaf sebagai jalan penyelesaian terbaik selepas hampir sebulan pertikaian an-tara saya dan Neelofa berlaku.

“Sedangkan nabi ampunkan umat, apatah lagi kita sesama

insan. Lumrah hidup pasti ada menang dan tewas tetapi penentuan sebenar adalah di akhirat nanti,” kata Anzalna Na-sir, 24, dalam nada sendu yang tertahan, tengah hari Isnin lalu. Bertempat di The Royale Bintang, Damansara, Anzalna membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Nee-

lofa atas kenyataan dalam Berita Harian pada 10 Jun 2012 yang menjejaskan maruah pelakon itu dan keluarganya. Dalam kenyataan permohonan maaf itu juga, Anzalna men-gakui, dia tidak mempunyai bukti untuk menyokong segala kenyataan yang diterbitkan akh-bar berkenaan pada tarikh itu.

“Sudah terlalu banyak andaian dan kesimpulan yang dibuat sebelum ini. Saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan

kerana ia boleh mengaibkan dan lebih ramai orang yang ti-dak bersalah diheret sama. Cu-kuplah di sini, selepas ini saya ti-dak mahu lagi membuka mulut mengenai hal yang langsung tidak memberi faedah atau membantu meningkatkan kari-er saya. Saya tak perlu menyesal apa yang berlaku. Setiap manu-

sia diberikan Tuhan ujian dan dugaan, ini yang terpaksa saya hadapi. Alhamdulillah semuanya sudah selesai,” katanya.

Selesai memberikan kenyataan permoho-nan maaf dan menan-datangani aku janji yang disediakan Persatuan Seniman Malaysia (SENI-MAN), Anzalna dan Neelofa memilih untuk membawa haluan send-iri. Tanpa bersalaman, malah menolak untuk dipotretkan bersama, Anzalna yang menitis-kan air mata sebaik sidang media selesai segera berlalu mening-galkan lokasi, manakala Nee-lofa dikerumuni wartawan.

“Saya tidak keberatan bersala-man dan bergambar bersama tetapi Neelofa seperti tidak ber-sedia. Lagipun, dalam aku janji itu sendiri ada menyatakan beberapa syarat yang perlu kami berdua patuhi, jadi saya memahami. Apa yang saya lakukan bukan hanya untuk

hari ini tetapi juga untuk akhi-rat. Saya tolak ketepi segala ke-mungkinan kerana saya mahu berdamai supaya perselisi-han kami segera selesai. “Terpulang apa penilaian orang tetapi saya bersyukur kerana melalui semua ini pada permu-laan karier. Saya belajar dari-pada kesilapan dan akan lebih

berhati-hati memberi kenyata-an selepas ini. Banyak pihak lain terganggu disebabkan masalah ini. Saya juga rasa bersalah kerana menyusahkan produksi apabila terpaksa mengambil masa mereka,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggam-baran, Aku Janda Belum Kaya.

Penjelasan Neelofa

Sementara itu, Neelofa menjelaskan, dia bukan bersi-kap besar kepala atau memper-tahan ego seolah-olah memper-lihatkan dirinya sukar menerima kekalahan, sebaliknya sebelum ini mahu menggunakan jalan perundangan untuk memper-tahankan hak dan maruahnya supaya tidak sewenangnya diperkotak-katik orang lain.

Meskipun situasi petang itu mendorong ramai memperti-kai keikhlasannya menerima permohonan maaf Anzal-na, andaian itu disanggah Neelofa dengan berkata: “Ia datang dari hati yang ikhlas. Sebelum SENIMAN mengemu-kakan cadangan ini, saya sudah terfikir untuk memaafkan Anzal-na. Lagipun isu yang dibangkit-kan ini perkara lama yang sudah saya buang daripada hidup.”

Ditanya mengapa enggan bersalaman dan bergambar bersama Anzalna, Neelofa berkata, dia cuma memenuhi syarat ditetapkan SENIMAN.

“Tiada dendam, tiada benci. Saya tidak minta lebih dari-pada Anzalna kecuali permo-honan maaf secara terbuka selain meletakkan syarat, selepas ini jangan lagi men-gaitkan nama saya dalam ma-na-mana temubual sama ada dalam media cetak atau ele-ktronik serta di laman sosial.

Saya juga tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi,” kata Neelofa yang berangkat ke Makkah, Khamis lalu un-tuk menunaikan umrah dan mengikuti penggambaran drama 26 episod arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah.

Tak mahu gaduh lagi

Oleh Serimah Mohd [email protected]

Fasha Sandha kong-si kegem-

biraan hidup dikelilingi ke-luarga besar, aktif sekalipun alami alah hamil anak pertama

PELAKON Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata hidupnya kini makin bahagia dikelilingi keluarga besar. Ditemui pada majlis ramah mesra drama Run-tun Qalbu di Kuala Lumpur, semalam, aktres yang sedang hamil bayi sulung itu gem-bira kerana hubungan den-gan keluarga baik - di belah suami atau dirinya cukup baik.

“Alhamdulillah, kami mempu-nyai hubungan baik dengan kedua-dua keluarga. Keluarga

mentua melayan saya dengan baik, malah mereka keluarga yang sangat merendah diri,” jawab Fasha. Hubungan baik aktres itu dengan keluarga suaminya, Rizal Ashram Ramly terpancar melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial twitter serta Instagram pelakon berkenaan. Namun, Fasha menafikan tujuan gambar terbabit dimuat naik adalah bagi me-nepis spekulasi kononnya hubungannya dengan ke-luarga mentua bermasalah.

“Tidak, saya tidak berbuat demikian untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, suami yang memuat naik di laman sosialnya. Saya tidak berniat berbuat demikian semata-mata hendak membuktikan kepada masyarakat bahawa

hubungan kami memang baik.

“Saya tidak ada masalah den-gan keluarga mentua. Selepas berkahwin, memang saya kerap berulang alik ke rumah mentua, cuma takkanlah se-tiap kali berkunjung ke rumah mentua saya perlu war-war-kan pada semua,” katanya.

Fasha berkata, pada Ramadan lalu, dia sempat meluangkan masa beberapa kali berbuka puasa dengan keluarga suami. “Malah, baru-baru ini pun saya turut serta dalam rumah terbuka yang dianjurkan ke-luarga suami,” kata pelakon kelahiran Johor Bahru itu.

Alah bau ubat gigi

MASIH pada peringkat awal kandungan, Fasha berkata, dia baru saja mengalami alahan tidak boleh terbau ubat gigi.

Malah sejak kebelakangan

ini, Fasha mudah mengah. Biarpun dalam keadaan diri yang tidak larat, pelakon yang terkenal dengan komit-men tinggi pada kerjaya itu tidak betah duduk di rumah.

Fasha akan kembali ke set penggambaran November ini untuk drama Janji Shirah ter-bitan Jalena Rejab. Sementara menantikan tarikh untuk kem-bali ke set, pelakon itu akan menemani suaminya ke Guang-zhou, China mewakili negara untuk sukan lumba kereta.

“Suami adalah penyokong kuat kerjaya saya, jadi saya juga harus memberikan so-kongan kepada suami. Alham-dulillah, walaupun kandun-gan masih dalam peringkat awal, doktor mengizinkan saya pergi ke China,” katanya.Pelakon baru tak gugat populariti

Ketika ditanya tidakkah ter-cabar dengan kehadiran wa-

jah baru yang mewarnai in-dustri seni, jawab Fasha, dia sedar dirinya sudah berkah-win serta bakal bergelar ibu.Malah akui Fasha, keuta-maannya bukan lagi pada kerjaya, sebaliknya keluarga. Jadi, bagi Fasha, dia tidak perlu berasa tercabar den-gan kehadiran muka baru.

“Saya pernah bergelar meme-gang trofi Pelakon Televisyen Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak enam kali.

Oleh Muhamad Fairoz Azizan [email protected]

Jamal, Khaty dan Ah-mad Nawab ketika men-

gumumkan persembahan mereka di Petaling Jaya.Raja Pop teringat zaman se-belum jadi penyanyi, ha-fal semua lagu anak di-dik Datuk Ahmad Nawab

KEINTIMAN Raja Pop, Jamal Abdillah dan Datuk Khadi-jah Ibrahim bagai ada per-asaan menguntum dalam hati mereka. Gelak tawa dan gurau senda tatkala bertemu jadi petanda eratnya hubun-gan dua penyanyi senior ini.

Siapa sangka, ada cerita antara mereka yang tersimpan kemas selama ini. Dalam diam, Jamal cukup mengagumi Khatijah atau mesra dipanggil Khaty se-hingga pernah menyimpan per-asaan terhadap penyanyi ketika awal kemunculannya. Namun, lebih 30 tahun kemudian ba-rulah rahsia itu terbongkar. Ini mengejutkan Khaty yang sela-ma ini menganggap Jamal sep-erti ahli keluarganya sendiri.

“Saya tidak tahu Jamal pernah menyimpan perasaan pada saya hinggalah rahsia ini dipe-cahkan Abang Mad (Datuk Ah-mad Nawab) yang amat rapat dengan kami. Kalau tidak, sam-pai sekarang saya tidak tahu.

“Memang kami rapat dan kami sering berjumpa. Kami men-jadi rapat selepas bernaung di bawah syarikat rakaman sama dan kebanyakan lagu yang didendangkan adalah cip-taan Abang Mad,” kata Khaty.

Rahsia yang tersimpan lama itu didedahkan Ahmad Naw-ab pada majlis sidang me-

dia Konsert Gemilang yang bakal menggandingkan Khaty dengan Jamal di Kua-la Lumpur, baru-baru ini.

“Saya tahu Jamal tidak ada ma-salah dengan sesiapa dan dia seorang yang baik. Berbanding dulu, saya lihat Jamal sekarang kembali ceria dan bersemangat jadi orang lupa kisah silamnya. “Saya yakin peminat terus men-yokong Jamal. Saya pasti Jamal mampu jadi tarikan untuk Kon-sert Gemilang,” kata Khaty lagi.

Jadi idola hingga mun-cul juara Bintang RTM

Menyedari kakak ipar Khadi-jah, Masriah Mahadan iaitu isteri kepada Allahyarham La-tiff Ibrahim bekerja di tempat

sama sebagai artis budaya di Pentarama, Jabatan Pen-erangan Ma-laysia pada 1978, Jamal teruja untuk bertemu Khaty.

Selama ini, Ja-mal mengang-gap Khaty seb-agai idolanya. Buktinya, Jamal menyanyikan lagu Khaty, Janjimu se-hingga mun-

cul juara Bintang RTM 1979.

Namun, enggan bercerita lan-jut mengenai perasaannya terhadap Khaty, Jamal men-ganggap ia sekadar usikan ker-ana cukup menyanjungi Khaty.

Jika tidak kerana lagu Jan-jimu itu, Jamal mengang-gap dirinya mungkin tidak berada di tahap sekarang.

“Khaty amat digilai ramai hing-gakan setiap lagunya saya hafal. Ketika separuh akhir Bintang RTM, saya bawakan

lagu Ku Sangka Siang Kiranya Malam sehingga melayak-kan saya ke peringkat akhir.

“Apabila berakhirnya Bintang RTM banyak tawaran diterima daripada syarikat rakaman. Tetapi saya hanya mahu be-rada di bawah syarikat WEA Re-cords yang turut dinaunginya.

“Saya sangat teruja kerana dapat berada di bawah satu bumbung dengan Khaty dit-ambah pula bekerja den-gan Ahmad Nawab,” katanya.

Pertama kali digandingkan dalam siri konsert bersama, Jamal dan Khaty akan meng-hiburkan peminat di Kuan-tan pada 29 September ini. Manakala persembahan di Kuala Lumpur menyusul pada 13 Oktober sebelum me-nyeberang Tambak Johor.

Melalui syarikatnya, Bin-tang Channel Sdn Bhd, Ja-mal dijangka tampil den-gan 20 mini konsert di Istana Budaya, tahun depan.

Jamal juga akan menganjurkan muzikal Tribute To P Ramlee di Istana Budaya pada 29 April hingga 4 Mei tahun depan den-gan menampilkan artis seang-katan seperti Azlina Aziz, Musly Ramlee dan Ahmad Fauzee.

Jamal pernah suka Khaty

‘Kami bahagia’Oleh [email protected]

Sila jangan kecewa. Kalau anda menyimpan per-

asaan terhadap sensasi You-Tube yang bernama Ainan Tasneem ini, lupakanlah sahaja hasrat murni anda itu. Menerusi Pancaindera

semalam, Ainan mengakui yang hatinya sudah dimiliki. Namun Ainan masih ingin merahsiakan identiti keka-sih hatinya itu.

Pengakuan sudah mempu-nyai kekasih ini dilakukan oleh Ainan Tasneem kerana tidak mahu hipokrit.

Biasalah sesetengah artis nak jaga saham dengan mengaku single. Tup tup kantoi berdating den-gan pakwe kat shopping compleks. Ainan tak nak perkara sebegitu terjadi. Kata Ainan:-

Ainan Tasneem Akui Hati Sudah Dimiliki

“ Saya cuma mahu beritahu semua orang yang saya sudah berpunya. Jadi tak timbul-lah cakap-cakap orang bila nampak saya berjalan dengan dia di luar nanti. Saya tahu benda ini terlalu personal, tapi saya kena jelaskan. Saya tak nak dicop sebagai hipokrit. Bermati-matian mengaku dengan wartawan yang saya belum ada kekasih, walhal ada. Hanya itu nawaitu saya.”

Page 6: Assignment Typography

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

Nurul Syuhada Letak Jawatan Bukan Kerana Hijab Atau Isu Bintulu

Berita pengacara kes-ayangan ramai, Nurul Syuhada Nurul Ain

meletak jawatan tersebar dengan pantasnya bermula semalam. Ramai yang mem-buat spekulasi perletakan jawatan ini adalah kerana penghijrahannya dan isu daif Bintulu. Ternyata spe-kulasi tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Menurut Nurul Syuhada, dia telah menghantarkan surat meletak jawatan sehari sebelum dia tampil dengan imej bertudung. Ini bermak-na isu terlepas cakap ìdaif Bintuluî juga tidak menjadi faktor kepada perletakan

jawatannya. Kata Nurul:-

Saya sudah memohon maaf secara terbuka di Facebook dan secara langsung di TV3 mengenai dakwaan men-gatakan saya telah memper-lekehkan sebuah bandar di Sarawak kerana merujuknya sebagai tempat yang daif sewaktu siaran langsung itu disiarkan pada 31 Ogos lepas. Diharapkan orang ramai jelas dan jangan tersalah tafsir dengan apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya.

Kesemua ini saya anggap sebagai satu kebetulan saja iaitu perletakan jawatan, penghijrahan dan isu siaran langsung yang melibatkan saya itu. Sebagai manusia

biasa saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Punca sebenar Nurul Syuhada berhenti kerja adalah untuk menum-pukan perhatian kepada keluarga sambil berusaha mendapatkan sarjana dalam bidang tamadun

Islam atau psikologi. Kata Nurul:-Ini adalah keputusan yang saya buat setelah memikir-kan tanggungjawab kini bukan hanya pada karier semata-mata tetapi juga keluarga. Semenjak berge-

lar personaliti televisyen, saya belum pernah berehat panjang dan kini saya mahu menumpukan ke-pada keluarga dan akan menyambung pengajian dalam bidang sarjana tidak lama lagi, In-syaAllah. Dahulu saya pernah sam-bung belajar sambil bertugas sebagai pengacara tetapi ia tidak dapat diter-

uskan atas faktor kekangan masa. Jadi selepas ini saya akan meneruskan hasrat un-tuk memiliki sarjana, mung-kin dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.

Biarpun drama Dejavu Di Kinabalu sudah habis bersiaran di TV3

Khamis lalu, kehangatan cerita dibintangi Tiz Zaqyah, Nazim Othman serta Aqasha ini turut dicemari sisi negatif.

Drama terbitan Global Sta-tion Sdn Bhd (GSSB) milik Datin Zaiton Muhd Jiwa itu dikatakan kononnya men-ciplak drama Korea Selatan, Summer Scent. Drama Korea berkenaan pernah disiarkan di 8TV beberapa tahun lalu. Merungkai persoalan terb-abit, Erma Fatima yang memi-kul tanggung jawab sebagai pengarah, penulis skrip dan lakon layar Dejavu Di Kinaba-lu pada mulanya mencadan-gkan supaya penulis terlebih dulu mengajukan persoa-lan itu kepada Zaiton selaku penerbit dan pencetus idea asal drama berkenaan. Erma yang dihubungi B*POP berkata, pada awalnya, projek

drama berkenaan bukan di-arahkannya serta juga bukan dihasilkan beliau, sebaliknya dia membuat skrip Dejavu Di Kinabalu sesudah dim-inta Zaiton untuk melaku-kan pitching kepada TV3.

Menurut Erma, cerita asal drama itu diilhamkan Zai-ton. Erma memanggil Zai-ton dengan nama Kak Ton.

Saya hanya diberikan sin-opsis untuk dipersembah-kan kepada TV3 sekali gus melakukan proses pitching.

Akhirnya, TV3 dan Kak Ton sendiri cadangkan kenapa tidak saya saja yang me-mikul tanggung jawab di kerusi pengarah, sekali gus sebagai penulis skrip.Saya bersetuju dan cakap OK. Hakikatnya, saya me-mang susah untukmen-garah atas skrip orang lain.

Berdasarkan sinopsis yang ada, saya rombak balik sin-opsis yang ada dengan me-nokok tambah dan menge-luarkan bahagian dirasakan tidak menarik. Sinopsis asal yang saya terima daripada Kak Ton juga memang se-cara jelas ada isu menge-nai pemindahan jantung dan juga tiga watak utama, Nadira, Bazli dan Ammar seperti mana dikatakan me-nyerupai Summer Scent. Su-dah tertulis begitu, katanya.

Bukan pengge-mar drama Korea .Erma yang kini sibuk melu-naskan kerja pengarahan drama Kau Yang Terindah menjelaskan, adalah tidak adil untuk beliau sendiri dituduh menciplak kera-na beliau bukan pengge-mar drama Korea, apa-tah lagi menonton drama yang dimaksudkan tadi.

Bagaimanapun Erma mem-beritahu dia ada menonton drama Secret Garden, garag-ara terpengaruh dengan mi-nat teman baiknya, Julia Ju-hasu (pengurus Rosyam Nor).

Jadi apa yang boleh disim-pulkan, saya belum sampai ke tahap ketandusan un-tuk menciplak idea orang bulat-bulat. Ikutkan banyak lagi isu Melayu, bangsa dan masyarakat kita yang boleh

diketengahkan. Barangkali sesetengah masyarakat kita baru menyedari isu pemin-dahan organ ini yang ti-dak popular di negara kita.

Dejavu Di Kinabalu secara tak langsung membuat-kan orang mula memahami mengenai isu berkenaan.

Barangkali juga sesetengah masyarakat kita jadi pelik dan seolah-olah isu pemin-

dahan organ hanya berlaku di Korea semata-mata sep-erti digambarkan dalam drama berkenaan, kata Erma. Ditanya mengenai mandat-nya sebagai pengarah teater Tun Siti Hasmah, Erma yang

menggantikan Adlin Aman Ramlie memberitahu be-liau perlu membahagikan masa untuk melunaskan kerja pengarahan drama Kau Yang Terindah dan meny-iapkan skrip teater terbabit.

Skrip sudah siap dihasilkan bi-arpun jadual seni saya cukup padat. Bukan skrip yang diu-tamakan saya ketika ini teta-pi rangka cerita itu sendiri.

Saya kena berhati-hati menghasilkan rangka yang terbaik. Saya tidak mahu kecewakan Tun Siti Has-mah. Erra Fazira juga cukup sesuai memegang peranan ikon istimewa ini, katanya.

Erma nafi ciplak

“Surat perletakan jawatan telah saya serahkan sehari sebelum saya berhijrah kepada imej sekarang. Saya harap jawapan ini cukup jelas untik menjawab isu mengenai pengunduran saya bahawasanya ia bukan disebab-kan kerana saya sudah berhijab dan ianya juga langsung tidak ada kena-mengena isu yang lagi satu itu. “

Page 7: Assignment Typography

ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012 ISNIN, 10 SEPTEMBER 2012

Apa saja yang dilaku-kan Naib Juara Men-tor musim kelima,

Nurshiha Mohd Zikir atau Shiha, 25, ini bukan untuk dirinya semata-mata tetapi juga demi ibu tersayang, Rohana Ibrahim. Malahan selepas bergelar anak seni sekalipun, protege Datuk Sharifah Aini ini tak kisah un-tuk menjalankan perniagaan itu dan ini.

Menyedari dirinya yang masih bertatih dalam indus-tri seni, Shiha tidak betah duduk diam. Terbaru sejak enam bulan lalu, Shiha menjalankan perniagaan kanta lekap dipanggil Shiha Collect Glam. Shiha perlu bekerja keras untuk mencari sandaran lain sebagai punca rezeki selain bergantung harap kepada kerjaya seni. “Ikutkan sebelum masuk Mentor lagi Shiha sudah kerap berniaga termasuk membantu ibu mengurus-kan gerai menjual cucur udang dan laksa di Pen-ang. Dua tahun Shiha buat kerja itu. Sambil buat kerja sekolah, Shiha tolong jual makanan berkenaan. “Dua tahun lalu pun, Shiha pernah berniaga jubah dan telekung”. - Shiha, Penyanyi“Dua tahun lalu pun, Shiha pernah berniaga jubah dan telekung. Tahun lalu Shiha pernah jual kuih Makmur buatan sendiri. Memang Shiha jenis suka berniaga. Shiha tak malu dan muka te-bal. Buat apa nak dimalukan.

Shiha buat kerja halal. Sejak usia 18 tahun, Shiha sudah mula berdikari.

“Macam perniagaan kanta lekap ini, semuanya bermula selepas Shiha sendiri pakai. Ada kawan tanya, Shiha beli mana dan mereka minta be-likan. Daripada jual kepada kawan, Shiha tergerak hati menjualnya kepada pem-beli berpotensi. Kalau nak tengok koleksi kanta lekap boleh ke Facebook, Shiha Collect Glam,” katanya dalam pertemuan majlis berbuka puasa anjuran syarikat pen-gurusannya, 8 Unit dan label Monkey Bone.

Tak berselindung

Tambah Shiha, dia tidak ber-selindung masih berdepan dengan cemuhan dan cakap cakap belakang sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya cukup terdesak men-jalankan perniagaan biarpun selepas mencipta nama sebagai anak seni. Tapi ia langsung tak jadi kudis buat penyanyi yang baru muncul dengan al-bum mini sebelum puasa. “Ada yang mem-persen-dakan saya dengan cakap tak malukah buat kerja berniaga. Ada yang cakap saya terdesak.

Saya tidak terlalu me-layan perasaan dengan hal sedemikian. Saya kena kuat. Saya kena kerja kuat untuk buat emak gembira. Saya kena cari duit un-tuk sara keluarga.

“Insya-Allah, saya mem-punyai impian untuk membuka butik suatu hari nanti. Dapat jual baju dan kasut tinggi pun okey. Macam seka-rang ini, saya dan emak menyewa di sebuah rumah. Tapi saya sendiri sudah melakukan ubah suai di beberapa sudut di rumah untuk kes-enangan emak. Hati seronok bila tengok muka emak tersenyum,” katanya yang mengikat kontrak dua tahun ber-sama 8 Unit.

Sekalipun sudah ber-niaga, cabang seni yang disertainya tidak ses-ekali dijadikan alternatif. Ia masih menjadi kecin-taannya. Shiha pernah menyertai prelude

Akademi Fantasia (AF) musim ketiga ter-masuk uji bakat AF6 dan AF7. Shiha juga per-nah menyanyi di Restoran Cerana, Cheras, selama empat

tahun selain menyanyi di hotel.

“Shiha percaya setiap jalan yang kita pilih pasti

ada susah dan senangnya. Tak Shiha nafikan ada ka-lanya jalan yang Shiha pilih

ini susah. Tapi kesusahan itu belakang kira. Shiha kena terus tegar berusaha. Ma-cam selepas selesai Mentor, Shiha sibuk di studio mer-akamkan lagu.

“Kemudian sementara tung-gu album siap, Shiha cuba

nasib sertai uji bakat Jalan Jalan Cari Makan (JJCM). Shi-ha sendiri tak sangka dapat mengacarakan program yang dikendalikan Kak Maria Tunku Sabri itu. Shiha ke uji bakat dan diterima jadi hos

selepas menyer-tai sesi senarai pendek sebanyak tiga kali.

Imbas kembali

Mengimbas kembali perjala-nan dirinya, Shiha memberitahu ada sebab untuk dia mahu membuk-tikan bidang seni bukan sekadar hangat hangat tahi ayam. Arwah bapanya sendiri mahu melihatnya menjadi penyanyi. Arwah bapanya meninggal dunia pada 14 Novem-ber 2008.

“Shiha bukan datang daripada keluarga senang. Dulu selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Shiha dapat sambung belajar dalam bidang dok-

tor sukan. Tetapi tawaran itu terpaksa dilepaskan sebab keluarga tak mampu nak sokong. Daripada situ, Shiha diberi alternatif, jika betul-betul nak menyanyi Shiha kena buktikan,” kata gadis kelahiran Pulau Pinang itu.

Mahu belajar berniaga - Shiha

“Mengacarakan JJCM men-

jadi pengalaman berharga.

Sepatutnya kontrak awal JJCM

untuk 13 episod saja tetapi di-

minta sambung lagi 7 episod

menjadi keseluruhannya 20

episod,” katanya.