Top Banner
SEKAPUR SIRIH Pertama kalinya saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Tanpa keizinan daripada Allah S.W.T, tidak mungkin saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya terutamanya 2 orang rakan kumpulan saya iaitu Nurul Nazihah binti Jamaludin dan Wan Zulfadli Ad-Dinnie bin wan Azmi kerana sudi memberikan sokongan dan kerjasama yang amat cemerlang kepada saya serta sanggup mengorbankan masa mereka dalam usaha menjayakan Projek Kerja Khusus Pendek (KKP) ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada 3 orang sahabat yang sama-sama menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (SKDB) iaitu Mohd. Yusri bin Mohamed, Muhammad Fakrullah bin Mohd. Nasir dan Mohd. Asyraf bin Mohd. Zubir. Tanpa bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sudah semestinya kemungkinan besar akan berlaku beberapa kesulitan dan kecacatan pada tugasan saya dan sudah pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Oleh itu, saya cukup berterima kasih atas kerjasama dan bantuan serta komitmen yang mereka berikan kepada saya dan saya berasa cukup terharu atas kerjasama yang diberikan itu.
30

Asgmnt Seni

Oct 28, 2015

Download

Documents

dilasif

Seni dan pengurusan stor sekolah
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Asgmnt Seni

SEKAPUR SIRIH

Pertama kalinya saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T

kerana dengan izin serta limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini

dengan sebaiknya. Tanpa keizinan daripada Allah S.W.T, tidak mungkin saya dapat

menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan saya terutamanya 2 orang rakan kumpulan saya iaitu Nurul

Nazihah binti Jamaludin dan Wan Zulfadli Ad-Dinnie bin wan Azmi kerana sudi

memberikan sokongan dan kerjasama yang amat cemerlang kepada saya serta

sanggup mengorbankan masa mereka dalam usaha menjayakan Projek Kerja Khusus

Pendek (KKP) ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada 3 orang sahabat yang sama-

sama menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan

Desa Baiduri (SKDB) iaitu Mohd. Yusri bin Mohamed, Muhammad Fakrullah bin Mohd.

Nasir dan Mohd. Asyraf bin Mohd. Zubir. Tanpa bantuan dan kerjasama yang diberikan

oleh mereka sudah semestinya kemungkinan besar akan berlaku beberapa kesulitan

dan kecacatan pada tugasan saya dan sudah pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan

dengan sempurna. Oleh itu, saya cukup berterima kasih atas kerjasama dan bantuan

serta komitmen yang mereka berikan kepada saya dan saya berasa cukup terharu atas

kerjasama yang diberikan itu.

Selain itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada warga Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri terutamanya Puan Norjahnah binti

Abdullah iaitu Guru Besar sekolah tersebut kerana banyak memberikan kerjasama dan

keizinan untuk menjalankan tugasan kami di sekolah tersebut. Di samping itu juga

ucapan terima kasih saya kepada para guru dan staf sokongan yang menjadi sumber

rujukan kami serta para pelajar 5 Bakti yang banyak membantu kami dalam mengumpul

maklumat untuk tugasan semester 2 pada kali ini.

Page 2: Asgmnt Seni

Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya kepada pemangkin utama dalam

menjalankan tugasan ini iaitu pensyarah saya iaitu Puan Rohane binti Ismail dan Puan

Faridah Anum binti Abdul Wahid serta pensyarah dari Jabatan Pendidikan Seni Visual

yang lain kerana telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya.

Panduan dan tunjuk ajar yang diberikan mereka telah banyak membantu saya untuk

menyiapkan tugasan ini. Tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada mereka kemungkinan

proses dalam menyiapkan tugasan ini akan menemui jalan buntu untuk saya teruskan

untuk langkah yang seterusnya. Panduan dan tunjuk ajar mereka serta komitmen yang

mereka berikan kepada saya amatlah saya hargai .

Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan tugasan KKP saya ini.

Sekian terima kasih…

Page 3: Asgmnt Seni

1.0 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN

PELAJARAN PSV

Bagi sub-tugasan ini, saya dikehendaki menyediakan penulisan dalam bentuk grafik

secara berkumpulan. Oleh yang demikian, penulisan sub-tugasan ini telah

diasingkan ke dalam folio lain bagi kerja kumpulan.

2.0 PENYIMPANAN DAN REKOD STOK

Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok

rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat

dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.

Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambil kira dalam proses penyimpanan

dan rekod stok.:-

- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan

- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah

- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan

- Membuat inventori dalam buku stok

- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-

butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan

bahan habisguna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan

dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan

semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,

kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan

kepada pihak sekolah.

Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal

hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan

stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja.

Page 4: Asgmnt Seni

Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke

dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

2.1 Peralatan kekal

Contoh Borang untuk penyimpanan stok

Borang stok untuk peralatan kekal

BIL Item (peralatan kekal) Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh semakan

1

2

Meja guru

Meja guru

2

2

13/09/2009

13/09/2010

15/10/21010

Jumlah item Catatan:

Page 5: Asgmnt Seni

2.1.1 Senarai jenis-jenis peralatan kekal dalam bentuk rekod stok

BIL Item (peralatan kekal) Bil. Unit Tarikh masuk

Tarikh semakan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

Meja guru

Mesin tenun

Chart display stand

Tikar getah

Pengukur kayu

Penebuk lubang (2 hole)

Penebuk lubang

Cutter (saiz kecil)

Pelete

Roller 4”

Lino Board 12×12

Berus cina

Poly Foam Cutter

Papan Putih Bergambar

Designer puncher

Berus lukisan saiz 8

Berus lukisan saiz 6

Bingkai Silk 8” ×12”

Berus lukisan saiz 12

Berus lukisan saiz 10

Hot glue gun

1 buah

1 buah

6 buah

10 meter

1 set

2 set

2 set

2 dozen

50 unit

5 unit

4 unit

45 unit

1 set

20 buah

1 set

8 set

12 set

24 buah

4 set

6 set

6 unit

13/01/2009

14/02/2009

14/02/2009

14/02/2009

03/03/2009

03/03/2009

03/03/2009

03/03/2009

03/03/2009

03/03/2009

25/04/2009

25/04/2009

25/04/2009

25/04/2009

25/04/2009

17/06/2009

17/06/2009

17/06/2009

17/06/2009

17/06/2009

17/06/2009

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

Page 6: Asgmnt Seni

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

Solder gun

Sesiku 12”

Gergaji 22”

Hammer Fiberglass Handle 16 oz

Stapler Bullet (H/D) 13/8mm Rapid

Sharpening Tool Guide

Mini Vice

Detailing Tool

Scrapper Set

Hook Knife

Diamond sharpener

Sanding Sticks

Scorp

Carving Tool Set

Metal Forming Pliers

Tool Holder

Punched Art

Turn Table

Lino Cutter

Microbrush

Turning Tools

Carbon Steel Rakes

5 unit

6 unit

6 unit

4 unit

20 unit

2 set

4 unit

4 unit

1 set

2 set

1unit

5 unit

1 dozen

10 set

4 set

2 dozen

20 unit

5 unit

5 set

3 set

10 set

6 set

17/06/2009

17/06/2009

01/07/2009

01/07/2009

01/07/2009

01/07/2009

01/07/2009

01/07/2009

01/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

16/07/2009

28/07/2009

28/07/2009

28/07/2009

28/07/2009

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

Page 7: Asgmnt Seni

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

64

65

Mini Clay Extruder

Glass Edging and Polishing Machine

File for Wax

Beading Kit

Extendable Micro Sculpture Tool Holder

Circular Glass Cutter

Mold Maker's Spatula

Wire Cutter

Micro End Mill/Router Bit

Micro Tools

Mini Craft Knife

Cut Throat Razor Blade

Stainless Steel

Micro Surgical Knife

Wax / clay sculpting tool

Micro Carving Set

Bead Tray (32cm× 9.5cm× 3cm)

Twist Drill(10mm, 17mm,19mm)

Tungsten Carbide Scriber

Multifilla Stainless Steel Carver

Diamond Saw

Wigjig

1 dozen

1 buah

5 set

20 set

2 unit

I buah

6 unit

1 buah

2 set

12 set

2 set

1 dozen

6 set

10 set

2 dozen

6 set

20 unit

6 unit

5 unit

8 set

1 buah

1 set

28/07/2009

28/07/2009

06/08/2009

06/08/2009

06/08/2009

06/08/2009

06/08/2009

06/08/2009

06/08/2009

06/08/2009

14/09/2009

14/09/2009

14/09/2009

14/09/2009

14/09/2009

14/09/2009

14/09/2009

02/10/2009

02/10/2009

02/10/2009

02/10/2009

02/10/2009

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

Page 8: Asgmnt Seni

66

67

68

69

70

71

72

73

74

75

76

Dapping cutter

Dough cutter

Dowel

Hole Opener

Saw Frame

Socket Chisels

Balance Scale

Mini rivet stamps

Jewelry plier

Carving / Engraving Set

Micro screws

1 set

2 dozen

6 set

1 set

12 unit

5 set

1 buah

6 unit

1 dozen

2 set

2 set

02/10/2009

02/10/2009

02/10/2009

20/10/2009

20/10/2009

20/10/2009

20/10/2009

20/10/2009

20/10/2009

03/02/2009

20/10/2009

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

15/11/2010

Jumlah item: 76

jenis peralatan

kekal

Catatan:

2.2 Peralatan tidak kekal

Contoh Borang untuk penyimpanan stok

Borang stok untuk peralatan tidak kekal

BIL Item (peralatan kekal) Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh semakan

1

2

Kertas lukisan (1 imperior)

Kertas lukisan

200 dozen

100 dozen

22/09/2009

10/10/2010

15/10/21010

Jumlah item: Catatan:

Page 9: Asgmnt Seni

2.1.1 Senarai jenis-jenis peralatan kekal dalam bentuk rekod stok

BIL Item (peralatan tidak kekal) Bil. Unit Tarikh

masuk

Tarikh semakan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

Kertas lukisan (1 imperior)

Kertas Mahjong

Cartridge paper 165gsm

Boxboard 400gsm 31”× 43”

Poster paper - 20 × 30 (w)

Mounting board – 20 × 30 (H)

Kepingan Lino – 9.75 × 9.75

Lino ink

Linseed oil -75 ml

PVA glue –small size

Oil colour – 38 ml(Red, Yellow, Blue, Black, White, Virnidian Green)

Acrylic colour (Red, Yellow, Blue, Black)

Charcoal stick – 6.8mm

Plaster Of Paris – 25kg

Cat mural(Plaka)- (Red, Yellow, Blue)

Tali Twin cotton – no.2, no. 6

Foam kering bunga

Tali Tangsi

20 dozen

100 helai

3 rim

50 kpg

50 kpg

100 kpg

60 unit

20 tiub

20 botol

20 botol

30 botol

30 botol

3 dozen

6 bags

15 botol

40 unit

100 unit

20 roll

10 roll

22/01/2009

22/01/2009

22/01/2009

22/01/2009

22/01/2009

22/01/2009

14/02/2009

14/02/2009

14/02/2009

14/02/2009

14/02/2009

14/02/2009

04/03/2009

04/03/2009

04/03/2009

04/03/2009

04/03/2009

04/03/2009

04/03/2009

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

Page 10: Asgmnt Seni

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

Paper tape 2”

Frame with Silk screen (1× 1)

Alpha water colour

Emulsion paint 7 liters

Mural colour (Pelaka) Yellow no.11

Papan Lapis

Ilustration board

Rice paper

Turpertine 500ml

Sabun serbuk

Span pencuci

CD dan sampul

Photo paper

Ink berwarna(computer)

Pensel warna

Chalk pastel

Oil pastel

Fixative spray

Cat kilat

Crayon

Lilin putih

Kertas warna

30 pcs

20 set

1 tin

10 botol

20 keping

10 board

50 kpg

10 botol

2 kotak

1 paket

2 dozen

3 dozen

3 set

30 unit

30 unit

30 unit

8 unit

1 tin

25 unit

5 kotak

50 kpg

1 dozen

17/04/2009

17/04/2009

17/04/2009

17/04/2009

17/04/2009

17/04/2009

17/04/2009

30/04/2009

30/04/2009

30/04/2009

30/04/2009

30/04/2009

30/04/2009

18/05/2009

18/05/2009

18/05/2009

18/05/2009

18/05/2009

18/05/2009

18/05/2009

18/05/2009

18/05/2009

28/06/2009

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

Page 11: Asgmnt Seni

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

Tisu

Gam (150gm)

Fabric dye

Gam fabric

Sugar paper

Sabun buku

Tepung gandum – 1kg

Garam halus 500gram

Warna poster

Gam UHU

Double sided tape

Warna batik

Napthol

Tali guni

Rubber band

Tong gas

Soda Ash

Besen Baldi plastic

Dawai

Kain Kapas

Dakwat India

Pensel pelbagai gred

30 unit

30 unit

2 dozen

25 kpg

2 dozen

10 paket

5 paket

30 unit

2 dozen

20 roll

20 botol

5 botol

10 roll

1 paket

2 tong

5 botol

5 unit

20 roll

1 kayu

10 tube

30 set

1 kayu

28/06/2009

28/06/2009

28/06/2009

28/06/2009

28/06/2009

28/06/2009

28/06/2009

28/06/2009

28/06/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

05/07/2009

20/07/2009

20/07/2009

20/07/2009

20/07/2009

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

Page 12: Asgmnt Seni

64

65

66

67

68

69

70

71

Kain Kanvas

Tanah Liat

Gam Polisterin

Gam Dunlop

Super Gloss

Modeling Glue

Multi-purpose Sculptural Cement

Paper Clay Base

Acrylic Felt 254mm X 305mm

2 bag

1 dozen

1 dozen

5 botol

10 botol

5 bags

10 unit

10 unit

20/07/2009

20/07/2009

20/07/2009

20/07/2009

20/07/2009

20/07/2009

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

25/11/21010

Jumlah item: 71 jenis

item peralatan tidak

kekal

Catatan:

Page 13: Asgmnt Seni

4.0 ANALISIS KESESUAIAN SUSUN ATUR ALAT DAN BAHAN STOR SENI

Gambar 1: Susun atur perabot yang baik akan menjadikan suasana menarik

Page 14: Asgmnt Seni

Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam

melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana

sekumpulan manusia berkumpul dan diajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari

hanya sebuah ruang pembelajaran. Ia merupakan persekitaran murid, guru dan

penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik

seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara

menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar didalam

kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang

lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik

yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur

dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta

pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik

bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan

suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian

murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Namun begitu, pengurusan bilik seni yang baik sahaja tidak memadai untuk

memenuhi kriteria seorang guru Pendidikan Seni Visual. Pengurusan bilik setor seni

yang merangkumi prosedur mengguna dan menyimpan serta menyusun atur alat dan

bahan yang ideal juga merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh

seorang guru PSV agar pengendalian alat dan bahan semasa menjalankan aktiviti-

aktiviti P&P dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Pengurusan setor seni dan pengendalian alat dan bahan merupakan aspek

penting dalam pengurusan matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi

tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana

menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara

menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak juga perlu dititikberatkan. Sebagai

Page 15: Asgmnt Seni

contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum

disimpan supaya tidak rosak.

Bukan itu sahaja, aspek-aspek seperti pencahayaan, pengudaraan,

keselamatan, kedudukan penyimpanan alat dan bahan samaada simpan di tempat

tinggi atau rendah, di dalam atau luar rak atau almari dan sebagainya juga perlulah

dititikberatkan oleh seorang guru PSV yang bergelar pengurus bilik setor agar alat dan

bahan serta sumber yang terdapat di dalam setor seni dapat dipelihara, dijaga, tahan

lama dan yang penting tidak cepat rosak serta selamat digunakan oleh murid-murid dan

guru.

Bilik Stor Seni yang baik haruslah mempunyai kadar pencahayaan dan

pengudaraan yang baik secukupnya bagi memastikan bilik setor sentiasa dalam baik

dan selamat. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang saya PBS di Sekolah

Kebangsaan Desa Baiduri, bilik dan setor seni sekolah tersebut mempunyai kadar

pencahayaan yang secukupnya. Ini adalah kerana, semasa saya berada di bilik

tersebut, cahaya matahari memasuki bilik stor tersebut melalui celah-celah palang

kekisi dan tingkap menyebabkan bilik stor tersebut terang. Selain itu, cahaya lampu

juga penting untuk pencahayaan yang lebih banyak dan amat diperlukan jika bilik stor

digunakan pada waktu malam.

Page 16: Asgmnt Seni

Gambar 2: Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup di dalam bilik stor seni

(Bilik stor seni Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri)

Selain daripada pencahayaan, pengudaraan yang baik juga penting bagi

memastikan bilik stor sentiasa dalam keadaan selamat. Sebagai contoh, jika berlaku

kebocoran gas pada tong gas yang disimpan atau tumpahan bahan yang

mengeluarkan bau yang kuat dan kurang menyenangkan serta merbahaya seperti cat

atau Turpentin, aliran udara yang baik membantu pengaliran gas keluar daripada bilik

stor. Selain itu, pengudaraan yang baik juga membantu aliran keluar masuk oksigen

dan karbon dioksida bagi memberi keselesaan kepada pengguna bilik stor khususnya

para guru dan murid-murid.

Oleh yang demikian, pencahayaan dan pengudaraan haruslah diberi perhatian

oleh guru seni dalam mengurus bilik stor seni agar penggunaan bilik stor tersebut

adalah selamat digunakan.

Keselamatan dan kebersihan juga merupakan aspek penting bagi sesebuah bilik

stor. Keselamatan alat dan bahan yang terdapat di dalam bilik stor perlu diberi

perhatian kerana penyimpanan dan susun atur alat dan bahan yang tidak sesuai boleh

mengundang bahaya kepada pengguna terutamanya kepada murid-murid. Sebagai

contoh, alat dan bahan yang berat dan tajam disimpan pada rak yang tinggi. Hal ini

LAMPU

TINGKAP

PALANG KEKISI

Page 17: Asgmnt Seni

akan mengundang bahaya kepada murid-murid sekiranya mereka mencapai alat dan

bahan dari bawah kerana kecenderungan untuk alat dan bahan tersebut jatuh menimpa

mereka adalah sangat tinggi berdasarkan peringkat umur mereka yang baru peringkat

rendah.

Gambar 3: Penyimpanan bahan pada tempat yang sesuai

( Gambar yang diambil di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri)

Untuk memastikan bilik stor sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa semasa

digunakan, aspek kebersihan perlu diambil kira dan dititikberatkan. Penyediaan tong

sampah di satu sudut bilik stor adalah perlu bagi memudahkan segala alat yang rosak

dan bahan contohnya berus yang telah patah dan tiub cat air yang telah habis dipakai

dan sudah tidak digunakan dibuang pada tempat yang sepatutnya. Hal ini dapat

mengelakkan penggunaan ruang bilik stor dengan alat dan bahan yang sudah tidak

boleh digunapakai lagi. Selain itu, penyapu dan bekas penyodok juga penting untuk

kerja pembersihan bilik stor terutamanya pada permukaan lantai yang berdebu dan

berhabuk.

Oleh yang demikian, keselamatan yang baik dan keadaan bilik stor yang bersih

memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan penggunaan bilik stor

adalah selamat dan selesa.

Bahan yang berat diletakkan di bahagian

bawah(Bahan:Cat)

Page 18: Asgmnt Seni

Seterusnya, keadaan permukaan lantai bilik stor sebaik-baiknya bersimen

tanpa menggunakan mozek. Hal ini kerana lantai yang bermozek adalah licin dan ini

boleh mengundang kepada risiko bahaya kepada pengguna bilik stor. Sebagai contoh,

sekiranya bahan cecair seperti minyak linsid, turpentin, air dan sebagainya tertumpah

ke atas lantai, risiko untuk seseorang terjatuh ataupun tersandung adalah tinggi kerana

permukaan lantainya yang licin dan tidak kesat. Selain itu, lantai bermozek berisiko

untuk cepat calar dan pecah kerana kerja-kerja peralihan alat dan bahan yang berat

berkemungkinan untuk jatuh dan ditolak tanpa mengangkatnya.

Sebuah bilik stor yang baik dan kondusif haruslah mempunyai penyimpanan

dan susun atur alat dan bahan yang sesuai, selamat, teratur, dan memudahkan

para pengguna menggunakannya. Rak dan Almari merupakan dua jenis item yang

sangat penting untuk penyimpanan dan susun atur alat dan bahan. Rak dan Almari

kedua-duanya mempunyai fungsinya tersendiri. Rak bersifat terbuka manakala Almari

pula lebih bersifat tertutup.

Alat dan bahan yang disimpan pada rak kebiasaanya mempunyai ciri-ciri

seperti tidak merbahayakan, seringkali digunapakai untuk aktiviti-aktiviti seni dan

tidak seberapa bernilai jika dibandingkan dengan alat dan bahan yang disimpan di

Gambar 4: Lantai bersimen adalah lebih selamat untuk bilik seni atau stor seni

Gambar 5: Permukaan yang licin bagi lantai bermozek adalah tidak sesuai untuk stor dan bilik seni

Page 19: Asgmnt Seni

dalam almari. Di bawah merupakan jadual antara contoh alat dan bahan yang disimpan

pada rak dan di dalam almari.

Rak Almari

Alat: palet, berus, roller.... Alat: cutter, Glue Gun, Diamond Saw

Bahan: Poster warna, cat air, kertas

lukisan A3, kertas A4, kertas warna dan

sebagainya...

Bahan: CD dan sampul, catridge ink

printer...

Selain itu, terdapat 4 jenis alatan dan bahan dapat saya kenalpasti yang setiap

jenis mempunyai cara penyimpanan dan susun atur yang berbeza. Jadual di bawah

menunjukkan antara contoh jenis alat dan bahan dengan cara penyimpanan.

Jenis alat dan bahan Cara penyimpanan

1. Alat dan bahan yang berat

Contoh Alat: Mesin Tenun,

Contoh Bahan: Cat tin yang

besar

- Simpan pada bahagian paling bawah

2. Alat dan bahan yang ringan

Contoh alat: berus, palet

Contoh bahan: pensel warna

- Boleh disimpan di tempat tinggi

3. Bahan kering

Contoh: tepung, plaster of paris,

serbuk simen

- Simpan di tempat yang tinggi bagi

yang ringan dan rendah bagi yang

berat dan pastikan tempat

penyimpanan yang jauh dari sumber

air dan cecair.

Page 20: Asgmnt Seni

4. Alat yang tajam

Contoh: Pisau, cutter, gergaji

- Simpan di tempat yang tertutup seperti

di dalam laci atau di dalam almari

5. Bahan yang berbahaya

Contoh: turpentin, spray

- Letak di tempat yang selamat dan

tersorok

Di samping itu juga, perkara yang perlu diambil kira dalam penyusunan dan

penyimpanan alat dan bahan adalah kedudukan alatan dan bahan tersebut sama

ada pada sudut yang berhampiran dengan pintu ataupun sebaliknya. Alatan dan bahan

yang sering digunapakai untuk aktiviti-aktiviti seni seeloknya diletakkan pada sudut

yang berhampiran dengan pintu dan senang serta mudah unttuk diambil. Contohnya,

alat seperti berus, palet, pembaris, dan pengasah pensel serta media atau bahan

seperti Water Colour, Poster Colour, Pensel warna, Kertas Lukisan adalah lebih ideal

jika diletakkan pada rak yang berdekatan dengan pintu dan mudah dilihat. Manakala,

bagi alat dan bahan yang jarang dipakai, bahaya jika terdedah dan berhargai sebaiknya

diletakkan pada sudut yang agak jauh dari pintu dan tersorok. Contohnya, kayu

pemidang batik, tong gas, mesin tenun dan sebagainya.

Kesimpulannya, pengurusan alat dan sumber bahan yang merangkumi

penyimpanan dan susun atur alatan dan bahan di dalam bilik stor seni adalah penting

kerana pengurusan bilik stor yang baik akan menjamin ketahanan alat dan bahan yang

terdapat di dalamnya serta dapat menjamin keselamatan penggunanya.

Page 21: Asgmnt Seni