Top Banner

Click here to load reader

ASGMNT HBPS2303 PENGANTAR BAHASA KANAK-KANAK.docx

Dec 25, 2015

ReportDownload

Documents

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2011(SMP AMBILAN KHAS JAN 2011)HBPS2303 PENGANTAR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 790816105024001NO. KAD PENGENALAN: 790816105024NO. TELEFON: 019-2647984E-MEL: [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN: SHAH ALAM LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGANBILTAJUK

11.0 PENGHARGAAN

2.0 PENGENALAN2.0 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan2.1 Pendekatan Projek

3.0 PROJEK PENANAMAN BIJI BENIH

3.1 Pengenalan Projek 3.2 Aktiviti 1 3.3 Aktiiviti 2 3.4 Aktiviti 3 3.5 Aktiviti 4

4.0 PENUTUP

5.0 RUJUKAN

6.0 LAMPIRAN

1.0PENGHARGAAN

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan mengenai kaedah projek. Di kesempatan ini , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang sedikit sebanyak telah membantu saya dalam melaksakan tugasan ini.Penghargaan tersebut saya tujukan kepada pensyarah bersemuka saya iaitu Encik Ahmad Fuad b Hj Hashim dan juga tutor on-line iaitu Pn ziraiza bt Hj Ismail.Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu dan murid-murid yang telah melaksanakan projek ini.Semoga hasil kerja yang telah saya hasilkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang telah diberikan.Saya berharap juga bahawa dengan penghasilan tugasan ini ia dapat membantu diri saya dan individu lain dalam mengetahui kaedah pendekatan projek ini.

2.0 PENGENALAN2.1 Kurikulum Prasekolah KebangsaanPendidikan awal kanak-kanak merupakan satu tahap yang sangat penting dalam sistem pendidikan .Ini kerana bagi menghasilkan kanak-kanak yang sempurna pendidikan adalah bermula dari awal lagi bahkan mengikut pendapat ahli-ahli perubatan pendidikan boleh bermula seusia bayi dalam kandungan lagi.bergantung.Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza antara individu kepada beberapa faktor iaitu genetik, persekitaran dan sebagainya . Namun begitu pendidikan awal kanak-kanak adalah bukan berlandaskan kemahiran 4m semata-mata iaitu membaca, menulis, mendengar dan menaakul malah ianya melibatkan perkembangan mereka secara menyeluruh bersesuaian dengan falsafah pendidikan prasekolah kebangsaan yang menginginkan bahawa murid-murid prasekolah perlu diberi pendidikan secara menyeluruh termasuk perkembangan jasmani, emosi, rohani,intelak dan sosial mereka secara optimim.Bagi merealisasikan misi pendidikan ini, satu kurikulum prasekolah telah dibentuk bagi memudahkan guru-guru mahupun pendidik sebagai garis panduan kepada mereka bagaimana untuk mengaplikasikan pendidikan yang bermakna kepada murid-murid prasekolah ini. Mulai tahun 2010, guru-guru perlu mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dimana ia lebih menitikberatkan kurikulum yang lebih seimbang antara membentuk kemahiran asas dan juga pendidikan secara menyeluruh.Seperti yang telah dinyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza . Menurut Teori kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Maslow, setiap individu mempunyai kecenderungan yang berbeza iaitu dari aspek linguistik dan bahasa, kecerdasan matematik, interpersonal, intrapersonal, muzikal dan sebagainya. Ini terbukti kerana kita dapat lihat kadang-kadang terdapat seseorang itu mudah untuk mengingat formula-formula matematik berbanding orang lainantara satu dengan yang lain.Mengikut teori Jean Piaget yang merupakan salah seorang tokoh kanak-kanak yang sangat terkenal menyatakan kanak-kanak pada tahap lima hingga enam tahun ini belajar daripada sesuatu mudah kepada yang susah, daripada konkrit kepada yang lebih abstrak. Oleh yang demikian, kurikulum yang telah dibina untuk murid-murid prasekolah adalah berlandaskan satu kurikulum yang berfokus dimana ia berlandaskan tema. Pemilihan tema adalah berdasarkan persekitaran murid dan juga persediaan mereka dalam sesuatu perkara. Seperti yang telah dinyatakan bahawa kanak-kanak belajar daridapa mudah kepada yang susah, oleh yang demikian pemilihan tema juga berpandukan kepada yang lebih mudah dan dekat dengan mereka kepada yang lebih jauh ,susah dan abstrak.Contohnya, pada minggu pertama persekolahan murid-murid masih lagi dalam dilemma iaitu mengalami perubahan yang drastik dalam hidup mereka dimana mereka terpaksa berpisah dengan ibubapa dalam jangka masa yang agak lama.Oleh itu, tema pertama yang di pilih ialah orientasi dan seterusnya tema diri saya kerana ianya mudah dan sangat dekat dengan diri murid.Kemudian baru lah ia beralih kepada diri sendiri dan kawan-kawan dan seterusnya kepada tema yang lebih sukar.Bagi merealisasikan kurikulum yang berlandaskan tema ini berserta dengan perkembangan murid yang pelbagai, maka pelbagai teknik dan pendekatan telah diaplikasikan bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna bersesuaian dengan umur dan perkembangan murid. Pendekatan dalam konteks pendidikan adalah bermaksud bagaimana atau cara sesuatu kurikulum dilaksanakan dengan menggunakan teknik dan kaedah dan diikuti dengan tindakan susulan.Beberapa kaedah yang sesuai dilaksanakan di prasekolah ialah pendekatan bertema, penemuan-inkuiri, Salah satu pendekatan yang sangat sesuai diaplikasikan di prasekolah ialah pendekatan projek.2.2Pendekatan ProjekPendekatan projek adalah merupakan satu pendekatan yang memerlukan kanak-kanak melakukan penerokaan dan penyelidikan dalam pembelajaran menggunakan inisiatif dan kreativiti mereka sendiri. Pendekatan projek ini telah ditonjolkan oleh salah seorang tokoh pendidikan awal kanak-kanak iaitu Reggilio Emilia dimana beliau mempunyai kurikulum yang tersendiri dalam pendekatan projek. Beliau menyatakan kanak-kanak harus diberi peluang meneroka dan mencari inisiatif sendiri dalam melakukan sesuatu supaya mereka memperolehi pengalaman dengan sendiri. Dalam konsep ini, guru hanyalah berfungsi sebagai pemerhati dan penasihat manakala aktiviti adalah berfokuskan murid. Begitu juga seperti yang telah dinyatakan oleh Bustam dan Putri Zabariah (2006), yang mana pendekatan ini merupakan satu penyelidikan yang mendalam tentang sesuatu topik bagi memperoleh jawapan. Hala tuju pembelajaran dibuat mengikut minat murid dan guru adalah sebagai pemudah cara.Aktiviti dalam pendekatan projek ini boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.Ia adalah bergantung kepada topik yang dipilih.Bagi sesuatu topik yang memerlukan jangkamasa yang panjang , guru boleh memberhentikan dulu proses pembelajaran dan akan disambung pada masa yang sesuai apabila projek tersebut sudah menunjukkan perkembangannya. Menurut Reggilio Emilia , beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam melaksanakan pendekatan projek. Antaranya ialah:i. Suasana pembelajaran yang ceria dan selesa.ii. Guru perlu mengatur pembelajaran yang menggalakkan kanak-kanak melakukan penerokaan yang panjang dan menyelesaikan masalah dalam kelompok yang kecil di mana terdapat kerjasama dan persaingan.iii. Pendekatan ini juga sesuai dengan Teori Howard Gardner yang menggunakan integrasi seni dalam memperkembangkan kecerdasan linguistik, sosial dan kognitif.iv. Mendokumentasikan perkembangan projek mereka adalah merupakan alat penting dalam proses pembelajaran.

3.0 PROJEK TANAMAN BIJI-BENIH

3.1 Pengenalan ProjeKBagi melihat sejauhmana keberkesanan pendekatan projek ini, saya telah laksanakan pendekatan ini di prasekolah bersama murid-murid .

TEMA: Tumbuh-tumbuhanPENDEKATAN: PROJEKTAJUK: Menanam pokok cili dan menanam taugehAKTIVITI: 1. Murid murid berkumpul dan membuat bulatan .Guru menerangkan aktviti yang akan dilakukan murid .2. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur. Setiap kumpulan tedapat 5 orang murid.3. Guru memperkenalkan peralatan yang akan digunakan untuk menanam pokok dan bagaimanakah cara pokok tersebut ditanam mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.4. Setiap kumpulan melakukan aktiviti menanam pokok cili dan pokok taugeh secara bergilir mengikut kumpulan. Guru hanya menjadi pembimbing dan pemantau kepada aktiviti yang dilakukan.5. Murid menandakan projek mereka dengan nama kumpulan.(Sila lihat lampiran)

Aktiviti pendekatan projek yang telah dilaksanakan ini merupakan salah satu aktiviti projek yang mengambil masa yang agak panjang seperti pokok cili ia mungkin boleh dijadikan projek sepanjang tahun manakala bagi pokok taugeh ia mengambil masa tidak terlalu lama iaitu dalam tampo beberapa minggu sahaja.Murid-murid akan sentiasa mengikuti perkembangan projek mereka dari masa ke semasa dan merekodkan pertumbuhan yang telah berlaku dalam carta dengan menggunakan kertas warna dari minggu ke minggu.Guru hanya member panduan kepada murid bagaimana cara menjaga tumbuh-tumbuhan mereka dan mereka secara bergilir dalam kumpulan akan menyiram tumbuhan merekaMelalui aktiviti pendekatan projek ini, guru dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran bagi pelbagai komponen yang terdapat dalam kurikulum yang telah digubal.Komponen-komponen yang terdapat dalam kurikulum standart prasekolah kebangsaaan ialah komunikasi yang terbahagi kepada dua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia,Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Ketrampilan diri , Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai.Setiap komponen mempunyai standard pembelajaran yang berbeza dimana ia memerlukan kanak-kanak mencapai objektif yang tertentu .Namun begitu, dalam konteks prasekolah, setiap proses pembelajaran dan pengajaran, guru-guru boleh mengamalkan pembelajaran bersepadu dan menggabungjalin beberapa standard pebelajaran dalam komponen yang berlainan dalam seseuatu aktiviti.Contohnya dalam slot komponen bahasa Malaysia, guru juga boleh memasukkan komponen kreativiti dan sebagainya dalam slot tersebut. Ini kerana berfokus kepada matlamat pendidikan prasekolah yang mementingkan perkembangan secara menyeluruh.Bagi projek yang telah dipilih ini pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksan