Top Banner

of 30

ABM Matematik

Oct 19, 2015

Download

Documents

PChin PChin

yyy
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

ABM - NILAI TEMPAT

Berikut adalah alat bantu mengajar bagi tajuk nombor dalam matematik. Guru boleh menggunakan kertas warna untuk menghasilkan satu alat bantuan mengajar yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran.

Setiap kertas warna ditulis dengan angka 0 hingga 9.

Sediakan 7 jenis warna untuk mewakili setiap rumah nilai, bermula dari rumah satu hingga rumah juta. Murid boleh menggunakan kad nombor ini untuk menjalankan aktiviti dengan membacakan nombor sehingga 1 000 000 serta mengenal pasti nilai tempat sesuatu nombor.

NILAI TEMPAT

Nilai tempat bagi suatu nombor adalah terdiri daripada :

Kadang-kala murid menghadapi masalah untuk mengenal pasti nilai tempat bagi sesuatu digit. Di sini saya memperkenalkan " Gelas Nilai Tempat" untuk membantu murid memahami konsep nilai tempat dengan jelas dan mudah.

"Gelas Nilai Tempat" ini dapat dibina dengan mudah iaitu menggunakan gelas polystyrene untuk menyampaikan konsep nilai tempat dengan mudah.

Selain daripada digunakan dalam kemahiran menuliskan nilai tempat dan nilai digit, teknik ini boleh diaplikasikan dalam kemahiran membandingkan suatu nombor dan mencerakinkan nombor ikut nilai digit.

Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan

Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk menjayakan proses PdP.

Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik

Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.

Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar.

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.

Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalah Alat bantu mengajar (resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).

Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.

Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian.

Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.

Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang.

Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid tersebut

Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang baik untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas diperolehi semasa menggunakan resos adalah Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Klien seseorang guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun.

Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar.

Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila guru menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.

Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalah Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering didedahkan dengan pepatah dari Confucius bahawa i hear i forget i see i remember i do i understand. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung.

Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu, murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di fikiran murid kerana jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya. Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam dan kapur atau papan putih dan pen marker, pengajaran juga tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan ingat tanpa memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran yang dipelajari. Namun, jika guru yang cemerlang menggunakan resos bahan maujud, elektronik dan sebagainya untuk proses pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih memahami konsep pelajaran yang ingin ditekankan oleh guru.

Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat dimana akan memberikan murid pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos yang berbentuk maujud akan membuat murid untuk memegang dan mencuba sendiri untuk memahami pembelajaran dengan bantuan guru dan alat itu sendiri. Kaedah kooperatif boleh digunakan semasa menggunakan resos dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ murid dapat berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos yang telah disediakan oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing murid sahaja.

Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan menggunakan resos adalah resos dapat menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat membantu secara menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu digunakan dan penggunaan resos perlulah bersistematik dan senang diuruskan serta beragam. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan guru dan murid menggunakan resos yang dibuat.

Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi pembelajaran dan pembelajaran kerana memudahkan murid untuk lebih fahami konsep. Sekiranya guru hanya mengajar secara lisan tanpa menunjuk contoh maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan penggunaan resos murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami pengalaman sendiri untuk memahami konsep dan merasai apa yang ingin diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar.

Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran adalah cara penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus.

Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan abakus.

Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.

Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka. Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui abakus murid dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik.

Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh membanding-beza yang mana satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk menumpukan dengan penuh perhatian.

Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit. Hal ini demikian kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak tersebut.

Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk mengajar murid-murid di sekolah.

Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan jumlah dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja, tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan dekak-dekak juga boleh digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana, dekak-dekak tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan yang dapat dipegang dandilihat membolehkan murid-murid melakukan aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.

Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok logik, yang menggunakan kontemporari bahan manipulasi dalampengajaran matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang pendidikan matematik kerana terdapat teori-teori tentang bagaimana struktur matematik boleh diajar. Gred awal menggunakan penjelmaan pelbagai melalui manipulatif, permainan, cerita dan tarian.

Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi. Alat bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan selesa.

Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk belajar konsep-konsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok 3-dimensi an dibuat bahan-bahan yang terpakai dan sebagainya.

Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan pergiraan.

Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek - satu teknik penting dalampembelajaran prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal perkembangan kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini pelajar menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka "membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada yang paling dekat nilai,digit tempat.

Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri

KEBERKESANAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER

Sebelum kita membincangkan dengan lebih jauh mengenai isu penggunaan resos ini marilah kita terlebih dahulu mengungkap maksud ataupun takrif-takrif yang telah diberikan kepada resos ini.Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai alat bantu mengajar. Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh merujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk kepada set benda yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar.

Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan chalk and talk tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Matematik. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian.Menurut teori Konstruktivisme pula pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Ini menunjukkan bahawa perlunya ada objek atau bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan untuk menyokong sesi pembelajaran.

Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam pengajaran matematik.

Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan.

Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat.

Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Carta Grafik Bahan Bantu Mengajar PictureBagaimana resos tersebut dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka.

2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.

3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar -pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti;

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran.

2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3. Membantu mencapai objektif pengajaran.

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran.

b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.

c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar.e. Menjimatkan masa pengajar.f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.

Justeru, tidak syak lagi bahawa penggunaan resos dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat memberikan banyak menafaat di samping dapat mengukuh dan menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan. Mari kita lihat pula kepada beberapa contoh bahan bahan resos yang sering digunapakai di dalam kurikulum pendidikan Matematik sekolah rendah. Secara umumnya terdapat banyak bahan resos seperti Blok Dienes, Dekak-dekak, Jalur Nombor, Kit Pecahan, Domino Pecahan, Papan Perpuluhan, Carta Nilai Tempat, Petak Seratus, Papan Geometri, Model Peratus, Grid Peratus, Bekas Air Bersenggat dan banyak lagi. Semuanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu membantu meningkatkan pemahaman murid-murid dan bagi meyokong lagi pengajaran para guru.PENGAJARAN MENGGUNAKAN SUMBERMemandangkan topik yang saya pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam lingkungan 10000 tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina dekak-dekak. Dekak-dekak merupakan resos utama kami bagi menyokong pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang akan kami jalankan melalui pengajaran mikro. Idea pembinaan dekak-dekak ini tercetus setelah kami berkolaborasi bersama-sama dengan Encik Norhawan bin Misiran dan menyatakan kepada beliau tentang apa yang kami ingin lakukan. Selain itu, kami juga turut membina sampul surat, kad nombor, lembaran kerja dan juga video bagi menjayakan lagi proses PdP.

3.1 Penghasilan Dekak-dekak

Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan oleh murid-murid sekolah rendah. Resos yang ringan juga memudahkan guru-guru untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu juga, tapak tersebut boleh dibina mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan ianya begitu mudah untuk dibentuk dan juga dipotong.

Rajah 3.1.1 : Tapak Dekak-DekakSeterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. Tiang ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. Memandangkan topik kami ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak.

Rajah 3.1.2 : Tiang Dekak-Dekak

Rajah 3.1.3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak

Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada polisterin dan boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan menarik perhatian murid-murid, tetapi bentuk kesemua bentuk buah tersebut mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang dipilih, maka kesemua buah tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di bahagian tengah pula, ianya ditebuk sebesar saiz batang paip yang digunakan untuk dijadikan tiang bagi tujuan untuk memasukkan buah tersebut ke dalam tiang. Buah tersebut digunakan untuk mewakili nilai bagi setiap rumah. Contohnya, 232. Ini bermakna, dua buah akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke dalam rumah puluh dan dua buah ke dalam rumah ratus.

Rajah 3.1.4 : Buah Dekak-Dekak

Rajah 3.1.5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang

Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.

Rajah 3.1.6 : Label bagi setiap rumah

3.2 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah

Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022, gunakan buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor yang kedua seperti rajah di bawah. Nombor 2311 menggunakan buah berwarna pink dan nombor 2022 menggunakan buah berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke dalam rumah mengikut angka yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah kedua-dua nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah. Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3 buah di rumah ratus, puluh dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022 ialah 4333. Begitu mudah melakukan operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak.

http://pengajaranmatematikmte3109.blogspot.com/

LAPORAN REFLEKTIF DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKANNYA

Posted by nurfadhillah ghazali at 17:30 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

7.0 Refleksi Individu

7.0 REFLEKSI

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing saya Datin Zaitun bt Othman kerana sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, beliau sering memberikan kata-kata rangsangan dan buah fikiran yang bernas kepada saya agar menyempurnakan tugasan ini dengan baik.

Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang tidak sangat bermakna pada diri saya. Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari satu topic pengajaran dalam silibus dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH) selama satu jam. Saya dan pasangan telah berpakat untuk memilih tajuk operasi tambah dalam lingkungan 10 000 tahun 3. Kami telah berbincang beberapa kali untuk mendapatkan hasil RPH yang baik dan berkualiti. Selain itu, kami juga telah berbincang dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan panduan bagi menyiapkan rancangan pengajaran harian yang baik.

Seperti yang sedia maklum, Rancangan Pengajaran Harian adalah sangat sinonim dengan kerjaya seorang guru. Sebagai seorang guru, mereka perlu mahir dalam pembikinan RPH dengan lengkap dan teliti untuk memudahkan kelancaran semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlaku. RPH yang baik adalah RPH yang mengandungi spesifikasi yang telah ditetapkan dan senang dibaca serta dirujuk. Saya mengalami kesulitan semasa menyiapkan RPH kerana kadangkala saya terlepas pandang dengan perkara-perkara seperti nilai yang dipupuk, strategi dan teknik yang ditekankan dalam RPH. Oleh itu, RPH yang dihasilkan pada oleh saya pada kali pertama telah dikritik dan telah dimurnikan oleh pensyarah pembimbing. Namun demikian, saya telah memurnikan RPH yang dibuat oleh saya dan pasangan setelah mendapat bimbingan oleh pensyarah pembimbing. Saya kini lebih yakin untuk ke praktikum kerana kini saya lebih mahir untuk membuat RPH berbanding semester sebelum-sebelum ini yang dulunya terkial-kial untuk membuat RPH.

Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya untuk mencipta resos untuk digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah dilakukan. Saya dan pasangan telah berjumpa dengan En Hawan untuk meminta buah fikiran selain meminta bantuan Datin untuk memberikan idea untuk mencipta resos. Akhirnya setelah beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk membuat dekak-dekak bersaiz gergasi. En Hawan telah sarankan kami untuk membuat dua buah dekak-dekak dan penggunaannya untuk guru dan murid.

Pada mula pembikinan resos dekak-dekak tersebut, jujur saya katakan, saya tidak begitu kreatif dalam pemilihan warna-warna dan bercorak. Oleh itu, saya meminta nasihat rakan-rakan lain untuk membantu saya dalam pemilihan warna. Selain itu, kami telah membeli barang-barang yang diperlukan untuk mencipta resos dekak-dekak tersebut seperti polystyrene, mountain board, sugar paper,dan beberapa helai kertas berwarna. Cabaran yang saya hadapi adalah kelalaian saya dengan penggunaan benda tajam. Saya tidak sedar saya menggunting tangan saya sendiri semasa menggunting kertas. Saya hanya sedar apabila darah menitik di atas kertas. Punca saya cuai semasa melakukan kerja adalah mungkin kerana masa yang suntuk kerana semester ini kami sangat penuh dengan tugas-tugas lain selain tugasan kerja kursus. Namun demikian, Alhamdulillah, saya akhirnya dapat siapkan resos yang dikehendaki pada masa yang telah ditetapkan. Saya dapat membahagikan masa yang singkat dengan baik untuk menyiapkan semua tugasan yang tarikh hantarnya hampir sama.

Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk melakukan microteaching di hadapan pensyarah pembimbing dan di hadapan kelas. Microteaching ini perlu dilakukan mengikut RPH yang telah disiapkan. Bukan itu sahaja, microteaching ini juga dilakukan secara berpasangan dan kami telah membahagikan beberapa langkah untuk seorang. Saya mengambil langkah 1, langkah 3 dan penutup. Saya berasa amat gemuruh semasa menjalani microteaching. Hal ini demikian kerana, ini bukannya perkara yang sering dilakukan, lebih-lebih lagi dihadapan Datin Zaitun. Baju saya hampir basah kerana hormone adrenaline yang membuak-buak kerana gementar. Namun saya masih dapat mengawal suara agar tidak keluar suara yang bergetar. Hal ini demikian, jika suara bergetar, saya tidak dapat meneruskan proses microteaching kerana akan tersangkut-sangkut.

Namun, setelah beberapa saya mula mendapat rentak dan menarik nafas panjang untuk menghilangkan ketakutan. Saya juga membuat beberapa kesalah semasa microteaching kerana saya mempunyai masalah dengan resos yang digunakan. Oleh itu, dari situ saya telah membuat dalam 3 minit. Masa yang diberikan hanyalah 20 minit setiap kumpulan. Namun, saya begitu bersyukur kerana berpeluang untuk melakukan microteaching kerana bagi saya, microteaching adalah satu medium yang bagus bagi saya untuk menyediakan diri saya untuk berpraktikum pada awal April kelak. Setelah video yang telah direkod ditayangkan, datin telah memberikan komen yang membina agar meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, saya dapat belajar dari kesilapan setelah menonton video tersebut.

Selain itu, setelah kerja telah siap dilakukan, setiap orang dikehendaki untuk membina satu blog untuk diletakkan di dalamnya semua tugasan matematik MTE 3109. Capaian yang di dalam blog tersebut perlulah mudah. Datin telah member cadangan untuk menggunakan perisian blogspot. Pada mulanya saya berasa risau kerana saya tidak begitu mahir dengan teknologi terutamanya menulis blog. Namun dengan bantuan rakan-rakan saya dapat menghasilkan blog yang menarik untuk dibaca dan dilihat oleh pensyarah pembimbing, Saya mengambil masa juga untuk mempelajari perlahan-lahan dalam penggunaan pembuatan blog. Blog adalah satu medium berteknologi yang kita dapat berkongsi dengan orang ramai tentang ilmu yang kita ada.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan kerja kursus ini dijalankan. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ilmu dunia penuh manfaat yang akan membawa saya ke akhirat kelak. Saya berharap agar saya mendapat markah yang baik dan mendapat keputusan yang baik untuk mengekalkan atau meningkatkan CGPA saya. Sekian terima kasih.

Posted by nurfadhillah ghazali at 15:30 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

8.0 Penutup

8.0 PenutupSecara kesimpulannya, pelajar yang menyiapkna tugas ini secara tidak langsung dapat menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor melalui pengajaran mikro. Selain itu, pelajar juga dapat mengesan cara bagaimana untuk mengukuhkan konsep Matematik yang perlu ditanam pada diri murid-murid melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tugasan ini memerlukan pelajar mencipta resos, pelajar telah mengkaji dan berbincang untuk mencipta resos yang terbaik untuk digunakan.Kerjasama yang baik dalam satu pasukan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk berbaik-baik semasa insane Selain itu, kerja yang dilakukan akan lancar dan dan tidak mengalami kesulitan sepanjang tugasan dijalankan kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan bertolak ansur sesama sendiri.Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif disamping dunia yang kian maju kerana jika di lihat statistic penggunaan teknologi dari zaman dulu hingga kini, jumlah pengguna teknologi mengalami kenaikan yang sangat tinggi. Oleh itu, wajarlah pelajar menggunakan teknologi sebagai satu medium cara menyampaikan ilmu pengetahuan Matematik.Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik boleh digunakan dengan pelbagai medium mengikut kreativiti seseorang guru bagaimana untuk mendidik anak bangsa. Sebagai guru yang cemerlang dan baik, guru itu sendiri perlu memahamikan akar pelajaran tersebut iaitu konsep sesuatu topik, barulah ilmu itu akan berkembang.http://alam-math.blogspot.com/2012/10/alat-bantuan-mengajar.html

Refleksi Pembelajaran MakropengajaranDi akhir pengajaran dan pembelajaran, saya dapat merumus bahawa sesi pengajaran keseluruhan dapat mencapai objektif yang dikehendaki.

KekuatanSelepas pengajaran makropengajaran, saya mendapati kekuatan yang ada ialah semua murid di dalam kelas saya seronok untuk mengikuti setiap pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM ) banyak mempengaruhi serta menarik minat setiap murid untuk belajar. Di samping itu, murid-murid juga memahami maksud perkataan yang sering diberi penekanan oleh saya misalnyanya perkataan sedikit, sama banyak dan banyak yang diperkenalkan oleh saya dan menjadikan objek-objek konkrit sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam makropengajaran ini juga, saya telah menerapkan kemahiran berfikir. Kemahiran ini adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, penggunaan sumber bahan bantu mengajar ( BBM ) seperti lembaran kerja yang menarik dan sesuai dengan keupayaan murid-murid dapat membantu untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana, terdapat sumber pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan yang memerlukan kemahiran berfikir yang baik.

KelemahanMelalui makro pengajaran ini, saya mendapati bahawa teknik penyampaian yang saya laksanakan di dalam kelas masih agak lemah. Selain itu, saya kurang mempelbagaikan teknik penyampaian serta bahan bantu mengajar saya kepada murid. Sebenarnya, murid-murid khasnya murid tahun 1 lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka. Penggunaan peralatan ICT tidak dapat dinafikan kepentingan serta keberkesannya. Tetapi di sekolah saya, penggunaan peralatan ini tidak dapat digunakan kerana ketiadaan bekalan elektrik.Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang sama ada pada fasa permulaan pengajaran, fasa semasa pengajaran atau fasa selepas pengajaran, saya menghadapi kesuntukkan tempoh masa dan perlu untuk mencari pelbagai idea bagi merangsangkan pembelajaran yang aktif, meningkatkan sikap percaya diri dalam diri murid serta mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, kelemahan makropengajaran saya ialah ketika mencari kaedah dan strategi untuk meningkatkan daya kreativiti murid -murid terhadap penggunaan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran saya dalam bilik darjah. Saya mendapati kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah membentuk pengetahuan baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid perlulah diadakan bagi melatih daya kreativiti mereka yang sedia ada menjadi lebih baik dari sebelum.

Cara mengatasiSaya perlu memperbaiki kelemahan terutamanya dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Sebagai contoh, saya perlu memberi arahan yang jelas kepada murid khasnya semasa sesi kerja kumpulan dan semasa murid-murid memulakan latihan pengukuhan. Walaupun saya kurang bersedia dari segi penyampaian, sebenarnya saya masih boleh menyampaikan sesuatu mesej dengan baik sekiranya berpengetahuan lebih luas dalam topik yang hendak dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah.

Sebagai menambah keunikan penyampaian, saya boleh menggunakan alat bantuan visual seperti tayangan video pendek, carta flip dan sebagainya. Variasi suara juga amat penting dan saya perlu memastikan kelajuan suara dan intonasi saya perlahan apabila memperkatakan sesuatu yang agak rumit.

Seseorang guru seperti saya perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran ianya dapat membantu. Tumpuan murid- murid dalam proses pembelajaran juga adalah penting untuk mencapai objektif pelajaran dan guru seperti saya perlu memainkan peranan utama dengan mengadakan komunikasi dua hala untuk memastikan setiap murid di dalam bilik darjah lebih aktif dari segi penglibatan semasa menjalankan setiap aktiviti.

You might also like:Mikro Pengajaran Tahun 6Guru Matematik Tercabar Dan Mencabar ?Penulisan RefleksiLinkwithinat 22:07 Posted by Kenny Bilong Lusat 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: Video PengajaranPenulisan Refleksi

Refleksi

Refleksi boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Ianya turut bertujuan untuk menerangkan dapatan yang diperolehi sebagai pengumpulan dan pengingatan semula kejadian dan aktiviti yang lepas, ia adalah pengingatan mengenai kepercayaan sendiri.

Saya berpendapat bahawa refleksi pengajaran merupakan pernyataan yang ditulis oleh seorang guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkahlaku pengajaran yang telah dilakukan. Refleksi cuba mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada itu, akan terbentuklah kefahaman 'baru', kesedaran, keinsafan dan perubahan pesepsi. Refleksi Pengajaran dapat menjadikan seorang guru membuat penilaian kendiri. Seorang guru yang mempunyai pemikiran reflektif juga dapar berfikir secara analitis, kreatif dan kritis dalam menambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih bermakna. Semasa menulis refleksi juga, guru dapat menganalisis perkara penting supaya pelbagai alternatif dapat dilihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Jalan penyelesaian inilah akan digunakan supaya tingkah laku guru dan murid dapat diubah ke arah yang lebih baik.

Penulisan RefleksiRefleksi merupakan proses pemikiran yang aktif dan dilaksanakan secara sedar untuk membolehkan seseorang menyelesaikan masalah dan memahaminya secara lebih bermakna. Amalan pemikiran dan penulisan reflektif ini penting bagi menyediakan pelajar menjadi pengamal reflektif demi meningkatkan perkembangan kognitif dalam profesion perguruan. Amalan ini melibatkan pelajar dalam satu kitaran pemikiran dan tindakan berdasarkan pengalamannya kea rah meningkatkan kompetensi diri sebagai seorang pendidik.

Sebagai rumusan , dapat dikatakan bahawa refleksi adalah suatu proses berfikir secara aktif dan penuh sedar dalam membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan diri, meneroka kekuatan dan kelemahan diri serta mencari kebenaran dalam tindakan atau amalan untuk memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam amalan seseorang untuk mendapatkan makna dan kefahaman yang mendalam mengenai amalan itu bagi tujuan menambil tindakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan diri.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

Pelajar perlu lebih latihan berkaitan .Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / .Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.Murid berjaya menguasai konsep ..Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapanSebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.Periksa sama ada murid membawa .. ke dalam kelas.Cari lebih banyak contoh .. untuk membantu murid lebih memahami ..Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.Tidak cukup peluang untuk murid melakukan semasa pengajaran.Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ..Gerakan . Dan ke hadapan pada P&P akan datang.Beri pujian kerana usaha yang bersungguh-sungguh.You might also like: