SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492) PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108) Pengenalan Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Asas-asas kecerdasan ini perlu diperkaya dengan alam sekeliling yang baik supaya ianya dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapai peringkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalaman tetapi semenjak saat tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya inilah dan dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)
PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)
Pengenalan
Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan
ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling
mereka. Asas-asas kecerdasan ini perlu diperkaya dengan alam sekeliling yang baik
supaya ianya dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Biasanya, asas kecerdasan
yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar
bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapai peringkat
optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalaman
tetapi semenjak saat tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan
daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya inilah dan
dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses
rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna.
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran.
Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh
kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman.
Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua
rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar
ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang
demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan,
ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang
berkesan.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu
merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan
bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan
supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)
PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)
mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan
bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap
prestasi para pelajar.
Definisi Alat Bantu Mengajar (ABM)
Alat bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau
murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan
mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-
gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran
yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif
khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa
penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan
penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.
Atan Long (1982:174) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu
mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau
slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian
pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’.
Menurut Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963), hanya alat bantu
mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar
memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah
dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.
SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)
PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)
Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam sesuatu
pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran. Alat
bantu mengajar juga boleh menimbulkan ransangan dan keinginan pelajar untuk
mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Objektif Penggunaan Alat Bantu Mengajar
Menurut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964:65), jika alat bantu
mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai dalam sesuatu situasi
pengajaran, objektif-objektif berikut mungkin tercapai :
1. ABM menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
2. ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
3. ABM menghasilakn pembelajaran yang lebih kekal.
4. ABM member pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sensiri di
kalangan pelajar.
5. ABM membina pemikiran yang berterusan, terutama melalui penggunaan filen-
filem bergerak.
6. ABM membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
7. ABM menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui
bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)
PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)
Prinsip Penggunaan Alat Bantu Mengajar
Pelbagai bahan bantu mengajar – berbagai ABM dapat mempelbagaikan kegiatan
atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada
mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan
rekaan, pengalaman, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-
filem dan sebagainya.
Mutu bahan bantu mengajar - Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada
pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan
bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat.
Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa
– sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk
huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari
bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-
jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.
Kecekapan Menggunakan ABM - Kecekapan seseorang guru menggunakan ABM
adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan
atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan ABM dan tidak
mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. ABM sentiasa
berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Guru harus
pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan
teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan
SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)
PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)
Kesesuaian ABM - ABM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang
hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-
sia sahaja
Kepentingan Alat Bantu Mengajar
Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan
pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman
maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi
dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang
dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap
masalah yang diberi.
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan
ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri
di kalangan pelajar
Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem
bergerak.
Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata
pelajar.
Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih
mendalam dan beragam.
SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)
PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)