Top Banner
1.0 PENGENALAN Sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah sesi pengajaran dan pembelajaran yang disusun dan dirancang oleh guru. Proses perancangan berfungsi sebagai panduan kepada guru supaya menjadi lebih yakin untuk mencapai objektif pengajarannya. Tanpa perancangan dan persediaan yang rapi oleh guru, sesi pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, seorang guru perlulah merancang pengajarannya dengan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai. Melalui RPH, guru dapat memastikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan selaras dengan objektif yang ingin dicapainya. Sehubungan itu, bagi memastikan sesuatu sesi P&P mencapai objektifnya, penilaian juga tidak kurang pentingnya untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap pengajaran guru. Melalui penilaian juga, guru boleh memperbaiki cara dan kandungan pengajarannya. Oleh itu, bagi memastikan murid dan guru mencapai objektif yang dirancang, penilaian juga perlu dijalankan. 1
62

4print-Full Asgmnt Bmm3103

Dec 23, 2015

Download

Documents

Shahril Faizul

bmm
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

1.0 PENGENALAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah sesi pengajaran dan

pembelajaran yang disusun dan dirancang oleh guru. Proses perancangan berfungsi

sebagai panduan kepada guru supaya menjadi lebih yakin untuk mencapai objektif

pengajarannya. Tanpa perancangan dan persediaan yang rapi oleh guru, sesi

pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan menyebabkan objektif pengajaran

tidak dapat dicapai.

Oleh itu, seorang guru perlulah merancang pengajarannya dengan menghasilkan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai. Melalui RPH, guru dapat

memastikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan selaras dengan objektif

yang ingin dicapainya.

Sehubungan itu, bagi memastikan sesuatu sesi P&P mencapai objektifnya,

penilaian juga tidak kurang pentingnya untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap

pengajaran guru. Melalui penilaian juga, guru boleh memperbaiki cara dan kandungan

pengajarannya. Oleh itu, bagi memastikan murid dan guru mencapai objektif yang

dirancang, penilaian juga perlu dijalankan.

1

Page 2: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENILAIAN DAN TAKSONOMI BLOOM

2.1 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Mokhtar Ismail

(1985), pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang

memiliki sifat tertentu.

Rajah 1 : Konsep pentaksiran

Rajah 1 menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan

konsep pentaksiran iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk. Proses

bermaksud langkah ataupun tindakan serta operasi yang digunakan untuk

mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat pula ialah bukti tentang prestasi

pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Aspek penghakiman pula merupakan

proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar dan terakhir ialah produk

yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui

proses pendidikan.

2

Page 3: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran

yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi serta

menghurai maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

2.2 Konsep Pengujian

Pengujian  adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu

dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur  yang sistematik  bagi mengukur

sampel  tingkah laku  atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Pengujian

bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu

pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar

yang sesuai. Oleh itu, pengujian boleh dilaksanakan dengan cara mengadakan

pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini biasanya, dilaksanakan

selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Tuckman (1975) mendefinisikan ujian sebagai sejenis atau alat pengukuran yang

biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Gagne (1975) pula

menjelaskan bahawa ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkahlaku

seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku.

Ujian sebagai alat pengukuran digunakan untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak

bagi menguji kefahaman mendengar.

2.3 Konsep Penilaian

Penilaian didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971)

menyatakan bahawa, ‘accessment is the process of delineating, obtaining, and

providing useful information for judgements decision alternatives’. Kenyataan beliau

bermaksud penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan

untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

3

Page 4: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data  bagi menentukan  sama ada 

sesuatu objektif  yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian ini membantuguru

supaya dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung

pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran,

penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Penilaian juga boleh

dilaksanakan berdasarkan lima prosedur seperti yang terdapat pada rajah 2 di bawah:

Rajah 2 : Prosedur penilaian

4

Page 5: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

2.4 Konsep Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom merupakan satu hierarki yang diperkenalkan oleh Benjamin

S.Bloom (1956). Taksonomi Bloom ini merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif atau

mental yang merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori. Selain itu, taksonomi

bloom ini membina pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu

pembelajaran. Dalam Taksonomi Bloom, terdapat enam peringkat dan keenam-enam

peringkat tersebut dapat dilihat pada rajah 3 di bawah :

Rajah 3 : Aras Taksonomi Bloom

Berdasarkan rajah 3 di atas jelas dapat dilihat enam peringkat Taksonomi Bloom.

Antaranya, peringkat pengetahuan berada di aras paling rendah. Pada peringkat

pengetahuan, individu dikehendaki mengingat semula tanpa perubahan serta

mengetahui objektif pembelajaran. Aras pengetahuan ini terdiri daripada suatu

penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh. Dalam peringkat ini

5

Page 6: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

terdapat beberapa istilah khusus bagi guru mengenal pasti peringkat ini iaitu nyatakan,

terangkan, namakan dan labelkan.

Seterusnya, peringkat kedua iaitu peringkat kefahaman yang bermaksud

kebolehan mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.

Pada peringkat ini juga pelajar boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri dan ia

dilihat sangat berbeza dengan aras pengetahuan di mana pelajar dikehendaki

memberikan jawapan tanpa membuat sebarang perubahan. Melalui peringkat ini,

pelajar mestilah dapat menterjemah isi kepada huraian dan memahami bahan dengan

berkesan. Istilah khusus bagi aras kefahaman ini ialah membanding, menerangkan,

membezakan.

Peringkat ketiga ialah peringkat aplikasi di mana pada peringkat ini pelajar dapat

menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi baru yang konkrit. Antara istilah

khusus dalam menganalisis peringkat ini ialah menyelesaikan, mengira,

mengendalikan, dan meramal.

Peringkat seterusnya ialah peringkat analisis. Peringkat analisis merupakan

kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membahagikan

pembelajaran, menaakul sebab dan meleraikan komunikasi serta menilai kerelevanan

sesuatu data atau topik. Istilah khusus bagi aras analisis ini ialah bezakan, bandingkan,

huraikan, klasifikasikan.

Peringkat kelima iaitu peringkat sintesis adalah kebolehan mencantumkan dan

mengintegrasikan fakta yang berkaitan dan membentuk sesuatu yang baharu iaitu idea.

Melalui peringkat ini, pelajar dinilai dari segi kreativiti serta kebolehan mereka untuk

mencipta idea baru berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui

sebelum ini. Istilah khusus untuk membina item soalan bagi peringkat ini ialah

gabungkan, merekabentuk, cadangkan, senaraikan beberapa cara dan huraikan satu

perancangan.

6

Page 7: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Terakhir, peringkat penilaian ialah peringkat tertinggi dalam piramid Taksonomi

Bloom. Pada peringkat ini, pelajar diharapkan dapat membuat pertimbangan tentang

sesuatu yang diketahuinya berdasarkan kriteria, analisis dan sintesis. Penilaian

merupakan peringkat untuk menguji kebolehan, membuktikan, mengkritik dan menilai.

Antara istilah khususnya ialah nilaikan, rumuskan, bandingkan, buktikan serta huraikan.

Kesimpulannya Taksonomi Bloom menjadi pemudahcara para guru dan

penggubal soalan kerana berfungsi sebagai panduan untuk membina soalan. Dengan

adanya hierarki ini, penggubalan soalan yang mencakupi pelbagai aras dan kemahiran

dapat dihasilkan di samping dapat memperkembangkan murid dari aspek kognitif,

afektif dan psikomotor.

7

Page 8: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

3.0 EMPAT JENIS PENILAIAN BAHASA YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Penilaian merupakan pertimbangan profesional iatu proses yang membolehkan

seseorang membuat keputusan. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian ialah proses

mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan

mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

Di sekolah, terdapat beberapa jenis ujian yang digunakan dalam penilaian

bahasa. Jenis-jenis penilaian bahasa yang biasanya dilaksanakan di sekolah dapat

dilihat pada rajah dibawah :

Rajah 4 : Jenis-jenis penilaian bahasa.

8

Page 9: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

3.1 Ujian Formatif

Ujian formatif ialah sejenis penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Penilaian ini dibuat

untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap

tajuk yang telah diajar.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian formatif dilaksanakan untuk

menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran

mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji

sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini

merupakan sejenis ujian berasaskan kemahiran yang diajar dalam jangka masa

pendek.

Biasanya, guru-guru menjalankan ujian formatif ini di sekolah atas sebab-sebab

tertentu. Antara tujuan ujian formatif ini dijalankan adalah seperti berikut :

a. Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada dari segi

pengajaran guru mahupun penguasaan murid dalam pembelajaran.

b. Memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan

pencapaian murid dalam sesuatu pengajaran.

c. Membantu murid menguasai isi pelajaran bagi sesuatu topik

pembelajaran.

d. Meningkatkan serta mengekalkan pencapaian yang memuaskan di

kalangan murid.

e. Membantu guru melakukan penambahbaikan serta menggunakan

pendekatan yang bersesuaian dalam pengajaran.

f. Membimbing murid mengikut kelemahan yang telah ditunjukkan serta

memberikan kesedaran kepada murid supaya sentiasa bersedia untuk

menghadapi ujian yang akan dijalankan.

Secara amnya, seperti ujian-ujian lain, ujian formatif juga mempunyai ciri-ciri

khususnya yang tersendiri. Ujian ini sering digunakan oleh guru kerana ciri-cirinya yang

9

Page 10: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

memainkan peranan dalam membantu guru meningkatkan mutu pengajaran. Antara ciri

ujian formatif adalah seperti berikut :

a. Ujian formatif dijalankan untuk mendapatkan maklumat untuk

memperbaiki kurikulum.

b. Ujian formatif dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

c. Maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini akan digunakan secara

terus menerus.

d. Ujian formatif boleh dijalankan dalam bentuk ujian diagnostik membantu

untu mendapatkan input tentang masalah yang dihadapi oleh murid dalam

pembelajaran.

e. Maklumat yang diperolehi digunakan serta merta untuk memperbaiki

pengajaran dan pembelajaran supaya guru dan murid sama-sama dapat

memperolehi manfaat.

f. Gred tidak diberikan bagi penilaian ini.

Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa ujian

formatif boleh dilaksanakan oleh guru pada bila-bila masa sahaja semasa pengajaran

dilangsungkan. Ujian formatif bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis,

tetapi juga boleh dilaksanakan dalam bentuk lisan iaitu soal jawab, pemerhatian, kuiz

dan lain-lain lagi. Ujian formatif ini sangat sesuai dilaksanakan dalam memperbaiki

kualiti pengajaran guru di samping membantu guru untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi murid.

3.2 Ujian Sumatif

10

Page 11: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian sumatif ialah ujian yang digunakan

untuk menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan pembelajaran. Ujian

sumatif merupakan sejenis alat atau bahan yang dibina bertujuan untuk menguji

pencapaian murid terhadap beberapa kemahiran bahasa yang telah dipelajari dalam

tempoh jangka masa panjang.

Biasanya ujian ini dilaksanakan mengikut semester ataupun tahun iaitu pada

akhir pembelajaran. Oleh itu, ujian ini sangat berguna untuk melaporkan kemajuan

murid dalam pembelajaran selama satu semester. Dalam kemahiran bahasa, ujian

sumatif dibina secara luas dan melibatkanketiga-tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan,

bacaan dan tulisan.

Di sekolah, ujian sumatif dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan tertentu iaitu :

a. Untuk membantu murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian

mereka.

b. Memberikan gred kepada murid berdasarkan pencapaian yang

ditunjukkan dalam peperiksaan yang telah diadakan.

c. Memberi pengiktirafan kepada kebolehan serta kemahiran yang dimiliki

oleh murid.

d. Menjadi petunjuk untuk memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.

e. Menunjukkan pencapaian murid yang berbeza mengikut kupulan

kebolehan.

Di sekolah, ujian sumatif sering dilaksanakan sebelum sesuatu penggal

persekolahan berakhir. Setelah ujian dilaksanakan, hasil ujian tersebut digunakan untuk

menentukan tahap pencapaian serta kumpulan kebolehan murid bagi penggal

persekolahan yang berikutnya. Ujian sumatif ini juga sangat penting salam menentukan

keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

3.3 Ujian Kefasihan

11

Page 12: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Kamarudin Hj. Husin (1988) berpendapat bahawa ujian kefasihan digunakan

untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu

bahasa secara keseluruhan. Ujian ini berbeza daripada ujian formatif dan sumatif yang

telah dibincangkan kerana ianya tidak menilai sesuatu kandungan atau isi pelajaran.

Tetapi ujian ini secara amnya menilai kebolehan umum murid terhadap bahasa yang

telah dipelajarinya.

Secara ringkasnya, ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengukur

kebolehan murid untuk berbahasa. Kefasihan murid untuk berbahasa bergantung

kepada latar belakang penguasaan bahasa mereka. Kefasihan juga akan

mempengaruhi kemahiran murid untuk berkomunikasi secara berkesan.

Di sekolah, guru-guru menggunakan ujian kefasihan ini bagi mengukur tahap

kebolehan murid untuk berbahasa. Penggunaan ujian kefasihan ini di sekolah adalah

bertujuan untuk :

a. Menilai kebolehan umum murid untuk berbahasa.

b. Menentukan sejauh mana murid menguasai kemahiran dan isi pelajaran

yang telah dipelajari.

Sehubungan itu, ujian kefasihan ini sering digunakan dalam penilaian bahasa

kerana ciri-cirinya yang berfungsi dalam mengenalpasti tahap kebolehan murid

terhadap kemahiran bahasa. Antara ciri-ciri ujian kefasihan ini ialah:

a. Membantu guru menempatkan murid mengikut kumpulan pembelajaran

yang bersesuaian.

b. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bahasa murid secara

menyeluruh.

c. Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan

bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan

yang betul, mimik muka yang jelas, pergerakan mata, posisi tubuh,

kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.

d. Digunakan dalam sesi temuduga.

12

Page 13: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa

ujian kefasihan merupakan ujian berbentuk lisan. Apabila ujian ini dijalankan ke atas

murid, guru dapat mengenalpasti secara keseluruhan sama ada murid dapat

menguasai apa yang telah diajar oleh guru.

3.4 Ujian Kemajuan

Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam buku Pedagogi Bahasa, ujian kemajuan ialah

sejenis ujian ringkas yang dibina oleh guru kelas untuk kegunaan kelasnya sahaja.

Kemudian, ujian yang dibina akan dijalankan oleh guru itu sendiri kerana guru tersebut

sahaja yang mengetahui pengetahuan mengenai keperluan ujian tersebut.

Ujian ini dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran serta

pengetahuan yang telah diuji. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, guru akan

mengetahui tentang kemajuan seorang murid serta keseluruhan kelas dengan lebih

jelas. Berbeza dengan ujian kefasihan yang menilai secara keseluruhan, ujian

kemajuan ini dijalankan untuk membantu guru mengukur sejauh mana murid dapat

menguasai sesuatu tajuk yang telah dipelajari.

Hasil ujian kemajuan ini akan membantu guru mengenalpasti kemajuan setiap

murid dengan lebih jelas. Dengan adanya kemajuan ini, motivasi intrinsik murid juga

dapat ditingkatkan di mana murid dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam

pelajaran. Dari erti kata lain, ujian ini berfungsi memperkukuhkan pembelajaran murid

kerana dapat mendorong murid untuk lebih berusaha.

3.5 Ujian Bakat

13

Page 14: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semula jadi yang dimiliki oleh

seseorang individu.Ujian bakat di dalam bahasa Malaysia ialah ujian yang dibentuk

untuk mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh pelajar di dalam bahasa itu,

Abdullah Hassan (1987).

Manakala menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008) di dalam buku

Pengukuran dan Penilaian Pendidikan menyatakan ujian bakat adalah ujian yang

dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan terhadap calon.

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-

unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. Guru boleh menjalankan

pelbagai aktiviti seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk atau struktur

sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya

berdasarkan ujian bakat. Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan

berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

Ujian ini juga dapat mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut

kebolehan murid atau individu.

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

14

Page 15: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Jadual spesifikasi ujian (JSU) adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri

sesuatu ujian dari segi kandungan iatu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap

konstruk, konteks dan pemberatan taburan asas kesukaran. Tujuan JSU disediakan

adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang

hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikut aras ilmu. Selain itu, penyediaan

JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

4.1 Definisi dan Konsep JSU

Jadual Penentuan Ujian (JPU) atau pun lebih dikenali sebagai Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU) merupakan satu blue print yang mengandungi ujian tentang topik-topik

pelajaran dan perlu dibina setelah guru dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian

yang hendak dibina. Ujian yang dibina boleh berbentuk objektif, esei, amali, kertas

kursus dan lain-lain manakala pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran

berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

JSU membantu guru mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar di dalam

kelas malahan turut membantu guru mengenal pasti objektif pelajaran bagi setiap tahap

domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom.Jadual ini terdiri daripada matrik

dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

Bilangan item yang dibina perlulah mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran

serta kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.

Beberapa elemen yang penting perlulah diketahui oleh seorang guru sebelum

membina JSU. Anataranya ialah:

i. Keseimbangan sasaran ujian;

ii. Keseimbangan tahap pembelajaran;

iii. Format ujian;

iv. Bilangan item ujian bagi seiap sasaran tahap pembelajaran; dan

v. Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja.

Di dalam JSU perlulah terdiri daripada maklumat-maklumat seperti:

15

Page 16: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

i. Bentuk dan panjangnya ujian;

ii. Kandungan topik-topik;

iii. Aras kemahiran;

iv. Peruntukan peratusan item/soalan;

v. Bilangan soalan; dan

vi. Aras kesukaran

4.2 Langkah pembinaan JSU

16

Page 17: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Terdapat enam langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina jadual

spesifikasi ujian. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah 5: langkah pembinaan JSU

4.2.1 Langkah I

17

Menyatakan mata pelajaran, tahun serta menyusun nombor soalan

Page 18: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Memilih dan menyenaraikan isi kandungan, tajuk-tajuk atau topik-topik yang hendak

diuji dalam jadual yang disediakan. Contoh-contoh kemahiran yang akan diuji bagi ujian

bahasa ialah kata kerja, kata majmuk, peribahasa dan lain-lain.

4.2.2 Langkah II

Tentukan bilangan soalan yang hendak dibina dan markah bagi setiap item soalan.

Contoh:

i. Soalan objektif (20 soalan)

ii. 1 markah bagi 1 item

iii. Jumlah soalan bagi setiap setiap topik dikira.

= ______Jumlah masa_____x Jumlah soalan

Jumlah masa keseluruhan

4.2.3 Langkah III

Menentukan aras kemahiran dan aras kesukaran item berdasarkan model aras

yang dipilih, kemudian disusun secara mengufuk dalam JSU. Kebiasaanya guru akan

menggunakan Model Aras Kognitif Taksonomi Bloom yang terbahagi kepada 3 aras

kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Model ini membantu mengembangkan

pemikirn murid ke arah mana hendak dituju.Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom

membahagikan aspek atau domain kognitif ini kepada enam peringkat dengan bermula

dari asas kepada yang lebih tinggi. Antara peringkat berikut ialah:

i. Pengetahuan

18

Page 19: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Peringkat pengetahuan mencakupi semua perilaku yang menfokus pada pengenalan

dan pengingatan idea, pendapat, prinsip, bahan, prosuder dn peristiwa yang berlaku

(Abu Bakar Nordin, 1986). Peringkat ini mengutamakan kemahiran mengingat. Ciri-ciri

peringkat pengetahuan ialah:

- Menggunakan proses mental pengetahuan.

- Memerlukan maklumat atau kandungan yang serupa dengan pengajaran guru

dan buku teks.

- Soalan tidak memerlukan murid mengatur isi dalam bentuk baharu.

- Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.

- Perkataan yang biasa digunakan siapa, apa, di mana, bila, definisi, dan lain-

lain.

ii. Kefahaman

Aspek kefahaman bermaksud objektif, perlakuan, jawapan dan tindakan yang

menunjukkan pengertian yang bermakna yang mengkehendaki murid mengubah bentuk

penerimaannya sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu. Beberapa

aspek yang terlibat dalam peringkat ini ialah:

-Menterjemah sesuatu yang melibatkan bentuk komunikasi diubah kepada

bentuk lain tanpa mengubah makna yang asal.

-Menginterpretasi pelbagai bentuk komunikasi apabila idea atau mesej

berkenaan berbentuk tersurat atau tersirat.

-Ekstrapolasi iaitu membuat anggaran atau aliran yang wujud daripada

komunikasi yang ditunjukkan.

Ciri-ciri soalan berdasarkan kefahaman adalah:

-Soalan memerlukan penggunaan proses mental kefahaman melaui langkah –

terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.

-Maklumat asas telah diberikan kepada murid.

19

Page 20: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

-Memerlukan benda atau material atau alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir

dan dilanjutkan.

-Murid menyatakan kefahamannya dalam ayat atau perkataan sendiri.

-Perkataan yang kerap digunakan – huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan,

nyatakan dengan perkataan anda sendiri.

iii. Aplikasi (Penggunaan)

Aplikasi merupakan penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip,

teori, hokum, prosuder dan cara am dalam situasi khusus dan situasi am (Abu Bakar

Nordin, 1986). Peringkat aplikasi memerlukan murid memahami ciri-ciri asas yang

terdapat pada aspek berkenaan dan mengkehendaki murid menentukan bukan sahaja

cara menyelesaikan masalah tersendiri tetapi juga situasi menjadi aspek penting

sebagai strategi dalam menyelesaikan masalah.

Peringkat ini juga dapat menentukan sama ada murid dapat memilih

pengetahuan yang bersesuaian serta menggunakan dengan betul dalam

menyelesaikan masalah yang baharu dihadapi dan menggunakan sesuatu yang abstrak

dalam situasi tertentu dan konkrit. Bloom (1971) berpendapat murid dapat menguasai

pada peringkat aplikasi jika mereka dapat:

-Menentukan prinsip atau generalisasi yang sesuai dalam masalah yang baharu.

-Menyebut semula satu masalah untuk menentukan prinsip atau generalisas

mana yang penting.

-Menetapkan hal atau kadar setakat mana prinsip atau generalisasi itu tepat dan

betul.

-Mengenal pasti sesuai atau tidak generalisasi tertentu dengan memberikan

alasan.

-Menerangkan fenomena baharu menggunakan prinsip dan generalisasi yang

diketahui.

-Menelaah apa yang akan berlaku dalam situasi baharu dengan menggunakan

prinsip dan generalisasi.

20

Page 21: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

-Menentukan atau menjustifikasikan satu tindakan atau keputusan dalam situasi

baharu dengan menggunakan prinsip dan generalisasi yang sesuai.

-Menyatukan alasan yang digunakan untuk menyokong penggunaan atau lebih

prinsip atau generalisasi dalam sesuatu situasi.

Ciri-ciri soalan berdasarkan peringkat aplikasi:

-Soalan menggunakan proses mental aplikasi.

-Objektif memrerlukan tiga frasa, iaitu kebolehan menggunakan,

prinsip/generalisasi dan masalah/situasi baharu.

-Situasi masalah hendaklah baharu, iaitu tidak sama dengan masalah yang

disentuh dalam bilik darjah.

-Perkataan yang sering digunakan – gunakan, pilih, buat, kira, selesaikan, dan

lain-lain.

iv. Analisis

Fungsi peringkat analisis ialah membahagikan dan menentukan bahagian-

bahagian kecil atau unsur bagi sesuatu perkara yang dikemukakan dan memperlihatkan

pertalian antara unsur-unsur itu untuk memahami komunikasi dengan lebih terperinci

bagi memulakan penilaian. Analisis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

-Analisis unsur yang menentukan fungsi kenyataan yang terdapat dalam sesuatu

komunikasi.

-Analisis perhubungan dengan menentukan perhubungan unsur-unsur yang

terdapat dalam pelbagai bentuk abahgian komunikasi.

-Analisis prinsip organisasi dalam penyediaan sesuatu dengan menetukan

tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya.

Menurut Bloom (1971), ciri-ciri analisis adalah seperti berikut:

-Murid dapat mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set

dokumen dengan menggunakan kriteria analisis.

21

Page 22: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

-Murid dapat menelah kualiti tertentu atau sifat yang tidak dapat dinyatakan

dengan jelas daripada petunjuk yang diperoleh.

-Murid dapat menggunakan kriteria yang relevan, penyusunan mengikut sebab

dan akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan bahan dalam

sesuatu dokumen.

-Murid dapat mengenali prinsip organisasi dan mencorakkan rangka keseluruhan

dokumen.

-Murid dapat menelaah sesuatu rangka kerja tertentu, tujuan dan pandangan

tentang sesuatu dokumen.

Ciri-ciri soalan berasaskan analisis:

-Soalan menggunakan proses mental analisis – sama ada analisis unsur atau

hubungan prinsip organisasi.

-Situasi masalah mestilah baharu, tidak biasa atau berbeza daripada pengajaran.

-Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada murid.

-Memerlukan fikiran kritis, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.

-Perkataan yang kerap digunakan – mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan

rumusan, buktikan, dan sebagainya.

v. Sintesis

Sintesis merupakan proses menggabungkan dan menyusun unsur atau

bahagian bagi membentuk sesuatu yang lebih menyeluruh supaya komunikasi itu lebih

berstruktur dan tersusun. Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah

seperti berikut:

-Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan.

-Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi yang dicadangkan.

-Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk

hipotesis.

22

Page 23: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Ciri-ciri soalan berdasarkan sintesis:

-Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.

-Masalah, tugas atau situasi hendaklah baharu kepada murid atau berbeza

daripada pengajaran.

-Memberikan kebebasan kepada calon untuk menjawab sama ada dari segi isi

atau masa.

-Hasilnya dinilai oleh “pengguna” seperti pembaca atau pemerhati.

-Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kerativiti.

-Bentuk soalan objektif dan esei memerlukan masalah untuk diselesaikan dalam

bentuk daya kreatif tang tinggi.

-Perkataan yang kerap digunakan – ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa

akan berlaku dan lain-lain.

vi. Penilaian

Peringkat penilaian memerlukan murid membuat pertimbangan tentang nilai bagi

sesuatu tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesaian bahan dan sebagainya. Ciri-ciri

soalan berasaskan penilaian ialah:

-Soalan menguji proses mental peringkat penilaian.

-Situasi masalah yang hendak dinilai mesti baharu dan tidak biasa disentuh

dalam pengajaran di bilik darjah.

-Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.

-Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga bahagian, iaitu apa yang hendak

dinilai, arahan tindakan balas dan kriteria yang digunakan dalam penilaian itu.

-Perkataan yang biasa digunakan – pertimbangkan, taksirkan, tentukan,

pertahankan dan sebagainya.

23

Page 24: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Peringkat-peringkat objektif pendidikan Bloom:

6. Penilaian

5. Sintesis

4. Analisis

3. Penggunaan

2. Kefahaman

1. Pengetahuan

4.2.4 Langkah IV

Guru perlu memilih jenis ujian yang akan diuji sama ada ujian objektif, ujian struktur,

ujian esei dan lain-lain. Jenis ujian yang hendak diuji bergantung kepada domain

objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada dari segi psikomotor, afektif dan

sosial.

4.2.5 Langkah V

Menentukan bilangan soalan/item bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei

dan lain-lain) berdasarkan isi dan aras kemahiran bagi ujian itu, kemudian menulis

bilangan soalan itu dalam petak yang berkenaan.

Guru juga perlu menentukan aras kesukaran soalan dari soalan mudah ke

soalan yang sukar serta menentukan pemarkahan bagi setiap soalan.

4.2.6 Langkah VI

24

Aras sukar

Aras sederhana

Aras mudah

Page 25: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Langkah akhir dalam membina JSU ialah guru hendaklah menyatakan mata

pelajaran, tahun serta menyusun nombor soalan mengikut tajuk yang ditetapkan.

4.3 Kepentingan JSU

Antara kepentingan JSU adalah dapat membina dan menyediakan soalan ujian

secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina

secara sembarangan. JSU juga akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan

soalan. Pembinaan JSU dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari

semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan yang

akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi

keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara satu ujian

dengan ujian yang lain.

5.0 KONSEP UJIAN OBJEKTIF

25

Page 26: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk

menguji sesuatu kemahiran bahasa.Item ujian jenis objektif ini memerlukan murid

menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik.

Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang

memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris

gerak balas (respon) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai

atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus. Ujian

objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon dapat

diperiksa dengan mudah dan tepat. Jawapan yang sama akan diberi markah yang

sama oleh sesiapa yang memeriksanya.

Ujian objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ujian item respon bebas

dan ujian item respon tetap.

5.1Jenis-jenis Ujian Objektif

Rajah 1: Jenis-jenis Ujian Objektif

5.1.1 Ujian Item Respon Bebas

26

Page 27: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

i. Jawapan Pendek

Jawapan pendek ialah jenis soalan yang boleh dijawab dengan satu

perkataan atau satu ayat atau dalam bentuk nombor dan kadangkala

memerlukan murid menjawab menggunakan lebih dari satu perkataan.

Contohnya ialah:

1. Bilakah Nabi Muhammad diputerakan?

_________________________

Berikut merupakan prinsip dalam membina ujian item jawpan pendek:

• Bentuk soalan biasanya lebih baik daripada bentuk

pernyataan.

• Soalan hendaklah jelas dan jawapan yang dikehendaki

ringkas dan tepat

• Tempat kosong untuk jawapan hendaklah diletak di sebelah

kanan soalan bagi memudahkan pelajar menjawap.

• Soalan patut dibentuk supaya hanya ada satu jawapan yang

betul.

• Elakkan daripada menggunakan perkataan atau ayat yang

terus dipetik dari buku.

• Ini adalah untuk mengelakkan pelajar menghafal dan

menulis kembali apa yang telah dibaca.

ii. Item Melengkapkan (Mengisi Tempat Kosong)

Item ini mengkehendaki murid membentuk satu ayat dengan perkataan,

atau rangkaian kata tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat

kosong untuk diisikan oleh murid.Ayat ini boleh mengandungi satu atau

lebih tempat kosong. Contohnya ialah:

1. Menunaikan ibadat haji termasuk dalam rukun ____________

Prinsip dalam membina item ini ialah:

27

Page 28: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

• Elakkan daripada menggunakan perkataan yang kabur.

• Jauhkan daripada menngunakan pernyataan yang

mengandungi banyak tempat kosong sehingga maknanya

hilang.

• Kosongkan perkataan atau rangka kata penting untuk diisi

oleh pelajar dan bukan butir-butir yang tidak penting.

• Pilih pernyataan yang terdapat satu jawapan yang betul bagi

tempat yang kosong.

• Jawapan yang dikehendaki sepatutnya dalam bentuk satu

perkataan atau rangkai kata yang ringkas.

• Elakkan daripada mengambil pernyataan terus menerus

daripada buku teks.

• Elakkan daripada menggunakan petunjuk tatabahasa yang

menunjukkan jawapan yang betul.

iii. Item Perkaitan

Item ini merupakan satu senarai perkataan atau peristiwa diberi dan murid

dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan perkataan di

sebelahnya. Peraturan atau prinsip membina item ini kurang lebih sama

dengan item jawapan pendek dan melengkapkan. Contoh soalan bagi

item ini ialah:

1. Arahan:

Tuliskan nama-nama kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi

berikut:

Nabi Muhammad : ___________________

Nabi Musa : _____________________

Nabi Isa : _____________________

Nabi Daud : ___________________

5.1.2 Ujian Item Respon Tetap

28

Page 29: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

i. Item Betul Salah

Item ini akan menyediakan satu pernyataan dan muriddikehendaki

membuat pilihannya, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan

pernyataan itu. Prinsip dalam membina item ini ialah:

• Bilangan soalan-soalan pernyataan betul/salah hendaklah lebih

kurang sama banyak.

• Gunakan pernyataan yang pendek.

• Elakkan daripada menggunakan pernyataan yang kabur.

• Elakkan daripada menggunakan perkataan yang membayangkan

jawapan.

• Elakkan daripada menggunakan perkataan semua, selalunya,

kadang-kadang, dan lain-lain lagi, kerana ia adalah petanda,

mungkin tidak sengaja kepada jawapan sebenar.

ii. Item Padanan

Item ini memerlukan murid memilih perkara diruang kanan untuk

dipadankan dengan perkataan di sebelah kiri. Prinsip pembinaan bagi

item ini ialah:

• Pastikan perkara di dalam ruang pertama danjawapan di ruang

kedua adalah sesuai.

• Masukkan hanya bahan yang sama dalam setiap item.

• Set senarai soalan (jumlah soalan dan padanan jawapan)

hendaklah pendek (antara 5 dan 12).

• Ini adalah untuk memudahkan murid mencari jawapan dan

menyenangkan guru membina soalan.

• Senarai jawapan hendaklah ringkas dan mengikut dan mengikut

senarai abjad atau nombor.

Contohnya:

29

Page 30: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

iii. Item Pengelasan

Item ini hampir sama dengan jenis item “ memadankan”.Item ini

mengandungi dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan.Murid

dikehendaki memilih jawapan yang berkaitan dengan menulis huruf atau

angka yang sesuai di sebelah objek/ perkara dalam tempat yang

disediakan. Contoh:

a. Rukun Iman

b. Rukun Islam

Pilih nama rukun yang betul bagi setiap pernyataan berikut:

Mengucap dua kalimah shadat ( )

Percaya kepada Allah ( )

Percaya kepada Malaikat ( )

Menunaikan sembahyang ( )

30

Baqa

Qudrah

Wujud

Kekal

Berkuasa

Ada

Page 31: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

iv. Item Aneka Pilihan

Item ini mengandungi satu aspek soalan dan beberapa pilihan.Pilihan

jawapan yang salah dinamakan ‘Pengganggu’. Antara prinsp-prinsp

pembinaan item ini ialah:

• Pokok soalan boleh dalam bentuk pertanyaan atau ayat yang tidak

lengkap.

• Pilihan jawapan boleh dilambangkan oleh huruf kecil, huruf besar

atau nombor.

• Pilihan jawapan hendaklah disusun mengikut tertib.

• Soalan hendaklah ringkas tetapi padat.

• Pilihan jawapan juga perlu ringkas

• Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk

yang sama.

• Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.

• Jangan biasakan untuk memberikan jawapan “kesemua di atas”

atau “tiada satu di atas” sebagai alternatif.

• Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.

• Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang.

• Susunan dan kedudukan jawapan tidak menunjukkan satu pola

yang tetap.

• Pokok soalan tidak dijadikan tanda yang dapat membayangkan

jawapan (clue)

5.2 Langkah-langkah Pembinaan Item Ujian Objektif

Panduan menulis soalan objektif (Black, 1994)

i. Soalan hendaklah berasaskan objektif yang terangdan jelas.

ii. Ikut jadual spesifikasi (Penentuan).

iii. Elakkan kekeliruan.

iv. Cipta soalan khusus untuk kumpulan sasaran.

31

Page 32: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

v. Pastikan kejelasan perkataan.

vi. Pastikan setiap soalan bebas dari soalan lain.

vii. Satu soalan hanya untuk satu jawapan.

viii. Elakkan soalan yang negatif.

ix. Dapatkan orang lain membaca soalan anda.

Ujian pencapaian bertujuan untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar

tentang kefahaman murid dan pembelajaran mereka di samping menilai tahap

pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah.Guru

matapelajaran seringkali membina ujian pencapaian disekolah untuk menguji tahap

pencapaian murid.

Guru bolehmemasukkan maklumat-maklumat terkiniyang penting bagi

membolehkan kesesuaian dengan tahap murid. Ujian yang dibina dengan betul dan

dijalankan dengan baik berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai

pengetahuan yang dapat diperolehi dari murid mereka.

5.2.1 Langkah 1: Merekabentuk Ujian

Guru hendaklah mengenalpasti apa yang anda mahu murid anda pelajari dari

sesuatu unit pengajaran. Objektif pengajaran yang utama perlu dipertimbangkan dan

masukkan soalan-soalan tersebut.Muridtidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan

daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian

tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid andajika ujian tidak

menumpukan kepada objektif-objektif kehendak.

5.2.2 Langkah 2: Menulis Soalan ujian

32

Page 33: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah

menulis soalan ujian.Prinsippembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.

1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas.

2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di

fahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai

kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi masaalah dalam

menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas ,

murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan

menjawab dengan tidak betul atau tepat oleh kerana tafsiran mereka

mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan.

3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau

kebolehan yang dapat dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran

am atau kebijaksaan ujian.

4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan

yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid

yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang

mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam

kemahiran mengambil ujian.

5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda

memerlukan soalan berbentuk negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya

kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak

betul.

6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia

menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal.

5.2.3 Langkah 3: Semakan Akhir

33

Page 34: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang

diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan mencukupi dan

seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan

mudah serta jelas ?Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak

membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap

pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar

mengukur kebolehan murid mengambil ujian.

6.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU (Soalan Objektif)

Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 6.

SoalanBahagian

Tatabahasa

Domain Kognitif

Mudah Sederhana Sukar

Pengetahua

nKefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

1 Kata Ganti

Nama Diri /

2 Kata Kerja /

3 Kata

Adjektif / /

4 Kata

Hubung /

5 Kata Sendi

Nama/ /

6 Kata Arah /

7 Kata Nama /

8 Kata Nama /

9 Kata Ganda

Separa / /

34

Page 35: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

10 Penjodoh

Bilangan / /

11 Peribahasa /

12 Kata

Adjektif/

13 Kata Kerja /

14 Ayat Tanya

Bagi

Penyataan/

15 Soalan

Petika/

16 Ragam Ayat /

17 Soalan

Petikan

(Laporan)

/

18 Soalan

Petikan

(Laporan)

/

19 Soalan

Petikan

(Cerita)

2 / /

20 Soalan

Petikan

(Cerita)

/ / / /

Aras Kesukaran Rendah 15

Sederhana 10

Sukar 5

Jumlah 30

35

Page 36: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

6.1 Soalan Objektif

Soalan 1 Berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 1

1. Murid-murid itu sedang menunggu bas untuk ke Melaka. _____________ akan

menyertai lawatan sehari ke negeri yang bersejarah.

A. Mereka

B. Kami

C. Kita

D. Dia

(Aras Pengetahuan)

2. Shahril berasa sedih apabila ____________ menconteng pintu tandas sekolah

walhal bukan dia yang melakukan perbuatan itu.

A. diduga

B. diserah

C. diserang

D. ditohmah

(Aras Kefahaman)

36

Page 37: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Soalan 3 Berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 2

3. Pada suatu masa dahulu, kereta lembu pernah ____________ sebagai kenderaan

untuk membawa penumpang mahupun mengangkut barang.

A. popular

B. serasi

C. antik

D. lama

(Aras Kefahaman)

4. Mesyuarat itu telah pun selesai ___________ setiap aktiviti akan dlaksanakan

seperti yang telah diputuskan ___________ berlaku perkara-perkara luar jangkaan.

A. dan … kecuali

B. lalu … sehingga

C. ketika … sekiranya

D. kerana … sementara

(Aras Kefahaman)

37

Page 38: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

5. Kami berasa curiga _____________ tindak-tanduk lelaki yang keluar masuk ke

kawasan perumahan ini ______________ senja tadi lagi.

A. ke … pada

B. pada … dari

C. akan … sejak

D. kepada … daripada

(Aras Kefahaman)

Soalan 6 Berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 3

6. Zaimi bangkit lalu menjemput orang tua itu duduk di bangku yang telah

dikosongkan di ______________ bapanya.

A. sudut

B. sebelah

C. penjuru

D. hadapan

(Aras Pengetahuan)

38

Page 39: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

7. Banyak pihak menyambut baik ____________ kerajaan agar menjadikan hari Sabtu

sebagai hari tanpa beg plastik.

A. saranan

B. peranan

C. pantauan

D. anggapan

(Aras Kefahaman)

8. Suasana di ___________ lapangan terbang itu agak sesak dengan kaum keluarga

yang menghantar bakal siswa dan siswazah untuk melanjutkan pelajaran ke

university di London.

A. balai raya

B. balai cerap

C. balai berlepas

D. balairung seri

(Aras Kefahaman)

39

Page 40: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Soalan 9 Berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 4

9. Hui Ling sedang berlatih menggunakan _______________ rotan sebagai salah

satu disiplin dalam acara gimnistik yang akan disertainya.

A. gegendang

B. gegantung

C. gegasing

D. gegelung

(Aras Pengetahuan)

10. Semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, abang tidak lupa membelikan ibu

_____________ kalung mutiara dan ______________ cincin sebagai buah

tangan.

A. seurat … sebutir

B. sebaris … sebiji

C. seuntai … sebentuk

D. segugus … segelung

(Aras Kefahaman)

40

Page 41: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

11. Pihak polis mengumumkan ___________ penjenayah yang dikehendaki itu

sudah diberkas.

A. kerana

B. apabila

C. bahawa

D. supaya

(Aras Kefahaman)

12. Kumarisan ___________ ketika bercakap dengan Ah Chan setelah penat berlari

akibat dikejar anjing.

A. terketar-ketar

B. termangu-mangu

C. terbatuk-batuk

D. termengah-mengah

(Aras Pengetahuan)

13. Ayah membeli se________ surat khabar dan dua __________ pen di kedai Nur

Ehsan itu.

A. buah ... bilah

B. helai ... biji

C. naskhah ... batang

D. sisir ... ikat

(Aras Pengetahuan)

41

Page 42: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

14. Ahli Kelab Sorak itu menjerit-jerit sehingga ____________ suara mereka ketika

memberikan semangat kepada pasukan bola sepak sekolah mereka.

A. merdu

B. nyaring

C. garau

D. serak

(Aras Kefahaman)

Soalan 15 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

15. Haidar dan Haidir pasangan kembar seiras namun sikap mereka amat berbeza

_______________.

A. seperti cincin dengan permata

B. seperti langit dengan bumi

C. seperti aur dengan tebing

D. Seperti isi dengan kuku

(Aras Analisis)

Soalan 16 – 17 Pilih ayat yang mengunakan perkataaan bergaris dengan betul.

16 .I Bulu kucing kesayangan Amir itu memang lebat sungguh tetapi mudah

tanggal.

II Pekan itu dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang turun sepanjang hari.

III Pokok rambutan di dusun datuk berbuah lebat pada tahun ini.

IV Suasana di dalam pasar raya itu lebat dengan pelanggan.

A. I dan II

B. I dan III

C. I, II dan III

D. I, III dan IV

(Aras Aplikasi)

42

Page 43: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

17. I Pak Man menggapai papan yang terapung-apung itu lalu berpaut

padanya.

II Farrid memanjat pokok itu lalu menggapai buah rambutan di hujung

dahan.

III Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai segala

impian kamu.

IV Cikgu Lia meminta semua murid menggapai nota yang tertulis pada

papan hitam.

A. I dan II

B. I dan III

C. I, II dan III

D. I, III dan IV

(Aras Aplikasi)

18. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Shafik gembira kerana terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik di sekolahnya.

A. Perlukah Shafik berasa gembira?

B. Mengapakah Shafik berasa gembira?

C. Bagaimanakah Shafik terpilih sebagai pemain bola sepak terbaik?

D. Adakah Shafik berasa gembira menjadi pemain bola sepak terbaik?

(Aras Analisis)

43

Page 44: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Soalan 19 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

19. “Saya sempat bersarapan bersama-sama Kumar di kantin tadi,“ kata Razali.

A. Razali dan Kumar sudah bersarapan di kantin tadi,

B. Razali berkata bahawa dia selalu dapat bersarapan dengan Kumar di kantin.

C. Razali menjelaskan bahawa dia sempat bersarapan dengan Kumar di

kantin tadi.

D. Razali dan Kumar sempat berkata ketika bersarapan bersama-sama.

(Aras Analisis)

Soalan 20 Pilih ayat yang betul.

20. I Oleh sebab komputernya rosak, dia tidak dapat membuka e-melnya.

II Kesemua penumpang feri yang karam itu dipercayai telah mangkat.

III Baju yang diperbuat daripada sutera asli itu sangat mahal harganya.

IV Borang penyertaan kamu hendaklah terserah selewat-lewatnya hari ini.

A. I dan II

B. I dan III

C. I, II dan III

D. I, II, III dan IV

(Aras Analisis)

44

Page 45: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Soalan 21 hingga soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Pada 1 Ogos 2012 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Wawasan telah

mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan.Program tahunan ini berlangsung selama

sebulan dan acara kemuncak sambutan diadakan pada 31 Ogos 2012.

Pada hari perasmian, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah

seawal 7:30 pagi.Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan,

lagu negeri, lagu sekolah dan lagu tema Hari Kemerdekaan.Selepas itu, Guru Besar

menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan sambutan Bulan

Kemerdekaan tersebut.

Sepanjang bulan Ogos, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan

menghias kelas, pertandingan melukis poster kemerdekaan, pertandingan nyanyian

lagu-lagu patriotik dan lain-lain lagi.Kesemua pertandingan tersebut telah mendapat

sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid.Malahan, kerjasama antara

murid-murid dan para guru dalam menjayakan setiap acara amat membanggakan dan

menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi.

Acara kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan pada 31 Ogos

2012.Pada hari tersebut, Pegawai Pelajaran Daerah Ipoh telah menyampaikan

perutusan hari kemerdekaan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam perutusan

itu, Menteri Pelajaran menyeru para pendidik agar menyemaikan perasaan cinta akan

negara dalam kalangan murid.

Selepas itu, acara penyampaian hadiah dijalankan.Pegawai Pelajaran Daerah

Ipoh telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi semua pertandingan

yang telah berlangsung sepanjang tempoh acara sambutan Bulan Kemerdekaan

itu.Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan ringkas sebagai penutup bagi sambutan

tersebut.

45

Page 46: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Majlis pada hari itu diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang telah ditaja

oleh Syarikat Katering Sharof Sdn. Bhd.. Semoga acara yang diadakan pada setiap

tahun ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh, 2 SEPTEMBER 2012

(HAMDAN BIN HAZMAN)

Setiausaha,

Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan

21. Sambutan apakah yang diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Taman Wawasan?

A. Sambutan Hari kantin

B. Sambutan Bulan Kemerdekaan

C. Sambutan Hari Guru

D. Sambutan Hari Raya

(Aras Kefahaman)

22. Siapakah yang menyampaikan perutusan hari kemerdekaan daripada Menteri

Pelajaran Malaysia?

A. Perdana Menteri

B. Menteri Pelajaran

C. Pegawai Pelajaran Daerah Ipoh

D.Guru Sekolah

(Aras Kefahaman)

46

Page 47: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

23. Antara yang berikut, manakah BUKAN aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan

Ogos?

A. Pertandingan menghias kelas

B. Pertandingan melukis poster kemerdekaan

C. Pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik

D.Pertandingan memancing

(Aras Analisis)

24. Mengapakah Menteri Pelajaran menyeru para pendidik agar menyemaikan

perasaan cinta akan negara dalam kalangan murid?

A. Supaya murid-murid tidak terlalu mengikut budaya Barat.

B. Supaya murid-murid akan menghargai keamanan negara.

C. Supaya murid-murid menghargai jasa-jasa pejuang kemerdekaan.

D. Supaya murid-murid akan menjaga maruah diri demi nama negara.

(Aras Sintesis)

25. Pada pendapat anda, mengapakah acara sambutan Bulan Kemerdekaan perlu

disambut setiap tahun?

A. Untuk memupuk semangat perpaduan.

B. Untuk memperingati Bulan Kemerdekaan.

C. Untuk memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara.

D. Untuk menggalakkan murid menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

(Aras Penilaian)

47

Page 48: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Soalan 26 hingga soalan 30

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Sudah hampir lima jam aku di sini namun pancingku belum juga

mengena.Bosannya!” keluh Zul.Dia teringat kata-kata sahabat baiknya, Amin, bahawa

di situ lubuk ikan.Lempar sahaja umpan pasti dapat ikan.“Hai, nampaknya Amin mahu

mengenakan aku!”

Tidak lama kemudian, Zul terasa pancingnya direntap sesuatu.Gembira hati Zul

tidak terkira.Terbeliak biji mata Zul apabila melihat seekor udang galah yang besar

menjadi mangsa umpannya.Zul benar-benar gembira. Dia tidak akan pulang dengan

tangan kosong. Berbaloi juga Zul mengambil cuti.Maklumlah, di pejabat banyak kerja

yang terpaksa diuruskan.Pada kali ini, dia sengaja tidak memaklumkan setiausahanya

destinasi percutiannya.Dia benar-benar mahu melapangkan fikirannya walaupun cuma

sehari.Sepanjang perjalanan keluar dari hutan kecil itu, timbul juga rasa bimbang dalam

hatinya patah lagi dia bersendirian.

Tiba-tiba, Zul memberhentikan langkahnya. Dia terhidu bau asap rokok dan

terdengar suara beberapa orang lelaki sedang bercakap. “Siapa pula yang berada di

dalam hutan begini?” bisik hati Zul. Zul teringat akan telefon bimbitnya lalu cepat-cepat

menukar mod telefonnya itu kepada mod senyap. Dia bimbang kehadirannya di situ

akan disedari oleh ketiga-tiga orang lelaki yang mencurigakan itu jika telefonnya

bordering disebabkan ada panggilan masuk. Cepat-cepat Zul bersembunyi di sebalik

sebatang pokok yang besar.

Butir-butir perbualan ketiga-tiga orang lelaki itu dapat didengar oleh Zul dengan

jelas.Tahulah Zul mereka sebenarnya pengedar dadah.Mereka merancang strategi

untuk memasarkan stok dadah yang baru sahaja diterima oleh mereka.Zul juga dapat

melihat ketiga-tiga orang lelaki itu bersenjatakan pistol.

“Aku mesti bertindak,” bisik hati kecil Zul.Zul segera beredar dari situ lalu

menelefon pihak polis.Mujurlah isyarat talian telefonnya tidak terganggu.Segala

48

Page 49: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

maklumat dilaporkan kepada pihak polis.Tidak lama kemudian, beberapa orang

anggota polis tiba.Akhirnya, ketiga-tiga orang penjenayah itu berjaya diberkas.

26. Zul berasa bosan kerana

A. dia berada di situ seorang diri.

B. dia telah dipermainkan oleh Amin.

C. dia belum mendapat seekor ikan pun.

D. dia sudah penat melemparkan umpan di lubuk ikan itu.

(Aras Sintesis)

27. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘lubuk ikan’?

A. kawasan yang merbahaya

B. kawasan yang banyak ikan

C. kawasan yang dalam

D. kawasan yang cetek

(Aras Pengetahuan)

28. Mengapakah Zul memberhentikan langkahnya?

A. Dia terdengar suara orang bercakap

B. Dia terpijak duri

C. Dia dapat menangkap ikan

D. Dia terhidu bau asap rokok dan terdengar suara beberapa orang lelaki

sedang bercakap.

(ArasSintesis)

29. Apakah sifat yang ditunjukkan oleh Zul dengan melaporkan kegiatan penjenayah

itu kepada pihak polis?

A. Rajin

B. Bertanggungjawab

C. Berhemah

D. Bersopan-santun

49

Page 50: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

(Aras Aplikasi)

30. Pada pendapat anda, mengapakah Zul bersembunyi di sebalik sebatang pokok

yang besar?

A. Zul mahu menjawab panggilan telefonnya.

B. Zul merupakan salah seorang dari mereka.

C. Zul tidak mahu masuk campur urusan ketiga-tiga orang lelaki itu.

D. Zul sedar dia tidak termampu untuk beradu tenaga dengan mereka jika

kehadirannya disedari.

(Aras Penilaian)

50

Page 51: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

7.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU (Soalan Subjektif)

Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 6.

Soala

n

Bahagian

Struktur/

Karangan

Domain Kognitif

Mudah Sederhana Sukar

Pengetahua

nKefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

1 Menulis ayat

berpandukan

gambar

/

2 Ucapan /

3 Surat

kiriman

rasmi

/

4 Cerita /

5 Menulis nilai

murni /

Aras Kesukaran Rendah 2

Sederhana 2

Sukar 1

Jumlah 5

51

Page 52: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

7.1 Soalan Subjektif (Soalan Struktur)

Bahagian A( Masa dicadangkan : 15 minit )

( 10 markah )Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

 

Bahagian A ........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………

52

/10 

Page 53: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Bahagian B( Masa  dicadangkan : 40 minit ) 

( 30 markah )Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang

panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.            Kamu telah berpindah ke sekolah baru. Kamu diminta menyampaikan ucapan untuk

memperkenalkan diri.

Tuliskan teks ucapan tersebut.

ATAU

2.         Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu perkara tersebut.

ATAU

3.         Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu terjumpa seekor kucing yang terjatuh ke

dalam longkang.

Tuliskan tindakan-tindakan yang kamu lakukan bagi membantu kucing tersebut .

  

Bahagian B…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

53

Page 54: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

54

 

/30 

Page 55: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

Bahagian C( Masa  dicadangkan : 20 minit ) 

( 20 markah )Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di   padang sekolahnya.  Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya.  Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang  lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku.  Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu.  Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.

  

Bahagian C

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

           20

55

Page 56: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

8.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga

diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas segala pertolongan dari segi materialistik

dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada pensyarah pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan

juga kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam

penghasilan tugasan ini.

Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan empat jenis

penilaian bahasa dan memberi penerangan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

Selain itu, saya perlu menyediakan satu JSU dan membina 30 item bagi ujian objektif

aneka pilihan dan 10 item bagi ujian subjektif.

Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai

kepentingan menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya

juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina

soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan menyediakan JSU namun

setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat menyediakan JSU berserta

item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya untuk menyediakan set

soalan kepada murid pada masa akan datang.

Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa

menyiapkan tugasan memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan.

Saya terpaksa membahagikan masa di antara menyiapkan tugasan dan juga membuat

persediaan penilaian pensyarah dalam tempoh praktikum.

Di samping itu, saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki

oleh pensyarah.Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari

maklumat dari pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi

mendapatkan maklumat yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di

buku dan juga di internet bagi memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk

disampaikan kepada pensyarah pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek

56

Page 57: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

untuk berkongsi sebarang maklumat tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan

yang munasabah kepada saya membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan

lebih mudah. Saya turut meminta pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu

dalam menyediakan JSU dan membina item soalan.

Dalam menyediakan tugasan ini, saya mengalami kesukaran untuk menyediakan

JSU dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini kerana saya masih tidak jelas

mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan berdasarkan kepada konsep

Taksonomi Bloom. Ini kerana saya tidak dapat membezakan dengan baik aras di dalam

Taksonomi Bloom dan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut.

Benarlah kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat

sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat

disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat

mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah.

Sekian, terima kasih.

(MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE)

57

Page 58: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

9.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor :

Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

58

Page 59: 4print-Full Asgmnt Bmm3103

10.0 BORANG KOLABORASI

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

AMBILAN JUN 2011

NAMA PELAJAR MOHD SHAHRIL FAIZUL BIN SHAFIEE

KOD & NAMA KURSUS BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

NAMA PENSYARAH

PENYELIA

ENCIK AB RAHIM BIN MD YASIN

Bil. Tarikh Catatan Perbincangan / Aktiviti Amali Tandatangan

1 11.01.2014 Menerima soalan tugasan daripada pensyarah.

2 12.01.2014

hingga

25.02.2014

Berbincang dengan rakan sekelas untuk mendapatkan informasi terkini menerusi laman sosial Facebook dan Whatapps.

3 25.02.2014 Mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan

4 15.03.2014 Menaip tugasan / mendokumenkan dapatan

5 20.03.2014 Mengemaskini tugasan dengan mendapatkan pandangan rakan-rakan sekiranya terdapat kesalahan atau kekurangan dalam tugasan ini.

10 28.03.2014 Penulisan Refleksi

11 30.03.2014 Semakan terakhir sebelum sebelum dicetak

12 1.04.2014 Cetak dan binding

13 14.04.2014 Serah kepada pensyarah

59