Top Banner

of 25

30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

May 30, 2018

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    1/25

    HASIL KAJIAN

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    2/25

    PERAYAAN TRADISIi)NAMA PERAYAAN/NAMA LAINNama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    3/25

    ii)PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBATPihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaumMelayu yang beragama Islam.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    4/25

    iii)TARIKH/TEMPOH MASA DIRAYAKAN

    Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui duacara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanyabulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak

    bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magribdi beberapa tempat yang strategik.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    5/25

    iv)TUJUAN PERAYAANTujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    6/25

    LATAR BELAKANGi)SEJARAH/ASAL USUL PERAYAANSejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

    Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu HariRaya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

    Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagiorang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itubukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulanpada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu

    Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripadakemenangan itu.Kalimat fitri sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaankejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    7/25

    ii)UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAANOleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amal

    an yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.Pada pagi hari raya dimulakan denganmembersih diri, bersiapsiap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri. Lalu baginda segera bertanya: Kenapawahai saudaraku? Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."Rasulul

    lah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyaibaju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    8/25

    Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari rayaselalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membelisecara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku ker

    ana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari rayaseperti kita.Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialahpemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung kerumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yangtidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering danbakhil.Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semuaumat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dansebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.Jika Aidilfitri disambut

    dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    9/25

    iii)INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUSIndividu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam.Di rumah,individu yang akan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    10/25

    iv)TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKANTempat sambutan Hari Raya Puasa dijalankan di Masjid pada waktu pagi.Selain itu,sambutan ini juga disambut di desa.Mereka akan berkumpul satu keluarga pulang kedesa untuk menyambut Hari Raya.Selain itu,kubur adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi umat islam akan menziarahi keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    11/25

    PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAANi)SEBELUM PERAYAANDi Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dandi televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.

    Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung. BULAN RAMADHAN Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tibabulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

    Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supayadijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    12/25

    Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dariAllah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka Dituntut supaya mengerjakansolat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain Banyakkan bersedekah kepa

    da fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

    SEMASA PERAYAAN

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    13/25

    Pada pagi raya,umat islam bersarapan pagi untuk isi perut.Selepas itu mereka bermaafmaafan dengan orang yang lebih tua.Umat islam pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah selepas bermaaf-maafan.Umat islam pergi menziarahi kubur keluarga yang telah meninggal dunia.Selesai menziarahi kubur,umat islam pergi ke rumah sedara-mara mereka yng terdekat dan ke rumah kawan-kawan.Bagi yang kanak-kanak,mereka akan dapat Duit Raya dari orang tua atau tuan rumah.

    iii)SELEPAS PERAYAAN

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    14/25

    Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

    BULAN ZULKAEDAH

    Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan su

    nat dan fardhu seperti biasa. BULAN ZULHIJJAH Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

    Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    15/25

    Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yangberpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya sepertitidak pernah melakukan maksiat. Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

    Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa padahari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

    Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabinabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Olehitu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintahitu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    16/25

    Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinyaitu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlahdikenali sebagai

    Arafah

    (Hari ketahui).

    Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebutakan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

    a) b)

    Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan

    c) d) e) yang lain Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

    Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat As

    ar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    17/25

    PERATURAN/PANTANG-LARANG/AMALAN SAMPINGANAntara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunatHari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka

    akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan talipersaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Amalan

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    18/25

    memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polim

    er RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadariaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasangpelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masji

    d kami." ], dan juga riwayat dari Umar ()

    menyebutkan bahawa:"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    19/25

    sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semuaorang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

    KESAN PERAYAANKELUARGAKesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesa

    ma keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anakbermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan harikemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    20/25

    PERPADUANPerayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaumdan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadiamalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru ituperpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    21/25

    PELANCONGANInstitusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    22/25

    KEAGAMAANKesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    23/25

    RUMUSANBertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaanini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang peraya

    an yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yangada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi inimelahirkan

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    24/25

    perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasaperayaan.Kegembiraan dikongsi bersama. Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara Malaysia. Salam Satu Malayasia.

  • 8/9/2019 30110955 Folio Sejarah Hari Raya Aidilfitri

    25/25